KRITIKAN TERHADAP FILEM TAARE ZAMEEN PAR by marzni

APA YANG TELAH ANDA TONTON KONGSIKAN DI PADLET SAYA

Cubaan utk komen

Rafidah samad 194642
Assalamualaikum, saya Rafidah binti Samad. Melalui filem Bollywood Taare Zameen Par, saya mendapati bahawa tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama . Begitu juga dengan pemikiran mereka. Selain ibu bapa, guru juga merupakan orang yang berperanan penting bagi membantu pelajar mencungkil kebolehan yang mereka miliki. Hal ini kerana, tidak semua ibu bapa dan individu itu sendiri mengetahui kebolehan mereka seperti yang berlaku dalam filem ini. Di mana Ishaan mempunyai penyakit disleksia dan menyebabkan dia dilabelkan sebagai pelajar yang lemah dalam pelajaran. Walaubagaimanapun, Ishaan mempunyai kebolehan melukis yang sangat luar biasa. Dia menjadikan kelemahan yang dimilikinya sebagai kekuatannya dengan bantuan gurunya. Sebagai seorang guru bukan sahaja bertanggungjawaab untuk mengajar pelajar di dalam bilik darjah malah guru perlu sentiasa memantau pelajar di luar bilik darjah juga. Seorang guru perlu prihatin terhadap pelajarnya dan bukan bertindak pilih kasih. Guru perlu bersikap adil kepada semua pelajarnya sama ada mereka pandai atau pun tidak dalam pelajaran.  Dalam filem ini memperlihatkan literasi visual, di mana Ishaan telah menghasilkan sebuah lukisan berdasarkan imaginasinya.  Selain itu, Ishaan juga mempunyai masalah dalam bacaan tetapi dia telah menggunakan daya imaginasinya untuk membaca dan menyelesaikan masalah. Hal ini memperlihatkan bahawa Ishaan memiliki literasi visual kerana dia dapat menginterpretasikan imaginasinya dalam bentuk lukisan. Selain literasi visual, Ishaan juga mengalami masalah literasi bacaan dan literasi penulisan. Dia tidak dapat membaca dengan baik. Dalam penulisan pula dia tidak dapat menulis huruf yang lebih kurang sama seperti huruf d  dan b. Bagi saya filem seperti ini mampu untuk menyedarkan masyarakat bahawa tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama kerana setiap pelajar mempunyai tahap yang berbeza tetapi gurulah yang akan membantu pelajar tersebut. Sebagai seorang bakal guru pula, saya dapat mempelajari sesuatu dalam filem ini iaitu tidak semestinya pelajar yang lemah dan pelajar khas itu tidak dapat untuk dibantu. Malah gurulah yang perlu berusaha untuk membantu pelajar tersebut. Seorang guru tidak seharusnya memberi semangat kepada pelajar dan bukan menghina ataupun menjatuhkan mereka. Sebagai ibu bapa pula juga tidak seharusnya memberi sepenuh tanggungjawab sepenuhnya kepada guru kerana pelajar memerlukan sokongan dan dorongan daripada ibu bapa mereka lebih-lebih lagi pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.

NORLEHA 193875
Assalamualaikum dan salam sayang untuk Dr. Mazni dan rakan-rakan Lentera sekalian,  berdasarkan filem " Taare Zameen Par", saya dapat melihat golongan pendidik dan ibu bapa yang hanya mementingkan kejayaan dan " A" bagi kehidupan atau matlamat yang perlu dikejar oleh seseorang pelajar. Sebagai contoh, ayah kepada Ishaan memarahinya kerana tidak mampu menjadikan seperti abangnya, tetapi ayah tidak melihat kelebihan yang ada pada diri Ishaan iaitu kelebihannya dalam bidang lukisan. Para pendidik dan orang tua juga perlu peka terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh seseorang pelajar, bukannya hanya menyalahkan diri pelajar tersebut. Sebagai contoh, mereka perlu mencari punca seorang pelajar itu tidak ingin belajar seperti yang dilakukan oleh Amir Khan dengan mengesan masalah yang dihadapi oleh Ishaan iaitu disleksia.  Amir Khan mengenal pasti masalah Ishaan yang tidak mampu menulis dan membaca dengan betul. Dia berusaha untuk mengajar Ishaan agar dapat membaca dan menulis dengan betul kerana ianya merupakan asas penting untuk seseorang pelajar. Amir Khan menggunakan kelebihan yang ada pada diri Ishaan iaitu melukis dengan menekankan didik hibur di samping mengajar Ishaan membaca dan menulis. Sebagai contoh, Amir Khan mengarahkan Ishaan untuk melukis di samping itu, mengarahkannya untuk menulis huruf-huruf.  Secara tidak langsung, literasi bahasa itu sudah diterapkan dalam diri Ishaan kerana ianya berlaku secara tidak formal.  Sehubungan itu, para pendidik perlu mencontohi sikap Amir Khan, yang mengajar muridnya menggunakan kelebihan yang sedia ada agar mereka lebih meminati sesuatu yang baru. Kasih sayang juga merupakan elemen yang paling penting untuk memberikan sokongan kepada seseorang. Kita juga perlu tahu, ilmu itu bukan hanya semata-mata berada di dalam bilik darjah namun ilmu itu apabila kita mempelajari sesuatu yang baru dan belum pernah kita pelajari. Kejayaan juga tidak terletak kepada "A" tetapi kejayaan terletak apabila kita memahami apa yang kita pelajari. Filem ini juga banyak mengajar saya dan memberi ilmu baru untuk kegunaan masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Ammir Ilham | 193098
Assalamualaikum, saya Ammir Ilham. Mengenai filem ini, saya merasakan filem ini sangat menarik untuk ditonton kerana ia memberi pengajaran yang berguna kepada kita semua. Saya dapat mengetahui tentang penyakit disleksia seperti yang dihadapi oleh watak Ishaan dalam filem ini. Ishaan menghadapi masalah penyakit disleksia iaitu lambat dalam pembelajaran dan lemah akademiknya. Ibu bapanya yang tidak tahu akan masalah yang dihadapi oleh Ishaan berterusan memaksa dan memarahi Ishaan lalu menyebabkan mereka bertindak menghantar Ishaan ke sekolah berasrama penuh dengan harapan Ishaan bagus dalam pembelajaran. Pada pendapat saya, ibu bapa sepatutnya memainkan peranannya dengan mengetahui masalah yang sedang dihadapi oleh anaknya dan tidak terus menghukumnya walaupun anaknya itu menghadapi kekurangan. Hal ini kerana setiap anak itu mempunyai keistimewaannya tersendiri. Selain itu, filem ini membawa mesej berguna kepada guru di luar sana supaya mencari solusi dan kaedah bagaimana pembelajaran itu menarik. Malah, guru sepatutnya melayan dan memberi peluang yang sama rata terhadap murid. Sememangnya, tugas guru sangat berat untuk dipikul. Aamir Khan yang membawa watak sebagai Cikgu Nikumb berjaya mengesan masalah yang yang dihadapi oleh Ishaan yang mempunyai penyakit disleksia dengan merawat dan memberi layanan sama seperti murid yang lain. Beliau juga memberitahu perkara sebenar terhadap ibu bapa dan guru yang lain tentang kanak-kanak yang mempunyai penyakit tersebut lalu menyedarkan mereka. Ini kerana setiap daripada mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri. Akhirnya, atas usaha dan pergornanan beliau, Ishaan berjaya pulih dan diberi layanan yang sama seperti kanak yang lain. Sekian, terima kasih

NUR HANIS BINTI ABDUL MUTALIB 193096
Assalamualaikum wbt. Terlebih dahulu, saya sangat berbesar hati dan amat berterima kasih kepada Dr. Marzni yang meminta kami, LENTERA untuk menonton filem Taare Zameen Par kerana ia sangat memberikan pelbagai pengajaran kepada kami sebagai pendidik. Filem ini juga amat menyentuh hati saya secara halus melalui mesej yang ingin disampaikan. Ribuan terima kasih.

Pada pendapat saya, filem Taare Zamen Par telah menampilkan realiti kehidupan sebagai seorang anak, ibu bapa, guru dan rakan sebaya. Filem tersebut memperlihatkan ibu bapa terlalu mementingkan pencapaian akademik anak-anak sehingga mengabaikan kemampuan dan keadaan sebenar anaknya. Hal ini dapat dibuktikan melalui watak ayah Ishaan yang sering memarahi Ishaan kerana terlalu lemah dalam pembelajaran dan selalu memberontak. Beliau telah mengambil keputusan untuk menghantar Ishaan ke sekolah berasrama penuh sebagai hukuman. Tindakannya itu sepatutnya tidak boleh dicontohi oleh ibu bapa terutama pada masa kini. Ibu bapa seharusnya lebih mengerti akan kemampuan anak-anak dan memberikan semangat kepadanya agar tidak mensia-siakan kemampuannya. Ibu bapa juga haruslah lebih tahu akan tahap kesihatan dan keadaan anak-anak. Mereka hendaklah sentiasa mengambil tahu akan anak-anak mereka sekiranya didapati anak-anak mempunyai masalah tertentu. JAdilah seorang pendengar yang setia kepada mereka bukan memarahi dan menfitnah mereka sewenang-wenangnya. Hal ini akan mengakibatkan anak-anak akan berputus asa dalam kehidupan dan kemurungan seperti yang dipaparkan dalam watak Ishaan.

Selain itu, guru tidak seharusnya memperlekehkan akan murid yang lemah dalam pembelajaran. Hal ini dapat dilihat melalui watak guru Ishaan di sekolah lamanya. Mereke sering memarahi dan menghukum Ishaan tanpa usul periksa. Sebagai pendidik, watak Ram Shankar Nikumbh adalah sangat baik untuk dicontohi. Beliau tidak sesekali memilih kasih dalam mengajar murid-muridnya. Beliau jugalah yang mengenal pasti akan keadaan Ishaan yang mempunyai Disleksia iaitu sejenis penyakit yang bermasalah dalam membaca dan menulis. Ram telah mengambil langkah untuk mengatasi masalah Ishaan. Beliau telah mengajar dan mendidik Ishaan sebaik mungkin  supaya Ishaan dapat menulis dan  membaca.  Ram juga telah mengembangkan bakat Ishaan dalan seni lukisan sehingga lukisan Ishaan mendapat tempat pertama dalam pertandingan yang ditubuhkan olehnya dan lukisan tersebut menjadi kulit buku tahunan di sekolah. Oleh itu, semua pendidik seharusnya mencontohi dan meneladani Ram dalam mendidik murid.

Seterusnya, rakan sebaya mestilah memberikan semangat yang jitu kepada rakan yang bermasalah. Rakan Ishaan di sekolah lamanya sering mentertawakan Ishaan di dalam kelas. Hal ini tidak sepatunya dilakukan oleh mereka kerana pengaruh rakan sebaya juga memberikan impak yang besar dalam kehidupan. Rakan sebaya Ishaan di sekolah asrama iaitu Sunu adalah antara rakan yang baik. Beliau sedikit sebanyak mengambil perhatian akan keadaan Ishaan dan membantunya dalam pembelajaran.

Akhir sekali, seseorang yang mempunyai masalah Disleksia seharusnya mencontohi watak Ishaan. Walaupun pada mulanya Ishaan seperti berputus asa dan menghadapi kemurungan tetapi dia tetap bangkit dan berusaha dalam pembelajaran. Ia bukanlah perkara yang mudah namun, dengan sokongan orang sekeliling pasti tidak mustahil untuk melakukannya.

Sekian, Terima Kasih :)

Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Taman Dato Harun.

"Kerana Mereka Istimewa"

Meysarah binti Hassan (194759)
Assalamualaikum kepada Dr. Marzni dan rakan-rakan. Nama saya Meysarah Binti Hassan (194759). Filem Taare Zameen Par memaparkan seorang kanak-kanak yang bernama Ishaan yang menghidapi disleksia iaitu sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak yang mengalami disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Mereka berkemungkinan mengalami kesukaran untuk membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira. Kesukaran berikut dapat dilihat melalui watak Ishaan, namun dia bukanlah tidak pandai sama sekali. Ishaan juga mempunyai literasi bahasa, namun agak rendah berbanding pelajar lain. Misalnya Ishaan mengalami kesukaran dalam membezakan beberapa huruf seperti [b], [p] dan menulis perkataan secara terbalik seperti /ris/. Ini jelas menunjukkan bahawa setiap orang mempunyai literasi yang berbeza. Tambah-tambah lagi seseorang yang menghidapi disleksia. Sudah tentu jurang kefahaman jauh berbeza berbanding orang lain. Perkara ini menyebabkan penglibatan Ishaan dengan pelajar lain kurang. Kegagalan ibu bapa Ishaan dan guru-guru mengenalpasti masalah yang dihadapi Ishaan menyebabkan Ishaan ketinggalan dalam pelajaran. Tambahan pula sikap bapa Ishaan dan guru-guru yang serkap jarang dan mengabaikan Ishaan mnyebabkan keadaan bertambah buruk lagi apabila Ishan rasa terbuang. Namun dengan kehadiran cikgu Ram, Ishaan dapat dibantu. Tindakan cikgu Ram dalam membimbing Ishaan dalam membaca, menulis dan menghasilkan lukisan telah membuka mata pelajar lain, guru-guru dan ibu bapa Ishaan, bahawa kekurangan Ishaan tidak menjadi penghalang untuk Ishaan berjaya. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu mempunyai serba sedikit pengetahuan berkaitan pertumbuhan kanak-kanak seperti kebarangkalian masalah yang dihadapi kanak-kanak seperti disleksia dan masalah lain yang berkemungkinan mencacatkan pertumbuhan kanak-kanak.

193872 (Taare Zameen Par)
Assalamualaikum Dr. Filem yang saya tonton berjudul "Taare Zameen Par". Filem ini menggambarkan kita sebagai masyarakat pasti ada prespektif yang berbeza dalam melihat potensi di kalangan kanak-kanak.

Filem ini mengisahkan tentang seorang murid (Ishaan) yang mempunyai masalah disleksia namun ibu bapanya sendiri tidak memahami masalah yang dihadapinya hingga muncul seorang guru yang bijak dalam mengatasi masalah muridnya. Guru seni itu menggalakkan muridnya untuk berimaginasi dan berfikir di luar kotak agar dapat mencipta idea bernas dan unik. Dialah yang menyedari Ishaan ni ada masalah disleksia.

Sebagai ibu bapa pula, janganlah anggap seperti anak kecil ni tiada perasaan. Mereka juga mempunyai perasaan. Ishaan mula berjauh hati bila dia merasakan bahawa kedua ibu bapanya sudah tidak menyayanginya dan menghantarnya ke asrama. Ibu bapa juga harus memikirkan perasaan anak-anak dan jangan membandingkan kebolehan anak-anak serta jangan memperlekehkan minat mereka. Ambil berat tentang masalah pembelajaran anak-anak.

Filem ini juga memberi inspirasi buat para guru. Jangan hanya mengajar sekadar memenuhi tuntutan bekerja namun mengajarlah demi mengembangkan potensi murid-murid. Berusahalah untuk menjadikan pembelajaran lebih seronok di dalam kelas.

NOOR HAZNEEZA BINTI NOOR IZAHAR (193124)
Assalammualaikum Dr , saya Hazneeza.  Filem Taare Zameen Par mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran iaitu mengalami masalah Disleksia dimana pelajar tersebut mempunyai kekeliruan dalam menulis dan mengenalpasti huruf. Dalam konsep literasi ,  penguasaan untuk mengenal huruf , mengeja , menulis dan membaca perlulah dikuasai oleh kanak-kanak seawal usia mereka bersekolah. sekiramya mereka tidak menguasai perkara yang asas ini , menyebabkan mereka mempunyai kesukaran dalam pembelajaran . Sebagai seorang guru, kita tidak seharusnya menghukum pelajar yang tidak tahu membaca , menulis atau mengeja sebaliknya sebagai seorang guru, kita perlu mengenalpasti punca masalah pelajar tersebut. Watak guru yang dilakonkan oleh Amir Khan merupakan watak guru yang perlu dijadikan contoh kerana beliau tidak terus menghukum malah cuba untuk memahami masalah  pelajar tersebut dan membantu pelajar itu sebaik mungkin. Sikap ibu bapa yang kurang memberi perhatian kepada anaknya juga menyebabkan anak tersebut sukar untuk meluahkan apa yang dia tidak tahu. Walaubagaimanapun , kelebihan Ishaan dapat dikenal pasti melalui lukisan dan daya imaginasi yang tinggi.

NOR SHAHIRAH BINTI HAMIDON (194640)
Assalamualaikum Dr dan semua sahabat Lentera. Pada pendapat saya, filem “Taare Zameen Par” ini memberikan pelbagai impak positif kepada penontonnya. Hal ini demikian kerana tidak semua orang memahami dan mengetahui tentang penyakit disleksia seperti yang dialami oleh Ishaan. Sesetengah masyarakat juga berpendapat bahawa individu yang mempunyai penyakit disleksia ini sebagai lembab.

Dalam filem ini, kita dapat melihat keghairahan seorang bapa yang mementingkan keputusan yang baik dalam akademik tanpa menghiraukan keistimewaan lain yang terdapat dalam diri anaknya. Ishaan mempunyai seorang abang yang cukup berdisiplin dan pandai dalam pelajaran. Perkara ini sangatlah berbeza dengan dirinya yang berhadapan kesukaran sama ada di sekolah mahupun di rumah. Ayahnya pula sentiasa sibuk dengan kerja sehingga tidak mengambil tahu tentang masalah yang dihadapi oleh Ishaan. Kedua ibu bapa Ishaan menganggap dia tidak cukup berusaha untuk menjadi seperti abangnya dan mengambil keputusan untuk menghantar Ishaan ke sekolah asrama. Tanpa mereka sedari, tindakan mereka ini mendatangkan kesan buruk kepada Ishaan dimana dia menghadapi tekanan dan hilang semangat untuk belajar. Hal ini tidak sepatutnya terjadi sekiranya ibu bapa mengambil tahu tentang anak mereka dan bukannya membuat keputusan yang terburu-buru.

Filem ini juga menunjukkan akademik bukanlah segala-galanya. Ibu bapa yang mementingkan gred dan pencapaian akademik kerap kali terlepas pandang kehebatan dan keistimewaan lain yang terdapat dalam diri anak mereka. Menjadi lumrah kanak-kanak untuk bermain, berimaginasi dan berangan-angan dalam kehidupan seharian. Bakat seperti ini haruslah diangkat dan tidak dipandang remah oleh ibu bapa. Seorang guru seni yang mengetengahkan bakat Ishaan yang dapat mencipta idea bernas dan unik seperti kapal air dan potensinya dalam melukis. Imaginasi juga dapat menggegarkan dunia pada masa akan datang. Ini juga dibuktikan oleh guru seni itu melalui tokoh-tokoh terkemuka seperti Albert Einstein dan Thomas Alva Edison.

Filem ini juga menunjukkan sikap yang sepatutnya wujud dalam diri seorang pendidik. Sebagai seorang pendidik, kita tidak sepatutnya merendah-rendahkan murid yang lambat dalam pelajaran. Sebaliknya kita perlu lebih peka dengan masalah yang dihadapi oleh murid tersebut sehingga menyebabkan dia lambat dalam pelajaran. Beberapa watak guru yang terdapat dalam filem ini tidak harus dicontohi oleh bakal pendidik. Watak guru seni yang dibawakan oleh Aamir Khan menjadi contoh yang baik kepada bakal pendidik. Beliau mengambil cakna tentang masalah yang dihadapi oleh Ishaan yang menyebabkan dia tidak berminat dalam pelajaran. Pelbagai kaedah pengajaran dilakukan olehnya untuk menarik  minat Ishaan sehingga dia berjaya mengatasi masalahnya untuk mengenal huruf dan sebagainya. Selain itu, sistem persekolahan yang mementingkan KPI menjadikan sesuatu pembelajaran itu hambar dan tidak menyeronokkan. Guru-guru sibuk untuk memenuhi KPI sehingga menjadikan pembelajaran tidak menarik.

NUR AIN NABILA BT ISMAIL 193125
Assalamualaikum dr. Saya sudah menonton filem 'taare Zamen Par". Bagi saya, filem ini amat memberi kesan yang mendalam sehingga menimbulkan rasa sedih apabila menontonnya. Ia berkaitan antara anak, ibu bapa dan guru. Di sini, ibu bapa seharusnya lebih peka dengan perkembangan anak-anak mereka. Sikap prihatin perlu ditekankan supaya ibu bapa dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Ibu bapa juga perlulah mencuba memahami situasi anak-anak sebelum membuat apa-apa keputusan terhadap anak-anak mereka. Selain itu, guru juga mestilah membuka minda dan bukan hanya mementingkan pembelajaran dalam kelas sahaja. Para pelajar sebenarnya mempunyai bakat yang tersendiri yang perlu dicungkil. Guru juga sewajarnya lebih kreatif untuk membantu murid dalam menyelesaikan masalah yang berlaku pada dirinya. Seterusnya, Ishaan merupakan kanak-kanak disleksia. Kelakuannya juga agak berbeza dengan abang dan rakan-rakannya. Ishaan lebih aktif, lebih suka mencuba sesuatu yang baru, bertindak di luar kawalan dan juga suka meniru gaya orang lain. Jadi, di sini jelas menunjukkan pentingnya peranan ibu bapa dan guru dalam mengenal pasti dan menyelidik perkembangan anak-anak mereka itu.

KHAIRUNNISA BT MD GHALI TAREE ZAMEER PAR
Assalamulaikum, saya Khairunnisa Md Ghali (193091). Setelah menonton cerita "Taare Zameen Par" ini terdapat beberapa pengajaran dan nilai yang dapat saya perolehi sebagai penonton dan juga sebagai seorang bakal guru. Pengajaran pertama yg saya dapati adalah sikap ibu bapa Ishaan yang tersangat malu dan takut untuk menerima hakikat bahawa salah seorang anak mereka iaitu Ishaan mempunyai kekurangan dan kelainan dari kanak-kanak normal. Mereka tidak mahu cuba memahami dan mengambil tahu punca sebenar Ishaan yang mana sudah berumur 9 tahun masih lagi tidak tahu membaca, menulis dan mempunyai masalah lambat dalam pembelajaran. Hal ini, menyebabkan Ishaan yang merupakan tergolong dalam kanak-kanak Disleksia terpinngir dan merasa tertekan dengan kehidupannya dalam keluarga, guru-gurunya serta rakan-rakannya di sekolah. Pengajaran yang kedua pula adalah cerita ini jelas menunnjukan bahawa sikap masyarakat di sekeliling Ishaan yang tidak mahu menerima kehadiran kanak-kanak Diskleksia ataupun kanak-kanak yang mengalami kekurangan diterima belajar ddalam sekolah harian bersama kanak-kanak normal yang lain. Bagi masayarakat tersebut, kanak-kanak seperti Disleksia hanya sesuai belajar bersama kanak-kanak yang memiliki kelainan upaya iaitu kelas khas mereka sahaja. Pengajaran yang terakhir, sebagai seorang guru, tidak seharusnya hanya menumpukan palajar dengan pembelajaran, dan disiplin sahaja. Guru juga seharusnya mempunyai sikap tidak berputus asa memahami dan cuba mengenal pasti bakat, sikap kreatif dan minat pelajar selain dari keouayaan dalam pembelajaran, disiplin dan sukan semata. Ini kerana setiap pelajar mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dalam sesuatu bidang yang mereka ceburi. Oleh itu, guru harus lebih bersikap terbuka, belajar memahami psikologi pelajar dan harus bersikap positif dalam setiap tindakan dan strategi pengajaran dan pembelajaran mereka. Justeru, cerita ini sangat sesuai ditonton oleh semua lapisan masyaarakat kearana mempunyai banyak nilai, pengajaran tentang kanak-kanak Disleksia, masalah ibu bapa, perspektif guru-guru dan masayarakat.

Nadiah Syuhada binti Shahrol Nidzam (193870)
Assalamualaikum Dr Mazni. Saya Nadiah Syuhada binti Shahrol Nidzam. Filem Taare Zameen Par ini merupakan filem yang perlu ditonton oleh ibu bapa dan guru supaya pengetahuan tentang penyakit seperti disleksia ini dapat diatasi jika diambil perhatian dari awal. Ishaan yang merupakan seorang kanak-kanak yang mempunyai penyakit disleksia mengalami kesukaran untuk membaca dan mengenal huruf. Kesukaran Ishaan dalam mengenal huruf menyebabkan dia tidak dapat melanjutkan pelajaran ke darjah seterusnya. Ibu bapa perlu senantiasa cakna dan peka terhadap situasi dan keadaan anak-anak kerana tidak semua anak mempunyai tahap kefasihan membaca yang sempurna. Kesibukan bapa bekerja yang hanya inginkan keputusan yang cemerlang menyebabkan Ishaan mengalami sedikit tekanan kerana dia sendiri tidak tahu untuk berkomunikasi. Rakan-rakan dan guru-guru Ishaan juga tidak memahami situasinya sehinggakan dia dimasukkan ke sekolah berasrama untuk meningkatkan pembelajarannya. Hadirnya seorang guru (Amir Khan) yang memahami keadaan Ishaan sedaya upaya ingin membantunya supaya dia dapat mengenal huruf dan membaca dengan lancar. Banyak nilai dan ikhtibar yang perlu kita ambil daripada filem ini. Kebijaksanaan seseorang anak itu bukanlah suatu ukuran untuk kita menghukum dan membentuk mereka menjadi seperti yang kita inginkan. Natijahnya, ibu bapa dan guru perlu sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling murid supaya mereka tidak menganggap diri mereka tersisih. Sekian, terima kasih.

NUR ALYNN AMANDA BINTI MOHD ZULKIFLI (192859)
Assalamualaikum Dr. Mazni, saya alynn amanda :) Saya sudah menonton filem 'Taree Zameen Par' . Pada pendapat saya, filem ini merupakan satu filem yang sangat bagus dan amat digalakkan kepada guru atau bakal-bakal guru untuk menontonnya. Filem ini secara tidak langsung menyentuh emosi guru dan memberi kesedaran kepada guru bahawa tugas guru bukan hanya mengajar semata-mata. Sebaliknya, guru seharusnya mempunyai interpersonal dengan murid seperti mendekati murid agar guru lebih mengenali dan memahami masalah yang dihadapi oleh murid. Saya sangat bersetuju dengan watak yang dimainkan oleh Amir Khan iaitu guru kepada ishaan, yang mana seorang guru yang bertanggungjawab membentuk dan cuba memahami masalah yang dihadapi oleh murid sehingga beliau berjaya memjadikan ishaan seorang pelukis yang berbakat. Guru seharusnya sedar bahawa keupayaan seseorang murid itu tidak sama.

Filem ini juga memaparkan kelakuan ibu-bapa yang kurang peka dengan perkembangan anak mereka. Dimana ibu dan ayah ishaan tidak pernah menanya masalah yang dihadapi oleh anaknya dan tidak cuba untuk mendekati ishaan dengan lebih dekat. Mereka bersikap lepas tangan dan menggangap bahawa dengan menghantar anaknya ke sekolah sudah memadai. Sebenarnya, kita sebagai ibu-bapa mereka haruslah mengenali anak kita dengan lebih dekat berbanding orang lain.

Filem ini membuktikan bahawa penyakit dileksia bukanlah satu penyakit yang tidak mempunyai masa depan. Ia memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa dileksia bukan penghalang untuk kanak-kanak berjaya. Orang yang mengalami dileksia juga mampu untuk meraih kejayaan jika ada individu yang prihatin dan sudi untuk membimbing mereka.

sekian terima kasih :)

NOOR MASTURA BINTI HAMID (192862)
Assalamualaikum kepada Dr dan rakan-rakan seperjuangan. Pada pandangan saya tentang filem ini ialah bagaimana seorang pengarah filem yang mempunyai idea bernas dalam mengetengahkan perihal guru dan murid dalam konsep yang lebih mudah difahami dan menarik untuk ditonton. Filem ini memberi kesedaran kepada saya mengenai pengorbanan seorang guru dalam usaha memahami dan mendalami masalah anak muridnya sehingga sanggup meluangkan masa dalam membantu pembelajaran anak muridnya. Selain itu, lebih menarik lagi apabila masyarakat pada masa itu tidak mempunyai kesedaran atau pengetahuan tentang masalah pembelajaran iaitu disleksia. Lebih tepat dengan maksud tajuk filem ini iaitu setiap kanak-kanak itu adalah istimewa dengan pembawakan watak Ishaan sebagai seorang kanak-kanak disleksia yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Filem ini amat menyentuh perasaan saya terhadap sisi pandangan seorang guru yang inginkan kejayaan anak muridnya, rasa hati seorang anak istimewa yang mahukan perhatian dan dorongan orang tuanya serta perasaan ibu bapa yang bangga dengan peningkatan pembelajaran anak mereka. Melalui filem ini, setiap individu mempelajari banyak perkara yang menjadikan kita lebih peka dengan keadaan sekeliling tidak kira kita seorang guru, murid atau ibu bapa, semuanya memainkan peranan masing-masing dalam memahami dan mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu perkara dan bukan sekadar sambil lewa semata-mata. Sekian, terima kasih.

mohd nazrim mustafa (193093)
ssalamualaikum dan salam sejahtera. bagi saya filem ini menggambarkan realiti seorang guru atau pengajar pada masa kini yang kebanyakannya lebih suka menilai seseorang pelajar berdasarkan apa yang dilihatnya pada mata kasar. selain itu sikap guru yang terus menghukum dengan menilai pelajar itu dengan hanya pandangan mata mereka buat pertama kalinya adalah salah. menjadi seorang pendidik kadang kala perlu keluar dari kepompong mahupun takuk yang lama dengan terus menerus menilai pelajar dengan hanya pandangan mata bukan mengenali pelajar tersebut dengan lebih dekat. pepatah english mengatakan "dont judge the book by its cover" harus diterapkan dalam diri sebagai seorang pendidik agar tidak salah menilai seseorang pelajar. dilahirkan berbeza dari norma manusia biasa adalah bukan sesuatu yang harus dimaksudkan pelik sebaliknya harus dijadikan sebagai cabaran dalam mengenali sesorang pelajar dengan lebih dekat. pendekatan seorang guru dan cara pendekatannya harus diutamakan agar mereka tidak disisihkan malah dapat memberi semnagat baru bagi mereka dalam meneruskan pengajian dan menjalani aktviti harian mereka. sekian terima kasih.

Nur Alfa Atika binti Mahamad (193095)
Assalamualaikum Dr. Mazni. Saya Nur Alfa Atika Binti Mahamad. Saya akui sangat meminati  filem bollywood tetapi belum pernah menonton filem yang bertajuk "Taree Zameen Par" ini yang sangat menyentuh hati apabila seorang kanak-kanak yang mempunyai masalah dialeksia dan dianggap pemalas dan lembab oleh keluarga dan gurunya sendiri. Dialeksia  merupakan ketidakupayaan dalam menulis, membaca, mengira yang menjadi kesukaran kepada mereka ini seperti Ishaan yang melihat tulisan seperti menari- nari ,  dan berlaku kesilapan dalam menulis dan membaca huruf, nombor atau bacaan yang berlaku secara terbalik seperti "b dan d", "was "dan "saw". Sebagai guru dan ibu bapa haruslah memainkan peranan yang penting dalam menguruskan kanak-kanak seperti Ishaan ini bukan terus menghukumnya seperti bapanya yang menghantar ke sekolah berasrama. Tindakan ini bukan membantukan tetapi akan menyebabkan pembentukkan imej diri yang sihat akan terjejas dan mengalami rasa rendah diri kerana orang disekililing tidak memahami masalah yang dialami mereka ini.  Sekiranya tidak dibantu mereka ini akan mengalami kemurungan, masalah tingkah laku seperti melawan dan pencapaian akademik yang rendah seperti Ishaan yang meninggalkan minatnya dalam seni lukisan dan lemah dalam pelajaran. Kehadiran seorang guru iaitu Amir Khan dalam cerita ini sangat menyentuh hati apabila seorang guru yang sangat memahami anak muridnya dan sanggup membantu murid seperti Ishaan ini sehingga pulih. Sekian dari saya. Terima kasih.

MUHAMAD FAKRULLAH BIN ABU SEMAN (193094)
Assalamualaikum Dr. Mazni. Setelah saya mengetahui apa itu maksud literasi yang mana KEUPAYAAN menulis dan membaca. Disini, kalau secara sepintas lalu boleh dikatakan Ishaan sememangnya mengalami masalah literasi kerana masih lagi tidak mampu membaca dan menulis dengan baik. Hal ini tidak hairanlah Ishaan mengalami masalah yakni penyakit Dileksia. Namun begitu, Ishaan bukannya langsung tiada keupayaan untuk menulis dan membaca cuma mengalami kekeliruan terhadap bunyi huruf yang sama dan mengalami kesukaran menulis kerana keliru dengan huruf  yang hampir sama. Ini berlaku kerana penyakit dileksia. Jadi Ishaan masih lagi ada keupayaan meulis dan membaca cuma berada pada tahap yang lemah dan memerlukan kaedah bimbingan yang betul. Dalam cerita ini juga dapat menyentuh beberapa sudut pihak tertentu terutama pihak guru dan ibu-bapa. Sebagai seorang gurumengapa kita perlu menghukum murid yang tidak boleh membaca dan menulis atau sewaktu dengannya  di dalam kelas secara khalayak ramai tanpa usul periksa. Untuk menjadi seseorang guru kita telah pun dilengkapi dengan ilmu yang baik dan kita sendiri sentiasa berpesan kepada muri agar menjadi pendidik yang baik akan tetapi dalam masa yang sama guru itu sendiri sombong dan tidak sedar dia turut melakukan kesilapan. Menghalau Ishaan keluar daripada kelas adalah merupakan satu tindakan yang tidak wajardan menghina murid dengan mengatakan murid tidak berguna adalah tidak masuk akal sama sekali. Dimana cerminan seseorang guru yang sebenarnya seorang pendidik. Dari sudut ibu bapa pastinya inginkan yang terbaik untuk anak mereka namun terlalu mengharapkan kecemerlangan akademik anak-anak menjadi penyebab kepada masa depan anak itu sendiri musnah. Ibu-bapa yang bersikap seperti jurutera yang menyediakan jalan untuk anak mereka lalui adalah tidak sepatutnya sama sekali . Mengenali anak ialah perkara pertama mesti dilakukan bukannya memaksa anak untuk merealitikan impian ibu-bapa tetapi ibu-bapa sepatutnya bertindak merealitikan impian anak-anak. Pada pengakhiran cerita ini dapat dilihat sudut watak guru yang dilakonkan oleh Amir Khan menunjukkan guru yang baik kerana berusaha mencari yang terselit dalam diri Ishaan dan akhirnya menjadikan Ishaan murid yang dapat mengenali dirinya sendiri. Syabas. Sekian Terima Kasih

NOOR AAINAA AMIRAH BINTI KAMIN (193092)
Assalamualaikum Dr. Marzni. Berdasarkan pengetahuan saya tentang literasi, filem Taare Zameen Par ini berkait dengan literasi yang mana watak Ishaan ini mempunyai pengalamannya sendiri, meluahkan caranya yang tersendiri dan dunia khayalan akibat masalah disleksia yang dialami kerana membaca huruf secara terbalik dan tidak tersusun, mengalami kesulitan ketika mereka harus membaca, menulis, mengurutkan angka, atau menerima perintah. Masalah yang dialami oleh Ishaan ini bukanlah suatu kekurangan tetapi adalah keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Mereka sebenarnya seorang yang terlalu istimewa dan mempunyai kecenderungan kepada aspek seni, percakapan tetapi bukan dari aspek akademik. Tambah juga,  individu seperti Ishaan ini memerlukan dorongan dan sokongan yang baik sebagaimana gurunya mengajar menggunakan tulisan terbalik dan dipantulkan pada cermin yang mana dapat membantu Ishaan menguasai ilmu membaca dengan cara yang betul dan menyebut huruf dengan betul. Gurunya juga menarik minat Ishaan dengan mengadakan pertandingan melukis kerana kecenderungan pesakit Disleksia kepada sesuatu yang kreatif dan tidak formal. Penyakit Disleksia ini boleh dirawat dan terdapat ramai tokoh berjaya yang juga merupakan pesakit Disleksia seperti Leonardo da Vinci. Filem ini amat sesuai dijadikan pengajaran kepada para guru supaya sentiasa bersedia dengan  cara pengajaran yang berkesan dan bersesuaian dengan murid-murid di sekolah tersebut. Sesungguhnya setiap murid mempunyai keistimewaan dan kekurangan mereka tetapi sebagai guru yang bagus akan ada cara terbaik untuk mengatasi masalah muridnya dengan ilmu dan pengalaman yang ada. Sekian, terima kasih.

NOOR SYAHIRAH BINTI ZAMRI (194297)
Assalamualaikum Dr dan rakan-rakan. Saya Noor Syahirah bt Zamri.  Pandangan saya mengenai filem “Taare Zameen Par” ini , pertama sekali adalah ia amat menyentuh hati saya terutama sekali apabila kanak-kanak seperti Ishaan yang mengalami masalah Disleksia dan telah diabaikan oleh keluarga dan guru-gurunya hanya kerana kesukaran Ishaan untuk membaca, menulis dan mengira. Pada pendapat  saya, setiap anak mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Jadi tidak seharusnya ibu bapa dan guru untuk memberi penekanan yang sama kepada mereka. Dalam filem ini, ibu bapa Ishaan telah menghantar Ishaan untuk belajar di sekolah berasrama dan beranggapan dengan mendapat pendidikan di sana, akademik Ishaan akan meningkat. Tindakan yang telah dilakukan oleh ibu bapa Ishaan ini telah menyebabkan Ishaan semakin kurang keyakinan. Tambahan pula, apabila guru dan rakan yang lain beranggapan Ishaan ini seorang yang lembab. Pada pandangan saya, guru tidak seharusnya, memperlakukan muridnya sedemikian. Akan tetapi, mereka seharusnya mencari solusi untuk membantu muridnya itu. Guru juga perlu peka terhadap perkembangan murid agar tindakan awal boleh diambil untuk mengesan masalah pelajar dan membantu mereka untuk pulih. Seperti tindakan cikgu Nikumb yang telah membantu Ishaan untuk membaca , menulis dan mengira dengan baik. Sekian terima kasih.

TENGKU SITI NUUR SYUHADA BINTI TENGKU MOHD ZULKEFLI (193871)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. Mazni serta rakan-rakan. Seperti mana yang Dr. minta iaitu kaitan literasi dengan filem Bollywood ini. Setelah saya menonton filem ini, saya telah mendapati terdapat beberapa literasi yang dapat dilihat seperti literasi pelajar, literasi guru, literasi budaya, literasi masyarakat dan juga literasi ibu bapa. Dalam filem ini, terdapat beberapa watak utama iaitu Ishaan dan juga gurunya, Amir Khan. Ishaan merupakan seorang anak yang dilahirkan dalam keadaan disleksia di mana dia mempunyai kekurangan dari segi pembelajaran. watak Ishaan telah menunjukkan literasi pelajar di mana tahap keupayaan membaca dan menulis yang dikuasainnya berada pada tahap yag rendah akibat daripada penyakit disleksia. Ishaan bukan sahaja telah disisihkan oleh masyarakat  malah dia juga telah dihantar ke sekolah berasrama oleh ibu bapanya kerana keluarganya sendiri malu akan keadaan Ishaan yang lembab dalam pelajaran. Bagi saya ibu bapa Ishaan tidak sepatutnya melakukan perkara itu kerana penyakit disleksia bukanlah penyakit yang serius. banyak usaha boleh dilakukan bagi membantu Ishaan lebih cepat memahami pelajaran. Perkara ini berlarutan sehingga lah wujud seorang guru iaitu Amir Khan yang sanggup mencari jalan penyelesaian bagi membantu muridnya iaitu Ishaan. Kesimpulannya, sebagai seorang manusia yang berperikemanusiaan, tidak kiralah ibu bapa, guru, masyarakat, rakan-rakan, seharusnya membuka mata dan sentiasa membantu sesiapa sahaja yang memerlukan kerana setiap masalah yang terjadi, pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Terima kasih.

NUR SYAHIRA BINTI AMRAN (193868)
Assalamualaikum Dr Marzni dan rakan-rakan. Filem Taree Zameen Par merupakan antara filem yang perlu ditonton oleh semua golongan masyarakat. Filem ini banyak menyampaikan mesej yang mampu membuka mata  dan memberi kesedaran kepada masyarakat terutama guru dan ibu bapa. Tidak dapat dinafikan, filem ini telah berjaya memberikan kesan emosi terhadap diri saya. Filem ini mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Ishaan yang mengalami kesukaran untuk mengenal huruf dan membaca. Hal ini dikategorikan sebagai disleksia. Dia mengalami kesukaran untuk membaca, menulis, mengeja dan mengira. Oleh sebab kekurangan atau masalah yang dihadapinya, dia tidak mendapat penerimaan yang sepenuhnya oleh orang sekeliling termasuk guru dan rakan-rakan.

Berdasarkan filem ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting iaitu mereka seharusnya peka terhadap perkembangan pembelajaran anak-anak. Mereka tidak seharusnya mementingkan pencapaian akademik yang cemerlang dan terbaik semata-mata dari anak-anak tanpa mengetahui kemampuan mereka dalam pelajaran. Misalnya, ayah Ishaan sering memarahi dan membandingkan Ishaan dengan abangnya yang lebih pintar dan sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dia juga menganggap Ishaan seorang yang nakal dan suka memberontak sehingga mengambil keputusan menghukum Ishaan dengan menghantarnya ke sekolah berasrama. Hal ini bukanlah suatu cara yang patut dilakukan oleh ibu bapa kerana setiap anak mempunyai kemampuan yang berbeza. Jika kita mendapati anak kita lemah dalam pelajaran, ibu bapa seharusnya lebih cakna dan mengambil berat tentang masalah yang dihadapi, bukan dengan hanya memarahi dan memberi tekanan kepada mereka. Ibu bapa juga perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi anak-anak dan berusaha membantu dengan penuh penerimaan tanpa perlu memaksa dan membandingkan dengan anak yang lain.

Selain itu, guru sebagai pendidik tidak seharusnya terus menghukum murid yang lemah dalam pelajaran. Jika guru mendapati murid yang agak lemah dalam pelajaran, mereka perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid tersebut dan berusaha melakukan sesuatu yang tepat agar murid tersebut dapat menerima apa yang telah diajar. Dalam filem ini, guru Ishaan telah memarahi Ishaan yang tidak dapat membaca dan menganggap Ishaan bermain apabila Ishaan mengatakan huruf tersebut seperti menari-nari. Sebagai seorang guru, tidak sepatutnya kita terus memarahi dan menghukum murid tersebut tanpa mengetahui masalah yang dihadapi. Hal ini mampu menambah tekanan dalam diri murid dan menimbulkan rasa putus asa untuk belajar. Watak guru,  Ram Shankar Nikumbh yang dilakonkan oleh Aamir Khan dalam filem ini perlu dicontohi oleh semua guru dalam menghadapi murid disleksia seperti Ishaan. Cikgu Ram telah memberi perhatian yang khusus dan berusaha membangunkan semula kepercayaan diri Ishaan. Sebagai seorang guru, mereka seharusnya menggunakan cara yang berbeza daripada biasa untuk membantu murid dalam mengatasi masalah membaca atau menulis. Hal ini mampu mengembalikan semangat mereka untuk terus berusaha dalam menerima pelajaran. Dengan cara menghukum dan memarahi mereka akan lebih menambah tekanan dan sifat putus asa dalam diri murid.

Oleh itu, filem ini berjaya memberi motivasi dan inspirasi kepada semua golongan masyarakat terutama guru, ibu bapa dan murid yang menghidap disleksia. Filem ini menunjukkan setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan tersendiri dan tahap literasi mereka juga berbeza. Sebagai guru dan ibu bapa, mereka mesti melaksanakan langkah yang berbeza dalam membantu anak atau murid yang mengalami kesukaran seperti Ishaan.

NURUL FAIZAH BINTI FAKRUL ZAMAN @ HAMDAN (193127)
Assalamualaikum WBT kepada Dr. Marzni dan kawan-kawan.  Saya peminat filem Hindustan, melalui filem "Taare Zameen Par" ini mengingatkan saya bahawa kekurangan seseorang murid itu bukanlah penamat kepada segalanya malah merupakan satu anugerah atau kelebihan dan keistimewaan yang tidak semua guru dan ibu bapa berpeluang merasainya. Filem ini amat berkait rapat dengan tajuk pembelajaran saya iaitu literasi dalam pengajaran, keupayaan untuk menulis dan membaca. Literasi penulisan dan bacaan dapat dilihat melalui watak seorang murid lelaki yang bernama Ishaan, yang mengalami penyakit Disleksia. Ishaan bukanlah langsung tidak mempunyai keupayaan untuk membaca dan menulis, namun begitu mengalami sedikit  kesulitan untuk membaca dan menulis, keliru dengan huruf dan bunyi huruf yang hampir sama dan membaca huruf secara terbalik. Sebenarnya, murid yang istimewa dengan Disleksia ini mampu berjaya hasil daripada dorongan dan sokongan pihak ibu bapa dan guru khususnya.

Melalui watak seorang guru yang dilakonkan oleh Amir Khan, beliau cuba menarik minat Ishaan iaitu mengadakan pertandingan melukis. Hal ini demikian kerana, pesakit Disleksia lebih cenderung kepada perkara yang tidak normal dan sebenarnya lebih kreatif daripada pelajar lain. Selain itu, guru Ishaan membantunya untuk lebih pandai dan cepat membaca dengan mengajar menggunakan tulisan terbalik, kemudiannya dipantulkan pada cermin. Jadi, murid yang menghidapi Disleksia sebenarnya mampu dirawat sekiranya guru menggunakan teknik dan kaedah yang betul bukannya memberikan layanan yang buruk berlainan dengan murid lain.

Ibu bapa Ishaan tidak sepatutnya menghantar anaknya ke asrama kerana akan membuatkan Ishaan makin kurang keyakinan diri dan rasa tidak disayangi. Langkah yang betul ialah dengan mengenali anak sendiri bukannya mengharapkan kejayaan anak dalam akademik semata-mata sehingga menjadikan anak sebagai alat untuk merealisasikan keinginan mereka. Filem ini memberikan banyak kesedaran kepada masyarakat kini bahawa anak Disleksia patut dibantu bukan disisih malah mendampinginya kerana seperti anak-anak lain, mereka juga mampu maju dan berjaya. Ayuh bakal guru kita lahirkan lebih ramai modal insan kerana kita bukan hanya pengajar setakat di dalam bilik darjah, KITA ADALAH PENDIDIK!

NUR SAYIDAH NAFISAH BINTI ABD RAHIM (192860)
Assalamualaikum Dr dan rakan-rakan. Pada pandangan saya tentang filem "Taree Zameen Par" ini, ia merupakan sebuah cerita yang mengisahkan tentang keadaan seorang murid sekolah rendah yang bernama Ishaan yang mengalami masalah Disleksia dalam ketidakupayaan dari segi literasi iaitu membaca dan menulis. Ishaan melihat huruf-huruf di dalam buku seperti menari-nari sehinggakan dirinya sukar untuk membaca dan Ishaan juga tidak dapat membezakan huruf yang seakan-akan sama. Masalah yang dihadapi oleh Ishaan membuatkan dirinya sering dipinggirkan dan dipandang rendah oleh guru, rakan dan keluarga. Perkara tersebut  sebenarnya membuatkan saya sedar betapa pentingnya sikap prihatin dalam diri kita tidak kita kita sebagai ibu bapa, guru mahupun masyarakat. Hal ini demikian kerana, sikap ketidakprihatinan yang sering kita amalkan menyebabkan kita tidak sedar bahawa terdapat seseorang yang mengalami masalah yang amat besar dalam hidupnya sehingga menyebabkan murid yang mengalami masalah ini akan tertekan dan bersikap nakal untuk menunjukkan bahawa dirinya bukan seperti yang kita anggap. Walaupun Ishaan mempunyai masalah literasi, namun Ishaan mempunyai kemahiran psikomotor dalam seni lukisan, Imaginasi yang sering  berlegar difikirannya membolehkan Ishaan menghasilkan sesuatu lukisan yang indah dan penuh makna. Dapat kita lihat bahawa tidak semua kelemahan itu menguasai diri namun masih terdapat kelebihan yang perlu digilap agar terus bercahaya. Oleh itu, kita tidak boleh memandang rendah terhadap orang lain disebabkan satu kelemahan seperti yang dilakukan oleh bapa Ishaan, guru, rakan dan jiran tetangga.

Sikap tidak prihatin guru dan kedua ibu bapa Ishaan terhadap masalah tulisan terbalik yang sering dilakukan Ishaan dianggap seperti perkara biasa. Hal ini mengakibatkan Ishaan sering gagal dalam setiap peperiksaan dan bapanya nekad ingin menghantar Ishaan ke sekolah asrama. Di asrama, bermulalah hidup berdikari yang Ishaan perlu lalui, bermula dengan kesedihan, kesunyian, dan keperitan menjadikan Ishaan seorang yang pendiam. Namun semua itu hanya sementara apabila kehadiran seorang guru yang ceria dan memahami iaitu Amir Khan yang dinanti-nantikan telah mengubah diri Ishaan. Sikap prihatin dan ambil berat yang diamalkan oleh guru itu membolehkan beliau menyedari bahawa Ishaan mempunyai masalah Disleksia. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh guru tersebut bagi menaikkan semangat Ishaan untuk belajar sehingga berjaya membolehkan Ishaan menulis dengan betul dan membaca dengan tepat. Dapat di lihat bahawa sikap prihatin, mengambil berat, dan ihsan guru dan ibu bapa amat penting kerana ianya mempengaruhi diri seseorang murid. Kita juga perlu  sentiasa mengetahui dan menyedari sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling kita agar kita sedar akan kepentingan dan masalah orang lain. Sebagai guru, kita tidak boleh mengamalkan sikap acuh tidak acuh terhadap murid yang mempunyai masalah seperti Ishaan, kerana kita sering mengganggap mereka ini tidak boleh berjaya sebagaimana ibu bapa Ishaan  menganggap anaknya seperti itu namun  disebalik kekurangan seseorang murid itu pasti terdapat kelebihan yang berharga yang perlu digilap agar menjadi sebuah permata. Sekian, itu saja kritikan dari saya, Terima kasih Dr.

KHALIJAH BINTI ISMAIL
Assalammualaikum Dr Marzni dan rakan- rakanku Lentera . Saya Khalijah binti Ismail. Pada pendapat saya cerita ini sangat menarik dan sesuai dengan bidang kos yang saya ambil sekarang iaitu pendidikan. Dalam cerita ini banyak memberi pengajaran dan nilai yang baik kepada saya yang bakal menjadi seorang guru. Dileksia adalah satu penyakit yang dialami oleh kanak-kanak iaitu ketidakupayaan membaca dan menulis dengan  baik. Ibarat buku adalah musuh mereka dan tulisan  dan nombor sedang  bernari-nari serta lebih kepada imaginasi  Mereka menulis dengan tlisan dan nombor terbalik. Namun mereka sangat kreatif dalam seni dan menghasilkan sesuatu. Keupayaan mencipta adalah lebih baik dan sangat kreatif serta berfikir diluar kotak berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Penyakit tersebut perlu proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak terlalu formal dan menggunakan kaedah didik hibur agar menarik minat dan fokus mereka kepada belajar. permaslahan ini perlu diatasi dengan segera dan memerlukan sokongan daripada guru dan ibubapa dan bukan memaksa mereka untuk  cemerlang dalam akademik tetapi tidak tahu akan permasalahan  yang dialami oleh kanak-kanak tersebut . Sokongan dan kasih daripada  guru dan ibubapa  sangat membantu mereka untuk lebih bersemangat untuk belajar dan bukan A semata-mata . Sekian saja daripada saya. Terima Kasih

NADHRAHTUL NADHIRAH BINTI ROSLI (194641)
Assalamualaikum Dr Marzni dan rakan-rakan Lentera. Pada pandangan saya, filem "Taree Zameen Par" merupakan salah satu filem yang mengisahkan tentang kehidupan seorang anak berusia 9 tahun yang menghidapi penyakit disleksia. Penyakit ini adalah sejenis penyakit yang mengakibatkan mangsa tidak dapat membaca dengan betul serta tidak dapat menulis dengan baik. Ishaan merupakan anak yang telah menghidap penyakit ini.

Di dalam filem ini dapat dilihat bahawa semua orang mahupun ibu bapa ataupun guru-guru Ishaan tidak menyedari akan penyakit yang dihadapinya sehinggakan ia sering gagal dalam peperiksaan dan sering dimarahi oleh guru-gurunya. Guru-guru serta rakan-rakan Ishaan memandang rendah pada Ishaan dan mereka menyatakan bahawa Ishaan adalah seorang pelajar yang lemah. Walaupun Ishaan tidak pandai membaca dan menulis akan tetapi dia mempunyai bakat yang terpendam dalam melukis dan bakat ini tidak disedari oleh guru-gurunya.

Semasa Ishaan bertukar ke sekolah asrama, ada seorang guru seni yang menyedari akan penyakit yang Ishaan hadapi. Hal ini demikian kerana, guru tersebut juga pernah menghidap penyakit yang sama. Guru tersebut mengajar Ishaan bersungguh-sungguh sehingga Ishan boleh membaca dan menulis. Di saat semua guru memandang enteng terhadap kebolehan Ishaan, ada seorang guru seni yang berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu Ishaan dan mengatakan bahawa Ishaan merupakan seorang budak yang bijak akan tetapi menghidap masalah disleksia. Hari demi hari, pengajaran yang diajar oleh guru tersebut berjaya sehinggakan membolehkan Ishaan membaca dan menulis. Dalam satu pertandingan lukisan yang dijalankan, Ishaan telah mendapat tempat yang pertama kerana dia mempunyai bakat yang sangat luar biasa.

Oleh itu, pengajaran yang boleh diambil dari filem ini ialah semua guru dan ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui permasalahan yang dihadapi murid dan anaknya sendiri. Sekiranya mereka mempunyai masalah dalam pembelajaran, guru dan ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral pada mereka agar mereka tidak putus asa dalam pembelajaran. Kawan-kawan juga memainkan peranan penting untuk memberikan sokongan moral ini.  Sebagai ibu bapa kita hendaklah mengenali anak kita dan mengambil berat tentang mereka sama ada dari segi fizikal mahupun rohani. Seterusnya, sebagai seorang guru, kita hendaklah mengajar dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid kita. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghancurkan semangat murid kita untuk terus belajar. Sebagai seorang guru yang berwawasan, kita mestilah mengajar murid kita dengan penuh sabar dan ikhlas. Sekian sahaja dari saya. Terima kasih.

SITI ZEHARAH BINTI HAJI ABD RAHMAN (193126)
Assalamualaikum Dr Mazni dan rakan-rakan seperjuangan. Filem "Taree Zameen Par" mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang berusia 9 tahun menghidap penyakit disleksia. Disleksia ini merupakan satu penyakit di mana individu itu mengalami kesukaran untuk membaca dan menulis dengan betul. Dalam filem ini, watak Ishaan sebagai seorang pelajar disleksia. Disebabkan oleh kekurangannya itu, dia selalu dipinggirkan oleh rakan-rakan dan gurunya sehingga dia tidak mampu memperbaiki dirinya dan kekal seperti itu. Mereka beranggapan bahawa Ishaaan seorang budak yang terencat akal sehingga tidak mahu mendekatinya dan mengajarnya. Namun hakikatnya, Ishaan mempunyai bakat yang luar biasa iaitu melukis di mana menunjukkan daya imaginasinya sangat tinggi.

Ada sesetengah pelajar yang mempunyai kognitif yang rendah dalam aspek pembelajaran tetapi mahir dalam aspek yang lain.  Oleh itu, teknik pengajaran dan pembelajaran haruslah mengikut tahap kognitif pelajar. Misalnya, teknik pengajaran yang dilakukan oleh cikgu Ram iaitu Amir Khan jelas menunjukkan bahawa teknik pengajaran haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif pelajar. Beliau mengajar Ishaan dengan menggunakan teknik lukisan memandangkan Ishaan suka melukis dan mudah memahami sesuatu pelajaran dengan melukis. Melalui teknik tersebut, akhirnya Ishaan mampu untuk membaca dan menulis dengan betul dan jelas. Di sini, terpapar semangat seorang guru dalam mendidik anak bangsanya agar menjadi lebih baik dan tidak mudah berputus asa.

Melalui filem ini jelas memaparkan bahawa setiap pelajar mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Janganlah disebabkan oleh kekurangan yang dimiliki seseorang itu, kita menjauhkan diri serta meminggirkan mereka tetapi sebaliknya mencuba untuk membantu mereka agar menjadi lebih baik dari sebelumnya. Di samping itu,  keprihatinan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan sangat diperlukan dalam membentuk jati diri seseorang.

Sekian, terima kasih.

NORSYAKILA BT MOHD RUDMI (194296)
Assalamualikum Dr. Marzni dan rakan-rakan. Pada pendapat saya, filem  Taree Zameen Par ini sangat menarik dan menyentuh perasaan serta banyak memberikan pengajaran kepada guru dan ibu bapa yang memandang rendah terhadap pelajar yang mengalami masalah disleksia seperti Ishaan. Ini kerana mereka menganggap bahawa pelajar yang mengalami masalah tersebut lemah dan akan terus gagal dalam pelajarannya. Sesetengah guru di sekolah memberikan perhatian yang lebih kepada pelajar yang bijak dan mengabaikan pelajar yang lemah kerana mereka menganggap bahawa pelajar ini tidak dapat berubah dan tidak mampu menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Perkara ini benar-benar berlaku dalam dunia pendidikan hari ini. Sikap guru seperti ini perlu diubah supaya dapat membantu golongan pelajar yang mengalami masalah pembelajaran dengan memberikan bimbingan dan bukannya melalui paksaan dan dendaan sebagaimana yang dilakukan oleh guru dan ibu bapa Ishaan sendiri. Tindakan tersebut menyebabkan Ishaan mengalami kemurungan dan tidak mahu belajar. Guru tidak boleh menilai pelajar yang lemah tanpa mengenalpasti punca sebenarnya. Guru sepatutnya memberikan motivasi kepada pelajar tersebut sebagaimana yang dilakukan oleh Cikgu Nikumb untuk memulihkan Ishaan. Cikgu Nikumb  mempekenalkan tokoh-tokoh  yang mengalami masalah diskleksia tetapi boleh berjaya menjadi orang yang hebat telah memberikan semangat dan kesedaranh kepada Ishaan untuk berubah. Berdasarkan tontonan filem ini, saya mendapati bahawa setiap pelajar mempunyai  kebolehan yang tidak sama walaupun mereka adalah adik-beradik.  Dalam filem ini, walaupun Ishaan mengalami masalah disleksia namun dia mempunyai bakat yang luar biasa dalam bidang lukisan. Ishaan begitu kreatif menterjemahkan pemikirannya dalam bentuk  lukisan sehingga dia memenangi pertandingan melukis yang diadakan di sekolahnya. Kejayaan Ishaan ini telah membuka mata guru-guru dan ibu bapa Ishaan bahawa pelajar yang mengalami masalah disleksia juga boleh pulih dan boleh berjaya seperti pelajar-pelajar lain. Ini menunjukkan bahawa Ishaan mempunyai literasi visual iaitu kebolehan untuk melukis. Lukisan yang dihasilkan oleh Ishaan bukannya lukisan semata-mata tetapi terdapat maksud tersirat yang ingin disampaikan. Walaupun Ishaan mengalami masalah literasi bacaan dan literasi penulisan, namun dia mempunyai literasi visual yang menjadikan dirinya lebih berjaya. Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan guru untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah pelajar dan bukannya saling menyalahkan antara satu sama lain.  Sebagai seorang guru dan bakal guru, perlu mencontohi sifat mulia yang ada pada Cikgu Nikumb yang sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu memulihkan Ishaan daripada masalah disleksia. Terima kasih.

MOHD KHAIRULNIEZAM BIN MOHD ABDULLAH (194291)
Assalamualaikum Dr Marzni dan rakan-rakan Lentera. Pada pandangan saya, filem "Taree Zameen Par" mengisahkan tentang kehidupan seorang kanak-kanak disleksia yang berusia sembilan tahun.

Filem ini memaparkan tentang kehidupan Ishaan, iaitu penghidap disleksia yang dipinggirkan ibu bapa akibat kesibukan mereka dengan hal-hal pekerjaan. Ishaan juga lemah dalam akademik dan disisihkan guru dan kawan-kawan.
Apa yang saya dapat simpulkan disini sebagai kritikan kepada Filem ini adalah kritikan kepada peranan ibu bapa Ishaan, peranan guru, dan peranan orang sekeliling.

Seperti yang kita dapat lihat, guru di sekolah lama Ishaan tidak memainkan peranan mereka yang sebenar sebagai seorang pendidik. Seorang pendidik sepatutnya menjadi agen kepada penyelesaian masalah kepada perkara-perkara yang dihadapi pelajar mereka dalam bidang akademik khususnya. Akan tetapi, melalui fillem ini, Ishaan dipinggirkan guru-guru disebabkan kelemahannya dala bidang akademik terutamanya. Sebagai seorang guru , kita perlu mencari inisiatif dalam memahami keperluan seorang pelajar. Setiap pendekatan perlulah berbeza mengikut tahap kognitif pelajar dan mengenalpasti potensi yang mereka ada. Jika pelajar yang mempunyai masalah yang sama, seorang guru perlu sensitif terhadap perkara ini dan memanjangkan hal tersebut kepada yang lebih pakar. Amatlah dukacita jika perlakuan meminggirkan pelajar akan kelemahan mereka.

Seterusnya, peranan ibu bapa merupakan titik tolak kepada pembentukan kognitif dan sahsiah pelajar. Pendek kata, tanpa sokongan ibu bapa, mereka (Ishaan) akan menjadi lebih takut dan menjauhkan diri daripada dunia.

Akhir sekali, peranan orang sekeliling seperti kawan-kawan amatlah diperlukan kerana sokongan yang tidak terhingga dapat menjadi pencetus semangat untuk mendorong diri seseorang lebih maju kehadapan. Sama seperti filem ini di mana sokongan rakan-rakan membuat Ishaan gembira, berani dan lebih bersemangat.

SOLIHIN BIN RAMLI
Assalamualaikuim Dr, Marzni dan rakan-rakan. Pada pandangan saya , filem taree zamen par ini mengisahkan tentang kehidupan seorang pelajar yang mempunyai penyakit disleksia.

ishann yang berumur sembilan tahun sering dimarahi oleh bapa dan guru-gurunya kerana mendapat keputusan yang teruk. ishann mempunyai masalah mambaca dan membaca. beberapa number dan huruf sentiasa dia lihat secara terbalik dan seering kali melihat number dan huruf tersebut bagaikan menari-nari. ishan seringkali menjadikan huruf-huruf yang menari tersebu  sebagai imaginasi dia untuk membentuk satu gambar satu cerita dia yang tersendiri.

ishann mempunyai satu bakat yang tersendiri yang jarang ada pada orang lain iaitu  dia merupakan seorang yang berseni dalam lukisan. lukisan yang dihasilkan melalui imaginasi dia amat luar biasa.

kritikan saya terhadap filem ini ialah peranan ibu bapa yang kurang mengambil perhatian terhadap naak-anak. ibu bapa tidak mengenali anak-anak dengan baik. mereka tidak suka mendengar penjelasan daripada anak-anak tersebut. sering memarahi anak-anak yang kurang cerdik dan menyebabkan anak menjadi murung dan hilang keyakinan dalam diri. apabila mengetahui anak-anak tersebut mempunyai masalah dalam pembelajaran ibu bapa perlu cari jalan penyelesaian yang terbaik untuk anak-anak tersebut.

seterusnya, guru sebagai pendidik haruslah memainkan peranan yang  terbaik sebagai pendidik. guu haruslah adil terhadap pelajar dan tidak menyisihkan pelajar yang bermasalah.

setiap pelajar sudah pasti ada kelebihan mereka yang tersendirri. setelah hidup ishan bagaikan layang-layang putus tali, ishan n sudah tidak ada semangat untuk belajar, sudah kecewa dengan hidupnya, sudah mula berhenti melukis. hadir seorang hero yang datang menyelamat.

Guru Ishan yang bernama Ram Shankar Nikumbh melatih Ishan sedikit demi sedikit dengan cara melatih Membaca,Menulis,Melukis dan Belajar menghitung dengan cara naik turun tangga. hingga akhirnya Ishan bisa seperti layaknya anak anak lain. Akhirnya cikgu Nikumbh mengadakan satu pertandingan melukis yang menaruhkan pemenangnya akan menjadi kulit buku sekolah pada tahun hadapan. ishann telah memenangi pertandingan tersebut dan gurunya mendapat tempat kedua.

guru yang hebat seperti cikgu Nikumb yang pernah menghadapi masalah yang sama cuba untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ishann dengan menunjukkan dan menceruitakan tokoh-tokoh yang mempunyai masalah yang sama dan akhirnya mereka berjaya dalam hidup mereka dan menjadi sebutan dunia nama mereka. sejak hari itu ishan mula berubah dan belajar dengan bersungguh-sungguh bersama cikgu Nikumb.

akhirnya dia boleh hidup seperti orang yang normal. dia mampu bergaul dengan orang ;ain dan bersuka ria.

perkara yang penting yang saya pelajari ialah kita perlu mengenali seseorang sebelum menghukum orang tersebut dan setiap perkara yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya.

terima kasih.

Yusri Bin Mutalip
Assalamualaikum wtb, saya dikenali dengan nama Yusri Bin Mutalip. Baiklah, berdasarkan pandangan saya terhadap filem Bollywood yang bertajuk "Taare Zameen Par ", saya dapati pelbagai mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat khususnya kepada para pendidik dan ibubapa.  Filem ini menceritakan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Ishaan yang dikategorikan sebagai anak disleksia. Disebabkan masalah yang dihidapinya itu, Ishaan mengalami kesukaran dalam pembelajarannya sehingga membuatkan ibubapanya tertekan lalu menghantarnya ke sekolah berasrama semata-mata untuk memperbetulkan akademiknya. Dalam hal ini, ibubapa Ishaan tidak memahami keadaan sebenar anak mereka itu dan sering memarahi Ishaan sehingga Ishaan hilang keyakinan dalam dirinya. Ishaan merasakan dirinya seolah-olah dipinggirkan dan tidak  disayangi oleh ibubapanya sendiri. Terdapat babak yang menyentuh hati saya sebagai penonton iaitu apabila ibu Ishaan menjumpai lukisan Ishaan yang memaparkan perasaannya terhadap keluarganya. Sebagai ibubapa, mereka perlu memahami perasaan dan masalah yang dirasai oleh anak mereka walaupun anak mereka itu memiliki kekurangan. Jika tidak anak itu akan berasa kecewa dan emosi mereka terganggu. Filem ini seakan mengajak semua untuk berfikir semula sama ada sistem pendidikan yang diterapkan di sekolah mampu mengembangkan potensi anak atau merendahkan lagi kemampuannya. Karya Amir Khan ini secara tidak langsung menjadi kritikan hebat bagi segelintir guru yang sekadar memenuhi KPI tanpa berusaha untuk menjadikan pembelajaran lebih seronok di dalam kelas. Tidak dinafikan, selain di rumah, sekolah adalah paltform paling ideal bagi anak-anak mengenalpasti potensi diri kemudian dilatih dan diberi galakan. Semoga filem ini dapat memberi pengajaran kepada perspektif pandangan masyarakat terhadaap anak dileksia. Sekian terima kasih.

MUHAMAD SYAHMI BIN SAMSUDDIN (193874)
Assalamualaikum buat Dr Mazni dan juga rakan-rakan Lentera. Filem " Taare Zameen Par" adalah sebuah filem yang dibintangi bintang terkenal iaitu Aamir Khan. Filem ini adalah sebuah filem yang menengahkan penyakit disleksia sebagai topik utama yang ingin disampaikan. filem ini mengkritik tentang latar hidup masyarakat yang kurang berpengatahuan tentang penyakit disleksia dan hanya menganggap setiap manusia ini dilahirkan sempurna tanpa ada serba serbi kekurangan. filem ini juga menunjukkan konsep pemikiran masyarkat tanpa mengira jawatan mahupun darjat seperti golongan warga pendidik dan juga ibubapa yang sering menganggap insan-insan istimewa ini seperti tiada masa depan ataupun tiada kelebihan lain yang  boleh diketegahkan.  tambahan pula, kurangnya ilmu tentang disleksia juga menyebabkan insan-insan istimewa ini menerima didikan ataupun layanan yang sewajarnya mereka patut miliki. golongan ibu bapa serta golongan pendidik sering mengingatkan insan-insan istimewa ini seperti bertindak liar mahupun nakal sewakttu di rumah mahupun di kelas tanpa menyiasat dahulu perkara sebenarnya. Persepsi ini harus dijauhi kerana golongan istimewa ini amat memerlukan pehatian yang lebih kerana mereka bukanlah insan normal seperti kita. oleh itu, pengajaran yang harus kita amati berdasarkan filem ini ialah kita hendaklah tidak terus menghukum seseorang itu berdasarkan perilakunya. Sebaliknya kita hendaklah menyiasat dahulu apa punca-punca yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian rupa kerana sesuatu perkara pasti ada sebab dan akibatnya. wasalam.

NORAMIRAH FATIN BINTI ABDULLAH ROSLI (194293)
Assalamualaikum Dr Marzni dan rakan-rakan Lentera. Filem "Taare Zameen Par" mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang menghidap suatu penyakit iaitu disleksia. Melalui filem ini, diceritakan bahawa Ishaan mempunyai penyakit disleksia yang tidak ramai mengetahui tentang kehadiran penyakit ini. Ishaan mengalami kesukaran dalam bidang pembacaan dan penulisan kerana dia akan melihat suatu huruf dalam keadaan terbalik. Meski pun Ishaan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengenali huruf dengan betul, ternyata ianya tidak semudah yang disangka. Ishaan dipinggir oleh rakan-rakan dan juga gurunya kerana ramai yang beranggapan bahawa Ishaan merupakan budak yang sangat nakal dan malas. Justeru, dengan kehadiran insan  guru baru di sekolah iaitu Ram, beliau telah berusaha bersungguh-sungguh mengajar Ishaan dengan cara melukis. Hal ini demikian kerana beliau mendapati bahawa Ishaan amat suka melukis dan berbakat luar biasa dalam mempunyai imaginasi yang tinggi terhadap lukisan.
Justeru, seorang guru yang baik seharusnya tidak sama sekali menghukum pelajar mereka sesuka hati dan sentiasa memberi layanan sama rata dan terbaik buat anak didik. Hal ini kerana kita tidak mengetahui apakah masalah yang sedang dihadapi oleh murid dan kita juga perlu sentiasa mengetahui bahawa setiap insan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Guru juga hendaklah sentiasa melimpahi nilai kasih sayang buat murid, begitu juga dengan ibu bapa yang semestinya perlu sentiasa berada di samping anak-anak kerana ibu bapa adalah insan yang paling rapat dengan anak-anak.

193076; Taare Zameen Par

Assalalamualaikum, berdasarkan pemahaman saya melalui filem Taare Zameen Par. Saya melihat terdapat banyak aspek budaya di sekolah yang ditonjolkan dalam filem tersebut. Antaranya ialah budaya ibu bapa yang tidak mengenali anak mereka sendiri iaitu mengenai tahap literasi atau keupayaan dan kebolehan kemahiran asas yang ada pada anak mereka. Malah, mereka tidak dapat menentukan bahawa anak mereka ini mempunyai penyakit dileksia yang menjadikan kanak-kanak ini tidak mampu untuk berfikir seperti kanak-kanak normal yang lain. Sikap ibu bapa yang  tidak prihatin dan hanya menunding jari kepada guru dan sekolah ini akan menyebabkan proses pembelajaran dan pemikiran kanak-kanak terganggu.  Selain itu, budaya guru yang  hanya tahu menghukum tanpa mengenal pasti latar belakang dan kelemahan pelajar juga akan menyebabkan kanak-kanak ini terganggu sehingga menyebabkan kemurungan kepada mereka. Sebagai seorang guru, guru seharusnya mengenali pelajar terutama pelajar yang  lemah dalam pelajaran serta menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar. Guru tidak sepatutnya dengan sewenangnya melebel pelajar yang kurang cekap ini pelajar yang bodoh dan tidak mempunyai masa depan yang cerah. Dalam filem ini juga, dapat dilihat dengan jelas bahawa kanak-kanak dileksia ini mempunyai tahap atau cara berfikir yang berlainan dengan pelajar normal. Oleh hal demikian, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, ibu bapa dan guru sangat  memainkan  peranan penting dalam mengenali pelajar untuk memastikn pelajar diasuh dan dididik dengan betul dan berkesan.