Karangan Kelas 4SC (27/7/2021) by Najihah Binti Nasrudin

Siawwey & Jiexin
Salah satu langkah untuk mengatasi masalah pencemaran bahasa ialah peranan pihak sekolah. Di peringkat sekolah,para pelajar sering terdedahkan dengan pelbagai kesalahan bahasa dalam media sosial. Apabila pelajar melakukan kesalahan dalam berbahasa, guru hendaklah menegur dan membetulkan kesalahan mereka. Selain itu,  guru juga hendaklah dijadikan sebagai idola bagi pelajar. Guru-guru perlulah menggunakan bahasa rasmi atau formal semasa mengajar. Dengan ini,

pelajar akan menggunakan bahasa formal semasa pertuturan.

Khayrin dan Elyss
Bagi mengelakkan masalah pencemaran bahasa kerajaan boleh mengambil langkah seperti memastikan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan Bahasa Melayu yang baik dan betul dalam semua urusan rasmi, sama ada secara tulisan mahupun lisan, dengan rakan sekerja dan apabila berurusan dengan pelanggan kecuali urusan yang melibatkan negara asing dan untuk tujuan melatih pegawai dan kakitangan supaya fasih berkomunikasi dalam bahasa asing.

Nureen & Afifah
Selain itu,  kesan pencemaran bahasa di alam siber ialah akan timbul persepsi buruk daripada masyarakat luar . Persepsi buruk ini akan timbul kepada pelajar ataupun pelancong yang mempelajari bahasa tersebut. Mereka akan mempertikaikan mengapa bahasa yang digunakan oleh penduduk negara tersebut di laman sosial tidak sama seperti yang mereka pelajari.  Tuntasnya, apabila pencemaran bahasa berlaku mereka tidak lagi berminat untuk belajar bahasa tersebut. Oleh yang demikian, bahasa mencerminkan sesebuah negara.

Masliana dan Darrsheni
Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah yang sering digunakan oleh remaja pada masa kini tidak dibendung dengan meluas, lama –kelamaan bahasa ini akan menjadi sebati dengan seseorang individu tersebut. Ini akan memberikan kesan kepada pelajar yang sering menggunakan perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari. Pelajar akan keliru dengan penggunaan bahasa yang betul iaitu bahasa standard atau bahasa baku. Para pelajar akan turut terpengaruh untuk menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan dalam perbualan dalam tugasan penulisan di sekolah. Hal ini bukan sahaja menyebabkan kualiti penulisan di sekolah semakin menurun malah pengetahuan terhadap bahasa kita sendiri iaitu Bahasa Melayu akan semakin jauh daripada pelajar. Dengan demikian, tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin menurun dan tidak mustahil sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak mengenal apa itu pantun, syair dan sebagainya.

jiamin
Kesan yang paling ketara adalah menyebabkan mutu Bahasa Melayu baku sama ada lisan atau tulisan merosot.Perkara ini dapat dilihat dalam bidang pendidikan khususnya dalam kalangan pelajar.Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas,lama-kelamaan bahasa ini akan menjadi sebati kepada seseorang individu tersebut.Para pelajar akan turut terpengaruh untuk menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan dalam perbualan dalam tugasan penulisan di sekolah.Dengan demikian,mutu kualiti bahasa dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin menurun dan tidak mustahil sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak mengenal apa itu pantun dan syair.