Aktiviti : Hello Japanese Program by Isma Rosila

Hello Japanese Program
1. Sila tinggalkan selfie sebagai bukti kehadiran di https://padlet.com/srisayang/HJP
2. Nama Kumpulan :
Nama dan Matrik no
ATAU
3. Nama, matrik no & Aktiviti Gantian yang dihadiri

Aktiviti Gantian
Program 3KBN

Nama&No UK:
1. Sharifah Sharina Binti Yahaya (UK35697)
2. Nur Amirah Binti Zaini (UK34947)
3. Siti Zulaikha Binti Kamaruddin (UK35871)
4. Amirul Harfirie Bin Ahmad Nubli (UK33471)

REFLEKSI PROGRAM 3KBN

Program 3KBN anjuran Universiti Malaysia yang telah berlangsung selama 3 hari (16-18 Mac 2017) telah membuka mata kami berempat mengenai betapa pentingnya untuk memahami konsep “deep culture” yang telah dipaparkan sepanjang program berlangsung. Program 3KBN ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai bidang kerjaya yang bakal diceburi oleh bakal graduan mahupun alumni UMT.

Antara ciri-ciri “deep culture” yang telah diperlihatkan kepada kami semasa malam penutupan Program 3KBN adalah melalui segi komunikasi non-verbal iaitu tanggapan terhadap kesopanan (notions of modesty). Sesebuah budaya mempunyai nilai kesopanannya yang tersendiri. Berdasarkan daripada program 3KBN, tarian-tarian dan persembahan yang dipersembahkan kepada penonton menunjukkan nilai kesopanan yang tinggi dari segi pemakaian dan juga tarian tradisional seperti tarian inang dan tradisional kaum cina. Persembahan tradisional tersebut memberikan tanggapan kesopanan yang baik terhadap sesuatu budaya itu tetapi terdapat juga tarian yang tidak melambangkan kesopanan yang dipersembahkan kepada penonton pada malam itu seperti tarian moden. Tarian moden tersebut diinspirasikan daripada tarian barat dan korea yang menunjukkan aksi yang agak lincah di atas pentas.

Pada pandangan kami, ianya sangatlah tidak sesuai untuk dipersembahkan kepada pengunjung yang berada di karnival tersebut kerana pakaian yang dipakai adalah sangat tidak sesuai untuk tontonan para pengunjung yang berbilang kaum dan pelbagai peringkat usia. Berdasarkan pemerhatian kami, program 3KBN juga mengamalkan konsep kebersihan yang baik kerana terdapat banyak tong sampah yang disediakan di sekitar kawasan karnival. Pengunjung juga tidak membuang sampah sesuka hati dan tidak meninggalkan bekas-bekas makanan merata tempat. Oleh yang demikian, ianya melambangkan sikap bertanggungjawab dan semua budaya mempunyai nilai moral yang tinggi dalam menjaga kebersihan sekeliling.

program perayaan sembilan malaysia

nama & uk no:
logajothiswaran a/l ambalavanan
s40559

program ini dianjurkan oleh UMT di PSNZ. tayangan video berkaitan dengan perayaan sembilan maharaja ini telah melengkapkan konsep ' deep culture '.
ini bertujuan untuk mengenali perayaan budaya atau kaum cina taoisme yang diraikan pada awal bulan sembilan dalam kalender cina di malaysia. dengan ini kita dapat kenali perayaan kaum cina taoise. semenjak kita merdeka, kita cuma tahu beberapa perayaan kaum cina sahaja. dengan mengikuti program ini, saya dapat tahu dan mengenali perayaan yang diraikan oleh kaum cina yang menganuti taoisme.
ia merupakan  acara tahunan yang diadakan di tokong-tokong oleh masyarakat cina. ia memperingati kematian sembilan maharaja dinasti ming yang digulingkan memaparkan keunikan salh satu budaya kaum cina di malaysia.
dirayakan pada hari pertama hingga hari kesmbilan pada bulan sembilan kalendar cina seperti dunyatakan tadi. ini memperlihatkan pengkalan akar budaya serta kekuatan mental dan psikologi diri dahulu hingga hari ini.

Program Pesta Perayaan Sembilan Maharaja
Dineswary A/P Balaraman
S37716

Refleksi Program Pesta Perayaan Sembilan Maharaja.

Program ini video telah ditayangkan di PSNZ. Tayangan video ini adalah berkaitan dengan pesta pemujaan sembilan maharaja. Ini adalah acara tahunan yang diadakan di tokong-tokong cina. Pesta ini dikenali sebagai Nine Emperor Festival.
Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengenali perayaan masyarakat cina yang menganut agama taoisme yang diraikan pada hari pertama hingga hari ke sembilan pada bulan sembilan dalam kalender cina di Malaysia. Dengan ini saya mengenali perayaan kaum cina taoisme.
Pesta ini memperingati kematian sembilan maharaja Dinasti Ming yang digulingkan memaparkan keunikan salah satu budaya kaum Cina di malaysia.
Pesta ini sangat penting dan bermakna bagi penganut Taoisme yang memperlihatkan pengkalan akar budaya serta kekuatan mental dan psikologi diri dahulu hingga hari ini.
Pesta Dewa 9 disambut pada hari kesembilan dan mengikut kepercayaan agama Buddha, mereka harus patuh pantang larang selama 14 hari iaitu tidak boleh makan daging, tidak boleh minum arak dan tidak memakai pakaian hitam dan paling penting kebersihan diri dengan pakai pakaian putih.
When relating to deep culture, their norms and religious belief is very high among chinese society. Chinese will be awaiting for this festival indicates their culture values and belief in the festival celebration. The chinese culture values also can be learned from this Nine Emperor Festival.

Program 3KBN
Nur Nabilah Binti Mohd Basri
UK35148

Program 3KBN telah berlangsung selama 3 hari (16-18 Mac 2017).

Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk memeriahkan lagi program ini seperti 'career fair', malam konsert, sukan rakyat dan sebagainya.

program ini memeperlihatkan unsur-unusr 'deep culture' dengan pendekatan atau komunikasi antara pihak oenganjur dengan peserta

peserta program 3KBN ini kebanyakan terdiri daripada belia. jadi, pedekatan promosi program ini dibuat hebahan melalui facebook dan whatsapp. Ini kerana para belia zaman sekarang lebih cakna melalui media sosial. Konklusinya, komunikasi antara pihak penganjur berjaya dengan kedatangan pengunjung yangtak putus-putus ke program tersebut. Itu adalah komunikasi yang berkesan telah terhasil.

Selain itu juga, 'career fair' yang diadakan di Dewan Sultan Mizan telah berjaya menarik peserta daripada kalangan pelajar universiti dan alumni untuk menyertai program tersebut. Pihak penganjur melihat 'demand' daripada kalangan pelajar akan tempat latihan industri dan kerja bagi alumni. jadi 'career fair' ini sangat membantu.

budaya tidak semestinya ditonjolkan oleh adat dan sebagainya. sebagai contoh, budaya belia zaman sekarang juga salah satu yang menunjukkan budaya dan yang paling penting bagaimana hendak berkomunikasi dengan belia secara berkesan.

Aktiviti Gantian
Nama : Khairul Anuar Bin Ab Aziz

Matrik no. : S44576

Aktiviti Gantian: Program 3KBN (Karnival Keusahawanan, Kerjaya & Kemahiran Belia Negara)

Saya telah menyertai program 3KBN ini pada 17 – 18 Mac 2017 yang telah diadakan di sekitar kawasan UMT. Program 3KBN telah menganjurkan pelbagai slot seperti mini games, rancangan perniagaan dan 3KBN Night. Program ini telah mengajar saya tentang kepentingan deep culture dalam kehidupan seharian saya. Sebagai contoh, ketika aktiviti 3KBN Night berlangsung, AJK teknikal terus menghentikan muzik yang sedang dipasang apabila hampir waktu azan. Hal ini amat ditekankan dalam agama islam sebagai menghormati waktu azan.

Selain itu, Semasa sesi bacaan doa di Majlis Perasmian Penutup Program 3KBN, semua pengunjung yang hadir menadah tangan untuk mengamimkan doa dan pengunjung non-muslim pula mendiamkan diri untuk menghormati bacaan doa. Hal ini menunjukkan bahawa setiap lapisan masyarakat di Malaysia mempunyai identiti yang sangat sopan dan menghormati antara satu sama lain.

Oleh itu, setiap lapisan masyarakat di Malaysia perlu mengambil berat tentang kepentingan deep culture dalam kehidupan seharian agar Negara kita dapat mengekalkan keharmonian dan kemakmuran yang telah dipertahankan selama ini.

Perayaan Sembilan Maharaja
Surrin Kumar a/l Palakrishnan
s40603

Program ini ditayangkan di Perpustakaan Sultan Nur Zahirah (PSNZ) di UMT.  Ia berkaitan dengan pesta pemujaan sembilan maharaja yang diadakan di tokong-tokong di negara Cina. Pesta ini diadakan julung kali untuk memperingati kematian sembilan maharaja Dinasti Ming. Pesta ini diraikan pada hari pertama hingga hari kesembilan mengikut kalendar Cina. Pesta ini berkonsepkan  deep culture kerana berkaitan dengan norma hidup mayarakat Cina

Karnival 3KBN
Azreen Syazana Bt Nazaruddin
(S41685)

3KBN (Karnival Keusahawanan, Kerjaya &Kemahiran Belia Negara)  was held on the 16-18 March to expose student and the public to the working phase and entrepreneurship. By participating in this program, I can see few deep culture that were
practiced that night.

Non- verbal communication can be seen in terms of the notion of cleanliness,  everyone who came took cleanliness very seriously regardless of what culture they originated from, the authority provided dustbin all around the area and garbage bag to ensure the environment is safe and clean
as every faith and culture stress on cleanliness and hygiene.

The organizer practiced the concept of time, the event started and ended on time just like it was planned. The progression of event went smoothly, the crowd was aware of the closing ceremony and started gathering up in front of the stage.

Program Jom Belajar Jawi & Bengkel Seni Kaligrafi Islam
Nurul Ezzah bt Azaman
UK35396

Program ini berlansung pada 17 Mac 2017.

Program ini memperlihatkan unsur-unsur 'deep culture' berkaitan pengenalan sejarah seni kaligrafi kepada umum.

Apabila dipelajari dengan lebih mendalam, baru di ketahui bahawa Seni Kaligrafi ini bukan terbatas pada masyarakat Islam sahaja. Bahkan digunakan juga oleh masyarakat Cina. Perbezaan nya hanya pada huruf yang digunakan.

Pada pandangan saya, program ini boleh dibuka  kepada pelbagai generasi, kaum kerana tiada isu sensitiviti yang berbangkit.

Satu perkara yang menarik di sini adalah, kebanyakan ahli yang menyertai program ini berketrampilan sangat sopan. Berdasarkan tajuk program sahaja, mereka boleh tahu pemakaian yang perlu dipakai dalam program ini (non-verbal com.)

AKTIVITI GANTIAN: PESTA PERAYAAN SEMBILAN MAHARAJA
NAMA:

NURNASIHA BT RAMLAN S39011
NURUL A'FIFAH BT MAHAZAN S39012

Aktiviti gantian ini telah dijalankan di PSNZ dimana sebuah video mengenai Pesta Perayaan Sembilan Maharaja telah ditayangkan untuk pelajar lebih mengenali identity sesebuah etnik atau kaum lain yang terdapat di Malaysia melalui perayaan serta tradisi yang masih diamalkan sehingga kini.

Secara am nya, Pesta Perayaan Sembilan Maharaja diraikan oleh penganut Taoist dalam kalangan masyarakat Cina pada setiap tahun setelah tibanya bulan kesembilan dalam Kalendar Lunar Cina. Perayaan yang disambut ini secara tidak langsung dapat menggambarkan identiti bagi kaum Cina khususnya penganut Taoist melalui upacara yang dijalankan, pantang larang serta simbolik yang dipercayai sejak turun temurun.

Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi sepanjang perayaan Sembilan Maharaja Dewa. Selain tidak boleh makan daging, tidak boleh minum alkohol, mereka juga tidak boleh berpakaian hitam, tidak boleh memakai barangan kulit, tidak boleh pergi ke tokong untuk sembahyang jika isteri mengandung atau ada kematian dan yang paling penting ialah menjaga kebersihan diri dengan memakai pakaian serba putih. Pantang larang ini perlu dipatuhi bagi menghormati perayaan yang disambut agar semuanya dapat berjalan dengan lancar

Antara simbolik perayaan Sembilan Maharaja Dewa adalah cuaca hujan dan pau berbentuk penyu. Musim hujan menjadi simbolik dalam sambutan itu kerana ia mengiringi Sembilan Maharaja Dewa yang dipercayai sampai melalui jalan laut dan dalam masa sembilan hari biasanya setiap hari akan hujan serta dapat membersihkan kawasan darat yang dilihat sebagai lambang suci. Pau berbentuk penyu itu menjadi simbolik bagi memperingati sejarah Sembilan Maharaja Dewa yang tiba di bumi untuk menyelamatkan rakyat Dinasti Ming daripada puak Manchu ketika peperangan.

AKTIVITI GANTIAN: PROGRAM PESTA PERAYAAN SEMBILAN MAHARAJA
KRISHNNAPPRIYAA A/P GOPI
S40540

Program ini telah dianjurkan oleh pihak UMT di PSNZ, dimana satu video yang berunsurkan Pesta Perayaan sembilan maharaja telah ditayangkan. Pesta pemujaan sembilan maharaja adalah satu acara tahunan yang diadakan di tokong-tokong oleh masyarakat cina yang menganut agama Taoism di Malaysia. Acara bagi mengingati kematian sembilan maharaja yang digulingkan memaparkan keunikan salah satu budaya kaum cina di Malaysia. Kaum Cina dibahagikan kepada beberapa etnik iaitu, taoism, cantonis dan lain. Kebanyakan daripada kita hanya mengetahui tentang perayaan yang disambut oleh kaum cina secara umum. Dengan mengikuti program ini, kita dapat mengetahui bahawa terdapat banyak etnik kaum cina yang menyambut perayaan ataupun pesta mengikut kepercayaan mereka.

Aktiviti Gantian : PPSA Open Da
Nur Shaqeena Binti Ali
UK35188

Program ini telah dijalankan pada 8 Mac 2017 di Pusat Pengajian Sains Asas dan sekitar Medan Syarahan Barat dan Medan Syarahan Timur. Program ini melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 5 yang datang dari beberapa sekolah di Terengganu.

Sepanjang program ini berlangsung terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan. Antaranya ialah Program Bual Bicara dan pameran sains dan teknologi.

Saya telah terlibat sebagai ‘demonstrator’ untuk bahagian pengektratan DNA.

Apa yang saya dapat lihat dan lalui ialah kita perlu bijak dalam memberikan penerangan, ini kerana bukan semua pelajar yang dating ke bahagian pameran kami mempunyai asas dalam subjek biologi. Bagi pelajar yang mengetahui tentang struktur-struktur sel adalah lebih mudah untuk diterangkan tentang apa yang berlaku kepada sel pada setiap proses yang dilakukan. Namun bagi pelajar yang kurang memahami, adalah penting bagi saya untuk saya memberikan penerangan dalam istilah yang mudah dan memberikan analogi yang sesuai. Selain itu, apa yang saya dapat ialah saya perlu mempunyai keyakinan diri untuk menarik pelajar dan untuk menimbulkan rasa ingin mencuba dalam diri mereka.

Program 3KBN
Siti Hajar Azwani Binti Azizan

Uk35732

Program Gantian : 3KBN ((Karnival Keusahawanan, Kerjaya & Kemahiran Belia Negara)

Program 3KBN ini telah diadakan selama 3 hari iaitu pada 16-18 Mac 2017. Antara aktiviti yang diadakan ialah, career fair, sukan rakyat dan malam konsert. Program ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar UMT kepada pasaran kerjaya di luar kampus .

Refleksi yang boleh saya simpulkan disini adalah yang pertama mengenai deep culture yang telah ditonjolkan semasa sukan rakyat diadakan. Pelbagai ‘mini games’ telah diadakan dan peraturan setiap permainan akan diterangkan oleh pertugas yang bertugas disitu. Ini menunjukkan bahawa, setiap permainan mempunyai culture ataupun latar belakang sendiri. Tambahan pula, tidak semua orang tahu dan faham mengapa permainan tersebut dimainkan seperti itu. Dari segi “deep culture fairness and justice”, program ini telah berjaya menunjukkan bahawa setiap sukan rakyat mempunyai deep culture yang berbeza dari segi keadilan setiap permainan di nilai.

Selain itu, semasa slot carrier fair di mana, pelajar diberi peluang untuk walk-in interview dengan syarikat-syarikat yang terlibat. Di sini ,saya boleh huraikan deep culture dari segi “communication styles” dimana syarikat syarikat tersebut  menilai pelajar-pelajar UMT semasa interview. Body langguage dan eye contact telah memainkan peranan penting semasa interview dijalankan.

Akhir sekali , pada malam konsert di mana terdapat beberapa artis jemputan dari seperti Khai Bahar dan juga anak jati Terengganu Herow Band. Di sini , dapat di lihat deep culture dari aspek “notions of modesty” pelajar-pelajar UMT . Kelakuan dan tingkah laku yang ditunjukkan kepada orang luar seperti artis-artis tersebut. Ada yang masih menjaga tatasusila dan ada juga yang tidak beradab semasa mengambil gambar para artis.

AKTIVITI GANTIAN: PEMBENTANGAN PROPOSAL PELAJAR MASTER
NURSYUHADA BINTI OTHMAN
UK35334

Program ini berlangsung di Bilik Mesyuarat PPAL pada 1 Mac 2017

Sepanjang tempoh pembentangan selama hampir 2 jam itu, saya mendapat pelbagai informasi yang baru.  Pembentangan dari dua orang pelajar ini berkaitan dengan fahaman alam barzakh dan juga berkaitan hadis mauduk.
Dalam pembentangan ini, saya mengetahui bahawa masih kurang lagi umat Islam mengambil berat tentang apa yang perlu kita laksanakan sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia. Kebanyakan antara kita hanya mengharapkan orang-orang tua untuk menguruskan jenazah.

Selain itu, saya juga dapat mempelajari apa itu hadis mauduk. Hadis mauduk ini merupakan hadis palsu ataupun hadis yang dibuat-buat. Hadis mauduk ini semakin menular dalam masyarakat kita kerana kita kekurangan ilmu dalam agama. Oleh hal yang demikian, pelajar ini ingin mengetengahkan masalah hadis mauduk yang semakin menular. Penularan hadis palsu ini mampu memecahbelahkan umat Islam kerana kesalahfahaman yang kita pegangi. Oleh itu, kita perlulah belajar dan fahami Al-Quran itu sendiri dan juga mengetahui hadis-hadis yang sahih yang dibawa oleh Rasullulah S.A.W.

PROGRAM PUSAT PENGAJIAN SAINS ASAS (PPSA) OPEN DAY
AKTIVITI GANTIAN : PROGRAM PUSAT PENGAJIAN SAINS ASAS (PPSA) OPEN DAY
DINIE EYLDIRA BINTI ISMAIL
UK33634
Program PPSA Open Day ini telah berlangsung pada 8 Mac yang lalu disekitar Pusat Pengajian Sains Asas dari 8.30 pagi sehingga 5 petang. Program ini diadakan bertujuan untuk merasmikan ruang Corridor of Knowledge serta menyebarkan input-input sains dan teknologi kepada para pelajar khususnya kepada para pelajar dari sekolah menengah yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 sehingga tingkatan 5.
Saya telah terlibat secara langsung sepanjang program ini diadakan dimana saya telah menjadi demonstrator bagi pameran pengekstrakan dna strawberi dibawah seliaan penyelia PITA saya. Sepanjang program ini berlangsung, saya telah berkomunikasi dengan pelbagai jenis masyarakat yang datang dari berbeza latar belakang dan saya turut dapat memerhati pelbagai jenis karakter dan tingkah laku dari lapisan masyarakat yang berbeza. Hal ini kerana, pameran saya mendapat perhatian daripada pelbagai susun lapis masyarakat.
Disini dapat saya simpulkan bahawa, ruang untuk berkomunikasi dengan lapisan masyarakat yang datang dari berbeza kelas dan umur adalah berbeza oleh kerana tahap kematangan fikiran dan kapasiti ilmu yang tidak sama. Saya perlu menggunakan bahasa dan terma yang sesuai untuk menerangkan proses eksperimen kepada pelajar sekolah menengah yang biasanya lebih selesa menggunakan loghat Terengganu. Selain itu, saya juga perlu menerangkan fakta disebalik eksperimen itu kepada golongan yang lebih terpelajar seperti pelajar sarjana muda dari fakulti yang tidak berlatar belakangkan sains, pelajar sarjana, pelajar doctor falsafah dan gologan guru yang mengiringi pelajar. Jurang terhadap sikap status sosial sesebuah komuniti dapat dilihat dengan jelas dimana persepsi, etika dan gaya penerimaan ilmu itu perlu diketengahkan agar maklumat yang ingin disampaikan itu mudah difahami. Selain dari itu, proses penyampaian maklumat dan pertukaran soalan dilaksanakan dengan sopan lantas mencerminkan deep culture sesebuah komuniti.

Aktiviti Gantian: Program Pesta Perayaan Sembilan Maharaja
Nur Sakinah Binti Safiee-uk35175
Farah Farhana Binti Ramli-uk36200
Rabiatul Aishah Binti Resep-uk35598
Ratthena A/P All-uk35614

Setelah menghadiri program tersebut, kami mendapat banyak pengetahuan dan maklumat baru. Kami baru tahu bahawa perayaan ini sebenarnya berasal daripada negara China dan ia telah memberi kesan dalam kehidupan masyarakat cina mahupun masyarakat lain di Malaysia.

Perayaan ini menunjukkan deep culture yang melibatkan pemikiran dan kepercayaan oleh penganut kepercayaan Taoist yang tidak diketahui oleh penganut lain. Selepas menonton video ini barulah kami menyedari bahawa terdapat juga perayaan seperti ini di Malaysia. Kami telah mempelajari banyak perkara baru dan kepercayaan yang diamalkan oleh penganut ini seperti berjalan di atas bara api untuk mendapatkan keberkatan dalam kehidupan.

Selain itu, kami juga mendapat pengetahuan baru dalam sambutan perayaan ini, dimana beberapa penganut kepercayaan Taoist akan mengabdikan diri dengan menyucuk dan melekatkan muka mereka dengan objek-objek keras dan tajam seperti pisau, lembing dan sebagainya. Kami difahamkan upacara ini merupakan simbolik penyucian jiwa kepada Tuhan mereka.

Di samping itu, kami mendapat tahu bahawa perayaan ini disambut meriah dengan mengadakan persembahan tarian naga dan singa seperti sambutan tahun baru cina. Kami juga dapat mengaitkan Perayaan Sembilan Maharaja ini dengan "Religious Identity" dimana hanya penganut kepercayaan Taoist sahaja yang menyambut perayaan ini.

Kesimpulannya, semua perayaan mempunyai kepercayaan dan nilai tersendiri yang memerlukan sesuatu masyarakat memahami dan menghargainya.

Aktiviti Gantian : Program Pesta Perayaan Sembilan Maharaja (Nine Emperor Festival).
PONNARASI A/P KRISHNA MOORTHY S37780

Program ini berlangsung pada 19 Mac 2017 di Bilik Multimedia, PSNZ anjuran Seksyen Pembangunan Koleksi & Perkhidmatan Pelanggan PSNZ. Menerusi video yang ditayangkan dalam program ini, saya dapat mengenali masyarakat Cina terutamanya penganut Taoism di Malaysia secara lebih mendalam melalui perayaan dan tradisi yang diamalkan sehingga kini.

Saya turut dapat mengetahui bahawa Pesta Perayaan Sembilam Maharaja merupakan acara tahunan yang diraikan pada bulan kesembilan dalam kalendar Lunar Cina oleh penganut Taoism di Malaysia. Di sini, saya menyedari bahawa pembelajaran antara budaya tidaklah mudah untuk difahami dan perlulah kita mengelakkan sifat 'etnosentrisme' dalam proses mempelajarinya. Pada pendapat saya, sifat 'etnosentrisme' ini tidak patut ada dalam diri setiap masyarakat demi mencapai perpaduan sesebuah negara. Agama Hindu dan Agama Islam sendiri menyebutkan perpaduan tidak kira apa pun bangsa dan agama malah meminta penganutnya menghormati dan menjaga hak asasi agama dan bangsa lain.

Seterusnya, saya juga dapat memahami beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi sepanjang perayaan ini. Contohnya, penganut dilarang memakai barang-barang yang diperbuat daripada kulit, pakaian hitam, makan daging, minum alkohol dan tidak boleh pergi ke tokong jika isteri mengandung atau berlaku kematian. Mereka amat digalakan memakai pakaian serba putih dan menjaga kebersihan diri. Di sini, saya dapat melihat 'religious identity' di mana pantang larang yang diamalkan adalah berbeza mengikut kepercayaan masing-masing.

Kesimpulannya, setiap kaum di Malaysia mempunyai identiti masing-masing. Kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum haruslah mendapat tahu kepercayaan dan kebudayaan adat resam kaum lain.

AKTIVITI GANTIAN: PROGRAM PUSAT PENGAJIAN SAINS ASAS (PPSA) OPEN DAY
Nor Azrina Binti Aziz
UK34720

Program PPSA Open Day ini merupakan program anjuran Pusat Pengajian Sains Asas (PPSA) itu sendiri yang berlangsung pada 8 Mac 2017 di sekitar kawasan PPSA dan juga Raudhah PPSA.

Program ini berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Apa yang dapat saya lihat, terdapat pelbagai aktiviti yang telah disediakan seperti pameran poster berkaitan Sains, demonstrasi dan juga terdapat jualan makanan. Sepanjang program ini berlangsung, terdapat juga penglibatan dari pelajar-pelajar sekolah dimana, ada pelajar sekolah yang terlibat dengan pameran Sains dan ada juga pelajar sekolah yang datang mengadakan lawatan ke program tersebut.

Saya telah berpeluang untuk melihat demonstrasi berkaitan pengekstrakan dna strawberi oleh pelajar-pelajar UMT sendiri. Ketika keberadaan saya di situ, terdapat juga pelajar-pelajar sekolah, pensyarah dan juga pelajar-pelajar UMT dari program lain yang turut serta melihat demonstrasi tersebut dan berpeluang melakukan pengekstakan dna strawberi itu sendiri. Apa yang saya dapat lihat ialah telah berlakunya komunikasi dua hala antara demonstrator dan juga penonton yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Sebagai contoh interaksi dua hala ialah seperti soal jawab antara demonstrator dan penonton. Penonton yang bertanya pasti akan mendapat jawapan yang bernas dari demonstrator. Selain itu, saya dapat lihat, demonstrator-demonstrator telah menggunakan cara penyampaian yang ringkas dan begitu mudah difahami dan dipelajari oleh semua penonton. Setiap maklumat yang disampaikan disertakan dengan teori-teori yang telah membuatkan semua pendengar berasa yakin dengan perkara yang didengar dan lihat. Pada ketika itu, semua penonton termasuklah saya berasa amat teruja dengan demonstrasi yang dijalankan dan semua tidak melepaskan peluang untuk melakukan pengekstrakan dna strawberi itu sendiri. Kejayaan semua dalam melakukan pengekstrakan dna strawberi ini sendiri telah membuktikan bahawa perkara yang disampaikan oleh demonstrator kepada semua peringkat umur yang mempunyai latar belakang yang berbeza ini merupakan satu komunikasi yang berkesan. Kesimpulannya, komunikasi yang berkesan ialah sesuatu penyampaian yang mudah difahami dan diterima oleh semua peringkat masyarakat.