HMT 411: TUGASAN KAJIAN KUALITATIF by nur zahidah zainon

HMT 411: TUGASAN KAJIAN KUALITATIF
Maksud etika ialah prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dan sebagainya) yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia (http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=etika). Menurut Zainal Yang (2003), mendefinisikan etika sebagai persoalan mengenai perkara-perkara yang baik dari segi individu.  Dalam melakukan kajian juga terdapatnya etika-etika tertentu yang harus diikuti oleh seseorang pengkaji. Hal ini demikian untuk memastikan bahawa penulisan ilmiah yang bakal ditulis itu berkualiti dan berjaya mencapai standard yang ditetapkan. Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2012), kajian kualitatif menggunakan data dalam bentuk temubual, pemerhatian, dan analisis dokumen. Menurutnya lagi, kajian kualitatif ini menekankan syarat pertimbangan etika iaitu tidak mengganggu privasi individu, tidak berada dalam keadaan bahaya atau berisiko, serta tidak menyalahi hak asasi manusia. Bagi pemahaman saya, untuk menjalankan kajian kualitatif ini seseorang pengkaji itu haruslah mempunyai sumber rujukan yang sahih iaitu kejadian sebenar sesuatu kes atau juga sumber-sumber ilmiah seperti buku atau jurnal.

Artikel yang saya pilih ialah artikel bertajuk “A Beginner’s Guide to Action Research” karya Dick B. Berdasarkan artikel ini, saya dapati bahawa penulis tersebut mematuhi etika dalam penulisan dan penyelidikan kajian kualitatif. Hal ini demikian kerana penulis tidak melanggar syarat pertimbangan etika. Penulisannya juga dilihat tersusun dengan subtopik-subtopik yang dipecahkan kepada introduction, action research in more detail, cyclic, participative, qualitative, “good” action research, summary, notes, dan references.

Bagi bahan buku pula saya memilih buku yang bertajuk “Pemikiran Islam di Malaysia; Sejarah dan Aliran” karya Abdul Rahman Haji Abdullah. Penulisan beliau juga dilihat mematuhi etika penyelidikan dan penulisan kajian kualitatif. Berdasarkan pemahaman saya, kajian kualitatif ini menggunakan kajian kes. Beliau telah memilih kes pemikiran Islam dan diskopkan kepada sejarah dan aliran bagi melengkapkan penulisan buku ini. Di samping itu, buku ini juga menggunakan senarai rujukan yang sangat banyak sehingga menjangkau 79 muka surat untuk senarai bibliografi. Hal ini menunjukkan bahawa penulis menepati etika kajian kualitatif dengan menggunakan rujukan yang sahih untuk memastikan kajiannya lebih utuh.

Rujukan:
Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif in Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 28-29 Mac 2012. Organized by Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim.