Titas by Nurul Kamilah

Batu Bersurat Terengganu
Batu bersurat telah dijumpai pada tahun 1887 di Kampung Bulun, Kuala Berang, Terengganu.
Batu ini ditulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 hijrah. Tulisan pada batu ini menerangkan bahawa Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu beserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang. Batu ini merupakan sebuah peringatan berbahasa Melayu yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengistiharaan Agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-Undang Islam.

Jurnal
Berikut merupakan jurnal berkaitan penafsiran batu bersurat terhadap pelaksanaan syariah Islam.

Sejarah Perkembangan Islam di Nusantara
Sejarah Perkembangan Islam di nusantara bermula secara berperingkat dan melalui cara pelayaran pada masa dahulu. Perkembangan Islam di nusantara mempunyai pelbagai kaedah antaranya melalui perkahwinan orang Arab, Persia, India dan lain lain. Menurut ahli sejarawan Islam berkembang di Indonesia seawal abad ke 13 dan 14 masihi lagi dengan bukti penemuan batu bersurat oleh Malik Al Saleh dan Malik Ibrahim. Islam datang ke Nusantara melalui perdagangan, sosial, dan pengajaran. Berdasarkan berita Cina dari zaman Dinasti Tang, Islam masuk ke Indonesia sekitar abad ke-7. Berita itu menyebutkan adanya serangan orang-orang Ta shish terhadap Kerajaan 🤬-Ling yang pada waktu itu diperintah oleh Ratu Sima. Ta shih ini ditafsirkan sebagai orang-orang Arab. Hal itu diperkuat oleh berita Jepang (784 M) yang menyebutkan tentang adanya perjalanan pendeta Kanshih. Pendapat yang menyatakan Islam masuk ke Nusantara sekitar abad ke-13 didasarkan pada berita Marcopolo (1292 M) dan berita Ibnu Battutah (abad ke-14). Adanya batu nisan makam Sultan Malik As Saleh (1297), penyebaran ajaran tasawuf (abad ke-13), dan keruntuhan Dinasti Abbasiyah (1258 M). Dari bukti-bukti itu dapat disimpulkan bahwa Islam sudah masuk ke Indonesia sekitar abad ke-7 Masehi yang mencapai perkembangannya pada abad ke-13. Hal itu ditandai dengan adanya kerajaan-kerajaan bercorak Islam di Indonesia.

Hubungan dan Jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Hubungan diplomatik dengan negara sekitar dipercayai dimulakan oleh Sultan Melaka, Parameswara dan Maharaja Cina pada 28 Oktober 1403M. Selain itu, hubungan juga terjalin di negara negara luar seperti Rja Moghul di India dan Makkah, Sultan Iskandar Muda Alam di Acheh juga banyak melakukan hubungan diplomatik dengan negar-negara Islam. Hubungan yang dijalinkan sangat utuh kerana perutusan dan hadiah yang dihantar kepada negara tersebut. Penerimaan baik kunjungan mereka oleh  raja-raja  daripada negara terlibat, menambahkan lagi eratnya hubungan diplomatik dengan balasan hadiah dan sebagainya.