T.I.T.A.S by Ieyja Mustaffa
T.I.T.A.S
Pandangan Muhamad Yusoff Hashim yang berpendapat bahawa sebenarnya masih lagi ada beberapa prasasti seumpamanya yang belum ditemui di Terengganu, sesetengahnya telahpun hilang dan musnah di telan zaman.
Hal ini sesuai dengan sifat BBT sebagai artifak ataupun manuskrip terpenting yang mengandungi peraturan negara dan masyarakat (seperti Hukum Kanun Melaka). Lebih tepat lagi, sesuai untuk tujuan codifikasi undang-undang, BBT ini dijadikan rujukan semua lapisan masyarakat (awam dan bangsawan) dalam soal agama Islam.  Atas dasar ini pastinya BBT ini akan memberikan penjelasan kepada anggota masyarakat, dan bukannya dicatatkan secara abstrak dan ringkas semata-mata. Jadi, maklumat yang jelas tentang isu agama tidak boleh diketahui dengan jelas kerana isi kandungannya ada terdapat dalam BBT yang lain. Tapi sayangnya BBT yang mengandungi maklumat lanjutan ini telahpun hilang.
Maklumat tentang pelaksanaan syariah Islam di Terengganu perlu diperluaskan kajian kepada Perlembagaan Itqan Muluk.
Islam masuk di Indonesia pada abad ke-13 Masehi, dibawa oleh pedagang dari Gujarat, India. Ada pendapat lain bahwa masuknya agama Islam di Indonesia melalui kesepakatan sebagai berikut :
Islam masuk Indonesia pada abad 1 Hijriah atau abad 7 M.
Agama Islam masuk di Indonesia tidak melalui India, tetapi langsung dari Mekah.
Dalam perkembangannya Islam di Indonesia banyak diwarnai oleh madzhab Syafi’i.
Pelabuhan Terengganu dikatakan bersifat kosmopolitan dengan pelbagai bangsa seperti China, Arab, Parsi dan sebagainya. Urus niaga berjalan dengan baik kerana pemerintahnya Sultan Mansur menyedari kepentingan menjalinkan hubungan dagang dengan kuasa besar (China, India dan Tanah Arab) pada masa itu.
Hubungan diplomatik memang wujud antara kerajaan British di India dengan pedagang British yang menjadi orang tengahnya.
Berlaku pertukaran barangan dagang antara Terengganu dengan British. Ianya terdiri daripada emas, timah, lada hitam, beras, senjata api dan candu.
SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA Pertemuan Batu Bersurat di Terengganu dapat dikaitkan dengan perkembangan Islam di Nusantara. Sejarah masuknya Islam ke Nusantara ialah melalui kegiatan pelayaran. Hubungan masyarakat antara Indonesia dengan para pedagang muslim Gurajat ,Arap, Persia telah membawa pengaruh besar. Para pedagang tersebut selain memegang peranan penting dalam memperkenalkan Islam malah mereka juga berperanan untuk menyebarkan Islam ke seluruh negara. Pada awal abad ke 13, wujudlah perkampungan masyarakat muslim di pesisir samudra, kurang dari 15km dari Ihoksemawe. Penemuan batu nisan Sultan Malik Al Saleh , yang meninggal pada 696H/1297 masihi telah membuktikan bahawa pemerintahan bercorak Islam telah dilaksanakan.
HUBUNGAN DAN JALINAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR
Hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu. Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab membuat persetujuan dagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan neger-negeri yang berhampiran.
Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam
REPLIKA BATU BERSURAT
Rasulullah dengan yang orang sentiasa mereka sir
Asa pada Dewata yang Mulia Raya memberi menamakan negara Agama Islam
Dengan benar bicara dari diajar mengesahkan bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
Di Benua aku ini penentu agama Rasulullah s.a.w. Raja Mandalika yang benar secara Islam Dewata Mulia Raya
Bahumi ini penentu itu fardhu pada sekalia Raja Mandalika
Islam menurut sembah Dewata Mulia Raya
Dengan benar bicara secara hal ehwal kerana Hukum Mu Asma Illahi Mu
Maka titah Seri Paduka Tuhan menduduki Tamir ini di benua Terengganu ini ada purnama ada
Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan di Sasakala
Baginda Rasullullah telah lalu Tujuh Ratus Dua
LAMBANG KEBANGGAAN REPLIKA BATU BERSURAT
amai di kalangan ahli sejarah baik dari luar dan dalam Malaysia berpendapat bahawa Batu Bersurat Terengganu hanya merupakan tanda awal Islam mula bertapak di Malaysia dan hanya merupakan tunasnya sahaja. Ramai yang meletakkan Melaka sebagai tanda permulaan yang kukuh di mana Islam di perkembangkan di seluruh jagat Malaysia atau di kenali sebagai Tanah Melayu ketika itu.
‘......Dakwaan setengah ahli sejarah yang mengatakan bahawa penyebaran agama Islam yang pertama bermula di Terengganu melalui negeri China berdasarkan sebuah batu bertulis yang dijumpai di negeri itu membuktikan bahawa sekumpulan orang Islam telah mendiami di Terengganu dalam tahun 702 Hijrah (1303 M), ini tidak dapat diterima, kerana kedudukan Islam di Terengganu pada masa itu tidak kukuh untuk berkembang ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Apa lagi pelopor pertamanya ialah ahli perniagaan dan panglima perang Cina yang beragama Islam sahaja, tidak dari pembesar-pembesar negara sebagaimana di Melaka. Lebih-lebih lagi tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa pemerintah negeri Terengganu sendiri di waktu itu mengambil anisiatif yang tegas dalam penyebaran agama Islam, ataupun sekurang-kurangnya memeluk agama Islam........’ (Catatan Haji Dusuki Haji Ahmad – Ikhtisar Perkembangan Islam)
Ramai juga yang berprasangka bahawa Batu Bersurat telah di bawa dari negara lain seperti dari China dan juga dari tempat-tempat yang lain. Ini di ragui ketepatan pendapatnya kerana kenyataan Batu Bersurat itu sendiri yang menyebutkan perkataan negeri ‘Terengganu’ menunjukkan bahawa ianya di karang di bumi Terengganu dan bukannya di bawa dari luar.
ASAL USUL BATU BERSURAT
Pada tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai Tara, di Kampong Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kemudian pada tahun 1902, Batu ini dijumpai pula oleh Saiyed Husin Bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan, di bahagian tangga surau Kampung Buloh yang di jadikan alas membasuh kaki untuk naik ketangga surau tersebut. Batu itu telah patah sebahagian di sebelah atasnya.
Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, Batu ini dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian Batu itu diletakkan atas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris Di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang Jurufoto berbangsa Jepun N. Suzuki mengambil gambar dan dihantarkan kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan.
Batu ini bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah. Tulisan pada Batu ini menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang.
Pada tahun 1923, Batu ini telah dihantar ke Muzium Singapura dengan jalan pinjaman. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu tersebut telah dibawa ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura.
Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.
Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi suatu upacara penyerahan kembali Batu Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman di antara Kerajaan Persekutuan yang di wakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementrian Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan Encil Ismail bin Adam dengan Kerajaan Negeri Terengganu kepada Y.A.B. Dato’ Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu.
Batu ini merupakan sebuah Peringatan berbahasa Melayu yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengisytiharaan agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-Undang Islam.