Tamadun Islam Aktiviti 4.1 by Amelia Tan

Latar Belakang tentang Batu Bersurat Terengganu(BBT)
Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887,[1] (ada berpendapat 1899)[2].

Menurut sidang mesyuarat Lembaga Penasihat Antarabangsa UNESCO yang berlangsung di Barbados pada tanggal 13 Julai 2009, batu bersurat yang berusia lebih 700 tahun ini telah disenaraikan sebagai barang purba bernilai tinggi dan sesuai untuk mendapat pengiktirafan Warisan Dunia UNESCO.[3][4]

Fakta penemuan Batu Bersurat Terengganu bermula apabila saudagar Arab bernama Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari secara tidak sengaja menjumpai sebutir batu bersurat di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu selepas berlakunya banjir. Ia dijumpai di bahagian tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut. Batu Bersurat Terengganu ini menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu sejak sekian lama. Selain itu, Islam merupakan agama rasmi di Terengganu.

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam.
Undang-undang syariah ialah Undang-undang berdasarkan al-Quran dan sunah Nabi Muhammad s.a.w.

Kedatangan Islam di Tanah Melayu pada zaman dahulu dapat dilihat dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang membuktikan Islam telah tiba ke Terengganu pada 1303 sebelum Masihi.

Batu Bersurat Terengganu bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah dan menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang dan dijalankan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri.

Contohnya, mengendalikan kes jenayah seperti kecurian dan pembunuhan, urusan pernikahan, perniagaan, serta pembahagian harta pusaka.

Kerajaan Melayu Melaka, misalnya, mempunyai undang-undang awam dan jenayahnya sendiri berdasarkan undang-undang syariah dan undang-undang adat iaitu Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Alaudin Riayat Syah.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Sejarah kemasukan Islam ke Nusantara adalah bermula dengan melalui kegiatan pelayaran. Para pedagang tersebut selain memegang peranan penting dalam memperkenalkan Islam malah mereka juga berperanan untuk menyebarkan Islam ke seluruh negara.

Pada awal abad ke 13, wujudlah perkampungan masyarakat muslim di pesisir samudra, kurang dari 15km dari Ihoksemawe. Penemuan batu nisan Sultan Malik Al Saleh ,  membuktikan bahawa pemerintahan bercorak Islam telah dilaksanakan.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Batu Bersurat Terengganu secara terang-terangan membuktikan bahawa Terengganu sebagai tempat terawal di Tanah Melayu yang menerima dan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh serta menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara sekitar seperti negara China melalui perdagangan.

Pertemuan batu bersurat di Terengganu telah membuktikan Kuala Berang adalah pelabuhan yang dikunjungi oleh pedagang-pedagang Islam dari luar. Sejarah Geo-Politik masyarakat kawasan Timur Laut merangkumi tamadun kerajaan dan negara kota yang lama dan terkenal, seperti empayar Champa, China, Terengganu dan Kelantan. Bagi kedudukan geografi dan aktiviti ekonomi, kawasan wilayah timur laut ini yang berada di kawasan Laut Cina Selatan menjadi jalan perdagangan terpenting yang menghubungkan dunia barat dan timur yang agak luas.