BATU BERSURAT TERENGGANU by MUHAMMAD AIMAN SYAHMI BIN AZANI

Batu Bersurat Terengganu

Pengenalan
Pada tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai Tara, di Kampong Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kemudian pada tahun 1902, Batu ini dijumpai pula oleh Saiyed Husin Bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan, di bahagian tangga surau Kampung Buloh yang di jadikan alas membasuh kaki untuk naik ketangga surau tersebut. Batu itu telah patah sebahagian di sebelah atasnya.

Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, Batu ini dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian Batu itu diletakkan atas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris Di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang Jurufoto berbangsa Jepun N. Suzuki mengambil gambar dan dihantarkan kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan.

Batu ini bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah. Tulisan pada Batu ini menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang.

Pada tahun 1923, Batu ini telah dihantar ke Muzium Singapura dengan jalan pinjaman. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu tersebut telah dibawa ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura.

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi suatu upacara penyerahan kembali Batu Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman di antara Kerajaan Persekutuan yang di wakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementrian Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan Encil Ismail bin Adam dengan Kerajaan Negeri Terengganu kepada Y.A.B. Dato’ Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu.

Batu ini merupakan sebuah Peringatan berbahasa Melayu yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengisytiharaan agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-Undang Islam.

Hubung kait dengan Undang - Undang Syariah Islam
Pada zaman kesultanan Melayu, undang-undang yang dilaksanakan oleh institusi keadilan ialah undang-undang Islam dalam segala aspek walaupun institusi keadilan tidak dinamakan sebagai mahkamah Syariah. Pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariah di negara ini telah dimulakan pada abad ke-14. Teori ini adalah berasaskan kepada penemuan Batu Bersurat Terengganu yang merupakan teks perundangan Islam pertama yang ditulis di negara ini pada tahun 1898. Penemuan Batu Bersurat itu adalah penting kepada sejarah perkembangan perundangan Syariah di negara ini kerana ia mengandungi catatan mengenai undang-undang Islam yang dilaksanakan di Terengganu ketika itu.

Sejarah perkembangan Islam di nusantara
Nusantara merupakan satu perkataan yang di gunakan sebagai lambang atau simbol kepada gugusan Bangsa Melayu meliputi kawasan kawasan seperti Indonesia, Malaysia, Thailand dan beberapa kawasan lagi.

Sejarah Perkambangan Islam di nusantara. telah bermula sejak ratusan tahun yang lampau dan telah jelas dalam kebanyakan rujukan-rujukan menyatakan untuk Malaysia (tanah Melayu) khususnya, kemasukan islam adalah bermula sejak dari zaman parameswara lagi. Seorang Sultan yang di percayai sebagai pengasas kerajaan Melayu dan juga kerajaan Islam di Melaka. Dalam proses Serakan Islam di nusantara, pelbagai corak dan cara telah di laksanakan oleh para pendakwah Islam yang kebanyakannya di dominasi dengan cara perdagangan. Agama Islam juga

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Masyarakat Melayu-Islam agak progresif di Terengganu suatu masa dahulu dan dikenali sebagai sebagai masyarakat maritime yang berdaya maju. Masyarakat Timur Laut ini bersifat kosmopolitan dari pelbagai rumpun teras Melayu. Proses migrasi kerap berlaku di antara masyarakat di kawasan Timur Laut ini membabitkan migrasi masyarakat di Terengganu dan Kelantan ke kawasan Thailand dan Kemboja. Hal ini telah memperkayakan lagi bentuk budaya dan bahasa kawasan terbabit. Hasil kajian terkini yang dilakukan oleh Yusuf Liu Baojun mendapati ramai masyarakat Islam di kawasan Yunan China dikesan berasal daripada Terengganu dan Kelantan.

Bagi kedudukan geografi dan aktiviti ekonomi, kawasan wilayah timur laut ini yang berada di kawasan Laut Cina Selatan menjadi jalan perdagangan terpenting yang menghubungkan dunia barat dan timur yang agak luas. Sebahagian besar tamadun kawasan ini mempunyai pelabuhan maritime yang menjadi pelabuhan core dan tempat persinggahan perdagangan antarabangsa. Masyarakat kawasan Timur Laut ini dikenali sebagai saudagar, pelaut dan pembuat kapal yang handal. Saki baki industri membuat kapal ini masih lagi kekal hingga sekarang di Terengganu dan selatan Thailand.

Pelabuhan Terengganu dikatakan bersifat kosmopolitan dengan pelbagai bangsa seperti China, Arab, Parsi dan sebagainya. Urus niaga berjalan dengan baik kerana pemerintahnya Sultan Mansur menyedari kepentingan menjalinkan hubungan dagang dengan kuasa besar (China, India dan Tanah Arab) pada masa itu. Hubungan diplomatik memang wujud antara kerajaan British di India dengan pedagang British yang menjadi orang tengahnya.

Berlaku pertukaran barangan dagang antara Terengganu dengan British. Ianya terdiri daripada emas, timah, lada hitam, beras, senjata api dan candu.