My fancy wall by Nurul H.hanis

Ulasan Padlet ( Menteri Kewangan )
Pada ucapan Belanjawan Tahun 2019, menteri kewangan kita, Yang berhormat Lim Guan Eng menyatakan;

Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang
bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun

2019 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan

bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.

Pada ucapan beliau, beliau menyatakan bahawa kerajaan baharu telah mewarisi sistem kewangan yang membimbangkan. Hutang dan liabiliti sebenar Kerajaan sehingga akhir Jun 2018 adalah RM1,065 bilion, iaitu hampir RM350 bilion lebih tinggi daripada jumlah yang didedahkan secara rasmi oleh kerajaan terdahulu. Perincian hutang ini merangkumi RM725.2 bilion hutang langsung Kerajaan Persekutuan, RM155.8 bilion komitmen luar jangka dan RM184.9 bilion liabiliti lain termasuk bayaran pajakan bagi projek Kerjasama Awam Swasta (PPP). Didapati bahawa paras hutang RM1 trilion ini disebabkan oleh skandal kewangan yang bertopengkan sebagai pelaburan, dan hutang mega sebagai projek mega. Kerajaan mendapati pentadbiran terdahulu telah secara rahsia membayar hutang 1MDB hampir RM7 bilion sehingga 30 April 2018. Selain itu, Kerajaan juga mendapati bahawa negara mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bagi menyelesaikan hutang 1MDB ini. Kerajaan juga mengenalpasti wujudnya kontrak berat sebelah seperti projek Trans Sabah Gas Pipeline dan Multi-Product Pipeline yang kosnya berjumlah RM9.6 bilion namun RM8.3 bilion telah dibayar walaupun hanya kurang daripada 10% kerja pembinaan telah disiapkan. Projek mega seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pula akan melibatkan kos sehingga RM81 bilion, selain puluhan bilion ringgit lagi akibat kerugian kos operasi. Oleh sebab itu, kerajaan telah mengambil langkah penyelesaian dengan cara memperkukuhkan pengurusan fiskal. Sebagai contoh, kerajaan telah menstruktur semula pendekatan belanjawan melalui Zero-Based Budgeting iaitu sistem belanjawan berasaskan sifar belanjawan. Pendekatan ini meningkatkan keberkesanan, kecekapan dan penjimatan kerana perbelanjaan dibuat melalui penilaian matlamat peruntukan, dan bukannya berdasarkan perbelanjaan tahun lalu, dan semua perbelanjaan yang menurut budi bicara akan dirancang dari sifar. Dengan cara ini, sudah pasti ekonomi negara akan semakin stabil dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Sekian.