SITI NURHIDAYAH by SITI NURHIDAYAH BINTI TAJBAR

SITUASI: JUMLAH PELAJAR YANG TERLALU RAMAI DI DALAM KELAS.
1. Pilih 1 topik atau objektif pembelajaran yang ingin diajar.
2. Cadangkan 1 aktiviti yang menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif dengan anggapan bahawa jumlah pelajar di dalam kelas agak ramai.

Aktiviti Gallery Walk dalam situasi kelas yang terlalu ramai bagi mencapai objektif pembelajaran.
Pembelajaran abad ke-21 yang diterapkan telah memaksa guru untuk menjadi lebih kreatif dalam menyampaikan sesuatu ilmu. Tambahan pula, dengan jumlah pelajar yang semakin bertambah menyebabkan bilangan pelajar dalam sesebuah kelas menjadi semakin ramai. Hal ini mengakibatkan guru tidak dapat menumpukan perhatian kepada setia pelajar yang terdapat di dalam kelas dalam satu masa yang sama. Kesannya, objektif yang telah ditetapkan tidak dapat dicapai dan para pelajar tidak mendapat input yang secukupnya  semasa kelas. Oleh itu, untuk memastikan objektif pembelajaran yang ditetapkan tercapai, seorang guru itu hendaklah menjalankan satu aktiviti yang dapat memastikan perkara yang diajar dapat diperoleh oleh semua pelajar secara sama rata.

Seorang guru telah menetapkan objektif pembelajarannya sebelum mengajar disebuah kelas yang mempunyai bilangan pelajar yang terlalu ramai. Objektif pembelajaran guru tersebut adalah para pelajar dapat membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer. Untuk memastikan setiap pelajar dapat memahami topik yang diajarkan ini dan membolehkan guru mencapai objektif yang diinginkan, guru boleh melakukan kaedah pembelajaran koperatif dengan mengadakan aktiviti gallery walk. Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan. Guru bertanggungjawab untuk membahagikan kumpulan-kumpulan terbabit secara adil. Misalnya, sekiranya bilangan pelajar dikelas berkenaan adalah seramai 30 orang. Guru boleh membahagikan pelajar terbabit kepada enam kumpulan dengan lima orang ahli. Guru menyediakan enam kertas mahjong dan enam petikan lalu diagihkan kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan diminta untuk membaca petikan dan mengeluarkan maksud tersurat dan tersirat daripada petikan-petikan tersebut dan menulisnya diatas kertas mahjong yang diberi. Seterusnya, para pelajar diminta untuk menampal kertas mahjong mereka di sekeliling dinding kelas dan memilih seorang ahli sebagai pembentang bagi tugasan mereka. Baki ahli yang lain bertugas mendapatkan maklumat daripada petikan kumpulan lain. Guru bertindak sebagai fasilitator bagi para pelajar dan mengawasi pelajar supaya tidak bermain-main semasa aktiviti dijalankan. Para pelajar mengelilingi kelas untuk mendapatkan maklumat daripada kumpulan lain dan ahli yang tinggal dikehendaki menerangkan tugasan yang dilakukan oleh kumpulan masing- masing dan menjawab soalan daripada ahli kumpulan lain. Setelah tamatnya aktiviti ini para pelajar dikehendaki membincangkan maklumat yang diperoleh dalam kumpulan masing-masing dan guru boleh memberi latihan kepada setiap pelajar bagi melihat sejauh mana hasil pembelajaran mereka sepanjang aktiviti ini dijalankan. Para pelajar juga boleh mengemukakan pelbagai soalan kepada para pelajar sekiranya terdapat perkara yang tidak difahami.

Aktiviti yang dijalankan ini telah memudahkan guru dalam memantau perkembangan para pelajar dalam setiap topik yang diajarkan. Dengan cara ini objektif guru tersebut berjaya dicapai.

1. Perbezaan faktor yang mempengaruhi perbezaan kesediaan belajar seseorang murid.
Salah satu faktor yang mempengaruhi perbezaan kesediaan belajar ialah faktor perbezaan keupayaan mental. Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul dan sebagainya. Walaupun berada di peringkat umur yang sama, murid-murid disekolah mempunyai corak perkembangan mental yang berbeza. Mereka memproses rangsangan-rangsangan yang diterima dengan cara yang berlainan. Hal ini dikatakan wujud secara semulajadi. Terdapat murid yang mahir mengira tetapi sangat lemah dalam mengingat. Namun begitu, terdapat pula murid yang sangat mahir dalam mengingat tetapi lemah dalam mengira. Hal ini menyebabkan output yang dikeluarkan adalah berbeza-beza bagi setiap murid dan pencapaian akademik setiap murid juga adalah berbeza-beza dalam setiap subjek.
Hal ini menimbulkan masalah kepada segelintir guru kerana mereka menghadapi masalah melayani murid mengikut perbezaan yang wujud. Mereka susah untuk mengimbangi  kebolehan yang terdapat dalam diri mereka apabila mereka mengajar murid-murid yang mempunyai perbezaan sebegini. Oleh itu,  keupayaan mental seseorang pelajar dapat mempengaruhi kesediaan belajar seseorang murid.

Kaedah untuk anda memotivasikan murid anda yang berbeza kesediaan belajar.
Kaedah yang saya akan gunakan untuk memotivasikan murid saya yang berbeza kesediaan belajar adalah melalui kaedah penglibatan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini memerlukan murid terlibat secara aktif untuk membina pengetahuannya sendiri mengenai sesuatu topik pembelajaran yang berpandukan kepada objektif pembelajaran. Murid hendaklah mengemukakan idea-idea yang bernas dan berkait dengan sesuatu topik pembelajaran untuk meningkatkan kefahaman mereka. Pembelajaran ini lebih berpusatkan kepada murid dan saya sebagai guru hanya bertindak sebagai fasilitator dalam membimbing murid untuk membina pengetahuan mereka sendiri. Melalui kaedah ini, murid-murid dicabar untuk membina pengetahuan baharu berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada mereka yang diperoleh melalui pengalaman seharian dan pengalaman pembelajaran lepas. Murid-murid boleh mencantumkan pengalaman-pengalaman mereka dengan topik pembelajaran mereka pada hari tersebut supaya dapat memudahkan mereka memahami topik pembelajaran mereka pada hari tersebut dengan lebih mudah dan berkesan. Pada tahap ini saya dapat mengesan pelajar-pelajar yang tidak dapat menguasai topik tersebut. Kesannya, hal ini dapat membantu saya untuk mengambil langkah yang lebih drastik bagi membantu mereka. Oleh itu, kaedah ini adalah sesuai untuk memotivasikan murid saya yang berbeza kesediaan belajar.

Peranan anda dalam membantu pelajar yang diliwat oleh pelajar lain yang lebih berusia.
Sebagai Kaunselor peranan saya untuk membantu pelajar yang diliwat  oleh pelajar lain yang lebih berusia adalah pertama sekali saya akan mengambil tindakan tatatertib  terhadap pelajar yang meliwat itu. Saya akan melaporkan pelajar terbabit kepada ibu bapanya dan berbincang mengenai masalah yang dilakukan oleh anak mereka. Saya akan bekerjasama dengan  ibu bapanya untuk memberi nasihat tentang keburukan perbuatan pelajar tersebut terhadap orang lain. Dalam pada itu, untuk memastikan pelajar terbabit benar-benar menyesali perbuatannya, saya sendiri yang akan turun tangan untuk sentiasa memantau pergerakan pelajar terbabit agar tidak mendekati mangsa dan para pelajar lain dan sentiasa mengingatkannya untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Bagi membantu pelajar yang diliwat terbabit dalam menangani masalah ini, saya akan memastikan sesi kaunseling bersama pelajar terbabit sentiasa diadakan pada setiap minggu untuk mengatasi trauma yang mungkin dihadapi oleh pelajar terbabit akibat diliwat. Saya akan memberikan dorongan supaya pelajar berkenaan tidak berasa patah semangat ataupun hidup dalam ketakutan akibat kejadian yang menimpa dirinya. Saya akan sentiasa berhubung dengan ibu bapa pelajar terbabit untuk memantau keadaan mental dan fizikal pelajar berkenaan supaya pelajar terbabit tidak melakukan hal yang tidak diingini. Dalam hal ini, saya akan memastikan kebajikan pelajar berkenaan sentiasa terjaga dan menjaga rahsia pelajar terbabit untuk mengelakkannya daripada mendapat malu.

Berikut merupakan peranan yang boleh dimainkan oleh guru untuk menangani perkara sebegini:
Peranan
1. Memastikan sesi

kaunseling diteruskan

sekurang-kurangnya

sekali seminggu.
2.Sentiasa berhubung

mendapatkan maklum

balas daripada ibu

bapa, penjaga dan guru

tingkatan.
3. Memastikan kebajikan

klien dijaga dan

kerahsiaan klien terpelihara.
4. Melaporkan kes kepada pihak polis untuk diambil tindakan lanjut.

Harapan terhadap diri sendiri sebagai seorang pendidik dan harapan terhadap sistem pendidikan negara.