STATISTIK PENYAKIT BERJANGKIT by MUHD_NR

Statistik penyakit berjangkit
4 (A),Penyakit berjangkit yang mencatatkan  nisbah tertinggi iaitu sebanyak 328.3 kes setiap 100,000 penduduk ialah denggi.Denggi disebabkan oleh nyamuk adis. Oleh itu kementerian melaksanakan pelbagai langkah pencegahan dan kawalan termasuk menggunakan sistem pemantauan berasaskan laman sesawang secara tepat masa iaitu eDengue, sistem pengurusan wabak denggi (SPWD) bagi meningkatkan pengawasan ke atas lokaliti kes dan wabak denggi.

Cara mencegah penyakit ini ialah:

Gunakan ubat nyamuk.

Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan ‘repellent’ jika perlu.

Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).

Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.

Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.

Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.

Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.

4 (B).Antara penyakit lain yang sering dihadapi di Malaysia ialah :-

1.Demam campak (Rubeola)

Penyakit demam campak atau rubeleola adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Tiada rawatan khusus bagi demam campak. Ia adalah ‘self limiting’ iaitu sistem imun badan sendiri akan melawan virus tetapi akan mengambil sedikit masa.

Rawatan sokongan boleh diberikan ialahi:

Memberi ubat demam (paracetamol) mengikut waktu

Mengekalkan hidrasi dengan memberi anak minum secukupnya. Sekiranya anak tidak mahu makan atau minum, cuba beri minum dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Elakkan botol susu sekiranya anak menolak kerana mungkin terdapat ulser di dalam mulut atau tekak, gunakan picagari atau sudu.

Elakkan cahaya sekiranya mata berair atau merah.

Berikan rehat secukupnya.

Sapukan krim gatal pada ruam seperti krim calamine.

Asingkan anak daripada orang lain sehingga ruam hampir sembuh

2.Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

Cara untuk mencegah penyakit ini ialah:

Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.

Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.

Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.

Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.

Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.

Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

3. Tuberculosis (TB)

TB disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis yang selalunya menjangkiti paru-paru tetapi ia juga boleh menjangkiti bahagian badan yang lain seperti usus, tulang dan otak.

Cara untuk mencegah penyakit ini ialah:

Suntikan BCG dapat melindungi kanak-kanak daripada batuk kering. Ia diberikan semasa bayi dan murid darjah 1 sekiranya tiada parut suntikan.

Mendapat rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih.

Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan mendapat pemeriksaan lanjut.

Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana ia dapat membunuh bakteria di udara.

Membuka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik

Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.

4(C). Ramalan perkembangan penyakit:

PENYAKIT TERBANYAK:Demam berdarah

Demam berdarah merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedesbetina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).[1]

Cara untuk mencegah penyakit ini:

Menggunakan baju berlengan panjang dan menutupi tubuh.

Menggunakan lotion anti nyamuk.

Menggunakan obat anti nyamuk bakar atau elektrik di dalam ruangan pada siang hari.

Pakaikan kelambu anti nyamuk pada bayi agar tidak tergigit nyamuk.

Pastikan tubuh Anda selalu fit, karena jika tubuh kurang fit maka akan lebih cepat terinfeksi gigitan nyamuk.

RAMALAN: Pada pendapat saya penyakit ini akan berkurang kerana orang ramai telah mengambil langkah berjaga-jaga supaya mereka tidak dijangkiti penyakit ini.