MUNAFIK 1 by NUR ADLINA BINTI ROSLI (KL)

2) CABANG FALSAFAH

DEFINISI FALSAFAH METAFIZIK
Falsafah Metafizik bermaksud melangkaui alam fizik. Metafizik merupakan kajian pada peringkat yang paling abstrak, atau paling umum mengenai sesuatu perkara/fenomena/alam. Juga, adalah suatu bidang ilmu yang jauh menjangkau alam fizikal atau kebendaan. Ia juga membincangkan mengenai hakikat realiti, kewujudan dan dunia yang sebenarnya di luar alam biasa atau yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

METAFIZIK DALAM PERSPEKTIF ISLAM
Pada perspektif Islam, Metafizik ialah kajian tentang perkara-perkara seperti kewujudan dan sifat Tuhan, serta konsep-konsep ghaib yang tidak dapat dibuktikan dengan pancaindera dan metafizik bukan hanya ditaakul melalui akal dan pengalaman pancaindera tetapi menaakul perbahasan di dalam agama mengenai realiti dan kebenaran seperti dinyatakan dalam Al-Quran. Ia melibatkan pemikiran tentang perkara-perkara seperti kehidupan selepas kematian, syurga,dan neraka, yang difahami melalui wahyu dan akal. Kajian ini penting dalam Islam kerana ia membantu kita memahami realiti dan kebenaran melalui perbahasan dan penaakulan berdasarkan al-Quran. Menurut ahli falsafah Islam Al-Kindi, kewujudan Tuhan adalah unik dan tidak seperti fizikal. Bersifat Al-Haqq Al-Awwal.

METAFIZIK DALAM PERSPEKTIF BARAT
Pada perspektif barat, Aristotle dan Plato percaya bahawa metafizik adalah sains yang mengkaji sifat semua perkara, termasuk perkara yang berkaitan dengan Tuhan dan agama. Ia menggunakan logik untuk menjawab soalan tentang dunia ghaib dan bagaimana ia berhubung dengan dunia fizikal. Mereka juga berpendapat bahawa idea dan konsep abstrak adalah lebih nyata dan kekal daripada objek fizikal, yang sentiasa berubah-ubah. Mereka percaya bahawa ada sesuatu yang lebih dalam di sebalik pemikiran kita dan dunia fizikal.

METAFIZIK DALAM PERSPEKTIF TIMUR
Pada perspektif timur, Metafizik merujuk kepada kajian tentang sifat realiti yang lebih mendalam daripada apa yang dapat ditangkap oleh pancaindera manusia. Tradisi metafizik Timur sering kali berbeza dengan tradisi Barat kerana ia lebih tertumpu kepada pengalaman dalaman, intuisi, dan aspek-aspek rohani kehidupan. Metafizik Timur juga sering kali tidak terikat kepada logik dan rasionaliti seperti dalam tradisi Barat. Sebaliknya, ia lebih cenderung ke arah pengalaman mistik, meditasi, dan realisasi diri. Amalan spiritual dan ritual adalah cara-cara utama untuk mencapai pemahaman metafizik ini. Metafizik Timur cenderung menekankan pengalaman langsung dan transformasi dalaman daripada spekulasi rasional semata-mata. Praktik meditasi, yoga, upacara, dan disiplin spiritual adalah cara untuk mengalami dan memahami sifat sejati realiti, berbanding pendekatan analitis dan konseptual yang lebih biasa dalam tradisi Barat. Metafizik Timur mengajarkan bahawa kebenaran tertinggi dan realiti yang lebih dalam dapat dicapai melalui jalan rohani, keharmonian dengan alam, dan pengalaman intuitif, memberikan pandangan yang kaya dan mendalam mengenai makna dan tujuan hidup.

4) JUSTIFIKASI FILEM TERHADAP ISU SEMASA

PENGGUNAAN TANGKAL (ILMU HITAM)
Kewujudan atau penggunaan tangkal adalah tidak begitu asing dalam kalangan masyarakat kita. Tangkal atau azimat selalunya digunakan sebagai pelindung diri dan penolak bala. Ia juga digunakan sebagai pelaris kedai oleh pemilik perniagaan. Terbaharu, terdapat satu kes dimana seorang pemuda dirasuk akibat tangkal yang dipakainya. Tangkal tersebut diikat dibahagian perutnya dan bertindak sebagai ‘harimau’ yang melindungi dirinya dan menjadikannya kuat ketika bertempur.

MAKHLUK HALUS (ALAM GHAIB)
Di dunia nyata, kewujudan makhluk halus bukanlah sesuatu yang jarang didengar. Terlalu banyak kes dimana manusia diganggu oleh makhluk halus dari zaman dulu hingga sekarang. Seperti yang dilalui oleh ‘wanita besi’ iaitu sekumpulan wanita yang meneroka hutan untuk dijadikan ladang kelapa sawit. Menurut Minah yang merupakan wakil bagi kumpulan ‘wanita besi’ itu, terlalu banyak dugaan yang mereka tempuh selama mereka melakukan kerja penerokaan ini. Salah satunya adalah gangguan makhluk halus. Menurutnya, hampir setiap malam mereka diganggu makhluk halus sehingga tahap mereka terkena histeria. Namun, gangguan itu berkurang selepas mereka membiasakan diri membaca ayat suci al-Quran dan menunaikan solat hajat dengan lebih kerap.

KEWUJUDAN TUHAN
Kebanyakan orang percaya akan kewujudan Tuhan. Bagi umat Islam yang menyembah Allah SWT, Tuhan mereka tidak boleh digambarkan dengan lima pancaindera manusia. Namun begitu, terdapat bukti kewujudan Allah SWT disekeliling kita dan juga dalam kehidupan seharian kita. Baru baru ini, umat Islam di seluruh dunia telah menyambut bulan Ramadan. Bagi umat Islam, bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh rahmat dan keberkatan. Oleh itu, sepanjang bulan Ramadan, umat Islam akan mengerjakan ibadah dengan lebih bersungguh-sungguh seperti berpuasa, menunaikan solat malam, bersedekah, dan mengaji al-Quran. Al-Quran merupakan kitab suci umat Islam yang mengandungi petunjuk Allah SWT. Oleh itu, ramai umat Islam mengambil peluang untuk belajar dan mengenal Allah SWT dengan cara mendalami al-Quran terutamanya di bulan Ramadan.

3) PERKAITAN (KAITAN FILEM DENGAN CABANG FALSAFAH)

PENGGUNAAN TANGKAL (ILMU HITAM)
Di dalam filem ini, terdapat adegan di mana Zati menyimpan tangkal didalam satu kotak yang disimpan didalam rumahnya. Zati menganggap ianya sebagai satu ikhtiar untuk melindungi diri dan keluarganya. Tangkal itu lalu dirampas oleh Ustaz Adam kerana ianya merupakan perkara yang bercanggah dengan ajaran agama Islam dan dianggap sebagai syirik. Oleh itu, Ustaz Adam menasihati Zati untuk menjauhi diri dari perkara tersebut dan mengingatkannya untuk meminta perlindungan dari Allah SWT.

MAKHLUK HALUS (ALAM GHAIB)
Filem ini telah banyak menunjukkan adegan yang berkaitan dengan makhluk halus. Contohnya seperti di dalam adegan ini di mana Ustaz Adam diganggu makhluk halus melalui Pak Osman. Pak Osman telah memanggil Iblis untuk meminta bantuannya untuk menyerang Ustaz Adam. Badannya telah ditarik, dihayun, dan dicampak beberapa kali. Kewujudan makhluk halus itu tidak boleh dilihat, namun boleh dirasa seperti mana yang digambarkan dalam filem.

KEWUJUDAN TUHAN
Di dalam filem ini, terdapat banyak adegan berkaitan kewujudan Tuhan. Salah satunya adalah didalam adegan ini dimana Ustaz Adam berdoa kepada Allah untuk meminta pertolongan dan agar dirinya dilindungi dari segala hasutan syaitan. Walaupun tidak henti-henti diserang oleh Pak Osman yang dibantu Iblis, Ustaz Adam terus membaca doa dan ayat-ayat al-Quran sebagai meminta pertolongan kepada Allah untuk melawan Pak Osman. Berkat usaha Ustaz Adam yang tidak putus berdoa, doanya dimakbulkan oleh Allah dengan serta-merta lalu menyebabkan Pak Osman terus dipanah petir sekaligus melenyapkan makhluk halus yang membantu Pak Osman. Adegan ini menunjukkan kewujudan Tuhan yang tidak boleh digambarkan dengan pancaindera manusia namun kewujudan-Nya terbukti dengan cara mengabulkan doa hamba-Nya yang dalam kesusahan.

AHLI KUMPULAN

NUR ADLINA BINTI ROSLI
(AM2307013857)

ANIS SOFEA BINTI ABDUL AZIZ
(AM2307013873)

1) PLOT

SITI NOR ATHIRAH BINTI MUHAMAD AZMAN
(AM2307014003)

PERMULAAN
Permulaan cerita apabila Ustaz Adam, isterinya Zulaikha , dan anaknya telah pun terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawa Zulaikha. Dengan apa yang telah berlaku, Ustaz Adam tidak dapat menerima kenyataan dan menidakkan takdir meskipun seringkali ditenangkan dan dinasihati rakan-rakannya. Maria, iaitu jiran berdekatan di kampung tersebut telah terkena gangguan halus yang kronik sehingga membuatkan Maria hanya bergantung pada ubat penenang. Maria hidup dalam keadaan ketakutan. Kejadian pelik sering berlaku di rumahnya menyebabkan Zati terpaksa meminta bantuan daripada Ustaz Adam mengubati Maria. Selepas didesak oleh Imam Ali akhirnya Ustaz Adam bersetuju mengubati Maria.

PUTRI ERIEYSHA BT MOHD RIDZUAN
(AM2307014304)

5) PENYELESAIAN ATAU PERSOALAN KHUSUS

PERSOALAN 1
MENGAPAKAH PENGGUNAAN TANGKAL MASIH DIAMALKAN OLEH SESETENGAH INDIVIDU PADA MASA KINI?

Sesetengah individu bertindak untuk memakai tangkal bertujuan untuk memperdalam hubungan spiritual dengan Tuhan. Tangkal juga sering dianggap sebagai pengingat dan penenang dalam mengekalkan kesedaran terhadap Tuhan. Isu sedemikian masih berlaku pada masa kini kerana kurangnya didikan ilmu agama di kalangan masyarakat.

PENYELESAIAN:

Pendidikan: Meningkatkan pendidikan dan kesedaran di kalangan masyarakat tentang makna sebenar amalan zikir dan ibadah dalam Islam. Hal ini juga berkait rapat dengan memahami bahawa hubungan spiritual dengan Allah seharusnya lebih ditekankan daripada mengandalkan benda-benda luaran seperti memakai tangkal.

Penggunaan Media Sosial Dan Teknologi: Memanfaatkan teknologi dan pendekatan inovatif untuk menyampaikan ajaran agama yang relevan dengan fokus kepada kebenaran amalan ibadah yang berasaskan Al-Quran dan Hadis. Selain itu, dengan kecanggihan teknologi pada masa kini, maklumat tentang keburukan penggunaan tangkal sewajarnya disebar luas melalui media sosial, video pendidikan, blog, dan artikel dalam talian.

Sumber: https://www.islam.gov.my/images/garis-panduan/garis_panduan_khurafat_dan_azimat.pdf

PERKEMBANGAN
Ustaz Adam yang tidak dapat menerima pemergian arwah isterinya, banyak menghabiskan masa menunaikan solat di rumah daripada berjemaah di masjid seperti sebelumnya. Dia turut tertekan kerana anaknya, Amir sering merindui arwah ibunya. Amir juga sering menyatakan bahawa ibunya masih ada. Walau dalam keadaan depresi seperti itu, Adam telah pun bersetuju untuk merawat Maria.

KLIMAKS
Pada waktu kemuncak, Maria dan Ustaz Adam bertemu di rumah Maria ketika Maria dirasuk teruk. Pelbagai kejadian mistik mula meningkat sejak mereka cuba merawat Maria. Imam kampung turut meninggal dunia setelah mengalami kemalangan ngeri selepas mengambil tangkal dari rumah Pak Osman. Maria kemudian diculik di hospital lalu di bawa ke rumah banglo. Ustaz Adam telah cuba untuk menyelamatkan Maria tetapi Maria terjatuh dari tangga. Ustaz Adam berkejar untuk mendapatkan Maria tetapi Maria hanya mengucapkan kata maaf kepada Ustaz Adam. Saat ini, Maria mengaku bahawa dialah punca kematian Zulaikha.

PELERAIAN
Kemunculan Pak Osman pula dalam usaha untuk meruntuhkan keimanan Ustaz Adam. Dia berusaha untuk memalingkan keimanan Ustaz Adam untuk bersujud kepada iblis lalu cuba untuk membunuhnya. Pada masa yang sama, Ustaz Adam masih lagi berpegang kepada keimanannya yang semakin tipis dan terus memuji nama Allah dengan mengharapkan bantuan daripadaNya sahaja.

PENUTUP
Cerita ini berakhir apabila Ustaz Adam dapat mengalahkan Pak Osman dengan membuang segala iblis dan syaitan yang terlibat. Dia sendiri telah sedar bahawa dia tidak berdamai dengan ketentuan qada dan qadar Allah atas kematian isterinya. Ustaz Adam sendiri memainkan halusinasi dengan menyangka bahawa anaknya masih hidup walhal anaknya turut mati di dalam kemalangan itu bersama dengan Zulaikha. Pada akhirnya, Ustaz Adam dapat menerima segala perkara yang dilalui dan memilih untuk berdamai dengan takdir Allah.

PERSOALAN 3
BAGAIMANAKAH KEPERCAYAAN DAN AMALAN AGAMA BOLEH MEMBANTU DALAM MENGATASI GANGGUAN MAKHLUK HALUS?

Kepercayaan individu terhadap agama dan amalan tertentu memainkan peranan besar dalam keberkesanan rawatan untuk mengatasi gangguan makhluk halus yang dialami. Mereka yang yakin dengan kekuatan amalan agama biasanya akan lebih mudah merasakan kesan positif dan dilindungi daripada gangguan mistik tersebut.

PENYELESAIAN:

Beramal Ibadat: Seperti yang diketahui, mengikut ajaran agama Islam, doa dan zikir dipercayai memberi perlindungan daripada gangguan makhluk halus. Contohnya, dalam Islam, surah-surah seperti Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan Al-Kafirun sering dibaca untuk dijadikan sebagai perlindungan.

Bacaan Ruqyah: Melakukan ruqyah syar’iyyah, iaitu dengan membaca bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa yang diajar oleh Rasulullah SAW. Ianya boleh dilakukan secara sendiri atau dengan bantuan ustaz atau perawat Islam yang bertauliah.

Sumber: https://islamdigest.republika.co.id/berita/qzf7se320/4-surat-pendek-dan-ayatayat-alquran-penangkal-gangguan-jin

PERSOALAN 2
BAGAIMANAKAH AMALAN MENYEKUTUKAN ALLAH MEMPENGARUHI IMAN SESEORANG?

Amalan menyekutukan Allah mempunyai kesan yang negatif terhadap keimanan individu. Sebagai contoh, ianya boleh menggugat prinsip tauhid dan mengundang murka Allah. Kesan jangka panjang syirik juga termasuk kehilangan perlindungan dan rahmat Allah, keraguan dalam keimanan dan kesulitan dalam penerimaan taubat. Oleh itu, penting bagi setiap individu untuk menghindari amalan syirik dan menjaga keimanan yang tulen kepada Allah.

PENYELESAIAN:

Meningkatkan Amal Ibadah: Menunaikan solat lima waktu dengan khusyuk dan memperbanyakkan zikir kepada Allah dapat menguatkan keimanan dan menjauhkan diri dari amalan syirik. Amalan membaca Al-Quran juga memberikan banyak peringatan tentang bahaya syirik dan pentingnya menjaga tauhid.

Mendalami Ilmu Tauhid: Memahami asas-asas tauhid, iaitu keesaan Allah, adalah juga merupakan langkah yang penting. Contohnya dengan menghadiri kelas agama dan menuntut ilmu dari ustaz atau ulama yang bertauliah dapat membantu memperkukuhkan pemahaman tentang tauhid.

Sumber: https://dalamislam.com/landasan-agama/tauhid/hikmah-mempelajari-ilmu-tauhid#google_vignette