Sebab-sebab berlakunya kemalangan jalan raya by muhd ariffin

Sebab-sebab berlakunya kemalangan jalan raya
Pendahuluan:
Kemalangan jalan raya merupakan kejadian buruk tanpa diduga yang boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira masa dan tempat.Kemalangan jalan raya di negara ini kerap berlaku terutama ketika perayaan.Kemalangan jalan raya melibatkan semua pengguna jalan raya yang boleh membawa kepada kecederaan ringan dan boleh juga membawa maut.Mengikut statistik,pada tahun 2017 sebanyak 22402 kes dan meningkat sebanyak 9 kes pada tahun seterusnya.Terdapat beberapa sebab berlakunya kemalangan jalan raya ini berlaku yang akan dihuraikan pada perenggan seterusnya.

Isi 1:Memandu melebihi had laju
Antara punca berlakunya kemalangan jalan raya di Malaysia ialah sikap pemandu yang memandu kenderaan melebihi had laju yang dibenarkan. Hal ini disebabkan oleh pemandu yang kesuntukan masa untuk menuju ke destinasi tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain.Selain itu, mereka terburu-buru untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju dan terus memecut kenderaan mereka untuk sampai tepat pada waktunya tanpa memikirkan kesannya kepada pengguna jalan raya yang lain. Akibatnya berlaku pertembungan antara kenderaan yang menyebabkan berlakunya kemalangan yang boleh meragut nyawa pemandu dan juga penumpang. Oleh hal yang demikian, memandu melebihi had laju yang ditetapkan merupakan punca berlakunya kemalangan jalan raya. “Biar lambat asalkan selamat”.

ISI 2 :
Jika diteliti dengan lebih mendalam, keadaan kenderaan juga merupakan punca berlakunya kemalangan. Hal ini kebanyakkannya kerana ramai pemilik tidak menyelenggara kenderaan mereka dengan baik dan akan menyebabkan komponen-komponen ataupun sistem dalaman kenderaan mereka seperti masalah brek dan tayar tidak dapat berfungsi dengan baik. Oleh sebab itu, kenderaan susah dikawal dengan baik dan mudah terbabas.

Isi 3:Cuaca
Akhir sekali,cuaca juga boleh menjadi penyebab utama kecelakaan jalan raya berlaku.Hujan yang sering terjadi akan menyebabkan jalan raya basah dan licin.Dalam keadaan sedemikian kemalangan jalan raya akan berlaku kerana pemandu tidak sempat untuk menekan brek kereta apabila kenderaan dihadapan memperlahankan kenderaan.Hujan yang turun juga boleh menyebabkan pandangan pemandu kabur dan boleh menyebabkan pemandu tidak dapat melihat jalan raya dengan baik.

PENUTUP
Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu mengerunkan kita semua.Pihak yang  berkuasa harus berani memainkan peranan yang penting untuk menghalang masalah ini berterusan lagi. Oleh itu, kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga. Bak kata peribahasa, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.