MAGIKA (2010) by NUR AMIRAH SYAHIRAH BINTI MAD ALI _

MAGIKA (2010)

CABANG FALSAFAH

PLOT FILEM

KAITAN FILEM DENGAN CABANG FALSAFAH

JUSTIFIKASI FILEM TERHADAP ISU SEMASA

PERSOALAN DAN PENYELESAIAN KHUSUS

PLOT MAGIKA

PERMULAAN
- Kisah dua orang adik beradik iaitu Malik dan Ayu yang menjalani kehidupan yang kurang bahagia selepas kematian ibu mereka.

- Malik menyalahkan dirinya atas kematian ibunnya yang mendermakan buah pinggang kepadanya untuk menyelamatkan dirinya.

PERKEMBANGAN
- Malik memberontak dan bertengkar dengan kakaknya , Ayu lalu bertindak untuk melarikan diri ke dalam hutan.

- Malik terdengar satu suara daripada perigi lama lalu terjatuh kedalam perigi tersebut.

- Ketika Malik tersedar , dia berada didalam sungai dan terus bangun untuk keluar dari sungai tersebut. Setelah itu , baru dia menyedari bahawa dia telah berada di alam lain.

- Ayu yang ketika itu mendengar jeritan Malik , terus mencari adiknya namun perkara yang sama terjadi dimana Ayu cuba menyelamatkan adiknya di dalam perigi tersebut lalu terjatuh masuk ke alam lain.

KONFLIKS
- Di alam Magika, Malik telah diculik oleh seorang Nenek Kebayan dan pengikut setianya iaitu Awang Kenit.

- Malik dijadikan sebagai bahan eksperimen Nenek Kebayan untuk menghasilkan satu ubat atau porsyen mujarab yang dapat mengembalikan wajah awet muda selamanya dengan mengumpul air mata Malik.

- Ketika Ayu masih berusaha mencari Malik di alam Magika , dia telah bertemu dengan Badang iaitu salah seorang penghuni Magika lalu Ayu meminta pertolongan Badang dalam misi mencari adiknya.

- Di dalam alam Magika , Ayu telah bertemu dengan pelbagai watak - watak dalam kisah dongeng Melayu. Antaranya ialah , Badang , Naga Tasik Chini , Nenek Kebayan , Puteri Bunian, Pak Pandir , Mak Andih , Hang Tuah , Puteri Gunung Ledang , Bawang Merah , Bawang Putih , Mahsuri dan ramai lagi.

KLIMAKS
- Di Pasar Rimba , Ayu telah mendapat maklumat mengenai keberadaan adiknya iaitu di rumah Nenek Kebayan yang terletak di Bukit Merah.

- Di rumah Nenek Kebayan , Ayu telah menemukan adiknya. Namun , ketika mereka ingin melarikan diri , mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran dimana Badang terpaksa berlawan dengan Nenek Kebayan manakala Ayu dan Malik terpaksa berlawan dengan Awang Kenit.

- Ayu dan Malik berjaya mengalahkan Awang Kenit lalu melarikan diri ke hutan dimana Ayu dan Badang telah berjanji untuk bertemu semula. Ketika mereka melarikan diri ke hutan , mereka telah diserang oleh sekumpulan monyet namun Badang tiba tepat pada masanya lalu menyelamatkan mereka buat kali kedua.

PELERAIAN
- Setelah berjaya melarikan diri dari rumah Nenek Kebayan , Badang mengajak Ayu dan Malik untuk berehar di pondok miliknya memandangkan hari telah menganjak malam.

- Keesokan harinya , mereka berangkat menuju ke Tasik Chini dimana pintu untuk pulang ke alam manusia terletak di dalam gua Batu Belah Batu Bertangkup.

- Ketika mereka cuba menyeberang sebuah jambatan yang menghubungkan alam Magika dan alam manusia , mereka dihalang oleh seorang pakcik tua yang merupakan penjaga tasik tersebut

- Disebabkan mereka tetap ingin melintas jambatan tersebut , mereka terpaksa berlawan dengan penjaga Tasik Chini tersebut yang bertukar menjadi seekor naga yang besar dan ganas.

- Kemunculan semula Nenek Kebayan dan Awang Kenit menjadikan perlawanan tersebut semakin rumit. Badang berjaya mengalahkan Nenek Kebayan lagi sekali atas bantuan Awang Kenit yang telah terhutang budi dengannya. Manakala , Ayu dan Malik berjaya merentas jambatan tersebut dan berjaya kembali ke alam manusia semula.

- Di alam manusia , Ayu dan Malik dijumpai oleh pihak polis dan anjing buruan polis serta ayah mereka.

Etika kasih sayang
Seperti yang diceritakan di fasa permulaan filem Magika, Malik tersesat dalam dunia “Magika” sebaik sahaja dia terjatuh ke dalam sebuah perigi usang di dalam hutan di belakang kawasan tempat tinggalnya. Sebagai seorang kakak yang sayang akan adiknya, Ayu nekad untuk masuk ke dalam perigi itu untuk mencari adiknya, walaupun dia tahu tindakan itu sangat berbahaya. Ayu rela membahayakan diri sendiri demi menyelamatkan adiknya. Selain itu, sifat kasih-sayang juga dapat dilihat melalui watak ayah Ayu dan Malik yang risau akan kehilangan dua orang anak kesayangannya. Pengolahan cerita filem ini banyak menunjukkan nilai kasih-sayang yang murni melalui watak-watak di dalamnya.

Estetika infrastruktur
Magika juga mempunyai estetika infrastruktur yang mencerminkan seni bina tradisional Malaysia. Hampir semua lokasi penggambaran filem ini menggunakan seting rumah-rumah di perkampungan pada zaman lalu. Rumah-rumah tradisional Melayu yang kebiasaannya menggunakan dinding kayu juga tersergam indah melalui filem ini. Selain itu, jambatan yang digambarkan untuk melintasi Tasik Chini juga turut memaparkan seni bina yang unik dan klasik. Elemen-elemen ini sememangnya memberi tumpuan yang jitu pada keindahan seni bina tradisional Malaysia.

Estetika pakaian
Busana-busana yang diperagakan oleh semua watak dalam filem Magika penuh dengan kesenian dan keunikannya yang tersendiri. Kostum dan tatarias watak-watak filem Magika yang unik dan berwarna-warni membantu menggambarkan karakter dan budaya dalam filem ini. Sebagai contoh, pakaian tradisional perempuan Melayu atau lebih dikenali sebagai baju kebaya, yang dipakai oleh watak Nenek Kebayan, Bawang Putih dan Bawang Merah menunjukkan identiti budaya bagi kaum Melayu. Baju kebaya yang dipadankan dengan kain batik dan selendang mencerminkan keindahan dan tradisi seni Melayu.

CABANG FALSAFAH

Falsafah Aksiologi
Aksiologi ialah ilmu falsafah yang merangkumi ilmu etika dan estetika. Aksiologi berasal daripada perkataan Yunani iaitu axios (nilai) dan logos (teori). Ia adalah antara cabang falsafah yang mempersoalkan tentang benar atau salah dan baik atau buruk sesuatu perkara.

Etika ialah perkara yang baik atau buruk. Etika berasal daripada perkataan Greek “ethos” dan “etha” kebiasaan yang membawa maksud sifat (attitude) atau sikap dan adab yang menentukan tingkah laku seseorang itu. Selain itu, etika juga boleh diklasifikasikan sebagai ilmu yang biasa dilakukan. Di samping itu, etika juga lebih berfokus kepada perilaku, norma-norma dan adat istiadat seseorang manusia itu.

Estetika dalam Falsafah Aksiologi ialah cabang falsafah yang mengkaji tentang apa yang dianggap indah dan bagaimana kita merasakannya. Dalam konteks aksiologi, estetika berfokus pada nilai-nilai estetik yang mempengaruhi pandangan kita tentang seni, keindahan alam, dan pengalaman estetik yang lain. Selain itu, nilai estetika membawa maksud bagaimana nilai estetis mempengaruhi seni dan kreativiti manusia, dan hubungan antara nilai estetika dan tindakan manusia seharian.

Aksiologi Dari Sudut Pandangan Barat
Dari sudut pandangan Barat, terdapat beberapa pemikiran dan pendekatan dalam aksiologi. Berikut adalah beberapa pandangan terkenal dalam aksiologi dari perspektif Barat. Antaranya ialah Utilitarianisme, utilitarianisme ialah teori etika yang pertama kali diperkenalkan oleh Jeremy Bentham dan kemudiannya dikembangkan oleh John Stuart Mill. Menurut teori ini, tindakan yang baik adalah tindakan yang akan  memberikan kebahagiaan terhadap orang lain. Konsep utama dalam utilitarianisme ialah (the principle of utility).

Selain itu, Etika Aristotelian. Aristotle ialah seorang ahli falsafah kuno yang mempunyai pandangan etika yang memfokuskan kepada watak dan tabiat yang baik (virtue ethics). Menurut Aristotle, perbuatan yang baik adalah perbuatan yang sesuai dengan budi pekerti dan keperibadian seseorang yang baik. Oleh itu, menurut pandangan barat jelas mencerminkan kepelbagaian pemikiran dalam aksiologi. Setiap pendekatan mempunyai hujah dan prinsip tersendiri untuk memahami nilai, etika, dan moral

Aksiologi Menurut Perspektif Islam
Aksiologi dalam perspektif islam ialah cabang falsafah yang mengkaji nilai, etika dan akhlak dalam ajaran islam. Hal ini termasuklah fahaman tentang apa yang dianggap baik dan benar pada pandangan agama islam. Terdapat beberapa konsep utama dalam aksiologi islam. Antaranya ialah Taqwa, Taqwa adalah salah satu konsep utama dalam aksiologi islam. Hal ini dikatakan demikian kerana ia merujuk kepada kesedaran dan ketaatan kepada Allah swt, serta usaha untuk menjalani kehidupan mengikut ajaran agama. Seterusnya ialah Akhlak, Akhlak merujuk kepada etika atau akhlak yang baik dalam islam. Akhlak yang baik amat dititikberatkan dalam aksiologi islam. Orang yang berakhlak mulia dianggap baik dan dikasihi oleh Allah swt.

MAGIKA : THE MOVIE

Persoalan 1: Apakah usaha yang dapat dilakukan dalam memupuk kasih sayang dalam kalangan masyarakat?
Kerajaan - Dalam memupuk sifat kasih sayang dalam kalangan masyarakat, kerajaan perlulah mengambil inisiatif untuk memperbanyak aktiviti komunikasi dan pendedahan bersama rakyat tanpa mengambil kira tentang status dan harta. Dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh kerajaan, kita semua akan berasa disayangi dan ianya akan dapat memupuk kasih sayang yang kukuh antara satu sama lain.

Masyarakat - Masyarakat juga perlu memainkan peranan untuk bersikap aktif dalam menyertai aktiviti-aktiviti kerakyatan yang dianjurkan. Seperti yang kita tahu, aktiviti kerakyatan melibatkan banyak pihak. Melalui aktiviti-aktiviti kerakyatan ini, masyarakat dapat mengeratkan silaturahim antara sesama mereka.

Individu - Seseorang individu itu perlu bijak mengambil langkah untuk bergaul dengan orang sekeliling. Jika seseorang individu itu berperilaku ramah dan mesra, orang sekeliling akan berasa senang untuk berkomunikasi dengannya. Pergaulan ini secara tidak langsung akan dapat menimbulkan rasa kasih sayang antara satu sama lain.

Persoalan 2: Apakah langkah-langkah yang dapat dilakukan dalam mengukuhkan semangat tolong-menolong dalam masyarakat Malaysia?
Kerajaan - Salah satu langkah yang dapat dilakukan dalam mengukuhkan semangat tolong-menolong dalam masyarakat adalah dengan menggalakkan kerjasama antara agensi. Kerajaan perlu bijak dalam merangka perancangan atau program-program sosial yang dapat melibatkan semua pihak termasuk pihak kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) kerana hal ini sekaligus dapat memampankan semangat kerjasama antara mereka yang terlibat.

Masyarakat - Selain itu, masyarakat juga perlu merajinkan diri untuk menyertai aktiviti-aktiviti sosial seperti program sukarelawan dan gotong-royong yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat. Hal ini dapat meningkatkan rasa tanggungjawab dan semangat tolong-menolong dalam diri pihak yang terlibat, sekaligus dapat membina ikatan sosial yang kuat dalam kalangan masyarakat.

Individu - Salah satu cara yang dapat dilakukan oleh seseorang individu dalam mengukuhkan semangat tolong-menolong adalah dengan mengamalkan sifat empati dalam diri sendiri. Dengan adanya sifat empati ini, seseorang individu itu akan dapat meningkatkan kesediaan untuk membantu orang lain yang dalam kesusahan.

Persoalan 3: Bagaimanakah cara untuk memastikan keaslian dan estetika infrastruktur tradisional tidak tenggelam ditelan arus kemodenan?
Kerajaan - Dalam memastikan keaslian dan estetika infrastruktur tradisional tidak tenggelam ditelan arus kemodenan, kerajaan hendaklah memainkan peranan dalam melindungi tapak-tapak bersejarah dengan menetapkan dasar dan undang-undang yang tidak membolehkan tempat itu dibongkar dan diubahsuai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Masyarakat - Selain itu, masyarakat juga perlu bertindak dalam menjaga keaslian estetika infrastruktur negara kita dengan melibatkan diri dalam program pemeliharaan dan pemuliharaan tapak-tapak bersejarah. Melalui penglibatan ini, masyarakat akan dapat lebih memahami tentang peri pentingnya untuk kita menjaga keestetikan infrastruktur negara yang mempunyai nilai dan identiti yang tersendiri.

Individu - Seseorang individu juga memberikan sumbangan terhadap pemeliharaan estetika infrastruktur negara kita dengan mengamalkan sikap tidak taksub dengan tren kemodenan yang pesat berkembang pada masa kini.

Persoalan 4: Apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan dalam memartabatkan pemakaian pakaian tradisional dalam generasi kini?
Kerajaan - Bagi memartabatkan pemakaian pakaian tradisional dalam generasi kini, kerajaan boleh mengambil inisiatif untuk menganjurkan program-program kebudayaan yang menitikberatkan nilai-nilai budaya dan sejarah, serta menonjolkan keindahan dan keunikan pakaian tradisional.

Masyarakat - Dalam era yang serba moden ini, masyarakat boleh memanfaatkan media sosial untuk mempamerkan kepelbagaian dan keindahan pakaian tradisional. Hal ini akan dapat membantu dalam mempromosi pakaian tradisional dan sekaligus menarik minat generasi kini untuk memakai pakaian tradisional.

Individu -  Salah satu usaha yang dapat dilakukan oleh seorang individu dalam memartabatkan pemakaian pakaian tradisional ialah menggunakan pakaian tradisional dalam kehidupan seharian. Dengan ini, ia akan dapat menimbulkan rasa keterbiasaan dalam diri untuk sentiasa memakai pakaian tradisional dalam konteks harian.

KAITAN FILEM DENGAN CABANG FALSAFAH

Etika tolong-menolong
Hubungan platonik antara Ayu dan Bad memberi gambaran utama yang mengajar kita tentang persahabatan dan kesetiaan. Walaupun mereka dalam kesusahan, mereka saling melindungi dan membantu antara satu sama lain. Sebagai contoh, Bad membantu Ayu dan Malik dengan menumpangkan mereka di rumahnya sebelum mereka memulakan perjalanan ke Tasik Chini pada keesokan harinya. Dalam filem ini juga, kita dapat lihat bahawa walaupun watak-watak ini datang dari pelbagai latar belakang, mereka tetap bekerjasama dalam mengharungi cabaran. Dengan menjadikan watak-watak ini sebagai contoh, kita dapat simpulkan bahawa adalah tidak mustahil untuk kita semua bersatu hati walaupun datang dari latar belakang yang berbeza.

PERSOALAN DAN PENYELESAIAN KHUSUS

JUSTIFIKASI FILEM TERHADAP ISU SEMASA

ETIKA KASIH SAYANG
Kasih sayang merupakan salah satu etika yang mana termasuk dalam kalangan nilai murni yang patut ada dalam diri setiap insan. Telah terbit di dalam berita yang melaporkan berkaitan kasih seorang kakak yang merupakan seorang OKU dalam menjaga adiknya yang menghidap barah usus dan sudah pun berada di  tahap 4. Beliau menjaga adiknya siang dan malam biarpun si kakak susah untuk susah untuk berkomunikasi dan seringkali juga menggunakan bahasa isyarat oleh kerana dek kerana mempunyai masalah pendegaran serta pertuturan. Kakak yang  bernama Siti Zaleha tersebut menjaganya dengan dengan penuh kasih sayang dan sanggup  memandikan, dan menyuap makan adiknya apabila diperlukan. Dari sini dapat dilihat bahawa kasih sayang dapat menjadi asbab seseorang itu menjaga dengan baik orang yang disayangi tanpa memikirkan beban yang ditanggung.

ETIKA TOLONG MENOLONG
Perbuatan tolong-menolong  adalah sikap yang terpuji serta dapat memudahkan orang yang di bantu melalui pelbagai cara. Di Kemaman,Terengganu terdapat satu kes di mana seorang kanak-kanak  hampir lemas ketika mandi di Pantai Penunjuk Kijal. Pada awalnya tiada yang berani menolongnya kerana ombak yang kuat. Akhirnya, kanak kanak itu Berjaya diselamatkan oleh seorang remaja yang bergegas ke tempat kejadian setelah mendengar ada jeritan meminta tolong.  Remaja yang juga sempat berasa takut nekad membantunya dan setelah melihat tiada yang menyelamatkannya. Dengan ini, satu nyawa berjaya diselamatkan kerana ada yang sanggup menolong walaupun dalam keadaan bahaya.

ESTETIKA INFRASTRUKTUR
Infrastruktur pada masa kini lebih moden dengan seni bina yang berlainan bersesuaian dengan era moden. pada masa kini telah bangunan-bangunan pencakar langit telah banyak dibina. Di Malaysia juga terdapat bangunan sebegitu seperti Menara Berkembar Petronas dan Menara 118  . Selain itu juga, kerja-kerja pembinaan dan pembangunan kini banyak menggunakan besi dan konkrit. Meskipun begitu, unsur tradisional masih lagi diterapkan dari segi pembinaan. Masih ada rumah-rumah yang dibina daripada kayu akan tetapi kebanyakannya di kawasan kampung berbeza dengan bandar yang kebanyakan rumahnya dibina daripada besi serta konkrit.

ESTETIKA PAKAIAN
Pakaian merupakan salah satu bidang estetika yang boleh di justifikasi sama ada dari segi corak atau gaya serta makna disebalik pemakaiannya. Estetika pemakaian yang ingin di ketengahkan adalah pemakaian batik di Malaysia bagi penjawat awam. Kerajaan telah mewajibkan pemakaian batik kepada penjawat awam pada setiap hari Khamis. Ini adalah untuk menyemarakkan pemakaian batik yang merupakan warisan serta lambang identiti rakyat Malaysia.