TITAS (TUGASAN MOOC) by muhamad afiq

1. Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam.
UMUM kita semua mengetahui bahawa undang-undang syariah islam adalah berdasarkan al-quran, al-hadis/as-sunnah dan ijtihad oleh mujtahidin. Manakala, pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariah di negara ini telah dimulakan pada abad ke-14. Kemuncak dan kegemilangan pelaksanaan perundangan Syariah di negara ini berlaku semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka berikutan pengislaman Parameswara dan penduduk Melaka pada awal abad ke-15. Terdapat dua teks undang-undang Islam utama semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Undang-Undang Melaka (Risalat Hukum Kanun) dan Undang-Undang Laut Melaka yang dipercayai digubal berdasarkan Adat Temenggung, mazhab Shafie dan pengaruh adat Melayu.

2. Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Kebanyakan sejarawan berpendapat Islam mula bertapak di Nusantara sekitar abad ke-7 atau ke-8 M, dan disebarkan oleh para ulama ketika aktiviti perdagangan dijalankan. Terdapat tiga teori kemasukan Islam di Nusantara iaitu melalui Arab (Parsi), India, China dan Champa. Teori-teori ini diketengahkan oleh beberapa sejarawan seperti Pijnappel, Snouck Hugronje, B. Harrison, Syed Muhamad Naquib al-Attas dan ramai lagi. Aspek dalaman merujuk kepada amalan yang diamalkan paling dominan dipengaruhi oleh unsur dari China, India atau Arab manakala unsur luaran seperti seni pertukangan, tulisan, jumpaan artifak, tapak arkeologi dan sebagainya. Antara contoh adalah penemuan Batu Bersurat di Terengganu dan ini dapat dikaitkan dengan perkembangan Islam di Nusantara dan merupakan antara bukti kedatangan islam ke Tanah Melayu.

3. Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Penyebaran Islam di Tanah Melayu turut didorong oleh faktor hubungan diplomatik dengan negara luar seperti Kerajaan Moghul di India dan Makkah. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam di Acheh misalnya mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Islam seperti Gujerat, Malabar, Turki, Mesir, Mekah dan lain-lain. Pada zaman baginda, Acheh telah dikunjungi oleh para ulama seperti Sheikh Abdul Kadir Ibn Hajar dan Sheikh Muhammad Yamani dari Mekah. Sebagai contoh, kemasukan islam di tanah melayu iaitu dalam sejarah negeri Kelantan ada tersebut bahawa disekitar tahun 1550M. , seorang Syekh dari Pantai telah datang membawa agama islam di negeri ini. Wang dinar perbelanjaan negeri Kelantan yang bertulis angka Arab 577 yang mungkin bermaksud tahun 577 Hijrah telah dijumpai disana. Jelaslah bahawa, terdapat urusniaga dan jalinan hubungan diplomatik dengan negara sekitar yang membawa kepada kemasukan islam di Nusantara dan tanah melayu.

Penemuan Batu Bersurat di Terengganu

Pada tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai Tara, di Kampong Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kemudian pada tahun 1902, Batu ini dijumpai pula oleh Saiyed Husin Bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan, di bahagian tangga surau Kampung Buloh yang di jadikan alas membasuh kaki untuk naik ketangga surau tersebut. Batu itu telah patah sebahagian di sebelah atasnya.

Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303.

MAKLUMAT DIRI
NAMA : MUHAMAD AFIQ BIN MOHD HUSIN
NO MATRIC : D20181082427
SEMESTAR 1
SUBJEK : TITAS (KUMPULAN L)
NAMA PENSYARAH : NURUL NADIA BINTI IBRAHIM
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)