PdPR BAHASA MELAYU 2R by ROSSALIZA BINTI HAINI Moe

KUALA LUMPUR: Skuad pelayaran negara bagi acara 470 international tidak mahu membuang masa apabila kini mengalihkan fokus bagi melakukan persiapan menghadapi Sukan Asia Hangzhou 2022 dan Sukan Olimpik Paris 2024.

Jurulatih kebangsaan, Muhammad Sahir A Rahim, berkata tumpuan kini akan diberikan bagi membentuk kombinasi campuran membabitkan pelayar lelaki dan wanita untuk beraksi pada kedua-dua temasya berkenaan.

"Untuk program akan datang, pihak kejurulatihan sudah merangka program ke arah Sukan Asia 2022 dan program Olimpik 2024 yang mana acara ini (470 international) akan membabitkan atlet campuran selepas berakhir Olimpik Tokyo.

"Jadi, kami akan melakukan sesi pemilihan bagi membentuk kombinasi campuran yang akan membawa cabaran negara nanti.

"Harapan saya, mereka terus komited dan meningkatkan prestasi agar dapat terus memperbaiki lagi peluang bagi memenangi pingat pada kejohanan akan datang," katanya.

Pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, wakil negara dalam acara 470 international wanita, Nuraisyah Jamil-Juni Karimah Noor Jamali menamatkan penampilan pertama mereka di temasya terbesar dunia itu di kedudukan ke-19 keseluruhan daripada 21 pelayar.

Kedua-dua pelayar negara itu menunjukkan prestasi cemerlang pada perlumbaan terakhir, semalam apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-11. Terdahulu, gandingan negara itu menamatkan perlumbaan kesembilan di kedudukan ke-17.

Walaupun gagal menempatkan diri dalam kelompok 10 teratas untuk mara ke pusingan penentuan pingat, namun Sahir menyifatkan anak didiknya meraih pengalaman berharga sepanjang aksi di Tokyo.

Katanya, prestasi yang ditunjukkan Nuraisyah Juni Karimah dalam perlumbaan terakhir sangat luar biasa apabila mampu memberi saingan kepada kelompok 10 teratas.

"Mereka mengekalkan konsistensi dan fokus kepada perubahan angin serta bijak mengambil peluang. Untuk mendapat tempat ke-11 itu mereka perlu berjuang dengan bijak terutamanya dalam keadaan angin perlahan.

"Secara keseluruhan, banyak aspek positif diraih di sini, memandangkan mereka tiada pendedahan luar negara dan pertandingan dalam negara sepanjang dua tahun ini akibat pandemik COVID-19.

"Berjaya mengatasi pelayar dunia yang kebanyakkan mereka berlatih dan menyertai kejohanan dunia dan eropah sebelum ini menunjukkan, kemampuan atlet berdua ini sangat luar biasa," katanya.

-Muhammad Aidiel 2R

3 maut, puluhan cedera kereta api bertembung
PRAGUE: Tiga maut manakala sekurang-kurangnya 38 lagi cedera selepas dua kereta api bertembung di sebuah kampung di barat Republik Czech, kata polis.

"Kami mengesahkan tiga terkorban dan puluhan lagi cedera dilaporkan dalam tragedi yang berlaku seawal jam 8 pagi waktu tempatan di Milavcedi dan kami kini sedang membantu mengeluarkan penumpang.

"Setakat ini, 31 orang yang mengalami kecederaan tidak serius sudah dirawat, tujuh lagi kritikal manakala tiga maut," kata jurucakap pasukan penyelamat Plzen, Maria Svobodova, kepada iRozhlas.cz.

Menteri Pengangkutan Czech, Karel Havlicek, berkata keretapi bernombor Ex 351 dari Munich ke Prague bertembung dengan sebuah kereta api antara bandar Plzen dan Domazlice.

"Kereta api Ex 351 mengabaikan amaran dan bertembung dengan kereta api tempatan, ini tragedi yang serius," katanya yang berada di lokasi kemalangan. - AFP

-Hafiz Zihny 2R

OLIMPIK: Pandelela cemas, kepala hampir terkena platform
KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong mengharungi detik cemas di sebalik kejayaannya melangkah ke separuh akhir acara 10 meter (m) platform individu wanita Sukan Olimpik 2020 di Pusat Akuatik Tokyo, hari ini.

Ini selepas kepalanya hampir terkena platform ketika melakukan terjunan keempat sekali gus menimbulkan rasa takut dan menjejaskan pungutan mata atlet berusia 28 tahun itu. Pada terjunan keempat itu, juara Piala Dunia 2021 berkenaan mengutip mata terendah dengan catatan 28.80 mata.

Setiausaha Kehormat Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Mae Chen ketika berkongsikan perkara berkenaan, berkata biarpun Pandelela dilihat kekal tenang tetapi sebenarnya dia agak trauma dengan detik mencemaskan itu.

"Lela pada terjunan yang keempat sangat dekat dengan platform sehingga rambutnya terkena pada platform menyebabkan dia hilang fokus. Dia sangat takut (dengan situasi itu)," kata Mae Chen ketika dihubungi BH Sukan.

Terdahulu, Pandelela terpaksa menunggu sehingga saat akhir bagi melayakkan diri apabila menamatkan aksi pusingan kelayakan di kedudukan ke-18 iaitu slot terakhir untuk layak ke separuh akhir.

Dia yang memenangi pingat gangsa dalam acara itu di Sukan Olimpik London 2012 mengutip 284.90 mata dalam lima terjunan.

Sementara itu, nasib tidak menyebelahi seorang lagi penerjun negara, Cheong Jun Hoong yang terkandas di pusingan kelayakan selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-26 dengan 251.80 mata.

Hanya 18 penerjun teratas dalam aksi pusingan kelayakan mara ke saingan separuh akhir yang dijadual berlangsung, esok.

"Jun Hoong pula beraksi di bawah prestasi sebenarnya. Agak mengecewakan apabila dia gagal melangkah ke pusingan seterusnya," kata Mae Chen.

Pada saingan kelayakan, hari ini, ia diungguli penerjun China, Chen Yuxi yang mengutip keseluruhan 390.70 mata, diikuti rakan senegaranya, Quan Hongchan dengan catatan 364.45 mata manakala atlet Amerika Syarikat, Delaney Schnell ketiga dengan 360.75 mata.

-Afif Daniel

COVID - 19 : UK sudah tawarkan vaksin kepada remaja 16, 17 tahun.
Seperti yang kita tahu satu dunia kini berdepan dengan wabak COVID-19. Setiap negara mempunyai pelbagai inisiatif untuk melawan pandemik ini. Penggunaan vaksin yang digunakan oleh seluruh dunia menjadi bualan ramai kerana menginginkan tubuh badan lebih imun terhadap virus ini.

Kerajaan United Kingdom kini telah menawarkan vaksin kepada remaja yang berusia 16 dan 17 tahun. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka antara pelajar yang akan mengambil peperiksaan besar di sekolah. Sesi pelajaran yang dilaksanakan secara maya dianggap tidak mencukupi bagi mereka untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Jadi, sesi persekolahan secara bersemuka akan memberikan impak yang besar terhadap pelajaran mereka agar mereka lebih pandai dan intelektual.

Sedikit pujian boleh diberikan kepada pihak kerajaan di United Kingdom kerana memikirkan nasib pelajar yang perlu menjalani kelas secara online. Dua cara pembelajaran ini masing-masing mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri. Namun, kerajaan mahukan yang terbaik buat rakyatnya agar negara menjadi lebih maju ke hadapan. Bersama kita melawan pandemik ini dengan jayanya!

-Rezky 2R

Emas lompat tinggi dikongsi dua atlet
SAINGAN olahraga Sukan Olimpik Tokyo 2020 mencipta keunikan tersendiri apabila menyaksikan atlet Qatar, Mutaz Essa Barshim dan Gianmarco Tamberi dari Itali berkongsi pingat emas dalam acara lompat tinggi.

Ia berlaku selepas Barshim, 30, dan Tamberi, 29, gagal dalam tiga percubaan untuk melepasi had ketinggian terakhir, 2.39 meter (m) pada aksi final yang berlangsung di Stadium Olimpik sebentar tadi.

Kegagalan itu menyaksikan kedua-dua mereka berkongsi kedudukan teratas selepas masing-masing berjaya melepasi had ketinggian pada percubaan pertama bermula 2.19m, 2.24m, 2.27m, 2.30m, 2.33m, 2.35m dan 2.37m.

Menariknya, pemenang pingat gangsa, Maksim Nedasekau dari Belarus juga berjaya melepasi had ketinggian 2.37m.

Namun, Nedasekau terpaksa berpuas hati di tempat ketiga selepas terpaksa melakukan lompatan kedua untuk melepasi had ketinggian pertama, 2.19m.

– Ali Imran

Dua pelumba basikal trek negara, Dato’ Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya mara ke kelompok 12 pelumba terakhir dalam acara pecut Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Azizul berjaya mara pusingan seterusnya setelah menumpaskan pelumba Kanada, Nick Wammes pada pusingan 1/16 akhir repechages yang bertempat di Izu Velodrome, Shizuoka pada hari ini.

Sebelum itu, pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman ini menumpaskan pelumba Colombia dan New Zealand di pusingan 1/32 akhir repechages.

Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus turut menempuh laluan berliku untuk mara ke pusingan ketiga.

Di peringkat 1/16 akhir repechages Shah berhasil menumpaskan pelumba Poland, Patryk Rajkowski.
Pusingan seterusnya akan berlangsung pada hari esok (5 Ogos) bermula jam 2.48 petang.

Untuk makluman semua, menanti Azizul di peringkat seterusnya adalah pelumba Belanda berusia 28 tahun, Jeffrey Hoogland.

Manakala, Shah Firdaus akan bertemu Harrie Lavreysen juga dari Belanda.

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) memohon kerajaan mempertimbangkan pembukaan semula pawagam kepada penonton yang sudah lengkap mengambil dua dos vaksin sebagai langkah keselamatan.

Pengerusi MAFE, Tan Sri Datuk Mohd Ghazali Datuk Mohd Seth berkata, permohonan dibuat selari dengan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan kelonggaran bagi aktiviti sukan, sosial dan makan di restoran bagi mereka yang sudah mendapat vaksinasi COVID-19 sepenuhnya.

Justeru, katanya, MAFE memohon pertimbangan kerajaan bagi membenarkan pembukaan semula pawagam di bawah peraturan yang sama.

"Oleh kerana kerajaan sedang mempertimbangkan pembukaan sektor terpilih bagi mereka yang sudah divaksinasi, industri pawagam juga memohon menjadi sebahagian daripada kelonggaran dan hak istimewa ini.

"Prosedur operasi standard (SOP) pawagam antara yang paling ketat, kami tidak membenarkan penonton berlegar-legar di pawagam. Penonton juga dikehendaki sentiasa memakai pelitup muka sepanjang masa, selain memastikan penjarakan fizikal dan tempat duduk.

"Dengan membenarkan penonton yang sudah divaksinasi ke pawagam, kami yakin pawagam akan menjadi tempat yang selamat untuk mencari ketenangan dan hiburan.
"Kami percaya ia sangat penting untuk pemulihan kesihatan mental rakyat di negara ini," katanya kepada BH Online.

Mohd Ghazali berkata, walaupun mengenakan SOP yang ketat, namun pawagam sering menjadi sektor perniagaan pertama ditutup dan menjadi perniagaan terakhir mendapat kebenaran beroperasi semula.

Setakat ini, katanya, belum pernah wujud kluster panggung wayang, namun pengusaha tetap diarahkan menutup pawagam selama lebih 200 hari sejak tahun lalu.

"Ia mengakibatkan kerugian lebih RM500 juta secara keseluruhan dan penurunan 90 peratus pendapatan daripada tahun ke tahun.

"Tahun ini, pawagam sudah ditutup lebih 150 hari mengakibatkan pengusaha panggung wayang terpaksa menanggung kerugian yang besar.

"Perbezaan ketara dapat dilihat daripada tahun ke tahun, di mana industri ini secara kolektif menyumbang lebih RM1.08 bilion pendapatan dan RM250 juta dalam bentuk cukai hiburan kepada negara," katanya.

Beliau berkata, penutupan tanpa rela mengakibatkan industri panggung wayang lumpuh dan mengancam mata pencarian 20,000 tenaga kerja sama ada kehilangan pekerjaan atau berdepan pemotongan gaji yang banyak.

"Pemamer pula terpaksa berdepan dengan penutupan pawagam secara tetap dan pengurangan operasi yang ketara.

"Tanpa sokongan kewangan kerajaan, pawagam tidak berupaya mempertahankan perniagaan kerana perlu melabur untuk penyelenggaraan harian pawagam dan mengekalkan pekerja," katanya.

Terdahulu, penutupan berpanjangan pawagam menyaksikan pengunduran pemamer ketiga terbesar, MBO Cinemas pada tahun lalu.

Secara keseluruhan, lebih 25 peratus pawagam ditutup secara kekal disebabkan penutupan jangka panjang dan MAFE menjangkakan jumlah itu akan meningkat sekiranya pawagam masih tidak dibenarkan beroperasi.

"Keputusan pemilihan sektor penting dan tidak penting perlu diubah selepas vaksinasi diberikan secara besar-besaran.

"Semua industri penting untuk mengekalkan kesejahteraan rakyat, tiada alasan untuk industri pawagam terus ditutup, manakala aktiviti sukan dan sosial dibuka semula dalam kelonggaran baharu.

"MAFE ingin menyarankan kerajaan supaya berbincang dengan organisasi terbabit untuk bekerjasama dalam membuka semula pawagam secara selamat di bawah SOP pasca vaksinasi yang baharu," katanya.

Mohd Ghazali berkata, pihaknya percaya hasrat kerajaan membuka semula industri terpilih memberi kelegaan kepada rakyat yang sudah mengambil suntikan vaksinasi sepenuhnya.

"Bagaimanapun, pembukaan pawagam juga penting buat mereka yang mengalami kemerosotan kesihatan mental selepas menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak setahun lalu.

"Kami yakin pawagam berupaya menyediakan tempat yang selamat untuk merehatkan minda dengan harga berpatutan ditawarkan," katanya.

-Fathullah Hakim

OLIMPIK : Azizulhasni turut kandas pusingan pertama
KUALA LUMPUR: Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang turut terkandas di saringan pusingan pertama acara pecut individu lelaki pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, sebentar tadi.

Dia akur apabila tewas di tangan juara bertahan yang juga pemenang pingat emas Olimpik enam kali dari Britain, Jason Kenny dalam saingan yang berlangsung di Velodrom Izu, Tokyo itu.

Bagaimanapun, Azizulhasni yang mesra disapa Jijoe masih berpeluang ke pusingan kedua apabila akan beraksi dalam saingan repechages, petang ini.