Aktiviti Usrah by Haziqah Hipni

Tugasan Usrah
1. Sila baca bab Akhlaq & Sifat2 yg Mesti Bagi Pemimpin & Orang yg Bertanggungjawab. Baca 20 sifat tersebut.

2. Sila pilih tokoh/idola pemimpin pilihan antum masing2, dan kaitkan dengan sifat yang antum telah baca.

3. Kongsikan di page Padlet ini.

Haziqah
Sultan Muhammad Al- Fateh merupakan tokoh pemimpin islam yang saya amat kagumi. Beliau adalah pemimpin muda yang wajar kita ambil teladan.

1. Beliau merupakan pemimpin yang mengharapkan akhirat dan sentiasa ikhlas kepada Allah. Sebagai contoh, usai tentera islam berjaya menakluki Constantinople, Sultan ingin mecari calon siapakah untuk mengimamkan Solat Jumaat. Tetapi setelah dicari, beliau sendirilah yang paling layak untuk mengimamkan solat tersebut kerana tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan tahajjud sejak baligh.

2. Sultan juga seorang yang bijak dalam mengatur strategi. Umum diketahui, benteng Constantinople amat sukar untuk dicerobohi. Oleh kerana kebijaksanaan beliau mengatur stratergi dan susun atur terntera, benteng itu dapat ditembus. Sebagai contoh, kisah kapal berlayar di atas daratan merupakan bukti kebijaksanaan beliau apabila beliau menyarankan agar tanah diratakan dan dilumur dengan minyak agar kapal boleh belayar diatas daratan.

3. Walaupun Sultan Muhammad Al- Fateh itu muda kita menaiki tampuk pemerintahan (19 tahun), beliau tetap teguh pendirian dan yakin dengan arahan yang dikeluarkan. Apatah lagi beliau tahu akan benteng Constantinople  itu sukar dicerobohi beratus2 tahun lamanya. Setiap arahan yang dikeluarkan adalah yang terbaik bagi beliau dan juga menghasilkan kesan yang efektif.

4. Sebagai seorang ketua/pemimpin, beliau turut memastikan ahli yang dipimpin jauh dari perkara yang diharamkan Allah.

Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq: “… Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera-tentera Islam. Rajanya ada sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Kesimpulannya, sifat2 sultan Muhammad Al-Fateh perlu untuk kita teladani apatah lagi kita dalam linkungan seusia ketika Sultan menaiki tampuk pemerintahan semasa waktu dahulu.

Sebagai seorang pemimpin, kita juga harus yakin dengan arahan yang dikeluarkan dan tidak bersifat acuh  tak acuh.

Sekiranya, ahli kita mempunyai akhlak dan sifat2 ini, insyaAllah kepentingan Islam itu dapat dipelihara di negara kita.

Siti Nur Fatehah
Biodata: Sayyidina Abu Bakar merupakan sahabat Rasulullah yang sentiasa membenarkan kata-kata dan tingkah laku Baginda dan merupakan pemimpin pertama zaman Khulafa' Rashidin yang cukup tegas dalam memellihara politik islamiah.

1. Beliau merupakan pemimpin yang fokus kepada perjalanan ke akhirat dan sentiasa ikhlas berjuang di jalan Allah. Despite kepergian sahabat tercinta iaitu Rasulullah SAW, beliau tidak alpa dalam perjuangan menyebarkan dakwah islamiah. Perintah pertama yang dikeluarkan sesudah Abu Bakar diangkat menjadi khalifah ialah mengerahkan dan meneruskan perjalanan tentera Usamah bin Zaid. Pasukan Usamah ialah pasukan yang telah disiapkan Rasulullah untuk menggempur barisan tentera Rom di Perbatasan Utara.

2. Beliau cukup cerdik dan tangkas dalam menyusun urusan. Sewaktu pemerintahannya, beliau turut berusaha untuk melicinkan lagi pentadbiran kerajaan Islam dengan membahagikan lagi Tanah Arab kepada sepuluh wilayah iaitu Mekah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut dan Nijran. Dalam dasar pemerintahannya, beliau turut melantik seorang amir atau ketua untuk mentadbir wilayah-wilayah tersebut. 2.7. Memperkenalkan Sistem Bayaran Gaji Kepada Tentera

Saidina Abu Bakar as-Siddiq turut memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui Ghanimah atau harta rampasan perang. Malah undang-undang tanah seperti bayaran cukai al-Kharaj atau cukai tanah dan Jizyah atau cukai perlindungan bagi orang kafir dan melindungi golongan mawali iaitu orang bukan Arab yang memeluk Islam.

3. Akhlak beliau cukup murni dan mulia, walaupun baru bergelar muslim, selepas Abu Bakar As-Siddiq memeluk Islam, beliau mula berdakwah. Peribadi Abu Bakar telah dikenali oleh kaumnya sebagai seorang yang mulia dan selalu menolong orang lain. Oleh sebab itu, banyak orang yang selalu datang kepadanya untuk meminta tolong dan disebabkan oleh keperluan perdagangan. Dalam kesempatan baik seperti ini, beliau selalu mengajak teman akrabnya untuk masuk Islam. Antara teman akrabnya yang memeluk Islam dari dakwahnya adalah Zubair bin Awwam, Usman bin Affan, Talha bin Ubaidah, Saad bin Abi Wakas dan Abdurahman bin Auf r.a.