My terrific padlet by Amalina Alias

Rumusan penuh
Jawapan........

Soalan rumusan
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu  rumusan yang panjangnya hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara kita. Kadar kemalangan meningkat setiap kali musim perayaan walaupun pelbagai kempen dan tindakan dijalankan oleh pihak berkuasa. Peningkatan jumlah kematian merupakan suatu kerugian yang melibatkan nyawa, harta benda, wang, tenaga manusia, dan masa. Memandangkan bilangan kematian terus meningkat, maka pelbagai usaha perlu diambil untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Antara usahanya ialah pengeluaran lesen memandu diperketat demi membendung kejadian yang menyayat hati terutamanya pada musim perayaan.

Para pemandu perlu menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu yang teliti sebelum diberi lesen bagi memastikan mereka mengamalkan gaya pemanduan yang positif. Antara penyebab peningkatan kadar kemalangan jalan raya termasuklah sikap pengguna yang cuai. Hal ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menunjukkan bahawa 90 peratus daripada kes kemalangan jalan raya berlaku kerana kecuaian pemandu. Dalam memastikan kemalangan sifar dicapai, hukuman yang lebih tegas sebagai pengajaran terhadap pemandu perlu dikenakan. Pemandu-pemandu baharu yang melakukan kesalahan dalam tempoh  dua tahun pertama perlu dikenakan tindakan perlanjutan tempoh percubaan sebelum mendapat lesen sepenuhnya.

Orang ramai masih belum belajar daripada kesilapan-kesilapan masa lalu, malah pengalaman pihak lain juga dipandang rendah. Sejajar dengan itu, sudah tiba masanya pihak berkuasa mengkaji secara mendalam aspek-aspek yang sesuai dalam sistem pembelajaran dan pendidikan pemanduan di negara kita. Sistem pemanduan yang dikendalikan oleh pihak JPJ umpama sistem peperiksaan akademik yang diduduki oleh para pelajar. Sewajarnya, elemen sivik dipupuk pada jiwa seseorang pelajar  sehingga amalan tersebut tersemai dengan mendalam dan menjadi amalan apabila dewasa nanti.

Di samping itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, sekolah, dan masyarakat menyemai nilai-nilai murni dalam usaha melahirkan generasi pemandu yang berhemah. Penguatkuasaan undang-undang dan denda yang dikenakan perlu diketatkan supaya mereka yang bersalah dihukum sewajarnya. Selain itu, penetapan had laju di lebuh raya dan di jalan-jalan biasa perlu dikekalkan kerana banyak kemalangan yang berlaku berpunca daripada kenderaan yang tidak dapat dikawal sebagai akibat dipandu terlalu laju. Para pengguna perlu disedarkan bahawa jalan raya bukanlah tempat untuk berlumba dan mereka perlulah memandu secara berhemah supaya tidak mengakibatkan nahas yang membabitkan orang lain.

Jelaslah bahawa banyak langkah yang boleh diambil oleh individu, masyarakat mahupun negara pelbagai pihak dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Semua pihak perlu menggemblengkan tenaga secara lebih efektif untuk mengatasi kemelut ini, janganlah sudah terhantuk baru hendak tengadah kerana apabila sesuatu kecelakaan sudah berlaku, tiada guna menyesalinya lagi, kerana nasi sudah menjadi bubur. Tragedi kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan bila-bila masa kerana malang tidak berbau.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Budayakan Hargai Nyawa” oleh G. Manimaran, Utusan Malaysia, Disember 2003)

Isi penting
1-
2-
3-
4-
5-
6-

panduan menulis rumusan
Petikan membincangkan ( idea utama ). Antaranya ialah / adalah/termasuklah  ( idea sokongan 1 ). Selain itu, ( idea sokongan 2 ). Seterusnya, ( idea sokongan 3 ). Tambahan pula, ( idea sokongan 4 ). Selanjutnya, ( idea sokongan 5 ). Akhir sekali, ( idea sokongan 6 ). Kesimpulannya, ( kesimpulan ) supaya / agar / untuk ( penjelasan ).

Homework
Baca petikan di bawah dengan teliti.Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kebolehan melakukan tugas harian menyebabkan ramai orang menyangka bahawa mereka cergas. Sesetengah orang menyatakan bahawa mereka jarang-jarang sakit dan tidak kerap mendapatkan rawatan perubatan tetapi hal ini tidak bermakna keadaan fizikal mereka itu baik. Dari segi kesihatan, strategi yang berkesan untuk seseorang berada kekal dalam keadaan cergas dan sihat adalah dengan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Walaupun fakta ini diketahui umum, namun aktiviti yang berkait dengan kesihatan masih berada di tangga terbawah dalam senarai keutamaan yang perlu dilakukan pada setiap minggu.

“Tubuh yang sihat membawa kepada akal yang sihat.” Bagaimanakah senaman menyumbang kepada akal yang sihat? Senaman dalam jangka panjang  akan melancarkan perjalanan darah ke otak. Peningkatan tekanan darah akan menyalurkan  darah ke otak yang kurang mendapat darah, seterusnya meningkatkan keperluan oksigen kepada otak. Hal ini menyebabkan kita akan menjadi lebih segar dan tidak mengantuk. Senaman aerobik pula mampu meningkatkan proses pembelajaran walaupun kepada golongan dewasa. Kita juga akan kelihatan hebat dan berkeyakinan setelah melakukan senaman kerana wujudnya kepercayaan dalam diri. Selain itu, senaman juga mampu menangani masalah kemurungan.

Dari segi teori perubatan apabila seseorang bersenam, hormon adrenaline akan dibebaskan dan menyebabkan salur darah mengecil. Dengan itu tekanan darah akan meningkat dan darah sampai kepada organ dalam masa yang singkat. Sebagai kesannya, salur darah di otot pula dilebarkan untuk memenuhi keperluan oksigen kepada bahagian otot berkenaan.  Senaman menjadikan jantung berfungsi dengan lebih baik kerana darah perlu dipam cepat untuk memenuhi badan yang bermetabolisme tinggi. Hasilnya, seseorang akan sentiasa gembira dan  tenang.

Bersenam secara konsisten dan mengamalkan diet seimbang membantu mengawal berat badan yang berlebihan. Obesiti meningkatkan risiko mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan batu karang. Satu fakta menarik faedah bersenam ialah jangka hayat lebih panjang dalam kalangan orang yang dikategorikan mempunyai kecergasan sederhana berbanding dengan mereka yang tidak cergas. Hal ini terbukti melalui satu kajian yang mendapati kadar kematian kumpulan orang yang tidak cergas adalah sekali ganda lebih tinggi berbanding dengan mereka dalam kumpulan sederhana cergas. Tuntasnya, jadikanlah bersenam sebagai satu budaya hidup kita supaya kita kekal sihat sepanjang masa.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Faedah-faedah Senaman’,

oleh Ziauddin Sharuddin,

dalam Berita Minggu, 12 Mac 2010)