TITAS by Nurrul Wahidah

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam.
Batu Bersurat di Terengganu (BBT) merupakan suatu artifak tertua di Malaysia. Dapat dikatakan bahawa pencatat BBT ini terdiri daripada seorang yang berpengetahuan dalam bidang perundangan Islam. BBT ini telah digubal berasaskan dua perkara utama iaitu wujudnya sebuah kerajaan Melayu-Islam di Terengganu dan yang kedua ialah timbulnya latar belakang intelektual Islam dan sistem tulisan jawi yang mungkin BBT dicatatkan. Dalam BBT tercatat beberapa keterangan yang utama, merangkumi pengisytiharan Islam sebagai agama rasmi yang disertakan dengan pelaksanaan undang-undang Islam oleh Mandulika bertarikh 22 Februari 1303M. BBT menerangkan tentang hukum jenayah Islam bukan setakat menjadi bukti bahawa pelaksanaan hukum Islam memang telah dijalankan di Terengganu, bahkan lebih penting lagi ia membuktikan wujudnya pemahaman syariah yang bersifat holistic di dalam masyarakat. Hukum Islam biasanya pemahaman tentang hukum bermula dengan fiqh ibadat, fiqh munakahat, muamalah dan jenayah. Pengamalan fiqh jenayah menjadi kemuncak pengamalan syariah bagi menguatkuasakan elemen pencegahan agar kedamaian akan tercapai dan kerosakan dapat dielakkan. Konsep Malahah dan Siyasah Syariah dapat diselami dalam BBT secara langsung dengan keterangan tentang hukuman yang bakal dikenakan kepada setiap kesalahan yang dilakukan. Terdapat beberapa implikasi BBT khususnya bagi perkembangan syariah Islam di Malaysia. Momentum pelaksanaan syariah di Terengganu kemudiannya telah menjana perkembangan syariah yang agak dinamik. Antara bukti bagi memperkukuhkan dakwaan ini ialah mercu tanda terbaik bahawa syariah Islam memang pernah menjadi law of the land di dalam masyarakat Melayu. Gerakan kesedaran Islam telah menyebabkan lahirnya usaha reformasi elemen substance dan organisasi penguatkuasaan perundangan Islam. Fakta sejarah menunjukkan wujudnya institusi mahkamah yang membicarakan kes yang dihakimi oleh sultan di Negeri Terengganu. Negeri Terengganu masih menjalankan institusi penguatkuasaan syariah Islam walaupun selepas era BBT.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantarara
Bukti awal kedatangan dan penyebaran Islam di Nusantara bergantung kepada batu nisan dan bukti-bukti lain yang bertaburan di rantau ini. Antara contohnya, penemuan batu nisan di Champa sekitar awal abad ke 11M, batu nisan di Gresik, Jawa pada abad ke 11M dan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303. Pada akhir abad ke-15, Islam sudah mengukuhkan kedudukan di Tanah Melayu, Sumatera, bahagian utara Pulau Jawa, Brunei dan Utara Borneo. Islam juga menembusi Maluku dan Sulu. Kedatangan Islam di Nusantara melalui pendakwah yang datangnya daripada negara Tanah Arab, Cina dan India. Oleh itu, agama Islam tersebar luas di seluruh pelosok Nusantara. Melalui Tanah Arab, pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid, seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan seorang dari kalangan mereka berketurunan Quraish belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam. Mereka telah berjaya mengislamkan Raja Perlak, Acheh dan baginda telah mengahwinkan puterinya dengan mubaligh Quraish sementara mubaligh yang lain berkahwin dengan wanita biasa. Manakala melalui India, saudagar-saudagar Muslim dari Gujerat dikatakan sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan. Terdapat juga beberapa faktor yang membawa kepada perkembangan Islam di Nusantara. Antaranya agama Islam, perkahwinan, perdagangan, penaklukan dan politik dan peranan Ulama’ dan Ahli Sufi.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Hubungan dua hala antara kerajaan Malaysia dan China bukan sekadar hubungan politik dan diplomatik, tetapi boleh diibaratkan sebagai sebuah persaudaraan yang sudahpun mencecah usia lebih dari 700 tahun. Hubungan dua hala antara Malaysia dan China telah bermula sejak abad pertama wujudnya laluan laut antara China dengan India. Semenanjung Tanah Melayu dan Selat Melaka menjadi laluan dan tempat persinggahan. Nama 'Duyuan' sebenarnya ialah Duyung di Terengganu. Banyak seramik dinasti Qin (221 sebelum Masehi (SM) _ 206 SM) dan Dinasti Han (206 SM-220 M) China di temui di Lembah Sungai Johor adalah bukti jelas hubungan Chinadengan Malaysia sekitar abad pertama. Buku Sejarah Melayu tulisan Tun Seri Lanang ada mencatatkan perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Melaka. Raja China meminta utusan Melaka, Tun Perpatih Putih menjemput Sultan Mansur Shah (1456-1477) ke China untuk dikahwinkan. Puteri Hang Li Po diislamkan. Di Melaka terdapat sebuah Bukit Cina / Bukit Sam Po dan Perigi Hang Li Po.Bukit Sam Po dihadiahkan Sultan kepadanya sebagai mas kahwin dan tempat tinggal 500 dayangnya . Menteri China yang menghantar Puteri Hang Li Po ialah Dipo, bukan Laksamana Zheng He. Dalam Sejarah Melayu, Sultan Melaka pernah menghantar surat kepada Kerajaan Ming untuk melaporkan kematian Puteri Hang Li Po. Diceritakan juga seorang anak Puteri Hang Li Po telah dilantik menjadi Penghulu di Jeramdi sempadan negeri Selangor. Peristiwa pernikahan Sultan Mansor Shah , Sultan Melaka pada tahun 1459-1477M  telah membuka lembaran baru dalam sejarah perhubungan dua hala antara Melaka dan China. Kini, hubungan antara Melaka dan China bukan lagi bersandarkan kepada hubungan diplomatik semata-mata, tetapi hubungan dua hala ini telah bertukar menjadi hubungan kekeluargaan yang menambah eratkan lagi  kedua-dua buah empayar besar itu.

http://repository.um.edu.my/635/1/06%20Batu%20Bersurat%20Terengganu.pdf