Pembelajaran & Perkembangan Pelajar (KPP3014) by Abdul Qawee

BUTIRAN DIRI
NAMA : ABDUL QAWEE BIN SABARUDIN

NO MATRIK : D20202096362

PROGRAM : AT09 ISMP SAINS PERTANIAN

TUGASAN INDIVIDU 1
Konflik Tanggungjawab
Apabila saya melanjutkan pelajaran di peringkat Universiti, saya telah berkenalan dengan pelbagai ragam manusia. Berkenalan dengan ramai pelajar yang berjawatan menarik minat saya untuk melibatkan diri dalam organisasi dan badan pelajar di fakulti. Apabila saya melibatkan diri dalam organisasi badan pelajar dan menjadi AJK dalam sesebuah program telah menimbulkan keseronokan dalam diri kerana dapat belajar ilmu baharu dan berjumpa dengan ramai kawan baharu

Konflik ini mula berlaku apabila penglibatan diri saya menjadi AJK dalam program fakulti menjadi terlalu banyak dan tidak terkawal lalu akhirnya menjadi beban kepada diri sendiri. Terdapat beberapa program yang telah dianjurkan oleh pihak fakulti berlangsung pada masa perbincangan kumpulan menyebabkan komitmen saya dalam menjalankan tugasan berkumpulan menjadi berantakan. Hal ini diburukkan lagi dengan timbulnya rasa bersalah dalam diri kerana saya perlu memilih sama ada tanggungjawab saya sebagai pelajar (ahli kumpulan) atau sebagai ahli jawatankuasa dalam organisasi. Demi memastikan tanggungjawab saya sebagai ahli kumpulan untuk menyiapkan tugasan dipenuhi, saya sanggup bersengkang mata menyiapkan tugasan kumpulan sehingga pagi kemudian menjalankan tanggungjawab saya sebagai ahli organisasi. Akibatnya, masa rehat saya terutamanya ketika hujung minggu akan dipenuhi dengn pelbagai kerja sama ada tugasan berkumpulan atau berprogram menyebabkan badan menjadi lesu dan penat mental. Diri saya yang dahulunya ceria telah berubah menjadi seorang yang pendiam, terlalu berfikir dan juga menjadi seorang yang suka menyendiri.

Perubahan diri saya akibat konflik tanggungjawab ini disedari oleh kawan-kawan yang lain dan mereka sering membantu dalam mengingatkan saya mengenai tugasan jika saya terlupa. Saya sedar bahawa konflik ini berpunca daripada pengurusan masa saya yang tidak betul dan sikap saya yang tidak tegas apabila diberikan tugasan oleh ketua organisasi badan pelajar saya. Namun saya tidak boleh beranggapan bahawa penglibatan diri dalam organisasi badan pelajar ini tidak memberi faedah kepada diri kerana penglibatan ini membantu saya membina ‘softskill’ dalam diri selain hanya cenderung kepada akademik semata. Tingkah laku seterusnya telah ku atur, persiapan diri untuk menempuh konflik ini juga telah ku persiapakan. Saya memejam mata dan cuba bertenang dahulu, menarik nafas dalam dan melaksanakan solat sunat bagi mencari ketenangan dalam diri. Setelah sahaja saya menjadi tenang, semua kerja dan tugasan saya susun kembali berdasarkan kepada tarikh akhir penghantaran tugasan. Saya selesaikan dahulu tugasan yang tarikh akhir penghantaran paling hampir bagi mengelakkan diri daripada menjadi sibuk kemudian. Selain itu, saya juga lebih tegas untuk menolak sebarang kerja tambahan yang diberikan oleh ketua organisasi badan pelajar jika tugasan kerja tersebut menyebabkan pengurusan masa saya menjadi kacau. Penyelesaian bagi konflik yang saya hadapi ini adalah bergantung kepada diri saya sendiri iaitu pengurusan masa dan juga sikap tegas perlu ada dalam diri. Tidak dilupa, Komunikasi juga amat penting dalam menyatakan pendirian berkenaan diri tanpa perlu menyebabkan hubungan perkenalan antara saya dengan kawan sekelas dan hubungan saya dengan rakan satu organisasi  menjadi renggang dan wujud perasaan dendam di dalam hati.

Tugasan Individu 2

TUGASAN INDIVIDU 3
Jurnal Psikologi Pendidikan : Isu sosioemosi dalam kalangan Pelajar Sekolah Rendah di Negeri Sabah

PAUTAN YOUTUBE
Link Youtube : https://youtu.be/u5I_d4CzUsI

TUGASAN INDIVIDU 4 : REFLEKSI
REFLEKSI

Antara kandungan pembelajaran yang paling menarik minat saya ada berkaitan dengan topik kecerdasan pelbagai untuk manusia. Pada pendapat saya, topik sebegini telah membuka mata saya sebagai seorang bakal pendidik bahawa setiap insan yang akan saya didik mempunyai keistimewaan sendiri. Kecemerlangan akademik bukan hanya sebagai penentu ukur semata-mata kemenjadian pelajar menjadi seorang manusia yang berjaya. Antara lapan bentuk kecerdasan pelbagai adalah seperti Naturalis, muzik, logika dan matematik, kewujudan, interpersonal, kinestatik, linguistik, intrapersonal dan spatial. Sebagai seorang bakal pendidik, memahami dan mengenalpasti bentuk kecerdasan setiap murid dapat membantu guru untuk menentukan bahan bantu mengajar dan kaedah pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif pembelajaran dalam bilik darjaha. Kegagalan guru untuk memahami bentuk kecerdasan pelajar akan menyebabkan kadar keberjayaan sesi PdP akan berkurang kerana tiada penyesuaian bahan bantu mengajar atau kaedah pengajaran yang sesuai untuk pelajar mengikut bentuk kecerdasan mereka. Sebagai contoh, pelajar dengan kecerdasan spatial cenderung untuk belajar melalui visual seperti gambar atau illustrasi, mereka gemar untuk menconteng atau melukis menyebabkan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk mereka adalah bahan bergambar seperti buku bergambar atau video. Lawatan sambil belajar merupakan kaedah pengajaran yang berkesan bagi pelajar dengan kecerdasan sebegini kerana mereka cenderung belajar melalui visual. Namun, jika pelajar dengan kecerdasan spatial didedahkan dengan pengajaran berbentuk penaakulan maka proses PdP akan menjadi perlahan akibat penerimaan pelajar yang tidak sesuai mengikut kecerdasan mereka. Oleh itu, memahami topik ini akan membantu meningkatkan keyakinan diri pelajar kerana pelajar akan menyedari kecenderungannya di dalam sesuatu jenis kecerdasan, maka mereka akan berasa bersyukur dan lebih menerima bakat alami yang mereka miliki. Selain itu, topik ini dapat membantu guru di dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif dan inovatif, mempunyai harga diri yang tinggi, berpengetahuan, berkemahiran. jika tidak, pelajar akan mudah bosan kerana kaedah tersebut tidak selari dengan kecenderungan, minat dan cara mereka memproses maklumat.

Topik atau perkara yang ingin saya ketahui lebih lanjut adalah berkaitan dengan perkembangan remaja di mana teori perkembangan psikososial Erikson sering digunakan. Saya ingin lebih mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan psikososial dan bagaimana seorang bakal pendidik akan menguruskan perkara ini bagi membantu pelajar berkembang dengan sihat sama ada secara fizikal dan mental terutamanya ketika pandemik Covid 19 di mana Sesi PdP berlaku secara atas talian telah menyebabkan perkembangan psikososial kanak-kanak dan remaja menjadi terjejas akibat kurang bersosial. Perubahan landskap pendidikan telah berlaku akibat pandemik Covid 19 menyebabkan sesi PdP berlaku tanpa sentuhan atau bersemuka. Saya ingin lebih tahu bagaimana seorang pelajar pada umur kritikal seperti pelajar prasekolah dan sekolah menengah untuk bersosial dan mengembangkan psikososial mereka tanpa melalui kelas bersemuka. Perkembangan psikososial ini biasa akan berlaku akibat konflik atau perubahan pada suasana sekeliling, namun pendidikan atau PdP secara atas talian akan menyebabkan konflik ini tidak dapat wujud lalu pelajar tidak akan terdedah dan menyelesaikan sendiri konflik ini. Hal ini akan merencatkan perkembangan psikososial pelajar lalu menyebabkan berlaku batasan atau halangan bagi pelajar terus ke peringkat perkembangan seterusnya. Oleh itu saya bercadang agar kursus ini juga memberi pendekatan atau cara untuk membantu perkembangan psikososial pelajar ketika fasa PdP walaupun tanpa melibatkan kelas bersemuka. Hal ini amat penting sebagai persediaan bakal guru untuk membantu mendidik pelajar walaupun tidak bersemuka.