Tugasan 3 - EDUP3133 Penghasilan Produk by PRPSVSR10622 Wan Muhammad Suffi Arif Bin Wan Shaidi

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah dokumen perancangan yang merangkumi rancangan aktiviti dan strategi pengajaran bagi setiap sesi pengajaran bilik darjah.
RPH membentuk guru dalam merancang, melaksanakan dan menilai sesuaru proses pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik (Nurasyikin, 2017).

Beberapa komponen utama RPH adalah Objektif Pembelajaran, Strategi Pengajaran, Aktiviti Pengajaran dan Penilaian.  Yang pertama, Objektif Pembelajaran dapat menetapkan matlamat pembelajaran berkesan yang ingin dicapai oleh murid pada akhir sesi pengajaran. Seterusnya, Stretegi Pengajaran merangkumi garisan kaedah dan pendekatan yang akan digunakan untuk menyampaikan konsep kepada murid seperti ceramah, perbincangan, latihan atau demonstrasi. Selain itu, Aktiviti Pengajaran pula dapat menyusun aktiviti yang akan dilakukan untuk memastikan pelajar memahami dan menguasai konsep yang diajar. Oleh itu, aktiviti ini harus selaras dengan objektif dan strategi pengajaran yang telah ditetapkan. Akhir sekali, penilaian pula merujuk kepada ketentuan jenis dan kaedah penilaian yang akan digunakan untuk mengukur tahap pencapaian murid terhadap objektif pembelajaran.

Dalam pada itu, Reka Bentuk Pengajaran merujuk kepada proses mereka bentuk keseluruhan pengalaman pembelajaran secara sistematik, termasuk strategi pengajaran, bahan pengajaran, dan aktiviti yang digunakan dalam unit atau topik pengajaran (Ummu Nasibah et al., 2015). Ia melibatkan Analisis Keperluan untuk mengenal pasti keperluan dan kemahiran pelajar untuk mereka bentuk pengajaran yang sesuai dengan peringkat perkembangan mereka. Selain itu, Pemilihan Strategi Pengajaran pula untuk memilih kaedah dan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan matlamat dan objektif pembelajaran, serta keperluan pelajar. Seterusnya, Integrasi Teknologi merujuk kepada pengambil kira penggunaan teknologi untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran, memudahkan akses kepada maklumat, dan meningkatkan interaktiviti. Akhir sekali, penyesuaian pengajaran dapat membentuk rangka kerja pengajaran yang boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan pelajar yang berbeza dan mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran.

Secara keseluruhannya, kedua-dua konsep ini iaitu RPH dan Reka Bentuk Pengajaran adalah saling berkaitan dan penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan, direka bentuk dan selaras dengan keperluan dan kemajuan pelajar. Menurut Abdul Halim Masnan et al., (2015), RPH membantu mereka bentuk pengajaran harian secara terperinci, manakala Reka Bentuk Pengajaran membantu mereka bentuk keseluruhan pengalaman pembelajaran dalam konteks yang lebih luas.

Abdul Halim Masnan, Nur Ellina Anthony & Nur Arifah Syahindah Zainudin. (2019). Pengetahuan pengajaran dalam kalangan guru prasekolah: The knowledge of teaching among preschool teachers. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 8(33-41). https://doi.org/10.37134/jpak.vol8.5.2019

Andrew DeBell. (2020). What is the ADDIE Model of Instructional Design?. https://waterbearlearning.com/addie-model-instructional-design/

Nurasyikin Abdul Rahman. (2017). Penilaian tahap kefahaman tentang rancangan pengajaran harian dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. (Doctoral dissertation, Universiti Pendidikan Sultan Idris).

Paul Main. (2023). Addie Model. https://www.structural-learning.com/post/addie-model

Serhat Kurt. (2017). ADDIE Model: Instructional Design. https://educationaltechnology.net/the-addie-model-instructional-design/.

Ummu Nasibah Nasohah, Muhammad Izuan Bin Abd Gani & Nazipah Binti Mat Shaid @ Md Shaid. (2015). Model ADDIE dalam proses reka bentuk modul pengajaran: bahasa Arab tujuan khas di Universiti Sains Islam Malaysia sebagai contoh. In Makalah disajikan dalam Proceedings of the International Seminar on Language Teaching tanggal (pp. 4-5).

LAMPIRAN 2

Pengintegrasian antara Model ADDIE (Analysis, Design, Development, Implementation dan Evaluation) dan Reka Bentuk Pengajaran Harian (RPH) dalam konteks Pendidikan Seni Visual bertajuk Catan adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara sistematik, berkesan, dan selaras dengan objektif pendidikan seni visual. Di bawah ini merupakan penerangan model ADDIE yang boleh diintegrasikan ke dalam reka bentuk pengajaran harian untuk topik Catan dalam konteks Pendidikan Seni Visual Tahun 4.

Yang pertama ialah analisis (Analysis). Pada peringkat analisis, guru menilai keperluan murid dan menganalisis tahap pengetahuan mereka dalam aspek nota. Analisis ini menjadi asas untuk menetapkan objektif pembelajaran dan menentukan keperluan bahan dan sumber untuk sesi pengajaran harian. Dalam peringkat ini juga guru menyoal dan bertanyakan soalan kepada murid berkaitan perkara yang hendak diajar pada hari tersebut.

Yang kedua ialah reka bentuk (Design).  Dalam fasa reka bentuk, guru akan menggariskan keseluruhan struktur pengajaran yang berkaitan. Ini termasuklah pemilihan strategi pengajaran seperti teknik menggambar, lukisan, peralatan yang diperlukan, serta pembentukan bahan bantu yang sesuai untuk memudahkan pemahaman konsep lukisan dalam aspek catan.

Seterusnya ialah fasa pembangunan (Development). Pada peringkat pembangunan, guru menterjemah reka bentuk kepada bahan pengajaran amali, seperti contoh catan, teknik catan, dan panduan langkah demi langkah untuk membuat karya tersebut. Bahan ini hendaklah dihasilkan dengan jelas dan menarik bagi memudahkan pemahaman murid dalam bilik darjah.

Yang keempat ialah pelaksanaan (Implementation).  Proses pelaksanaan mengikut Model ADDIE adalah dengan melibatkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mengikut struktur dan strategi yang telah dirangka. Dalam konteks RPH, pelaksanaan ini merujuk kepada pelaksanaan aktiviti pengajaran harian yang berkaitan dengan catan seperti demonstrasi teknik catan, latihan amali membuat catan, dan bimbingan individu.

Yang terkahir ialah Penilaian (Evaluation). Pentaksiran dalam Model ADDIE memberi tumpuan kepada menilai keseluruhan proses pengajaran dan mencapai objektif. Dalam RPH untuk pendidikan seni visual bertajuk catan. Penilaian juga melibatkan penilaian hasil karya murid, teknik penilaian dan penilaian keseluruhan pengalaman pembelajaran serta pembentangan yang dilakukan oleh murid pada akhir sesi pembelajaran.

Jelaslah dengan mengintegrasikan model ADDIE dalam RPH untuk topik catan dalam Pendidikan Seni Visual Tahun 4, guru dapat memastikan setiap sesi pengajaran harian diarahkan secara sistematik dan berkesan, memaksimumkan pemahaman dan penguasaan seni visual dalam konteks catan. Hal ini membantu mencapai objektif pembelajaran dengan lebih berkesan dan memastikan pengalaman pembelajaran yang bermakna untuk murid.

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa integrasi model ADDIE dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Reka Bentuk Pengajaran merupakan pendekatan sistematik untuk merancang, melaksanakan, dan menilai pengajaran dengan lebih efektif. Jelaslah, pengintegrasian model ADDIE dalam RPH dan Reka Bentuk Pengajaran ternyata berupaya memastikan bahawa pengajaran dapat berjalan secara sistematik dan terarah dengan memfokuskan kepada pencapaian objektif pembelajaran. Hal ini juga membantu guru dalam merancang pengajaran dengan lebih baik, memaksimumkan pemahaman murid dan memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih baik.

LAMPIRAN 1