REFLEKSI BMMB3193 (KUMPULAN 6-BMSK1) by PISMPBMSK0922 Amalin Wahida Bte Ag Damit

Berdasarkan hasil dapatan daripada e-Gallery, dapat disimpulkan bahawa keempat-empat persatuan ini memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan dan kelestarian kesusasteraan Melayu. Antara persatuan-persatuan yang terlibat ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Persatuan DBP mula ditubuhkan pada tahun 1956   manakala JKKN mula dibentuk pada tahun 1953. Selain itu, persatuan PENA mula ditubuhkan pada 1961 dan persatuan GAPENA pada tahun 1970. Bukan itu sahaja, setiap persatuan ini juga mempunyai objektif yang tersendiri, organisasi dan kegiatan masing-masing. Sebagai contoh, persatuan GAPENA yang merupakan sebuah gabungan persatuan penulis dan budayawan di Malaysia menjalankan kegiatan seperti mengeluarkan majalah/lidah rasmi dan lain-lain. Manakala PENA pula telah mengadakan tiga aktiviti bidang utama seperti menganjurkan ceramah dan perbincangan dan juga aktiviti besar yang lain. Rentetan daripada itu, didapati juga bahawa persatuan PENA juga turut mempunyai manifesto seperti Manifesto Sasterawan, Manifesto Penulis dan lain-lain. Tambahan lagi, penubuhan persatuan DBP bertujuan untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan manakala PENA dan GAPENA masing-masing mempunyai matlamat yang sama iaitu  menyatukan penulis tanah air daripada semua peringkat dan segala aliran.  Begitu juga dengan persatuan JKKN pula bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan Malaysia. Secara ringkasnya, kesemua persatuan ini mempunyai matlamatnya yang tersendiri untuk memastikan bahawa bahasa Melayu tetap menjadi rasional dan terus digunakan seiring dengan perkembangan zaman era globalisasi ini.

Berdasarkan kepada hasil dapatan e-gallery work yang saya lawat, dapat dirumuskan bahawa 4 pertubuhan Kesusasteraan Melayu memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang masing-masing. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan pertubuhan yang ditubuhkan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai satu bahasa rasmi dan bahasa Kebangsaan. Pertubuhan DBP ini menjadi panduan untuk membantu masyarakat mengenalpasti ejaan, sebutan, istilah yang tepat dalam bahasa Kebangsaan. Selain daripada itu, dapatan saya bagi pertubuhan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dilihat memiliki peranan yang sama dengan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) iaitu bertujuan untuk menyatukan penulis- penulis tanah air. Walau bagaimanapun, perbezaan diantara PENA dan GAPENA dapat dilihat melalui perkatan gabungan dimana GAPENA merupakan pertubuhan yang boleh menyatukan penulis-penulis tanah air daripada semua peringkat dan segala aliran pendapat dalam lapangan bahasa khususnya bahasa Kebangsaan manakala PENA tidak bergabung dengan mana-mana persatuan lain. Kedua-dua pertubuhan ini juga memberi peluang kepada penulis-penulis dalam memajukan bakat mereka dan secara tidak langsung ia menjadi satu usaha memajukan bahasa Kebangsaan ke peringkat yang lebih tinggi. Seterusnya, pertubuhan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) boleh disimpulkan sebagai satu pertubuhan yang dapat memantapkan serta mengembangkan seni budaya warisan Negara daripada hilang ditelan zaman. Pertumbuhan aktiviti pelancongan budaya yang berkembang pesat serta membantu dalam meningkatkan pendapat pemain industri merupakan misi yang ingin dicapai dalam pertubuhan JKKN ini. Kesimpulannya, melalui pemerhatian saya mengenai keempat-empat pertubuhan ini, dapat saya katakan bahawa pertubuhan-pertubuhan tersebut banyak memberi impak yang positif terhadap pembentukan negara yang maju. 4 pertubuhan ini sangat penting dalam kehidupan masyarakat dan juga negara jika dihayati dan difahami dengan baik.

Berdasarkan hasil pemeblajaran berdasarkan e-Gallery Walk yang telah dilakukan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang telah ditubuhkan ada tahun 1956 banyak mencetak atau menerbitkan serta membantu percetakan buku-buka dan majalah dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain. DBP juga sangat menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan secara meluas. Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) pula ditubuhkan 5 tahun selepas DBP ditubuhkan iaitu pada tahun 1961. Persatuan ini ingin menyatukan penulis yang ada di tanah air daripada semua peringkat untuk kepentingan nasional dengan tidak terikat kepada kepartian atau bercanggah dengan undang-undang negara. Beberapa aktiviti telah diadakan oleh persatuan ini seperti memperjuangkan soal hak cipta, menganjurkan ceramah dan perbincangan serta mengendaikan forum. Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) merupakan sebuah gabungan persatuan penulis dan budayawan di Malaysia yang berteraskan bahasa Melayu yang telah ditubuhkan pada tahun 1970. Penubuhan GAPENA hampir sama dengan PENA namun GAPENA adalah gabungan beberapa persatuan yang ada di Malaysia. Antara tujuan penubuhan GAPENA adalah untuk memajukan bahasa, kesesasteraan serta kebudayaan Melayi sehingga peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sama seperti PENA, GAPENA juga mengusahakan penerbitan karya penulis untuk memperkayakan kesusasteraan dan ilmu pengetahuan. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang telah dibentuk pada yahun 1953 ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bertanggungjawab melaksanakan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan Malaysia. Antara objektif penubuhan JKKN ialah untuk mengekalkan dan mengembangkan kebudayaan dan esenian serta menyediakan kemudahan prasarana seni dan budaya yang kondusif dan khidmat nasihat epada masyarakat Malaysia. JKKN akan memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara. Sebagai ringkasnya, keempat-empat pertubuhan ini iaitu DBP, PENA, GAPENA, dan JKKN masing-masing mempunyai peranan yang amat penting untuk menaikkan serta memartabatkan Bahasa Melayu. Penubuhannya mempunyai matlamat yang tersendiri untuk dicapai.

Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang berlangsungnya e-Gallery Work ini, saya telah mendapat beberapa maklumat yang sangat padat daripada Galeri 3 & 7 berkenaan dengan keempat-empat jenis pertubuhan kesusasteraan Melayu yang terdiri daripada Dewan Bahasa & Pustaka yang lebih dikenali sebagai DBP, seterusnya Peranan Persatuan Penulis Nasional Malaysia yang lebih mudah disebut sebagai (PENA), Peranan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan akhir sekali, Peranan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN). Melalui lawatan saya daripada 2 galeri tersebut dan penerangan yang sangat bagus telah disampaikan kepada saya sekaligus saya telah memahami tentang keempat jenis peranan pertubuhan kesusasteraan Melayu. Sebagai contohnya, melalui lawatan saya, saya telah mengetahui dengan lebih mendalam tentang latar belakang kewujudan DBP serta peranan yang sangat besar dalam menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi atau sebagai bahasa Kebangsaan. Secara jujurnya, melalui kaedah e-Gallery Work ini juga saya lebih mudah memahami dengan sangat mudah tentang semua pertubuhan kerana saya boleh mengetahui visi, misi, wawasan dan moto DBP. Bukan itu sahaja, melalui penerangan rakan saya juga tahu tentang struktur organisasi (PENA) dengan sangat jelas serta mengetahui organisasi tersebut telah ditubuhkan pada tahun 1961 iaitu pada 21 Februari. Seterusnya, saya juga berpeluang untuk mengetahui ahli ketua satu pena yang terdiri daripada Usman Awang, Hassan Ahmad, Ahmad Kamal Abdullah dan Anwar Ridhwan. Selain itu, ahli kumpulan daripada Galeri 3 & 7 juga sangat komitmen dalam berkongsi tentang peranan pertubuhan GAPENA, secara tidak langsung saya telah memahami tentang isu PPSMI yang telah dikongsi secara terperinci pada tarikh-tarikh yang tertentu. Di samping itu, setelah melaksanakan lawatan kedua-dua galeri tersebut, saya telah mendapat maklumat tentang ahli-ahli pemimpin GAPENA pada tahun 2011 sehingga 2016. Akhir sekali, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri yang lebih dikenali sebagai JKKN. Berdasarkan apa yang saya telah pelajari, saya telah mengetahui dengan sangat jelas tentang beberapa strategi memperkembangkan JKKN, salah satunya ialah dengan menyediakan kemudahan prasarana, garis panduan seni dan budaya, bantuan dana, khidmat nasihat, latihan dan pengiktirafan kepada penggiat seni. Bukan itu sahaja, secara tidak langsung saya juga telah memperoleh maklumat tentang kewujudan 14 pejabat JKKN di setiap negeri di Malaysia dan juga termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebagai penutup wacana ini, dapat saya simpulkan bahawa keempat-empat pertubuhan kesusasteraan Melayu ini sangat memberi impak positif dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Perkara ini tidak dapat disangkal lagi bahawa, kesemua pertubuhan mempunyai matlamat yang tersendiri dalam memajukan atau memartabatkan bahasa Melayu agar sentiasa digunakan seiring dengan kemajuan negara.