FOLIO PENGURUSAN PEMBELAJARAN KPS3014 by HALID BIN WALID

Sosiologi dapat didefinisikan sebagai mengkaji interaksi manusia dengan manusia lain dengan pengaruh-pengaruh manusia, persekitaran dan alam tabi’i dalam mengarahkan interkasi ini (R.Maclver dan Ch.Page, 1955). Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat. Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dari perspektif sosiologi. Terdapat dua aspek pendekatan kajian dalam sosiologi pendidikan iaitu pendekatan mikro dan pendekatan makro. Pendekatan makro berkait rapat dengan teori-teori dalam sosiologi pendidikan iaitu teori fungsonalisme dan teori konflik manakala pendekatan mikro pula berkait rapat dengan teori interaksionisme.

Teori Fungsionalisme
Teori fungsionalisme memberi penjelasan mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi itu dipertahankan. Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan keharmonian masyarakat. Pengkaji-pengkaji telah merumuskan tiga andaian iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses yang diadaptasikan daripada struktur sosial kepada pembaharuan. Teori ini kerap digunakan pakai di institusi dan sekolah-sekolah di Malaysia.

Teori Konflik
Teori konflik ini dianggap akan membawa berlakunya permasalahan di antara individu dan kumpulan-kumpulan di mana mereka akan cuba untuk mempertahankan idea atau pendapat masing-masing. Terdapat beberapa konflik yang selalu menjadi masalah di sesebuah institusi iaitu sebagai contohnya guru diarah melakukan kerja-kerja pentadbiran pada masa yang sama mereka perlu menjalankan tugas mengajar. Dan serta merta timbul konflik diantara tugas mendidik dan tugas sampingan yang di beri. Begitu juga dengan murid yang ditekan ibu bapa untuk terus mendapat keputusan yang cemerlang, ini sebenarnya akan menimbulkan konflik ke atas jiwa kanak-kanak tersebut. Pendekatan teori konflik adalah untuk mengetahui masalah yang timbul dalam jiwa masyarakat.

Teori Interaksionisme
Pendekatan teori ini merupakan sistem yang bukan dipaksa kerana ia mempunyai kebebasan tersendiri terutamanya dalam menginterpretasikan pendapat sendiri dalam sesuatu situasi. Terdapat beberapa aspek yang boleh dititikberatkan dalam menggunakan pendekatan mikro iaitu simbol, perkataan dan bahasa. Dalam teori interaksi simbol, pendekatan yang digunakan berkaitan dengan individu dan emosinya. Dari aspek perkataan contohnya, simbol atau simbolik itu dipenuhi dengan kiasan. Dari aspek bahasa pula, boleh dikatakan Bahasa Melayu menggunakan banyak simbol dan simbolik terutamanya dalam Bahasa Melayu klasik, di dalam puisi, dalam ceritera dan hikayat Melayu klasik dan kitab-kitab lama.

Kesimpulannya, terdapat begitu banyak perbezaan antara teori dalam makro dan mikro. Jika dilihat, ahli teori fungsionalisme dan konflik lebih mengutamakan bagaimana cara untuk membuat penyatuan dalam masyrakat. Selain itu, mereka lebih menekankan bagaimana berlakunya perubahan sosial dalam masyarakat. Manakala ahli-ahli teori interaksionisme simbolik lebih menumpukan proses hubungan bersemuka individu dalam konteks kehidupan sosial.

Rujukan
Sharifah Alwiah Alsagoff. (1985). Sosiologi Pendidikan Petaling Jaya, Selangor: Heinemann Educational Malaysia.

Tjipto Subadi, T. S. (2009). SOSIOLOGI DAN SOSIOLOGI PENDIDIKAN: Suatu Kajian Boro dari Perspektif Sosiologi Fenomenologis. https://publikasiilmiah.ums.ac.id/bitstream/handle/11617/9294/Sosiologi%20dan%20Sosiologi%20Pendidikan.pdf

Interaksi membawa maksud tindak balas yang berlaku antara dua pihak atau lebih. Pembelajaran pula adalah proses untuk memperoleh sesuatu kefahaman atau konsep tertentu yang telah dipelajari. Pelajar sebenarnya perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan guru atau rakan yang lain ketika proses PdP dijalankan agar mereka dapat mengalami sendiri proses pembelajaran yang kondusif. Terdapat beberapa jenis interaksi bilik darjah iaitu interaksi sehala, dua hala, kumpulan, antara kumpulan, dan sosial (Shahabuddin et, al, 2007).

Interaksi Sehala
Interaksi sehala adalah salah satu jenis interaksi dalam proses pembelajaran. Melalui interaksi sehala, guru dapat mengawal segala aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah. Guru sendiri yang akan menentukan corak interaksi di dalam bilik darjah. Murid hanya menerima apa yang diberi dan diajar oleh guru tanpa memberi idea atau pendapat masing-masing. Secara umumnya, tidak akan ada berlaku apa-apa interaksi antara murid-murid dalam corak interaksi sehala. Corak interaksi sehala sememangnya berkesan untuk guru menyampaikan arahan atau penerangan namun ia juga menyebabkan pemikiran murid-murid tidak berkembang. Disamping itu, murid-murid dipaksa untuk menerima ilmu pengetahuan yang disampaikan guru. Kaedah mengajar dalam interaksi sehala adalah seperti bercerita, demonstrasi, syarahan dan lain-lain.

Interaksi Dua Hala
Interaksi dua hala menggunakan pendekatan yang berbeza dimana ianya menggunakan kaedah perbincangan atau kaedah induktif semasa sesi pembelajaran. Hubungan antara murid dan pelajar dapat dieratkan melalui aktiviti PdP bercorak aktif kerana berlaku komunikasi terbuka di dalam bilik darjah. Interaksi dua hala ini mengalakkan murid-murid untuk sesi soal jawab atau memberi pandangan masing-masing semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Namun interaksi dua hala juga mampu menyebabkan murid-murid menjadi bosan dan rimas dalam bilik darjah. Guru-guru perlu kreatif dalam mendorong murid-muridnya untuk aktif misalnya menggunakan kaedah menyoal secara terus atau kaedah secara individu. Guru juga boleh menyediakn ganjaran atas penglibatan murid yang aktif.

Interaksi Kumpulan
Interaksi kumpulan pula adalah interaksi yang melibatkan murid-murid didalam satu kumpulan. Interaksi kumpulan adalah bertujuan untuk mengalakkan penyertaan aktif daripada semua pelajar. Melalui kerja berkumpulan seperti projek, aktiviti bermain, lakonan dan sebagainya mampu mewujudkan interaksi antara murid. Dalam situasi ini, guru hanya  menjadi pemudahcara. Interaksi kumpulan juga mampu menjadikan murid-murid mendapat idea yang bernas disamping memupuk nilai positif dalam diri mereka.

Interaksi antara kumpulan
Interaksi ini pula melibatkan aktiviti antara kumpulan. Setiap murid akan dipecahkan dalam kumpulan dan akan diberikan satu persoalan. Selepas perbincangan diadakan dalam kumpulan, maka akan diadakan sesi pembentangan. Kumpulan lain boleh mengemukakan soalan kepada kumpulan pembentang.

Kesimpulannya, interaksi dalam pengurusan pembelajaran merupakan satu bentuk komunikasi yang berlaku dalam proses pembelajaran. Guru perlu menyesuaikan corak interaksi mengikut situasi dalam bilik darjah, ia juga perlu selari dengan objektif yang ingin dicapai guru.

RUJUKAN
Ety Nur Inah, E. I. (2015). PERAN KOMUNIKASI DALAM INTERAKSI GURU DAN SISWA. Jurnal Al-Ta’dib, 8(2). file:///C:/Users/HUAWEI/Downloads/416-746-1-SM.pdf

Interaksi dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP). (n.d.). Share and Discover Knowledge on SlideShare. https://www.slideshare.net/puterifasya/interaksi-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-pdp

Pengurusan adalah suatu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi bagi mencapai sesuatu objektif. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu bidang pengurusan yang sangat penting dalam pendidikan. Pengurusan yang teratur berperanan untuk meningkatkan prestasi semua pelajar. Salah satu rasional peningkatan prestasi pelajar adalah perancangan pengajaran dan pembelajaran yang tersusun di peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Disamping, pengurusan pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pengawalan kelas yang berkesan. Terdapat beberapa strategi dalam pengurusan pembelajaran iaitu strategi berpusatkan guru, berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan.

Berpusatkan Guru
Strategi berpusatkan guru adalah satu situasi dimana guru menguasai proses Pdp di dalam bilik darjah. Guru bertanggungjawab untuk mengarahkan pemikiran dan penglibatan murid dalam sesi pembelajaran. Guru akan mengarahkan murid untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajaran di dalam bilik darjah. Murid-murid akan menjawab semua soalan yang diberikan guru disamping murid-murid akan menyiapkan tugasan harian yang diberikan di dalam bilik darjah. Setiap murid perlu mematuhi displin yang telah ditetapkan oleh guru bagi mengelakkan murid-murid tidak terlalu leka semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.

Berpusatkan Pelajar
Pendekatan strategi ini lebih melibatkan pelajar itu sendiri dan guru hanya sebagai pemudah cara dalam pembelajaran. Pelajar akan mengambil alih sedikit tanggungjawab atas apa yang telah dipelajari dan bagaimana mereka dapat mempelajarinya. Guru akan mengalakkan penyertaan murid dalam melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang telah diadakan. Ini akan memberi impak yang positif kepada diri setiap pelajar, mereka akan dibentuk menjadi lebih matang dan guru dapat menyemai nilai-nilai murni dalam diri setiap murid. Guru dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara individu atau dalam bentuk kumpulan.

Berpusatkan Bahan
Situasi strategi berpusatkan bahan ini adalah ketika mana guru menggunakan bahan pembelajaran untuk menjalankan sesi pengajarannya. Dalam konteks strategi ini, guru bertanggungjawab memilih sumber bahan yang sesuai dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan. Bahan pembelajaran tersebut perlu disusun mengikut kesesuaian perancangan dan objektif yang ingin dicapai oleh guru. Guru hanya berperanan untuk menjadi pembimbing murid-murid didalam bilik darjah.

Konklusinya, pihak sekolah terutamanya guru besar dan barisan pentadbir yang lain perlu saling bekerjasama memainkan peranan dalam membina dan melaksanakan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang lancar serta selesa untuk digunapakai oleh barisan pelaksana iaitu guru-guru. Di samping itu, guru-guru juga perlu menjalankan tanggungjawab mereka secara sistematik berdasarkan panduan yang disebutkan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN
Pengurusan Dan pembelajaran pelajar (kump15_buahnaga). (n.d.). Share and Discover Knowledge on SlideShare. https://www.slideshare.net/AamirDin/pengurusan-dan-pembelajaran-pelajar

RAEDAH BINTI MD AMIN, R. A. (2013). PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DI ZON BANDAR DAERAH KOTA TINGGI. Fakulti Pendidikan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. http://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP2013.pdf

Organisasi dapat didefinisikan sebagai satu kelompok orang yang terdiri daripada dua atau lebih yang secara formal dipersatukan dalam suatu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Ia juga dapat diertikan sebagai suatu bentuk sistem kerja sama yang dilakukan oleh dua orang atau lebih. Kepimpinan pula dapat dimaksudkan sebagai proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Manakala, pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja. Terdapat 4 gaya kepimpinan dalam sesuatu organisasi iaitu autokratik, demokratik, laissez-fairez dan juga kontigensi.

Gaya Kepimpinan Autokratik
Gaya kepimpinan autokratik akan menjadikan sistem pentadbiran mempunyai hierarki dan melibatkan komunikasi satu hala. Setiap daripada penentuan dasar, pelaksanaan pentadbiran, dan juga aktiviti-aktiviti adalah berdasarkan kepada keputusan pengetua. Kesannya, ia akan melahirkan golongan yang sentiasa patuh dan kemungkinan tidak akan mengalakkan perkembangan idea. Jika ada guru yang mencadangkan pandangan yang berbeza ia akan selalu diketepikan. Kebiasaannya, pemimpin yang bersifat autokratik akan menjalankan kawalan yang sangat ketat dan ia kurang mempercayai orang lain. Dalam konteks bilik darjah, guru yang bersifat autokratik akan hanya memberi arahan dan menentukan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Gaya Kepimpinan Demokratik
Situasi gaya kepimpinan demokratik adalah seperti ketika pengetua berbincang, menerima dan memberi pandangan dan keputusan hanya dapat dicapai menerusi persetujuan majoriti. Melalui gaya kepimpinan demokratik ia akan mengalakkan percambahan minda dan idea apabila guru-guru diberikan ruang dan peluang untuk memberikan pendapat. Disamping itu, guru-guru akan merasa lebih dihargai apabila pandangan mereka diambil perhatian. Selain itu, sistem demokratik menjadikan proses untuk membuat keputusan menjadi lebih cepat dan lancar. Gaya kepimpinan demokratik amat sesuai dengan persekitaran yang mempunyai ahli yang terpelajar dan tidak berasa malu untuk menyumbangkan pendapat.

Gaya Kepimpinan Laisez-Faire
Pemimpin akan memberikan kebebasan kepada ahli organisasi dan ianya kurang mempunyai unsur-unsur kawalan serta kurang memberikan pandangan. Dalam situasi ini, pemimpin akan kurang mengambil bahagian dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti. Dan akan timbul beberapa masalah seperti pihak bawahan atau orang yang diamanahkan akan mengambil kesempatan dengan kebebasan yang diberikan. Dalam konteks bilik darjah, ia sangat sesuai diaplikasikan kepada murid yang mempunyai kawalan diri yang tinggi dan guru hanya sebagai pemudahcara sahaja.

Gaya Kepimpinan Kontigensi
Gaya kepimpinan ini hanya mengikut keperluan atau mengikut keadaan yang wujud. Ia bertujuan untuk menganalisis kepentingan dan keperluan-keperluan sesuatu keadaan. Dan ianya mempunyai kaitan dengan faktor-faktor persekitaran, teknologi, orang-orang terlibat dan sebagainya.

Kesimpulannya, kepimpinan dan organisasi amat penting bagi membangunkan sesebuah organisasi. Di dalam organisasi ada ahli-ahli (para guru) yang menyokong dan memberi bantuan serta mengikuti arahan pemimpinnya (pengetua) dalam melaksanakan sesuatu perkara di dalam sekolah atau di luar kawasan sekolah.

RUJUKAN
Hamid, J. A., & Ismail, N. (2005). Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Universiti Putra Malaysia.

Pengurusan murid adalah satu aspek yang penting dalam sesebuah sekolah, ini kerana pelaksanaannya disekolah akan mencerminkan prestasi sekolah tersebut. Jaafar Muhammad (1998) telah mendefinisikan pengurusan adalah sebagai satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalanbagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai. Guru akan memainkan peranan penting untuk menguruskan keperluan murid-murid bagi memenuhi setiap aspek yang diperlukan. Menurut Suppiah Nachiappan et.all (2009) selain berhadapan dengan remaja yang bermasalah dan mengalami kecacatan, guru juga berhadapan dengan pelajar yang mempunyai keistimewaan yang luar biasa dalam kategori pintar,cergas atau pelbagai upaya.

Setiap guru perlu memantau perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar. Guru juga memainkan peranan sebagai pembentuk sahsiah pelajar, guru perlu menerapkan nilai nilai murni terhadap anak murid agar ketika mereka keluar dari sekolah mereka akan menjadi insan yang berguna kepada negara. Tingkah laku pelajar juga perlu dikawal oleh guru. Melalui peraturan sekolah, guru akan mengawal tingkah laku pelajar. Guru berhak menjatuhkan hukuman mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh KPM. Guru juga perlu mempunyai rekod murid yang bermasalah dan membantu pelajar menyelesaikan masalah tersebut melalui bimbingan dan kaunseling. Terdapat 3 aspek kesediaan murid dalam pembelajaran iaitu dari segi kognitif, afektif dan psikomotor.

Kognitif
Kesediaan kognitif merujuk kepada peringkat perkembangan mental untuk menerima rangsangan dan memahaminya, menaakul dan berfikir serta dapat menghubungkaitkan pengalaman sedia ada seseorang, Kamarudin (1997). Sebagai contoh aspek kognitif ialah apabila murid sedang cuba memahami satu topik yang sedang di ulang kaji. Murid akan lebih bersedia apabila mencapai kesedian mental.

Afektif
Kesedian afektif merupakan sikap dan minat pelajar terhadap sesuatu pelajaran, Kamarudin Hj. Husin (1997). Pelajar yang bersikap positif mampu menerima ilmu dengan lebih cepat. Pelajar bakal mempunyai sifat ingin berjaya kerana di dorong oleh sikap positif. Guru perlu memainkan peranan penting dengan mewujudkan suasana kelas yang menyeronokkan bagi menarik pelajar untuk belajar.

Psikomotor
Kesediaan psikomotor ialah kesediaan fizikal pelajar untuk menjalani latihan yang menggunakan fungsi tubuh badan sebagai penggerak utama. Penguasaan kesediaan psikomotor bergantung kepada kesediaan kognitif serta kesediaan afektif pelajar, Kamarudin Hj, Husin (1997). Sebagai contoh seorang guru sekolah rendah perlu menggunakan modul yang bersesuaian untuk mengajar murid darjah satu mengenali abjad, modul tersebut perlu berwarna warni, besar dan mudah difahami untuk memudahkan penglihatan murid. Oleh itu, kesediaan psikomotor amat penting bagi kanak-kanak untuk mencapai koordinasi pergerakan otot yang sempurna.

Konklusinya, pihak sekolah dan guru perlu memainkan peranan penting dalam pengurusan murid. Pengurusan murid amat penting kerana akan melancarkan proses perjalanan pentadbiran sekolah. Guru-guru berperanan penting untuk membentuk anak bangsa agar mereka bersedia menempuhi cabaran hidup diluar yang penuh dengan pancaroba.

RUJUKAN
Pengurusan murid. (n.d.). Share and Discover Knowledge on SlideShare. https://www.slideshare.net/MuhammadIzhar/pengurusan-murid-54694100

Pengurusan murid. (n.d.). Share and Discover Knowledge on SlideShare. https://www.slideshare.net/zabidah/pengurusan-murid

Bilik darjah di sekolah sangat penting untuk menjadi sebuah platform bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006). Pengurusan bilik darjah melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009). Suasana pembelajaran yang berkesan tidak mungkin terbina dengan hanya memberi tumpuan pada proses penyampaian isi pengajaran guru sahaja. Ianya turut melibatkan aspek pengurusan bilik darjah serta tingkah laku pelajar. Antara ilmu mengurus bilik darjah tersebut ialah ilmu pengurusan dari segi fizikal, sosial dan emosi.

Pengurusan dari segi Fizikal
Dari aspek pengurusan fizikal, perkara yang perlu diutamakan oleh seseorang guru adalah memastikan keadaan bilik darjah itu sentiasa bersih dan kemas. Selain itu, susunan meja juga penting dalam mewujudkan suasana yang kondusif. Susunan meja di dalam bilik darjah perlulah mengikut peredaran zaman iaitu susunan meja yang berkonsepkan alaf 21 yang mana meja guru tidak semestinya berada di hadapan kelas dan susunan meja murid-murid sepatutnya dibuat secara berkumpulan agar memudahkan murid-murid untuk berkomunikasi dan berbincang. Hal ini kerana, ianya mampu melancarkan pergerakan guru untuk mendekati murid dengan sebab ingin memahamkan lagi murid-murid tentang sesuatu topik tersebut. Sudut-sudut bacaan yang menarik juga hendaklah diwujudkan bagi merangsang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan berinovasi

Pengurusan dari segi Sosial
Dari aspek pengurusan sosial pula, perkara yang paling penting adalah kemahiran komunikasi. Seseorang guru itu perlu bijak dalam berkomunikasi dengan murid-murid dalam memastikan ilmu yang diajarkan difahami oleh murid-murid. Jadi, guru perlu menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat, jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang akan menyukarkan murid untuk memahami apa yang guru ajarkan dan menyebabkan murid berasa bosan dengan apa yang guru sampaikan. Oleh itu, guru perlu mempunyai ilmu tentang aspek pengurusan sosial ini demi mewujudkan hubungan yang baik antara guru dan murid-murid.

Pengurusan dari segi Emosi
Dari aspek pengurusan emosi, seseorang guru itu perlulah sentiasa bersikap profesional dalam semua perkara. Guru perlu bersikap profesional agar perkara yang tidak diingini berlaku. Misalnya, sekiranya guru tersebut mempunyai masalah peribadi dan beliau tidak sepatutnya melibatkan urusan peribadi dengan urusan di sekolah. Hal ini kerana secara tidak langsung, ia akan memberi kesan yang negatif kepada murid-murid di dalam bilik darjah.

Kesimpulannya, bilik darjah yang positif dan kondusif akan memberi keselesaan kepada para pelajar untuk belajar dan menggalakkan pembelajaran yang aktif kerana proses komunikasi antara guru dan pelajar berjalan dengan baik. Pengurusan bilik darjah memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi.

RUJUKAN
Bab 6 pengurusan bilik darjah. (n.d.). Share and Discover Knowledge on SlideShare. https://www.slideshare.net/Asyikin4996/bab-6-pengurusan-bilik-darjah

Mohd Hasani Dali, M. H., & Mohamad Johdi Salleh, M. J. (2009). PENGURUSAN BILIK DARJAH. Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis, 161 – 188. http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf

Sumber pembelajaran pada umunya merujuk kepada teks, video, perisian dan bahan-bahan laian yang membantu pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran. Penilaian sumber pembelajaran perlu bergantung kepada kepakaran dan penilaian professional guru. Selain itu, ia perlu dinilai mengikut kesesuaian penggunaannya. Penggunaan sumber pembelajaran difokuskan kepada pelajar bagi memudahkan aktiviti pembelajaran, mencapai tahap kefahaman yang tinggi, seterusnya mencapai pembelajaran berkesan. Oleh itu, pusat sumber sekolah merupakan salah satu tempat pengurusan sumber pembelajaran yang berkesan. Pusat sumber sekolah ditubuhkan bagi membantu pelajar menggunakan bahan-bahan pelajaran untuk tambahan ilmu pengetahuan mengenai sesuatu subjek. Dengan adannya pusat sumber, para pelajar dapat mengamalkan kemahiran dalam pembelajaran.

Fungsi Pusat Sumber
Antara fungsi pusat sumber adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum. Selain itu, pusat sumber juga berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran serta menjadi tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan. Pusat sumber juga menjadi pintu masuk maklumat dari agensi luar. Seterusnya fungsinya adalah untuk mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum. Pusat sumber juga menjadi penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat dan pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri. Selain itu, pusat sumber sekolah juga berfungsi sebagai pusat perkembangan idea dan kreativiti. Pusat sumber bukan sekadar menyediakan buku-buku rujukan sahaja malah terdapat pelbagai bahan berinovatif di dalamnya. Hal ini kerana pusat sumber sering menganjurkan program yang dapat mencungkil dan mengasah bakat para pelajar untuk menjadi lebih aktif dan cemerlang. Bukan itu sahaja, malah ia dapat meningkatkan lagi ilmu dan pengetahuan kepada para pelajar.

Ciri Pengurusan Pusat Sumber yang berkesan
Antara ciri-ciri pusat sumber yang berkesan pula ialah warga sekolah tahu dan kenal pengurus Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan terdapat pelbagai aktiviti galakan penggunaan PSS. Selain itu, lokasi PSS itu mestilah berada di tengah-tengah kawasan kawasan agar mudah untuk pelajar mengunjunginya. Pusar sumber yang berkesan juga perlulah dihias atau memepunyai tarikan yang menarik agar warga sekolah suka dan senang untuk datang menggunakan PSS berkenaan dan koleksi bahan juga perlulah yang sesuai, mencukupi, terkini, dan menarik.

Tuntasnya, pengurusan sumber pembelajaran perlu ditekankan oleh semua pihak dimana hal ini dapat membantu sedikit sebanyak pembelajaran guru di sekolah. Sumber pembelajaran tidak hanya berkaitan pusat sumber malah bahan-bahan lain seperti bahan bercetak, video juga boleh menjadi sumber pembelajaran.

RUJUKAN
Pengurusan sumber (Bab 7). (n.d.). Share and Discover Knowledge on SlideShare. https://www.slideshare.net/NurSyaqina/pengurusan-sumber-bab-6

RAEDAH BINTI MD AMIN. (2013). PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DI ZON BANDAR DAERAH KOTA TINGGI. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. http://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP2013.pdf

Pengurusan bilik pembelajaran merujuk kepada proses perancangan, perorganisasian, dan kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan suasana yang berkesan. Menurut Guey R.Lefroncis (1999) pengurusan bilik pembelajaran merupakan sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahkan cara pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah, merangkumi, tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukkan masa pelajaran. Manakala menurut Richards, 1990, pengurusan bilik darjah merupakan sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh guru untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan susun atur meja dan kerusi serta masa yang diperuntukkan bagi suatu subjek pembelajaran.

Unsur Fizikal Bilik Darjah
Unsur fizikal bilik darjah merupakan satu unsur yang melibatkan tentang car pengurusan dalam menentukan keadaan bilik darjah, susun atur meja dan perabot, organisasi. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan 'kawan' atau 'musuh' dalam proses Pembelajaran dan Pengajaran (PDP). Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pencahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan. Penyusunan perabot dan meja serta kerusi di dalam bilik darjah haruslah mengikut keperluan dan keluasan bilik darjah tersebut. Guru perlu memastikan bahawa unsur fizikal ini dapat disusun dengan efektif dan kreatif. Guru perlu memastikan susunan yang dibuat menggalakkan dan tidak menghalang sesi pengajaran dan pembelajaran.

Bilik Darjah Tradisi
Susunan kerusi dan meja adalah berdasarkan murid yang mempunyai masalah seperti fizikal tubuh badan, penglihatan atau pendengaran. Ianya juga disusun berpusatkan guru, dan aktiviti dalam kalangan murid kumpulan jarang dilakukan.

Bilik Darjah KBSR
Susunan kerusi dan meja mengikut kaedah berkumpulan dan strategi pengajarannya lebih kepada berpusatkan murid. Kesannya, para murid akan lebih aktif untuk berinteraksi antara satu dan yang lain dalam sesebuah kumpulan. Guru juga menggunakan alat bantu mengajar dan ruang pembelajaran disediakan.

Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas
Dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan. Susunan kerusi dan meja juga diubahsuai bagi tujuan kerja amali. Sudut bilik dilengkapi perabot dan almari untuk menyimpan peralatan. Kemudahan tambahan juga turut ada seperti singki dan paip air.

Kesimpulannya, strategi pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengan tiga aspek penting seperti unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Selain itu juga, peranan daripada guru adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan.

RUJUKAN
Kps PowerPoint, STRATEGI MENGURUS bilik DAJAH. (n.d.). Share and Discover Knowledge on SlideShare. https://www.slideshare.net/jesycanandoh/kps-powerpoint-strategi-mengurus-bilik-dajah

Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari dengan kehendak agama, norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Namun begitu sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar; apatah lagi banyak unsur lain yang mempengaruhi perkembangan mental mereka. Gejala seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, melawan guru, bersikap anti-sosial, bergaduh, membuli, merokok dan sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan. Manakala, tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu perancangan untuk memodifikasi tingkah laku bermasalah kepada satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini, mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Teori Fungsionalisme
Teori fungsionalisme mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam aktiviti yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Ia juga menganggap devian sebagai fungsi pada struktur sosial dan Devian adalah satu bentuk gangguan disebabkan murid-murid tidak berperanan seperti yang dijangkakan berlaku disekolah. Fungsional juga adalah punca kepada kemunculan teori strukturalisme yang banyak dibincangkan oleh ahlinya. Menurut Haralombos dan Holrborn (2000), fungsi juga secara praktikalnya adalah digunakan sebagai memelihara dan kelangsungan hidup manusia yang memberikan satu ketetapan untuk manusia terus hidup di muka bumi.

Prosedur Displin Sekolah
Pelan tindakan yang telah diambil dibahagikan kepada dua fasa iaitu Pelan Tindakan Jangka Panjang dan Pelan Tindakan Semasa. Kedua-dua pelan ini mengandungi unsur hukuman dan ganjaran, mengikut prosedur dan syarat yang terkandung dalam Surat-surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia. Kawalan disiplin ini melibatkan tiga aspek tindakan (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998: Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan, 2 Sept. 1998), iaitu: penyediaan asas-asas kawalan tatatertib terutamanya penentuan kesalahan tatatertib; pelaksanaan proses tatatertib, dan mengenakan hukuman tatatertib. Prosedur pertama ialah interaksi guru dan pelajar di bilik darjah. Interaksi ini menggalakkan semua guru menggabung jalinkan masalah dan gejala disiplin dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah.

Konklusinya, pengurusan tingkah laku dan displin berkait rapat dengan hal displin pelajar. Jika tingkah laku yang ditunjukkan pelajar baik maka amat sukar masalah displin berlaku dalam kalangan pelajar. Namun begitu, persekitaran rumah dan sekolah yang tidak kondusif akan menyebabkan tingkah laku bermasalah negatif akan berlaku. Selain itu, displin pelajar juga bergantung kepada pengaruh rakan sebaya dan juga dari didikan ibu-bapa. Penyelesaian masalah dari pelbagai pihak sedikit sebanyak dapat membantu dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekolah.

RUJUKAN
Mok, S. S. (2009). Pengurusan bilik darjah Dan tingkah laku. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Muhammad Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd Radzi, Simin Ghavifekr, & Husaina Banu Kenayatullah. (2014). PENGURUSAN DISIPLIN MURID DI SEKOLAH KAWASAN BANDAR DAN LUAR BANDAR: PERSPEKTIF PEMIMPIN SEKOLAH. JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN, 1(1). https://jupidi.um.edu.my/article/view/8282/5746

Pengurusan ialah suatu proses untuk merancang, mengorganisasikan, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Menurut Zuraidah (1994), nasihat ialah kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kaedah ini merupakan satu cara yang mudah untuk menggelakkan diri daripada memahami, memeriksa, dan menjelajah masalah yang dihadapi. Terdapat tiga konsep yang ada dalam pengurusan penasihatan murid iaitu konsep bimbingan, konsep penasihatan dan konsep mentoring.

Konsep Bimbingan
Bimbingan adalah sebahagian daripada program membantu individu bagi menyelesaikan masalah. Selain itu, ianya juga bermaksud sebagai memberi bimbingan, tunjuk ajar dan panduan untuk mengatasi masalah. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan. Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya.

Konsep Penasihatan
Konsep penasihatan memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah 1994). Penasihatan adalah mengkehendaki suatu kebaikan bagi orang lain secara ikhlas dalam bentuk lisan mahupun tindakan. Guru yang cemerlang berperanan sebagai penasihat kepada pelajarnya. Ciri-ciri konsep penasihatan berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah.  Ianya berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan. Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan. Kedua-dua bimbingan dan penasihatan ini mempunyai proses yang sama yang dikenali sabagi proses bimbingan dan nasihat.

Konsep Mentoring
Konsep mentoring ialah, mentoring mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan antara individu (mentor) dengan individu atau sekumpulan individu (mentee) bertujuan meningkatkan tahap profesionalisme mantee. Ciri-ciri mentoring ialah, mementingkan perkembangan personal dan professional mentee yang berterusan, memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif, menerima kesilapan yang boleh diterima dan yang tidak.

Kesimpulannya, konsep bimbingan, penasihatan dan mentoring merupakan inisiatif yang cukup ampuh bagi membantu pelajar dalam semua aspek. Menerusi pengurusan  yang  menyeluruh,  perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika akan mampu melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani.

RUJUKAN
Kps3014 penasihatan murid (kumpulan magga). (n.d.). Share and Discover Knowledge on SlideShare. https://www.slideshare.net/NuraznidaNordin/kps3014-penasihatan-murid-kumpulan-magga

Ramlah Mailok, Mashitoh Hashim, Che Soh Said, & Haslina Hassan. (2014). Adaptif e-Sistem Mentor Mentee. Journal of ICT in Education, 1. https://www.researchgate.net/publication/297088606_Adaptive_e-Sistem_Mentor_Mentee

Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002). Manakala menurut Tylor 1871, budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat. Pelbagai budaya pula dapat didefinisikan sebagai satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

Pengurusan Merentas Budaya
Sekolah bertanggungjawab untuk memastikan sama ada struktur program mereka bersifat responsif terhadap kepelbagaian murid dalam konteks pengurusan merentas budaya dalam kalangan pelajar. Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa. Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa. (Sabri Salleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, 1996). Pendidikan inklusif bermaksud usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara individu. Pendidikan inklusif telah menjadi satu falsafah sekolah dan tanggungjawab pengurusan sekolah untuk mengamalkannya. Tujuan pendidikan inklusif adalah membuka peluang kepada pelajar untuk diberi tugas-tugas yang sesuai dan relevan dengan kebolehan mereka.

Isu Kepelbagaian Budaya Murid
Sentimen perkauman atau rasis sentiasa timbul dalam isu kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar, ini akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai semangat kekitaan dengan rakan kaum yang lain. Selain itu, isu diskriminasi atau penindasan juga sering berlaku antara pelajar. Misalnya,  pelajar biasa mungkin akan mempunyai persepsi yang berbeza apabila melihat pelajar kurang upaya. Ketidakadilan sosial juga akan berlaku, guru bertindak memberi tugasan yang berbeza kepada pelajar yang berbeza, pelajar akan merasa tidak mempunyai keadilan. Terdapat juga banyak isu kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar, seperti penilaian berat sebelah, bahasa dan komunikasi, dialek, bilingual, bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, komunikasi tanpa lisan, mengejek, menyindir dan lain-lain.

Konklusinya, Malaysia sememangnya didiami oleh masyarakat yang mempunyai pelbagai bangsa, agama, dan etnik yang telah melahirkan identiti yang menarik kepada negara. Perkara ini, jika dipelihara sebaik-baiknya, ia akan menjadi aset penting kepada negara.  Kehidupan yang harmoni antara masyarakat yang majmuk akan memberikan impak, bukan sahaja kepada pengukuhan warisan budaya tersebut, malah pembangunan ekonomi, pendidikan, sukan dan sosial negara.

RUJUKAN
Budaya Dan pembelajaran (Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran Yang …. (n.d.). Share and Discover Knowledge on SlideShare. https://www.slideshare.net/diyraz/budaya-dan-pembelajaran-pelan-tindakan-mewujudkan-persekitaran-yang-mesra-budaya?next_slideshow=52171875

Presentation KPS Pengurusan Pelbagai Budaya. (n.d.). Share and Discover Knowledge on SlideShare. https://www.slideshare.net/lyne_nee/presentation-kps-pengurusan-pelbagai-budaya?next_slideshow=47977587

Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan khas merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai sasaran yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.

Pemulihan
Program pemulihan merupakan satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru khusus, di ruang yang khusus. Program pemulihan merupakan satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah rendah yang menumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira dan dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini. Pelaksanaan program pemulihan ini bertujuan supaya jurang perbezaan pencapaian antara murid dapat dikecilkan atau dihapuskan agar mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa. Program pemulihan ini dapat membantu mengembangkan potensi diri murid berdasarkan kaedah pengajaran kreatif yang dilakukan oleh guru-guru yang pakar dalam bidang ini.

Penggayaan
Dalam konteks pendidikan, pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada asas pembelajaran di mana aktiviti ini dilakukan semasa sesi atau di luar waktu persekolahan dan disediakan kepada semua murid di dalam kelas sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Program pengayaan memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti secara aktif. Keadaan ini bersesuaian dengan kehendak program pengayaan yang menyediakan aktiviti bercorak belajar sendiri tanpa memerlukan banyak pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru. Hal ini bermakna, program pengayaan bukan sahaja dapat memenuhi keperluan setiap individu dari segi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman, malah turut merangsang pemikiran murid. Terdapat dua jenis penggayaan iaitu penggayaan mendatar dan penggayaan menegak. Pengayaan mendatar adalah aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan. Manakala, pengayaan menegak adalah aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan yang cerdas sahaja.

Kesimpulannya, pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program ini bermatlamat untuk menghakis jurang perbezaan terutamanya pencapaian murid dalam sesuatu aktiviti. Murid-murid pelbagai upaya sememangnya memerlukan pengajaran yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard pretasi yang realistik dan peluang yang sesuai untuk mereka mencapai potensi pada tahap yang optimum.

RUJUKAN
Pengurusan Murid Pelbagai Upaya. (n.d.). https://www.slideshare.net/NurulSyahira94/pengurusan-murid-pelbagai-upaya

Sekolah merupakan satu pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan. Sekolah juga adalah sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi menjadi platform untuk tenaga pengajar memberikan pendidikan dan membentuk moral insan pelajar. Persekitaran pula dapat disebut sebagai satu suasana atau budaya sekolah yang terdiri daripada aspek fizikal, sosial, perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Persekitaran sekolah merupakan kawasan disekeliling sesuatu tempat yang membawa maksud masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah.  Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FBK).

Persekitaran Fizikal
Persekitaran fizikal di sekolah merujuk kepada kemudahan dan peralatan yang  dibekalkan di sekolah, contohnya reka bentuk bilik darjah iaitu pencahayaan dan pengudaraan, kebersihan bilik darjah dan sekeliling sekolah, susunan perabot, papan tulis, sumber bahan pembelajaran, bilik air, perpustakaan dan sebagainya. Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif adalah sangat penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Bangunan sekolah yang indah, kawasan sekolah yang bersih dan ditanam dengan pelbagai jenis pokok memberikan keselesaan dan ketenangan kepada murid.

Persekitaran Sosial
Persekitaran sosial merujuk kepada hubungan antara keperluan individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran sosial yang sihat di dalam sekolah mahupun luar sekolah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran sosial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah.

Kesimpulannya, pengurusan sekolah dan persekitaran mempengaruhi pembelajaran pelajar.  Hal ini kerana pengurusan sekolah yang baik akan melahirkan pelajar yang cemerlang sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.  Sebagai contoh, pengurusan sekolah seperti hubungan antara guru dan PIBG, peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan juga suasana persekitaran sekolah yang selesa dan mesra boleh memberikan perubahan yang lebih baik kepada sekolah.  Pengurusan sekolah dan persekitaran yang baik sebenarnya dapat memberikan peluang dan ruang kepada para pelajar untuk menuntut ilmu dengan selesa.  Oleh itu, pengurusan sekolah dan persekitaran dianggap sebagai agen perubahan sosiolisasi dan budaya ilmu pelajar.

RUJUKAN
Bab13 sekolah Dan persekitaran. (n.d.). Share and Discover Knowledge on SlideShare. https://www.slideshare.net/zuraidanasri/bab13-sekolah-dan-persekitaran

Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti seperti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklum balas. Tujuan pengajaran adalah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu kepada pelajar. Corak pengajarannya juga banyak berubah mengikut kepada perkembangan semasa. Guru perlu memastikan tiga komponen dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran iaitu set induksi, penyampaian isi dan penutup dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Set Induksi
Set induksi adalah langkah permulaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. Guru perlu merancang permulaan pengajaran yang baik agar dapat menarik perhatian dan minat murid. Selain itu, guru boleh mengaitkan pelajaran yang lepas ketika ingin mengenalkan set induksi pengajaran yang ingin disampaikan. Guru juga boleh menggunakan pengetahuan sedia ada yang ada pada murid. Jangka masa yang sesuai bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit. Teknik set induksi adalah seperti soal jawab, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang berkaitan, gambar atau bunyi.

Penyampaian Isi
Proses penyampaian isi juga merupakan proses perkembangan sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru bertanggungjawab untuk menyampaikan isi kandungan sebenar kepada semua murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu merancang dengan teliti berkenaan dengan langkah yang perlu diambil. Guru perlu merancang langkah yang berurutan dan ianya perlu disusun dengan baik dengan cara mencatat anggaran masa atau tempoh yang sesuai. Langkah-langkah yang dirancang perlu mempunyai kaitan dengan objektif yang dicatatkan.

Penutup
Penutup dapat dilakukan melalui suatu rumusan atau kesimpulan. Terdapat dua jenis kesimpulan untuk menamatkan pengajaran iaitu melalui kesimpulan kognitif dan kesimpulan sosial. Kesimpulan kognitif adalah bertujuan untuk mengukuhkan segala pelajaran yang telah dipelajari. Guru akan meminta murid untuk memberi perhatian kepada isi kandungan penting yang telah dipelajari. Contoh arahan yang diberikan guru, (Sekarang kita berhenti dahulu untuk sementara dan menyemak semula perkara-perkara yang telah kita pelajari. Cuba terangkan semula secara ringkas tentang…). Manakala kesimpulan sosial pula adalah guru akan memberitahu kepada pelajar bahawa mereka sudah berjaya dan penghargaan akan diberikan kepada mereka. Contoh dialog kesimpulan sosial, (Cikgu dapat lihat kamu telah berjaya memahami … Tahniah cikgu ucapkan. Dalam pelajaran akan datang kita akan belajar pula tentang …).

Konklusinya, pengurusan alam pembelajaran ini perlulah dititikberatkan oleh para guru supaya minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu, segala pemindahan maklumat akan berjalan dengan lancar sekaligus dapat bersama-sama meningkatkan pencapaian pelajar di sekolah

RUJUKAN
Zahari Suppian, NOTA KPS 3014, Topik 14: Pengurusan Alam Pembelajaran.

KPS 3014: Pengurusan Alam Pembelajaran. (n.d.). Share and Discover Knowledge on SlideShare. https://www.slideshare.net/Nurelida/kps-3014-pengurusan-alam-pembelajaran