KB1 &KL -Ceritakan Kisah Produk/perniagaan anda. Bagaimana ia Bermula by

Biskut Kapit Crunchy Leez
Perniagaan Biskut Kapit Saya bermulanya pada disember 2019 selepas Saya berhenti kerja selepas berpantang bersalin.Saya memulakan pembuatan biskut Kapit dengan bermodalkan RM200 tanpa bantuan pekerja dan selepas 3 bulan kemudian Kita dilanda COVID 19 dan perniagaan saya strt slow dan saya bangkit semula berniaga pada akhir 2021 secara ansur-ansur sehingga kini alhamytelah dikenali ramai dan akan dipasarkan sehingga seluruh Malaysia dan berkeinginan until mendapatkan sijil Halal untuk ke peringkat antarabangsa.

ALTA BeautyLab
Idea utk menghasilkan produk di sebab kan pernah menjadi mangsa ikut-ikutan. Product yg di gunakan tidak berkualiti mempunyai bahan terlarang yg merosakkan kulit. Sy membuat kajian sendiri serta survey & berhubung dgn beberapa pakar dermatology utk menghasilkan produk tempatan yg setanding high end level. Namun lebih memudahkan serta mesra pelanggan lebih ekonomik sambil membantu masyarakat selain memakai dapat menjana pendapatan. Manakala Lipmatte sblm sy menghasilkan LAYCHOO, sy membeli 10 jenama tersohor local n overseas utk validation. Sy menghasilkan LAYCHOO setelah mengisi gaps 10 products td. Manakala Suncreen amat penting utk di amalkan wlpn di rmh kerana dunia global wanita terdedah dgn pelbagai redikal bebas yg mempercepatkan hasıl penuaan pra matang. Umum nya produk kami lebih kpd values setimpal membantu, memudahkan, menjimatkan serta mesra alam sekitar.

GARLIC SPREAD & SUP CENDAWAN CHEF USTAZAH
Produk ini bermula semasa PKP. Anak-anak merupakan penggemar SUP CENDAWAN dan GARLIC BREAD. Dari sini tercetus untuk menghasilkan 2 produk ini.

Sebagaimana Produk Chef Ustazah yang terdahulu kami  mengketengahkan Produk yang mudah, cepat untuk disediakan serta menjimatkan masa dan wang pengguna.

Chef Ustazah memilih bahan-bahan bermutu tinggi dan mementingkan aspek Halalan Thoyyiban. Pada awalnya produk ini hanya dijual secara offline melalui agen dan kedai-kedai. Selepas mengikuti beberapa kursus Online dan Digital Marketing pada Tahun lepas bermulalah Produk kami dijual di platform TikTok. Pada mulanya produk ini kurang mendapat sambutan. Akhirnya ia semakin diterima dan memberi peluang pekerjaan dan menambah pendapatan ramai  wanita terutamanya surirumah sebagai 'affiliate' atau agen jualan di TikTok Shop. Pada Disember 2025 contohnya sebanyak Rm440k Produk Garlic Spread telah berjaya dijual oleh 'affiliate' kami.

Produk ini telah menjadi salah satu produk makanan trending di TikTok.

Alhamdulillah, Chef Ustazah kini sedang berusaha untuk menambahkan lagi SKU baru. Doakan kejayaan kami dan jangan lupa beli Produk Spread kami di TikTok ya!

MULICIOUS JUS NANAS MD2
Jenama Mulicious telah ditubuhkan pada tahun 2010. Pada waktu itu mulicious hanya mengeluarkan sos menggo, sos 3rasa serta sos cili nanas.

Pada tahun 2022 saya ada mengusahakan tanaman nanas, dgn buah nanas ini sy mula menghasilkan produk yang berasaskan nanas. Produk terbaru dan yang paling mendapat tempat adalah Mulicious Jus Nanas Md2.

Mulicious jus nanas md2 adalah jus 'ready to drink'. Jus yang diproses menggunakan dari buah nanas md2 yang segar. Jus nanas ini tiada bahan pewarna dan perisa tiruan. Mulicious jus nanas md2 ini sedap diminum ketika sejuk, tampa menambah ais.

Selain jus nanas md2 MULICIOUS juga mempunyai produk lain yang berasaskan nanas.  Sos cili nanas, sos rojak nanas, sos pencicah

nanas,jem nanas kordial nanas, sambal nanas, tart nanas.

Amlife DeepZleep Mattress
This product will help people to Regain Help Through Sleep. Why sleep? Because The Body begins to recover while we have a Deep Sleep. We use Electric Therapy Potential which have 40 years clinical studies from Japan and we have obtained the approval form Kementerian Kesihatan Malaysia as medical device.

MAZ MYSC
MAZ MYSC ditubuhkan 2022 ketika aktif dalam penjualan baju melayu dan kain pasang secara talian di Shopee dan Facebook. Dan pada tahun 2023, saya telah membuka kedai vendor MAZ MYSC di Surau Panjang, Terengganu. Selain membuat produk sendiri seperti kuih kapit dan corndough, saya juga menjual produk vendor lain di kedai terutama produk home-based. Saya juga membuka gerai nasi bajet resipi sendiri di depan kedai saya. Pada tahun 2024 kedai sy terpaksa ditutup disebabkan masalah dalaman.Perniagaan saya tetap aktif sehingga sekarang di rumah dan saya menjalankan sistem perniagaan secara "offline" iaitu pengagihan stok ke kedai runcit, pam minyak dan kiosk². Selain itu, sy juga ada membuat penjualan secara talian di Shopee, Facebook, Instagram dan Tik Tok.

KUIH KAPIT CHOCNUT RANGUP 🍫 🥜
kuih kapit chocnut rangup ini ditubuhkan pada tahun 2022,saya menubuhkan produk ini bersama anak saudara saya.pada tahun tersebut ramai wanita mengambil peluang untuk membuat kuih Kapit,terutama semasa musim perayaan.saya menggunakan resepi turun -temurun keluarga untuk membuat kulit kapit.dia mungkin bermula dari skala yang kecil,menjual kepada jiran dan rakan-rakan,dan akhirnya memperluaskan perniagaan dengan menjual kuih kapit dipelbagai kedai seperti meletakkan kuih Kapit di kedai runcit,pasar tani  dan sebagainya.namun, saya mempunyai niat untuk mengiklankan produk saya di dalam media sosial seperti tiktok dan shopee . kerana ia dapat menarik minat orang ramai untuk membeli,tapi sekarang saya mengiklankan produk saya di dalam whatsapp dan facebook.saya menjual kuih kapit untuk mencari rezeki dan menambah sumber pendapatan keluarga.

Hazila Hashim Bani (Zaine textile)
Kami menyediakan pelbagai jenis kain dan tekstil yang berkualiti tinggi untuk semua keperluan anda. Dari kain kapas yang lembut hingga sutera yang mewah, kami mempunyai semuanya!

Apa yang kami tawarkan:

- Kain Kapas: Untuk pakaian harian yang selesa.

- Sutera: Untuk acara istimewa dan perhiasan elegan.

- Linen: Ideal untuk cuaca panas dan kelembutan semula jadi.

- Kain Polos & Berpola: Pilihan luas untuk semua rekaan fesyen anda.

Kenapa pilih t Zaine textile

- Harga Berpatutan: Produk berkualiti tanpa membebankan poket.

- Pilihan Yang Luas: Pelbagai jenis dan corak kain.

- Servis Mesra Pelanggan: Kami sentiasa bersedia membantu anda memilih yang terbaik.

Crunchyyums
Saya dan abg mulakan perniagaan Kafe Tornado pada tahun 2019. Kafe kami bertapak di Guchil Bayam Kota Bharu. Menu utama kami adalah roti Kurtoskalacs yang di sajikan bersama aiskrim atau di jadikan kebab. Kami adalah kafe pertama di Kota Bharu yang memperkenalkan roti Kurtoskalacs. Alhamdulillah kami mendapat sambutan yang memberangsangkan sehingga kami berjaya membuka cawangan kedua di Jelawat. Ketika dunia dilanda Covid, kami turut terkesan sehingga cawangan pertama terpaksa ditutup dan diikuti cawangan kedua setelah cuba bertahan beberapa bulan kemudian. Selepas itu, kami hanya ambil tempahan makanan kecil-kecilan dan mencuba mengeluarkan produk lain.Pada tahun 2022, abg mendapat idea untuk mengeluarkan produk bijirin coklat setanding dengan yang ada dalam pasaran. Setelah melalui banyak percubaan, akhirnya hujung tahun 2023, kami berjaya menghasilkan satu produk bijiran coklat berserta sos coklat yang premium dan buah-buahan kering yang sebenar. Kami datangkan dengan 3 pilihan perisa dan berharga mampu milik. Kami yakin bahawa produk kami boleh pergi jauh kerana produk kami membawa kelainan dari yang ada dipasaran.

AADLegacy-Nur atikah(KB1)
AAD atau AADLegacy bermula kisahnya sewaktu saya selepas keguguran pada 2019 dan waktu tu saya hilang kerja dimana saya diberhentikan kerja atas faktor kesihatan..sepanjang perjalanan 2019 saya hanya berkerja partime dimall..dan pada bulan November 2019 berbekalkan sedikit pengalaman kerja di kedai hamper saya memberanikan diri untuk menerima tempahan bouquet..permulaan saya berbekalkan RM50 duit yang suami beri untuk perbelanjaan makan saya ..dengan pengalaman dan dorongan suami maka keberanian untuk mempromosikan AAD di facebook.Pada tahun 2021 saya memberanikan diri untuk membuat loan AIM sebanyak RM15k untuk membuka kedai di Bazar Tok Guru..

Ramai sangat join Mary Kay along...best sangat ke?

Satu je along cakap,meh rm70 dan ikut along buat🤭

Along dulu pun hanya nak pakai je walaupun rasa mahal tapi macam puas hati sebab along bukan beli tiap bulan!

4-6 bulan sekali je beli jadi along rasa pakai jela sebab tak pening kepala nak pergi watson@guardian untuk cari2 produk mana pula nak try pakai dan ada warranty 3 bulan,ok sangat lah😅

Bila adik ipar cakap”try la post kat status wasap” , ok la try je post ntah2 ape pic masa tu tapi tentang mary kay.Eehhh..ramai yang balas tanya😄

Wahhh macam best je sambil2 dah memang pegang phone jadi terbuat hari2 tanpa cuti posting status😆

Di pendekkan cerita bila sales director rosma pula pm ajak jumpa dan join education di central,ok la try la jumpa dia dan inilah along sekarang,mengekor senior untuk majukan diri.😄

Satu je yang along buat.:along mendengar kata!

Ya ..along puji diri ni…tak de kata TAK BOLEH LAA,TAK PANDAI LAA, TAKUT LAA,TAK CANTIK LAA DAN MALU LAA.🤭

Hingga sekarang along masih lagi join tiap education, tiap event,tiap meeting dan training kerana along mendengar kata2 senior iaitu mendengar kata orang2 yang dah lalui kejayaan dulu dari kita.🎓

Bagi along,kalau orang yang cuba mematahkan semangat dan impian along..along akan tengok diri orang tu sekarang dgn diri org tu tahun lepas atau tahun sebelum2nya.Kenapa??

Kalau dia masih orang yang sama iaitu bekerja pergi sebelum matahari terbit dan balik malam waktu matahari terbenam,bersungut2 penat,diri tak terhias walaupun makan gaji dan tiada apa2 kemajuan dalam hidup samada dari segi pangkat,pendidikan atau transform diri ataupun yang bergaji besar tapi bertungkus lumus untuk bantu ahli keluarga yang lain melebihi diri sendiri….along senyum je yg mampu😊

Sebab apa?

Sebab along tak bandingkan diri along dengan diri dia tapi along bandingkan diri along sekarang dengan diri along yang dulu!😍

Along dah ada skill baru iaitu berkongsi ilmu penjagaan kulit dengan orang ramai walhal dulu ..kulit sendiri pun tak reti jaga😅

Dan yang pasti along tak kejar impian sesiapa tapi along kejar impian sendiri saja.🎀

Korang kalau macam along di rumah mak2 tapi suka nak cantik2 dengan duit sendiri dan mencantikkan orang lain,wajib cari along bagi tips free je ni🥰🥰

Your Beauty Consultant ❤️

Norhazawati Md Zin

Region KL

Volten International (Hamidah binti Muhamad KB1)
Bermula pada tahun 2020, Saya mengenali produk Volten International. Produk berasaskan Halia hitam atau nama saintifiknya Kaempria Palviflora.

Pada masa tersebut ummy saya yang ingin mencubanya. Bila tengok ada kajian perubatan, beliau ingin cuba. Sebelum ni, sudah bertahun kami berikhtiar untuk penyembuhan sakit thairodnya. Namun Masih Belum berhasil.

Pada masa tersebut, Saya hanya membeli utk percubaan untuk beberapa hari sahaja. Namun, sudah nampak kesannya. Thairodnya makin mengecil. Emosinya juga mula stabil. Alhamdulillah.

Saya kemudian terus menelefon pihaknya untuk mendapatkan produk tersebut. Saya mengambil 1 set produk utk rawatan ummy. Selepas sebulan, Saya order lagi. Sehinggalah ke set2 seterusnya.  Saya Nak pastikan bekalan untuk ummy tak putus. Sehinggalah, pihak penjual memberitahu ada peluang untuk Jana pendapatan.

Dari situ Saya mula mempelajari biz Volten International ini. Yang paling mengembirakan adalah melihat orang tersayang Kita sihat. Share pada kenalan2 untuk ibu ayah mereka sihat, untuk mereka juga berikhtiar jika punyai penyakit.

Alhamdulillah selepas 5tahun sebagai ejen Volten International, Saya dapat Bantu lebih 1000 orang mengunakan produk ini di bawah seliaan saya.

Mereka nikmati taraf kesihatan yang lebih baik serta dapat Jana pendapatan juga.

Volten International adalah syarikat bumiputera Islam, yang bermula di Malaysia. Kini walaupun berusia 6tahun,  telah ke pasaran global iaitu memasuki 9 negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunai, Kemboja, Loas, Thailand, Vietnam dan India secara sah.

Pelbagai anugerah dan pencapaian bukan sahaja diperingkat Malaysia, bahkan peringkat antarabangsa telah diraih. Syarikat yang sangat kukuh dari segi kewangan serta kualiti produknya memberikan peluang untuk ramai menjana pendapatan melaluinya ke peringkat Global.

Pada pandemic COVID, sistem net- commerce yg dilaksanakan oleh pihak syarikat sebelumnya telah membuktikan pendigitalan perniagaan hanya dirumah ini sangat Berjaya. Peningkatan 400% penjualan pada Musim pendemik COVID sehingga kini.

Produk keperluan ini memberikan Harapan untuk kesihatan dan kewangan

Olive House Cyberjaya
Saya Puan Raja Nur Alaini memulakan perniagaan bersama Olive House (OH) dengan mendaftar sebagai ejen pada 16 April 2017. Setelah mengikuti Program Derap Usahawan (PDU) yang merupakan program yang wajib dihadiri oleh ejen, minat untuk serius dalam perniagaan ini lahir. Perniagaan ini mempunyai visi dan misi yang jelas.

Olive House adalah sebuah syarikat yang membekalkan produk  semulajadi dan juga organik sepeti Minyak Zaitun, Jus Delima, Sari Cuka Teen, Madu, Minyak Kelapa Dara, Ceylon Cinnamon, Habbatus Sauda dan Tocotrienols.

Pada bulan Julai 2018, setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Olive House saya telah berjaya menjadi ejen senior Olive House. Sebagai ejen senior, saya diberikan autoriti untuk membekalkan produk Olive House kepada ejen-ejen OH.

Pelbagai program telah dihadiri dalam memantapkan ilmu dalam pelbagai sudut termasuk ilmu nutrisi, pemasaran, pengurusan kewangan, diagnos saraf tapak tangan dan lain-lain.

Pada tahun 2018, saya telah berjaya menyertai Program Inspirasi Mubassyir dan Nutrisi di bawah pemantauan HQ Olive House. Program ini merupakan program khusus untuk mereka yang betul-betul komited mendalami ilmu nutrisi dan seterusnya berperanan menyampaikan ilmu kepada masyarakat melalui perkongsian ilmu.

Kejayaan berada dalam ‘Top 10 Sales’ di bawah pengurusan Pejabat Pengurus Lembah Klang 2. Dan ini menyemarakkan lagi semangat saya untuk terus berjuang bersama Olive House dalam menerapkan ‘Áafiyat Lifestyle dalam kehidupan masyarakat.

Dalam bulan Januari 2018, saya ditawarkan menyertai ‘DAMBA 50K TEAM’ di bawah pimpinan Ustaz Shahidan Ahmad, Ketua Mualij Olive House. Pasukan yang dibentuk ini memberi tumpuan dalam program pembangunan ejen untuk mencapai target jualan masing-masing disamping menganjurkan program-program berimpak besar seperti Damba 1.0 dan Damba 2.0. Program Damba ini dirangka khusus buat mereka yang mendambakan kehadiran cahayamata.

Saya juga telah membayar pihak First Hijrah Production Studio untuk membina laman web dan juga aplikasi ‘ecommerce’ dalam memantapkan lagi platform pemasaran sedia ada atas nama domain - alara.my namun gagal disiapkan.

Dalam usaha mencapai visi dan misi OH, saya melangkah lagi dengan  membuka premis perniagaan di Unit M, The Street Mall, Cyberjaya. Dengan pembukaan premis ini, saya mengharapkan dapat berkhidmat kepada penduduk Cyberjaya  dan sekitar dalam mendapatkan rantaian produk OH dan juga khidmat konsultasi.

Seterusnya operasi saya di The Street Mall hanya bertahan selama setahun dan ditamatkan atas isu pembangunan semula The Street Mall. Saya setrusnya berpindah ke premisnyg lebih luas dengan menyewa kedai dua tingkatndi Masreca 19.

Operasi di Masreca 19 ditamatkan pada 31 May 2024 setelah 5 tahun beroperasi. Sungguh banyak hikmah atas penutupan ini walau pada awalnya agak diuji dengan notis singkat yang diberikan untuk pengosongan kedai. Dan sejurus selepas penutupan, saya mendapat peluang untuk menjadi peserta IDEAS. Sungguh satu rezeki untuk saya betul- betul fokus kepada perniagaan digital.

Alhamdulillah…

Bersambung di siri akan datang

Titipan;

Raja Nur Alaini Bt Raja Omar

Aafiyat Consultant Olive House

Olive House Cyberjaya

Central Region

Usahawan Nexus Eskayvie
Diyana menyertai Eskayvie pada 11.11.2021. Ketika itu, bisnes lama yang juga menjadi ejen produk, menghadapi cabaran dari pihak HQ.

Maka, leader Diyana mencari peluang baru untuk membantu anak team menjana pendapatan. Ditakdirkan, leader tergerak hati untuk menyertai Eskayvie dan leader turut mengajak Diyana.

Diyana tanpa berfikir panjang, memang follow je leader Diyana. Maka, bermulalah perjalanan Diyana sebagai usahawan Eskayvie atau lebih dikenali sebagai Eskayvie Nexus.

Diyana bersyukur sangat membuat keputusan menyertai Eskayvie kerana Eskayvie menepati kehendak Diyana di mana Diyana inginkan bisnes yang mudah diuruskan dari rumah sambil menguruskan rumahtangga.

Dengan Eskayvie, Diyana tak perlu fikirkan tentang stok, nak pegang stok, nak bungkus parcel atau nak pos barang. Semua ni, HQ uruskan. Diyana cuma fokus kepada mencari customer dan membina team.

Alhamdulillah, kini sudah 3 tahun Diyana bersama Eskayvie. Semoga Diyana dapat mencapai impian bersama Eskayvie dan dapat breakthrough sales RM1 juta pada tahun 2025.

Popia Beef Big Mac by mamaNik’Skitchen.
Berikut ialah kisah tentang popia beef Big Mac awak untuk dipost di Padlet:

Kisah Popia Beef Big Mac Mamanik’s Kitchen

Segalanya bermula dengan sebuah idea kecil dan hasrat untuk berkongsi rasa unik. Popia Beef Big Mac ini lahir daripada percubaan di dapur kecil mama saya, dengan inspirasi gabungan rasa burger ikonik dan tekstur crunchy popia. Pertama kali saya mencubanya, ia mendapat pujian daripada keluarga,dan mendapat keyakinan bila puan dan Dr. memberi motivasi setiap kali kena kelas ideas, dan memberitahu kena berani  dan itulah tanda bahawa saya perlu membawa produk ini kepada orang lain.

Cabaran terbesar pada mulanya adalah memastikan rasa dan kualiti kekal konsisten. Setiap popia dibuat dengan kulit popia berkualiti, inti daging kisar premium, keju cair, dan dilengkapi dengan sos istimewa buatan sendiri. Saya berusaha menghasilkan popia yang bukan sahaja sedap tetapi mudah dinikmati, sama ada digoreng terus atau dibeli sebagai versi frozen.

Pada peringkat awal, permintaan amat tinggi, tetapi kudrat saya terhad. Saya fokus kepada kuantiti kecil untuk menjaga kualiti dan memastikan pelanggan puas hati. Sokongan daripada pelanggan dan maklum balas positif memberikan saya semangat untuk terus maju. Kini, Popia Beef Big Mac menjadi produk utama Mamanik’s Kitchen, dijual dalam dua bentuk: siap goreng atau frozen, lengkap dengan dua pilihan sos (Big Mac dan sriracha).

Produk ini bukan sekadar makanan ringan – ia membawa pengalaman baharu dalam menikmati popia. Dengan harga RM13 untuk satu set (4 biji)bagi bergoreng, saya berharap lebih ramai dapat mencuba rasa unik ini dan menjadikan Popia Beef Big Mac pilihan untuk seisi keluarga.

norarsikin bakery
Business ini ditubukan oleh ibu saya. Norarsikin bakery ditubuhkan pada tahun 2008. Idea business ini tercetus apabila abah saya diuji dengan sakit jantung dan tidak boleh berkerja. dari situ ibu saya mengambil alih tanggungjawab mencari pendapatan untuk keluarga. Dengan memulakan business membuat roti, kek, & pizza  secara kecil-kecilan. Ketika tu bisness ini hanya dijual secara menjaja dipasar,di kawasan perrumahan. setelah lama kelamaan bisness ini mempunyai peningkatan yang baik.

kini saya ingin mengambil alih business ini dan ingin mengembangkan lagi business ini.

TINARI - Kuih Karas Resipi tradisional citarasa moden
Produk ini bermula semasa PKP. Susah untuk didapati dan risiko hancur untuk postage.

Sebagaimana Produk Kuih Karas by Tinari membantu penggemar kuih karas untuk menikmati kuih tradisional citarasa model dengan pelbagai perisa.

Memandangkan Kuih Karas adalah kuih tradisional, produk Kuih Karas telah mempelbagaikan perisa untuk menarik golanga muda untuk menikmati kuih tradisional dengan citarasa yang modern dan masih mengekalkan rasa original.

RIZQI’s HOMEMADE ( DESSERT & WESTERN )
Assalamualaikum

📌Inahuminsulaiman wainahu

📌Lailahhailah anta subhanakaini kuntum minalzolimin

📌Doa rezeki tak putus2👇🏻

Allahumma Ya Ghani Ya Mughni Aghnini Bilaa Sababin Fainnaka Ala Kulli Sya In Qadir

Saya Dini owner to Rizqi’s Homemade . Pada mulanya saya seorang foodhunter , memang minat dooh dessert & western ni . Saya juga salah seorang general manager dkt sebuah fastfood terkenal (🐥) . Dari situ saya banyak belajar bab admin , management staff handling product and what so ever . After PKP saya resign sbb kitorang PJJ. Sorang dilaut sorang didarat . Sebelum decide resign saya cuba dulu RnD menu yang seakan famous brand ni . Cuba demi cuba alhamdullilah ada regular customer .

Macam idea dah cuba untuk buat business apa yang kena dengan citarasa tekak orang Malaysia . Nk cakap pasal try and error menu memang banyak wastage dari segi duit & product . Setelah try try saya cuba buat 1 menu ( select ) iaitu menu segala jenis dessert & western customer boleh pilih sendiri . Perbaiki dari hari ke hari . Alhamdulillah business getting better . Tapi masih berada di tahap lemah ( costing cost , handling in out money , posting social media untuk attract customer )

Selain tu jugak my dad ada buat catering pelbagai jenis majlis . Harga in shaa allah berpatutan , sedap in shaa allah sedap . Allah gandakan rasa sedap dalam masakan jika kita selalu berselewat kepadaNya .

Munifah Ready to Eat and Ready to cook by MM Delights
The founder has issue in preparation of home cook food for her family while juggling with her career. By past experience as a career woman for past 30 years , it has inspired her to come out with a product in 2020 to assist society to ensure that the food that their loved ones consume is giving the best in terms of health care and wellbeing. The products must be able to reduce the time spend in the kitchen in terms of preparation and cleaning up but not to compromise the quality of the food in terms of the freshness and nutritional factors.

Through Munifah brand by MM Delights , our Culinary Offerings:

1. Chicken Kuzi: Tender and flavorful, our Chicken Kuzi is offered at RM15 for a 150-gram portion, crafted with all-natural ingredients.

2. Mutton Kuzi: A hearty choice, the Mutton Kuzi is available at RM20.00 for a 150-gram serving, prepared with the finest cuts and spices.

3. Beef Kuzi: Rich in taste, our Beef Kuzi is priced at RM15.00 for a 150-gram serving, promising a satisfying meal experience.

4. Beef Kerutub: Introducing a 150-gram serving of our aromatic Beef Kerutub, priced at RM12.00, featuring tender beef in a rich, spiced gravy.

5. Beef Gulai Kampong: Our traditional Beef Gulai Kampong, served in 150-gram portions for RM8.00, is a nod to the classic flavors of the kampong.

6.  Beef Masak Hitam is for those love a spicy, sweet and sour sensation. A 150-grams potion for RM 10.00.

7. In addition a selection of red and green chili deeping plus fruit pickle is offered to complete the ready to eat course.

MM Delights also reach out to those that prefer to cook an authentic and healthy dish by offering 5 types of instant Paste (Kuzi , Kerutub , Kari Kampung , kurma and Dalca). Munifah instant Paste which will only required 30 minutes instead of 3 hours to prepare the actual food. Its price at RM 10 to RM15 which can cook with 500 gm protein that would cater for 4-5 serving.

Quality Assurance and Packaging:

All our offerings are prepared with a commitment to quality, using only natural ingredients, free from preservatives. To ensure freshness and longevity, our products are packaged using the retort methodology, sealing in the flavors and nutrients effectively. ideal for maintaining the highest standards of quality and taste upon delivery to our esteemed clientele.

Advantages of Our Gourmet Selection:

Diverse Flavors: From the rich and complex Kuzi to the homely comforts of Kerutub and Gulai Kampong, our range caters to a broad spectrum of palates.

Convenience: Our ready-to-eat meals, thanks to retort packaging, offer convenience without compromising on the gourmet dining experience.

Quality Ingredients: The use of all-natural ingredients ensures a wholesome and satisfying culinary experience for your customers.

We believe that our expanded selection will complement our customers current situation in maintaining healthy lifestyle challenges.

Pes Ibu Sambal
Zaniz Heritage

Saya memulakan perusahaan  memproses makanan bermula 2006 dengan produk serunding di kg.laut.. dlm perniagaan berkembang maju..tiba2 saya di uji ngan sakit misteri yg hampir meragut nyawa..kemudian kilang pula di banjir besar 2014..Allahuakbar..terpaksa tarikh handbrake..

Alhamdulillah..2022 Allah beri peluang kembali..semangat dan Azam yg kuat untuk bangkit kembali walau berkerusi roda Dan berstatus OKU..kini fokus pd produk pes sos kordial vco.. 26  produk telah mendapat persijilan halal jakim dan  sijil Homebased KKM..Pes ibu sambal di sasarkan untuk org yg berkerja suri rumah Dan pelajar di pusat pengajian tinggi yg tidak punya masa untuk berlama di dapur.. Ayam atau telur Dan sebagainya di masak/goreng dahulu.. kemudian masukan pes ibu sambal  kacau 2 minit..dah siap.. juga untuk menggoreng nasi mee kuehtiew.hanya masukkan pes kacau2berserta sayuran dah siap.. danbulih juga di sapu pada roti setelah di panaskan..pes ibu sambal bulih di DAPATI dioffline Dan online.. saya rasa syukur Dan bangga..dengan penyertaan saya dalam Ideas Project Malaysia.produk Zaniz Heritage TELAH berada di platform e- dagang..Unik19,shopee Dan TikTok...terima kaseh Ideas Project Malaysia..Dari buta IT dah celik IT walau pun sedikit..Alhamdulillah

Program Miracle of Insan through Clinical Mukjizat Bismillahhir Rohmanir Rohim |TEKNOLOGI KUASA SEMBUH SEMULAJADI
TEKNOLOGI SEMBUH SEMULAJADI Bermodalkan DIRI INSAN dan Kefahaman melalui Saintifik Peranti Perubatan. "Clinical Mukjizat Hikmah BismillahhirRohmanirRohim".

Idea saya untuk program ini adalah bermula kerana saya nak share tentang pencarian jawapan saya tentang "Apa keistimewaan kita sebagai insan yang diciptakan terbaik dari segala makhluk di alam ini termasuk malaikat sekalipun?" al-Isra70.  Perjalanan tersebut saya telah tulis dalam sebuah Buku "Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA".

Disebabkan minat, saya juga turut sambung study dalam bidang Professional Diploma in Islamic Reveal Knowledge, kerjasama London Examination Board, UTMSpace dan KLIEC, atas sokongan Mentor saya Untuk memartabatkan al-Quran ini di peringkat antarabangsa dari segi ilmu hikmahnya, di samping memuliakan RasullALLAH sollalahualaihiwasalam Insan Agung diwahyukan Ilmu Mukjizat. Sebenarnya semua teknologi ini ada dalam al-Quran, cuma kita kena belajar untuk tahu mengambil HIKMAH dari al-Quran. Hikmah ayat yang tertinggi adalah  BismillahirRohmanirRohim.

Sebelum ini perkongsian saya banyak melalui NGO mengikut Mentor sebarkan tentang keamanan di dalam dan luar negara. Setelah berlakunya P3ndemik, saya perhati masyarakat seperti pengalaman saya dah lalui. Cuma zaman tu , belum wujud istilah panick attack, anxiety, sebab pakar sendiri tak boleh diagnose . Bagi saya, saya faham saya sakit sebab saya pernah niat nak bantu umat. Pengalaman itu adalah sebuah nikmat kasih sayang dariNYA untuk dikongsi.

Ramai yang menanggung KESAKITAN seperti kronik stress, gangguan keamanan anxiety, panick attack, SUKAR TIDUR dan SAKIT yang datang tiba-tiba mahupun MASALAH rezeki & hubungan hambar. Rasa kasihan kepada apa yang dialami masyarakat sekarang hampir sama dengan apa yang saya lalui berbelas-belas tahun dahulu, dan paling tak rasional "tak boleh makan, tak boleh tidur" hampir 2 bulan , menyebabkan saya nak berkongsi KESEDARAN  utama tentang Energi yang membuatkan kita sakit,tak AMAN dan bagaimana self-healing, dengan memahami "Kuasa Sembuh Semulajadi" melalui "Mukjizat Ilmu Hikmah BismillahhirRohmanirRohim".

Mukjizat Hikmah Bismillah ini, bukan sahaja boleh diamalkan, oleh orang Islam, MALAH ORANG YANG BUKAN ISLAM boleh amalkannya, kerana kita memahami dari segi hikmahnya al-Quran, makna dan kaedah secara spirituality untuk dilatih, BUKAN SEBUTAN UCAPAN MULUT.

Untuk menjelaskan perkongsian ini dalam seminar akan datang, saya relatekan mukjizat hikmah bismillahhirRohmanirRohim dengan kajian saintifik dan teknologi perubatan sedia ada yang turut memfokus kepada Teknologi Untuk Kuasa Sembuh Semulajadi, lebih rasional dan mudah faham.

Ada banyak modul dalam mukjizat bismillah.

Buat masa ini untuk market orang Islam, Paling asas untuk memahami pengalaman dari hikmah Mukjizat Bismillah ada saya kongsi dalam buku saya "Menyaksi rahsia Bicara kasihNYA" beserta rakaman video tentang Pengalaman saya di Hospital dan Cara Hadapi Masalah Tidur dengan fahami Makna Tidur Secara Saintifik dan Spiritualiti.

Untuk ke luar negara, InsyaALLAH , akan buat rakaman dalam English. Sekian. https://nurulaein.com/arrafeiqenergy/

Effa maruku crunchy salted egg
**"Dari Permulaan Hingga Kejayaan: Cinta pada Maruku Crunchy Salted Egg yang lain pada yg lain.!

Sejak mula Effa Joha berkecimpung dalam dunia perniagaan pada tahun 2017,  selepas kematian suami .saya mulakan bisnes maruku ni .UTK menyara 3 anak yg masih kecil..cinta saya  pada maruku crunchy salted egg semakin mendalam. Setiap langkah diambil dengan penuh kesungguhan, bermula dari dapur kecil dan sekarang sudah ada kilang maruku crunchy dan huhuhingga menjadi kegemaran ramai. Maruku ini bukan sekadar snek biasa—ia adalah hasil usaha gigih dan cinta yang tak terhingga.

**Apa yang membuat maruku kami lain dari yang lain?**

- **Tekstur**: Crunchy yang sempurna—sekali gigit, terasa cair di mulut!

- **Rasa**: Gabungan unik antara lemak telur masin dan herba terpilih, memberi sensasi yang tidak dapat dilupakan.

Dari mulut ke mulut, maruku ini telah menawan hati ramai. Kini, giliran anda untuk merasainya!

**Dapatkan sekarang dan rasai cinta dalam setiap gigitan.**

#Effamarukucrunchy

#sekaligigitcairdalammulut.

PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN
Saya merupakan seorang Penganjur Majlis/Perancang Majlis Perkahwinan sebelum saya menceburi bidang penjagaan ibu selepas bersalin sebagai Confinement Lady (CL) sebelum COVID. Selepas 6 tahun menceburi bidang ini saya jatuh cinta dan ingin membantu ibu-ibu selepas bersalin dengan menjadikan mereka sihat semula.

Asmaira Homemade
Asmaira Homemade mula beroperasi secara tidak sengaja pada tahun 2015 apabila salah seorang rakan baik zaman sekolah menengah saya meminta saya membuat kek batik kerana teringin makan kek yang saya biasa bawa ketika jamuan sekolah. Saya sangat gemar membuat kek (baking) jadi setiap kali ada jamuan di sekolah saya akan membuat kek batik sendiri dan membawa ke sekolah untuk makan bersama rakan-rakan. Selepas tamat persekolahan, ada rakan baik saya meminta saya untuk membuat kek batik seperti yang saya pernah buat untuk jamuan sekolah dulu dan berkata akan membayar kek batik tersebut. Jadi saya pun buatlah kek batik & saja post gambar ke facebook. Tidak lama kemudian saya mendapat order dari orang lain pula dan menjadi side income saya pada ketika itu.  Saya merupakan guru taska ketika itu kerana mengambil diploma pendidikan awal kanak-kanak. Jadi siang hari saya bekerja di taska dan malam saya akan baking membuat tempahan pelanggan. Kadang kala saya akan bawa kek ke tempat kerja dan pelanggan akan mengambil disitu. Pada ketika itu saya hanyalah membuat kek di rumah keluarga saya di Kampung Cherang Kota Bharu oleh kerana itu lah tercipta Nama Asmaira Homemade. Saya mula menambah baik kek yang dijual dan menambah product baru sedikit demi sedikit. Saya membuat penghantaran (Delivery) ke kawasan mengikut caj delivery yang ditetapkan. Kemudian saya menambah product lain seperti Brownies. Menjelang bulan Ramadhan pula saya cuba membuat biskut raya seperti Tart Nenas, Crunchy Florentine & Biskut Arab Pelangi. Saya cuba mengambil order di facebook dan tidak menyangka mendapat order yang agak banyak (bagi saya) yang baru hendak memulakan perniagaan. Setelah beberapa tahun Asmaira Homemade beroperasi di rumah kelurarga saya di Kampung Cherang, saya membuat keputusan untuk mencari rumah lain untuk dijadikan Baking studio saya kerana peralatan membuat kek saya semakin bertambah dan saya ingin menambah chiller kerana untuk menyimpan bahan kek & kek tiada tempat. Selain itu, saya juga harus berkongsi dapur dengan mama saya jika dia ingin memasak saya harus segera menyipan peralatan kek saya. Begitulah setiap kali mama saya ingin menggunakan dapur. Pada tahun bermula nya PKP saya yang ketika itu masih bekerja di tadika tidak mendapat bayaran gaji walaupun harus mengadakan kelas online bersama pelajar di musim PKP. Disitulah terdetik dihati ini saya ingin hanya meneruskan perniagaan ini 100%. Tidak mahu lagi bekerja di tadika mahupun mengajar kelas tambahan (hujung minggu). Pada Jun 2021 saya menjumpai rumah yang agak startegik bagi saya, di kedai lalat kerana rumah tersebut berada di tepi jalan besar. Mudah untuk customer datang ambil kek & biskut. Pada ketika itu saya hanya mampu untuk menyewa rumah kerana baru hendak mulakan dengan modal perniagaan sendiri yang dikumpul sedikit demi sedikit. Jadi setelah itu saya hanya focus 100% terhadap bisnes ini dan alhamdulillah dapat menjana pendapatan keluarga kecil saya sehingga sekarang. Perlahan saya & suami mula mengembangkan perniagaan kami dengan masuk kelas pengurusan kewangan, kelas cara untuk membuat marketing, kelas baking, seterusnya mengambil suntikan Typhoid, menyertai kursus latihan pengendali makanan dan sekarang dalam proses permohonan Sijil Homebased. Kami juga cuba sesuatu yang baru dengan menyertai event jualan gerai di pelbagai tempat jika berkelapangan. Saya menjalankan perniagaan ini bersama suami saya yang juga ada Sijil Confectionery & Bakery  Tahap 1 & 2 di Giatmara & Sijil pembuatan pastri Tahap 3 di Iktbn. Alhamdulillah sambutan dari pelanggan lama dan baru semakin menggalakan dan bertambah dari hari ke hari. Saya mendapat pelanggan baru hampir setiap hari sekarang kerana dicadangkan oleh pelanggan lama saya kepada keluarga dan rakan mereka. Sekarang Asmaira Homemade ada lebih 30 jenis Product termasuk kek, biskut dan pudding. Semua fresh baked. Saya membuat mengikut order customer & ada juga buat ready stock untuk customer beli terus tanpa membuat pesanan.

(Sambal Bilis Garing MamaSah)
Region KB 1

Sebuah catatan perjalanan MamaSah Empire

MamaSah Empire bermula pada tahun 2015 sebagai sebuah perniagaan kecil-kecilan yang mengkhususkan diri dalam menjual kuih-muih, kek, dan puding. Pada waktu itu, sambutan terhadap produk MamaSah sangat memberangsangkan. Namun, persaingan yang semakin sengit di kalangan bakers tempatan menjadi cabaran besar untuk MamaSah terus berkembang. Dengan semangat untuk maju, MamaSah tidak pernah berputus asa, malah terus mencari peluang baharu untuk meneroka pasaran yang lebih luas.

Pada tahun 2020, ketika pandemik COVID-19 melanda, MamaSah mengambil peluang untuk melakukan (R&D) produk yang lebih tahan lama, mudah dihantar melalui pos, dan sesuai untuk keperluan pengguna moden. Hasil usaha gigih ini, terlahirlah Sambal Bilis Garing MamaSah, sebuah produk yang bukan sahaja lazat tetapi juga mudah dibawa ke mana-mana. Sambal ini sangat sesuai untuk dibawa semasa travel, camping, atau sebagai bekalan makanan harian kerana ia siap dimakan dan tidak berminyak.

Keunikan Sambal Bilis Garing MamaSah terletak pada rasa pedasnya yang seimbang, teksturnya yang kekal rangup, dan kualiti bahan-bahan premium yang digunakan. Setiap pek sambal ini dihasilkan dengan teliti & penuh kasih sayang untuk memastikan pelanggan menikmati pengalaman rasa yang terbaik.

Sambal Bilis Garing MamaSah dirumus khas untuk memberikan rasa yang seimbang antara pedas dan rangup. Ia menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dan dikemas dalam bungkusan yang praktikal. Sambal ini sesuai untuk dimakan pada bila-bila masa, terutama ketika travel, camping, atau ketika sibuk bekerja. Keunikan produk ini ialah ia mudah disimpan, tidak berminyak, dan sedia dimakan tanpa memerlukan penyediaan tambahan.

Walaupun begitu, perjalanan memperkenalkan produk ini bukanlah mudah. Persaingan daripada penjual dalam talian yang menawarkan produk serupa tetap menjadi cabaran. Namun, MamaSah yakin bahawa dengan fokus kepada kualiti dan kepuasan pelanggan, produk ini mampu mendapat tempat di hati pengguna. MamaSah juga sentiasa berusaha menambah baik produk berdasarkan maklum balas pelanggan.

Namun, MamaSah menyedari beberapa kekurangan dalam menjual Sambal Bilis Garing secara dalam talian. Salah satu cabaran utama ialah kesukaran untuk memberikan fokus kepada pengeluaran dan pemasaran secara serentak. Proses menghasilkan sambal berkualiti tinggi memerlukan perhatian penuh, sementara pemasaran dalam talian memerlukan strategi yang konsisten dan masa yang mencukupi untuk mengurus platform e-dagang serta media sosial. Kekangan ini menjadi cabaran besar yang perlu diatasi untuk memastikan perniagaan dapat berkembang dengan lebih baik.

MamaSah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan setia dan penyokong yang terus memberikan kepercayaan kepada produk ini. Doakan agar MamaSah Empire terus berkembang maju, dapat menambah baik kekurangan, dan berjaya menghadapi cabaran dalam industri makanan. Semoga usaha ini dapat memberikan manfaat kepada semua.

#MamaSahEmpire #SambalBilisGaringMamaSah

#RasaYangDirindui #BanggaBuatanMalaysia

Peticsawo Printing Store
Perniagaan percetakan saya bermula dari tahun 2016 selepas saya dan suami berhijrah dan berhenti kerja di Kuala Lumpur dan pulang ke Kelantan kerana nak menjaga ibu mertua yang sakit pada ketika itu. Sebelum ini saya bekerja sebagai eksekutif di Astro manakala suami saya bekerja sebagai admin di syarikat insuran. Kami berdua tiada pengalaman langsung dalam bidang percetakan ini tapi setelah berbincang kami membuat keputusan untuk belajar dan mencuba.  Pada mulanya berbekalkan wang simpanan rm20,000 saya membeli mesin heat press dan barang2 keperluan percetakan yang lain. Kami bermula secara online..kami buat iklan di instagram dan memproses di rumah dan membuat penghantaran barang menggunakan courier..kami juga menggunakan sistem agen pada ketika itu sehingga kami berjaya menyewa kedai dan beroperasi secara offline dan online..pada 2019 ketika Covid perniagaan kami gagal untuk cover segala kos dan terpaksa menutup kedai dan berniaga semula di rumah secara online..alhamdulillah kami masih menerima tempahan dari pelanggan2 lama..pada 2021 kami kembali menyewa kedai dan perniagaan lebih stabil..saya juga menjadi sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia dan membuat pinjaman untuk meningkatkan lagi modal perniagaan saya. Suami saya menyertai program Uitm ECER untuk kelas Reka Grafik. Saya pula menyertai program IDEAS untuk membantu dan belajar mengembangkan lagi perniagaan kami.

COKLAT KUNAFA PISTACHIO ALA DUBAI HUDA NOMNOMBITES
Produk Coklat Kunafa Dubai ini adalah dari inspirasi sejak saya menyertai program IDEAS ini. Saya memilih produk berasaskan coklat ini kerana merupakan produk yang mudah untuk dipadarkan dan disukai oleh ramai lapisan masyarakat.

Coklat yang kami hasilkan juga menggunakan coklat yang bermutu tinggi dan menggunakan bahan premium untuk inti kunafa tersebut.

Saya juga telah mengunapakai semua konsep yang diajar sepanjang program IDEAS ini. Pada pendaoat saya, pencapaian saya dan pasukan yang paling dibanggakan adalah konsep 'Women Empowerment' di mana sekarang kami telah dan sedang melatih wanita-wanita, ibu surirumah tangga untuk menjafi staf Host Live kami untuk memasarkan produk Coklat Kunafa kami ini.

Semoga produk coklat kami ini akan terus berjaya dijual secara meluas dan dapat memberikan peluang pendapatan kepada para surirumah dengan konsep Work From Home.

Nik Rabi’Atul Farah Binti Nik Fauzi
Bake Tip Top (Premium Dessert)

Kisah di Sebalik Setiap Hidangan Maiza Cafe Cameron
"Kafe Kampung Fusion"

Di Maiza Café, setiap hidangan mempunyai cerita dan sentuhan istimewa yang menjadikannya unik dan memikat hati pelanggan. Kami bukan sekadar menyediakan makanan, tetapi mencipta pengalaman yang penuh rasa dan kenangan.

🍝 Italian Beef Lasagna – Resipi 15 Tahun yang Menghidupkan Nostalgia

Lasagna kami bukan sekadar hidangan biasa. Ia diolah dari resipi keluarga 15 tahun, diwarisi dan diperhalusi untuk menghasilkan lapisan pasta yang lembut, daging cincang berkualiti, dan sos keju Itali yang penuh rasa. Setiap gigitan membawa anda kembali ke suasana makan malam keluarga yang penuh kehangatan.

🍞 Roti Daging Cheese – Gabungan Roti Prata & Inti Unik

Roti ini adalah hasil inovasi kami, menggabungkan kelembutan roti prata dengan inti kentang, daging, dan keju yang diolah menggunakan sentuhan ala Itali. Setiap satu dibuat segar untuk memberikan pengalaman rasa yang unik – rangup di luar, penuh berkrim di dalam.

🥩 Kambing Grill Rosemary – Perapan 12 Bahan Bermutu

Hidangan kambing kami diperap dengan 12 bahan bermutu tinggi, termasuk daun rosemary segar yang ditanam di Cameron Highlands. Gabungan herba dan rempah menghasilkan rasa yang seimbang, lembut, dan beraroma. Setiap potongan daging dimasak dengan sempurna untuk mengekalkan kelembapan dan juiciness.

🍓 Strawberry Strudel – Manis, Masam, dan Rangup

Pastri ini adalah kebanggaan kami – lapisan pastri yang rangup, inti strawberi segar Cameron Highlands, dan taburan gula icing yang halus. Setiap strudel dibuat dengan kasih sayang, memberikan gabungan rasa manis dan masam yang sempurna.

🥤 Ice Blended Strawberry – Segar dari Ladang

Minuman ini adalah kegemaran ramai! Dibuat menggunakan buah strawberi segar Cameron Highlands, setiap hirupan memberikan kesejukan dan rasa manis semula jadi, sesuai dinikmati dalam cuaca sejuk atau panas.

Maiza Café bukan sekadar tempat makan, tetapi ruang di mana tradisi, kreativiti, dan rasa bergabung menjadi satu. Setiap hidangan mempunyai kisah – dan kami ingin anda menjadi sebahagian daripadanya.

Jom rasa keistimewaan ini, hanya di Maiza Café!

Gluten Free Cookies by Nisreena Signature
Nisreena Signature bermula pada tahun 2022 sebagai sebuah homebakery kecil di Kelantan, diasaskan oleh Nurul Farah Nihayat, seorang ibu kepada tiga anak yang bertekad untuk membawa perubahan dalam dunia pemakanan. Dengan minat mendalam terhadap gaya hidup sihat, beliau mula mencipta resipi yang mesra kesihatan, termasuk gluten-free cookies dan scones premium.

Inspirasi utama perniagaan ini datang daripada keinginan untuk menyediakan makanan yang bukan sahaja enak tetapi juga lebih baik untuk kesihatan, khususnya bagi mereka yang menghadapi alergi makanan atau ingin mengurangkan pengambilan gula putih. Bermula di dapur rumahnya, Farah menggunakan bahan-bahan premium seperti gula kelapa untuk memastikan produknya bukan sahaja sihat tetapi juga berkualiti tinggi.

Pada June 2024 Nisreena Signature telah mendapat penarafan sebagai tunas perusahaan sosial. Dalam tempoh singkat, produk Nisreena Signature mendapat perhatian ramai kerana keunikan dan rasanya yang lazat. Dari pelanggan setia dalam komuniti setempat sehingga ke peluang meletakkan produk di cawangan KB Brewster, perjalanan ini membuktikan bahawa dengan dedikasi dan fokus kepada impak sosial, sebuah perniagaan kecil mampu berkembang. Hari ini, Nisreena Signature bukan sahaja menghasilkan makanan sihat tetapi juga ingin membuka peluang pekerjaan kepada komuniti B40, terutamanya ibu tunggal.

DKebun Resources
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

DKebun Resources bermula diluar jangkaan saya. Selepas bersara, ayah saya meneruskan hobi beliau iaitu bercucuk tanam. Bermula dengan sayur-sayuran sehinggalah menjadi kebun jambu batu. Pada peringkat permulaan, ibu bapa saya memberi hasil kebun secara percuma kepada jiran-jiran, saudara-mara serta sahabat handai menyebabkan kami terpaksa menggunakan wang dari sumber lain untuk menampung kos pengurusan kebun. Kami mula menjual buah secara kecil-kecilan pada tahun 2021 dengan niat untuk menampung kos kebun. Pada 2023 selepas pulang dari umrah, saya mula mengambil alih aliran tunai keluar masuk  secara manual. Setelah nampak perniagaan ini mampu pergi lebih jauh, saya mula mendaftarkan SSM pada Mac 2024 dan menyertai kursus pemproses kordial dengan  MARDI. Setelah beberapa bulan mengeluarkan jus jambu, saya mempunyai banyak hampas jambuyang terbuang begitu sahaja. Dan saya melihat peluang yang mana hampas-hampas tersebut masih ada manis dan khasiatnya. Fast forward November 2024, bapa saudara saya masuk hospital disebabkan masalah penghadaman. Ada pelawat yang bagi cadangan untuk beliau minum air rebusan daun jambu. As I go deeper, rupa-rupanya masyarakah di India menggunakan air daun jambu batu sebagai ubat untuk senggugut sejak lama dahulu. Jadi, daripada pokok jambu itself saya melihat banyak kegunaan dan manfaat. Sebelum ini, saya ingin menjadikan bisnes ini sebagai side income sahaja. Tetapi, setelah mengikuti program IDEAs, saya membuat keputusan untuk terus fokus dalam bidang ini dengan harapan mampu menyumbang kepada masyarakat pada masa hadapan. Doakan suatu hari nanti saya dapat menyatukan apa yang saya belajar dalam bidang kaunseling dan agropreneur yang saya ceburi sekarang. Slowly but surely, Insyaa Allah.

Nor Hazwani Bt Mohamed/KB 1
Bermula dengan minat memasak dan suka mencuba resipi baru, terutama dalam membuat kek dan pencuci mulut. Salah satu kegemaran saya ialah kek buah kukus moist, tetapi kebanyakan yang dijual di pasaran agak manis bagi citarasa saya.

Jadi, saya mencuba membuat sendiri dengan mengurangkan kemanisan mengikut selera saya. Kawan-kawan dan saudara-mara mencuba, dan mereka memberi maklum balas yang sangat positif—rasa sedap dan teksturnya lembut. Dari situ, saya mula berani mengambil tempahan.

Lama-kelamaan, semakin ramai kawan dan saudara yang membuat pesanan. Sambutan yang menggalakkan ini mendorong saya untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Kini, saya bukan sahaja menjual kek buah kukus tetapi juga pelbagai variasi kek dan pencuci mulut lain untuk memenuhi permintaan pelanggan.