PENILAIAN KENDIRI SUBTOPIK 2.2 by

Kesedaran etika
Kesedaran etika di tempat kerja dapat dipupuk dengan membuat latihan dan program yang berkait dengan etika profesional bagi mendedahkan pekerja-pekerja tentang nilai dan prinsip yang wajar mereka amalkan dalam kehidupan di alam pekerjaa. Ini bagi membolehkan semua pekerja dalam bekerja di bawah satu pucuk kepimpinan yang mengamalkan integriti, displin dan budaya kerja yang baik.

Oleh  Iylia Khairani

Empat cara pembangunan kesedaran etika di tempat kerja - Mr. H
Membangunkan kesedaran etika dalam kalangan profesional di tempat kerja dapat dicapai menerusi latihan etika berkala, kepimpinan melalui teladan, penguatkuasaan kod etika yang jelas dan pembinaan budaya organisasi yang berintegriti.

Organisasi perlu menyediakan latihan etika secara tetap untuk memastikan pekerja memahami nilai-nilai teras seperti integriti, keadilan, dan tanggungjawab dalam tugasan harian mereka. Latihan ini membantu profesional mengenali isu etika dan menyediakan asas maklumat yang tepat untuk menyelesaikan dilema yang mungkin timbul.

Pemimpin organisasi memainkan peranan kritikal kerana tingkah laku mereka sering menjadi ikutan pekerja. Pemimpin perlu menunjukkan teladan yang baik dengan membuat keputusan secara telus, adil, dan memberikan sokongan padu terhadap amalan beretika di dalam struktur organisasi.

Syarikat mestilah mempunyai kod etika yang berfungsi sebagai garis panduan rasmi untuk mengawal tingkah laku ahli. Kod ini harus disokong dengan deskripsi kerja yang jelas untuk mengurangkan keraguan atau kekaburan dalam tindakan,

saluran aduan yang selamat (whistleblowing) yang membolehkan pekerja melaporkan salah laku tanpa rasa takut akan tindakan balas dan polisi "zero tolerance" terhadap isu kritikal seperti rasuah agar pekerja lebih berani menolak sebarang bentuk suapan.

Budaya organisasi yang menekankan ketelusan dan akauntabiliti akan mendorong warga kerja untuk lebih peka terhadap kesan tindakan mereka kepada masyarakat. Budaya yang sihat dan berstandard etika tinggi bertindak sebagai penggerak positif yang membolehkan profesional mencabar sebarang tuntutan yang dirasakan tidak beretika.

Secara keseluruhannya, pembangunan kesedaran etika adalah satu proses yang memerlukan gabungan antara latihan berterusan, pemimpin yang beretika, sistem organisasi yang kukuh, dan budaya organisasi yang sihat.

Cara membangunkan kesedaran etika dalam golongan profesional di tempat kerja.
Budaya kerja yang adil dan saksama

Di dalam sesuatu organisasi, keadilan hendaklah menjadi asas utama setiap anggota. Keadilan akan mewujudkan persekitaran kerja yang bersih daripada penyelewengan dan korupsi serta budaya kerja yang toksik.

Usrah/Tausiyah secara berkala

Faktor rohani juga perlu diambil kira dalam membangunkan kesedaran kepada golongan profesional. Acapkali kita membaca tentang kes salahlaku penjawat awam seperti pecah amanah, rekod kehadiran tidak baik dan sebagainya. Ini semua dapat diatasi dengan peringatan, tausiyah atau usrah berkala.

Ulasan rakan sekerja

Apabila ada ruang untuk seseorang berbicara atau meluah tanpa risau akan tindakan disiplin terutamanya dari golongan atasan, maka budaya "transparency" dapat dibina. Ini akan memberikan kesedaran bahawa setiap tindakan akan diperhatikan dan boleh dilaporkan secara "anonymous". Sebagai contoh, sispaa.

Jawapan
Jawapan - Syazana 24201198

Cara membangunkan kesedaran etika dalam kalangan golongan profesional di tempat kerja ialah melalui latihan etika, penguatkuasaan peraturan dan budaya kerja yang positif. Organisasi boleh mengadakan kursus, seminar atau bengkel berkaitan etika profesional supaya pekerja memahami tanggungjawab, integriti dan kesan sesuatu tindakan terhadap organisasi serta masyarakat.

Selain itu, pihak pengurusan perlu menjadi contoh yang baik dengan mengamalkan sikap jujur, amanah dan adil dalam pekerjaan. Peraturan serta kod etika kerja juga perlu dijelaskan dan dikuatkuasakan supaya pekerja lebih peka terhadap tingkah laku yang betul dan salah.

Di samping itu, komunikasi yang terbuka dan saling menghormati di tempat kerja dapat membantu pekerja berani melaporkan salah laku tanpa rasa takut. Kesimpulannya, kesedaran etika dapat dibangunkan melalui pendidikan, contoh kepimpinan yang baik dan budaya kerja yang berintegriti.

Cara membangunkan kesedaran etika dalam kalangan golongan profesional
Nama: Aina Dilla Anak Andrea

No.Matriks: 25101057

Berikut adalah strategi terperinci untuk memupuk kesedaran etika di tempat kerja anda:

Latihan dan Pendidikan Berkala: Mengadakan bengkel pematuhan dan integriti secara berkala bagi memastikan pekerja memahami prosedur operasi standard (SOP) dan kod etika organisasi.

Komitmen Kepimpinan: Pihak pengurusan atasan perlu mempamerkan tingkah laku beretika secara konsisten. Pemimpin yang berintegriti menjadi rujukan utama nilai moral di sesebuah organisasi.

Dasar Pelaporan Selamat (Whistleblowing):Membina saluran komunikasi sulit dan selamat. Ini membolehkan pekerja melaporkan sebarang salah laku tanpa rasa takut terhadap tindakan balas.

Penilaian dan Pengiktirafan: Menjadikan pematuhan etika sebagai salah satu kriteria utama dalam penilaian prestasi tahunan serta memberikan penghargaan kepada pekerja yang sentiasa menunjukkan integriti tinggi.

Komunikasi Terbuka dan Telus: Menggalakkan perbincangan terbuka berkaitan dilema etika supaya pekerja mempunyai ruang untuk merujuk dan menyelesaikan isu berbangkit bersama majikan

TOPIK 2.2
NUR AINA FARHANA BINTI MOHD JOHARI-25101076

Kesedaran etika dalam kalangan profesional boleh diperkukuhkan apabila sesebuah organisasi sentiasa menekankan kepentingan nilai integriti dan tanggungjawab dalam pekerjaan. Antara caranya ialah dengan memberi pendedahan melalui program latihan, ceramah atau aktiviti berkaitan etika kerja supaya pekerja lebih memahami batas tingkah laku yang betul ketika menjalankan tugas.

Selain itu, hubungan kerja yang baik antara pekerja dan majikan juga dapat membantu membentuk sikap profesional yang positif. Apabila suasana tempat kerja menggalakkan sikap hormat, kerjasama dan kejujuran, pekerja akan lebih terdorong untuk bertindak secara beretika.

Seterusnya, pemantauan dan penguatkuasaan peraturan di tempat kerja juga penting bagi memastikan setiap pekerja mematuhi kod etika yang telah ditetapkan. Tindakan yang adil terhadap salah laku boleh meningkatkan rasa tanggungjawab dan disiplin dalam kalangan profesional.

SARINA BINTI JUSOH (24201209)

Berikut adalah ringkasan strategi membina kesedaran etika profesional di tempat kerja:

1. Pengukuhan Nilai Individu & Pendidikan

Asas Moral: Kesedaran bermula daripada nilai peribadi dan didikan keluarga yang mementingkan kejujuran.

Pendidikan Berterusan: Mengikuti latihan etika, kem motivasi, dan pengajian formal untuk memahami teori moral (seperti Deontologi atau Utilitarianisme) bagi membimbing keputusan.

Pembelajaran melalui Pengalaman: Menjadikan kejayaan atau kegagalan masa lalu sebagai panduan membentuk prinsip etika yang lebih matang.

2. Peranan Kepimpinan & Budaya Organisasi

Kepimpinan Melalui Teladan: Pengurus dan ketua jabatan perlu menjadi role model yang mematuhi peraturan untuk dicontohi pekerja.

Ketelusan & Komunikasi: Mewujudkan budaya organisasi yang menekankan integriti, di mana pekerja bebas menyuarakan kebimbangan atau melaporkan salah laku (seperti rasuah) tanpa rasa takut.

Sistem Sokongan: Memberikan bimbingan berterusan dan motivasi kepada pekerja untuk sentiasa memilih tindakan yang betul.

3. Penggunaan Kod Etika & Struktur Rasmi

Garis Panduan Rasmi: Mengamalkan Kod Etika Profesional untuk mengekalkan kredibiliti dan standard perkhidmatan.

Tanggungjawab yang Jelas: Memastikan polisi dan peraturan organisasi dinyatakan secara nyata untuk mengurangkan kekaburan dalam tindakan.

Pemantauan & Penguatkuasaan: Melaksanakan kawalan kendiri dan tindakan tatatertib yang adil bagi memastikan kepatuhan terhadap standard moral.

4. Mengasah Unsur Dalaman (Autonomi)

Kerasionalan: Membuat keputusan berdasarkan logik dan prinsip keadilan, bukan sekadar mengikut emosi atau tekanan situasi.

Rasa Tanggungjawab: Menanamkan niat untuk melakukan kebaikan sebagai satu kewajipan mutlak tanpa mengharapkan kepentingan peribadi.

Kekuatan Ego: Membina kekuatan diri untuk tetap berintegriti walaupun berhadapan dengan dilema atau godaan material.

kesedaran etika
Wujudkan kod etika yang jelas (prinsip, peraturan, contoh tingkah laku yang betul/salah) dan pastikan semua profesional memahaminya.

Latih pekerja secara berkala melalui kursus, bengkel dan modul etika supaya mereka boleh kenal dilema moral dan cara membuat keputusan beretika.

Pengurusan jadi teladan (role model) dengan menunjukkan tingkah laku beretika dalam tindakan dan keputusan harian.

Gunakan kaedah “case study”/situasi sebenar untuk perbincangan supaya profesional belajar bagaimana etika diaplikasikan dalam kerja sebenar.

Sediakan saluran pelaporan yang selamat dan adil (contohnya whistleblowing) agar pekerja berani melapor salah laku tanpa takut tindakan balas.

Tegakkan disiplin dengan tegas tetapi adil terhadap pelanggaran etika, termasuk dalam proses penilaian prestasi.

Galakkan budaya integriti dan akauntabiliti melalui komunikasi, kempen kesedaran, dan galakan amalan telus dalam organisasi.