Bahagian C: KESULTANAN MELAYU MELAKA by ARISSA DANIA BINTI MOHD HAIZUL FAZLAN Moe

SOALAN 1(A) Parameswara bijak memanfaatkan lokasi iaitu di Muara Sungai Bertam untuk mengasaskan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
(a)Mengapakah Parameswara memilih lembah sungai tersebut untuk membentuk kerajaan?
-Parameswara memilih lembah sungai tersebut untuk membentuk kerajaan kerana kedudukan Melaka di laluan perdagangan utama antara timur dengan barat membolehkannya mengawal laluan kapal dagang.Selain itu, Melaka mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit-bakau yang sesuai dijadikan benteng pertahanan yang menjadi panduan kapal dagang.Seterusnya, pokok bakau dan api-api yang terdapat di pesisir pantai pula menjadikannya sebagai benteng pertahanan dan pelindung semula jadi yang sukar ditembusi oleh musuh. Akhir sekali, Muara sungai yang terletak di Selat Melaka terlindung daripada tiupan angin monsun.Keadaan ini membolehkan kapal dagang datang dan berlabuh di pelabuhan Melaka dengan selamat.

SOALAN 1(B)
Kesan pemilihan lokasi yang sesuai membantu pembangunan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka adalah supaya dapat menarik perhatian para pedagang untuk berdagang dengan pelbagai kemudahan pelabuhan. Selain itu, lokasi tersebut juga dapat memudahkan pedagang untuk berdagang di situ. Seterusnya, pelabuhan Melaka juga merupakan pelabuhan entrepot. Melaka memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan barangan dari Kepulauan Melayu dan pusat pengedaran barangan dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu. Akhir sekali, bentuk muka bumi yang berbukit-bakau menjadi pedoman kepada pedagang untuk berlayar menuju ke Melaka serta tempat yang strategik mengawasi selat Melaka.

SOALAN 1(C)I
Sekiranya saya menjadi pemimpin, lokasi yang saya pilih untuk membina kerajaan ialah di muara sungai. Hal ini demikian kerana terbukti semua bandar utama di dunia berada di pesisir sungai. Selain itu, kawasan tersebut dapat memudahkan aktiviti ekonomi dan perdagangan berjalan dengan lancar. Seterusnya, memudahkan pelabur untuk menghantar barang ke muara sungai. Di samping itu, pedagang boleh berdagang dengan melalui kapal kerana pengangkutan utama untuk berdagang adalah laut. Akhir sekali, terdapat banyak pokok bakau di pantai dan muara sungai yang boleh dijadikan kayu api dan dibuat tiang rumah. Pokok api-api pula dijadikan sebagai benteng pertahanan.

SOALAN 1(C) II
Lembah sungai dapat memajukan sistem perhubungan apabila manusia berjaya membangunkannya untuk petempatan dan kerajaan. Selain itu, sistem tersebut dapat membentuk komuniti kecil yang bertukar kepada bandar besar. Seterusnya, bandar besar tersebut akhirnya terbentuk sebuah kerajaan. Selain itu, antara faktor yang menyebabkan pemebentukan tamadun adalahkesuburan tanah. Di samping itu, lembah sungai merupakan tempat yang sesuai untuk pertanian dan penanaman. Akhir sekali, air yang ada di lembah sungai juga boleh digunakan untuk kegunaan harian.