MPU3193 FALSAFAH PSIKOLOGI by NURDALILA NAJWA BINTI MOHD SABRI _

KAITAN FILEM DENGAN FALSAFAH PSIKOLOGI

BARBIE

PENGENALAN DAN PLOT FILEM

CABANG FALSAFAH

PENYELESAIAN ATAU PERSOALAN KHUSUS

PENGENALAN DAN PLOT FILEM

CABANG FALSAFAH
Perkataan psikologi (Psychology) berasal daripada gabungan dua perkataan Greek iaitu Psyche (Psiko) yang membawa maksud jiwa, rohani atau mental dan – logos (-logi) yang bermakna kajian. Sebagai satu perkataan, ia membawa maksud kajian jiwa, mental atau rohani manusia.

Psikologi sebagai sains kehidupan mental (Bruno,1984). Beliau menekankan kepentingan unsur-unsur subjektif atau kemanusiaan yang tidak dapat didaftarkan oleh sistem deria manusia. John Watson (1919) pula menyarankan supaya definisi psikologi dikaji semula bagi membolehkannya dilihat dari segi tingkah laku yang berunsur objektif, iaitu yang boleh didaftarkan oleh sistem deria manusia.

KAITAN FILEM DENGAN CABANG FALSAFAH (PSIKOLOGI)

1. Ideologi feminisme
Feminisme adalah sebuah kata sifat yang bermaksud "kewanitaan" atau untuk menunjukkan sifat perempuan. Feminisme merupakan aliran pergerakan wanita yang memperjuangkan hak-hak perempuan. Gerakan dan ideologi yang bertujuan untuk mencapai kesaksamaan dan keadilan jantina yang bernaung pada hak asasi manusia. Feminisme dalam pendekatan ilmu hubungan antarabangsa adalah istilah yang diberikan untuk karya-karya para peneliti yang berusaha mengangkat isu permasalahan jantina ke peringkat antarabangsa. Di dalam filem Barbie ini dapat kita lihat kaitannya dari sudut psikologi di mana para wanita di dalam dunia mereka saling menyokong wanita tidak kira warna kulit, saiz badan mahupun pemikiran yang berbeza.

2. Kewujudan sistem patriarki yang di dominasi oleh lelaki
Istilah "patriarki" telah dikritik kerana gagal untuk mengakui penindasan dan ketidakadilan yang wujud dalam identiti lelaki. Filem Barbie mengakui kritikan ini apabila Aaron, pentadbir berpangkat rendah di Mattel, berkata, "Saya seorang lelaki tanpa kuasa. Adakah itu menjadikan saya seorang wanita?” Tetapi patriarki bagaimanapun berlandaskan jantina, sebagaimana masyarakat menyedari perbezaan kuasa berasaskan identiti; Patriarki ialah sistem politik-sosial yang menegaskan bahawa lelaki sememangnya mendominasi, lebih unggul daripada segala-galanya dan setiap orang dianggap lemah, terutamanya perempuan. ” Mendorong kepada stereotaip jantina terjadi.

1. Isu dalam feminism
Wanita menjadi imam dalam solat

Terdapat beberapa kes dimana wanita telah menjadi imam semasa waktu solat jumaat. Tamsilnya,insiden yang berlaku di India pada tahun 2018 munculnya seorang wanita bernama Jamitha yang membuat sejarah dengan memimpin solat Jumat di Kerala.Pada Hari Republik ke-69, hari raya nasional India yang diperingati setiap tanggal 26 Januari, Jamitha, juga dikenali sebagai Guru Jamitha, telah memimpin solat jumat di Pejabat besar Quran Sunnath Society. Ibadah solat Jumat yang dipimpinnya terdiri dari kelompok campuran sekitar 50 lelaki dan wanita, Dikatakan,Jamitha pada ketika itu berumur 34 tahun dan bekerja sebagai seorang setiausha disitu.

Selain itu,Pada hari Jumaat 18 Mac 2005, umat Islam menerima berita yang mengejutkan di mana seorang  pensyarah Pengajian Islam di Virginia Commonwealth University yang dikenali sebagai Amina Wadud. Salah satu topik yang telah menjadi subjek hangat di dalam perbincangan undang-undang Islam apabila beliau menjadi imam untuk Solat Jumaat kepada 100 orang lelaki dan perempuan yang bercampur saf di Gereja Besar Keuskupan St. John the Divine di New York..Walaupun majoriti masyarakat Islam menentang dan mengecam tindakan Amina Wadud, beliau masih diundang untuk bercakap dan menjadi imam dalam Solat Jumaat. Pada 28 Oktober 2005, beliau menjadi imam solat jumaat kepada lebih kurang 30 orang setelah menyampaikan syarahan di International Congress on Islamic Feminism (Kongress Antarabangsa Feminisme Islam) di Barcelona, Sepanyol. Beliau kemudian mengulanginya lagi di Oxford, England, pada tahun 2008.

Bercerita tentang sejarah pendidikan,Beliau memperoleh Sarjana Muda Sains dari Universiti Pennsylvania di antara tahun 1970 hingga 1975. Pada tahun 1988, beliau memperoleh Ijazah dalam falsafah dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam dari Universiti Michigan Semasa pengajian ijazah beliau mempelajari Bahasa Arab peringkat lanjutan di Universiti America, dan Pengajian Qu’ran dan Tafsir di Universiti Kaherah, dan juga kursus dalam Falsafah di Universiti Al-Azhar. Beliau juga pernah menjadi tenaga pengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 1989-1991 yang mengajar di Jabatan Revealed Knowledge and Heritage tetapi perkhidmatannya tidak dilanjutkan kerana pandangannya selalu kontroversi.

Menurut sudut pandangan islam,ulama sepakat menyatakan bahawa seorang perempuan tidak boleh menjadi imam bagi solat seorang lelaki atau jamaah lelaki. Wanita tidak dibenarkan menjadi Imam kepada jemaah lelaki kecuali kepada jemaah perempuan Muslim sahaja.

Disini disertai beberapa hadis dan dalil yang mengatakan wanita tidak dibenarkan untuk menjadi imam kepada jemaah lelaki -

Imam Syafii berkata :

ولا يجوز أن تكون امرأة إمام رجل في صلاة رجال أبدا

“ Dan tidak dibolehkan seorang perempuan menjadi imam solat bagi lelaki dalam solat apapun selama-lamanya”

Imam Ibnu Hazm dari ulama Mazhab Dzahiri dalam kitab al-Muhalla menyatakan :
ولا يجوز أن تؤم المرأة الرجل ولا الرجال ,وهذا ما لا خلاف فيه
“ Dan tidak boleh seorang perempuan menjadi imam bagi seorang lelaki atau ramai lelaki dan pendapat ini tidak ada khilaf padanya “.

2. Patriarki membawa ketidaksetaraan dalam jantina
https://www.bharian.com.my/amp/wanita/lain-lain/2023/01/1047020/gaji-wanita-lebih-rendah-daripada-pekerja-lelaki

Jurang jumlah gaji lelaki dan wanita

Di Malaysia,Menurut akhbar atau artikel dari berita harian pada tahun 2023 Januari oleh Saadiah Ismail, ianya mendapati bahawa purata gaji dan upah bagi graduan lelaki dan perempuan berkelulusan ijazah menunjukkan terdapat jurang hampir 20 peratus, sekali gus menjadi penyebab utama wanita mempunyai simpanan yang sedikit berbanding lelaki. Berdasarkan laporan Statistik Siswazah 2019 daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, pakar perunding kewangan Rohani Shahir berkata, purata gaji graduan lelaki adalah sekitar RM7,055 manakala purata gaji graduan wanita adalah sekitar RM5,348.selain itu pekerja lelaki masih mendominasi pekerjaan berisiko yang menawarkan gaji lumayan, manakala sektor kerja yang dipelopori wanita kebanyakannya adalah dari sektor yang berpendapatan kecil dan sederhana.

Selain itu,Jurang gaji sebanyak 20.8% telah diperhatikan antara pengurus lelaki dan wanita, dengan lelaki memperoleh kadar sejam RM 38.40 dan wanita berpendapatan RM 30.40. Dalam bidang pekerjaan profesional, terdapat perbezaan gaji yang ketara sebanyak 14.1% dengan profesional lelaki mendapat kadar purata setiap jam sebanyak RM 37 dan wanita mendapat RM 32.40 per jam.

Pada tahun 2020, purata gaji bulanan bagi kedua-dua lelaki dan perempuan menurun disebabkan kesan domino COVID-19. Menurut Jabatan Statistik Malaysia, purata gaji bulanan dan pendapatan oleh pekerja lelaki adalah RM2,963 manakala pekerja wanita dibayar 7.0% lebih rendah pada kadar purata RM 2,889 pada tahun 2020.Mengetepikan kesan pandemik, laporan yang sama menunjukkan bahawa gaji bulanan lelaki lebih tinggi serta konsisten daripada wanita sejak tahun 2010. Di peringkat global, Malaysia berada di kedudukan ke-112 dalam Global Gender Gap Index pada tahun 2021. Sementara itu, Filipina dan Thailand masing-masing berada di tempat ke-17 dan ke-79. Apa yang lebih membimbangkan ialah Malaysia berada dalam kedudukan terakhir dalam kalangan 10 negara ASEAN dalam 2021 Global Gender Gap Index.

3. Gangguan Seksual
Acacia Diana tanggung 8 tahun hadapi gangguan seksual

Seorang wanita yang juga jurugambar tempatan meluahkan kekecewaan dan kemarahannya selepas bertahun-tahun menghadapi gangguan dan stalker seorang lelaki yang bernama Mohamad Safiq Bin Rosli.Pada 2016,Acacia mempunyai blog yang diberi nama “Advenshatime” dimana dia telah menulis tentang projek dan beberapa pengalamannya dalam melancong.Pada suatu hari dia telah menerima notifikasi email dari seorang yang dia tidak kenali yang menggunakan nama “sopert@terminal” untuk mengajaknya untuk berkolaborasi.Acacia telah menolaknya dengan secara baik.Sejak dari detik itulah dia telah diganggu dalam konteks gangguan seksual yang merangkumi gangguan fizikal,lisan,visual,psikologi dan juga gangguan secara talian.Acacia juga mengatakan dia hampir cederakan dirinya kerana berasa putus asa. Di laman Instagramnya, Acacia Diana mendedahkan pendedahan itu, menyatakan bahawa gangguan itu telah berlaku sejak 2016, dengan banyak bukti hantaran mesej lucah yang dilakukan oleh lelaki yang terlibat.Difahamkan bahawa lelaki itu pernah ditahan oleh pihak berkuasa UK kerana mengekorinya dalam diam. Walau bagaimanapun, dia berjaya melarikan diri dan terlepas tarikh mahkamahnya.Pada 2018, laporan polis telah dibuat tetapi tidak diambil tindakan kerana undang-undang stalking tidak wujud di Malaysia pada masa itu. Individu itu nampaknya tidak serik apabila mengganggu wanita itu sehingga dia terpaksa mendedahkan perkara itu.Tidak dapat menahan gangguan yang dilakukan oleh lelaki itu, dia merayu kepada pihak berkuasa untuk bertindak dan meminta keluarganya bertanggungjawab atas tindakan anak mereka.Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Fahmi Fadzil, telah mendapat info dengan penghantaran tersebut dan meminta Acacia menghantar bukti, seperti laporan polis dan tangkap layar kandungan lucah itu  ke e-mel rasmi kementeriannya.Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 dan Akta Kanun Keseksaan (Akta 574) telah menetapkan stalking secara maya sebagai satu jenayah pada tahun 2022. Di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan baharu, perbuatan menghendap atau stalking ditakrifkan sebagai tindakan gangguan berulang yang bertujuan atau mungkin menyebabkan kesusahan, kegemparan atau ketakutan kepada keselamatan sesiapa.Akhirnya Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pada 10 Ogos,lelaki tersebut akan dibawa ke mahkamah untuk menghadapi hukumannya.

4. Kesihatan mental
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2023/04/13/kesihatan-mental-di-malaysia-semakin-membimbangkan/

Pelajar Malaysia bunuh diri di Jepun akibat tekanan (depresi)

Perkongsian seorang wanita di laman sosial,Facebook mengenai kisah adiknya yang bernama Mirza.Nurul Hasanah yang berumur 33 tahun itu menjelaskan bahawa adiknya yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Osaka, Jepun, memutuskan untuk menamatkan riwayatnya sendiri pada April lalu.Beliau sangat terkesan dengan apa yang telah berlaku dan menyesal kerana tidak membawa adiknya pergi untuk berjumpa dengan doktor.Ahli keluarganya  telah memintanya untuk  menghentikan perkongsian Facebook mereka. Walau bagaimanapun, beliau percaya bahawa keengganan untuk menjaga maruah adalah punca kesukaran untuk menerima penyakit mental di dalam masyarakat kini.Menurut Hasanah juga mereka sekeluarga tinggal di Amerika Syarikat sehingga tahun 1998 dan ketika itu Mirza berumur 5 tahun ketika mereka pulang ke Malaysia."Saya rasa dia mula mengalami kemurungan sejak sekolah rendah, sekitar tahun 2001," katanya, sambil menambah bahawa adiknya adalah seorang pelajar yang ceria.Bagaimanapun, dia menyatakan bahawa apabila Mirza meningkat dewasa, dia menjadi seorang yang ramah, sentiasa tersenyum, dan sangat tertarik dengan semua yang berkaitan dengan Jepun.Memandangkan dia berjaya melanjutkan pelajaran ke negara impiannya, dia kelihatan mempunyai kehidupan yang sempurna.Dia seorang kanak-kanak yang pintar dan pandai bercakap dengan sesiapa sahaja. “Apa yang mendorong Mirza, seorang yang ceria, untuk bertindak sedemikian?” adalah antara luahan akaknya di laman sosial media.Lebih menyedihkan lagi, pemuda itu membunuh diri baru-baru ini, sebulan selepas ulang tahun kelahirannya yang ke-24.Sebelum jenazah Mirza dikebumikan di Wakayama, keluarganya telah berangkat ke Jepun untuk membuat pengecaman.Menurut Hasanah "Sebagai kakak, saya tahu dia sebagai semua yang disebutkan di atas, tetapi saya juga tahu sisinya yang sentiasa sedih dan murung dan dia dia percaya bahawa dia akan menjadi lemah jika dia terlalu melayan perasaannya. Apabila dia menjadi lebih dewasa, dia sentiasa dipengaruhi oleh perkara yang pada orang lain mungkin tidak penting. Dalam keadaan di mana dia dalam kemurungan, apa yang kita katakan atau lakukan tidak akan dapat membuatnya ceria semula," katanya dengan jelas di Facebook.Beliau berharap dengan postingan tersebut boleh membantu mengurangkan stigma terhadap penyakit mental dan menyokong mereka yang mengalaminya.

JUSTIFIKASI FILEM TERHADAP ISU TERKINI

PERMULAAN
Pencerita, Helen Mirren, menceritakan tentang sejarah Barbie. Terdapat klip asal 1959 Barbie di padang pasir dan terdapat kanak-kanak yang bermain anak patung bayi dan mula memusnahkannya. Disebalik dunia terdapat sebuah tempat yang dihuni oleh semua patung barbie, Ken dan bersama patung-patung yang lain. Ia dikenali sebagai ‘Barbieland’. Di dalam ‘Barbieland’, semua patung Barbie menguasai tempat tersebut dengan menggunakan sistem matriarki manakala semua patung Ken menghabiskan masa dengan melakukan benda yang sia-sia dan hidup di bawah bayang Barbie.

PERKEMBANGAN
Pada suatu petang, Barbie yang bersifat stereotaip tiba-tiba dilanda kerisauan tentang kematian. Semalaman, dia mengalami masalah nafas berbau, selulit dan kakinya yang melengkung menjadi rata. Hal ini telah mengganggu rutin hariannya. Hal ini membuatkan Barbie mula mempersoalkan tentang kesempurnaanya. Pada keesokan harinya, terdapat sebuah patung Barbie yang bersifat aneh, memberitahu untuk mengubati penderitaanya itu, dia mesti mencari kanak-kanak yang bermain dengannya di dunia nyata. Hal ini kerana, kanak-kanak tersebut tidak berasa gembira. Dengan berat hati Barbie setuju untuk ke dunia nyata bersama Ken.

PERKEMBANGAN
Setelah tiba di dunia nyata, Barbie dan Ken meraih perhatian semua orang di jalanan. Oleh sebab itu, Barbie mulai merasa ragu-ragu terhadap diri nya tetapi Ken pula menjadi yakin dengan perhatian yang diterima. Semasa di pantai, Barbie disentuh oleh lelaki yang pelik dan menumbuk lelaki tersebut. Disebabkan itu, Barbie dan Ken telah ditahan polis. Sebaik saja dibebaskan, merasa menyedari bahawa pakaian mereka tidak sesuai dan pergi ke kedai pakaian. Mereka akhirnya membeli pakaian barat yang sangat ikonik.

Barbie akhirnya duduk dan memikirkan tentang tuannya dan dapat satu penglihatan di mana seorang kanak-kanak perempuan sedang bermain bersama ibunya. Apabila dia membuka mata, dia mendapati bahawa air matanya mengalir buat pertama kalinya. Polis telah memaklumkan kepada ibu pejabat Mattel bahawa Barbie dan ken telah keluar dari ‘Barbieland’. Lelaki yang bernama Aaron yang menerima maklumat tersebut terus memaklumkan perkara tersebut kepada Ketua Pegawai Eksekutif.

KONFLIKS
Di pertengahan itu, ibu Sasha yang dikenali sebagai Gloria mendapati bahawa berada di dunia nyata oleh kerana terdengar perbualan antara Aaron dan CEO Mattel. Glorialah punca kesedihan yang melanda Barbie kerana dia sedang melukis Barbie yang baru termasuk ‘Barbie selulit’. Apabila Barbie bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Mattel tersebut, beliau memberitahu untuk memulihkan keadaannya, Barbie hanya perlu masuk ke dalam kotak. Semasa Barbie mahu diikat pada kotak, dia memberitahu bahawa dia tidak bersedia lagi mahu kembali. Barbie melarikan diri dengan bantuan Gloria dan Sasha. Semasa pengejaran berlaku, Barbie dan Gloria menyedari pulang ke ‘Barbieland’ adalah cara terbaik.

Sebaik sahaja mereka tiba di ‘Barbieland’, mereka terkejut kerana ‘Barbieland’ telah bertukar kepada ‘Kendom Land’. Ken telah melakukan sistem patriarki di ‘Barbieland’. Bukan itu sahaja, Ken berjaya meyakinkan semua patung Barbie bahawa mereka hanyalah aksesori. Barbie cuba untuk bercakap dan meyakinkan patung Barbie yang lain untuk kembali kepada asal tetapi gagal.

KLIMAKS
Kemudian Barbie memberitahu Gloria dan Sasha untuk pulang ke rumah kerana dia tidak berdaya untuk berhadapan dengan Ken. Gloria pula terinspirasi daripada Allen untuk melawan dan hadapi masalah ini. Sasha juga mulai melihat bahawa ibunya tidak bercakap kosong dan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebaik sahaja Gloria tiba semula di ‘Barbieland’ dia mendapati Barbie yang pelik sedang cuba untuk memulihkan mereka untuk menjadi yang terbaik tetapi gagal. Ianya sangat pelik kerana hanya Barbie stereotaip sahaja yang tidak terkesan. Jadi mereka menganggap Barbie tidak dicuci otaknya atau dia bersifat tidak sempurna. Semasa Barbie dan Gloria berbual, Gloria meyakinkan Barbie bahawa dia seorang yang cantik, bijak dan sempurna tidak kira apa pun. Dia tidak perlu mempunyai kerjaya atau memenangi anugerah untuk membuktikan dirinya hebat. Selepas itu, Gloria membuat ucapan tentang semua wanita adalah sempurna tidak kira apa pun. Gloria menceritakan apa yang dilalui oleh wanita di dunia nyata dan Gloria memberitahu Barbie bahawa jika perkara ini berkaitan dengan anak patung maka tidak ada apa yang boleh menyelamatkan dunia.

Ucapan tersebut berjaya menyedarkan semua patung Barbie dan mereka mula menyusun strategi supaya Gloria boleh membersihkan otak mereka. Selepas semua Barbie berjaya dipulihkan, mereka sedar bahawa semua patung Ken merupakan gangguan utama mereka untuk menyelamatkan ‘Barbieland’. Disebabkan itu, semua patung Ken mula menyedari bahawa mereka semua perlu bersatu padu. Walaupun semua sudah berakhir, tetapi Barbie stereotaip masih tidak merasakan dirinya normal.

PELERAIAN
Mereka perlu mencari punca untuk memberikan Barbie pengakhiran yang tepat. Barbie telah memastikan bahawa Ken faham bahawa dirinya sudah cukup. Selama ini Ken tidak pernah menemui identitinya kerana dia sentiasa melihat dirinya  sebagai teman Barbie. Barbie juga menyedari bahawa dirinya tidak jauh berbeza dengan Ken dan dia tidak mahu hidup dikawal dan menjadi anak patung yang sempurna lagi. Dia mahu mempunyai emosi dan jadi seperti Gloria. Apabila Barbie memberitahu Mattel bahawa dirinya tidak jatuh cinta dengan Ken, pencipta Barbie yang bernama Ruth muncul lalu membawa Barbie ke sebuah bilik dan bertanya tentang apa yang dirinya mahu. Barbie memberitahu apa yang sedang berada dalam fikirannya dan memutuskan untuk menjadi manusia. Barbie merasakan ketidaksempurnaan itulah yang menjadikan seseorang manusia itu hebat. Barbie meminta kebenaran Ruth untuk ke dunia nyata dan ingin menjadi manusia tetapi Ruthe menyatakan bahawa Barbie tidak memerlukan kebenarannya dan memberikan Barbie nyawa. Kemudian Barbie dapat melihat imej wanita di seluruh dunia dan semuanya kelihatan gembira. Apabila dia membuka mata, Barbie bernafas seperti manusia. Dia telah bertukar dari tinggal di dunia plastik di ‘Barbieland’ kepada dunia nyata. Barbie kemudian menjadi seorang pakar di Klinik Pakar sakit Puan yang dimiliki oleh Gloria. Di ‘Barbieland’ pula sudah kembali kepada asal dan turut memberikan semua patung Ken status yang sama seperti wanita di dunia nyata.

JUSTIFIKASI FILEM TERHADAP ISU SEMASA

PENYELESAIAN DAN PERSOALAN KHUSUS

PERSOALAN KHUSUS
Persoalan

Kesimpulannya, justifikasi terhadap isu semasa ini memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menjadi lebih peka tentang keadaan semasa. Seperti yang ditunjukkan dalam filem Barbie , isu semasa tentang feminisme, gangguan seksual , penindasan dan gangguan kesihatan mental dapat ditangani apabila hak sama rata dan hormat menghormati diberikan kepada semua orang . Perjalanan Barbie daripada dunianya ke alam nyata telah membuka matanya tentang betapa penting untuk memperoleh sokongan dalam mewujudkan kesedaran dalam masyarakat.

Mesej yang disampaikan dalam filem tersebut mengetengahkan tentang pemerkasaan wanita tanpa perlu membenci kaum lelaki. Wanita dan lelaki dicipta untuk bekerjasama menjadikan dunia yang aman dan harmoni. Gerakan feminisme yang radikal bukanlah jalan penyelesaian yang tepat untuk masalah hak kesaksamaan wanita. Bahkan ia menjauhkan lagi jurang keadilan antara lelaki dan wanita.

Ruang dan peluang akan diberi secara sama rata kepada lelaki dan wanita kerana setiap individu lelaki dan wanita mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Dalam pengakhiran filem Barbie, kesemua Ken dan Barbie berjaya mencapai persetujuan dalam memberi hak sama rata kepada semua dan hidup aman dan damai bersama. Ini membuktikan kerjasama antara lelaki dan perempuan akan membuahkan hasil dalam memperkasakan wanita .

PENYELESAIAN
Penyelesaian

Kesimpulannya, feminisme adalah baik untuk wanita tetapi ia boleh bercanggah dengan hukum agama. Jadi, adalah penting untuk tidak terlalu fokus pada pergerakan ini. Feminisme barat yang radikal boleh memberi kesan negatif bukan hanya kepada individu tetapi kepada keluarga dan politik juga. Dalam mencapai hak kesaksamaan wanita , hukum agama hendaklah sentiasa dipatuh kerana itu adalah yang terbaik.Kita juga dapat melihat perkembangan positif dalam kesedaran tentang hak kesaksamaan wanita apabila semakin ramai wanita telah memegang jawatan jawatan tinggi di dalam sesuatu unit korporat dan pertubuhan-pertubuhan dunia. Ini adalah salah satu hasil daripada sokongan penuh Bangsa-Bangsa Bersatu dalam ‘Sustainable Development Goal’ Ke 5, iaitu ‘Gender Equality’. Kadar kesedaran yang tinggi dapat mengurangkan jumlah kes gangguan seksual yang dihadapi oleh kaum wanita. Kita sebagai masyarakat tidak kira lelaki ataupun perempuan hendaklah memberi pertolongan apabila melihat seseorang itu diganggu secara seksual . Tindakan ini akan membuatkan si pelaku takut dan berubah kerana mereka akan diserang sekiranya membuat kelakuan yang tidak beradab tersebut. Kita juga hendaklah peka dan kisah tentang orang sekeliling kita terutamanya orang yang kita sayangi tentang masalah yang dihadapi mereka dan kesihatan mental mereka. Memberi sokongan dan bantuan akan dapat menolong dalam memperbaik kesihatan mental seseorang itu. Ini dapat dilihat dalam filem Barbie apabila  kawan Barbie berada bersamanya dan memberi kata-kata semangat semasa dia kemurungan. Hasilnya Barbie kembali memperoleh semangatnya untuk memperbaiki keadaan huru hara di ‘Barbie World’.

PSIKOLOGI MENURUT PERSPEKTIF BARAT
Mazhab-mazhab psikologi moden masa kini boleh dikatakan dipengaruhi oleh salah satu kuasa penggerak atau campuran daripada kuasa-kuasa penggerak yang dihuraikan. Pandangan Neo-Behaviurisme atau behaviurisme baru diasaskan oleh teoris-teoris seperti Jung, Erickson, Horney, Fromm, dan lain-lain. Mereka masih memegang kepada teoriasas psikodinamik tetapi mengubahsuaikannya mengikut aliran dan pendapat zaman semasa. Psikologi Gestalt pula berpegang kepada teori-teori kemanusiaan, kewujudan serta kognitif Apa yang penting diketahui disini ialah psikologi masa kini tetap dipengaruhi oleh teori-teori yang telah lama diperkenalkan dalam bidang tersebut.

Selain daripada pendapat yang menjadi kuasa penggerak bidang ini, psikologi moden juga boleh kita katakan dipengaruhi dan dikuasai oleh lima perspektif dari negara-negara Barat, iaitu Psikodinamik, Behaviurisme, Psikobiologi, kognitif dan kemanusiaan dan kewujudan. Kelima-lima perspektif ini digunakan sebagai satu kanta bagi melihat tingkah laku manusia daripada beberapa sudut yang berlainan. Ia juga memberi satu jalan bagi para penyelidik mempelajari tingkah laku manusia dari sudut yang difikirkan sesuai. Sebagai contoh, mengkaji fenomena penyakit mental skizofrenik dari sudut genetik dengan menggunakan pendekatan psikobiologi adalah lebih sesuai bagi pakar-pakar psikiatri daripada kaunselor. Tiap-tiap satu perspektif ini ada kebaikan masing-masing dan ia jugadapat menyumbangkan aspek-aspek baru tentang tingkah laku manusia dari beberapa sudut yang berlainan. Oleh itu, psikologi sentiasa dipenuhi dengan teori-teori baru, mencari penerangan tentang manusia yang bukan sahaja datang daripada satu falsafah atau pendapat, bahkan daripada pelbagai jenis pendekatan yang berbeza-beza. Inilah yang membuatkan psikologi satu bidang yang cukup menarik.

PSIKOLOGI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Psikologi adalah tentang memahami orang dan emosi mereka, dan mengapa mereka berfikir  atau melakukan hal-hal tertentu.

Berbeza dengan pendekatan sekuler, sudut pandang Islam tidak membezakan antara ilmu pengetahuan dan agama, melainkan percaya bahwa keduanya bekerja seiring. Wahyu (al-Quran dan as-Sunnah legal) adalah dari Tuhan; oleh karena itu itulah kebenaran tertinggi. Ilmu pengetahuan, bagaimanapun, adalah produk dari nalar manusia yang, meskipun Islam sangat menjunjung tinggi, masih tetap nomor dua setelah wahyu karena dapat mencakup kesalahan. Oleh karena itu, umat Islam harus melaksanakan dan memperoleh manfaat dari penelitian dan pengalaman ilmiah – selama itu sesuai dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah.

Dari perspektif Islam, psikologi adalah tentang jiwa, memastikan proses perilaku, emosional, dan mental, serta aspek yang terlihat dan tidak terlihat yang memengaruhi elemen-elemen ini.

Sepanjang hidup, banyak elemen mempengaruhi cara kita berasa, berfikir, dan berperilaku. Mereka adalah gen dan naluri kita, lingkungan sosial kita, tetapi, hal-hal yang kita sedari, namun tidak dapat dilihat seperti Pencipta kita, dunia jin, kehadiran berbagai malaikat di sekitar kita; keyakinan pada takdir, Hari Akhir, dan Akhirat.

Pada akhirnya, Muslim sepanjang hidup mereka berjuang untuk memenuhi tujuan penciptaan mereka, untuk mengembangkan kepribadian Islam, dan untuk terus menerus memurnikan jiwa mereka dari keinginan dan keraguan untuk mencapai tahap harmoni dan kegembiraan yang diinginkan.

4. Kesihatan Mental
Dalam filem ini, penekanan terhadap ekspektasi untuk menjadi sempurna di Barbieland memaparkan tekanan sosial yang seringkali merosakkan kesihatan mental. Perlakuan Barbie yang dianggap tidak sempurna mencerminkan isu-isu ketidakselamatan diri dan ketidakselesaan emosional. Apabila Barbie terpaksa menjelajah dunia nyata, terdapat peluang untuk pertumbuhan diri dan penanggulangan konflik mental. Mesej penting dalam filem ini ialah kesempurnaan sejati berasal dari dalam, dan ini selaras dengan terapi kognitif tingkah laku serta pendekatan psikologi positif yang menggalakkan penerimaan diri. Pembelajaran Barbie tentang kunci kebahagiaan melalui kepercayaan pada diri sendiri juga mencerminkan pendekatan terapeutik yang memperkuat keyakinan diri dan nilai-nilai positif internal. Keseluruhannya, filem ini merangkumi isu-isu kesihatan mental dengan menonjolkan perjalanan transformasi Barbie yang menghargai keunikan diri, sejalan dengan falsafah psikologi yang menitikberatkan kesihatan mental dan pembangunan diri.

3. Ketahanan dan harga diri dari gangguan seksual
Perjalanan Barbie juga menekankan tema-tema psikologi penting berkaitan ketahanan dan harga diri. Ketahanan adalah kebolehan untuk bangkit semula daripada kesusahan atau situasi mencabar. Filem Barbie mencerminkan konsep psikologi ketahanan diri, khususnya dalam konteks ketahanan diri terhadap gangguan seksual. Adegan di mana Barbie bertindak balas dengan memukul lelaki yang mengganggunya mungkin dapat dikaitkan dengan teori psikologi yang menekankan pentingnya perlindungan diri dan respons sebagai reaksi terhadap ancaman. Dalam konteks ini, tindakan Barbie untuk melindungi dirinya boleh diinterpretasikan sebagai manifestasi ketahanan diri yang dibangun melalui proses pembelajaran dan pengalaman hidup.