PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN MURID by Sya Fa Bel

Senarai Semak
Senarai semak merupakan item yang ditentukan oleh guru untuk mengenal pasti serta melihat setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak. Dengan itu, membantu pendidik mengetahui sejauh mana perkembangan, pengetahuan, kemahiran serta kebolehan individu tersebut.

Hasil pemerhatian direkodkan dalam senarai semak dimana pendidik memerhati kanak-kanak yang bernama Naura Alisha menggunakan Tunjang Komunikasi dan standard pembelajaran adalah mendengar dan memberi respons dengan bertatasusila terhadap arahan, soalan dan cerita. Berdasarkan pemerhatian, Naura Alisha kurang memberi tumpuan ketika mendengar guru bercerita kerana lebih fokus kepada rakan yang lain. Selain itu, Naura Alisha boleh mendengar arahan, mampu menjawab soalan yang diberikan, memberi respons malah boleh bercerita tentang rutin hariannya iaitu selepas bangun dari tidur. Oleh itu, setiap kemahiran yang ditetapkan menunjukkan Naura Alisha seorang yang bukan hanya boleh mendengar arahan tetapi mampu berkomunikasi dengan baik serta memberi pelbagai respons dengan bertatasusila.

Rekod Anekdot
Rekod anekdot ialah satu catatan ringkas terhadap tingkah laku yang dilakukan oleh kanak-kanak. Tingkah laku tersebut adalah secara kebetulan berdasarkan apa yang dilakukan kanak-kanak tersebut. Pemerhatian ini dijalankan di padang dimana Naura, Naim dan Aleya bermain bola dipadang. Melalui pemerhatian ini dapat diperhatikan Naura seorang yang sangat aktif serta mempunyai perkembangan sosial yang baik. Selain itu walaupun adiknya Aleya menangis, Naura masih bersifat empati untuk memujuk adiknya walaupun ambil masa. Tahap penguasaan yang boleh diberi adalah tahap 3 dimana Naura  boleh membezakan emosi antara individu dalam situasi tertentu.

Rekod Berterusan
Rekod berterusan adalah pemerhatian yang dilakukan terhadap seorang murid atau berkumpulan. Setiap tingkah laku yang diperhatikan itu telah ditetapkan oleh guru dari segi masa dan tempat berlaku.

Rekod berterusan dibawah menunjukkan pemerhatian terhadap kanak-kanak yang bernama Naura Alisha membuat origami kapal dan bermain di air di taman permainan pada waktu petang. Naura Alisha bermain bersama adik dan abangnya. Hasil pemerhatian menunjukkan, Naura Alisha seorang yang baik hati kerana dalam situasi dimana abangnya tidak boleh melipat origami, Naura Alisha tetap membantunya. Tambahan pula, Naura Alisha menguasai tahap penguasaan 3 dimana ianya bersopan dala pertuturan dan tingkah laku dalam pelbagai situasi. Hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan keakraban antara satu sama lain bersama dengan adik beradik.

Persampelan Masa
Persampelan masa adalah untuk memerhati kekerapan tingkah laku yang dihasilkan oleh kanak-kanak itu. Pemerhatian ini mengambil masa selama 2 jam dan setiap tempoh masa iaitu 15 minit dicatat terhadap tingkah laku yang ditetapkan iaitu suka bertanya soalan kepada guru.

Naura Alisha seorang yang sangat suka bertanya soalan kepada guru walaupun Naura sudah tahu jawapannya. Hal ini tidak menjadi masalah kerana lumrah seorang kanak-kanak itu suka meneroka dengan persekitaran sekeliling dan secara tidak langsung meningkatkan lagi perasaan ingin tahu yang mendalam. Peranan sebagai guru perlu sentiasa menjaga emosinya dengan menjawab setiap soalan yang diajukan. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu keyakinan kanak-kanak dalam berkomunikasi dan boleh berinteraksi mengikut situasi dengan menggunakan ayat yang sesuai dan sopan.

Persampelan Peristiwa
Persampelan peristiwa adalah untuk memerhatikan tingkah laku yang ditetapkan itu dilakukan pada tempat yang menyebabkan perlakuan itu terjadi. Perkara yang diperhatikan melalui persampelan peristiwa ini adalah tingkah laku Naura Alisha menganggu orang lain.

Tingkah laku yang dilakukan oleh Naura ialah Naura menganggu adiknya dengan melukis huruf di kertas kemudian adiknya menangis. Tindakan Naura adalah terus melukis walaupun keadaan adiknya menangis. Tempat yang suka Naura melukis adalah dipondok kerana dipondok tersebut terdapat banyak bahan bacaan dan alat tulis. Tingkah laku yang kedua ialah Naura Alisha suka bermain dipadang untuk bermain bola dengan adik dan abangnya. Tindakan Naura adalah tetap merampas bola daripada tangan adiknya walaupun adiknya menangis