Tulis perenggan yang membincangkan tentang pernyataan di bawah. by Ameerul Aswad

Di Malaysia, pendidikan digital telah menjadi fokus utama dalam agenda pembangunan pendidikan abad ke-21. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 (PPPM) yang menekankan kepentingan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara inisiatifnya termasuklah penggunaan Frog VLE, Google Classroom, serta pelaksanaan Digital Education Learning Initiative Malaysia (DELIMa) bagi menyediakan platform pembelajaran digital yang interaktif. Selain itu, pandemik COVID-19 mempercepatkan integrasi pendidikan digital apabila sekolah dan universiti beralih kepada pembelajaran dalam talian melalui aplikasi seperti Google Meet, Zoom, dan Microsoft Teams. Hal ini membuktikan bahawa pendidikan digital bukan sekadar pelengkap, tetapi menjadi keperluan asas dalam memastikan akses pendidikan berkualiti serta melahirkan pelajar yang bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0.

• Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025. Putrajaya: KPM.

• Ministry of Education Malaysia. (2020). Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Putrajaya: KPM.

• ⁠Ismail, S. A., & Hamzah, M. I. (2020). Online teaching during COVID-19 pandemic in Malaysia: Teachers’ perspectives. Asian Journal of University Education, 16(3), 103–115.

Nayli and Adriana

PENDIDIKAN DIGITAL MERUPAKAN KOMPONEN UTAMA DALAM PENDIDIKAN ABAD KE-21

Dasar Pendidikan Digital menjelaskan 4 objektif pendidikan digital yang disokong dengan 6 teras, 18 strategi dan 41 inisiatif (2023 )secara terperinci. Pelaksanaan dasar ini dapat dimanfaatkan secara optimum oleh murid, pendidik, pemimpin pendidikan dan semua pihak berkepentingan bagi merapatkan jurang digital seterusnya membolehkan pendidikan digital dilaksanakan dengan jayanya. KPM berhasrat agar pelaksanaan dasar ini dapat merealisasikan iltizam dan aspirasi KPM untuk menyampaikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti. KPM - Utama. (n.d.).

Dalam abad ke -21, teknologi digital kini merupakan komponen utama dalam pendidikan. Bukan sahaja releven di negara Malaysia, malah seluruh dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembelajaran digital dalam pendidikan memainkan peranan yang penting iaitu dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Platform pembelajaran digital dapat menyajikan bahan pembelajaran dalam bentuk yang lebih menarik dan interaktif. Penggunaan elemen gamifikasi atau multimedia dapat membuat pembelajaran lebih m menyeronokkan bagi pelajar. Seterusnya,teknologi membolehkan personalisasi pembelajaran dengan menyediakan bahan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan setiap murid. Ini membolehkan setiap murid belajar pada kadar dan gaya mereka sendiri.Nor, C. (2024, February 12)

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan penggunaan projek 1BestariNet, iaitu sebuah inisiatif pendidikan digital yang dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh negara. Melalui platform ini, guru-guru dapat memberi tugasan, kuiz, ujian serta merekodkan markah pelajar secara maya tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada kaedah tradisional. Pada masa yang sama, murid dapat menghantar kerja rumah mereka, mengakses nota, serta menyemak keputusan peperiksaan dengan lebih mudah dan pantas. Hal ini membuktikan bahawa sistem pembelajaran digital memberi peluang kepada murid untuk belajar secara lebih fleksibel, interaktif, dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. KPM - Utama. (2020)

Shah & Sharvita

Kajian UNESCO (2023) menegaskan bahawa teknologi digital adalah asas kepada organisasi kehidupan terutamanya dalam ekonomi, politik, sosial dan budaya. Di Malaysia, kerajaan telah melancarkan Dasar Pendidikan Digital sebagai langkah dan usaha dalam melahirkan masyarakat yang fasih digital. Walau bagaimanapun, untuk merealisasikan agenda ini, kerajaan telah berhadapan dengan pelbagai kesukaran yang memerlukan titik penyelesaian konkrit. Dipetik dari Berita UKM (2024), antara isu yang dibangkitkan termasuklah tahap kesediaan guru adalah antara penyumbang utama kepada cabaran pendigitalan pendidikan negara. Hal ini kerana, tenaga pengajar lazimnya memerlukan masa untuk beradaptasi dengan teknologi pembelajaran secara maya. Buktinya, berdasarkan kepada situasi pandemik Covid-19 yang lalu, hampir semua guru kurang arif dalam mengaplikasikan teknologi ‘meeting’ atau perjumpaan dalam talian seperti Webex, Zoom, Google Meet dan sebagainya. Dapatan kajian Tahap Kompetensi Digital Guru yang dilaporkan di dalam dokumen Dasar Pendidikan Digital 2023 menunjukkan hanya 2.2 peratus guru berada pada tahap lanjutan, 39.9 peratus pada tahap pertengahan dan 57.9 peratus pada tahap asas (Azril Mohd Amin, 2024).

Dalam pada itu, pendidikan digital penting dalam pembelajaran abad ke-21 adalah memperkasakan kemahiran guru dalam memastikan pendidikan berkualiti disampaikan kepada pelajar (Mad Nordin, A.S, Alias,B.S, Mahamod, Z, (2023) Pendigitalan Pendidikan, 1(1), 67-68, file:///C:/Users/user/AppData/Local/Microsoft/Windows/INetCache/IE/1H6MCK91/7[1].

Sofia & Kam

Berdasarkan statistik pendidikan digital di Malaysia 2025, sebanyak 70% sekolah di Malaysia sudah mengimplementasi Digital Classroom (Kementerian Pendidikan, 2025) dan 75% guru melaporkan peningkatan keberkesanan pengajaran dengan bantuan teknologi (Kajian Sinar Harian, 2025) . Menurut laporan UNESCO 2023,lebih 90% negara di dunia telah mengintegrasikan teknologi digital dalam sistem pendidikan mereka. Malaysia juga tidak terkecuali dengan inisiatif Digital Classroom dan pembelajaran hibrid yang semakin diterima.

Antara manfaat pembelajaran digital untuk pelajar dan guru ialah akses fleksibel dan tanpa had. Pelajar boleh belajar dari rumah, perpustakaan, atau mana-mana sahaja yang ada internet. Fleksibiliti ini membantu mereka mengurus masa dengan lebih efektif. Selain itu, pembelajaran bersifat personal dan adaptif. Teknologi membolehkan bahan pembelajaran di sesuaikan mengikut tahap kemahiran pelajar, menjadikan pembelajaran lebih berkesan. Di samping itu, penglibatan interaktif dan kolaboratif. Video, kuiz interaktif, dan forum membolehkan pelajar dan guru berinteraksi secara langsung meskipun berjauhan. Tambahan pula, penggunaan teknologi digital dalam pembelajaran membantu membina kemahiran penting seperti literasi digital, pemikiran kritis, dan penyelesaian masalah.

Rujukan:

Admin. (2025, June 9). Pendidikan Digital: Panduan Lengkap Transformasi Pembelajaran Abad Ke-21. Cikgu Digital. https://cikgudigital.my/pendidikan-digital-panduan-lengkap/

Pendidikan digital merupakan komponen utama dalam pendidikan abad ke-21 disebakan oleh peredaran masa yang kian berkembang.Berdasarkan artikel daripada Malaysia Mendidik, ia melibatkan transformasi menyeluruh dalam cara pendidikan disampaikan dengan tumpuan kepada penggunaan teknologi sebagai alat untuk meningkatkan pembelajaran, menggalakkan kreativiti, dan mempersiapkan pelajar dengan kemahiran abad ke-21.  Antara kepentingan pendidikan digital dalam kalangan murid ialah lebih fleksibel dan mudah diakses.  Hal ini demikian kerana, pembelajaran yang lebih fleksibel dapat memudahkan murid memahami subjek yang dipelajari.  Antara contoh yang diambil dari artikel Malaysia Mendidik, Covid 19 menjadikan bukti nyata bahawa teknologi digital bukan lagi pilihan namun keperluan.

Walaupun pendidikan digital membawa banyak kebaikan kepada murid, namun masih terdapat cabaran-cabaran yang perlu dihadapi semasa sesi pembelajaran digital berlangsung.  Menurut sumber International Journal of Academic Research in Bussiness and Social Sciences (November 2024), ditekankan isu cabaran guru sekolah rendah di Malaysia dalam pelaksanaan pembelajaran digital ialah apabila berlakunya gangguan teknikal, akses internet yang lemah dan peranti yang tidak mencukupi atau rosak. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu terutama kepada sekolah di kawasan pedalaman.

Kesimpulannya, pendidikan digital perlu dipergiatkan di seluruh Malaysia supaya manfaat tersebut dapat dirasai oleh semua pihak.

Amy & Hanie

Menurut Jurnal Pendigitalan Pendidikan (2023) yang ditulis oleh Aminamul Saidah Mad Nordin, Bity Salwana Alias, dan Zamri Mahamod, Pendigitalan pendidikan menuntut guru meningkatkan pengetahuan dan kemahiran agar dapat menyampaikan pengajaran yang berkualiti. Guru memainkan peranan dalam memimpin perubahan di sekolah dan memastikan pelajar sentiasa bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0.

Kemahiran digital membolehkan guru menyediakan bahan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap murid. Guru juga dapat memanfaatkan sumber interaktif dan menggunakan bahan tersebut secara berulang untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran. Usaha ini membantu melahirkan pelajar yang kompeten dan seiring dengan perkembangan pendidikan semasa.

Namun, terdapat juga cabaran yang dihadapi melalui penggunaan digital dalam pendidikan pada abad ini. Berdasarkan Berita RTM (2024) yang ditulis oleh Prof. Madya TS. Dr. Siti Hajar Halili, jurang kemudahan masih menjadi isu utama, terutama di kawasan luar bandar dan komuniti kurang berkemampuan. Tidak semua sekolah di Malaysia mempunyai akses Internet dan peralatan yang mencukupi untuk menyokong pembelajaran multimedia.

Rujukan:

Nordin, A. S. M., Alias, B. S., & Mahamod, Z. (2023). Pendigitalan pendidikan. Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Teknologi Malaysia (JPPTM), 1(1), 66. Disemak 1 Mac 2023; Diterima 4 April 2023; Diterbitkan oleh ICBE Publication. Diakses daripada https://www.jppt.my/wp-content/uploads/2023/04/7.pdf.

Saudara Pengarang. (2024, Februari 5). Transformasi pendidikan digital, adakah kita bersedia? RTM — Portal Berita. Diakses [tarikh anda akses], daripada https://berita.rtm.gov.my/laporan-khas/kolum/senarai-berita-kolumnis/senarai-artikel/transformasi-pendidikan-digital-adakah-kita-bersedia

Pendidikan digital telah membawa satu perubahan yang besar dalam pembelajaran abad ke-21. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan digital telah menggalakkan penglibatan para pelajar dalam pembelajaran aktif melalui platform digital seperti google classroom, padlet dan google meet.(DR. UMI KALSOM MASROM). Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan Yusoff, T. (2025, 27 Februari),Berita RTM, sebanyak lima sekolah di Sabah dan sebuah di Batu Pahat, Johor dipilih sebagai projek rintis sekolah digital bagi memperkasa Dasar Pendidikan Digital (DPD). Setakat ini, 90 peratus golongan pendidik dan 40 peratus murid telah mencapai penguasaan inisiatif pembelajaran pendigitalan malaysia( DELIMA) di Malaysia.

Menurut Malay Mail. (2025, April 18). Kementerian Pendidikan Malaysia menyasarkan kelengkapan papan pintar untuk 10,000 sekolah menjelang 2027. Inisiatif ini bertujuan memperkasakan penggunaan teknologi digital dan Artificial Intelligence (AI) menuju pendidikan digital. Papan pintar menggalakkan pembelajaran yang lebih interaktif, sambil meningkatkan kemahiran digital dalam kalangan pelajar.(Menteri Fadhlina Sidek). Pada masa yang sama, menurut Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Teknologi Malaysia (JPPTM) yang bertajuk PENDIGITALAN PENDIDIKAN, Mad Nordin, A.S., Alias B.S. dan Mahmod, Z., (2023). Pendigitalan Pendidikan, guru dapat mewujudkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap penguasaan dan kecekapan pelajar. Selain itu, guru juga mampu memanfaatkan berbagai-bagai jenis bahan interaktif seperti laman web Kahoot atau Quizizz bagi menambah pengalaman pembelajaran murid menggunakan bahan luar buku teks.

izzah dan sofiyah

Noraini menjelaskan bahawa pendidikan digital dalam pendidikan murid-murid sekolah memainkan peranan yang semakin penting dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Beliau menyatakan platform pembelajaran digital dapat menyajikan bahan pembelajaran dalam bentuk yang lebih interaktif dan menarik. Penggunaan elemen gamifikasi atau multimedia dapat membuat pembelajaran lebih menyeronokkan bagi murid-murid sekolah rendah. Sistem penilaian berasaskan teknologi membolehkan penilaian yang dinamik dan menyeluruh. Guru dapat menggunakan pelbagai jenis penilaian, seperti ujian dalam talian atau projek multimedia, untuk menilai pemahaman murid.

Seterusnya, manfaat lain pendidikan digital dalam abad ke-21 ialah meningkatkan akses dan kesaksamaan pendidikan. Pendidikan digital membolehkan pelajar di kawasan terpencil atau berbeza latar balakang sosial ekonomi mendapat akses ke sumber pembelajaran yang sama. OECD (2024) menekankan bahawa literasi digital adalah asas baharu seperti membaca, menulis dan mengira kerana ia membuka peluang pendidikan baharu serta pekerjaan.

Tambahan pula, pendidikan digital dapat meningkatkan kemahiran ke-21 dari konsep 4C iaitu Critical Thinking , Creativity, Communication dan Collaboration. Pendidikan digital melatih pelajar supaya bukan sekadar menerima maklumat, tetapi menganalisis, menilai dan menghasilkan konten baharu.Chafshah et al. (2023) pula mendapati integrasi teknologi meningkatkan kreativiti dan kolaborasi murid di sekolah rendah.

RUJUKAN

1. Cikgu Noraini Othman. (2024, Januari). Kepentingan pembelajaran digital dalam pendidikan. CikguNorainiOthman.com. https://www.cikgunorainiothman.com/2024/01/kepentingan-pembelajaran-digital-dalam.html

2.OECD. (2024). The new ABC of tomorrow: Digital literacy as foundational as reading and arithmetic. OECD Publishing. https://timesofindia.indiatimes.com/education/news/the-new-abc-of-tomorrow-digital-literacy-as-foundational-as-reading-and-arithmetic/articleshow/122436861.cms

3. , N. A., [dan rakan-rakan]. (2023). Integrasi teknologi dan media dalam pembelajaran abad ke-21 di pendidikan dasar. Jurnal Pendidikan Dasar, 11(1), 55–65. https://journal.unpas.ac.id/index.php/pendas/article/view/19887

4. Zuhri, S., Suwindia, I. G., & Winangun, I. M. (2024). Literasi digital dan kecakapan abad ke-21: Analisis komprehensif dari literatur terkini. Jurnal Edutech dan Sains Sosial Riset, 5(2), 88–97. https://jurnal.iicet.org/index.php/essr/article/view/5003

Faiz & Umara

Dokumen Dasar Pendidikan Digital yang diterbitkan oleh Abdul Aziz How bin Abdullah mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia pada 28 November 2023 menggariskan visi untuk melahirkan generasi murid yang fasih digital dan berdaya saing di peringkat global. Dasar ini dibangunkan dengan empat objektif utama iaitu membangunkan murid yang memahami dan mampu menggunakan teknologi digital, memperkasa pendidik serta pemimpin pendidikan dalam mengintegrasikan teknologi digital, memperkukuh infrastruktur dan infostruktur pendidikan, serta menggalakkan penglibatan aktif rakan strategik sebagai pemangkin pendidikan digital. Pelaksanaannya berasaskan enam teras strategik iaitu murid fasih digital, pendidik kompeten digital, budaya kepemimpinan digital berwawasan, pengupayaan infrastruktur dan infostruktur, kandungan digital berkualiti dan rakan strategik yang komited. Setiap teras ini mempunyai strategi khusus dan inisiatif terperinci merangkumi lapan belas strategi dan empat puluh satu inisiatif keseluruhan yang disusun dengan petunjuk prestasi dan tempoh pelaksanaan bagi memastikan keberkesanan dasar. Kejayaan pelaksanaan dasar ini memerlukan penglibatan menyeluruh semua pihak termasuk pemimpin pendidikan, pendidik, kerajaan, ibu bapa, komuniti, NGO, GLC dan sektor swasta yang masing-masing berperanan menyumbang kepada pembangunan ekosistem pendidikan digital yang mampan.

Selain itu, berdasarkan Aminamul Saidah Mad Nordin, Bity Salwana Alias dan Zamri Mahamod, pendidikan digital bukanlah sebuah konsep baharu, dan telah diterima di hampir semua peringkat pembelajaran seperti di tadika hingga di institusi pengajian tinggi. Perkara in difokuskan sebagai transformasi sistem pendidikan di Malaysia, dengan tujuan untuk membentuk pendidik dan pelajar yang kreatif.

Abdul Aziz How bin Abdullah (MOE). (2023, 28 November). Dasar Pendidikan Digital [Flip eBook]. Kementerian Pendidikan Malaysia.http://anyflip.com/ncosr/nuoj/basic

Abdullah, N. H., & Omar, A. (2023). Pendigitalan pendidikan. Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Teknologi Malaysia (JPPTM), 1(1), 63–71.

https://www.jppt.my/wp-content/uploads/2023/04/7.pdf

(Najihatul, Radhiatul, Syaza)

Pendidikan digital kini menjadi nadi transformasi sistem pendidikan global. Menurut laporan UNESCO 2023, lebih 90% negara di dunia telah mengintegrasikan teknologi digital dalam sistem pendidikan mereka. Hakikatnya, pendidikan digital sememangnya merupakan komponen utama dalam abad ke-21 kerana ia penting sebagai persediaan pelajar menghadapi dunia yang berorientasikan teknologi dan memerlukan kemahiran yang relevan untuk pembangunan peribadi dan masa depan mereka. Penggunaan teknologi dalam pendidikan membolehkan pendekatan pengajaran yang lebih menarik dan disesuaikan dengan gaya pembelajaran murid yang pelbagai. Penggunaan teknologi juga membantu membina kemahiran penting seperti literasi digital, pemikiran kritis, dan penyelesaian masalah. Menurut Navaro and Shoemaker dalam Tuan Nguyen (2015) hasil pembelajaran bagi PdPc dalam talian adalah sama atau lebih baik berbanding hasil pembelajaran PdPc yang dilaksanakan secara lama.

Antara manfaat pendidikan digital ialah dapat mengakses secara  fleksibel dan tanpa had. Pelajar boleh belajar dari rumah, perpustakaan, atau mana-mana sahaja yang ada peranti internet yang stabil. Fleksibiliti ini dapat membantu mereka mengurus masa dengan lebih efektif. Selain itu, pendidikan digital dapat dimanfaatkan melalui penglibatan interaktif dan kolaboratif. Penghasilan video, kuiz interaktif, dan forum membolehkan pelajar dan guru berinteraksi secara langsung meskipun dari jarak jauh. Contohnya dapat dilihat pada penggunaan aplikasi Google Classroom & Microsoft Teams yang berfungsi membantu dalam pengurusan kelas, penugasan, dan komunikasi dalam satu platform. Aplikasi Zoom & Google Meet pula digunakan dalam sesi pembelajaran dan seminar dalam talian secara langsung manakala Alat Kolaborasi seperti Google Docs, Padlet, dan Trello membantu pelajar dan guru berkolaborasi secara efektif. Selain itu, laman sesawang seperi Khan Academy dan Coursera boleh dijadikan sebagai sumber pembelajaran yang berkualiti tinggi dari peringkat asas hingga lanjutan.Akhir sekali, terdapat langkah-langkah mengelakkan penyalahgunaan pendidikan digital ialah guru sentiasa mengemaskini ilmu teknologi terkini dan memantau di dalam talian.  Pelajar pula hendakklah menggunakan sumber pembelajaran tambahan dengan betul.  Di samping itu, guru haruslah merancang jadual belajar dalam talian.

Rujukan :

Cikgu Digital. (2025, Januari 14). Pendidikan digital: Panduan lengkap transformasi pembelajaran abad ke-21. Cikgu Digital. https://cikgudigital.my/pendidikan-digital-panduan-lengkap/

Pada era globalisasi ini, pendidikan digital digunakan secara meluas dari peringkat tadika hingga peringkat universiti seiring dengan kehendak Revolusi Industri 4.0. Individu yang fasih digital akan mampu bersaing kerana mereka mampu menguasai kemahiran baharu serta memanfaatkan platform digital untuk pendidikan, kerjaya dan perniagaan, Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Teknologi Malaysia (JPPTM). Sejak tahun 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pembelajaran beraskan ICT. Hal ini adalah untuk meningkatkan bakat pelajar dalam berurusan dengan komputer dan rangkaian serta berkomunikasi dengan pelajar lain tanpa mengira sempadan (Fakulti Pendidikan, Universiti  Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia)

Menurut Noraini Othman, 22 Januari 2024, antara kepentingan pendidikan digital ialah  pembelajaran menjadi lebih interaktif. Hal ini adalah kerana platform pembelajaran digital dapat menyajikan bahan pembelajaran dalam bentuk yang lebih menarik. Penggunaan elemen grafik serta multimedia dapat membuatkan pembelajaran lebih menyeronokkan bagi murid-murid sekolah rendah. Selain itu, pembelajaran digital membolehkan akses mudah kepada pelbagai sumber maklumat dan bahan pembelajaran. Murid-murid dapat mengakses bahan pembelajaran dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa, memberi kelebihan keterbukaan dan fleksibiliti. Akhir sekali, pembelajaran digital membuka pintu kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat. Murid-murid dapat terus mengembangkan kemahiran dan mengejar minat mereka melalui pelbagai sumber pembelajaran dalam talian.