EDUP3103 TEKNOLOGI UNTUK PDP by DR.NORIN FARIZAH BINTI MOHD NUIN IPGKG

NUR MAISARAH
1. Peranan teknologi yang lain ialah teknologi berperanan untuk menghubungkan murid dan dunia luar.
2. Teknologi diperlukan pada masa ini untuk memenuhi tuntutan (demand) dalam dunia kini.
3. Pengajaran secara tradisional bukanlah tidak berkesan tetapi penggunaan teknologi tersebut merupakan satu inovasi yang berkembang mengikut peredaran zaman semasa.

yasmin
1. Pada pendapat saya, peranan teknologi pengajaran ialah sebagai medium untuk guru menyampaikan ilmu kepada murid.

2. Teknologi diperlukan untuk menambah baik P&P agar komunikasi dua hala berlaku antara murid dengan guru di samping murid terlibat secara aktif di dalam kelas.

3. Pengajaran tradisional seperti chalk and talk tidak lagi berkesan pada pembelajaran abad-21 masa kini. Hal ini kerana pengajaran tradisional kebanyakannya hanya berpusatkan guru sahaja. Oleh itu, penggunaan teknologi dalam pengajaran membolehkan murid-murid terlibat secara aktif di dalam kelas kerana teknologi yang digunakan dapat menarik minat mereka dalam subjek tersebut.

JAWAPAN ( NUR IFAH )
1. Memberi peluang kepada murid untuk mendapatkan pengalaman atau pengetahuan baharu. Contohnya, guru mempamerkan video tentang bencana alam  yang tidak pernah berlaku di kawasan sekitar mereka.

2. Teknologi membantu meningkatkan pengetahuan sedia ada murid. Misalnya, murid dapat menggunakan teknologi itu sendiri seperti penggunaan alatan teknologi di makmal sains.

3. Pengajaran tradisional kurang berkesan kerana peredaran masa kini yang memerlukan penggunaan teknologi. Contohnya, dahulu murid-murid tidak dapat melihat kejadian yang berlaku di luar kawasan mereka. Oleh hal yang demikian, dengan adanya teknologi seperti paparan video, murid-murid dapat mengetahui sekaligus menimba sedikit pengetahuan tentang sesuatu perkara yang mereka tidak pernah alami.

ADIA ERINA
1. -Memudahkan pengajaran berlaku dimana sahaja tidak kira masa dan tempat.
-Memudahkan untuk mengakses maklumat dan bahan pengajaran.
-Menjimatkan kos.

2.Teknologi diperlukan dalam pengajaran masa kini kerana bahan dan sumber yang tidak terhad dan mudah diakses serta sentiasa mengikuti perkembangan semasa.Selain itu, teknologi diperlukan dalam pengajaran masa kini kerana dapat memudahkan kerja,menjimatkan masa dan ruang.

3. Pada pendapat saya, pengajaran tradisional berkesan. Namun begitu, pengajaran tradisional memakan banyak kos, masa dan tenaga berbanding pengajaran yang menggunakan teknologi. Pengajaran yang berasaskan penggunaan teknologi lebih mudah dan menarik serta dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Valerie Lawie
1) Mengandungi sumber-sumber berilmiah yang boleh dijadikan sebagai panduan pelajar dalam pelajaran.

2) menjadikan sesi PdP lebih ke arah era pemodenan & memudahkan sesi pengajaran guru yang mengajar bilangan murid yang ramai dalam satu kelas.

3) Tidak benar. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap pelajar atau murid mempunyai gaya pembelajaran berbeza.

Nur Sakiinah Iasha
Soalan 1
Peranan teknologi pengajaran
-sebagai pemudahcara dalam proses pengajaran dan pembelajaran
-berfungsi meningkatkan pengetahuan dan pengalaman murid

Soalan 2
Pada pendapat saya, teknologi amat diperlukan dalam pengajaran masa kini disebabkan oleh perubahan zaman dan keperluan. Sebagai contoh, murid masa kini mempunyai tahap pemikiran yang lebih mendalam berbanding murid pada zaman dahulu. Selain itu, teknologi juga diperlukan bagi menyesuaikan gaya pembelajaran murid yang berbeza-beza.

Soalan 3
Pengajaran tradisional bukan tidak berkesan tetapi gaya pembelajaran murid yang berbeza-beza menyebabkan perlunya kaedah pengajaran yang pelbagai untuk meningkatkan kefahaman murid. Contohnya, ada murid yang dapat menerima kaedah 'chalk-and-talk' yang disampaikan oleh guru tetapi tidak semua murid dapat menerimanya. Oleh itu, teknologi merupakan salah satu inisiatif yang perlu digunakan sebaiknya.

Elisya
1) Peranan
- Menjimatkan kos perbelanjaan
-Dapat mempelbagaikan aktiviti dalam satu PdP dengan menggunakan teknologi yang berbeza-beza
- Dapat menjimatkan waktu PdP
-Dapat memberi peluang untuk murid "explore" pelbagai teknologi pengajaran

2) Teknologi diperlukan dalam pengajaran masa kini kerana murid memerlukan pembaharuan, dan teknologi yang berbagai dan menarik dapat mengambil perhatian murid dalam penglibatan dalam PdP. Sebagai contoh penggunaan media visual audio dan video yang sesuai peringkat umur murid. Dengan itu teknologi diperlukan mengikut peredaraan masa

3) Pada pendapat saya, pengajaran tradisional masih lagi berkesan namun mengikut keadaan dan kesesuaian objektif pembelajaran tersebut. Sebagai contohnya , aktiviti melibatkan kemahiran menulis memerlukan kaedah tradisional namun teknologi juga diperlukan untuk guru menggunakan media audio video kemahiran menulis abjad dapat dilihat berulang kali . Dengan kaedah tradisional sekali gus dengan penggunaan teknologi ini dapat memudahkan sesi PdP

Viprettyny
1. Peranan teknologi dalam pembelajaran adalah memudahkan murid untuk melakukan carian lanjut  mengenai sesuatu ilmu agar mereka memperoleh pengetahuan yang lebih lagi selain membantu memberi gambaran yang lebih eksplisit terhadap sesuatu bidang ilmu yang tidak terdapat di sekeliling mereka.
2. Teknologi diperlukan dalam pembelajaran masa kini kerana dunia luar semakin canggih dan berkembang. Oleh hal yang demikian, murid harus terdedah dan seiring dengan maklumat terkini yang disebarkan dengan laju melalui teknologi seperti internet dan peranti electronik yang lain.
3. Tidak semestinya, kerana setiap murid mempunyai kecenderungan gaya brlajar yang berbeza dan unsur teknologi dalam pendidikan hanya merupakan antara initiatif untuk meningkatkan pemahaman murid.

RISMAYANTI NASIR
1. Penggunaan teknologi dalam pembelajaran berperanan untuk meningkatkan penglibatan murid dalam pembelajaran. Hal ini kerana, murid dapat terlibat secara langsung dalam pembelajaran dengan menggunakan teknologi dalam aktiviti pdp . Sebagai contoh, murid menggunakan tablet yang disediakan oleh guru untuk menjawab soalan quizziz.
2. Pada pendapat saya, teknologi sangat diperlukan dalam aktiviti pembelajaran  di dalam kelas. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan teknologi dapat memaksimumkan penguasaan dan pemahaman murid terhadap sesuatu tajuk atau pembelajaran. Sebagai contoh, bantuan teknologi seperti video youtube mengenai pencemaran alam sekitar dapat membantu murid memahami dengan lebih jelas mengenai pencemaran.
3. Pada pendapat saya, kesesuaian pembelajaran tradisional adalah bergantung kepada topik dan dan kesukaran pembelajaran. Namun begitu, pada peringkat sekolah rendah pembelajaran tradisional adalah tidak sesuai disebabkan suasana pembelajaran yang kurang menarik untuk diterapkan di kalangan kanak-kanak.

Nur Munirah
1. Peranan teknologi pembelajaran yang lain ialah mengurangkan tugas beban guru. Kerana pembelajaran dapat dilakukan dengan lebih menarik yang meyebabkan murid seronok dan mudah untuk memgikuti topik pembelajaran.

2. Perlu kerana pda zaman globalisasi kini pembelajaran juga berkembang seiring dengan teknologi kini menyebabkan perlunya ada teknologi dalam pembelajaran supaya murid murid dapat meningkatkan tahap pengetahuan mereka secara global yang membantu mereka kelak ketika dewasa untuk menempuh alam pekerjaan yang berkemungkinan lebih advanced ( canggih) di masa akan datang.

3.Pembelajaran tradisional berkesan, namun akibat dari peredaran zaman yang kian berkembang ini , penggunaan teknologi amatlah diperlukan bagi membantu pembelajaran seseorang murid tidak hanya berada pda tahap yang sama malah dapat diperluaskan dengan lebih lagi ke peringkat global agar dapat berdiri sama tinggi dengan negara- negara lain.

Paul
Soalan 1

1. Memudahkan guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran murid pada waktu tamat sesi persekolahan tidak terbatas dan lebih menyeronokkan dengan adanya bahan digital pengajaran seperti youtube dan google.

Soalan 2

Teknologi diperlukan dalam pengajaran masa kini adalah disebabkan perederan zaman yang semakin moden dan maju. Pengetahuan serta persekitaran pelajar telah berbeza menyebabkan murid lebih mahir dalam teknologi. Maka apabila persekitaran yang moden digabungkan ke dalam pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu meningkatkan minat serta kebolehfahaman murid di dalam kelas mahupun di luar sekolah.

Soalan 3

Pengajaran tradisional masih boleh dilakukan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran jika pengajaran yang dilakukan oleh guru adalah bersifat terus seperti mata pelajaran matematik yang lebih kepada kefahaman rumus yang diajar serta diberikan terus kepada guru untuk memberikan kefahaman kepada murid.

Erviana
1. Teknologi pengajaran membantu dalam menyampaikan ilmu melalui visual dan audio yang lebih menarik serta mudah difahami pelajar.

2. Teknologi diperlukan dalam pengajaran masa kini kerana dapat memudahkan guru untuk menyampaikan pengajaran melalui sumber digital. Malah, murid pula lebih berasa seronok untuk belajar menggunakan kemudahan TMK yang menarik.

3. Ya, pengajaran teknologi diwujudkan kerana pengajaran tradisional tidak berkesan. Jika dilihat dari sudut yang mendalam, pembelajaran zaman kini memerlukan pendekatan yang lebih bersifat moden dan digitalisasi. Masalah yang timbul jika pengajaran tradisional masih digunakan ialah ketika sesuatu sesi PdP itu hanya berorientasikan guru. Hasilnya, murid tidak berpeluang mengasah potensi pembelajaran secara kendiri. Oleh sebab itu, tenaga pengajar perlulah sentiasa meningkatkan kemahiran TMK mereka supaya bersesuaian dengan pengajaran yang akan disampaikan mengikut tahap kemampuan murid.

Viery
1. Pada pendapat saya, peranan lain teknologi pengajaran ialah murid dapat menggunakan kemahiran teknologi dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Contohnya, penggunaan canva, prezzi dan lain-lain.
2. Teknologi diperlukan dalam pengajaran masa kini kerana dapat meningkatkan kemahiran dan kreativiti murid dalam mencari maklumat. Selain itu, boleh mencungkil bakat murid dalam menghasilkan atau mereka bentuk sesuatu produk.
3. Pengajaran tradisional bukannya tidak berkesan tetapi kurang sesuai untuk generasi pada masa kini. Hal ini demikian kerana generasi kini lebih cenderung dan tertarik kepada penggunaan teknologi. Sebagai contog, murid lebih menumpuhkan perhatian ketika guru mengajar jika menggunakan bbm seperti kuiz dalam talian, Youtube dan sebagainya.

NURULISATUL MARINA
Soalan 1:

Teknologi pengajaran sememangnya penting dalam mencapai objektif pembelajaran kerana mampu menarik minat murid untuk belajar. Hal ini kerana, penggunaan teknologi yang sudah begitu sebati dalam kehidupan murid masa kini menjadikan mereka kurang berminat jika perkara-perkara yang dilakukan kurang melibatkan atau tidak menggunakan teknologi sama sekali. Kurangnya minat murid dalam belajar boleh mengakibatkan sesi pdp tidak berjalan lancar.

Soalan 2:

Teknologi amat diperlukan dalam pengajaran masa kini bertujuan untuk mewujudkan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran yang lebih sistematik dan moden dalam mencapai objektif pembelajaran murid. Dalam pasca arus modenisme kini, penggunaan teknologi mampu membawa murid dan guru lebih jauh kerana segalanya di ‘hujung jari’.

Soalan 3:

Pada pendapat saya, ya pengajaran tradisional  tidak berkesan menyebabkan kewujudan teknologi. Namun begitu, hal ini sangat berkait rapat dengan perbezaan masyarakat zaman dahulu dan kini. Masyarakat zaman dahulu juga menggunakan bahan tradisional semasa belajar namun tidak dinafikan mereka juga mampu berjaya pada hari ini. Kewujudan teknologi pada hari ini pula adalah kerana perubahan zaman yang lebih moden. Maka dengan itu, penggunaan bahan tradisional bagi generasi Z adalah kurang sesuai dan berkesan kerana mampu mempengaruhi kebolehan mereka dalam memperoleh maklumat.

NUR ZYAIDATUL
1. Antara peranan lain teknologi pengajaran adalah untuk penghasilan bahan pembelajaran yang bervariasi. Contohnya, memilih penggunaan bahan yang sesuai mengikut gaya pembelajaran murid.

2. Teknologi diperlukan dalam pengajaran masa kini untuk mengakses maklumat berkaitan topik pembelajaran secara meluas dengan tidak bergantung kepada buku teks sahaja.

3. Pembelajaran tradisional sebenarnya bukanlah tidak berkesan tetapi tidak semua murid dapat mengikuti pembelajaran dengan berkesan melalui pembelajaran tradisional. Dengan itu, penggunaan teknologi adalah sebagai alat untuk mempelbagaikan cara guru untuk menyampaikan sesi pembelajaran agar murid mendapat pengetahuan dengan lebih bermakna dan berkesan.

SYARIFAH MARDHIAH
1. Senaraikan peranan lain teknologi pengajaran mengikut pengetahuan anda?
Peranan lain teknologi pengajaran mengikut pengetahuan saya ialah teknologi ini membantu seorang guru untuk melaksanakan sesi pdp dengan lebih berkesan. Hal ini demikian kerana, kebanyakan murid pada masa kini hanya tertumpu kepada unsur2 grafik yang menarik dan berwarna - warna. Murid pada masa kini tidak dapat menerima pengajaran yang berunsurkan chalk and talk disebabkan mereka merasakan perkara tersebut boring dan tiada satu bahan maujud ataupun satu perkara yang menarik ketika seorang guru tersebut hanya bercerita dan tidak memaparkan satu gambar ataupun slaid yang boleh menarik perhatian murid tersebut.
2. Mengapakah teknologi diperlukan dalam pengajaran masa kini?
Teknologi amat diperlukan dalam pengajaran masa kini kerana generasi pada zaman kini dia hanya tertumpu kepada sesuatu yang boleh menarik perhatian mereka seperti infografik, gambar2 Dan bahan maujud yang boleh di pegang. Tidak semua murid dapat memahami sesuatu pelajaran tersebut hanya dengan mendengar. Mereka juga perlukan satu bahan ataupun media yang mereka boleh rasai atau dilihat. 5 sensori yang ada pada manusia perlu digunakan dengan sehabis baik, bagi membolehkan murid itu lebih faham. Sebagai contoh, seorang guru tersebut mengajar tentang bentuk2 yang ada seperti bulat, bujur dan segi tiga. Guru boleh menyediakan bahan yang maujud seperti bola untuk menunjukkan itu bentuk bulat ataupun menyediakan slaid bergambar.
3. Adakah pengajaran tradisional tidak berkesan yang menyebabkan teknologi diperlukan? Bincangkan
Pada pendapat saya, pengajaran traditional seperti chalk and talk tidak berkesan. Hal ini demikian kerana murid generasi pada masa kini sukakan perkara yang visual yang boleh dilihat. Memandangkan kanak -kanak pada masa kini telah diberikan teknologi seperti Telefon. Jadi, mereka juga lebih berminat apabila guru tersebut memaparkan video Dan sebagainya.

Jawapan aisyah
1. Mengukuhkan kebolehan murid dalam menggunakan teknologi. Hal ini secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka untuk meneroka futuristik teknologi untuk mencari maklumat mengenai isi pembelajaran yang telah diajar oleh guru.

2. Teknologi diperlukan agar dapat membantu meningkatkan kecekapan (efficiency) guru khususnya dalam menyediakan rancangan pengajaran sekali gus mengurangkan beban lambakan tugas seorang guru di sekolah

3. Pengajaran tradisional dan pengajaran yang menggunakan teknologi sudah semestinya mempunyai keburukan dan kelebihannya yang tersendiri. Keperluan pengajaran tradisional di mana guru hanya menerapkan teknik “show & talk” membuatkan murid menjadi pasif. Namun, ini tidak bermakna penerimaan ilmu yang disampaikan tidak diterapkan oleh murid sebaliknya jika dilihat masih ramai tokoh-tokoh yang hebat lahir di zaman pengajaran “show & talk” ini dilaksanakan. Manakala tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan teknologi sangat membantu dalam pdp kerana murd boleh mencari lebih banyak maklumat daripada luar bukan setakat atas buku sahaja. Namun, jika tidak dikawal dengan sebaliknya kemungkinan murid ketagihan menggunakan teknologi masih mendatangkan kebimbangan kepada ramai pihak khususnya kepada guru & ibubapa.

ELLYSHA KINUS
1. Peranan teknologi pengajaran ialah menggalakkan suasana pembelajaran yang positif melalui penggunaan teknologi seperti tayangan klip video yang dapat menarik minat murid untuk belajar.

2. Teknologi diperlukan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan pencapaian akademik murid.

3. Pada pendapat saya, pengajaran tradisional masih boleh digunakan tetapi guru perlu menguasai ilmu penggunaan teknologi seiring dengan perkembangan semasa supaya guru boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik seperti pembelajaran secara kontekstual.

Nuraliyah Mashita
1. Peranan teknologi pengajaran dalam pendidikan ialah dapat menyediakan akses sumber pengetahuan secara dalam talian murid-murid di mana mereka dapat memperoleh maklumat bukan sahaja daripada guru tetapi juga sumber lain seperti internet.  Perkara ini akan menjadikan murid-murid lebih aktif kerana mereka dengan sendirinya bagi meneroka dunia luar untuk mendapatkan maklumat yang lebih berbanding hanya bergantung pada guru semata-mata.

2. Dari sudut pandangan saya, teknologi diperlukan dalam pelajaran masa kini agar pembelajaran lebih menarik dan lebih interaktif kerana menggunakan pelbagai sumber ataupun aplikasi dimana ia akan merangsang minat serta menambah motivasi murid untuk mempelajari sesuatu topik. Namun demikian, tidak bermakna pengajaran tradisional tidak berkesan tetapi kelebihan yang terdapat pada pengajaran yang menggunakan teknologi akan dilihat lebih canggih dan moden seiring dengan teknologi dunia yang semakin berkembang dengan pesatnya.

Zizi Hasryha
1. Pada pendapat saya, peranan lain teknologi pengajaran ialah melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, guru dapat mengajar dengan lebih mudah dan murid pula lebih mudah untuk faham apa yang diajar oleh guru. Contohnya, guru dapat memberi contoh lebih jelas kepada murid-murid dengan menggunakan teknologi seperti tayangan video.

2. Teknologi diperlukan dalam pengajaran masa kini kerana teknologi dapat menarik minat murid-murid untuk belajar. Hal ini kerana, penggunaan teknologi adalah tidak membosankan dan lebih seronok untuk digunakan.

3. Pada pendapat saya, pengajaran traditional adalah berkesan, namun, pada masa kini teknologi diperlukan dalam pengajaran kerana teknologi mampu memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana, penggunaan teknologi boleh menjimatkan masa. Selain itu, penggunaan teknologi juga dapat membantu guru mengajar.

Erra Syaqina
1. Peranan lain teknologi pengajaran ialah dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan menarik. Hal ini demikian di mana, penggunaan teknologi dalam proses PdP membolehkan murid lebih bersemangat untuk belajar kerana banyak aplikasi, aktiviti dan bahan pengajaran yang boleh dikongsikan kepada murid secara terus. Misalnya, aplikasi Quizzes, Wordwall, Canva dan sebagainya.

2. Penggunaan teknologi diperlukan dalam pengajaran masa kini kerana teknologi  dapat memudahkan guru untuk menyediakan pelbagai jenis bahan media bagi memudahkan guru menarik minat murid untuk belajar sekaligus dapat menambahbaik proses PdP. Contohnya, guru boleh menayangkan video daripada youtube berkaitan dengan tajuk pembelajaran, tayangan slaid, animasi dan sebagainya. Penggunaan

3. Bagi pendapat saya, pengajaran tradisional berkesan mengikut kesesuaian objektif yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, penggunaan teknologi pada masa kini juga digunakan untuk memenuhi kehendak PdP abad ke-21 di mana guru dan murid perlu menggunakan teknologi untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik, kreatif dan berkesan.

Nur Najwa
Soalan 1
Antara peranan tekonologi dalam pembelajaran ialah dapat meningkatkan pengetahuan murid dengan lebih mendalam dan terperinci. Hal ini demikian kerana dengan adanya agen pencarian yang pelbagai seperti Google, Safari dan sebagainya bagi menambah input pengetahuan murid daripada apa yang diajar oleh guru.

Soalan 2
Teknologi diperlukan pada masa kini adalah perlu dan berperanan penting dalam arus globalisasi semakin meningkat bagi melancarkan proses dalam melaksanakan sesuatu tugasan dengan lebih efektif. Sebagai contohnya dalam bidang pendidikan, teknologi sedikit sebanyak telah membantu guru dalam menghasilkan pembelajaran bermakna dimana murid lebih menunjukkan minat serta keterlibatan aktif murid dapat dilihat jika penggunaan teknologi dalam PdP terlibat.

Soalan 3
Pada pendapat saya, pengajaran tradisional juga merupakan teknik pengajaran yang berkesan namun hanya sesuai digunakan pada zaman dahulu kerana kurangnya perkembangan terhadap kemajuan teknologi dalam dunia pendidikan serta kelaziman budaya belajar murid terdahulu lebih berfokus kepada kaedah chalk and talk sahaja. Namun, pengajaran moden yang dilaksankan sekarang juga berpunca daripada pemesatan dunia terhadap penggunaan teknologi. Oleh itu, banyak bukti dan hasil yang lebih memberangsangkan apabila pengajaran moden yang melibatkan teknologi serta keterlibatan dua hala antara guru dan murid ini dalam kecemerlangan akademik berbanding kaedah pengajaran tradisional

Vanesa
Soalan 1
- Teknologi dapat membantu sesi pembelajaran menjadi mudah serta menarik. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai laman web dan aplikasi yang telah diciptakan untuk sesi pembelajaran yang lebih sistematik di samping menambahkan ilmu pengetahuan murid. Sebagai contohnya, aplikasi seperi "youtube" dapat digunakan sebagai media pengajaran bagi murid-murid pada masa kini kerana terdapat pelbagai pilihan video yang bersesuai dengan pembelajaran.

Soalan 2
- Teknologi diperlukan masa kini supaya guru dapat mengakses lebih banyak sumber maklumat berkaitan dengan subjek yang. Hal ini berlaku apabila terdapatnya agen pencarian "google" yang mengandungi banyak sumber maklumat dan dapat digunakan sebagai media pengajaran di dalam kelas. Perkara sedemikian menyebabkan murid-murid lebih memahamk sesi pembelajaran mereka dengan lebih mendalam

Soalan 3
- Pengajaran tradisional tidak berkesan kerana kaedah tersebut menyebabkan murid menerima ilmu dengan terhad berkaitan dengan subjek yang dibelajar. Sebagai contohnya, tanpa teknologi murid tidak dapat melakukan pembacaan yang lebih mendalam lagi. Dengan itu, adanya teknologi ia dapat memudahkan murid menambahkan ilmu lagi melalui teknologi yang sedia ada.

Nur Nabilah
1.- memudahkan guru dan murid mengakses maklumat berkaitan topik pembelajaran dan pengajaran melalui media pencarian seperti google

-dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pengajaran yang menarik minat murid yang bukan hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks sahaja atau chalk and talk.

2.teknologi amat diperlukan pada masa kini kerana membantu dapat meningkatkan pengetahuan murid lebih selaras dengan pembelajaran abad ke-21

3.Pengajaran tradisional masih lagi berkesan kerana guru perlu mengikut kesesuaian murid dan topik pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, guru perlu merancang kaedah pengajaran dengan lebih bervariasi dan berkesan untuk mencapai objektif yang hendak dicapai.

TRACY IVY APING
SOALAN 1
Menyediakan aktiviti pembelajaran dalam talian yang menarik seperti The Wordwall, Kuizziz dan sebagainya. Hal ini dikatakan demikian kerana, kos menyediakan bahan mengajar amat tinggi lebih-lebih lagi guru perlu menyediakan bahan mengajar yang berbeza-beza untuk setiap kelas dan mempunyai jumlah murid yang ramai. Oleh itu, dengan adanaya teknologi pengajaran mampu mengurangkan kos guru menyediakan bahan bantu mengajar bagi melaksanakan aktiviti pembelajaran di dalam kelas.

SOALAN 2
Teknologi diperlukan dalam pengajaran masa kini disebabkan teknologi memudahkan guru dan murid mencari maklumat dalam setiap mata pelajaran tanpa batas dengan menggunakan enjin pencarian seperti Google. Hal ini sedikit sebanyak menarik minat murid untuk menambahkan ilmu dalam talian berbanding mencari maklumat di dalam buku teks semata-mata. Dengan adanya teknologi dalam pengajaran mampu meningkatkan kemahiran menggunakan teknologi guru dan murid.

SOALAN 3
Pengajaran tradisional masih berkesan walaupun teknologi diperlukan pada masa kini. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat beberapa mata pelajaran yang memerlukan pembelajaran secara terus atau pembelajarna yang memerlukan komunikasi sehala misalnya Pendidikan Jasmani, Matematik dan sebagainya. Oleh itu, kaedah pengajaran tradisional dan pengajaran teknologi sama-sama ada kebaikan dan keburukan dan perlu disesuaikan dengan objektif, aktiviti dan kesesuaian murid.

EJ
1. Salah satu peranan lain teknologi pengajaran ialah membantu murid untuk melakukan pembelajaran secara kendiri tanpa mengira tempat dan masa.

2. Teknologi diperlukan dalam pengajaran masa kini kerana dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di samping dapat memudahkan kerja seorang guru.

3.  Pada pendapat saya, pengajaran tradisional masih berkesan untuk sesetengah pihak namun demikian penggunaan teknologi juga diperlukan. Hal ini demikian kerana terdapat inidvidu atau murid yang lebih memahami pembelajaran yang mengaplikasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan pengajaran secara tradisional seperti 'chalk and talk'.