KARANGAN BAHAGIAN A: PELANCONGAN DI MALAYSIA by FARRAH HAYATY BINTI AZIZAN Moe

PELANCONGAN DI MALAYSIA
Istilah pelancongan telah lama berlegar-legar di fikiran masyarakat. Selalunya, individu akan mengangap pelancongan ini hanya berlaku di luar negara. Tetapi, di Malaysia juga terdapat sektor perlancongan yang menarik yang tidak diketahui orang ramai kerana mutu pelancongan yang rendah .Bagaimanakah langkah meningkatkan mutu sektor pelancong?

Antara langkah meningkatkan mutual sektor pelancongan ialah menyediakan kemudahan penginapan seperti hotel, chalet,inap desa yang berdekatan dengan kawasan pelancongan yang menarik. Hal ini dapat menarik minat pelancong untuk menginap dan menikmati pelancongannya dengan mudah.

Selain itu, pihak berwajib perlulah bertanggungjawab dalam menaik taraf infrastruktur di kawasan pelancongan. Ini supaya bagi mengelakkan kawasan tersebut lesu dan tidak meriah yang menyebabkan pelancong tidak hadir. Infrastruktur yang perlu ada ialah pengangkutan awam, restoran, jaringan teknologi maklumat dan komunikasi dan sebagainya.

Imtisalnya, semua pihak perlulah berganding bahu bagi merealisasikan sektor perlancongan agar dikenali di seluruh pelusuk dunia. Hal ini bagi memastikan sektor perlancongan kita berkembang dan menarik minat para pelancong datang ke Malaysia

Langkah-langkah meningkatkan mutu sektor pelancongan.
Pada era kini, Malaysia semakin dikenali sebagai lokasi pelancongan  terutamanya dari pelancong yang berasal dari negara beriklim sejuk.Selain itu, negara kita terletak di  garisan khatulistiwa telah menyebabkan cuaca panas dan lembap di mana ia menjadi faktor yang menarik pelancong asing untuk berkunjung ke Malaysia.Dengan itu, wajar untuk kita bincangkan langkah-langkah yang mampu meningkatkan mutu sektor pelancongan di  negara kita.

Langkah utama yang perlu di usahakan untuk meningkatkan mutu sektor pelancongan dengan menyediakan kemudahan penginapan seperti hotel,inap desa, homestay dan yang seangkatan dengannya.Tempat penginapan yang disediakan haruslah selesa dan harga penginapan yang berpatutan. Seterusnya, usaha kedua adalah dengan  menaik taraf insfrastruktur.Contohnya seperti pengangkutan awam seperti bas, LRT, grab dan lain-lain lagi .Kemudian, restoran yang menyediakan pelbagai hidangan dan menu dan jaringa  Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang pantas.

Di samping itu,pihak bertanggungjawab haruslah menambah baik perkhidmatan pelancongan .Agensi pelancongan haruslah menyediakan pakej pelancongan dan selalu menawarkan promosi kepada pelancong.selain itu , boleh juga mengiklankan tempat pelancongan yang menarik di media sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook.Secara tidak langsungnya perkara ini dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan .Mereka boleh bekerja sebagi pemandu pelancongan.Mekanisme lain yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan mutu sektor pelancongan adalah melalui pihak kerajaan dengan menyediakan laman web atau portal untuk diakses oleh para pelancong.

Secara tuntasnya, pelbagai lankah yang boleh diambil untuk meningkatkan mutu sektor pelancongan di negara kita.Perkara ini memerlukan komitmen yang jitu oleh pihak yang terlibat seperti kerajaan,kakitangan awam,agensi pelancongan dan pengusaha pelancongan.

(Nurliana athirah)

Langkah-langkah meningkatkan mutu sektor pelancongan
Sektor pelancongan merupakan industri terpenting dalam perkembangan dan memajukan Malaysia. Hal demikian kerana industri pelancongan merupakan penyumbang utama kepada negara kita dengan pulangan yang lumayan. Namun, pihak kerajaan hendaklah bijak dalam meningkatkan mutu sektor pelancongan ini.

Antara langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sektor pelancongan ialah dengan menyediakan kemudahan penginapan agar pelancong yang melancong ke negara kita mempunyai tempat penginapan yang selesa. Sebagai contohnya, hotel, chalet, inap desa dan sebagainya.

Seterusnya, ialah pihak kerajaan hendaklah menaik taraf infrastruktur supaya aktiviti pelancong dapat dilakukan dengan bebas tanpa membantutkan keseronokkan mereka . Sebagai contohnya, pihak kerajaan hendaklah menaik taraf pengangkutan awam, restoran, jaringan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, taman rekreasi dan tempat hiburan.

Selain itu, pihak kerajaan mestilah menambah baik perkhidmatan pelancongan bagi meningkatkan mutu sektor pelancongan. Dengan menyediakan pakej pelancongan oleh agensi pelancongan, peluang pekerjaan rakyat tempatan dan lain-lain.

Konklusinya, pihak kerajaan hendaklah memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu sektor pelancongan agar negara Malaysia dapat terus berkembang maju seiring dengan peredaran masa.

nur wanie.

Nurasma Athirah binti izehar
Langkah langkah untuk meningkatkan sektor pelancongan

Pada era globalisasi in  Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan sektor pelancongan . Hal ini disebabkan oleh iklim yang sejuk dan berkhatulistiwa . Tidak hairanlah Malaysia merupakan sebuah negara yang menjadi tumpuan pelancong asing untuk melancong ke negara kita. Oleh itu bagi menjadikan sektor pelancongan yang lebih efisien pelbagai inisiatif haruslah dititikberatkan bagi memajukan lagi sektor pelancongan .

Antara langkah langkah untuk meningkatkan sektor pelancongan yang lebih bermutu ,kerajaan hendaklah menyediakan penginapan yang selesa kepada pelancong seperti chalet ,inap desa dan hotel .Hal ini bagi memberi kemudahan kepada pelancong untuk menikmati keindahan Malaysia malah dapat bermalam sambil mencuba makananan yang terkenal di Malaysia .

Selain itu juga , menaik taraf infrastruktur juga merupakan inisiatif yang terbaik.Hal ini bagi memudahkan pelancong untuk melancong ke Malaysia dalam masa yang sama dapat meningkatkan ekonomi negara nak kata pepatah sambil menyelam minum air . Sebagai contoh menyediakan pengangkutan awam ,restoran , jaringan teknologi maklumat dan komunikasi dan sebagainya .Maka dengan ini para pelancong akan lebih selesa dan lebih berminat untuk datang ke Malaysia buat kali kedua .

Di samping itu , antara inisiatif yang lain adalah dengan menambah baik perkhidmatan pelancongan .Sebagai contoh menyediakan pakej pelancongan oleh agensi pelancongan dan peluang pekerjaan rakyat tempatan . Dengan ini akan mendorong kepada para pelancong agar melancong ke negara kita . Malah antara tatanan lain ,pihak kerajaan menyediakan laman web atau portal berkaitan pelancongan untuk diakses oleh pelancong .

Kesimpulannya ,pelbagai inisiatif harus dilaksanakan untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara kita terutamanya dalam pandemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia dan telah menyebabkan ekonomi negara jatuh merudum . Maka bagi meningkatkan lagi ekonomi negara adalah  dengan membuka sektor pelancongan secara meluas dan mempelbagaikan inisiatif bagi menarik minat pelancong untuk melancong ke negara kita .

Langkah-langkah meningkatkan mutu sektor pelancongan di Malaysia
Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi itu dieksploitasi sepenuhnya.
Langkah prima untuk meningkatkan industri pelancongan negara ialah kerajaan perlu memperlengkapkan kemudahan dan prasarana pengangkutan dan perhubungan di negara kita. Hal ini kerana pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara ingin keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar melengkapkan kemudahan yang ada khususnya untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju.
Selain itu, kemudahan penginapan yang selesa turut menjadi faktor penting dalam menarik banyak pelancong mengunjungi negara kita. Kemudahan penginapan penting kerana situasi ini akan menentukan sama ada seseorang pelancong itu akan tinggal lama atau sebaliknya. Hal ini akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini sekali gus dapat meningkatkan ekonomi negara

Bukan itu sahaja, kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang destinasi menarik yang terdapat di negara ini. Hal ini dapat dilakukan menerusi media cetak atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Pendek kata, komitmen kerajaan dengan badan-badan tertentu dalam menyebarkan keunikan negara kita ke peringkat global turut merancakkan perkembangan industri ini.
Segala usaha yang direncanakan itu memerlukan obligasi dan komitmen jitu daripada semua pihak serta perlu dijalankan secara bijaksana umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. Bukan itu sahaja, diharapkan juga industri pelancongan di Malaysia dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara pelancongan yang lain.
-hasuna-

Pelancongan di Malaysia (Muhammad Syahmi)
Sektor Pelancongan merupakan salah satu sektor yang terpenting dalam negara kita. Sektor ini menyumbang sebanyak 30 peratus dalam Keluaran Dasar Negara Kasar pada tahun 2019. Pelancongan dapat membantu dalam meningkatkan pendapatan negara dan sektor ini dapat menjadikan negara kita terkenal sebagai pusat pelancongan utama bagi para pelancong.

Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh semua pihak dalam meningkatkan mutu perlancongan ialah menyediakan kemudahan penginapan kepada para pelancong. Contohnya penginapan moden seperti inap desa dan chalet. Selain itu, menaik taraf infrastruktur seperti kemudahan pengangkutan awam dan mewujudkan jaringan telekomunikasi yang lebih banyak kepada para pelancong. Kewujudan ini dapat memudahkan pergerakan dan penghubungan pelancong untuk menuju destinasi yang diinginkan.

Selain daripada pelbagai inisiatif untuk meningkatkan mutu perlancongan di negara kita, perlancongan memberi faedah kepada kita iaitu dapat bercuti dan berehat bersama keluarga. Dengan bercuti bersama keluarga, ibu bapa dan anak-anaknya dapat merasai ketenangan selepas tempoh waktu bekerja dan belajar yang panjang. Seterusnya banyak tempat pelancongan yang menarik dalam negeri seperti Pulau Langkawi dan Pantai Chenang yang mempunyai panorama yang indah dan bersih dapat memberi ketenangan dan keselesaan kepada para pelancong.

Akhir sekali, sektor pelancongan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pendapatan negara kita untuk menjadikan negara kita bertambah maju dan moden.

(205 patah perkataan)

Pelancongan di Malaysia (Zulhafiz)
Pelancongan merupakan sektor utama dalam meningkatkan ekonomi di Malaysia. Terdapat pelbagai tempat menarik yang terdapat di Malaysia untuk dikunjungi antaranya ialah Pulau Langkawi di Kedah dan Kota A Famosa yang terletak di Melaka.Persoalannya,apakah langkah yang harus dilakukan oleh kerajaan bagi meningkatkan mutu sektor pelancongan di Malaysia?

Antara langkah yang harus diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan taraf sektor pelancongan ialah dengan menyediakan kemudahan penginapan kepada para pelancong.Sebagai contoh,hotel,chalet dan inap desa antara binaan yang harus dititikberatkan oleh agensi pelancongan untuk keselesaan para pelancong.

Selain itu,menaiktaraf infrastruktur merupakan salah satu langkah yang harus diambil oleh kerajaan bagi meningkat mutu sektor pelancongan.Dengan adanya kemudahan seperti pengangkutan awam,restoran,taman rekreasi dan hiburan serta jaringan TMK,pelancong lebih mudah dan berminat akan sektor pelancongan di Malaysia.

Di samping itu,antara langkah lain bagi meningkatkan mutu pelancongan ialah dengan menambah baik perkhidmatan pelancongan seperti menyediakan pakej pelancongan.Hal ini akan mendapat perhatian oleh pelancong untuk melancong di Malaysia.Agensi pelancongan juga harus menambah baik dengan menyediakan laman web atau portal berkaitan pelancongan untuk diakses oleh para pelancong.

Kesimpulannya,pihak kerajaan haruslah memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan mutu pelancongan di Malaysia agar Malaysia menjadi destinasi utama untuk bercuti oleh para pelancong khususnya dari luar negara.

Langkah langkah meningkatkan mutu sektor pelancongan di Malaysia
Industri pelancongan banyak membawa kepada penyumbangan hasil dan pulangan yang lumayan kepada sesebuah negara dalam aspek pendapatan negara.

Terdapat beberapa langkah langkah bagi meningkatkan mutu sektor pelancongan seperti menyediakan kemudahan penginapan. Sebagai contoh hotel ,chalet dan inap desa perlulah diberi keselesaan yang utama kepada para pelancong supaya mereka akan berasa selesa sepanjang tempoh percutian.

Selain itu , menaik taraf infrastruktur seperti pengangkutan awam ,restoran,jaringan Teknologi Maklumat dan komunikasi , taman rekreasi dan tempat hiburan . Perkara ini perlu diberi keutamaan agar hari percutian para pelancong berjalan dengan lancar dan bahagia bersama keluarga.

Seterusnya, menambah baik perkhidmatan pelancongan. Misalnya, menambah baik pakej pelancongan oleh agensi pelancongan  dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Oleh yang demikian, kes pengangguran dapat dikurangkan. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan perlu menyediakan laman web atau portal berkaitan pelancongan untuk diakses oleh para pelancong.

Kongklusinya, terdapat pelbagai langkah langkah dan usaha yang perlu diteruskan dan dipergiatkan bagi menarik lebih ramai lagi pelancong dalam negara dan luar negara datang berkunjung.

-fatihah

Langkah-langkah meningkatkan sektor pelancongan.
Industri pelancongan tidak dinafikan merupakan antara sektor utama yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.Antara tempat pelancongan di Malaysia yang sering dikunjungi ialah kawasan pantai dan pulau .Oleh itu , terdapat beberapa langkah untuk memajukan sektor pelancongan .

Langkah pertama yang perlu diusahakan ialah dengan menyediakan kemudahan penginapan yang selesa kepada pelancong .  Sebagai contohnya, menyediakan hotel , inap desa dan chalet yang berdekatan dengan tempat pelancongan seperti di kawasan bandar mahupun luar bandar. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan kemudahan penginapan kepada pelancong malah dapat memudahkan pelancong untuk mengunjungi destinasi pelancongan, bak kata pepatah sambil menyelam minum air.

Seiring dengan langkah di atas, industri pelancongan akan bertambah maju sekiranya pihak kerajaan menaik taraf infrastruktur. Pihak kerajaan bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam kepada pelancong seperti bas dan teksi. Hal ini memudahkan pelancong untuk berkunjung ke destinasi pelancongan yang diingini. Selain itu, kemudahan jaringan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) juga amat penting dalam memudahkan pelancong mengakses Internet dan berhubung dengan sesiapa walau di mana-mana mereka berada. Sudah terang lagi bersuluh , langkah ini dapat meningkatkan sektor pelancongan.

Bagi mendokong langkah - langkah yang telah diutarakan, pihak berkuasa juga perlu menambah baik perkhidmatan pelancongan dengan menyediakan pakej pelancongan yang menarik oleh agensi pelancongan. Selain itu , dalam mendepani era teknologi ini pihak kerajaan haruslah menyediakan laman web atau portal berkaitan destinasi pelancongan yang menarik untuk diakses oleh pelancong tempatan mahupun pelancong asing.

Konklusinya, banyak langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak dalam memajukan sektor pelancongan ini . Namun , bagi merealisasikan langkah tersebut komitmen oleh pelbagai pihak amat penting agar Malaysia dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara - negara lain.

-Atirah azhar

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN MUTU SEKTOR PELANCONGAN
Sedasawarsa ini, Malaysia merupakan destinasi pelancongan yang terkenal dan menjadi pilihan ramai pelancong asing. Hal ini dikatakan demikian kerana, kedudukan geografi Malaysia yang terletak di garisan Khatulistiwa dan mempunyai iklim  yang sesuai serta tempat menarik menjadi faktor tarikan pelancong. Jadi, apakah langkah yang perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan mutu sektor pelancongan di Malaysia?

Langkah yang pertama yang perlu dilakukan dalam memastikan industri pelancongan berada dalam tahap terbaik adalah dengan menyediakan kemudahan penginapan. Hal ini demikian kerana apabila pelancong datang untuk melancong, mereka semestinya menginginkan kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel bertaraf lima bintang, chalet serta inap desa pada harga patut. Natijahnya, selain dapat meningkatkan industri pelancongan sebaliknya mampu memastikan kesejahteraan hidup masyarakat terjamin.

Langkah yang kedua ialah menaik taraf infrastruktur pelancongan seperti memperbanyakkan restoran serta menyediakan variasi makanan daripada pelbagai kaum. Seterusnya, kemudahan pengangkutan awam yang efektif sama ada darat, udara dan air perlu disediakan bagi memudahkan pelancong untuk datang melancong. Tambahan pula, dengan adanya jaringan Teknologi Maklumat dan Komunikasi juga mampu memberikan liputan Internet yang meluas kepada pelancong.

Secara tuntasnya, pelbagai langkah boleh dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam meningkatkan mutu sektor pelancongan kerana Malaysia mempunyai potensi yang besar dan setanding dengan negara jiran yang lain dalam memastikan industri pelancongan terkenal di seluruh dunia.

-syamimi

Langkah-langkah meningkatkan mutu sektor pelancongan di Malaysia.
Pelancongan merupakan salah satu industri yang memberikan pulangan ekonomi kepada negara. Malah, kini dengan peningkatan ekonomi kemudahsampaian yang tinggi serta jalinan yang baik antara sesebuah negara dengan negara yang lain menjadikan pelancongan sebagai sektor yang semakin berkembang dalam konteks globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Oleh itu, pelbagai langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk meningkatkan mutu sektor pelancongan.

Antara langkah yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan ialah menyediakan kemudahan penginapan. Kebiasaannya, pelancong ingin bercuti rehat bersama keluarga dan menjadikan tempat penginapan berhadapan dengan pulau dan pantai sebagai destinasi pilihan. Melalui tempat penginapan, pelancong akan menunjukkan reaksi awal sesuatu tempat itu kerana tempat penginapan ialah destinasi pertama yang dituju. Contohnya, pihak kerajaan boleh menyediakan peruntukan wang kepada pengusaha hotel, chalet dan inap desa untuk memperbaiki kemudahan sedia ada kepada yang lebih baik untuk keselesaan pelancong.

Seterusnya, menaik taraf infrastruktur seperti pengangkutan awam, restoran, jaringan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) serta taman rekreasi dan hiburan. Kemudahan pengangkutan awam seperti kereta api dan bas sering digunakan oleh pelancong yang melancong secara berkumpulan. Dengan adanya sistem pengangkutan yang sistematik serta
menawarkan tambang harga yang murah memudahkan pelancong untuk pergi ke sesuatu tempat tanpa menghadapi banyak masalah.

Kesimpulannya, pihak kerajaan seharusnya memandang tinggi perkara ini kerana Malaysia mempunyai keunikan tersendiri untuk dilawati serta sektor pelancongan merupakan antara sektor terbesar yang menyumbang kepada ekonomi negara.

Dalam mendepani arus modenisasi , sektor pelancongan merupakan salah satu sektor terpenting yang menyumbang kepada pendapatan negara dan ekonomi di Malaysia.Wabak Covid-19 yang melanda dunia sedikit sebanyak telah menjejaskan ekonomi negara.Oleh itu , pelbagai pihak sewajarnya memelihara kepentingan sektor pelancongan dan mengambil inisiatif untuk meningkatkan tahap keselesaan kepada pelancong. Persoalannya,apakah langkah langkah yang perlu diambil bagi memaksimumkan keselesaan kepada pelancong?
Jika ditelusuri, pihak kerajaan dan kakitangan swasta perlu berganding bahu dalam menaik taraf infrastruktur dan pembangunan di Malaysia sekali gus mampu menarik minat pelancong untuk merasai kemewahan dan keselesaan.Sebagai contoh, pengangkutan awam seperti kereta api,bas,kapal terbang, teksi memudahkan pelancong untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.Tambahan itu , jaringan Teknologi Maklumat dan Komunikasi juga perlu ditingkatkan yang boleh mempercepatkan untuk melayari internet,Waze dan GPS. Izharlah , pihak bertanggungjawab haru berpegang teguh pada peribahasa "Bersatu kita teguh , bercerai kita roboh" dalam merealisasikan dan menambah baik infrastruktur di Malaysia.

Lanjutan daripada itu, memaksimumkan kualiti dan menambah baik mutu perkhidmatan pelancongan perlu dititikberatkan oleh pelbagai pihak dalam memberikan keselesaan kepada pelancong.Contohnya, Kementerian Pelancongan ,Seni dan Budaya hendaklah menyediakan laman web atau portal berkaitan pelancongan untuk diakses.Secara tidak langsung,ini mampu melicinkan proses dan memudahkan pelancong untuk ambil angin di Malaysia.sudah terang lagi bersuluh,dengan menambah baik mutu perkhidmatan mampu memberi keselesaan kepada pelancong.

Tuntasnya,semua pihak perlu bertindak dengan arif dan berusaha dalam menyediakan keselesaan yang maksimum kepada pelancong.Marilah kita bersama sama memelihara kelestarian alam yang mampu menjana peratus pelancong di Malaysia.

Pelancongan di Malaysia (Nurul Iman Adawiyah)
Pada era globalisasi ini, isu pelancongan semakin hangat diperkatakan di media massa. Oleh itu, pelancong mula mendapat kesedaran terhadap keperluan memilih destinasi pelancongan semenjak negara kita mencapai kemajuan dalam pelancongan negara. Justeru, pelbagai inisiatif telah diambil oleh pelbagai pihak untuk memberikan keselesaan kepada pelancong yang berkunjung ke negara kita. Persoalannya, apakah langkah- langkah meningkatkan mutu sektor perlancongan?

Antara langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan ialah meningkatkan kemudahan penginapan di tempat pelancongan. Hal ini dikatakan demikian kerana, pelancong akan lebih berkeyakinan dan selesa sekiranya mempunyai tempat yang sesuai dengan citarasa mereka. Sebagai contohnya, mereka boleh menginap di hotel , chalet  dan inap desa. Oleh itu, kemudahan penginapan yang berpatutan memainkan peranan penting dalam meningkatkan sektor pelancongan negara kita.

Selain itu, usaha yang boleh diambil oleh kerajaan ialah menaik taraf infastruktur bagi memudahkan pergerakan dan aktiviti pelancongan. Sebagai contohnya, menyediakan pengangkutan awam, restoran dan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi. Hal ini mampu menarik kehadiran pelancong dengan pelbagai kemudahan yang moden dan terbaik.

Seterusnya, antara tempat menarik yang dikunjungi oleh pelancong antaranya ialah kawasan pulau dan pantai yang indah menjadi pilihan mereka. Melancong bukan sahaja dapat menghilangkan tekanan dan menikmati keindahan alam yang cantik, malah aktiviti tersebut juga menjadi kenangan terindah apabila dapat bercuti rehat bersama keluarga tersayang.

Kesimpulannya, pihak kerajaan khususnya haruslah memainkan peranan yang sewajarnya dalam meningkatkan mutu sektor perlancongan di negara kita agar pendapatan yang disumbangkan melalui sektor ini menjadi pemangkin kemajuan negara.

Langkah-langkah meningkatkan mutu sektor pelancongan
Industri pelancongan di Malaysia mula mendapat perhatian semenjak negara mencapai kemajuan dalam pembangunan negara.Oleh itu,pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif dan langkah untuk meningkatkan mutu sektor negara.

Antara langkah-langkah tersebut ialah pihak kerajaan perlu menyediakan kemudahan penginapan yang selesa seperti chalet,hotel dan inap desa.Kemudahan penginapan amat penting kerana sekiranya tempat penginapan tersebut selesa,hal ini akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama dan sekaligus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing.

Selain itu,pihak kerajaan juga perlu menaik taraf infrastruktur dari segi pengangkutan awam,restoran dan jaringan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.Hal ini amat penting kerana pelancong yang datang memerlukan tempat yang selesa dan menarik untuk melancong.Sebagai contoh,mereka perlu menyediakan pengangkutan awam bagi memudahkan pelancong asing pergi dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain.

Di samping itu,pihak berkuasa juga perlu melakukan penambahbaikkan perkhidmatan pelancongan dari segi pakej pelancongan oleh agensi pelancongan dan peluang pekerjaan rakyat tempatan.Malah. pihak kerajaan juga  perlu menyediakan laman web atau portal berkaitan pelancongan untuk diakses oleh para pelancong.

Kesimpulannya,sektor pelancongan amatlah penting dititikberatkan oleh semua pihak terutamanya pihak kerajaan supaya negara kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain.

-fatin hamimi

Langkah langkah meningkatkan mutu sektor pelancongan di Malaysia.
Sektor pelancongan di Malaysia telah berkembang pesat dan merupakan salah satu sumber pendapatan negara.Oleh itu , kerajaan telah mengerakkan agensi yang berkaitan untuk memastikan ianya berkembang pesat sejajar dengan era teknologi kini.Namun demikian , terdapat beberapa langkah yang dapat dibuat bagi meningkatkatkan mutu pelancongan.

Antaranya menyediakan kemudahan penginapan seperti hotel , chalet ,inap desa dan lain lain di tempat pelancongan dengan reka bentuk yang menarik dan unik serta dapat mengikut pelbagai jenis konsep pelancongan.Hal ini  dapat lagi menarik minat pelancong untuk melancong serta menikmati keunikkan tersebut.

Selain itu, dengan menaik taraf infrastruktur seperti pengangkutan awam , restoran , taman rekreasi , hiburan dan lain lain dapat meningkatkan mutu pelancongan.Dengan adanya kesemua infrastruktur berikut ia dapat memberi keselesaan dan keseronokan kepada pelancong semasa berkunjung.

Di samping itu, pihak kerajaan juga dapat menambah baik perkhidmatan pelancong dengan menyediakan laman web atau portal berkaitan  pelancongan untuk diakses oleh pelancong .Agensi pelancongan juga dapat menyediakan pakej pelancongan yang menarik dapat menarik pelancong untuk berkunjung .Secara tidak langsung ianya dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Kesimpulannya,terdapat pelbagai langkah yang dapat dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk membantu kerajaan meningkatkan mutu pelancongan di Malaysia sebagai tempat pelancongan yang terkenal di dunia.

-Aliamaisarah

Muhammad Alif Hakimi
Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang mampu menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan dalam negara kita.Keunikan budaya dalam negara kita dapat menjadikan aset penting dalam menarik minat pelancong ke negara kita.  Antara langkah yang dapat meningkatkan mutu sektor pelancongan ialah menyediakan kemudahan penginapan.Hal ini kerana dapat menentukan sama ada pelancong itu mahu tinggal lama atau sebaliknya.Jika kita dapat menyediakan tempat yang selesa kepada mereka,hal ini dapat mendorong seseorang pelancongan itu untuk tinggal lebih lama sekali gus dapat membantu negara dalam mendapatkan mata wang asing lebih banyak.  Selain itu, langkah lain yang dapat kita lakukan ialah menambah baik perkhidmatan pelancongan.Hal ini dapat dilihat apabila kewujudan dan kemudahan internet dapat membantu dalam memperkenalkan negara kita sebagai negara yang menarik untuk mendapatkan lebih ramai pelancong.Misalnya komitmen kerajaan dapat menyebarkan keunikan negara kita dalam peringkat global.Kesimpulanya, terdapat pelbagai cara dalam meningkatkan mutu pelancongan dalam negara kita.Diharapkan supaya sektor pelancongan dalam negara kita dapat mengembang lebih cepat mengikut masa.

Muhammad Alif Hakimi
Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang mampu menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan dalam negara kita.Keunikan budaya dalam negara kita dapat menjadikan aset penting dalam menarik minat pelancong ke negara kita.  Antara langkah yang dapat meningkatkan mutu sektor pelancongan ialah menyediakan kemudahan penginapan.Hal ini kerana dapat menentukan sama ada pelancong itu mahu tinggal lama atau sebaliknya.Jika kita dapat menyediakan tempat yang selesa kepada mereka,hal ini dapat mendorong seseorang pelancongan itu untuk tinggal lebih lama sekali gus dapat membantu negara dalam mendapatkan mata wang asing lebih banyak.  Selain itu, langkah lain yang dapat kita lakukan ialah menambah baik perkhidmatan pelancongan.Hal ini dapat dilihat apabila kewujudan dan kemudahan internet dapat membantu dalam memperkenalkan negara kita sebagai negara yang menarik untuk mendapatkan lebih ramai pelancong.Misalnya komitmen kerajaan dapat menyebarkan keunikan negara kita dalam peringkat global.Kesimpulanya, terdapat pelbagai cara dalam meningkatkan mutu pelancongan dalam negara kita.Diharapkan supaya sektor pelancongan dalam negara kita dapat mengembang lebih cepat mengikut masa.

Langkah-langkah meningkatkan mutu sektor pelancongan
Dalam meniti arus kemodenan ini, Malaysia semakin terkenal sebagai lokasi pelancongan pilihan pelancong asing terutamanya daripada negara yang beriklim sejuk. Kedudukan geografi negara yang terletak di garisan khatulistiwa telah menyebabkan cuaca panas Dan lembap di mana ia menjadi faktor yang menarik minat pelancong asing untuk berkunjung ke Malaysia. Izharnya, sektor pelancongan telah menjadi antara pendorong dalam meningkatkan ekonomi negara sejak pandemik covid-19. Apakah langkah langkah dalam meningkatkan lagi mutu sektor pelancongan di Malaysia.
Menyediakan kemudahan penginapan ialah antara langkah-langkah meningkatkan mutu sektor pelancongan di Malaysia. Sebagai contoh, menyediakan penginapan hotel, chalet dan inap desa. Hal ini bagi memudahkan pelancong untuk bermalam dan pihak yang terlibat juga perlu menyediakan penginapan yang menarik serta selesa bagi menarik minat pelancong untuk menginap di Malaysia.
Selain itu, pihak yang menguruskan sektor pelancongan juga perlu menaiktarafkan infrastuktur bagi memudahkan pelancong asing bersiar-siar dan menjamin keselesaan pelancong untuk berkunjung ke seluruh kawasan di Malaysia. Dengan adanya infrastuktur yang lengkap seperti pengangkutan awam yang efektif, lapangan terbang yang besar menyebabkan tahap ketersampain akan menjadi lebih baik. Inisiatif ini bukan sahaja dapat meningkatkan sektor pelancangon malah dapat memastikan kesejahteraan hidup masyarakat konvensional terjamin.
Tambahan lagi, industri pelancongan akan bertambah maju sekiranya pihak berkuasa menambahbaikan perkhidmatan pelancongan seperti peluang pekerjaan dan rakyat tempatan. Pihak berkuasa perlu menyediakan laman web atau portal berkaitan dengan pelancongan di Malaysia untuk diakses oleh para pelancong bagi mengetahui maklumat tentang sesuatu tempat. Hal ini memudahkan mereka untuk mengetahui maklumat tentang tempat untuk berlancong agar tidak tersesat jalan.
Tuntasnya, pelbagai langkah yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa untuk memajukan sektor pelancongan. Keindahan dan kekayaan alam semula jadi serta keunikan budaya kita seharusnya menjadi agenda utama dalam mempromosikan negara di persada Dunia. Diharapkan agar Malaysia dapat berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara asing yang lain khususnya dalam memacu industri pelancongan sebagai perkembangan ekonomi negara.

NUR ALIAH SYAFIKA BINTI ROSLAN
5 ISLAH

Langkah-langkah meningkatkan mutu sektor pelancongan.
Pada zaman yang moden ini, Malaysia juga termasuk dalam satu tempat pelancongan yang menjadi tumpuan bagi orang ramai tidak kira di dalam Malaysia ataupun luar negara.Namun kini, situasi yang mengalami kepada Malaysia menyebabkan sektor pelancongan di negara kita semakin menurun.Terdapat beberapa langkah-langkah meningkatkan mutu sektor pelancongan.
Antaranya,pihak kerajaan perlu menyediakan penginapan yang menarik dan selesa serta dengan harga yang berpatutan.Contohnya, chalet,inap desa,dan hotel.Hal ini menarik minat pelancong untuk menginap dengan selesa dengan harga yang berpatutan.Oleh hal demikian dapat meningkatkan sektor pelancongan di negara kita dari pelancongan dalam negara mahupun luar negara.
Selain itu,pihak pengurusan pelancongan haruslah menaik taraf infrastruktur dalam Malaysia seperti pengangkutan yang lebih canggih dan menarik, restoran yang besar serta selesa,jaringan teknologi dan komunikasi seperti Wi-Fi dan menaik taraf penerbangan.Hal ini pengunjung akan merasa mudah  seronok dan berpuas hati dan terhadap perkhidmatan yang disediakan.Taman rekreasi juga perlu menaik taraf serta tempat hiburan juga untuk menarik lagi perhatian para pelancong ketika melancong di negara kita.
Di samping itu, industri pelancongan akan bertambah maju sekiranya pihak berkuasa menambah baik perkhidmatan pelancongan.Contohnya, dapat meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan orang awam ,pihak kerajaan perlu menyediakan laman web atau portal berkaitan dengan pelancongan untuk mudah diakses oleh para pelancong.Hal ini akan memudahkan para pelancong untuk mengetahui tentang sektor pelancongan di negara kita serta isu pengangguran di negara kita dapat berkurangan.
Kesimpulannya, pelbagai usaha yang dapat dilakukan oleh pihak berkuasa dalam meningkatkan sektor pelancongan . Keindahan alam sekitar dan flora fauna serta keunikan budaya dan adat kita seharusnya menjadi punca utama dalam memperkenalkan negara kita di persada dunia.Diharapkan agar Malaysia setaraf dengan negara asing yang lain khususnya dalam meningkatkan sektor pelancongan sebagai satu peningkatan dalam sektor ekonomi negara.

NURHIDAYAH BINTI AHMAD

SITI NUR KAMILAH
Langkah-langkah meningkatkan mutu sektor pelancongan

Sedasawarsa ini,Malaysia semakin dikenali sebagai lokasi pelancongan pilihan warga asing yang beriklim sejuk.Malaysia mempunyai iklim panas dan lembap di mana ia menjadi faktor tarikan pelancong asing untuk berkunjung ke Malaysia.Oleh itu, wajar untuk kita bincangkan langkah-langkah bagi meningkatkan mutu sektor pelancongan.

Bunga cendana bunga teratai,idea perdana yang membuka tirai adalah dengan menaik taraf infrastruktur.Tamsilannya,restoran,taman rekreasi dan hiburan.Pihak kerajaan berperanan dalam melengkapkan kemudahan awam seperti jaringan pengangkutan dan perhubungan di dalam negara supaya ia menjamin keselesaan pelancong untuk berkunjung ke seluruh kawasan Malaysia.Dengan adanya rangkaian perhubungan yang lengkap seperti lapangan terbang,lebuhraya dan pengangkutan awam yg efektif,tahap ketersampaian akan menjadi lebih baik.

Menyelusuri lontaran idea kedua adalah dengan menyediakan kemudahan penginapan.Sebagai contoh hotel,chalet,inap desa,dan tandas turut menjadi faktor penting dalam menarik banyak pelancong mengunjung negara kita.Kemudahan penginapan penting kerana situasi ini akan menentukan sama ada seseorang pelancong itu akan tinggal lama atau sebaliknya.

Meniti untaian isi yang ketiga ialah menambah baik perkhidmatan perlancongan dengan menyediakan pakej perlancongan oleh agensi perlancongan.Sebagai contoh pihak kerajaan haruslah menyediakan laman web atau portal berkaitan perlancongan untuk mudah diakses oleh pelancong mengetahui maklumat berkaitan.Tambahan pula, ianya akan menambah lagi peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan untuk bekerja bagi menyara diri dan keluarga.

Sebelum pena melabuhkan noktahnya, pelbagai langkah yang boleh diambil oleh semua pihak dalam meningkatkan mutu sektor pelancongan negara.Setiap inisiatif tersebut memerlukan komitmen yang kukuh dari pihak kerajaan,kakitangan awam,agense pelancongan dan pengusaha pusat pelancongan.

HAZIM AIMAN
Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di negara ini dibuka dengan banyak seperti cendawan selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembanguna negara yang pantas. Namun, masih ada ruang dan luang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini. Jika ditinjau dengan mendalam terdapat beberapa langkah yang pragmatik untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita.

Antara langkah yang dapat diambil ialah pihak kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu yang dapat menarik minat pengunjung mancanegara. Banyak produk pelancongan yanng wajar diterokai oleh pihak-pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih banyak. Selain itu konsep pelancongan kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan, dan seumpamanya hendaklah dikembangkan. Kita juga wajar memperkenalkan pelancongan musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan sebagainya. Produk pelancongan yanng diperkenalkan mestilah dapat menarik hati pelancong-pelancong mancanegara. Biasanya pelancongan luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu, kita harus mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan budaya hidup dan kesenian masyarakat tempat. Sebagai contoh, pelancong wajar dibawa untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup mereka. Jadi, usaha kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu dapat meningkatkan sektor berkenaan.

Selain itu pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh pelosok dunia. Karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk memperkenalkan negara kita sebagai destinasi pelancongan. Dalam karnival ini, banyak perkara yang dapat diketengahkan. Antaranya ialah tempat-tempat menarik di negara ini, makanan yang pelbagai, dan juga kebudayaan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu karnival ini juga wajar menyediakan pakej-pakej pelancongan yang kompetetif kepada masyarakat antarabangsa. Karnival seperti ini hendaklah diadakan di seluruh dunia. Tumpuan hendaklah diberikan pada rantau yang jauh seperti di Amerika Selatan dan juga Afrika. Sebagai contoh karnival wajar diadakan di Brazil untuk menarik minat pengunjung di sana datang ke Malaysia dan menghebahkan kehebatan negara kita, bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Oleh yang demikian, penganjuran karnival pelancongan di luar negara merupakan langkah yang berkesan untuk mempromosikan negara kita sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

Seterusnya, kerajaan Malaysia juga wajar menganjurkan pelbagai acara antarabangsa dengan lebih kerap. Pelbagai acara antarabangsa wajar dilobi agar diadakan di negara ini. Sebagai contoh, penganjuran acara sukan antarabangsa seperti Monsoon Cup, perlumbaan Formula 1, kejohanan badminton, dan seumpamanya merupakan acara yang sangat mendapat perhatian peminat antarabangsa.Dalam bidang seni pula, negara kita menjadi tuan rumah kepada beberapa acara antarabangsa, contohnya Festival Muzik Dunia yang diadakan di Sarawak setiap tahun. Kemampuan negara untuk menganjurkan antarabangsa memang terbukti kejayaannya, bak kata pepatah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia. Acara antarabangsa ini hendaklah diadakan dengan lebih kerap dan dijadikan acara tahunan. Dengan cara ini, lebih ramai pelancong akan mengunjung negara ini bukan sahaja untuk melibatkan diri dalam acara-acara yang dianjurkan, malahan untuk melawat tempat-tempat menarik di negara kita, bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Jadi, jelaslah penganjuran acara antarabangsa dapat meningkatkan promosi pelancongan di negara kita.

Kesimpulannya,kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab seharusnya membantu pihak kerajaan bagi memastikan sektor pelancongan di negara kita ini dipenuhi oleh ramai pengunjung dari luar dan sebagainya.

Langkah-Langkah Meningkatkan Mutu Sektor Pelancongan
Industri pelancongan merupakan antara industri utama dalam ekonomi negara Malaysia. Pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan penganjuran sukan antarabangsa seperti Sukan SEA dan Sukan Komanwel telah banyak membuka mata dunia tentang negara kita. Ekoran kedudukan geografi yang menarik di satah khatulistiwa menjadikan muka bumi Malaysia subur dengan alam semula jadi dari puncak Gunung Kinabalu hingga keindahan Taman Terumbu Karang di Pulau Tioman, Malaysia menerima kunjungan ramai saban tahun. Maka adalah penting untuk mengekalkan konsistensi dalam pembangunan dan industri pelancongan Malaysia. Justeru terdapat beberapa langkah untuk meningkatkan mutu sektor pelancongan di Malaysia.

Antara langkah awal ialah meningkatkan kemudahan penginapan yang selesa, komprehensif serta bersesuaian kepada pelancong. Pihak kerajaan bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan seperti kemudahan penginapan seperti hotel, chalet dan inap desa yang selesa. Hal ini akan memberikan keselesaan kepada pengunjung dari dalam mahupun luar negara ketika mengunjungi suatu tempat. Izharnya, penambahbaikan dari segi kemudahan penginapan akan meningkatkan mutu sektor pelancongan di Malaysia.

Seiring langkah di atas,dengan menaik taraf infrastruktur dan prasarana awam juga dapat membuka peluang memajukan industri pelancongan di negara kita. Pihak kerajaaan memainkan peranan besar dalam menyediakan pengangkutan awam, restoran dan jaringan jalur lebar, taman rekreasi air dan darat, serta pelbagai tempat hiburan menarik. Dengan rangkaian perhubungan yang lengkap seperti kemudahan lapangan terbang, kereta api berkelajuan tinggi ETS, bas dan sebagainya dapat meningkatkan tahap kertersampaian. maka pelancong dari luar bandar dapat meningkatkan bilangan pelancong domestik. Sama juga dengan menyediakan jaringan jalur lebar yang berfrekuensi tinggi memandangkan ianya memberikan kemudahan kepada setiap yang mempunyai alat peranti pintar. Serta menambah baik tempat hiburan. Hasilnya, inisiatif ini turut memastikan kesejahteraan hidup masyarakat konvesional terjamin.

Bagi menyokong langkah-langkah yang telah diutarakan, industri pelancongan negara sepatutnya menaik taraf perkhdimatan pelancongan. Hal ini boleh dikaitan dengan peranan pihak kerajaan unutk menyediakan laman sesawang atau portal untuk diakses oleh pelancong. Seperti menyelam sambil minum air, langkah ini juga dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat berkemahiran justeru dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.

Secara tuntasnya, terdapat pelbagai langkah yang boleh digarap oleh semua pihak dalam meningkatkan tahap kemajuan industri pelancongan di negara kita. Setiap inisiatif yang direncanakan memerlukan komitmen jitu daripada kerajaan, sekotr awam, agensi pelancongan dan masyarakat tempatan. Diharapkan malaysia dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara asing seperti Thailand dan Indonesia khusus dalam bidang pelancongan.

ADAM AKASHAH BIN ZULHARDI
Sektor pelancongan merupakan sebuah platform kewangan yang terpenting di Malaysia bagi memajukan ekonomi negara.Ia merupakan tunjang pendapatan bagi negara agar kemajuan negara dapat dimajukan lagi serta dapat menaikkan nama Malaysia dalam pemasaran sektor pelancongan.Jadi,kerajaan haruslah memainkan peranan dalam meningkatkan mutu sektor pelancongan di negara.

Antara peranan yang dapat dijalankan bagi meningkatkan mutu sektor pelancongan ialah menyediakan kemudahan penginapan kepada pelancong seperti hotel,vila,chalet,inap desa dan sebagainya agar memberi keselesaan dan memuaskan hati pelancong yang datang.Pihak yang bertanggungjawab harus juga memainkan peranan dengan menjaga kebersihan kawasan penginapan yang disediakan dengan rapi dan secara langsung dapat suasana yang positif kepada pelancong.

Seterusnya,kerajaan boleh menaiktaraf infrastruktur dari segi kemudahan awam seperti bas atau van untuk pelancong pergi ke salah satu kawasan yang terdapat di dalam kawasan pelancongan tersebut,restoran untuk memudahkan pelancong mencari makanan,menyediakan jaringan teknologi maklumat dan komunikasi bagi memudahkan pelancong mengakses penggunaan rangkaian dan jaringan serta tidak dilupakan menyediakan taman rekreasi dan hiburan yang dapat menarik perhatian pelancong untuk datang melancong.

Di samping itu,penambah baikan perkhidmatan pelancongan juga memainkan peranan dalam meningkatkan mutu sektor pelancongan seperti menyediakan pakej pelancongan oleh agensi pelancongan,memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan agar jumlah pengangguran di negara dapat diselesaikan dan pihak kerajaan boleh menyediakan laman web atau portal berkaitan pelancongan untuk diakses oleh para pelancong dari luar mahupun dalam negara untuk datang melancong ke tempat yang dinyatakan.

Sehubungan dengan itu, gandingan kerjasama daripada semua pihak amat penting bagi memaju dan mengembangkan industri pelancongan Malaysia agar sektor pelancongan tanah air dapat dijayakan dengan baik.

Pelancongan di Malaysia
Industri pelancongan adalah merupakan antara sektor terpenting bagi perkembangan dan kemajuan bagi sesebuah negara.Hal ini kerana industri pelancongan banyak membawa kepada penyumbangan hasil dan pulangan yang lumayan kepada sesebuah negara dari aspek pendapatan negara.Pada pandangan saya, pelbagai inisiatif dan usaha haruslah dijalankan bagi menggalakkan pertumbuhan dan kepesatan pelancongan di Malaysia.
Antara inisiatif berikut ialah menyediakan kemudahan penginapan kepada pelancong yang datang melancong di negara Malaysia. Misalnya kemudahan seperti hotel, chalet, ataupun inap desa.Usaha yang dilakukan untuk menggalakkan aktiviti pelangcongan dilaksanakan dengan baik.Dengan usaha tersebut dapat menggalakkan pelancong berkunjung ke Malaysia.
Selain itu, menaik taraf infrastruktur juga merupakan inisiatif supaya pelancong dapat merasai keselesaan ketika melancong.Contohnya pihak berkenaan menaik taraf restoran, jaringan jalan serta kemudahan tandas.Kemudahan infrastruktur ini amat penting untuk memberi keselesaan kepada pengunjung dan juga dan para pembangun industri pelancongan dalam meneruskan perniagaan. Kemudahan jalan juga perlu dibangunkan dengan baik supaya untuk memberikan laluan yang mudah kepada para pengunjung dan peniaga untuk ke tempat pelancongan.
Di Samping itu, menambah baik mutu perkhidmatan pelancongan merupakan salah satu langkah untuk memberi keselesaan kepada pengunjung. Dengan ia dapat memudahkan urusan pelbagai pihak. Justeru kita dapat memberi arah tuju tempat pelancongan yang menarik kepada pengunjung yang datang ke Malaysia.
Tuntasnya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam mengembangkan lagi sektor pelancongan Malaysia ke luar negara. Dengan itu juga dapat menyalurkan pendapatan kepada negara.
mizanqistina

Langkah-langkah meningkatkan mutu sektor pelancongan.(ainal)
Pada era ini sektor pelancongan merupakan sektor yang tidak asing lagi di seluruh negara termasuklah Malaysia.Selain memberikan keuntungan sektor ini juga semakin maju dari semasa ke semasa. Persoalannya apakah langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sektor perlancongan?

Antara langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sektor pelancongan seperti menaik taraf infrastuktur agar lebih menarik minat ramai pelancong berkunjung contohnya pengangkutan awan yang selesa,restoran yang pelbagai pilihan,kemudahan jaringan teknologi maklumat dan komunikasi yang pantas,taman rekreasi dan hiburan yang bersih dan sebagainya lagi.Hal ini pelancong dapat menikmati kemudahan yang ada dengan selesa dan gembira.

Selain itu,menambah baik perkhidmatan pelancongan dengan agensi pelancongan boleh mengiklankan sektor pelancongan di media masa agar pelancong dapat mencari maklumat berkaitan tempat pelancongan yang diminati dan memilih tempat yang sesuai untuk melancong.

Kesimpulannya,langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sektor pelancongan bukan sahaja terletak di atas bahu pihak agensi pelancongan semata-mata tetapi sebagai rakyat Malaysia yang mengiginkan kemajuan negara perlulah sama-sama berganding bahu dalam meningkatkan mutu sektor pelancongan agar Duduk sama rendah, Berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain.

UMMUL SHABINAR
Industri pelancongan adalah merupakan antara sektor terpenting bagi perkembangan dan kemajuan bagi sesebuah negara. Hal ini kerana industri pelancongan banyak membawa kepada penyumbangan hasil dan pulangan yang lumayan kepada sesebuah negara dalam aspek pendapatan negara.Malaysia merupakan sesuatu negara tropika yang indah, aman dan sedang bergerak ke arah mencapai status negara perindustrian yang maju. Lantaran itu, tidak hairanlah jika negara ini menjadi tumpuan parapelancong dari seluruh pelosok dunia sejak belakangan ini.Memandangkan Malaysiamempunyai potensi yang besar dalam bidang pelancongan, inisiatif yang efisien perlulah diambil untuk memajukan industri pelancongan di tanah air kita.

Antara langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak kerajaan ialah pihak kerajaan perlulah memperbanyak tempat pelancongan di negara ini untuk menggalakkan lebih banyak pelancong antarabangsa datang ke negara kita. Kerajaan Malaysia juga perlulah mengenal pasti tempat-tempat pelancongan yang baru dan menarik di negara ini dan berusaha utk memajukannya. Dalamkondisi ini para pelancong akan mempunyai bnyk tempat untuk dilawati.Oleh itu , mereka tidak akan berasa bosan kerana melawat tempat yang berlainan. Sebaliknya, para pelancong akan lebih meluaskan ilmu pengetahuan seseorang pelancong itu. Contohnya,bangunan bersejarah di Malaysia, Kota A Famosa tugu-tugu lama peninggalan penjajah, Muzium Negara dan lain-lain . Bangunan itu telahmembuktikan peristiwa bersejarah bahawa negara kita pernah dijajah oleh negara asing.

Selain itu,Banyak produk pelancongan yang wajar diterokai oleh pihak-pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih banyak. Selain itu konsep pelancongan kesihatan, agropelancongan dan seumpanya hendaklah dikembangkan. Kita juga wajar memperkenalkan pelancongan musim buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan sebagainya.Kita juga boleh memberi peluang kepada pelancong untuk belajar menanam buah-buahan tempatan dan memberi mereka rasa buah-buahan tempatan.

Produk pelancongan yang diperkenalkan mestilah dapat menarik hati pelancong-pelancong mancanegara. Biasanya pelancongan luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu, kita harus mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan budaya hidup dan kesenian masyarakat tempat. Sebagai contoh, pelancong wajar dibawa untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup mereka. Jadi, usaha kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu dapat meningkatkan sektor berkenaan.

Seterusnya, tidak dapat dinafikan bahawa sesebuah tempat ataunegara itu akan mudah dikenali sekiranya kita berusaha untukmempromosikannya. Pihak kerajaan melalui agensi iaitu Kementerian Kesenian dan Pelancongan mestilah menjalankan promosi secara besar-besaran untuk memperkenalkan nagara Malaysia kepada dunia luar.Promosi ini dapat dilakukan melalui media massa di dalam negara dan diluar negara. Pameran-pameran, kempen dan besta kebudayaan juga perlu sentiasa diadakan di negara ini untuk memperkenalkan cara-cara hidup,pemakanan, adat resam berbilang kaum di Malaysia. Kini, perkembangan teknologi maklumat yang luas dan tiada batasnya. Oleh itu, kita boleh mengaplikasikan kemudahan ini untuk memperkenalkan negara kita ke seluruh dunia. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh menganjurkan pelbagaiprogram seperti Tahun Melawat Malaysia, Pesta Flora Malaysia, program Cinta Warna dan sebagainya untuk menarik lebih banyak pelancongmelawat tanah air kita

Kesimpulannya, pelbagai usaha dan inisiatif hendaklah diteruskan dan dipergiatkan bagi menarik lebih ramai pengunjung tidak mengira dalam dan luar negara untuk melancong ke negara kita. Sehubungan dengan itu, gandingan kerjasama daripada semua pihak amat penting bagi memaju dan mengembangkan industri pelancongan Malaysia. Matlamat atau usaha untuk memantapkan ekonomi tidak akan tercapai jika rakyat dan pelbagai pihak hanya berpeluk tubuh dan tidak bekerjasama. Oleh yang demikian, jika kita menggunakan prinsip pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat sudah tentu kejayaan dan matlamat untuk memajukan industri pelancongan Malaysia dapat direalisasikan dengan jayanya

Langkah-langkah untuk menaik taraf sektor pelancongan di Malaysia
Industri
pelancongan adalah merupakan antara sektor terpenting bagi perkembangan dan kemajuan bagi sesebuah negara. Hal ini kerana industri pelancongan banyak membawa kepada penyumbangan hasil dan pulangan yang lumayan kepada sesebuah negara dalam aspek pendapatan negara.

Antar langkah-langkah untuk menarik taraf sektor pelancongan di Malaysia ialah menambah baik mutu perkhidmatan.Kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri bagi memudahkan pelancong untuk menikmati keindahan alam semula jadi.Seterusnga menyediakan kemudahan penginapan.Namun penting untuk anda memastikan bahawa lokasi penginapan ini, tidak terlalu jauh dengan kemudahan asas seperti kedai serba guna ataupun restoran bagi kesenangan anda sekiranya terdesak memerlukan barangan lain.Akhir sekali,menaik taraf infrastruktur, contohnya sistem pengangkutan yang sempurna,tandas awam yang bersih,penginapan yang bermutu,sistem teknologi maklumat yang moden dan sebagainya.

Secara tuntasnya,pelbagai langkah yang boleh diikuti oleh semua pihak dalam meningkatkan tahap kemajuan industri pelancongan negara.

MUHAMMAD HADIF BIN MUHAMAD SAFRIZAN
Pelancongan Di Malaysia

Pelancongan merupakan sektor utama dalam sesebuah negara bagi meningkatkan ekonomi negara.Terdapat banyak tempat menarik di Malaysia untuk pelancong mengunjungi antaranya Langkawi,Pulau Pinang,Terengganu dan banyak lagi. Isu aktiviti pelancongan sering diperkata apabila tiba musim cuti persekolahan.

Pelbagai langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan mutu sektor pelancongan di Malaysia salah satu ialah menyediakan kemudahan penginapan seperti hotel, chalet, homestay dan sebagainya.Hal ini dapat memudahkan pelancong untuk menetap bagi melawat sesuatu tempat dengan masa yang mencukupi. Ia juga merupakan tempat berehat setelah penat berjalan-jalan.

Selain itu, sektor pelancongan juga dapat meningkat apabila negara menaik taraf infrastruktur seperti pengangkutan awam, restoran, jaringan teknologi maklumat dan komunikasi,taman rekreasi dan hiburan. Hal demikian, dapat menarik minat pengunjung sama ada dalam negara atau luar negara untuk memilih Malaysia sebagai tempat pelancongan.

Di samping itu, kerajaan perlu mengambil inisiatif bagi menambah baik perkhidmatan pelancongan dari segi pakej pelancongan oleh agensi pelancongan peluang pekerjaan rakyat tempatan. Pihak kerajaan harus menyediakan laman web atau portal berkaitan pelancongan supaya mudah diakses oleh para pelancong.

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah menitikberatkan aktiviti pelancongan untuk memastikan sektor pelancongan terus mengembang pada masa akan datang.

Langkah-langkah untuk menaikkan taraf sektor pelancongam di negara kita.
Sektor pelancongan merupakan salah satu antara sektor yang menyumbang banyak kewangan kepada negara kita.Sektor pelancongan juga merupakan salah satu sebab negara kita dikenali oleh ramai orang asing.

Disebabkan sektor pelancongan negara kita semakin meningkat,ramai pihak ingin meningkatkan lagi mutu pelancongan negara kita.Pertama sekali ialah menyediakan kemudahan penginapan seperti memperbanyakkan lagi hotel,chalet dan inap desa supaya dapat memudahkan rancangan pelancong untuk menginap semasa pelancong.

Kedua ialah menaikkan taraf instruktur.Dengan menyediakan pengangkutan awam seperti bas,kereta api,kapal terbang dan lain-lain.Jaringan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi juga dapat memudahkan pelancong menggunakan media sosial dan berhubung dengan keluarga mereka serta menyediakan taman rekreasi dan hiburan supaya pelancong berasa seronok sewaktu percutian mereka.

Akhir sekali ialah menambah baik perkhidmatan pelancongan.Untuk memudahkan urusan pelancong,agen pelancongan boleh menyediakan pakej pelancongan untuk membantu mereka.Malahan ia juga boleh membuka peluang kepada rakyat kita untuk bekerja.

Kesimpulannya,sektor pelancong banyak mengharumkan nama negara kita.Harapan saya,semoga orang awam serta pihak kerajaan saling bantu membantu supaya sektor pelancongan kita terus meningkat dan dikenali di seluruh pelosok dunia.

AFRINA
Pada era moden ini, isu pelancongan semakin panas diperkatakan di media massa. Disebabkan itu, pelancong telah mendapat kesedaran dari segi keperluan memilih destinasi pelancongan semenjak negara Malaysia  mencapai kemajuan dalam pelancongan negara. Justeru itu , pelbagai inisiatif telah diambil oleh pelbagai pihak untuk memberikan keselesaan kepada pelancong yang berkunjung ke negara kita. Oleh itu, apakah langkah- langkah untuk meningkatkan mutu sektor perlancongan?

Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan ialah dengan meningkatkan kemudahan penginapan di tempat pelancongan. Hal ini kerana pelancong akan lebih berkeyakinan dan selesa sekiranya mempunyai tempat yang sesuai dengan kemahuan mereka.Contohnya, tempat penginapan seperti hotel , chalet, inap desa dan sebagainya. Oleh itu, kemudahan penginapan yang berpatutan harganya memainkan peranan penting dalam meningkatkan sektor pelancongan di negara kita.

Seterusnya, usaha yang boleh diambil oleh kerajaan adalah dengan menaik taraf infastruktur bagi memudahkan pergerakan dan aktiviti para pelancong. Misalnya, menyediakan pengangkutan awam, restoran dan kemudahan teknologi maklumat serta komunikasi.

Seterusnya, antara tempat menarik yang kerap kalinya dikunjungi oleh pelancong ialah kawasan pulau dan pantai yang  menjadi pilihan mereka. Pelancong bukan sahaja dapat menghilangkan tekanan dengan melihat keindahan yang cantik , malah ia juga dapat dijadikan kenangan terindah apabila dapat melancong bersama-sama keluarga tersayang.

Kesimpulannya, pihak kerajaan  haruslah memainkan peranan yang sepatutnya dalam meningkatkan mutu sektor perlancongan di negara kita.

Izzara farissya
Langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sektor pelancongan

Industri pelancongan merupakan salah satu sumber ekonomi yang amat penting dalam negara kita.Semua negara berlumba-lumba membangunkan industri pelancongan kerana industri tersebut dapat menjana sumber kewangan yang banyak.Apakah sebenarnya langkah-langkah meningkatkan mutu sektor pelancongan?

Antaranya ialah menyediakan kemudahan penginapan.Penginapan dengan fasiliti yang lengkap dan selesa dapat memberikan kepuasan dan keselesaan kepada pelanconng.Misalnya,menyediakan penginapan seperti hotel, chalet dan sebagainya.Jelaslah bahawa para pelancong akan berasa lebih tertarik dengan adanya kemudahan ini.

Selain itu,menaik taraf infrastruktur dari segi pengangkutan seperti feri dan bot bagi para pelancong yang ingin menikmati keindahan pantai atau pulau yang indah nian dan memudahkan pelancong untuk sampai ke destinasi, menyediakan tempat rekreasi serta menaik taraf jaringan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.Hal ini dapat memudahkan urusan pelancong untuk berhubung dengan orang lain.

Seterusnya ,menambah baik mutu perkhidmatan pelancongan.Tamsilnya,pihak agensi pelancongan menyediakan pakej pelancongan serta membuka peluang pekerjaan rakyat tempatan.Hal ini dapat menarik para rakyat untuk meminati dalam bidang pelancongan.Malah,pihak kerajaan perlu menyediakan laman web atau portal berkaitan pelancongan untuk diakses oleh para pelancong.

Kesimpulannya,setiap pihak haruslah bekerjasama dan bersepakat dalam untuk mencapai matlamat dalam memantapkan industri pelancongan negara kita.Diharapkan negara kita menjadi pusat pelancongan yang gah di mata dunia dan dapat memajukan ekonomi negara.

Farah Nadiah
LANGKAH - LANGKAH MENINGKATKAN MUTU SEKTOR PELANCONGAN

Sektor pelancongan memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan ekonomi negara kita. Peningkatan ekonomi di negara Kita menjadikan kita sebuah negara yang setanding dengan negara-negara maju yang lain. Kita perlulah memastikan negara Kita sentiasa menjadi tarikan pelancong luar ataupun dalam negara ini. Tetapi, apakah sebenarnya langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sektor pelancongan ini?

Antara langkahnya adalah dengan menyediakan kemudahan penginapan. Contohnya seperti hotel,chalet dan inap desa.Hal ini dikatakan sedemikian kerana ia dapat memudahkan pelancong daripada kerunsingan untuk memikirkan tempat bermalam yang diiginkan dan selesa.

Selain itu, Kita mestilah menaik taraf infrastruktur .Kita perlu memastikan keperluan infrastuktur yang dingunakan mestilah bersih dan selamat. Dengan menaik taraf , Kita dapat memberikan keselesaan dan kepuasan hati kepada pelancong untuk menggunakan pengangkutan awam , restoran , taman rekreasi dan peralatan di tempat hiburan.

Seterusnya, kita boleh menambah baik perkhidmatan pelancongan. Agensi pelancongan boleh memberikan pakej pelancongan untuk menarik minat pelancong untuk datang semula ke tempat tersebut secara tidak langsung dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Pihak kerajaan boleh juga menyediakan laman web berkaitan pelancongan untuk diakses oleh para pelancong.

Tuntasnya, langkah-langkah ini perlu dilaksanakan oleh semua pihak supaya tidak menjadi hangat - hangat tahi ayam.

IFFAH SYAIMA
Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di negara ini dibuka dengan banyak seperti cendawan selepas hujan. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembanguna negara yang pantas. Namun, masih ada ruang dan luang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini. Jika ditinjau dengan mendalam terdapat beberapa langkah yang pragmatik untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita.

Antara langkah-langkah meningkatkan mutu sektor pelancongan ialah dengan menyediakan kemudahan penginapan. Sebagai contoh, hotel, chalet dan inap desa menawarkan harga yang berpatutan. Oleh yang demikian, kemudahan penginapan perlulah mempunyai pemandangan yang menarik dan indah untuk dinikmati oleh para pelancong yang datang menginap. Dengan adanya tarikan tertentu, pihak yang menyediakan kemudahan penginapan dalat meningkatkan lagi keuntungan dengan menarik pelancong datang ke tempat mereka untuk menginap.

Seterusnya, menaik taraf infrastruktur seperti pengangkutan awam, restoran, jaringan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, taman rekreasi dan hiburan. Hal ini dapat menarik lebih lagi perhatian para pelancong ke negara kita bagi menikmati infrastruktur yang terdapat di negara kita. Dalam erti kata lain, perkara ini dapat mengharumkan nama negara kita kerana mempunyai tempat-tempat pelancongan yang menarik.

Di samping itu, menambah baik perkhidmatan pelancongan juga memainkan peranan penting bagi meningkatkan mutu sektor pelancongan negara kita. Contohnya menambah baik pakej pelancongan oleh agensi pelancongan seperti menawarkan pakej-pakej yang menarik dengan harga yang berpatutan. Pihak kerajaan juga boleh menyediakan laman web berkaitan dengan pelancongan untuk diakses oleh para pelancong sekiranya mereka ingin mencari tempat-tempat yang menarik untuk pergi melancong dengan seisi keluarga.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Semua pihak hendaklah tampil dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya. Jika tidak, segala keunikan dan kehebatan budaya pelbagai kaum di negara ini akan sia-sia dan tidak dapat diketengahkan untuk dinikmati oleh pelancongan tempatan dan mancanegara. Kerjasama dan kesungguhan semua pihak yang terbabit akan menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia.

NUR LIYANA MAZLAN
Pelancongan amat penting bagi sesebuah negara. Oleh itu,pelancongan berfungsi untuk meningkatkan ekonomi negara.Kemudian,terdapat beberapa  langkah yang berfungsi  meningkatkan mutu sektor pelancongan di Malaysia.

Antaranya menyediakan kemudahan penginapan sperti hotel,chalet dan inap desa. Hal ini kerana kemudahan berikut mampu menarik lebih ramai pelancong yang ingin menetap di penginapan tersebut.

Selain itu,pihak kerajaan sepatutnya perlu menaik taraf infrastruktur dengan lebih baik lagi.Contoh infrastruktur yang ada dalam Malaysia  adalah pengangkutan awam seperti bas,teksi,kereta api dan lain-lain.Kemudian,restoran yang mempunyai pelbagai jenis makanan yang boleh menepati cita rasa para pelancong,jaringan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi yang mudah didapati oleh pelancong,menghiasi taman rekreasi dan taman hiburan dengan lebih kreatif dan bersih.Oleh itu,pihak kerajaan  perlu memastikan penambah baikkan infrastruktur dalam pelancongan Malaysia perlu dititikberatkan supaya  kemudahan-kemudahan tersebut boleh digunakan oleh pelancong dengan mudah dan baik.

Akhir sekali,berusaha untuk menambah baik perkhidmatan  pelancongan seperti menerima pakej pelancongan oleh agensi pelancongan.Kemudian,pihak kerajaan perlu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan pihak kerajaan juga boleh menyediakan laman web atau portal berkaitan pelancongan untuk diakses oleh para pelancong disamping memudahkan urusan pelancong yang ingin melancong ke Malaysia.

Kesimpulannya,terdapat pelbagai inisiatif yang boleh diusahakan lagi bagi meningkatkan mutu sektor pelancongan di Malaysia.Oleh itu,saya mengharapkan agar Malaysia konsisten dalam meningkatkan ekonomi disamping menarik lebih ramai pelancong.

NURUL MAISARAH
Di Malaysia, terdapat pelbagai tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh pelancong sama ada dari dalam negara ataupun luar negara. Persoalannya apakah langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sektor pelancongan di dalam negara?

Antara langkah-langkah meningkatkan mutu sektor pelancongan di dalam negara ialah menyediakan kemudahan penginapan seperti hotel,chalet dan inap desa. Hal ini bertujuan untuk memberi keselesaan kepada pelancong yang melancong ke negara kita.

Selain itu, kerajaan perlulah memberi dana bagi menaik taraf infrastruktur di tempat pelancongan seperti menaik taraf pengangkutan awam, restoran, serta jaringan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Apabila menaik taraf infrastruktur ia dapat memudahkan pelancong untuk menuju ke sesuatu destinasi dengan mudah dan nyaman dengan adanya kemudahan kelengkapan yang secukupnya.

Justeru itu, menambah baik perkhidmatan pelancongan dengan cara pihak kerajaan boleh menyediakan laman web berkaitan pelancongan bagi memudahkan para pelancong untuk mengakses tempat yang menarik untuk melancong. Dari pihak agensi pelancongan juga boleh mengadakan pekej pelancongan yang lumayan kepada pelancong.

Kesimpulannya, dengan memberi insiatif dari pelbagai pihak sama ada dari pihak kerajaan ataupun dari agensi-agensi ia dapat meningkatkan ekonomi negara dalam sektor pelancongan dan nama negara dapat dikenali hingga ke pelusuk dunia.

thank to post this

Pelancongan amat penting kepada negara kita untuk mengekalkan kestabilan ekonomi. Jadi pihak kerajaan perlu menambah baik dalam sektor pelancongan untuk menarik lebih banyak pelancong untuk melancong ke negara kita. Persoalannya, langkah-langkah untuk menarik minat pelancong melancong ke negara kita?
Langkah untuk menarik minat pelancong ialah pihak kerajaan harus memajukan lagi sektor pelancongan seperti menyediakan kemudahan kepada pelancong. Contohnya, menyediakan kenderaan yang terbaik seperti kereta,bas,kereta api dan lain-lain. Sekiranya pihak kerajaan tidak mengambil berat dalam sektor pelancongan kestabilan ekonomi negara kita akan terjejas dan menyebabkan negara kita menjadi negara yang miskin.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan harus meningkatkan lagi penginapan kepada pelancong seperti hotel,chalet dan Resort. Pihak kerajaan harus menjaga kebersihan di penginapan supaya pelancong tidak memberi respon negatif. Tegasnya, pihak kerajaan perlu menyuruh pihak staf hotel untuk sentiasa membersihkan bilik apabila pelancong lain ingin menyewa bilik itu.

Pihak kerajaan sewajarnya perlu memberi peluang kepada rakyat yang ingin mencari pekerjaan. Dengan ini semakin ramai pekerja semakin senang untuk mengurus tempat ii yang pelancong ingin melancong. Justeru, pihak kerajaan perlu membuka peluang kepada rakyat yang ingin mencari pekerjaan.

Kesimpulannya, pelancongan ini penting kepada negara untuk menstabilkan ekonomi negara dan meningkatkan negara untuk maju. Seperkara lagi, pihak kerajaan perlu mengambil berat tentang pelancongan untuk menjaga maruah negara daripada tercemar dan mengembirakan pelancong dengan kemudahan yang telah disediakan.

https://padlet.com/farrah81/karangan-bahagian-a-pelancongan-di-malaysia-s4nzrgo8la0xtk5j/wish/1943334408

bm

NAUR I NEED THIS SO BAD , THANKSSS !!!

tq gess

kk

OOOKKKKKKKK

tqq gesss syngg smuaa

jj