Joanne & Wafiey by joanne costanza

Sebab-sebab berlakunya kemalangan jalan raya (PENDAHULUAN)
Kemalangan jalan raya bukan lagi suatu perkara yang asing di Malaysia . Kebelakangan ini kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat , buktinya kajian menunjukkan bahawa 65.5 peratus kes kemalangan jalan berlaku dari tahun 2000 hingga 2010 . Melalui kajian ini, pemandu haruslah membuka mata kerana ini merupakan satu angka jumlah yang besar bagi kes kemalangan jalan raya  bagai cendawan tumbuh selepas hujan . Isu kemalangan jalan raya ini juga telah menjadi buah mulut masyarakat dan juga mendapat perhatian daripada pihak media . Namun sesetengah pemandu masih memandang remeh tentang perkara ini . Persoalannya , apakah punca atau sebab berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita ini?

ISI 1
Antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu sendiri yang mementingan diri sendiri .Biasanya,pemandu lebih suka memandu dengan laju agar cepat tiba di destinasi tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya yang lain . Pemandu juga tidak suka berhenti di lampu isyarat kerana menganggap akan memperlambat pergerakan mereka. Oleh itu , mereka akan menambah had laju kenderaan mereka sebelum lampu isyarat merah menyala . Kebanyakkan kemalangan jalan raya berlaku di lampu isyarat terutamanya penunggang motorsikal. Namun mereka lupa akan ungkapan “biar lambat asalkan selamat” . Kesannya, ramai insan telah kehilangan nyawa orang yang mereka cintai .Oleh itu,pemandu yang bersifat mementingkan diri sedemikian tidak sesuai untuk memandu di jalan raya.

ISI 2
Selain itu,penggunaan telefon bimbit semasa memandu juga adalah salah satu punca utama kemalangan jalan raya . Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 90 peratus pemandu menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Perbuatan ini amat berbahaya kerana pemandu yang tidak bertanggungjawab sedemikian hanyalah mengundang padah dan mereka  berkemungkinan tinggi akan diganggu oleh telefon bimbit . Sikap mereka ini akan menimbulkan kecuaian  dan kecuaian mereka ini boleh membuatkan mereka lupa akan ungkapan “hidup cuma sekali” . Akibatnya,kemalangan akan berlaku. Kerajaan telah menetapkan bahawa bermain telefon semasa memandu adalah salah di sisi undang-undang jalan raya .Lantaran itu,pemandu perlu menahan diri daripada menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

ISI 3
Di samping itu,punca kemalangan jalan raya yang seterusnya ialah pemandu yang mabuk atau letih.Sesetengah orang yang menghadiri parti atau majlis keraian akan meminum bahan terlarang ini bersama rakan atau saudara mara mereka.Apabila balik,mereka akan memandu kenderaan mereka dalam keadaan khayal . Keadaan inilah yang mengundang kemalangan jalan raya dan seterusnya meragut nyawa pemandu tersebut.Misalnya,berita terkini memaparkan kemalangan jalan raya yang berpunca daripada pemandu jalan raya.Selain itu,pemandu yang letih atau tidak cukup tidur juga akan menjadi mangsa kemalangan jalan raya.Hal ini demikian,mereka akan mudah tertidur ketika memandu dan akan melanggar apa-apa sahaja di depan. Hal ini boleh dielakkan dengan berhenti memandu seketika untuk melelapkan mata . Hal ini demikian boleh merehatkan otak yang penat agar pemandu boleh meneruskan perjalanan mereka dalam keadaan yang segar . Oleh yang demikian,jelaslah bahawa pemandu yang mabuk dan letih tidak wajar memandu dalam keadaan yang demikian .

Penutup
Berdasarkan sebab-sebab berlakunya kemalangan jalan raya, ternyata bahawa kecelakaan ini banyak puncanya terutama sekali diri kita sendiri. Pemandu mestilah memandu dalam keadaan yang tenang dan tidak tergopoh-gopoh untuk memandu walaupun sudah lewat untuk sampai ke sesuatu tempat seperti ungkapan 'biar lambat asal selamat'. Semua pihak perlulah bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini sebelum ia menjadi duri dalam daging kepada sesebuah negara

Kebaikan buah-buahan tempatan (Pendahuluan)
Buah-buahan tempatan adalah buah-buahan yang berasal daripada negara kita sendiri . Di Malaysia terdapat banyak buah-buahan tempatan seperti Durian , rambutan dan banyak lagi. Buah-buahan ini juga mengandungi zat dan khasiat yang baik kepada kesihatan tubuh badan kita . Dengan ini, rakyat malaysia sangat digalakkan untuk memakan buah buahan ini . Persoalannya apakah kebaikan buah-buahan ini?

Isi 1
Kebaikan pertama yang terdapat pada buah-buahan tempatan adalah buah-buahan ini mudah didapati terutama sekali pada musim buah . Hal ini kerana kita juga dapat menanam buah-buahan tempatan seperti betik, pisang dan mangga di kawasan tanah pamah perumahan kita . Kesannya , ini akan memudahkan kita untuk mendapatkan buah-buahan ini tanpa perlu pergi ke kedai atau pasar untuk membelinya . Bukan itu sahaja , kita juga boleh menjalankan aktiviti perniagaan dengan menjual lebihan buah-buahan tersebut kerana membazir amalan syaitan . Dengan ini , kita dapat menghasilkan duit untuk kegunaan diri sendiri . Justeru, Malaysia turut mengadakan pesta buah-buahan secara besar-besaran pada setiap tahun untuk meraikan musim buah .

Isi 2
Tambahan pula, harga buah-buahan tempatan lebih rendah berbanding dengan buah-buahan yang diimport. Aspek ini telah menarik perhatian rakyat yang berpendapatan sederhana untuk memilih buah-buahan tempatan. Pada masa yang sama, buah-buahan tempatan boleh didapati di mana-mana sahaja dan segar dimakan. Tidak seperti buahan yang diimport yang telah didedahkan dengan bahan kimia agar  keadaan fizikal buah-buahan ini tetap segar dan tahan lama . Kesannya , kesihatan kita akan terjejas jika kita kerap memakan buah-buahan yang telah didedahkan dengan bahan kimia ini.

Isi 3
Rakyat Malaysia amatlah digalakkan untuk  mengambil buah-buahan tempatan kerana buah-buahan tempatan masih segar. Oleh itu, buah-buahan ini tentu lebih berkhasiat kerana kandungan berbagai-bagai jenis zat dan vitaminnya masih terpelihara dan ini tentunya lebih baik untuk kesihatan kita. Sudah tentu kita inginkan kesihatan yang berpanjang . Buah-buah tempatan membawa pelbagai kebaikan kepada diri kita .

Penutup
Konklusinya , memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa buah-buahan tempatan mempunyai khasiat yang setanding dengan buah-buahan yang diimport . Sebagai rakyat yang prihatin , kita mestilah memberikan sokongan yang penuh agar buah-buah tempatan ini akan terus menjadi buah-buahan yang digemari bagi setiap orang di Malaysia .