REFLEKSI TENTANG CIKGU DANIEL (CURIE 2022) by MOHD. DANIEL ESHSAQ BIN ABDULLAH KPM-Guru
QAIRA AQILAH -2CURIE4-
Pada pandangan pertama saya terhadap cikgu Daniel saya bersangka beliau seperti sesetengah guru lain yang masuk kelas membaca dan membuat karangan akan tetapi setelah beliau mengajar saya dari awal hingga akhir semester saya dapat mengenal pasti bahawa cikgu Daniel mengajar dengan sangat teliti,setiap sesi pembelajaran cikgu akan memberi penerangan yang terperinci dan jelas.Tidak hanya itu cikgu Daniel juga sentiasa membimbing rakan sekelas serta saya dan cikgu Daniel sentiasa memberi kesimpulan di akhir pembelajaran ataupun aktiviti.Sepanjang sesi pembelanjaran bersama cikgu Daniel dari awal hingga akhir semester sangatlah seronok kerana cikgu daniel tidak hanya memberi latihan akan tetapi cikgu daniel turut melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan semasa sesi pembelajaran.Saya banyak belajar perkara baru setiap kali kelas cikgu Daniel.Saya berharap cikgu daniel dapat mengajar kelas saya pada semseter hadapan.
NURARINA AZ-ZAHRA BINTI ABDUL HANNIP 2 CURIE 4
Assalammualaikum, cikgu.
Terlebih dahulu saya ingin ucapkan jutaan terima kasih atas segala tunjuk ajar cikgu selama menjadi seorang guru Bahasa Melayu kelas saya. Maaf jika saya ada melakukan perkara yang mengguris hati cikgu.
Pada saya, cikgu seorang yang cinta akan kerjaya cikgu sebagai seorang guru. Cikgu sentiasa beri yang terbaik dalam setiap kelas cikgu, sediakan nota-nota yang boleh membantu kami dan sentiasa cuba untuk kenal setiap daripada kami.
Banyak yang saya belajar daripada cikgu. Nota-nota yang cikgu beri sangat membantu saya dalam memperbaik Bahasa Melayu saya. Alhamdulillah bagi saya keputusan peperiksaan saya sangat baik berkat tunjuk ajar dan bimbingan daripada cikgu.
Jujur besar harapan saya untuk terus menjadi anak didik cikgu di tingkatan tiga, namun apakan daya takdir tidak menemukan kita. Apapun saya doakan yang terbaik buat cikgu dan semoga berjaya dunia akhirat.
CECELYA ANAK NICHOLAS 2 CURIE 4
Salam sejahtera saya ucapkan terlebih dahulu. Saya Cecelya anak Nicholas dari kelas 2 Curie 4. Sepanjang sesi pembelajaran dari rumah mahupun secara bersemuka di dalam kelas Cikgu Daniel mengajar tetap mengajar kami dengan penuh semangat. Sepanjang sesi pdpc 2022/2023 ini saya sangat gembira belajar bersama Cikgu Daniel kerana cara beliau mengajar dapat saya fahami dengan mudah. Cikgu Daniel juga bukan sekadar mengajar tapi beliau juga membantu saya dan juga rakan-rakan saya dalam masalah yang sukar untuk kami fahami. Cikgu Daniel juga selalu membuat pelbagai aktiviti yang menarik sambil itu dapat membantu kami dalam mengukuhkan Bahasa Melayu. Sebagai contoh aktiviti yang kami telah lakukan bersama ialah perbahasan,berlakon,bernyanyi,mencipta lirik lagu, membaca berita, menemu bual dan banyak lagi , aktiviti-aktiviti seperti ini dapat menghilangkan rasa ngantuk kami. Cikgu Daniel juga seorang yang memahami. Ringkasnya saya simpulkan di sini Cikgu Daniel merupakan seorang guru yang baik hati dan berdedikasi berdedikasi dalam mengajar kami beliau juga seorang yang sabar dan tabah. Saya berharap cikgu akan mengajar kami lagi pada tahun ini namun apakan daya bukan rezeki kita pada tahun ini. Saya harap cikgu sentiasa berjaya dalam apa jua yang cikgu lakukan. Terima kasih cikgu.
JOANNA ANNE -2 CURIE 4
Salam sejahtera, cikgu. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu atas segala bimbingan dan tunjuk ajar cikgu terhadap kelas kami. Saya juga ingin memohon maaf atas segala kesalahan saya yang munkin saya lakukan tanpa saya sedari. Semasa baru berkenalan dengan cikgu, iaitu sewaktu sesi PdPR dahulu, saya bersangka cikgu hanya memberikan latihan mengarang karangan seperti cikgu yang lain, tiada penjelasan yang lebih terperinci. Tetapi sangkaan saya adalah tidak benar. Saya suka cara cikgu mengajar kami dengan melakukan pelbagai aktiviti yang meningkatkan kemahiran kami sama ada dari segi kemahiran bertutur, membaca dan sebagainya. Saya juga menghargai semua nota yang cikgu beri kepada kami kerana dengan nota itu, kami dapat meningkatkan kemahiran menulis dan tatabahasa kami. Cikgu juga merupakan seorang yang sangat peramah dan penyayang terhadap pelajarnya. Saya berharap kami akan berjumpa dengan cikgu pada masa yang akan datang dan semoga cikgu berjaya dalam kerjaya cikgu.
MUHAMAD DHARIS DANIAL BIN ABDULLAH ADUKA FAHMIN (2 CURIE 4)
Sebelum saya memulakan refleksi saya terhadap cg Daniel , izinkan saya untuk berpantun terlebih dahulu.
Pergi ke kebun memetik mangga,
Buah mangga disimpan ke dalam raga,
Jasamu cikgu kukenang sentiasa,
Kusayang mu cikgu selama-lamanya.
Terlebih dahulu , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada cg Daniel kerana sentiasa memberi tunjuk ajar Dan membimbing kami sepanjang sesi pembelajaran.Saya juga ingin memohon maaf kalau saya ada mengguris hati cikgu.
Pada saya, cikgu merupakan seorang yang mendalami peranan cikgu sebagai seorang guru. Cikgu juga sentiasa memberi yang terbaik kepada kami seperti memberi nota-nota yang ringkas tetapi jelas isinya. Sepanjang sesi cikgu mengajar , cikgu bukan sahaja memberi karangan seperti sesetengah cikgu yang lain, tetapi cikgu melakukan aktiviti yang seronok seperti perbahasan (debate).
Nota yang diberikan oleh cikgu sangat membantu saya.Cikgu juga merupakan seorang yang baik hati Dan seorang yang prihatin. Saya berharap cikgu akan mengajar kami lagi pada semester hadapan.Apapun saya mendoakan cikgu semoga cikgu dimurahkan rezeki Dan berjaya di Dunia Dan diakhirat. Terima kasih cikgu untuk segala-galanya.
JEREMY LIVAU ANAK JULIUS (2CURIE4 )
Saya sangat bersyukur kerana wujudnya seorang guru di sekolah ini yang mampu mengajar anak muridnya sehingga faham . Cikgu mengajar dengan sangat hebat . Cikgu juga memeberikan nota-nota yang sangat bermanfaat dan tips untuk menjawab ujian . Sepanjang sesi 2022/2023 ini, saya dapat menambah baik karangan saya sehingga menjadi lebih baik . Melalui perspektif yang lain , cikgu seorang yang sangat baik dan memahami anak muridnya . Cara cikgu mengajar amatlah berbeza daripada guru yang lain sehingga kelas cikgu menjadi seronok yang tak terhingga bahkan waktu kelas tengah hari yang panas , kita masih boleh bergelak ketawa . Sesungguhnya  , kenangan bersama cikgu sangat indah . Sudah tiba masanya untuk cikgu  yang lain pula mengajar kami  . Selamat tinggal wahai matahari yang sudah menyinari , selamat datang wahai bulan yang menggantikan matahari . Saya harap saya dapat meningkatkan lagi markah ujian Bahasa Melayu saya pada tahun ini . Sampai di sini sahaja refleksi saya tentang Cikgu Daniel sepanjang menjadi guru Bahasa Melayu bagi sesi 2022/2023 . Minta maaf cikgu jika saya bekelakuan yang tidak sopan dan telah mencalarkan perasaan cikgu . Saya mengakhiri kata saya dengan serangkap pantun.
Sebulat suara seikhlas jiwa ,
Indah bicara jadi pedoman ,
Penutup tirai akhir kata ,
Terima kasih saya ucapkan.
Ikhlas dari , Jeremy ❤️
DANIA HAZMIE BINTI ZURAIMIE (2 CURIE 4)
Assalammualaikum cikgu. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu kerana telah banyak mengubah saya dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Sebelum cikgu mengajar saya, saya tidak begitu berminat dengan bahasa Melayu. Karangan dan ayat yang saya bina sentiasa ringkas dan tidak gramatis. Penggunaan perkataan dan penanda wancana saya sentiasa sama dan saya sendiri berasa bosan menggunakan perkataan yang sama setiap masa. Setelah cikgu mengajar saya dengan lebih teliti dan mendalam, banyak benda baharu yang saya telah belajar seperti penanda wancana dan perkataan yang gramatis, kesalahan bahasa dan ejaan yang selama ini saya sangkakan betul, karangan dan ayat yang panjang. Cikgu seorang yang sangat mengambil berat terhadap pelajarnya. Saya masih ingat ketika cikgu menegur saya kerana karangan saya terlalu ringkas dan teguran cikgu telah mengubah karangan saya kepada lebih panjang dan gramatis seperti yang telah cikgu ajar. Cara cikgu mengajar memang lain daripada yang lain kerana sebelum ini saya belajar bahasa Melayu memang benda yang sama sahaja yang akan saya belajar. Cikgu sangat bersungguh-sungguh dalam mengajar kami kerana telah menghasilkan banyak nota sendiri dan tidak sama seperti yang selalu saya jumpa. Cikgu juga sangat kreatif dan memahami pelajarnya dengan mengadakan pelbagai aktiviti di dalam kelas supaya kami tidak mengantuk. Sekarang, saya sangat berminat untuk belajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Markah karangan untuk peperiksaan bahasa Melayu saya kali ini sangat memuaskan dan menggembirakan hati saya. Saya sangat bersyukur kerana berpeluang untuk mendapat cikgu seperti cikgu Daniel. Saya sangat berharap untuk semester yang seterusnya, cikgu dapat mengajar saya lagi. Saya juga berharap agar cikgu sentiasa sihat dan cemerlang di dunia dan di akhirat. Terima kasih cikgu, saya akan sentiasa mengenang jasa cikgu kepada saya. 💕
ALIF RAZIN RAIMI (CURIE 4)
Untuk memulakan refleksi saya terhadap Cikgu Daniel, suka saya ucapkan jutaan terima kasih kerana telah mengubah perspektif dan kefahaman saya dalam subjek bahasa Melayu. Pada awalnya, kefahaman dan kecakapan saya dalam membuat ulasan,rumusan,ringkasan dan karangan adalah dalam keadaan yang minimum. Berkat bahan cetakan cikgu, bahan berikut sedikit sebanyak menambah kefahaman saya dalam subjek bahasa melayu. Bahan tersebut telah memberi impak positif terhadap penulisan karangan saya. Beralih kepada bimbingan dan cara cg mengajar pula. Intonasi suara cikgu dan sikap suka memanggil pelajar telah membuatkan saya tidak mengantuk ketika cikgu mengajar. Selain itu, sikap cikgu yang mengambil berat terhadap pelajar dan melayan karenah pelajar ialah salah satu keistimewaan yang ada pada cikgu. Cara cikgu memanggil saya seperti "betul tak alif" akan saya rindui pada semester yang akan datang. Bagi mengakhiri refleksi saya, saya ada sebuah pantun untuk dikongsikan.
Pergi ke kebun memetik mangga,
Mangga diletak kedalam raga,
Jasa guru dikenang sentiasa,
Semoga berkat kehujung nyawa,
Gabriel c4
saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada cikgu kerana telah mendidik kami sejak tahun lepas hinggalah kini.Cikgu merupakan cikgu yang terbaik bagi saya, saya bersyukur  kerana ditakdirkan dengan cikgu yang sangat baik!cikgu telah mendidik kami dengan amat baik, saya mohon maaf sangat sangat sekiranya saya pernah melakukan kesalahan secara sengaja ataupun tidak dan
jika saya kurang aktif dalam kelas.. Itu saja dari saya, semoga cikgu sihat selalu dan selamat bercuti!! :]
Tuju ke kota bersama saudara,
Ingin membeli cenderahati,
Jasa guru tidak dilupa,
Kenangan bersama sentiasa diingati. ✨✨✨
BRIAN MAXCLANE ANAK DOMINIC (2C4)
Salam sejahtera dan salam Malaysia yang madani...saya Brian Maxclane anak Dominic dari kelas 2 curie 4.
Saya berasa sangat gembira sepanjang cikgu mengajar kami.Cara cikgu mengajar amat memberikan kesan dan cikgu juga selalu memberikan latihan dan nota walaupun cikgu tidak masuk kelas.Kesannya,saya telah mendapatkan keputusan yang boleh dikatakan memuaskan pada peperiksaan hujung tahun ini (UASA).
Saya ingin meminta maaf jika ada salah silap saya sepanjang cikgu mengajar dan saya doakan semoga cikgu semangat dalam mengajar sepanjang berada di SAKURA.TERIMA KASIH CIKGU UNTUK SEGALANYA!♥️
Muhammad Akid 2C4
Dua tiga kucing belari,
Mana nak sama kucing belang,
Jasa cikgu kami hargai,
Diri cikgu kami sayang.
Assalamualaikum cikgu Daniel,
saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu kerana telah menjadi cikgu matapelajaran Bahasa Melayu 2 Curie 4 untuk semester kali ini.
Pada pendapat saya, cikgu amat meminati kerjaya cikgu sebagai seorang guru. Cikgu berjaya menarik minat saya dalam subjek Bahasa Melayu dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik dan bukan sekadar menulis karangan sahaja.
Cikgu mengajar dengan penuh semangat. Bahasa dan pertuturan yang cikgu gunakan senang difahami dan amat sopan. Cikgu juga berjaya membantu saya untuk membuat karangan dengan baik. Nota yang cikgu berikan juga sungguh bermanfaat dan selalu saya gunakan untuk mengulang kaji sebelum ujian. Berkat hasil didikan cikgu, saya berjaya mendapatkan keputusan cemerlang untuk ujian kali ini.
Saya amat berharap agar saya masih boleh berjumpa dengan cikgu meskipun cikgu mungkin tidak dapat mengajar saya pada semester depan. Semua ilmu dan tunjuk ajar yang cikgu berikan akan saya gunakan sehingga dan selepas spm.  Saya mendoakan agar cikgu sihat sentiasa dan terus cemerlang.
Terima kasih Cikgu Daniel.
Nur Ayu Anizah
Assalamualaikum Cikgu Daniel. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu kerana sudi mendidik saya dan rakan sekelas dengan sabar dan tabah. Seorang Cikgu Daniel mampu untuk menjadikan kelas ceria. Cikgu sentiasa sabar melayan karenah anak didiknya. Saya sangat gembira belajar bersama dengan cikgu. Cikgu sentiasa memberi dorongan buat kami untuk memperbaiki diri. Cikgu menegur kami dengan cara yang baik. Perwatakan cikgu sebagai seorang guru amat saya kagumi. Cikgu tidak pernah menunjukkan lelah selama mendidik kami dan sentiasa menjadikan suasana kelas ceria. Cikgu juga telah membuktikan kepada saya bahawa seorang guru bukan sahaja mendidik anak murid namun tugas lain seorang guru ialah memahami anak didiknya dan sentiasa menasihati untuk menjadi lebih baik dan matang. Perkara yang paling saya kagumi ialah cikgu sentiasa menginginkan sesuatu yang sempurna dan perkara tersebut telah melatih saya untuk menjadi berhati-hati dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Terima kasih untuk segalanya cikgu. Cikgu Daniel telah banyak memberikan inspirasi kepada saya. Cikgu telah membuktikan bahawa seorang guru mampu untuk memahami anak didiknya. Saya juga ingin meminta maaf kepada cikgu andai tingkah laku dan kata-kata saya menggores hati cikgu. Saya akan berikan yang terbaik sebagai seorang pelajar. Terima kasih cikgu. Maafkan saya cikgu. Doakan saya cikgu. Saya sayang cikgu.❤❤❤
RAIN ZUHAIRI 2C4
Assalamualaikum cikgu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu kerana telah mangajar saya subjek bahasa melayu sepanjang sesi 2022 ini. Pada pendapat saya, sesi pengajaran cikgu sangat menarik dan tidak pernah bosan. Cara cikgu mengajar pula sangat mudah difahami dan telah memberi peningkatan terhadap kemahiran saya di dalam subjek bahasa melayu ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada nota dan fail yang telah cikgu berikan kepada kami. Nota dan latihan yang cikgu berikan telah banyak membantu saya dalam menjawab ujian sebelum ini dan yang akan datang. Saya juga ingin meminta maaf kepada cikgu jika saya pernah membuat silap terhadap cikgu. Akhir sekali, saya harap cikgu dapat mengajar kami pada sesi yang akan datang dan seterusnya.
Ekal 2c1
ASLM CG DANIEL, SELOM MEK MADAH APA APA MEK MOK MADAH MAKSEH JADI GURU BM KAMIK SELAMA KAMIK TINGKATAN 2 TOK.JASA CG YANG SIK TERKIRA DAN AKAN SALU MEK KENANGKAN. CGLAH  MENJADI PELITA UNTUK KAMIK.
BAGI KAMIK CG ADALAH SEORANG YANG SANGAT MENGAMBIL PEDULI PASAL ORG LAIN. CONTOH TEK NAK, FAIEZ KELAIE NGAN KAMIK ALU MESTI CG JUMPA SORANG SORANG SUROH CERITA APA BERLAKU.WALAUPUN KAMIK SIK A LAM BM PELAJARAN CG MEMANG NGAMSOY LAH NGAN MEK PUN STYLE.PASYA.....NOTA YANG DIBERIK CG NANG MANTOP LAH. KADANG KADANG MACAM KAWAN MEK YA NYA JELES INDAH SIK DIAJAR OLEH CG. PI MENA LAH. SALUNYA NAK CG TOK MESTI MEK ANGGAP NYA SEPERTI MAK MUN SIK BAPAK TAPI CG LAIN KAMIK ANGGAP CG SEPERTI ABANG. CG TEGAS SAMBIL RILEK GIA LAH. DAN CG NANG AMBIK TAUK SAL KITAORANG GIA BEST BAH ADA CG KEDAK CG LAH. MESTI CG PADAH "APA DIMADAH NYATOK" KAMIK PUN PENING SENANYA. AKHER KATA DARI KAMIK CG NAK TERBOEK.
HARAP SELAMA KAMIK DIAM DISOLAH TOK KAMIK DIAJAR OLEH CG AMIN...... .DAH LAH CG KELAK ANGOL KITA BACA MEK PUN TOK JAK. BAGI KAMIK ILMU YANG DIBERIK OLEH CG IALAH ILMU YANG PALING BESORRRR SKALI.
YANG BEHORMAT DAN YANG BENOR
RAFAEL
HAFIZAH MAHIRAH 2 CURIE 1
Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada Cikgu Daniel.
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Cikgu, Saya berasa seronok dan bersemangat apabila tibanya subjek Bahasa Melayu kerana Cikgu. Dari segi cikgu mengajar saya dan rakan sekelas menghadirkan aura suasana yang positif. Cara cikgu mengajar tidak memberikan tekanan kepada kami bahkan memberikan semangat yang lebih kepada kami untuk belajar mendalami subjek Bahasa Melayu. Cikgu juga seorang guru yang gemar memberi nasihat yang bermakna, tidak kira dengan cara tersurat atau tersirat kerana saya tahu cikgu ingin kami berubah dan perbaiki kesalahan kami. Cikgu juga agak tegas ketika mengajar kami kerana cikgu ingin anak murid cikgu fokus semasa kelas berlangsung dan cikgu seorang guru yang memahami pelajar sebab itu suasana kelas menjadi ceria tatkala cikgu masuk. Cikgu tidak pernah pilih kasih ketika kelas bahkan cikgu sedaya upaya untuk menyelesaikan konflik di antara murid-murid cikgu iaitu kami sendiri. Cikgu juga sabar dan tabah ketika mengajar murid-murid di kelas. Saya suka cara cikgu mengajar kerana mudah difahami dan berkesan. Sebagai penghias bicara akhir, terdapat banyak ilmu saya dapat daripada cikgu. Saya semakin banyak mengetahui kosa kata, peribahasa dan tatabahasa Bahasa Melayu daripada cikgu. Jutaan terima kasih kepada cikgu kerana tidak putus asa dalam mendidik kami dalam subjek Bahasa Melayu bagi sesi 2022/2023. Terima kasih cikgu, jasa cikgu tak terkira dan akan saya kenang selamanya.
audlyana
Hi cikgu Daniel, saya nak ucapkan terima kasih kepada cikgu kerana telah membimbing saya dalam pelajaran. Saya juga nak minta maaf jika saya ada buat salah semasa kelas. Cikgu juga "sporting" dalam melakukan aktiviti. Saya paling suka aktiviti menyanyi HAHAHAHHAHA Terima kasih cikgu untuk segalanya. Saya berharap cikgu dapat mengajar saya pada masa akan datang🤍🤍
Phelps Clevert 2C4
Cikgu, terima kasih kerana telah mengajar kami untuk sesi 22/23. Cikgu telah berjaya membuatkan saya meminati subjek Bahasa Melayu dengan aktiviti yang Cikgu sediakan untuk kami. Saya juga bersyukur kerana kami berpeluang untuk diajar oleh Cikgu kerana pelbagai aktiviti Cikgu sediakan telah menaikkan semangat dalam memepelajari subjek Bahasa Melayu ini antara aktivitinya termaksuklah berbahas, membuat perenggan karangan secara berkumpulan dan bernyanyi. Sejujurnya saya amat berharap Cikgu yang akan mengajar kami lagi untuk sesi baru ini. Untuk mengakhiri kata saya hati ini, saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana berpeluang untuk diajar oleh Cikgu.
Ann Allyana Brily 2C4
Jason C4
Terima kasih Cikgu Daniel kerana sudah mengajar Bahasa Melayu sepanjang saya di Curie 4.. Saya juga hendak berterima kasih kerana walaupun cikgu mempunyai Hal yang menyebabkan cikgu tidak sempat masuk ke kelas.. cikgu Masih menyediakan latihan untuk memperkuatkan ilmu kami (walaupun markah saya di hujung tanduk) saya bersyukur kerana dapat guru yang rajin Dan berusaha mendidik walaupun diganggu urusan luar sekolah.. penat lelah cikgu telah menjadikan saya manusia yang lebih berilmu Dari diri saya pada masa lalu. Melihat Dari perspektif yang lain, saya ingin berterima kasih kerana cikgu juga seorang mentor dorm yang sangat bekerja keras Dan saya ingin meminta maaf atas semua kesalahan yang saya telah lakukan sepanjang bersama cikgu Dan juga apabila saya ada terkasar Bahasa saya hendak memohon maaf Dan harap cikgu dapat maafkan saya Dan mendoakan kejayaan saya pada masa hadapan.
Nur Qhaisara Nazwa 2C4
asslm cikgu daniel. terlebih dahulu, saya nak mengucapkan terimakasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh cikgu selama ini. saya sangat menghargai semua nota-nota yang telah cikgu beri dan inshaallah akan saya simpan sehingga habis sekolah ini. nota-nota itu amatlah berharga untuk diri saya yang tidak beberapa dalam tatabahasa mahupun membuat karangan. kalau cikgu ingin tahu, cikgu banyak memberi ilmu-ilmu baharu yang saya tidak ketahui selama ini. seperti contoh, cikgu telah pun mengenalkan saya dengan membuat karangan menggunakan ‘pintas’ ‘imbakup’ dan ‘tesehasim’. walaupun saya duduk di belakang sekali, saya dapat mendengar serta memahami apa yang ditutur oleh cikgu kerana cikgu mempunyai suara yang amat jelas. cikgu daniel juga merupakan seorang yang mengambil berat terhadap anak muridnya. cikgu daniel banyak membuat aktiviti yang menyeronokkan seperti berbahas,menyanyi,berlakon,berjual dan banyak lagi dalam kelas kerana memahami perasaan anak murid cikgu daniel yang bosan akan membuat karangan sahaja di dalam kelas. ini membuatkan semua orang suka akan kelas cikgu daniel. walau sedang mengajar, cikgu daniel juga selalu membuat anak muridnya gelak ketawa untuk menghilangkan rasa ngantuk anak muridnya dalam kelas. akhir kata, saya ingin memohon maaf ke atas cikgu daniel jika saya telahpun mengecewakan hati cikgu daniel dengan markah ujian saya yang tidak beberapa itu. saya juga ingin meminta maaf jika saya ada terbuat salah kepada cikgu daniel. saya akan memperbaiki sikap saya dan mulakan personaliti terbaharu pada tahun 2023 ini. berharap cikgu daniel kekal mengajar disini sehingga saya habis sekolah dan semoga kita bertemu lagi pada masa akan datang.
sekian terima kasih
-qhaisara
Qadeja Laila :D
Izinkan saya memulakan ucapan terima kasih saya ini dengan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Cikgu Daniel Eshsaq, guru Bahasa Melayu kelas kami pada semester 2022/2023 ini.
Pertama sekali, ingin saya meminta maaf, dari hujung rambut ke hujung kaki, atas segala kesalahan kecil mahupun besar yang telah saya lakukan sepanjang cikgu mengajar di dalam kelas, luar kelas ataupun telah mengecilkan hati cikgu dan terbuat cikgu terasa dengan kata-kata saya yang kadang-kadang tidak pasti apa yang dikatakan. Saya ingin meminta maaf sering terlelap di dalam kelas, sering menggunakan bahasa Inggeris di dalam kelas bahasa Melayu, tidak mempunyai tatabahasa Melayu yang luas dan tidak begitu mahir dalam menulis karangan dan penulisan yang cukup gramatis.
Walakin begitu, menjadi pelajar subjek bahasa Melayu cikgu selama ini, secara yakin saya ungkapkan, telah membentuk saya menjadi seorang insan yang mampu menulis dan bertutur bahasa ibunda, bahasa Melayu, tidak dikatakan cemerlang, tetapi dengan baik semua atas segala usaha yang cikgu telah korbankan untuk kami. Mencetak pelbagai nota yang amat berguna, memberi kami latihan yang merangsang minda dan sentiasa membantu kami memperbaiki setiap kesilapan.
Ingin juga saya berterima kasih atas memori terindah yang tercipta sepanjang hampir 365 hari cikgu mendidik kami. Memori berlakon, berbahas malah seketika cikgu mengajar dan membuat kami tak kering gusi, sentiasa terhibur.
Sudah di hujung semester ini, akan saya rindu suara cikgu, gelak dan tawa serta kehadiran cikgu di dalam kelas mengajar kami. Sejujurnya, saya amat bersyukur kerana cikgu Daniel bukan sahaja seorang guru bahasa Melayu, tetapi seorang guru bahasa Melayu yang bertanggungjawab, bersemangat dan prihatin menjalankan amanahnya sebagai seorang guru. Saya pasti rindu akan cara cikgu mengajar dan tidak pernah lupa memberikan kami latihan dan nota setiap waktu kelas. Saya amat bersyukur atas penambahbaikan bahasa Melayu saya sepanjang cikgu mengajar saya. Terima kasih cikgu Daniel. Saya akan rindu cikgu dan saya harap cikgu akan mengajar kami semester yang akan datang. Kalau tidak pun, berharap cikgu mengajar saya semasa menjejak Tingkatan 4 kelak.
Saya ada serangkap petikan bahasa Inggeris buat cikgu:
"A teacher takes a hand, opens a mind, and touches the heart"
"Seorang guru memimpin tangan, membuka minda, dan menyentuh hati"
Itulah cikgu Daniel Eshsaq yang saya sayangi dan hormati :)
Luqmanul 2C1
Bagi saya, cikgu merupakan seorang guru yang berdedikasi, sangat mengambil berat terharap muridnya. Cgu banyak berusaha menghasilkan nota dan rujukan yang berguna untuk kami menghasilkan karangan dan sebagainya. Nota yang telah dihasilkan banyak membantu kami terutamanya pada waktu peperiksaan. Cgu turut mengadakan perlbagai aktiviti yang menarik yang melibatkan penggunaan bahasa Melayu.
Dari segi sesi pembelajaran, cikgu membawa suasana positif ke dalam kelas. Banyak memberi nasihat dan kata2 semangat kepada pelajar.
Sejujurnya, kalau dibolehkan, saya ingin diajar oleh cgu sehingga tingktan 5. Terima kasih cikgu.
Danial Zaqwan (2C1)
Assalamualaikum cikgu Daniel,cikgu yang telah mengajar saya Bahasa Melayu sepanjang saya berada di tingkatan 2.
Saya berasa amat bersyukur mendapat guru yang sengat berdedikasi seperti cikgu Daniel kerana cikgu amat bersemangat ketika mengajar kami. Cikgu sentiasa ceria ketika memasuki kelas kami dan itu membuatkan saya bersemangat di dalam kelas.
Cara cikgu mengajar kami juga sangat efektif sehinggakan prestasi Bahasa Melayu saya meningkat daripada yang sebelum ini. Sebelum diajar oleh Cikgu Daniel saya amat lemah dalam membuat karangan dan selalu kekurangan idea tetapi setelah dibimbing oleh cikgu saya sudah sedikit mahir dalam membuat karangan.Cikgu juga selalu memberi nota yang sangat berguna untuk kami semua mempelajari Bahasa Melayu.
Dalam kesempatan ini juga, saya ingin meminta maaf kepada cikgu Daniel kerana telah membuat banyak kesilapan. Tamsilnya, tidak menyusun fail dengan bagus dan terlupa membawa tugasan yang perlu dihantar dengan cikgu. Saya juga ingin berterima kasih kerana cikgu telah mengajar saya sepanjang saya berada ditingkatan 2.Syukur kepada tuhan yang maha esa  kerana telah mengurniakan guru yang prihatin, bertanggungjawab dan berpengetahuan luas seperti cikgu Daniel kepada kami, Alhamdulillah.
Saya berharap cikgu Daniel diberi kesihatan yang baik dan hidupnya sentiasa diberkati Allah SWT serta dipermudahkan segala urusannya, aamiin.
Izzat Hadeef 2C1
Sebagai pemula kata, assalamualaikum cikgu, saya harap cikgu dalam keadaan yang sihat dan sejahtera. Saya ingin berterima kasih kepada cikgu kerana telah mengajar saya bahasa melayu sehingga saya mendapat gred A dalam ujian akhir sesi persekolah pada tahun ini, saya berharap cikgu dapat mengajar saya pada sesi persekolahan yang akan datang. Saya juga minta cikgu maafkan saya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki atas kesalah yang saya telah lakukan secara sengaja atau tidak.
Pada perspektif saya, cara cikgu mengajar memberi impak yang positif terhadap saya disamping tidak menggunakan cara yang boleh membuatkan saya rasa tertekan atau stres.
Tambahan pula, nota-nota yang diberikan serba sebanyak membantu saya meningkatkan kemahiran saya dalam subjek bahasa melayu.
Dari segi keperibadian cikgu didalam atau diluar kelas, cikgu seorang yang mesra dan menerima gurauan kecil yang dilakukan oleh anak-anak muridnya. Di dalam kelas khususnya, cikgu sedaya upaya membimbing anak muridnya mencari jalan penyelesaian dalam sesuatu masalah, lebih - lebih lagi disaat menjelangnya waktu peperiksaan.
Iman Lens Azraei 2C1
Aslm cikgu, sebelum saya memulakan ucapan saya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu kerana telah berusaha gigih mengajar saya sepanjang saya berada di tingkatan 2. Saya juga ingin meminta maaf andai saya tersilap kata dan menggores hati cikgu.
Bagi saya, cikgu merupakan seorang yang sangat berdedikasi kerana cikgu sentiasa menyediakan latihan dan nota-nota yang berguna sebagai rujukan kami untuk menjawab soalan.
Saya juga suka cara cikgu mengajar kami. Wajah cikgu yang sentiasa tersenyum telah membangkitkan suasana yang ceria semasa di dalam kelas.
Cikgu juga seorang yang prihatin terhadap anak muridnya. Cikgu sentiasa bersabar dengan karenah kami di dalam kelas dan cikgu juga akan cuba membantu kami sekiranya kami mempunyai masalah.
Tiada lagi kata yang mampu saya ucapkan untuk meluahkan rasa terima kasih saya kepada cikgu. Saya berharap agar cikgu diberikan kesempatan lagi untuk mengajar saya pada masa akan datang. Akhir kata, saya berdoa agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan cikgu, memberkati hidup cikgu dan memberikan cikgu kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan, aamiin.
FITRI NAZURAH 2 CURIE 1
Assalamualaikum cikgu daniel. Pertama sekali, saya mohon maaf jika saya pernah terkasar bahasa atau tergores hati cikgu.
Pada prespektif pertama saya tentang cikgu ialah cara cikgu mengajar. Cara cikgu mengajar adalah berbeza dengan cara cikgu lain mengajar. Seperti contoh, cikgu daniel sering memberi kami latihan yang memfokuskan kepada penulisan karangan iaitu salah satu kelemahan saya. Cikgu banyak membantu saya dalam meningkatkan tahap kemahiran saya dalam merangka karangan. Selain itu, cara cikgu mengajar kami amat berkesan bagi saya.
Dari sudut lain pula, personaliti cikgu yang cekap, teliti, tegas dan cepat mesra juga menyumbang kepada minat saya untuk mempelajari mata pelajaran yang cikgu ajar. Keperihatinan dan kesarabaran cikgu dalam mengajar kami amat saya hargai. Selain daripada itu, aktiviti yang cikgu adakan semasa kelas seperti lakonan amat membantu saya secara tidak langsung dalam meningkatkan keyakinan diri dan juga untuk memberi keseronokan dalam pembelajaran.
Akhir kata, terima kasih cikgu kerana mengorbankan masa dan tenaga cikgu untuk mengajar saya dan rakan-rakan dalam mata pelajaran bahasa melayu. Semoga cikgu mengajar di kelas saya semasa di tingkatan 3 kelak.
NUR ADRIANA BATRISYA BINTI MUHAMMAD FAIZ ZUHAIRI 2 CURIE 4
Assalamualaikum dan salam sejahtera cikgu daniel , sebelum saya memulakan refleksi saya tentang diri cikgu saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih atas berkat dan usaha cikgu yang tidak pernah jemu dan lelah mencurahkan ilmu kepada anak murid cikgu
Saya melihat cikgu sebagai seorang guru yang tidak akan membiarkan anak muridnya tertinggal di belakang, cikgu sentiasa menanyakan kepada anak murid nya "faham tak adriana? kalau tak faham jumpa cikgu di hadapan" saya merasakan perkara itu diperlukan ketika belajar agar pelajar tidak takut untuk menanyakan soalan . Selain itu cikgu sentiasa sediakan nota tambahan kepada kami yang semua kelas tidak ada nota tersebut walaupun cikgu tiada di sekolah latihan sentiasa menyusul untuk cikgu memestikan anak muridnya tidak lupa akan perkara yang telah di pelajari. Cikgu juga sentiasa membuat aktiviti luar yang berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai contoh , bahas ,mencipta lirik dan menyanyi dan banyak lagi untuk memastikan kami tidak jemu membuat karangan atau latihan sahaja.  Saya berharap cikgu tidak pernah jemu mengajar kami jika ada rezeki kita berjumpa lagi terima kasih cikgu
-adriana
Zuhairah
Assalamualaikum Cgu Denyel
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu kerana telah mendidik saya selama lebih kurang setahun. Saya sangat bersyukur kerana telah diajar okeh cikgu pada tahun 2022. Saya berharap selama saya berada di sekolah ini, saya akan diajar okeh cikgu. Walaupun saya tidak mendapat A dalam subjek BM tapi cikgu telah banyak mengajar saya cara membuat karangan dengan mudah menggunakan imbakup dan cara menjawab soalan pemahaman dengan betul. Saya mendoakan cikgu agar sentiasa cemerlang dalam mendidik anak bangsa dan tidak pernah jemu melayan karenah kami.
Akhir kata daripada saya,
1. Pergi ke zoo melihat kanggaru,
Kanggaru berasal dari Australia,
Terima kasih wahai guru,
Jasamu akan ku kenang dan ku cinta.
2. Membakar ikan diatas bara,
Bara wujud daripada api,
Terima kasih ku ucapkan,
Semoga kita berjumpa lagi.
Ahmad Faezuddin bin Mohd Zairee 2 Curie 1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Cikgu Danial. Terlebih dahulu sebelum membuka bicara saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah gigih dan berusaha untuk mengajar saya sepanjang saya berada di kelas 2 Curie 1 2022/2023 di SAKURA. Saya juga ingin meminta maaf kerana pernah terkasar bahasa dengan cikgu dan kerap tidak menyiapkan tugasan yang diberi oleh cikgu.
Pada pandangan saya, cikgu seorang yang cukup berdedikasi dalam mengajar kami subjek Bahasa Melayu. Cikgu juga seseorang yang memastikan semua yang dicurahkan kepada kami pelajar sama rata. Cikgu juga seseorang yang selalu buat kita bersedia untuk masa hadapan. Sebagai contoh, cikgu selalu beri nota tambahan ketika cikgu tidak ada di sekolah. Cikgu juga selalu membuat aktiviti di luar kelas untuk membuat sesi pembelajaran lebih menarik dan lebih mudah untuk dipelajari.
Saya tidak mampu lagi untuk berkata tentang bersyukurnya saya yang cikgu telah mengajar kami. Walaupun saya tidak mampu berjumpa cikgu lagi kerana saya berpindah sekolah, saya berharap cikgu akan dipermurahkan rezeki dan dipanjangkan umur supaya kita dapat berjumpa lagi
DAYANG NURFAIZAH | 2 CURIE 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera Cikgu Daniel, sebelum saya membukakan perspektif yg pertama, saya ingin meminta maaf kepada cikgu jika ada sebarang ucapan dan tingkah laku saya yang menyakitkan hati cikgu selama pdpc sebelum ini. Saya harap cikgu faham dengan refleksi yang telah saya buat untuk cikgu ini.
Bagi saya, Cikgu Daniel merupakan seorang guru yang sabar, baik, rajin, tegas dan comel. Contoh cikgu seorang yang sabar, apabila sesetengah daripada kami yang tertinggal kerja atau tugasan yang cikgu agihkan dan perlu dihantar pada waktu yang tertentu dalam tempoh hari.
Contoh cikgu seorang yang baik, cikgu suka membantu murid yang lemah dan selalu memperingati kami apabila kami melakukan kesalahan. Selain itu, cikgu suka melakukan aktiviti yang menarik seperti berjual beli, berbahas, berlakon dan sebagainya untuk meningkatkan daya pertuturan kami dalam Bahasa Melayu.
Contoh cikgu seorang yang rajin, cikgu rajin membuat tugasan-tugasan untuk kami setiap masa pelajaran Bahasa Melayu sama ada cikgu ada ataupun tidak ada semasa waktu pdpc. Cikgu juga rajin membuat nota yang padat dan mempunyai tulisan yang kemas sehingga faham kami dibuatnya.
Akhir sekali, cikgu seorang yang tegas tapi mesra dengan cara cikgu mengajar kami. Cikgu juga mempunyai suara yang lantang dan sangat jelas didengari satu kelas mahupun diluar kelas. Cikgu sesuai jadi pengacara majlis... Cikgu juga mengambil berat terhadap murid seperti bertanya ttg masalah murid di dalam kelas. Cikgu akan ceritakan pengalaman cikgu jika ada masa terluang.
Saya rasa itu sahaja yang ingin saya refleksikan ttg cikgu. Terima kasih Cikgu Daniel kerana tabah semasa waktu pdpc Bahasa Melayu utk mengajar dan mendidik kami sehingga kini! Sekali lagi, maafkan saya jika ada tersalah kata sepanjang cikgu membaca refleksi ni... Seulas Senyum Guru, Sejuta Kebahagian Sang Murid. Sekian.
"自分らしく！"
Arina Zahidah 2C1
Assalammualaikum dan salam sejahtera cikgu. Terima kasih sangat sangat kerana telah mendidik saya walaupun saya kadang-kadang tertidur dalam kelas. Walaupun saya berkelakuan tidak baik di kelas, terima kasih kerana melayan karenah saya. Saya juga amat berterima kasih atas nota-nota yang telah diberikan oleh cikgu kerana nota-nota tersebut banyak memberi manfaat ketika waktu peperiksaan.
Cikgu sentiasa melayan kami seperti darah daging cikgu sendiri seperti berjenaka dengan kami. Apabila cikgu pertama hadir di kelas kami, saya amat bersyukur kerana kehadiran cikgu yang sangat mengambil berat dan sentiasa mendampingi pelajar yang tidak mampu belajar dengan pantas sewaktu PDPC.
Latihan-latihan yang diberikan bukanlah sekadar latihan kosong namun menolong kami ketika waktu peperiksaan.
Saya, Arina, amat berterima kasih kepada cikgu kerana sentiasa tidak lupa akan kami ketika ketidakberadaan cikgu dan sentiasa menceriakan kami pada setiap waktu.
Semoga cikgu berjaya di duniawi dan di ukhrawi. amiin.
Terima kasih atas jasa cikgu.
Awang Khalishul - 2 Curie 1
بسم لله الرحمن الرحيم ،السلامعليكم ورهمة الله وبركاته.
Cikgu Daniel yang diri saya hormati,
Cikgu telah banyak membantu saya dalam memperbaiki diri saya dalam mempelajari Bahasa Malaysia. Dengan menggunakan bahan yang telah cikgu berikan kepada saya, dengan izin Yang Maha Esa, saya dapat lebih memahami teknik-teknik penulisan yang perlu untuk menghasilkan karangan yang gramatis serta tepat dari segi penggunaan kosa kata. Diri saya ini hanya dapat mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu atas pengajaran cikgu dan juga sabarnya cikgu dalam menghadapi diri saya ini, persis pepatah Melayu, “orang berbudi, kita berbahasa.” Saya mengaku yang saya tidak sempurna dalam mengikuti segala ajaran cikgu- latihan yang tertunggak, bahan yang tercicir, fail yang tidak begitu lengkap, dan sebagainya. Namun begitu, cikgu tidak pernah lelah mahupun patah semangat dalam memberikan tunjuk ajar kepada saya dan juga rakan sekelas saya. Seandainya saya pernah tersilap kata atau tergores hati cikgu dari segi kelakuan saya, saya memohon maaf  atas segala kesilapan saya terhadap cikgu sama ada zahir mahupun batin, kerana yang baik datang daripada yang Ilahi, dan yang buruk datang daripada diri saya. Saya mendoakan agar kehidupan cikgu diberkati oleh Allah SWT serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, Insya-Allah.
Terima Kasih, Cikgu Daniel.
-Awang Khalishul Amal bin Awang Irwan, 2 Curie 1