Zaman Khulafa Al- Rasyidin by aleeshaa azahar

LATAR BELAKANG
Khulafa Al Rasyidin ialah gelaran kepada empat orang sahabat yang memegang jawatan dalam Negara Islam selepas kewafatan Rasulullah. Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah sebelum. Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam diganti oleh kerajaan Ummaiyyah.

Definisi Kalifah :

Orang yang memegang jawatan sebagai ketua negara Islam.

Definisi Khulafa’ Ar-Rasyidin :

Gelaran kepada empat orang sahabat yang memegang jawatan sebagai kalifah selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.

Khulafa' Ar-Rasyidin terdiri daripada :

Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Saidina Umar Bin Al-Khattab

Saidina Uthman Bin Affan

Saidina Ali Bin Abi Talib

Pusat Pemerintahan :

Madinah al-munawwarah

Tempoh Kekuasaan :

29 tahun

11 Hijrah - 41 Hijrah

RIWAYAT HIDUP PARA KHALIFAH'

SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ

BIODATA :

Tarikh lahir : Dilahirkan pada tahun 570 Masihi.

Nama sebenar : Abdul Kaabah bin Usman. / Abu Quhafah bin Abdulullah

Keturunan :  Bani Tamim.

Gelaran : As-Siddiq (beliau sentiasa membenarkan apa sahaja yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.)

Nama ibu beliau : Salma binti Shakhar atau Ummu Khair yang bererti ibu yang baik.

SEJARAH KEKHALIFAN :

Abu Bakar as-Siddiq dilantik sebagai khalifah yang pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW pada 632 M

Beliau meninggal dunia pada 21 Jamadil Akhir 13 H bersamaan 23 Ogos 634 H akibat demam.

Ketika Nabi Muhammad SAW sakit, baginda melantik Abu Bakar menjadi imam. Disebabkan itu, selepas nabi Muhammad SAW wafat, baginda dilantik menjadi khalifah.

Anak perempuan Abu Bakar as-Siddiq, Aisyah menjadi isteri Rasulullah SAW.

Walaupun Khalifah Abu Bakar as-Siddiq memerintah dua tahun tiga bulan  sepuluh hari sahaja namun sudah menundukkan mereka yang murtad, enggan membayar zakat dan mengaku menjadi nabi.

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

BIODATA :

Nama : Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza

Keturunan :  Bani Adi,Quraisy

Tarikh lahir : 584 Masihi (13 tahun selepas Kelahiran  Rasulullah SAW)

Tempat lahir :  Mekkah al-Mukarramah

Tarikh menjadi Khalifah :  Selasa, 22 Jamadilakhir 13 Hijrah, bersamaan 23 Ogos 634 Masihi

Tempoh Pemerintahan : 10 tahun 6 bulan

Tarikh Wafat : Bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah( 63 tahun )

Sebab Kewafatan : Dibunuh oleh hamba Majusi berbangsa Parsi bernama fairuz(Abu Lu’lu’ah)

Gelaran : Al-Farouq (pemisah antara hak dan batil)

SIFAT PERIBADI :

BERANI :

Sebelum memeluk Islam, diberi kepercayaan oleh kaum Quraisy menentang dakwah Rasulullah SAW.

Semasa memeluk Islam (33 tahun), beliau mengisytiharkan pengisalaman beliau kepada masyarakat Arab tanpa gentar.

BERANI MENEGAK KEBENARAN :

• Sesudah memeluk Islam, Contohnya, semasa hendak berhijrah ke Madinah beliau mencabar sesiapa yang berani menghalangnya secara terbuka.

SAIDINA USMAN AFFAN

BIODATA :

Nama Penuh : Uthman Bin Affan Bin Abu Al-'As Bin Umaiyah.

Keturunan : Bani Umaiyah.

Tarikh Lahir : 576 Masihi iaitu 6 tahun selepas " Tahun Gajah".

Tempat Lahir : Makkah Al-Mukarramah.

Tarikh Lantikan Khalifah : Pada 644 Masihi Bersamaan 23 Hijrah.

Tempoh Pemerintahan : 12 Tahun.

Tarikh Kewafatan : 18 Zulhijjah 35 Hijrah.

Gelaran : " Zu Nurain" ( Yang mempunyai dua cahaya kerana telah memperisterikan dua puteri Rasulullah S.A.W )

KISAH KEISLAMAN :

- Uthman adalah antara golongan yang mula-mula memeluk islam

- Sejak kecil beliau telah berbudi pekerti mulia dan luhur ,oleh itu beliau mudah menerima islam.

- Seorang yang tegas yang hanya akan menerima kebenaran dan menolak kebatilan.

- Beliau menerima islam melalui dakwah yang telah disampaikan oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq R.A.

SAIDINA  ALI BIN ABI TALIB

BIODATA :

Nama :  Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib

Keturunan : Bani Hasyim

Tarikh lahir : 10 tahun sebelum Nabi menjadi rasul 601 masihi

Tempat lahir : Dalam kaabah di Mekah Al-Mukarramah

Tarikh menjadi Khalifah  :  Tahun 35 Hijrah bersamaan 655 Masihi

Tempoh pemerintahan :  4 tahun

Tarikh Wafat : 17 Ramadan tahun 41 Hijrah 661 Masihi

Sebab Kewafatan : Dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljim di Bandar Kufah

Gelaran : Abu Hasan / Abu Turab

SIFAT PERIBADI :

Bersikap adil

Bijaksana

Berwawasan

Pintar

Berfikiran luas

Berusaha mencari ilmu

Berani menegakkan kebenaran

Terbuka

Taat mengerjakan suruhan ALLAH SWT

Kreatif dan sanggup berkorban kerana ALLAH SWT

Cabaran
MPELAKSANAAN DAKWAH DAN POLITIK ISLAM ZAMAN  KHALIFAH UMAR AL-

KHATTAB

Melantik Gabenor Di Wilayah Yang Ditakluki Islam

Khalifah Umar al-Khattab telah melantik Abu Ubaydah al-Jarrah sebagai Gabenor yang pertama

di wilayah Syria yang kemudiannya diganti oleh Yazid  bin Abi Sufyan   setelah Abu Ubaydah

meninggal dalam   wabak taun Amwas  pada tahun  18 Hijrah. Kemudian  Yazid bin abi   Sufyan

digantikan   pula   dengan   adiknya   Mu’awiyah   bin   Abi   Sufyan   dan   beliau   telah   melaksanakan

tugasnya   dan   polisi   yang   ditugaskan   oleh   Khalifah   Umar   al-Khattab   kepadanya   dengan

sebaiknya. Mu’awiyah bin Abi Sufyan telah memperketatkan proses perpindahan orang arab ke

Syria iaitu hanya dibataskan untuk suku-suku arab yang telah sedia ada di Syria (Anwar Zainal

Abidin & Wan Kamal Mujani. 1999: 359).

Penambahbaikan Sistem Cukai Dan Menguatkan System Pertahanan

Khalifah  Umar al-Khattab melakukan penambahbaikan terhadap sistem cukai  di Syria. Petani-

petani telah dikenakan bayaran sebanyak satu dinar dan sejumah gandum setiap orang mengikut

keluasan   tanah   yang   dimiliki.   Penduduk   di   Bandar   pula   dikenakan   membayar   cukai   yang

dikenali  sebagai   jizyah  iaitu  cukai   kepala  mengikut   keupayaan   masing-masing. Pengecualian

cukai diberikan kepada kanak-kanak, perempuan, dan orang tua. Pendapatan hasil daripada cukai

ini juga telah disalurkan kepada pentadbiran  Syria dan telah  diberikan untuk pembinaan kubu-

kubu serta benteng pertahanan di sepanjang pantai Syria dan menubuhkan angkatan tentera laut yang diketuai oleh Mua'wiyah bin Abi Sufyan.

PELAKSANAAN DAKWAH DAN POLITIK ISLAM   ZAMAN   KHALIFAH  UTHMAN

BIN AFFAN

AL-FITNAH AL-KUBRA (ZAMAN FITNAH)

Pada akhir tahun  34 Hijrah, pemerintahan Islam  dilanda fitnah. Sasaran fitnah  tersebut adalah

Saidina Uthman ra. hingga mengakibatkan beliau terbunuh pada tahun berikutnya. Fitnah yang

keji datang dari Mesir berupa tuduhan-tuduhan palsu yang dibawa oleh orang-orang yang datang

hendak umrah pada bulan Rejab. Saidina Ali bin Abi Thalib ra. bermati-matian membela Saidina

Uthman   dan   menyangkal   tuduhan   mereka.   Saidina   Ali   menanyakan   keluhan  dan  tuduhan

mereka,  yang   segera  dijawab   oleh  mereka,   “Uthman telah   membakar  mushaf-mushaf,   shalat

tidak diqasar sewaktu di Mekah, mengkhususkan sumber air untuk kepentingan dirinya sendiri

dan   mengangkat   pimpinan   dari   kalangan   generasi   muda.   la   juga   mengutamakan   segala

kemudahan   untuk   Bani   Umayyah   (golongannya)   melebihi   orang   lain.”

Pada hari Jumaat, Saidina Uthman berkhutbah dan mengangkat tangannya seraya berkata,

“Ya Allah, aku beristighfar dan bertaubat kepadaMu. Aku bertaubat atas perbuatanku. ”Saidina

Ali ra menjawab, “Mushaf-mushaf yang dibakar ialah yang mengandungi perselisihan dan yang

ada sekarang ini dan adalah yang disepakati bersama keshahihannya. Adapun shalat yang tidak

diqasar sewaktu di Mekah, adalah kerana dia berkeluarga di Mekah dan dia berniat untuk tinggal

di sana. Oleh kerana itu shalatnya tidak diqasar. Adapun sumber air yang dikhususkan itu adalah

untuk ternakan sedekah sehingga mereka besar, bukan untuk ternakan unta dan domba miliknya

sendiri.   Umar  juga   pernah   melakukan  ini   sebelumnya.   Adapun   mengangkat  pimpinan   dari

generasi muda, hal ini dilakukan semata-mata kerana mereka mempunyai kemampuan dalam

bidang-bidang tersebut. Rasulullah SAW juga pernah melakukan ini hal yang demikian. Adapun

beliau mengutamakan kaumnya, Bani Umayyah, kerana Rasulullah sendiri mendahulukan kaum

Quraish daripada bani lainnya. Demi Allah seandainya kunci syurga ada di tanganku, aku akan

memasukkan   Bani   Umayyah   ke   syurga.”

Setelah mendengar penjelasan Ali ra., umat Islam pulang dengan rasa puas. Tetapi para

peniup fitnah terus melancarkan fitnah dan merencanakan makar jahat mereka. Di antara mereka

ada   yang   menyebarkan   tulisan   dengan   tanda   tangan   palsu   daripada   sahabat   termuka   yang

memburukkan   Uthman.   Mereka   juga   menuntut   agar   Uthman   dibunuh

Fitnah keji pun terus menjalar dengan kejamnya, sebahagian besar umat termakan fitnah

tersebut hingga terjadinya pembunuhan atas dirinya, setelah sebelumnya terkepung selama satu

bulan di rumahnya.  Peristiwa inilah yang disebut  dengan “Al-Fitnah  al-Kubra” yang  pertama,

15

sehingga   merobek   persatuan   umat   Islam.

PEMBUNUHAN UTHMAN

Saidina Uthman ra. syahid dibunuh oleh pemberontak-pemberontak yang mengepung rumahnya.

Pada tanggal 8 Zulhijah 35 Hijriah, Uthman menghembuskan nafas terakhirnya sambil memeluk

Al-Quran yang dibacanya. Sejak itu, kekuasaan Islam semakin sering diwarnai oleh titisan darah.

Pemerintahannya  memakan   masa   selama   12   tahun,  yang   mana  ianya   merupakan   pemerintah

yang   paling   lama   dalam   pemerintahan   Khulafa‘   ar-Rasyidin.