PELANCONGAN by SYAFIQAH AQILAH BINTI SURIADI

Memangkin Ekonomi Negara
- Sosio-ekonomi di luar bandar dapat berkembang apabila mendapat peluang pekerjaan seperti pemandu pelancong atau membuka inap dan restoran untuk menampung kehadiran pelancong.

- Dalam kawasan bandar; pelancongan kesihatan dapat dijana oleh hospital-hospital swasta sekaligus menambah bilangan pengunjung dan hotel di kawasan sekitar.

- Perkhidmatan kesihatan di negara adalah berpatutan berbandung di negara asal pelancong & melakukan aktiviti pelancongan kesihatan untuk menjimatkan kos perkhidmatan yang mereka inginkan.

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia.

Industri pelancongan merupakan antara sektor terpenting bagi perkembangan dan kemajuan bagi sesebuah negara. Hal ini kerana industri pelancongan banyak membawa kepada penyumbangan hasil dan pulangan yang lumayan kepada sesebuah negara dalam aspek pendapatan negara.

https://haeyba.blogspot.com/2019/12/karangan-spm-kepentingan-kepentingan.html
-Sektor pelancongan merupakan suatu sektor yang memerlukan sinergi semua pihak dan rakyat di negara kita dalam ikhtiar mengembangkannya hingga ke seantero dunia.
-Ketika zaman pra kemerdekaan, kuasa-kuasa imperialis Barat berlumba-lumba untuk menawan Tanah Melayu bagi mengeksploitasi kekayaan bahan mentah di negara kita.
-Namun kini, penduduk-penduduk dari seluruh pelosok dunia membanjiri negara kita bagi melihat keindahan dan keunikan budaya, sejarah dan kehidupan rakyat di negara kita.
-Senario ini menjadikan sektor pelancongan yang semakin berkembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan sebagai salah satu agenda utama dalam usaha kerajaan bagi meningkatkan pembangunan negara kita.
-Buktinya, kerajaan amat menitikberatkan sasaran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi membawa masuk pelancong asing yang bakal menyumbang kepada ekonomi negara .

Merancakkan Pembangunan Infrastruktur
- Hampir setiap negeri sudah mempunyai lapangan terbang & beberapa diantaranya menawarkan penerbangan antarabangsa seperti di Lapangan Antarabangsa Langkawi

- Pelancong mendapat akses yang mudah untuk ke tempat yang dituji tanpa perlu mengharungi perjalanan yang jauh seperti dahulu kala.

- Infrastruktur seperti jalan raya dan pengangkutan awam juga menjadi semakin baik apabila kawasan luar bandar yang mempunyai kawasan tarikan pelancong ; pantai/ air terjun & gua memerlukan tahap ketersamapaian pelancong-pelancong

Keunikan Alam Semula Jadi Negara Dapat Dikongsi Serta Dihargai
- Eko-pelancongan; pendekatan yang berjaya dan diraikan oleh semua dimana pelancong akan melawat kawasan-kawasan semula jadi seperti Taman Negara Endau-Rompin & Taman Laut Terengganu.

- Pelancong dapat menyaksikan pusat konservasi gajah atau menikmati keindahan hidupan laut dengan menyelam di sekitar pulau-pulau di Malaysia

persaingan
Persaingan dalam sektor pelancongan merupakan salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh setiap negara pelancongan di dunia ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, setiap negara perlu bersaing untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara masing-masing bagi menjana pendapatan negara.

Oleh itu, negara-negara pelancongan ini terpaksa bersaing untuk memastikan negara mereka kekal menjadi tumpuan pelancong asing. Negara-negara pelancongan ini juga perlu sedaya-upaya untuk mengekalkan keunikan alam semula jadinya. Walaupun setiap negara mempunyai keunikannya masing-masing, tetapi negara-negara ini juga perlu bersaing dari segi perkhidmatan dan promosi yang ditawarkan kepada pelancong asing. Oleh itu, kreativiti sesebuah negara dalam mempromosikan keunikannya ini penting untuk bersaing dengan negara lain. Disebabkan hal ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia perlu bersedia untuk memastikan negara kita berada di tangga pertama negara pelancongan terbaik di dunia.

pencemaran alam
Pencemaran alam sekitar ini merupakan cabaran utama sektor pelancongan negara kita pada zaman moden ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin sukar untuk dibendung di negara kita. Sungai-sungai sudah banyak yang kotor, sampah-sarap dilihat di merata-rata tempat, pembakaran hutan makin kerap berlaku dan banyak lagi keindahan flora dan fauna yang kian musnah. Hal ini telah merosakkan keindahan alam semula jadi negara kita yang menjadi tumpuan pelancong. Apabila keindahan alam semula jadi di negara kita musnah, maka semakin kuranglah pelancong asing yang datang ke negara kita. Hal ini berlaku kerana alam sekitar ini merupakan elemen penting dalam sektor pelancongan. Maklumlah, alam sekitar yang bersih ini sinonim dengan perawat semula jadi bagi segala tekanan atau stress. Selain itu, kebersihan alam sekitar juga menunjukkan imej yang tidak baik bagi sesebuah negara. Oleh sebab negara kita cukup terkenal dengan keunikan dan keindahan alam semula jadinya, maka adalah penting untuk kita menjaga alam sekitar kerana pelancong asing ingin menikmati keunikan dan keindahan alam semula jadi di Malaysia. Sebab hal ini juga, pencemaran alam sekitar ini menjadi cabaran untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita.

kebudayaan tempatan
Pada era globalisasi ini, kebudayaan tempatan sudah semakin dilupai oleh rakyat malaysia terutamanya golongan muda. Hal ini dikatakan demikian kerana, semakin ramai anak muda yang mengabaikan kebudayaan sendiri, malah mempelajari budaya barat yang sangat terpesong daripada kebudayaan masyarakat timur. Ia dapat dilihat apabila ramai remaja zaman sekarang yang beranggapan bahawa budaya yang diturunkan daripada nenek moyang mereka ketinggalan zaman dan merupakan budaya yang kolot jika dipraktikan. Kebudayaan tempatan ini sebenarnya sangat penting dalam mempromosikan dan membezakan Malaysia dengan negara lain. Selain itu, kebudayaan tempatan ini juga penting kerana kebanyakan pelancong asing yang datang ke Malaysia ingin merasai dan mengetahui kebudayaan tradisi negara kita yang tidak ada di negara lain. Misalnya, banyak pelancong asing dari negara barat yang datang ke Malaysia kerana berminat dengan seni silat, pakaian tradisional, makanan tradisional, tarian tradisional dan sebagainya di negara kita. Jadi, jika kebudayaan tempatan ini dilupakan dan tidak diwarisi oleh anak-anak muda di negara kita, maka hilanglah keunikan kebudayaan setiap kaum yang menjadi tumpuan pelancong asing selama ini di negara kita. Jika dilihat dengan rasional, usaha untuk mengekalkan tradisi dan kebudayaan tempatan inilah yang paling mencabar untuk sektor pelancongan negara kita kerana minat anak-anak muda dalam mengekalkan kebudayaan tempatan ini kian luntur.

bahasa
Perbezaan bahasa antara pelancong asing dengan masyarakat tempatan merupakan salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh sektor pelancongan di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, bukan semua pelancong asing mampu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Malah, masyarakat tempatan sendiri juga masih ada yang tidak menguasai "lingua franca" zaman sekarang iaitu Bahasa Inggeris apatah lagi bahasa-bahasa lain di dunia ini. Hal ini telah menyebabkan komunikasi antara pelancong asing dengan masyarakat tempatan tidak begitu baik. Apabila komunikasi antara pelancong asing dengan masyarakat tempatan kurang berkesan, maka sukar untuk pelancong asing mengetahui dan memahami mengenai kunikan sejarah, budaya, tradisi, adat resam dan sebagainya di negara kita. Jika berlaku hal seperti ini, maka sukarlah pelancong asing mendalami budaya tempatan. Oleh itu, kerajaan perlulah mengukuhkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris masyarakat tempatan terutamanya di kawasan-kawasan tumpuan pelancong. Kadangkala perbezaan budaya antara masyarakat tempatan dengan pelancong asing ini juga akan menimbulkan ketegangan dan kesalahfahaman antara masyarakat tempatan dengan pelancong asing. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat tempatan beranggapan bahawa pelancong asing terutamanya pelancong dari barat tidak menghormati budaya dan sensitiviti masyarakat tempatan. Misalnya, peristiwa yang berlaku di Gunung kinabalu pada tahun 2015 di mana masyarakat tempatan agak marah dengan pelancong asing dari barat yang melakukan perbuatan yang kurang sopan di puncak Gunung Kinabalu iaitu berbogel. Hal ini dianggap tidak menghormati budaya dan sensitiviti masyarakat tempatan kerana perbuatan tidak sopan seperti itu adalah amat dilarang dan bertentangan dangan budaya masyarakat tempatan. Oleh itu, kerajaan perlulah mengambil pelbagai inisiatif untuk memastikan kesan buruk akibat daripada perbezaan bahasa dan budaya ini dapat diatasi.

penjagaan infrastruktur
Salah satu cabaran negara untuk memastikan sektor pelancongan di negara ini kekal terbaik adalah dari segi penjagaan infrastruktur pelancongan yang sedia ada. Apakah itu infrastruktur pelancongan? Infrastruktur pelancongan merujuk kepada kemudahan-kemudahan yang dibina oleh kerajaan untuk tujuan memberikan keselesaan kepada para pelancong yang datang ke Malaysia seperti jalan raya, bangunan dan sebagainya. Isu mengenai penjagaan infrastruktur pelancongan ini tidak begitu ketara untuk tempat-tempat pelancongan yang terletak di kawasan bandar kerana tempat-tempat pelancongan ini dijaga dengan baik. Namun, isu penjagaan infrastruktur pelancongan di kawasan luar bandar ini sangat ketara. Jika kita lihat tempat-tempat pelancongan di kawasan luar bandar ini, kadang-kadang jalan raya yang menghubungkannya tidak begitu baik. Hanya kenderaan tertentu yang boleh melalui jalan raya tersebut kerana keadaan jalannya yang tidak berturap, berlumpur dan berlubang-lubang. Malah, terdapat juga kawasan tempat pelancongan di luar bandar di mana bangunan-bangunan awam seperti tandas awam tidak terjaga dan berbau busuk. Hal ini menyebabkan pelancong asing memberikan gambaran yang buruk terhadap masyarakat tempatan dan juga negara Malaysia. Keadaan ini akan menyebabkan kedatangan pelancong asing ke Malaysia merosot. Penjagaan infrastruktur pelancongan merupakan cabaran terbesar kerajaan kerana kerajaan kekurangan sumber kewangan untuk menyelenggara infrastruktur pelancongan negara.

Dapat meningkatkan ekonomi negara
- Jumlah pendapatan pengusaha kraf tangan negara meningkat naik dengan akas sekali. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, apabila pelancong datang melawat ke Malaysia, mereka akan membeli pelbagai cenderamata hasil kekreatifan pengusaha kraf tangan desa negara untuk dibawa pulang ke tanah air masing-masing dan dihadiahkan kepada saudara-mara mereka.

-Sebagai contoh, kain batik dan kain tenun telah menjadi produk yang mendapat permintaan hangat oleh penduduk dari luar negara lebih-lebih lagi di London. Hasil seni kreatif ini telah berjaya dipasarkan ke luar negara apabila pelancong dari negara luar membawa pulang kraf tangan ini untuk diperkenalkan kepada orang lain.

-  Hasil usaha pengusaha kecil ini dapat dirancakkan lagi membolehkan mereka menggunakan hasil dapatan yang dibri untuk memaksimumkan lagi penghasilan barangan tradisional buatan negara.

Menarik minat pelabur-pelabur dari negara luar berminat untuk melabur dalam negara
- Pelabur-pelabur asing seperti dari negara Arab dan Eropah akan lebih berkeyakinan untuk melaburkan produk mereka ke dalam negara Malaysia. Melalui aktiviti pelancongan yang kian pesat membangun inibak virus epidermik  yang menular dengan pantas ini, jumlah kemasukan pelaburan ke dalam negara semakin meningkat.

-Sebagai contoh, pembukaan Legoland di Johor telah menarik minat ramai pelancong terutamanya dari negara luar kerana ia merupakan taman tema berjenama Lego yang pertama di Asia Tenggara.

- Kehadiran pelabur asing dapat membantu kerajaan mengurangkan kos yang digunakan dalam sektor pelancongan sekali gus memberi lebih faedah kepada rakyat & negara.

Memperkenalkan budaya Malaysia yang unik kepada dunia luar
- Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum & etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazandusn dan Iban. Kaum-kaum di negara kita yang mempunyai adat,budaya dan cara pemakanan yang berbeza & istimewa mampu menarik pelancong asing.

- Mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ke serata dunia.

_ Pelancong yang datang ke boleh dihidangkan dengan persembahan kesenian tradisional; wayang kulit & kuda kepang.

- Mereka juga diberikan peluang untuk mencuba permainan tradisional; batu seremban & congkak.

-Pakaian tradisional; baju kurung yang diperbuat dariapada kain batik & sari boleh dicuba pakai oleh pelancong asing

1. kekayaan alam semulajadi
- negara kita terletak di garisan Khatulistiwa yang memberikan iklim yang berbeza-beza berbanding negara-negara lain
- kerajaan Malaysia mengambil tindakan proaktif dengan mewartakan taman-taman negara yang kaya dengan keindahan alam semulajadi
- pengunjung dari luar negara akan melancong ke taman negara seperti Taman Negara Pahang dan menikmati keindahan alam semulajadi
- terdapat juga aktiviti seperti mendaki gunung, memancing dan berkhemah

dikelilingi pulau-pulau dan pantai yang indah nian
di malaysia terdapat lebih daripada 30 buah pulau yan dapat memberikan pengalaman percutian yang menarik dan indah
- sebagai contoh Pulau Sipadan di Sabah yang menjadi tumpuan di pelancong kerana keindahan pantai dan terumbu karang yang menjadikan aktiviti skuba dan menyelam menarik
- pelancong dapat menikmati angin sepoi-sepoi bahasa sambil menikmati juadah tradisional masyarakat Malaysia seperti Sata yang popular di Pantai Negeri Timur

kemudahan infrastruktur yang kondusif dan bertaraf dunia
-pujian harus diberikan kepada industri pengangkutan negara seperti syarikat-syarikat penerbangan yang berjaya menjadi ejen keunikan dunia di mata negara
-pelancong berasa selesa melancong di negara kita dan sampai di destinasi yang ditujui dengan selamat
- kemudahan seperti LRT dapat memudahkan mobiliti para pelancong
- kemudahan Internet yang disediakan di mana-mana memberikan nilat tambah kepada kawasan tersebut . pelancong boleh berehat dan dan ketinggalan urusan kerja di mana-mana dengan adanya jaringan internet

kekayaan budaya dan sejarah masyarakat yang berbilang kaum
-terdapat tiga kaum utama di Malaysia iaitu masyarakat Melayu, Cina dan India yang hidup bersama dalam satu komuniti menarik pelancong untuk datang ke Malaysia kerana banyak budaya yang dikongsi bersama
- terdapat makanan yang dihidangkan daripada kaum Melayu yang menyediakan nasi lemak, ketupat, rendang , daripada kaum India yang menyediakan tosei dan kari sehinggalah kaum Cina yang menyediakan juadah seperti yee sang dan kuih bulan
- keramahan serta budi bahasa yang tinggi yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia menjadi sebab pelancong gemar untuk berkunjung ke negara ini
- yang elok itu budi, yang indah itu bahasa

pusat beli-belah yang terkenal
-Malaysia juga popular dengan  pusat-pusat beli-belah yang terkenal.  Contohnya, Mega Mall di Kuala Lumpur, Mahkota Parade di Melaka, The Summit. Alamanda, Mid-Valley dan lain-lain.  Barangan yang dijual di negara kita setanding dengan negara  di luar negara.
-terdapat juga pelbagai kraftangan yang boleh dijadikan cenderamata.  Pelancong sangat  suka barangan kraftangan Malaysia kerana menarik dan terdapat pelbagai tawaran harga murah oleh pelbagai pihak.  Pada setiap tahun juga, diadakan promosi harga barangan dan jualan mega. Contohnya seperti yang telah dilakukan oleh ‘First World Hotel’. Agensi tersebut telah menyediakan pakej yang murah, serendah RM 88.00 untuk satu malam meliputi penginapan, makan malam, sarapan, makan tengah hari dan lawatan ke taman tema.
- melalui tawaran pakej istimewa tersebut,  sudah pasti pelbagai golongan masyarakat dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita.  Oleh itu, rakyat Malaysia tidak perlu melancong  luar negara kerana Malaysia mempunyai segala-galanya.

PIHAK KERAJAAN
ISI 1

Pihak Kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu yang dapat menarik minat pengunjung mancanegara.

-menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih banyak.

-konsep pelancongan kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan, dan seumpamanya hendaklah dikembangkan melalui hebahan tentang pelancongan musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan sebagainya.

-Produk pelancongan yanng diperkenalkan mestilah dapat menarik hati pelancong-pelancong mancanegara. Biasanya pelancongan luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka.

-Kita harus mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan budaya hidup dan kesenian masyarakat tempat. Sebagai contoh, pelancong wajar dibawa untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup mereka.

ISI 2
Kerajaan Malaysia juga wajar menganjurkan pelbagai acara antarabangsa dengan lebih kerap.

-Sebagai contoh, penganjuran acara sukan antarabangsa seperti perlumbaan Formula 1, kejohanan badminton, dan seumpamanya merupakan acara yang sangat mendapat perhatian peminat antarabangsa.

-Dalam bidang seni pula, negara kita menjadi tuan rumah kepada beberapa acara antarabangsa, contohnya Festival Muzik Dunia yang diadakan di Sarawak setiap tahun.

-Kemampuan negara untuk menganjurkan antarabangsa memang terbukti kejayaannya, bak kata pepatah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia.

-Acara antarabangsa ini hendaklah diadakan dengan lebih kerap dan dijadikan acara tahunan.

ISI 3
Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini

– hal ini dapat dilakukan sama ada menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen

– mewujudkan halaman pelancongan dalam internet juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing

ISI 4
PIHAK SWASTA

bekerjasama atau berganding bahu dengan pihak kerajaan dengan membuka lebih banyak pusat-pusat percutian yang bertaraf dunia dan memberi keselesaan yang optimum kepada pengunjung.

- Pihak swasta dan pihak kerajaan boleh mempraktikkan konsep bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat demi menjamin industri pelancongan ke arah yang lebih baik.

-Usaha ini boleh dilaksanakan dengan pembinaan hotel lima bintang yang akan menyediakan servis perkhidmatan yang terbaik diiringi dengan bilik dan suasana yang selesa untuk menarik minat pelancong.

-Sebagai analoginya, pakej penginapan murah berserta dengan pakej makanan tempatan telah diperkenalkan oleh Hotel Seri Malaysia dan buktinya, hotel ini telah berjaya menarik lebih ramai pengunjung untuk menginap saban tahun.

-Buktinya, peningkatan ketibaan pelancong luar atau antarabangsa dan pertumbuhan sektor pelancongan domestik yang teguh telah menyumbang kepada pertambahan kadar penginapan hotel sebanyak 4.3 peratus iaitu perangkaan pada tahun 2000, 59.2 peratus kepada 63.5 peratus tahun 2005 -sekiranya inisiatif yang dijalankan secara bersungguh-sungguh, sistematik dan berterusan sudah pasti kadar pengunjungan pelancong  ke Malaysia bagaikan pepatah di mana ada gula di situ ada semut.