MINGGU 8 : Forum Peranan dan Tanggungjawab Guru Dalam Komuniti Sosial by MAISARAH BINTI SOFRI

(SOALAN FORUM)
Sebagai seorang guru atau bakal guru yang prihatin dengan komuniti di sekelilingnya, apakah inisiatif dan usaha dari rakan-rakan dalam menangani cabaran dalam komuniti sosial pada masa ini? Sebagai contoh, mungkin dengan menerapkan nilai-nilai yang telah diterangkan dalam pembentangan.

Guru-guru di sekolah mesti memainkan peranan didalam menangani masalah komuniti sosial pada masa ini, antaranya melalui pendekatan akademik dan kokurikulum. Guru perlu menambahkan aktiviti-aktiviti pelajar seperti sesi PRS, bersukan, berkawad dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan dapat mengisi masa lapang mereka dengan lebih berfaedah sekaligus membantu mereka dari terjebak dengan gejala sosial yang tidak baik.

Ali Zainul Amsyar
(20LL006)

Guru memainkan peranan yang begitu penting dalam mendidik pelajar-pelajar yang mempunyai masalah komuniti sosial, di antara cara untuk menangani masalah tersebut ialah memberi kaunseling, khidmat nasihat, sokongan emosi dan membantu remaja dalam pemilihan penyelesaian konflik yang dialami. Kedua, membuat lawatan ke rumah dan sekolah bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang terperinci dan pengesahan berkaitan masalah remaja dari semua sudut seperti sokongan keluarga, rakan-rakan, sekolah dan masyarakat. Terakhir, memberi ceramah motivasi dan sesi berdialog dalam forum atau seminar untuk memberi maklumat terkini berkaitan dengan masalah sosial remaja yang semakin kronik.

Noorhazimah binti Awg Hj Kismis
(20LP032)

Guru adalah ibu bapa ke dua bagi pelajar, dengan menjadi sahabat kepada pelajar maka secara tidak langsung boleh menasihati pelajar dengan penerapan nilai-nilai murni.(bercerita tentang kisah Nabi dan para sahabat sebagai contoh)

Membawa mereka beraktiviti seperti persatuan Bahasa arab/ Club bahasa/ Membaca buku -buku/ Masuk akademi dakwah atau bebentuk riadah.

Nurul Hidayati binti Hj A.Ahmad
(20LL008)

Setiap guru itu perlu mengkaji dan mengetahui perkembangan sosial yang berlaku di sekeliling mereka, bukan hanya melihat dan mendengar dari aspek buruknya. Jika menggunakan internet dan teknologi sudah menjadi kebiasaan seorang pelajar, guru haruslah mencari inisiatif untuk mengolah teknik pengajaran mereka mengikut arah minat pelajar tersebut agar ianya menjadi lebih bermanfaat.

Disamping itu, guru merupakan orang yang berperanan penting untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar di sekolah dan juga merupakan agen sosialisasi yang penting untuk membentuk kesedaran generasi muda mengenai tanggungjawab mereka  serta menyedarkan pelajar tentang kepentingan nilai, sikap dan budaya supaya mereka dapat mengatasi pelbagai isu negatif yang mungkin akan berlaku pada masa hadapan.

Nurfarah Fazrina binti Haji Madon
(20LP033)

Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.

Fatin Nurul Syazwani @Nadya binti zaidi
(20LP030)

Guru haruslah memupuk sikap minat membaca kepada pelajar-pelajar sekolah contohnya mengarah mereka untuk mencari bahan bacaan dari internet dengan memberi "link website" yang betul, dan seterusnya mengarahkan mereka untuk  mengkongsikan apa yang mereka faham dari bacaan mereka. Dari itu mereka dapat memanfaatkan masa mereka dengan baik dan tidak menyalahgunakan kemudahan internet.

Nurul Hafizah binti Ahmad Mahmud
(20LP020)

(CONTOH JAWAPAN)
Kebanyakkan ibu bapa terlalu sibuk dengan kerja dan urusan masing-masing, sehingga terlupa untuk memantau aktiviti anak-anak mereka, terutama sekali dalam melayari Internet.

Oleh itu, antara cara yang boleh diusahakan dan diperbaiki ialah dengan mengadakan taklimat bersama ibu bapa. Di dalam taklimat ini, mereka akan diberikan pencerahan dan penerangan mengenai kebaikan dan keburukan internet pada masa kini, bagaimana ia boleh mempengaruhi kelakuan anak-anak, serta cara penggunaan internet yang betul.