FKP9 - Saya, sejarah, dan falsafah... by eCampus UMK

SEJARAH FALSAFAH ILMU
[NURFARHANA BINTI JAMALUDDIN}
A20A1815

Sebagai seorang manusia yang berfikir, fasa dalam sejarah falsafah yang paling hampir dengan corak berfikir adalah sejarah Filsafat Pra-Socrates.  Hal ini dikatakan demikian kerana, Filsafat Pra Socrates Bangsa Yunani merupakan bangsa yang pertama kali berusaha menggunakan akal untuk berpikir. Tambahan pula, kegemaran bangsa Yunani merantau secara tidak langsung menjadi sebab meluasnya tradisi berpikir bebas yang dimiliki bangsa Yunani.  Menurut Barthelemy, kebebasan berpikir bangsa Yunani disebabkan di Yunani sebelumnya tidak pernah ada agama yang didasarkan pada kitab suci. Keadaan tersebut jelas berbeda dengan Mesir, Persia, dan India. Sedangkan Livingstone berpendapat bahwa adanya kebebasan berpikir bangsa Yunani dikarenakan kebebasan mereka dari agama dan politik secara bersamaan.

Sejarah Falsafah Ilmu
NUR ALIA AMYRA BINTI ZAINUN ARIFIN
(A20A1672)

Sebagai seorang manusia yang berfikir, fasa dalam sejarah falsafah yang paling hampir dengan corak berfikir dan perkara yang biasa saya fikirkan ialah falsafah Zaman Pra-Socrates.
Hal ini kerana, perkara-perkara yang saya fikirkan dalam kehidupan seharian saya adalah perkara yang rasional. Sifat utama falsafah pada zaman ini pula ialah cuba untuk memahami secara rasional dunia alam semula jadi. Kebanyakan ahli falsafah pada zaman itu menggunakan pelbagai kaedah seperti penelitian, matematik, dan penghujahan secara logik untuk memahami sifat alam. Oleh itu, saya berpendapat bahawa pola fikir saya adalah paling hampir dengan zaman ini.

SEJARAH FALSAFAH ILMU
SITI NABILA BT ABU BAKAR (A20B1962)

Fasa yang paling hampir dengan corak berfikir ialah falsafah klasik iaitu Pre-Socrates di mana ahli falsafah mulai berpindah daripada percaya dengan mitos kepada perbincangan yang bersudut falsafah iaitu berfikir secara detail dan teratur.

Antara perkara biasa yang saya fikirkan dalam kehidupan harian berdasarkan pemerhatian adalah macamana proses penghujanan berlaku dan bagaimana tumbuhan dapat tumbuh dengan baik. Berdasarkan persoalan tersebut kita dapat berfikir mencari jawapan bahawasanya kejadian alam tersebut berkait rapat dengan kajian sains dan matematik.  Pemikiran yang demikian itu merupakan pemikiran yang sangat maju, rasional dan radikal.

SEJARAH FALSAFAH ILMU
Lee Jun Hong (A20A1410)
Sebagai seorang manusia yang berfikir, fasa dalam sejarah yang paling hampir dengan corak berfikir saya adalah sejarah Filasafat Zaman Skolastik. Saya merupakan individu yang ingin mencari ilmu tentang banyak perkara tak kisah benar atau palsu berdasarkan kemampuan saya. Hal ini demikian kerana saya mau mengumpul semua pandangan daripada orang lain untuk memutuskan bahawa perkara tersebut betul atau salah. Saya merupakan individu yang menahan diri daripada hanya menerima informasi daripada satu laluan sahaja. Hal ini kerana jikalau saya hanya mendapat ilmu dan informasi daripada satu laluan sahaja, saya tidak akan membuka minda saya untuk menerima ilmu baharu dan pemikiran saya akan tertutup. Maka saya tidak akan melihat perbohongan di dalamnya .Selain itu, jika ilmu yang saya dapat daripada satu laluan sahaja ternyata salah, saya akan berasa saya tertipu  selama jangka hayat saya. Mengikut rekoding sesi pembelajaran T2 Sejarah Falsafah Ilmu, pada Zaman Pertengahan pihak kereja bertindak sebagai pihak kerajaan hanya memberi ilmu kepada masyarakat yang hanya ditafsir oleh mereka sahaja, ilmu daripada sumber lain adalah palsu dan tidak benar seperti ilmu bumi bertindak sebagai pusat dan matahari beredar mengelilingnya dan bumi adalah rata dan lain-lain lagi.  Tujuan tersebut adalah untuk menyekat kebebasan masyarakat untuk menerima ilmu lain dan mengelakkan mereka untuk memberontak terhadap mereka. Sebagai manusia yang hidup pada abad ke-21 yang mempunyai kebebasan bersuara dan kebebasan memperoleh ilmu, kita mestilah bersifat mampu mencari ilmu daripada pelbagai laluan agar kita tidak bersifat minda tertutup.

SEJARAH FALSAFAH ILMU
NUR AZIQAH BINTI ALIAS BHROM (A20A1702)

Fasa dalam sejarah falsafah yang paling hampir dengan corak berfikir dan perkara yang biasa saya fikirkan ialah falsafah moden. Hal ini demikian kerana, falsafah moden mempunyai 3 ciri utama iaitu bersifat rasional (menjadikan akal sebagai autoriti tertinggi dalam mencapai ilmu pengetahuan), naturalistik (menjelaskan fenomena luaran dan dalaman alam tanpa andaian bersifat luar biasa) dan berbentuk saintifik. Pada zaman kini, akal sememangnya digunakan untuk berfikir secara rasional bagi menentukan sesuatu perkara. Selain itu, ciri naturalistik yang ada dalam falsafah moden juga menjelaskan bahawa manusia berfikir secara semulajadi tentang sesuatu fenomena tanpa membuat andaian berlebihan.

SEJARAH FALSAFAH ILMU
NURUL ANISA HUSNA BINTI AZMAN (A20A2239)

Sebagai seorang manusia yang berfikir, fasa yang manakah dalam sejarah falsafah yang paling hampir dengan corak berfikir dan pekara yang biasa saya fikirkan adalah fasa falsafah moden. Falsafah moden merupakan falsafah yang bersumberkan kepada ketaakulan, dan wujud secara bebas daripada pengalaman pancarindera dan ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana, falsafah moden mempunyai tiga ciri utama iaitu bersifat rasional, naturalistik, saintifik dan berkaitan ilmu yang menyentuh perasaan metafizik.

Antara corak berfikir dan pekara yang biasa saya fikirkan kejadian siang dan malam dapat kita mengetahui daripada kajian sains bahawa bumi berputar dipaksinya mengelingi matahari. Selain itu, dari pemikiran rasional membunuh merupakan perbuatan yang keji, akan tetapi membunuh  dalam keadaan untuk mempertahankan diri. Ianya tidak menjadi satu kesalahan.

SEJARAH FALSAFAH ILMU
MUHAMMAD TAUFIQ BIN MOH SUHDI (A20A1566)

Sebagai orang yang diberikan akal, falsafah yang paling hampir dengan corak perfikiran saya ialah Falsafah Klasik iaitu dari Socrates, Plato dan Aristotle. Ia adalah kerana mereka yang mewujudkan kebenaran mutlak, penggunaan autoriti dan pancaindera serta kebenaran tentang kewujudan tuhan. Plato mengatakan bahawa melalui pemikiran yang sistematik, manusia akan dapat menggunakan akal dengan sebaik mungkin. Ini adalah sesuai dengan pemikiran saya iaitu sentiasa memikirkan segala proses yang berlaku disekeliling saya seperti kewujudan matahari, proses perkembangan pertumbuhan, cara haiwan membiak dan sebagainya. Saya menggunakan pemikiran ini disamping percaya bahawa semua ini telah diatur dan dicipta oleh tuhan.

Kita melakukan sesuatu mestilah bukan berdasarkan firasat semata-mata. Kita haruslah menggunakan akal kita untuk menilai dan memerhati perkara yang berlaku kerana semua benda berlaku atas sesuatu sebab.

SEJARAH FALSAFAH ILMU
ASYUHADA BINTI ZOOLKIFLIE (A20A2111)

Sebagai seorang manusia yang berfikir, fasa yang paling hampir dengan corak berfikir adalah fasa falsafah Eksistensialisme. Falsafah ini menumpukkan kepada kewujudan mengutamakan fakta terhadap kewujudan dan suatu bentuk pemikiran yang terhasil daripada aliran falsafah fenomenologi. Fasa falsafah ini adalah aliran  pemikiran yang mengambil kewujudan kesedaran diri. Sebagai tema titik tolak falsafah dan menekankan kebebasan memilih di kalangan manusia.

Oleh itu, perkara yang difikirkan  setiap manusia mempunyai kebebasan untuk berfikir dan bebas membuat sesuatu keputusan tetapi dalam masa yang sama setiap manusia perlu ada kesedaran diri  kerana seseorang itu tidak akan selamanya dalam keadaan zon yang selesa dalam sesuatu keadaan.

SEJARAH FALSAFAH ILMU
SHAHIRA BINTI RAHIM (A20A1937)
Sebagai seorang manusia yang berfikir,fasa dalam sejarah yang paling hampir dengan corak pemikiran saya ialah falsafah moden. Pada zaman itu, terdapat banyak golongan yang memberi pendapat tentang sumber ilmu. Antaranya golongan rasionalisme yang menyatakan akal adalah sumber ilmu. Manakala golongan empirisisme menyatakan pancaindera adalah sumber ilmu.

Namun,pada pemikiran saya akal dan pancaindera adalah hal yang berkait dalam sumber ilmu. Melalui cara ini seseorang itu akan mempunyai idea dan dapat menilai sesuatu dengan tepat. Hal ini kerana kebenaran adalah relatif. Contohnya, sekiranya kita melihat sesuatu secara tak langsung akal kita berfungsi.

Sejarah Falsafah Ilmu
WAN NURHAFIZAH BINTI WAN RUSLAN (A20A2075)

Pada pandangan saya sebagai seorang manusia yang berfikir, saya memilih fasa Socrates, Plato dan Aristotle dalam sejarah falsafah klasik yang menurut saya paling hampir dengan corak berfikir. Menurut saya, kita perlu berfikir menggunakan akal untuk mengetahu sesuatu sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah untuk mengelakkan daripada membuat keputusan yang terburu. Justeru itu, dengan mengggunakan pancaindera dapat membantu kita untuk membuktikan kesahihan perkara tersebut.
Salah satu perkara yang biasa saya fikirkan ialah mencari jalan penyelesaian dalam menimba ilmu. Terutamanya dalam proses pembelajaran berkaitan matematik. Cara berfikir yang menggunakan akal membantu untuk menyelesaikan setiap masalah yang ada dan mencari kesahihan perkara tersebut. Akan tetapi saya tidak begitu yakin dengan Plato dan Aristotle.

SEJARAH FALSAFAH ILMU
ENGKU NUR SYAZUWANI BINTI ENGKU AHMAD (A20A1323)
Sebagai seorang manusia yang berfikir, fasa dalam sejarah falsafah yang paling hampir dengan corak berfikir dan perkara yang biasa saya fikirkan adalah pada zaman pertengahan dimana terdapat falsafah yang telah berjaya membebaskan pemikiran. Hal ini membuktikan dimana setiap orang mempunyai pemikiran yang dan pendapat yang berbeza untuk dijadikan sebagai pandangan. Setiap pandangan yang diunsurkan perlulah mempunyai bukti dan alasan yang tepat bagi mengelakkan berlakunya percanggahan pendapat. Oleh itu, perkara yang difikirkan oleh setiap manusia adalah bebas dan tidak terbatas dalam mengemukakan setiap idea.

SEJARAH FALSAFAH ILMU
NOR NABILA BINTI MD JOHAR (A20A1627)
Sebagai seorang manusia yang berfikir, bagi pendapat saya fasa dalam sejarah falsafah yang paling hampir dengan corak pemikiran ialah fasa Socrates, Plato dan Aristotle. Bagi saya, manusia perlu berfikir menggunakan akal mereka antara perkara sesuatu seperti kewujudan alam. Pada pandangan saya, pada fasa ini mereka memberi fokus terhadap ciptaan alam. Dimana, golongan ini menggunakan pancaindera untuk melihat kewujudan dan ciptaan alam.Mereka berfikiran bahawa semua alam ini wujud dan mempunyai sebab tertentu.
oleh hal demikian, dengan menggunakan pancaindera kita dapat fikir bahawa perkara tersebut adalah benar dan wujud. Oleh itu, kita perlu berfikir dengan secara rasional untuk berfikir perkara yang benar.

SEJARAH FALSAFAH ILMU
MIRZA TAQIAH BINTI ABD WAHAB (A20A1445)

Sebagai seorang manusia yang berfikir, fasa dalam sejarah falsafah yang paling hampir dengan corak berfikir dan perkara yang biasa saya fikirkan adalah falsafah pada zaman pertengahan. Hal ini demikian kerana mereka telah menerima untuk menggunakan akal iaitu falsafah untuk membantu membuktikan bahawa akidah iaitu teologi sebagai panduan bahawa agama yang betul yang boleh dipercayai oleh masyarakat. Perkara ini membuatkan masyarakat berfikir secara akal dan agama untuk diguna pakai dalam kehidupan seharian. Selain itu, pada zaman skolastik pada abad 10-13M, akal iaitu falsafah diterima dijadikan sains agama kerana para saintis hilang kepercayaan terhadap agama kerana tafsiran agama dengan fakta sains berbeza. Oleh itu, pada pengaruh ibn rushdi mengutamakan falsafah berbanding teologi agama kristian. Oleh itu, saya berpendapat bahawa setiap kaedah berfikir hendaklah dikritik satu persatu sehingga tiada lagi persoalan yang salah. Maka, saya lebih suka rujuk mengikut bukti dan hujah-hujah yang tepat mengikut alquran dan assunah untuk menghilangkan keraguan.

SEJARAH FALSAFAH ILMU
SITI AZIMAH BINTI MAHDI (A20A1953)

Pada pandangan saya sebagai seorang manusia yang berfikir, fasa dalam sejarah paling hampir dengan corak berfikir ialah falsafah moden. Falsafah moden bersumberkan kepada ketaakulan dan secara bebas daripada pengalaman pancaindera. Selain itu, terdapat tiga ciri utama falsafah moden ialah bersifat rasional, naturalistik, dan saintifik. Tambahan pula, perkembangan sains dan matematik akibat daripada kemunculan aliran rasionalisme yang membawa pendekatan bahawa ketepatan falsafah menyamai ketepatan matematik supaya dapat memberikan penekanan kepada kesanggupan minda manusia sebagai sumber kebenaran sama ada berkaitan manusia atau dunia. Pada pemikiran saya dan pancaindera juga berkaitan dengan sumber ilmu kerana sekiranya kita melihat sesuatu secara langsung maka akal fikiran kita dapat berfungsi dengan baik dan jelas.

Sejarah Falsafah Ilmu
NUR ZULAIKHA BINTI ZABIDI (A20A2230)

Sebagai seorang manusia yang berfikir, falsafah yang paling hampir dengan corak pemikiran saya adalah Falsafah Klasik yang mana Socrates, Plato dan Aristotle mempercayai kewujudan kebenaran mutlak dan memberi autoriti terhadap akal dan pancaindera yang dinafikan oleh Sophist.  Menurut saya, setiap manusia perlu menggunakan akal dengan baik untuk menilai sesuatu perkara sebelum menerimanya. Hal ini, mereka dapat membezakan sesuatu perkara yang benar atau salah. Saya percaya bahawa perkara yang sering juga saya fikirkan seperti fenomena aurora yang terjadi di Iceland, proses kejadian hujan dan kewujudan matahari adalah ditentukan dan dicipta oleh tuhan.

SEJARAH FALSAFAH ILMU
NURUL NAJWA BINTI MOHD RIZAL (A20A2245)

Fasa yang paling hampir dengan corak berfikir adalah pada zaman moden. Zaman moden ahli falsafah rasionalis menyatakan bahawa kebenaran adalah bersumberkan kepada ketaakulan dan wujud secara bebas daripada pengalaman pancaindera. Dalam zaman moden ilmu pengetahuan adalah bersifat apriori dan falsafah moden mempunyai tiga ciri utama iaitu bersifat rasional dengan menjadikan akal sebagai autoriti tertinggi. Selain itu bersifat naturalistik iaitu menjelaskan fenomena luaran dan dalaman tanpa andaian yang bersifat luar biasa dan berbentuk saintifik. Menurut saya, setiap manusia perlu berfikir menggunakan akal yang waras dan berfikir dengan teliti sebelum melakukan keputusan. Oleh itu, pada saya fasa yang paling hampir dengan corak berfikir adalah pada zaman moden kerana zaman ini mereka meletakkan akal sebagai autoriti yang paling tinggi dan ini membezakan daripada zaman sebelum ini yang tidak mendahulukan akal fikiran dalam membuat keputusan.

SEJARAH FALSAFAH ILMU
UMMI UFFIYA BINTI SEMPUL AMIZAM (A20A2054)

Sebagai seorang manusia yang berfikir, fasa dalam sejarah falsafah yang paling hampir dengan corak berfikir adalah falsafah klasik. Di zaman Socrates, plato dan Aristotle telah mewujudkan kebenaran mutlak melalui akal dan pacaindra.
Hal ini telah memberi pengajaran kepada saya untuk menggunakan akal dan pacaindra dengan sebaik mungkin dalam  memastikan sesuatu perkara itu betul atau salah sebelum membuat sesuatu keputusan. Jadi, menurut saya dengan menimba ilmu dalam pelbagai bidang  dapat melatih kita supaya dapat menggunkan akal dan pacaindra secara rasional dalam mencari kebenaran sesuatu perkara.

SEJARAH FALSAFAH ILMU
NUR AMIRAH HUSNA BINTI MUSTAFA (A20A1679)

Sebagai seorang manusia yang berfikir, fasa yang paling hampir dengan corak berfikir adalah pada zaman moden. Falsafah moden ditakrifkan sebagai niat untuk mencapai syarat penglibatan intelektual yang sama untuk menyelesaikan masalah yang timbul dari revolusi ilmiah dan merangkumi pemikir hebat dari zaman Renaissance dari abad keempat belas hingga sekitar tahun 1800. Hal ini berkait dengan apa yang difikirkan pada masa kini.
Falsafah moden lahir sebagai penembusan dari pemikiran yang ditubuhkan pada Zaman Pertengahan dengan penampilan gerakan humanis dan Renaissance. Ramai tokoh yang lahir pada zaman moden yang berkait dengan pemikiran ilmu.  zaman moden dipilih kerana dalam dekad kebelakangan ini, sains telah membuat satu langkah besar ke hadapan. Banyak mitos-mitos dan penemuan komited telah dibukti palsu, yang ditutup dengan gambar lama di dunia. Ini sudah pasti terpancar di dalam pemahaman moden alam semesta. Trend yang paling popular dalam falsafah moden - eksistensialisme dan falsafah analisis.

SEJARAH FALSAFAH ILMU
INTAN SHAFINAZ BINTI YUSOF (A20A2130)

Sebagai seorang yang berfikir, fasa dalam sejarah falsafah yang paling hampir dengan corak berfikir adalah zaman moden. Hal ini demikian kerana, terdapat ahli falsafah rasionalis menyatakan bahawa kebenaran adalah bersumberkan kepada ketaakulan dan wujud secara bebas daripada pengalaman pancaindera. Falsafah moden ini mempunyai tiga ciri utama iaitu bersifat rasional (menjadikan akal sebagai autoriti tertinggi), naturalistik (menjelaskan fenomena luaran dan dalamanm tanpa andaian yang bersifat luar biasa) dan berbentuk saintifik. Selain itu pada zaman moden ini juga terdapat golongan empirisisme yang menyatakan bahawa pancaindera adalah sumber ilmu.
Pada pemikiran saya, akal dan pancaindera adalah berkait dalam sumber ilmu. Hal ini demikian kerana, manusia menggunakan pacaindera untuk melihat dalam masa yang sama manusia menggunakan akal untuk mentafsir dan menilai berdasarkan apa yang mereka lihat.

SEJARAH FALSAFAH ILMU
TAN CHEE WEI (A20A2014)

Sebagai seorang manusia yang berfikir, falsafah yang paling hampir dengan corak pemikiran saya adalah pada zaman klasik.
Pada peringkat Socrates, Plato, dan Aristotle telah menunjukkan bahawa akal dan pancaindera boleh membawa kita kepada ilmu. Hal ini kerana akal dan pancaindera membolehkan saya menilai sama ada perkara ini betul atau salah berdasarkan apa yang saya lihat dan fikir. Walaupun setiap orang menilai perkara yang betul dan salah secara berbeza, tetapi hanya perasaan dan pemikiran sendiri yang dapat mengetahui kebenaran sesuatu. Saya percaya bahawa seorang yang berfikiran rasional akan menggunakan akal dengan baik.

SEJARAH FALSAFAH ILMU
NUR SHAHIDA IZZATI BINTI MOHD ZULHADI (A20A2225)

Pada pendapat saya sebagai seorang manusia yang berfikir, fasa dalam sejarah falsafah yang paling hampir dengan corak berfikir dan perkara yang biasa saya fikirkan adalah pada zaman moden. Hal ini kerana ia merangkumi rasionalisme, empirisme, dan pragmatisme. Pemikiran rasionalisme berpegang bahawa akal adalah ‘kuasa tertinggi’ dalam mengenali hakikat sesuatu. Akal manusia mampu untuk mengetahui apa sahaja. Rasionalisme mengukur bahawa daya intelek yang wujud secara semulajadi dalam diri manusia mampu mencari dan menanggapi kebenaran. Empirisme adalah doktrin falsafah dan epistemologi yang menyatakan bahawa semua pengetahuan yang dimiliki atau diperoleh dari manusia adalah hasil pengalaman, sama ada dalaman atau luaran, dan oleh itu dilihat sebagai akibat dari pancaindera. Pengetahuan empirikal terdiri daripada semua yang diketahui tanpa mempunyai pengetahuan saintifik, misalnya: diketahui bahawa api membakar kerana pengalaman itu telah dijalani. Yang terakhir ialah pragmatisme. Pragmatisme merupakan perbuatan atau tindakan menyelesaikan dan menilai sesuatu masalah yang bersifat intelek. Pragmatisme sejajar dengan pemikiran manusia pada zaman sekarang dimana seseorang itu hendaklah menilai sesuatu masalah dahulu sebelum melakukan apa-apa keputusan. Pengalaman dikatakan di mana manusia percaya bahawa pengalaman menggambarkan realiti bagi sesuatu penyelesaian masalah.

SEJARAH FALSAFAH ILMU
NOR FAREHAN BINTI MD ZIN (A20A2191)

Sebagai seorang yang berfikir, falsafah dalam sejarah yang paling hampir dengan corak berfikir ialah zaman falsafah klasik.Hal ini dikatakan demikian kerana, pada zaman falsafah ini terdapat tiga perkembangan falsafah iaitu Pra Socrates , Socrates, Plato & Aristotles dan juga zaman helenistik romawi.  Walaupun golongan ini tidak sangat berkait dengan berfikir, namun ianya membantu masyarakat membezakan mengenai tindakan yang betul atau tindakan yang salah. Bagi saya, manusia perlulah bijak menggunakan pancaindera dan akal untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Ini menunjukkan fahaman ini bermasalah dari aspek epistemologi ilmu iaitu bidang ilmu membahaskan hakikat ilmu pengetahuan manusia yang meliputi sumber ilmu, persoalan ilmu itu benar atau tidak, kaedah ilmu diperoleh dan seumpamanya.

SEJARAH FALSAFAH ILMU
MUHAMMAD AMMAR BIN AZMAN (A20A1505)
Sebagai seorang manusia yang berfikir, fasa dalam sejarah yang paling hampir dengan corak pemikiran ialah falsafah moden. Falsafah ini sesuai dengan cara pemikiran manusia pada masa kini.  Pada pandangan saya, golongan empirisisme memberikan pendapat yang paling tepat tentang sumber ilmu. Setiap apa yang kita rasakan dengan menggunakan pancaindera kita boleh dianggap sebagai ilmu. Penggunaan pancaindera boleh membuktikan bahawa ilmu itu sahih ataupun tidak,  Contohnya, jika kita melihat fenomena pertukaran waktu siang dan malam, maka kita akan  berfikir tentang fenomena tersebut. Jika hari cerah itu menandakan waktu siang manakala jika hari sudah gelap itu menandakan waktu malam. Secara tidak langsung, kita dapat membuktikan bahawa ilmu itu adalah tepat.

SEJARAH FALSAFAH ILMU
ZULAIKHA BINTI ABDUL MALEK
(A20A2097)
Sebagai seorang manusia yang berfikir, fasa dalam sejarah falsafah yang paling hampir dengan corak berfikir adalah zaman falsafah moden. Ini dapat dilihat pada zaman kemunculan aliran rasionalisme dimana ia lebih memberi penekanan kepada kebenaran sesuatu perkara yang datangnya dari ilmu pengetahuan dan pengalaman pancaindera. Pada pandangan saya, jika hendak mendalami sesuatu perkara sudah pasti kita akan meneliti dengan lebih mendalam supaya mendapat hasil yang lebih tepat. Jadi ini akan dapat mengelakkan manusia daripada berfikiran sempit tentang sesuatu perkara. Pada zaman falsafah moden ini juga, penolakan sistem pemikiran skolastik turut berlaku walaupun ia tidak memberi impak kepada zaman pertengahan. Golongan rasionalis menganggap apa yang difikir adalah wujud bukan hanya sekadar hayalan. Ini mampu menunjukkan bahawa pentingnya corak pemikiran yang benar. Pemikiran yang memerlukan aspek kebenaran ini penting supaya apa yang telah diperolehi mampu memberi impak yang berguna dalam kehidupan.

SEJARAH FALSAFAH ILMU
NORZIHA BINTI HARUN (A20A1647)

Sebagai seorang manusia yang berfikir, fasa dalam sejarah falsafah yang paling hampir dengan corak berfikir dan perkara yang biasa saya fikirkan ialah falsafah moden. Hal ini demikian kerana, terdapat tiga ciri utama falsafah moden iaitu bersifat rasional, naturalistik dan juga berbentuk saintifik. Dengan itu, saya perlu bersifat rasional untuk menjadikan akal sebagai autoriti tertinggi dalam mencapai ilmu pengetahuan. Saya ingin mengubah diri saya untuk menjadi manusia yang berguna dan berjaya pada masa depan. Jadi, saya akan menggunakan akal untuk berfikir secara rasional bagi menentukan strategi mencapai kejayaan. Selain itu, ciri naturalistik yang ada dalam falsafah moden juga menjelaskan fenomena luaran dan dalaman alam tanpa andaian luar biasa atau berlebihan. Dengan itu, kita perlu diingati bahawa sesuatu yang benar-benar memahami dalam kesedaran seseorang boleh berubah dengan ketara. Ia adalah gambaran fenomena yang dirasakan dan ditetapkan oleh keperibadian seseorang. Oleh itu, saya akan memastikan saya menggunakan akal untuk mendapat idea dan menilai sesuatu perkara dengan tepat sebelum bertindak supaya dapat kebenaran yang relatif.

SEJARAH FALSAFAH ILMU
NUR FAIZATUL ATHIRAH BT ZAHARI (A20A1711)

Sebagai seorang manusia yang berfikir, fasa dalam sejarah falsafah yang paling hampir dengan corak berfikir saya ialah falsafah moden.Falsafah moden dapat ditakrifkan sebagai niat untuk mencapai syarat penglibatan intelektual yang sama untuk menyelesaikan masalah yang timbul dari revolusi ilmiah dan merangkumi pemikir hebat dari zaman Renaissance dari abad keempat belas hingga sekitar tahun 1800.Falsafah moden lahir sebagai penembusan dari pemikiran yang ditubuhkan pada Zaman Pertengahan dengan penampilan gerakan humanis dan Renaissance.Oleh itu, terdapat para pemikir dan ahli falsafah  moden yang menegaskan bahawa pengetahuan hanya dapat dicapai secara empirikal atau melalui pengalaman.

Pada pandangan saya juga  melalui falsafah moden terdapat kemunculan kekuasaan dan pengaruh sains.Ini kerana keberkesanan, sifat praktikalitinya, penghayatan kebenaran secara nampak (pancaindera), dan menggunakan metod-metod saintifik untuk menggalakkan aktiviti berfikir dan menyelidik.Falsafah ,oden itu juga melahirkan semangat reflektif iaitu kecenderungan untuk mempraktikkan kebolehan fikiran dan pengamatan pancaindera. Oleh itu, manusia dapat mengamati diri mereka dan alam sekitar untuk mencari kebenaran secara bebas dan rasional tanpa ada unsur pahala dan dosa.

Falsafah moden secara amnya dibentuk melalui keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan manusia. Lantaran itu falsafah moden mengembangkan isu metod falsafah, pembentukan sistem dan kemanusiaan. Melalui ini juga falsafah moden menekankan kepada persoalan akal dan pancaindera dalam membicarakan had ilmu pengetahuan, asal usul ilmu pengetahuan dan kesahihan ilmu pengetahuan.

SEJARAH FALSAFAH DALAM ILMU
SITI SUHAILA BINTI MD ROSILI
(A20A1996)
Pada pendapat saya, fasa dalam sejarah falsafah yang paling hampir dengan corak berfikir ialah falsafah moden. Falsafah moden berbeza dengan falsafah-falsafah yang muncul sebelumnya seperti Greek, Roman dan falsafah abad pertengahan. Falsafah moden bermula apabila masyarakat intelektual Barat mengubah sikap dan cara mereka berfikir. Ini bermakna lahir unsur dan doktrin falsafah moden iaitu suatu unsur dan doktrin falsafah yang mempunyai unsur-unsur dan ciri-ciri baru dalam struktur pemikiran barat. Pada abad ke-18 telah muncul seorang tokoh falsafah Jerman iaitu Immanuel Kant yang telah membawa beberapa doktrin salah satunya yang berkaitan dengan moral dan etika. Bagi beliau, perbincangan mengenai moral dan etika bagi ahli falsafah moden yang lain amat ortodoks sekali.

SEJARAH FALSAFAH ILMU
NURUL SYAHZANANI BINTI MD TAHIRI ( A20A2250)

Falsafah moden ditakrifkan sebagai tujuan sampai pada syarat penglibatan intelektual yang sama untuk menyelesaikan masalah yang timbul dari revolusi saintifik dan merangkumi pemikir hebat dari zaman Renaissance dari abad ke-14 hingga sekitar tahun 1800.

Falsafah moden dilahirkan sebagai penembusan pemikiran yang ditubuhkan pada Abad Pertengahan dengan munculnya gerakan humanis dan gerakan Renaissance.

Pada masa ini, Zaman Moden difahami sebagai periode dari sejarah universal abad ke-15 hingga ke-18, di mana nilai-nilai kemodenan terbentuk . Ia menganggap transformasi urutan tradisional secara beransur-ansur menjadi susunan moden.

Ini bermula pada zaman penemuan, yang melibatkan penyusunan semula hubungan ekonomi dunia di bawah kawalan peradaban Barat. Oleh itu, ini adalah tempoh pertama dalam sejarah di mana setiap orang diartikulasikan dalam satu naratif sejarah.

Zaman Moden menggantikan Zaman Pertengahan. Ini bertujuan untuk mengatasi dogmatisme keagamaan pada zaman ini dan bertujuan untuk melahirkan era yang dipengaruhi oleh pemikiran rasional.

Nilai moden berpunca dari humanisme Renaissance antroposentrik , walaupun tidak berhenti di situ. Arus ini memahami manusia sebagai pusat minat hidup dan pengetahuan, berbanding dengan humanisme teosentrik.

Zaman Moden mencapai puncaknya dengan revolusi industri, pada pertengahan abad ke-18, dan revolusi Perancis, yang terjadi pada tahun 1789, dalam lingkungan yang digerakkan oleh idea-idea Pencerahan atau Pencerahan .

Revolusi Perancis dan motto "persamaan, persaudaraan dan kebebasan" membawa buat pertama kalinya kepada pengumuman hak asasi manusia dan mengubah perspektif politik negara.

Sedikit demi sedikit, Zaman Moden menyusun nilai-nilai baru, seperti idea kemajuan , yang tidak dapat dipisahkan dengan susunan sains, teknologi (perindustrian) dan ekonomi.