PPSJ1132 KPS by AIDARWINI BINTI AHMAD KPM-Guru

Kerana generasi muda kurang berminat dengan Sejarah dan lebih terdedah fan cenderung dengan pengaruh luar. Generasi muda lebih mengikuti trend media sosial dan cerita yang moden berbanding menelusuri sejarah lama. Selain itu, kurangnya barang barang dan pemceritaan sejarah lama dalam generasi kini.

Pembelajaran sejarah sering disampaikan secara hafalan fakta, bukan secara naratif atau berbentuk analisis dan refleksi.
Kurangnya pendedahan kepada teknik penceritaan sejarah menjadikan pelajar susah untuk membayangkan suasana atau pengalaman sejarah.

Generasi kini lebih sukar untuk berimaginasi tentang peristiwa sejarah berbanding generasi dahulu kerana mereka kurang pengalaman dalam mengalami peristiwa sejarah pada zaman dahulu. Sesetengah dari mereka juga mungkin kurang pendedahan terhadap peristiwa sejarah. Antara faktor lain termasuklah KPS iaitu generasi sekarang kurang berminat dalam memikirkan hubungan sebab-akibat sesuatu peristiwa itu berlaku kerana menganggap ia sebagai fakta semata-mata.

kerana generasi muda sekarang kurang minat tentang sejarah dan peristiwa yang berlaku dahulu serta mereka tidak mempunyai pengalaman berada pada zaman itu yang menyebabkan mereka susah untuk berimaginasi dan kurang minat untuk tahu bagaimana peristiwa sejarah dahulu berlaku manakala berbeza bagi datuk dan nenek mereka yang lebih berpengalaman dan ada yang pernah melalui peristiwa-peristiwa tersebut yang menyebabkan mereka lebih minat tentang sejarah-sejarah dahulu.

Pada pandangan saya,
Generasi masa kini tidak mengambil cakna mengenai masa lalu. Hal ini kerana mereka tidak gemar untuk melibatkan diri dengan menonton filem sejarah atau membaca buku-buku lama. Generasi masa kini juga jarang melawat tempat tempat bersejarah. Hal ini menjelaskan kenapa generasi masa kini tidak dapat mengaplikasikan pemikiran sejarah (berimaginasi) dalam kehidupan seharian.

Generasi muda hari ini lebih sukar untuk berimaginasi tentang fakta sejarah kerana kurangnya penerapan kemahiran pemikiran sejarah seperti empati, imaginasi, dan perspektif sejarah. Kebanyakan pelajar hanya menghafal fakta tanpa memahami latar belakang dan maksud peristiwa. Pengajaran sekarang juga terlalu berpusatkan buku teks dan kurang aktiviti kreatif. Ini menyukarkan mereka untuk membayangkan situasi atau sejarah masa lalu justeru kurang peluang untuk mengembangkan imaginasi sejarah. Generasi terdahulu pula lebih terdedah kepada cerita lisan dan pengalaman langsung, jadi mereka mampu untuk berimaginasi dengan lebih baik.

Pengaruh Teknologi dan Budaya yang Cepat
Generasi kini terdedah kepada aplikasi (TikTok, Reels, memes) yang menekankan visual, hiburan dan ringkasan yang tidak menekankan pembelajaran sejarah. Disebabkan itu, mereka kurang dilatih atau didedahkan dengan peristiwa-peristiwa sejarah seperti kisah perjuangan tokoh atau rentetan penjajahan. Kesannya, mereka cepat bosan dengan teks sejarah atau tidak mampu menyelami suasana sesuatu zaman.

Generasi kini lebih sukar membayangkan peristiwa sejarah berbanding generasi terdahulu kerana mereka kurang menguasai Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS).Generasi kini hidup dalam dunia serba laju dan penuh dengan visual. Semuanya cepat dan mudah . apabila berdepan dengan sejarah yang memerlukan pembacaan, pemahaman dan imaginasi, ramai menjadi cepat bosan. Tambahan pula, dalam kelas sejarah, pelajar lebih banyak diminta hafal tarikh dan nama, bukan berfikir atau bayangkan apa yang sebenarnya berlaku.Kesimpulanya,sebab  utama kenapa generasi kini susah nak berimaginasi tentang  sejarah dalam minda ialah kerana kurangnya kemahiran pemikiran sejarah yang bantu hidupkan semula cerita lama itu dalam hati dan fikiran.

athirah
Hal ini berkait dengan emosi dan kemahiran berfikir generasi sekarang yang lebih kepada adaptasi kemudahan kehidupan berbanding kehidupan di zaman penjajahan. Jadi, generasi ini susah membayangkan emosi dan cara hidup masyarakat terdahulu disebabkan keselesaan yang dihadapi sekarang.

Kurangnya pengalaman yang realistik berkaitan peristiwa sejarah
Generasi muda hari ini sukar  untuk membayangkan peristiwa sejarah kerana mereka tidak pernah mengalami suasana seperti zaman penjajahan atau perjuangan kemerdekaan. Tambahan pula, hal ini sangat berbeza dengan generasi terdahulu yang hidup pada zaman tersebut atau dapat mendengar pengalaman secara langsung daripada ahli keluarga mereka. Impaknya, generasi sekarang yang hidup dalam keadaan yang terlalu selesa menjadikan mereka untuk sukar menghayati atau membayangkan kesusahan dan pengorbanan masa lalu.

Hal ini kerana pelajar tidak nampak kaitan sejarah dengan kehidupan mereka pada masa kini , jadi mereka kurang motivasi untuk memahami atau membayangkan peristiwa sejarah . Di samping itu , mereka juga tidak tahu bagaimana merasai penderitaan dan semangat juang dalam sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku dahulu.

Generasi muda hari ini didapati kurang menguasai kemahiran pemikiran sejarah. Mereka cenderung melihat sejarah sebagai himpunan fakta dan tarikh yang perlu dihafal untuk peperiksaan, bukan sebagai satu disiplin ilmu yang melatih pemikiran kritikal dan reflektif. Kelemahan ini menyebabkan mereka tidak mampu menilai sesuatu peristiwa sejarah daripada pelbagai sudut, tidak memahami sebab dan akibat peristiwa serta gagal membayangkan kehidupan masyarakat silam.

Kesan teknologi Dan Visual Segera
Generasi kini hidup dalam dunia yang sangat bergantung kepada teknologi digital. Mereka terdedah kepada makluman pantas dan bersifat visual seperti video , animasi dan media sosial. Ini telah mengurangkan keperluan untuk berimaginasi sendiri kerana segalanya tersedia dengan mudah dan segera yang menyebabkan mereka mengalami proses imaginasi yang perlahan seperti membaca dokumen lama

Pada pandangan saya, generasi kini menghadapi kesukaran untuk membayangkan peristiwa sejarah kerana mereka hidup dalam dunia yang serba pantas dan dipenuhi dengan kemajuan teknologi. Mereka telah terbiasa melihat segala maklumat dalam bentuk visual seperti video, gambar dan animasi. Oleh itu, apabila diminta untuk membayangkan sesuatu yang tidak disertakan dengan visual secara langsung seperti peristiwa lampau, mereka menjadi keliru dan sukar untuk menghayatinya.

MENURUT SAYA PERIBADI
Mereka, generasi muda sekarang, tidak mahu berimaginasi kerana pemikiran (mindset) mereka telah dipengaruhi oleh pelbagai faktor, salah satunya ialah hiburan yang berlebihan. Selain itu, kekurangan orang yang mahir dalam menyampaikan dan membuat imaginasi tentang masa lalu menyebabkan mereka sukar menyelusuri peristiwa-peristiwa penting pada zaman dahulu. Di samping itu, kurangnya penyertaan mereka dalam program-program dan acara-acara yang melibatkan sejarah juga menyebabkan mereka tidak tahu apa-apa dan ketinggalan dari segi pemikiran sejarah. Seterusnya, kurangnya kemahiran pemikiran sejarah membuatkan mereka kesukaran untuk berimaginasi.

Generasi kini kurang terdedah kepada pengalaman sejarah secara langsung. Mereka jarang dengar cerita dari datuk nenek, tak selalu lawat tempat bersejarah, dan tak biasa tengok benda benda lama seperti surat, gambar, atau barang peninggalan sejarah. Apabila tiada pengalaman seperti itu, mereka rasa sejarah tu jauh dan tiada kaitan dengan diri mereka sendiri. Oleh kerana itu susah untuk mereka bayangkan apa yang berlaku pada masa lalu.

Kerana terlalu memfokuskan sistem pendidikan sehingga murid hanya membuat hafalan dan mengikut skema jawapan. Ini akan membantutkan proses pemikiran dan imaginasi seseorang murid tentang sejarah. Ini akan memberi kesan untuk membayangkan situasi dan menyebabkan murid kurang kreatif

faktor utama yang menjadikan generasi muda kurang berminat dengan sejarah itu adalah tidak berada dalam sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku . Sebagai contoh , generasi yang ada ketika perang dunia kedua akan lebih menghayati tentang peristiwa tersebut berbanding generasi kini .

Selain itu , faktor yang lain adalah kurangnya pendedahan tentang sejarah kepada generasi muda . Contohnya , generasi muda sekarang lebih gemar untuk menonton filem filem dan membaca buku atau maklumat yang tidak berkaitan dengan sejarah . Hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi minatnya generasi muda sekarang terhadap sejarah .

Sejarah
Ya, antara sebab generasi muda kurang imaginasi tentang peristiwa sejarah ialah kerana lemahnya penguasaan terhadap kemahiran pemikiran sejarah. Generasi muda pada masa kini kurang memahami sejarah kerana mereka hanya menghafal fakta tanpa mendalami maksud sebenar di sebalik peristiwa sejarah. Mereka tidak diajar untuk berfikir secara kritis atau menilai sebab dan akibat sesuatu peristiwa. Selain itu, pelajar juga lebih banyak menghabiskan masa dengan media sosial berbanding membaca atau mengkaji sejarah, menyebabkan mereka kurang minat untuk memahami latar belakang negara dan tokoh-tokoh penting dalam sejarah. Tambahan pula, media sosial yang mereka akses lebih banyak memaparkan kandungan hiburan berbanding maklumat sejarah, sekali gus membataskan imaginasi dan pemahaman mereka terhadap peristiwa masa lalu.

AKMAL
Generasi muda pada masa kini lebih terpengaruh terhadap budaya barat sehingga beranggapan sejarah merupakan perkara yang tidak penting.Selain itu,pengaruh teknologi dan gaya hidup digital generasi kini. Mereka lebih tertarik kepada kandungan visual yang pantas dan bersifat hiburan, berbanding teks naratif sejarah yang memerlukan pembacaan dan pemahaman mendalam. Gaya hidup yang pantas ini menjadikan mereka kurang sabar untuk memahami sesuatu secara mendalam, termasuk sejarah.

Akhir sekali, generasi kini juga kekurangan hubungan emosi dengan masa lalu kerana tidak dibimbing untuk memahami perasaan, pemikiran, dan cabaran yang dihadapi oleh individu atau masyarakat dalam sejarah. Tanpa empati sejarah, mereka sukar untuk menghayati makna sebenar peristiwa sejarah yang berlaku.

Kesimpulannya, generasi kini kurang menghayati sejarah bukan disebabkan kekurangan keupayaan, tetapi kerana pendekatan pembelajaran yang tidak berjaya menyentuh emosi, pemikiran, dan imaginasi mereka. Oleh itu, pendekatan pengajaran yang lebih interaktif, kontekstual, dan menyentuh nilai kemanusiaan amat diperlukan agar generasi muda dapat menghayati sejarah dengan lebih mendalam dan bermakna.

Generasi kini lebih sukar berimaginasi tentang peristiwa sejarah berbanding generasi terdahulu adalah kerana mereka terlalu bergantung kepada teknologi seperti video dan gambar, serta kurang membaca bahan sejarah secara meluas. Hal ini kerana mereka lebih suka maklumat pantas dan ringkas, menjadikan imaginasi dan kefahaman sebenar tentang sejarah tidak berkembang.