My dazzling wall by amar 5saga

MUHAMMAD AMMAR HAZIQ BIN ZAKARIA AF180077
NAMA PENSYARAH:SITI NABILAH BINTI CHE SOH
SEKSYEN 4
UTHM

HUBUNGKAIT DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM
Tarikh 4 Rejab 1439 Hijrah bersamaan 22 Mac lalu, ialah tarikh ulang tahun bersejarah terpahatnya prasasti Batu Bersurat Terengganu yang signifikan dengan bukti penyebaran Islam di kepulauan Melayu, khususnya Terengganu.

Catatan China pada 1226 dikemukakan Chau Ju Kua menyebut ada kerajaan Melayu Fo-lo-an dan sejarawan seperti Gerini serta Paul Wheatley berpendapat toponim Fo-lo-an adalah merujuk kepada Kuala Berang yang menjadi pusat pertemuan dan penukaran hasil dagangan pedagang pada masa itu.

Penemuan bersejarah sumber primer itu memerlukan penelitian dari setiap sudut sama ada kritikan luaran dan dalaman. Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam Historical Fact and Fiction menekankan perlunya kaedah atributasi untuk mengesahkan asal-usul sesuatu peristiwa sejarah berasaskan persoalan bila, mengapa dan bagaimana.

Bagi merungkai peristiwa sejarah yang bersifat dalaman, persoalan mengapa dan bagaimana mestilah dititikberatkan oleh seseorang sejarawan berbanding persoalan bila yang lebih tertumpu aspek luaran sahaja.

Prasasti Batu Bersurat Terengganu ialah piagam undang-undang bertulis yang menjadi bukti pengamalan sistem perundangan Islam dan sebagai sumber sejarah Islam dalam pensejarahan Melayu.

Empat ciri penting membuktikan batu bersurat menerima pengaruh Islam ialah tulisan jawi, bahasa, ilmu falak (astronomi) dan isi kandungan yang begitu istimewa bagi penelitian sumber sejarah, terutama dalam kajian epigrafi.

Perkembangan tulisan Jawi

Jika diteliti dari aspek sistem tulisan Jawi dipahat pada permukaan batu itu secara umumnya, ialah tradisi Melayu berikutan sudah berlaku penghilangan baris, wujudnya huruf untuk disesuaikan dengan lidah Melayu dan beberapa penggunaan huruf vokal yang mencirikan unsur Melayu sejati walaupun kadang kala tidak konsisten disebabkan ada sistem campuran Arab.

Perkembangan tulisan Jawi itu membuktikan masyarakat Terengganu pada masa itu sudah menguasai sistem tulisan berasaskan huruf Arab seperti dalam al-Quran dan dibuat penyesuaian sebagai medium perantaraan untuk menyampaikan ajaran Islam ketika itu.

Dari sudut bahasa, istilah dalam Batu Bersurat Terengganu meliputi tiga istilah, iaitu Melayu, Arab dan Sanskrit. Walaupun jumlah istilah Sanskrit lebih banyak berbanding ungkapan Melayu dan Arab, perlu ditekankan kewujudan istilah Sanskrit ini tidak mencerminkan pandangan alam atau konsep pemikiran masyarakat Melayu Terengganu kerana sudah berlaku proses Islamisasi terhadap istilah berkenaan.

Sebagai contoh, Prof al-Attas menegaskan istilah 'Dewata Mulia Raya' merujuk kepada Rabb al-'Alamin yang bermaksud 'Tuhan Sekalian Alam' seperti yang ada pada Batu Bersurat Terengganu. Begitu juga istilah Sanskrit yang kekal kita gunakan hingga kini seperti sembahyang, syurga dan neraka adalah bertepatan dengan konsep penyesuaian makna sesuatu istilah dengan agama yang baru dianuti, iaitu Islam.

Seterusnya, penetapan tarikh dalam setiap sumber sejarah menjadi elemen penting, sama ada sumber sejarah berbentuk naskhah seperti manuskrip yang ditulis pada bahagian kolofon atau sumber berbentuk batu yang lazimnya menggunakan pengiraan bulan dan tahun mengikut kalendar Islam.

Merujuk kepada Batu Bersurat Terengganu, tarikh yang tepat ialah pada hari Jumaat 4 Rejab 702H/1303M yang dihitung Prof al-Attas berasaskan rujukan kepada kalendar Islam dengan hujah rasional dan logik serta dibuktikan secara saintifik menggunakan perisian astronomi moden.

Istilah Arab

Menariknya, Batu Bersurat Terengganu mempunyai istilah Arab, iaitu 'sharatan' yang merujuk kepada dua bintang dalam buruj Aries atau Ram yang membuktikan masyarakat pada masa itu sudah mempunyai pengetahuan dan menguasai ilmu falak seperti pencapaian awal dalam sejarah dan tamadun Islam terdahulu.

Namun, sekiranya ada sarjana tertentu yang mengemukakan tarikh baharu berdasarkan pengiraan selain kalendar Islam, maka ia perlu mendatangkan sumber sezaman yang berupa inskripsi lain bagi melakukan analisis perbandingan, menyokong dan membuktikannya agar sesuatu fakta itu konkrit akan kewujudan penggunaan kalendar berkenaan secara meluas.

Ciri terakhir penting untuk mengesahkan pengaruh terbesar Islam ialah isi kandungan yang mengandungi bukti peneguhan dan pelaksanaan syariat Islam. Isi kandungannya menerangkan hukum fiqh seperti jenayah, muamalah dan munakahat (perkahwinan) yang bukannya perkara asas rukun dalam Islam.

Hukum itu jelas menunjukkan masyarakat Terengganu pada masa itu sudah lama beragama Islam dan menguasai keilmuan Islam pada tahap tinggi.

Kesimpulan, prasasti Batu Bersurat Terengganu ialah sumber sejarah Islam terawal membuktikan daerah Kuala Berang menerima Islam sebagai agama rasmi. Kepentingan Batu Bersurat Terengganu sebagai sumber sejarah secara umumnya dapat membina semula sejarah peradaban Melayu dan memberi kefahaman jitu terhadap pemikiran sejarah masyarakat Melayu berasaskan konsep peradaban Melayu adalah peradaban Islam.

Ada sesetengah sejarawan masih terperangkap dan sering mengangkat peradaban Melayu dari kaca mata zaman klasik seolah-olah masih terpesona dengan konsep 'greater India' yang dipelopori orientalis Barat terdahulu walaupun tidak dinafikan sumbangan mereka membuka laluan pengkajian sejarah di negara ini.

Oleh itu, sejarawan terlatih beragama Islam perlu meneliti kembali sumber, mempersoal setiap keraguan dan kesimpulan yang tidak tepat serta berusaha membina pandangan alam yang lebih memberi makna terhadap peradaban Melayu Islam, di samping mendidik masyarakat mengenal jati diri Melayu Islam sebenar.

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Bukti awal kedatangan dan penyebaran Islam di Nusantara bergantung kepada batu nisan dan bukti-bukti lain yang bertaburan di rantau ini.

Contoh penting termasuk batu nisan yang ditemui di Champa sekitar awal abad ke 11M, batu nisan di Gresik, Jawa bertarikh akhir abad ke-11M dan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303, rekod penempatan orang Islam di Majapahit dan kumpulan pedagang Islam di utara Tanah Melayu, serta pengislaman raja Pasai pada tahun 1282.

Pada akhir abad ke-15, Islam sudah mengukuhkan kedudukan di Tanah Melayu, Sumatera, bahagian utara Pulau Jawa, Brunei dan Utara Borneo. Islam juga menembusi Maluku dan Sulu.

HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR
Hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu.

Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab memeteraikan persetujuan dagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan neger-negeri yang berhampiran.

Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan titik mula perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam.