Ulasan Penulisan Rencana by Firdaus Ramli

Bab 2, Latar belakang masyarakat, sosiopolitik dan penulis sabah.
Kepelbagaian latar masyarakat Sabah dalam pembentukan novel Sabah:

- Muzium Sabah merekodkan sebanyak 72 kumpulan etnik peribumi Sabah

- Namun begitu, Pendaftar Pertubuhan Cawangan Sabah mencatatkan bahawa terdapat 41 jenis etnik termasuk subkumpulan etnik.

- Kumpulan etnik dan subkumpulan etnik tersebut menggunakan lebih daripada 50 bahasa

- Bertutur tidak kurang daripada 80 dialek.

- Kaum Cina dianggap sebagai peribumi Sabah sejak zaman pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU).

- Menerima etnik Cina sebagai peribumi berbanding bangsa lain kerana faktor persamaan agama.

- Peribumi bukan Islam seperti Dusun, Murut, dan Rungus tinggal di pedalaman.

- Peribumi Islam seperti Melayu-Brunei dan Bajau pula lebih gemar untuk tinggal berhampiran laut.

- Sebelum kedatangan pelbagai agama, masyarakat peribumi Sabah mengamalkan Pagan iaitu tidak beragama selain mengamalkan animisme, yakin percaya kepada roh, hantu iblis dan semangat.

- Islam mula tersebar pada abad ke-10 berdasarkan catatan pengislaman Abdullah seorang suku kaum Idahan di Lahad Datu pada tahun 1408.

- Perkembangan agama Islam secara besar-besaran ketika Sabah merderka dan membentuk Malaysia pada zaman pemerintahan parti United Sabah National Organization (USNO) sekitar awal tahun 1970-an.

- Agama Kristian mula sampai pada tahun 1332.

- Kedua-dua agama iaitu agama Islam dan Kristian menjadi agama yang dominan di kalangan masyarakat Sabah sehingga kini.

- Sebelum tahun 1950-an, istilah Kadazan belum wujud lagi.

- Namun, istilah tersebut mendapat pengiktirafan dalam Majlis Tertinggi Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun Sabah apabila diguna pakai secara meluas oleh Persatuan Kebangsaan Kadazan Bersatu (United National Kadazan Organizational- UNKO).

- Etnik tersebut terbahagi kepada sub-subetnik berdasarkan daerah tempat tinggal dan bahasa mereka sendiri.

- Etnik Murut pula dipercayai etnik yang tertua di Sabah dan dikatakan berasal dari Annam, Indo-China dan tiba di Sabah melalui kepulauan Filipina.

- Etnik murut juga terdiri daripada subetnik seperti Tagal, Paluan, Baukun, Rundum, Nabay, dan Kolar.

- Etnik tersebut menetap di daerah Persiangan, Sipitang, Tenom, Nabawan, Kemabong, sepanjang Sungai Padas, dan di bahagian selatan Keningau.

- Etnik Bajau merupakan etnik yang kedua terbesar di Sabah dan mendiamai kawasan pantai barat Sabah seperti Kota Belud, Kudat, Semporna dan Lahad Datu.

- Bajau terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bajau pantai barat laut yang terkenal dengan kehandalan menunggang kuda, manakala Bajau Laut pula terkenal dengan kehidupan mereka yang tinggal di dalam perahu.

- Kedua-duanya memiliki dialek bahasa yang berlainan.

- Seterusnya, etnik Melayu-Brunei dikatakan mendiami Sabah sejak zaman pemerintahan zaman Kesultanan Brunei pada tahun 1881.

- Masyarakat ini kebanyakannya mendiami di kawasan pesisir pantai barat selatan seperti Papar, Kimanis, Sindumin sehingga ke Sipitang.

- Selain itu, etnik Suluk yang dikatakan berasal dari selatan Filipina juga turut mendiami negeri Sabah sejak zaman pemerintahan Kesultanan Sulu dan tinggal di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan.

- Manakala kedatangan orang cina pula direkodkan berlaku seawal tahun 1820-an dari Tanah Besar dan Hong Kong.

- Migrasi orang Melayu dari Semenanjung Malaya, Jawa, Bugis dan banyak lagi ke Borneo Utara, Sarawak dan Brunei mula berlaku sekitar kurun ke-13 Masihi.

Bab 2, Latar belakang masyarakat, sosiopolitik dan penulis sabah.
Amalan dan kepercayaan masyarakat peribumi:

- kepercayaan animisme sebagai kepercayaan yang terawal

- kepercayaan nenek moyang

-kepercayaan berasaskan alam sekeliling, semangat roh dan makhluk halus.

- Kepercayaan kepada semangat padi.

- kepercayaan semangat dan roh orang mati.

- Kepercayaan kewujudan berbagai-bagai jenis makhluk halus di darat dan di laut.

Tradisi lisan masyarakat peribumi

Cerita dongeng dan mitos:

- ‘Cerita-cerita Nunuk Ragang’, ‘Asal-Usul Kadaat’ bagi suku kaum Dusun

Cerita rakyat:

- ‘Si Kalabatu’ bagi suku kaum Dusun

- ‘Si Poringan’ terkenal dikalangan kaum Murut

- ‘Nenek dengan Buaya’ bagi suku kaum Bajau.

Puisi lisan:

- ‘Isun-Isun’ atau ‘Kalang’ bagi suku kaum Bajau

- ‘Sundait’ bagi suku kaum Kadazandusun

Pantun:

- ‘Badaub’ bagi suku kaum Bisaya

- ‘Badundang’ bagi suku kaum Brunei

- ‘Idak-Idak’ bagi suku kaum Iranun

Muhammad Firdaus Bin Ramli. BA18110080
Bab 1

Didalam bab 1, pengarang menceritakan dimana mediasi ini merupakan satu bentuk sosiologi sastera.

Pengarang juga menceritakan akan perbezaan karya sastera yang berada di semenanjung Malaysia dan karya yang berada di Sabah dan Sarawak. Sebagai pengenalan didalam bab 1, pengarang menerangkan kesusasteraan merupakan tulisan yang mengandungi ekspresi idea yang menggunakan nilai-nilai artistik bahasa. Setiap fakta tentang sastera merupakan satu pola atau putaran yang menunjukkan hubungan antara penulis, karya, dan pembaca. Selain itu, terdapat dua kajian iaitu integrasi kontekstual (ekstrinsik) dan tekstual (intrinsik). ianya menghubungkaitkan situasi kontekstual terhadap pembinaan cerita dalam teks. Seterusnya, didalam tajuk sosiologi sastera, Sills (1968), p. 3 mendefinisikan sosiologi sebagai satu kajian agregat sosial dan kelompok dalam institusi yang terorganisasi, dan juga tentang hubungan sebab-musabab dalam perubahan sesebuah institusi atau organisasi sosial. Disamping itu, terdapat juga subtopik yang penting didalam bab satu ini seperti produksi dan pemasaran sastera, konsep mediasi dan kajian integraasi, mediasi semiotik, mediasi kondisi produksi seni, dan konsep mediasi Ungku Maimunah.

Muhammad Firdaus Bin Ramli. BA18110080
Bab 6

Tajuk utama yang dibincangkan oleh pengarang didalam bab ini ialah mediasi konvensi sastera, budaya dan ideologi yang melatari persoalan dan bentuk karya. Sebagai pengenalan didalam bab ini pengarang menjelaskan akan faktor-faktor atau mediasi yang terlibat dalam usaha pengarang  menghasilkan sebuah karya. Mediasi konvensi sastera, budaya, dan ideologi merupakan ketiga faktor yang terlibat dalam usaha pengarang menghasilkan sebuah karya. Konvensi sastera dapat ditakrifkan sebagai satu bentuk pemikiran yang diterima pakai sejak dahulu lagi dan dipanjangkan kebenarannya. Ia merujuk kepada perkara yang secara evolusi timbul sebagai sesuatu yang telah lazim digunakan dan disenangi oleh pengarang dan pembaca. Selain itu, pengarang juga membincangkan akan persoalan dalam novel yang terdapat di negeri Sabah dimana moral dan keagamaan, isu pembangunan dan kemiskinan, persoalan adat tradisi, permasalahan domestik wanita dan juga politik menjadi persoalan yang hangat dibincang oleh penulis. Kita juga diberi pengetahuan didalam bab enam ini tentang bentuk novel daripada plot hingga sudut pandangan. Bagi plot, terdapat tiga jenis plot iaitu penggunaan plot mudah, penggunaan aksi fizikal sebagai penggerak cerita dan penggunaan penyelesaian yang rapi. Bagi watak dan perwatakan pula, karya-karya sastera di Sabah lebih menjurus kepada watak penduduk tempatan yang terdiri daripada pelbagai etnik. Seterusnya, gaya bahasa yang mudah dan bersifat konvensional juga merupakan antara karya sastera di negeri Sabah. Selain itu, bagi sudut pandangan terdapat dua sudut iaitu sudut pandangan orang pertama dan sudut pandangan orang ketiga.

Farah Hanan binti Hamidon. BA18110085
Bab 3

Dalam bab ketiga, penulis ingin menyampaikan kepada pembaca mengenai peranan institusi dan pengaruhnya dalam perkembangan persuratan di Sabah sangat memberi kesan kepada para penulis dahulu untuk menghasilkan karya dan diterbitkan serta disebarluaskan.

Selain itu, penulis juga menghuraikan sistem pendidikan Sabah sebelum dan selepas kemerdekaan. Sistem pendidikan Sabah sebelum kemerdekaan dapat dikatakan seperti sistem pendidikan tidak formal seperti mengaji pondok dan tidak semua golongan menerima sistem tersebut dan menyebabkan kadar buta huruf masyarakat peribumi Sabah semakin tinggi. Sejurus dengan itu, para mubaligh Kristian di Sabah menarik minat penduduk dengan menubuhkan sekolah khususnya di kawasan bandar yang dapat menarik minat golongan masyarakat Kadazandusun (Dusun Tanggara) serta kaum Cina yang banyak terdapat di pusat bandar seperti Kota Kinabalu dan Sandakan.

Seterusnya, dalam bab ketiga ini juga penulis menjelaskan peranan media massa dan perkembangan penulisan cerpen. Dalam penulisannya, penulis menyatakan bahawa peranan surat khabar merupakan petunjuk kepada perkembangan awal penulisan cerpen di Sabah. Ia juga dapat dikaitakan bahawa penulisan novel yang wujud sekarang merupakan lanjutan daripada penulisan cerpen. Oleh itu, dapat diketahui  bahawa perkembangan awal penulisan cerpen adalah usaha daripada institusi persuratkhabaran.

Penulis juga menghuraikan peranan persatuan penulis di dalam bab ketiga ini. Setelah Sabah, Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu membentuk Malaysia kesedaran berpersatuan dan kesedaran tentang bersosialisasi dapat dirasai dalam kalangan masyarakat Sabah.

Peranan institusi agama juga dibincangkan di dalam bab ketiga ini. Dalam bab ini penulis mengutarakan tentang peranan institusi agama dalam melaksanakan aktiviti berbentuk kesusasteraan. Penglibatan dalam penulisan ini harus berkait rapat dengan pemahaman islam yang mendalam. Menurut penulis, Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) merupakan institusi agama di Sabah yang pernah menganjurkan peraduan mengarang novel Islam. Walaupun kegiatan ini tidak menonjol dan konsisten namun ia tetap menyumbang dalam proses penulisan novel di Sabah. Permulaan dan perkembangan kepada kehadiran penulis novel tempatan di Sabah adalah kerana wujudnya peraduan mengarang novel pertama dan kedua Sabah yang dianjurkan oleh parti politik pemerintah. Walaupun terdapat pelbagai rintangan dan syarat yang dikenakan dalam peraduan mengarang novel tersebut seperti proses mediasi serta campur tangan terhadap karya yang dihasilkan penulis, tetapi ia tetap punca kepada perkembangan novel tempatan di Sabah.

Nur Iqamah Yusra Binti Said
BA18161076

Bab 5
Dalam bab ini membincangkan tentang sistem pendidikan, persuratkhabaran dan persatuan penulis adalah entiti- entiti yang dapat dianggap sebagai pencetus perkembangan kesusateraan melayu di sabah. Bab ini menganalisis secara khusus peranan yang telah dilakukan DBP dalam menzahirkan penulis dan novel sabah.  Peranan kesusasteraan dalam perdebatan pada tahun-tahun 1950an.  Persatuan ini menguar-uarkan idea dan pengangkatan taraf bahasa melayu dan kesusasteraan melayu dan juga menggesa bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan sehingga tanah melayu mencapai kemerdekaan. Kesusasteraan harus terhasil daripada hubungan langsung antara pengarang dan masyarakat. Kuasa dan sedakan editor DBP yang terdiri daripada pengarang melayu yang menjunjung prinsip sastera untuk masyarakat telah mewujudkan dasar penerbitan dewan bahasa melayu. DBP dilihat bertendensi dan terpengaruh dengan matlamat dan misi pengarang-pengarang pendukung slogan “ seni untuk masyarakat”. Tahun 1959, DBP telah dinaiktarafkan sebagai sebuah badan berkanun menerusi ordinan dewan bahasa dan pustaka 1959. Kewujudan DBP sabah bukan sahaja mampu merancakkan aktiviti berkaitan dengan perkembangan kesusasteraan di sabah. Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan untuk mengembangkan bakat dan meningkatkan mutu penghasilan kesusasteraan dalam kalangan sasterawan sabah dalam 5 fungsi utama unit sastera DBP sabah. Seterusnya, kebanyakkan program DBP sabah pada peringkat awal lebih kepada kesusasteraan tradisi. Selepas itu barulah DBP mula menganjurkan siri bengkel penulisan kreatif seperti puisi, novel dan cerpen. Selain pelaksanaan bengkel yang menyerupai sistem penaungan sasterawan sebagai mana yang dinyatakan Ian Watt(1964) dan Wolff(1993) satu lagi bentuk penaungan yang dilaksanakan oleh DBP ialah menerusi “ Penulis Anak Angkat” ini bertujuan untuk melatih dan membimbing penulis tempatan agar menghasilkan karya dengan lebih berkualiti. Program ini dilaksanakan buat pertama kali pada tahun 1986.

Farah Hanan binti Hamidon. BA18110085
Bab 7

Dalam bab terakhir, penulis membicarakan tentang sejarah perkembangan novel Sabah memberi paparan terhadap perkembangan novel dengan mengaitkan situasi kontekstual yang menjadi latar dan faktor kewujudan sesebuah karya. Faktor luar bukan sahaja mempengaruhi kewujudan sesebuah karya malah turut mempengaruhi bentuk dan isi karya.

Mediasi institusi seperti DBP, ITBM dan syarikat penerbit swasta juga berperanan dalam perkembangan novel di Sabah. DBP merupakan institusi yang paling berperanan di Sabah. DBP merupakan institusi yang melakukan program seperti bengkel penulisan, program Anak Angkat, peraduan menulis novel, penerbitan dan penyebaran karya.

Integrasi kontekstual dan tekstual dalam sejarah perkembangan sastera sangat berguna untuk mengenal pasti kehadiran sesebuah karya. Ungku Maimunah telah memperkenalkan model mediasi yang mampu diterapkan dalam kajian terhadap perkembangan kesusasteraan dan model ini dapat memberi ruang kepada kajian-kajian seumpamanya pada masa hadapan

Hasyimah binti Jasuin BA18110875
Latar Belakang Pengarang:

- Ismail Abbas

- Lebih dikenali sebagai Amil Jaya

- Dilahirkan 5 November 1939 di Kampung Pirasan, Kota Belud.

- Membesar di kalangan masyarakat Bajau dan Dusun.

- Berkahwin dengan wanita berketurunan Dusun

- Menggambarkan realiti hidup beliau dalam novel Cerah dan Bagaton yang berdasarkan dua budaya dan agama yang berbeza antara masyarakat Bajau dan Dusun.

- Merupakan seorang guru dan editor.

- Bermula menjadi guru di sekolah rendah di Government Primary School dan kemudiannya berpindah ke sekolah Sukarela Rakyat di Kampung Wokod, Tenghilan lalu beliau meneruskan pengajian dalam bidang pendidikan di Pusat Latihan Guru-guru Bumiputera.

- Selepas itu, beliau mengajar semula di sekolah Sukarela Rakyat dan dilantik sebagai Guru Besar di SRK Selupoh, Tuaran sehingga tahun 1968.

- Namun begitu, selepas setahun menjadi guru besar beliau mendapat tawaran bagi mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Bahasa , Kuala Lumpur dan (MPSI) kini UPSI, Perak.

- Sewaktu menjadi pelatih, minat beliau dalam bidang penulisan semakin bercambah dan buat pertama kalinya beliau menyertai peraduan mengarang novel pertama Sabah dan beliau mendapat tempat kedua.

-Beliau juga pernah menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu dalam bidang bahasa dan sastera pada tahun 1971 sebelum berkhidmat menjadi Biro Kebudayaan Borneo (BKB) cawangan Sabah sebagai editor.

- Setelah diserap masuk ke DBP Sabah, beliau menjadi pegawai penyelidik dan editor.

- Pada tahun 1990, beliau diangkat menjadi pemangku pengarah lalu pada tahun berikutnya beliau menjadi pengarah DBP sehingga tahun 1996.

- Seterusnya, beliau telah berjaya menerbitkan sebuah cerita panjang lalu dijadikan novel yang bertajuk ‘Bagaton’.

- Beliau juga pernah dilantik dua kali untuk meneraju BAHASA, iaitu pada penggal 1989-1991 dan 2003-2005.

- Beliau merupakan seorang penerima S.E.A Write Awards.

Hasyimah binti Jasuin BA18110875
Latar Belakang Pengarang:

- Obasiah Usman

- Dikenali sebagai Arnida Ho

- Dilahirkan pada 30 Disember 1959 di Kudat.

- Berketurunan Bajau

- Mendapat pendidikan awal di Beluran dan sekitar bandar Sandakan.

- Novel awal beliau berlatar belakangkan daerah Sandakan.

- Novel terbitan beliau iaitu Malasiah, Bertaut dan Pungkad.

Hasyimah binti Jasuin BA18110875
Latar Belakang Pengarang:

- Siti Rahimah G.Ibrahim

- Dilahirkan 24 Julai 1960 di Kampung Kolopis, Beluran, Sandakan.

- Berketurunan Murut dan Sungai.

- Menerbitkan sebuah novel yang bertajuk ‘Hijrah’

- Mendapat pendidikan sehingga tingkatan 5

- Pernah bertugas sebagai kerani di Kementerian Belia dan Sukan dan Setiausaha BAHASA

- Aktif berkarya sehingga kini

Hasyimah binti Jasuin BA18110875
Latar Belakang Pengarang:

- Welin Ebal

- Dilahirkan pada 19 Mac 1967 di Kota Marudu

- Berketurunan Dusun Kimaragang

- Memperoleh pendidikan tingkatan lima dan bekerja sebagai kerani di Seminari Kristian, Kota Kinabalu.

- Menerbitkan novel seperti Pelangi Kehidupan dan Seluang Melaut yang berkisarkan mengenai sosiologi berkenaan adat perbomohan dan kematian yang harus diteruskan dalam tradisi kaum Dusun Kimaragang Sabah dan kemelut hidup seorang isteri yang dikecewakan suaminya.

Hasyimah binti Jasuin BA18110875
Latar Belakang Pengarang:

- Harun Haji Salleh

- Dilahirkan di Bukit Tempurung, Seri Menanti, Negeri Sembilan pada tahun 1935.

- Beliau berhijrah ke Sabah dan bertemu jodoh dengan wanita tempatan Sabah.

- Mendapat sijil pertanian dari Maktab Pertanian Serdang, kini Universiti Putra Malaysia (UPM).

- Bekerja di Jabatan Pertanian Negeri Sabah di daerah Ranau.

- Beliau memohon untuk bekerja di daerah Tuaran dan akhirnya permohonan beliau diluluskan.

- Ketika beliau bertugas di Sandakan, beliau mula menulis cerpen untuk siaran radio dan terbitan akhbar.

- Antara novel terbitan beliau ialah Hidayah, Di Sebalik Sebuah Kubah, dan Liku-Liku Pertembungan.

- Beliau memutuskan untuk berhenti menjadi pegawai pertanian lalu berkhidmat di RTM menjadi penterjemah sejak tahun 1960-an.

Hasyimah binti Jasuin BA18110875
Latar Belakang Pengarang:

- Azmah Nordin

- Dilahirkan di Kulim, Kedah pada 10 Januari 1958.

- Mendapat pendidikan di sekolah menengah dan kelulusan Malaysian Certicate Education (MCE) yang diambil secara persendirian.

- Mendirikan rumahtangga dengan penduduk tempatan Sabah.

- Menulis sebuah cerpen yang bertajuk Bosan dan diterbitkan dalam majalah Wadah 1986.

Hasyimah binti Jasuin BA18110875
Latar Belakang Pengarang:

- Ruhanini Matdarin

- Dilahirkan di Hospital Queen Elizebeth pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah.

- Berdarah Bajau, Brunei, dan Sino

- Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Kewangan, USM

- Pernah berkhidmat sebagai juruaudit, pengurus kewangan dan penasihat kewangan di beberapa buah syarikat pembinaan dan konsultansi.

- Beliau juga pernah berkhidmat di Tak Community College sebagai tenaga pengajar separuh masa program budaya Asean 2012-2013.

- Ahli seumur hidup Persatuan Penulis Nasional (PENA).

- Menghasilkan pelbagai cerpen yang memberikan dimensi luas tentang pemahaman dan kesan pantulannya terhadap manusia dan masyarakat persekitaran dan pelbagai novel dewasa dan remaja seperti Gadis Adikara, Di Seberang Jalan, Waris Pejuang dan banyak lagi.

Hasyimah Binti Jasuin BA18110875
Latar Belakang Pengarang:

- Jasni Matlani

- Berketurunan Bisaya

- Dilahirkan di Kampung Kebatu, Beaufort pada 16 November 1962

- Mendapat pendidikan awal di Sk.Kebatu dan bersekolah menegah di St.Paul,Beaufort kemudiannya beliau berpindah di Sekolah Menengah Toh Puan Hajjah Rahmah, Kota Kinabalu pada tahun 1975.

- Beliau bekerja sebagai kerani di Bank Negara Cawangan Kota Kinabalu lalu bertugas sebagai Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Haji Lajim Haji Ukin.

- Beliau merupakan pengasas kepada Persatuan Ikatan Penulis Sabah (IPS)

- Beliau menerajui BAHASA sejak tahun 2005 sehingga 2018 selain bergiat secara aktif dalam GAPENA.

- Pernah menjadi anak angkat Dewan untuk kategori Esei Kritikan dan pernah menjadi peserta MASTERA pada tahun 1999.

- Beliau menulis puisi,cerpen dan novel

- Memenangi SEA Write Award dan sering kali memenangi Hadiah Sastera Sabah dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia

Hasyimah binti Jasuin BA18110875
Bab 4
Bab ini membincangkan mengenai bagaimana tercetusnya perkembangan awal novel Sabah bermula daripada 1970-an sehingga tahun 2018. Pada perkembangan awal novel Sabah sehingga dekad 1970-an, ianya bermula apabila Harun Aminurasyid mula menulis beberapa buah buku ketika beliau masih bertugas di Brunei. Seterusnya, antara penulis lain yang ditemui adalah K.Bali yang mana beliau menghasilkan novel semasa beliau bermastautin di Sabah.Kemudian, perkembangan tersebut diteruskan lagi dengan Isa Razak yang turut menerbitkan novel semasa bermastautin di Sabah. Di samping itu, novel pertama yang diterbitkan oleh penulis tempatan adalah pada 1976 iaitu penulis Ismail Abbas. Manakala bagi perkembangan novel pada tahun 1980-an, sebanyak 10 buah novel berjaya diterbitkan. Isu berkenaan sastera Islam mula menjadi topik hangat dalam sejarah sastera pada ketika itu. Seterusnya, bermulanya pembabitan awal Obasiah Usman dalam penulisan novel dan mencatatkan beliau sebagai penulis novel wanita Sabah adalah melalui novel Malisiah. Pada ketika ini juga muncul Siti Rahimah G.Ibrahim. Selain itu, pada perkembangan novel tahun 1990-an pula, kerancakan aktiviti DBP sebagai institusi perkembangan sastera dan penerbitan di Sabah menjadi faktor mengapa berlakunya peningkatan dalam perkembangan novel Sabah.

Penulis Harun Salleh menjadi penulis kedua profilik sepanjang dekad. Beberapa penulis tempatan mula menyerlah seperti Azmah Nordin, Welin Ebal dan lain-lain. Kehadiran Azmah Nordin menjadi perkara yang paling menguntungkan pada ketika itu. Berbeza pula apabila permulaan alaf baru iaitu pada era 2000 hingga 2010 yang merupakan zaman kemerosotan perkembangan novel Sabah. Penulis novel pdaa ketika ini masih berada di takuk lama dan ada juga penulis yang tidak bersemangat dalam berkarya. Manakalau pada era perkembangan novel 2010 sehingga 2018, berlakunya sedikit perubahan iaitu insiatifi penulis untuk menggerakkan semula aktiviti persuratan melalui usaha BAHASA di bawah kepimpinan Jasni Matlani.