4NA Lisan - 4. Kemudahan warga emas by

SYARAFINA
SOALAN:Adakah kamu mempunyai seorang warga emas dalam keluarga kamu?

Dahulu ,saya ada mempunyai seorang warga emas dalam rumah saya pada masa yang singkat. Warga emas itu ialah arwah datuk saya .Pada masa itu ,dia sungguh lemah setelah dia telah jatuh di rumahnya sendiri .Selepas itu ,ia sangat sukar untuk datuk saya untuk berjalan .Semua saudara mara saya  berasa risau dengan keadaan datuk saya.Oleh kerana, datuk berada di keadaan yang lemah. Dia terpaksa tinggal di rumah saya .Semasa dia tinggal di rumah saya ,dia selalu membawa tin kosong kemana dia pergi supaya dapat membuang lendihnya .Kadangkala,dia tidak memakai baju dan cuma memakai kain samping .Selain itu,ibu saya terpaksa memasak makanan yang sesuai untuknya ,seperti bubur .Kami sekeluarga terpaksa memakanya juga walaupun kami tidak gemar  dengan masakan itu kerana ia tidak berperisa .Walaupun kehadiran datukke rumah saya membawa banyak beban .Ada juga manfaatnya. Sebagai contoh ,dia selalu memberikan nasihat tentang agama islam .Dia juga menceritakan pengalamannya semasa dia muda .Ia telah merapatkan hubungan kami sekeluarga.Secara keseluruhannya ,saya berasa bersyukur yang dia dapat tinggal di rumah saya dan telah dapat mengubah diri saya untuk menjadi seorang yang lebih beramanah dan sopan

ADILAH
Soalan 1): Apakah kesusahan yang warga emas lalui pada masa ini?

Kesusahan yang warga emas lalui pada masa ini ialah kesusahan-kesusahan seperti diabaikan oleh anak-anak mereka, kebosanan kerana ditinggalkan keseorangan di rumah dan juga masalah kewangan kerana sudah tidak larat berkerja. Contohnya,warga emas diabaikan oleh anak-anak mereka. Pada masa kini,ramai anak muda sibuk berkerja hingga jarang meluangkan masa bersama warga emas yang tinggal bersama mereka sepeti ibu bapa mereka.Oleh itu,warga emas akan merasa mereka telah diabaikan dan tidak disayangi lagi. Mereka juga akan merasa bosan kerana hidup keseorangan.Nasib baik,pemerintah telah membina ruang untuk warga emas berkumpul supaya mereka boleh bergaul dengan warga-warga emas yang lain dan mereka tidak akan berasa bosan.Contohnya,terdapat rumah-rumah orang tua seperti rumah Jamiyah yang menganjurkan program-program untuk warga emas.Terdapat program seperti bersenam beramai-ramai khusus untuk warga emas,jamuan makan-makan dan macam-macam lagi.Ini akan membuat warga emas lebih terikat dan meraka tidak akan rasa bosan.

Soalan 2):Apakah kesusahan yang anda perlu lalui ketika menjaga warga emas?

Kesusahan yang saya perlu lalui ketika majaga warga emas ialah saya perlu menanan karenan mereka yang kadang-kala menjengelkan.Sebagai contoh,warga emas kelakuan cerewet dengan pemakanan mereka,memarahi cucu-cucu mereka jika mereka tidak memakan masakan yang dimasak oleh mereka yang sering menanya soalan yang sama berulang kali.Mereka juga jatuh sakit justeru kami perlu menghantar mereka ke klinik untuk dirawat .Inilah sebab mengapa ramai orang muda pada zaman sekarang menghantar ibu-bapa mereka ke rumah orang tua. Tetapi,pada pendapat saya,walaupun ia susah untuk menjaga mereka,saya rasa yang kami patut menghargai mereka dan cuma bertanan dengan katenah mereka kerana mereka telah menjaga kami sewaktu kecil dan juga walaupun mereka banyak cakap ,kadang-kala kata-kata mereka itu betul dan bijak. Kami tidak patut melupakan jasa mereka.

SHAHIRA
SOALAN 3a)Berikan saranan-saranan usaha pemerintah yang boleh dilakukan untuk kebaikan warga emas?

Pemerintah boleh membina ruang warga emas di estet-estet perumahan Singapura.Warga emas sering di rumah.Kadang-kala,keseorangan kerana anak-anak dan cucu mereka pergi kerja atau sekolah.Mereka juga tidak ada aktiviti untuk memenuhkan masa lapang mereka.Di dalam rumah,aktiviti yang sering dibuat cuma memasak atau menonton televisyen.Tetapi,selepas memasak atau rancangan televisyen itu tidak seronok,mereka tidak ada apa-apa untuk buat.Dengan membina ruang warga emas di estet-estet perumahan di Singapura,warga emas  boleh turun di kolong blok mereka untuk meluangkan masa mereka di sana.Mereka juga boleh berjumpa dengan warga emas yang lain.Mereka boleh membina persahabatan yang baru.Dengan ini,warga emas tidak selalu bergantung kepada anak dan cucu mereka untuk mengisi keseorangan dan kesunyian yang mereka hadapi.
Pemerintah boleh memberi wang subsidi kepada warga emas untuk warga emas membayar bil-bil perubatan mereka.Saya juga akan berusia dan menjadi warga emas satu hari nanti,dengan membayangkan diri saya seperti nenek dan datuk saya,tubuh saya tidak kuat seperti dahulu.Warga emas tentu ada penyakit mereka tersendiri.Harga rawatan hospital dan ubat-ubat yang harus diambil boleh menjejak beribuan dolar kerana teknologi yang canggih telah digunakan.Kebaikan warga emas tidak mahu menyusahkan anak mereka yang sibuk bekerja untuk menampung keluarga mereka sendiri.Oleh itu,kebaikan warga emas risau kerana wang CPF mereka tidak mencukupi untuk membayar wang jumlah yang banyak untuk perubatan dan rawatan.Ia juga boleh mengakibatkan untuk warga emas tidak peduli tentang kesihatan mereka.Dengan memberi wang subsidi tersebut,warga emas tidak perlu mengambil kisah tentang membayar bil perubatan.Mereka cuma harus tumpukan perhatian mereka terhadap kesihatan tubuh mereka.

SOALAN 3B)Apakah kesannnya jika golongan warga emas tidak dijaga dengan baik?

Kebanyakkan warga emas tidak dijaga dengan baik.Mungkin kerana anak-anak mereka sibuk dengan pekerjaan mereka.Solusi yang paling senang ialah untuk menghantar warga emas ke rumah orang tua.Perbuatan ini tidak baik dipandangan orang lain kerana anak-anak mereka bertanggungjawab untuk menjaga ibu-bapa mereka.Sebaliknya,menghantar warga emas ke rumah orang tua tidak selalunya buruk kerana ada juga jururawat yang pakar menjaga orang tua yang lemah.Dengan itu,kita ada kepastian yang kuat bahawa ibu bapa kita akan dijaga dengan baik.Namun begitu,pada khidmat saya,saya akan mencuba sedaya upaya saya untuk menjaga ibu bapa saya tanpa pertolongan orang luar kerana warga emas lebih suka jika keluarganya sendiri yang menjaga mereka daripada orang yang mereka tidak kenali.Oleh itu,kita harus mengenang budi baik mereka kerana mereka telah menjaga kita sejak kecil dan bersabar dengan perangai kita,Kita harus beri balik kepada jasa mereka.