TAMADUN ISLAM AKTIVITI PADLET 4.1 by WONG YONG SHENG

Hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu. Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab membuat persetujuan dagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan neger-negeri yang berhampiran.

Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam.

Dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu ini jelas menunjukkan bahawa ia mempunyai perkaitan dengan sejarah perkembangan Islam di Nusantara pada ketika itu.
Perkembangan Islam dan proses Islamisasi di Nusantara dengan pelbagai faktor

Faktor utama yang mendorong perkembangan Islam di Nusantara adalah kegiatan pelayaran. Di Nusantara hubungan diplomatik telah dijalinkan dengan pedagang muslim yang berasal dari Gujarat, Arab dan negara-negara Islam yang lain. Hal ini disebabkan kedudukan geografi Indonesia yang strategik untuk menjalankan kegiatan pelayaran dan pedagang-pedagang Arab yang berpegang pada konsep ingin menyebarkan agama Islam di seluruh dunia.

Selain itu, sifat keterbukaan masyarakat Indonesia. Agama Islam telah diterima dan dipercayai oleh masyarakat Indonesia bukan sahaja dalam kalangan para bangsawan tetapi juga tokoh-tokoh masyarakat kepala suku dan para ulebelang (ketua adat). Sifat ini memberikan peluang kepada pedagang-pedagang dari Arab untuk berkongsi ilmu tentang agama Islam serta meyebarkan agama Islam dalam kalangan mereka.

Seterusnya, melalui perkahwinan dan pendidikan juga merupakan salah satu factor penyebaran Islam di Nusantara. Agama Islam tersebar apabila pedagang-pedagang dari Arab berkahwin dengan penduduk-penduduk di Nusantara kerana ini secara tidak langsung menyebarkan agama Islam kepada penduduk yang merupakan isteri dan anak. Selain itu, pedagang Arab telah menyebarkan agama Islam di Nusantara melalui pendidikan seperti Al-Quran dan Sunnah. Tulisan Jawi juga diperkenalkan di Nusantara.

Kerajaan Islam Melayu telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara sekitar sejak abad ke-15. Sebagai contohnya, Kerajaan Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Pasai, China, Siam, Jawa dan Kepulauan Ryukyu. Hal ini boleh dibuktikan dengan kedatangan Laksamana Chen Ho ke Melaka pada abad ke-15 atas arahan Maharaja Yung Lo yang berkuasa pada tahun 1403-1424 untuk menjalinkan hubungan diplomatik antara China dengan Kerajaan Melaka.

Pada zaman kesultanan Melayu, China merupakan kuasa besar. Oleh itu, Kerajaan Melaka ingin menjalinkan persahabatan dengan China. Sultan Melaka meminta Negeri China untuk menjadi penanungnya supaya Kerajaan Melaka dapat mengelakkan ancaman luar seperti Kerajaan Siam.