UP3 Tugasan 1 by

Kriteria Penting Bagi Pensyarah di IPDAS
1. Kriteria pertama yang ada pada diri seorang pensyarah mestilah seseorang yang mempunyai minat dan jiwa untuk mengajar. Hal ini kerana, tanpa minat dan jiwa yang cinta kepada bidang pendidikan, seorang pensyarah pasti akan sukar untuk memberikan komitmen dalam apa jua perkara yang melibatkan isu-isu pengajaran di institusi.

Bergelar sebagai seorang pendidik bukanlah satu tugas yang mudah. Ianya adalah amanah yang amat berat kerana tugas membentuk dan mendidik anak bangsa agar menjadi generasi yang berguna di masa hadapan adalah terletak di bahu seorang pendidik selain daripada tanggungjawab ibu bapa dan pihak lain.

Melalui minat yang mendalam terhadap bidang pendidikan, seorang pensyarah akan memberikan komitmen yang tinggi bagi memastikan kualiti pengajaran dan pembelajarannya terjaga seperti menghadiri kursus-kursus profesionalisme dan ikhtisas pendidikan dengan memberikan sepenuh perhatian dan kerjasama, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan bersemangat dan kreatif serta memberikan yang terbaik untuk para pelajar dan institusi.

2. Kriteria kedua yang perlu ada pada diri setiap penyarah di IPDAS adalah sifat multitasking. IPDAS merupakan sebuah pusat pengajian tinggi di bawah kendalian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai program yang perlu dilaksanakan oleh para pensyarah untuk memenuhi kehendak pemegang taruh (stakeholder). Saya percaya suasana ini tidak hanya berlaku di IPDAS malahan institusi pengajian tinggi yang lain juga turut mengalami perkara ini.

Oleh yang demikian, pensyarah harus mengasah sifat multitasking di dalam diri masing-masing untuk bijak membahagikan masa, ruang dan peluang di dalam melaksanakan tugas-tugas hakiki dalam pengajaran dan pembelajaran serta program-program yang diarahkan untuk dilaksanakan. Kita mungkin sukar untuk mengubah perkara yang di luar daripada bidang kuasa kita, namun kita boleh mengubah diri kita sendiri untuk melaksanakan semua amanah yang dipertanggungjawabkan kepada diri kita dengan bijak, kompeten dan efisyen.