SGDT7073 INTEGRATING DIGITAL TECHNOLOGIES INTO THE CURRICULUM by --

Husna Yusuff
Husna Yusuff
English teacher - primary school.
16 years of teaching experince.
Originated from Penang, currently staying in Alor Setar.

Nama : Idza Zulzila Binti Idris
Asal : Perlis
Pekerjaan : JPN Perlis
Ijazah : Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian) - Fizik dan Matematik

Mohd Shahrizad Ghozali
Nama : Mohd Shahrizad Bin Ghozali
Asal : Alor Setar
Ijazah : Sarjana Muda Sains Matematik Kewangan

PENGENALAN DIRI_HAKIMI_906824

Teknologi digunakan untuk memproses, mengurus, memindah, menyimpan dan menyebar maklumat melalui media elektronik. Pada pandangan saya pengintegrasian teknologi dalam kurikulum bertujuan untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran guru dan pelajar sesuai dengan keperluan semasa. Penggunaan teknologi dalam kurikulum dapat memberi nilai tambah kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Perubahan kurikulum yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah bertujuan untuk meluaskan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan berhasrat memanfaatkan penggunaan teknologi untuk meningkatkan pembelajaran berkualiti di Malaysia. Justeru ia merupakan satu platform untuk menghasilkan guru dan pelajar yang celik teknologi, berfikir secara kreatif dan kritis, serta bersedia dalam pembelajaran abad ke-21. Guru dan pelajar perlu didedahkan kepada persekitaran teknologi supaya mereka mendapat pengalaman yang boleh mempengaruhi kecekapan dan kemahiran mereka. Secara tidak langsung mereka akan melibatkan diri secara aktif dalam persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan bersesuaian dengan persekitaran pembelajaran abad ke-21.

(Basyira)

MUHAMMAD HIBATUL HAKIMI YOSRI (906824)
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah menggariskan beberapa anjakan utama bagi diterapkan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Menerusi anjakan ke-7 iaitu "Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran" dilihat usaha yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan bagi memastikan pengintegrasian teknologi dalam pendidikan itu benar-benar berlaku secara optimum.

Teknologi menyediakan pendidik dan pelajar dengan maklumat yang mudah diakses, pembelajaran dipercepatkan dan peluang yang menyeronokkan untuk mempraktikkan perkara yang mereka pelajari. Ia membolehkan pelajar meneroka subjek baharu dan mendalami pemahaman mereka tentang konsep yang sukar, terutamanya dalam bidang STEM. Melalui pengintegrasian teknologi dalam pendidikan, pelajar mampu memperoleh kemahiran teknikal abad ke-21 yang diperlukan bagi meneroka sesuatu bidang maklumat.

Teknologi pendidikan dapat memupuk kerjasama (Collaboration) serta meningkatkan kemahiran komunikasi (Communication) pelajar. Guru bukan sahaja boleh berinteraksi dengan pelajar semasa sesi pembelajaran, malah pelajar juga boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Melalui pembelajaran dalam talian dan permainan pembelajaran, pelajar dapat bekerjasama untuk menyelesaikan masalah. Dalam aktiviti kolaboratif, pelajar boleh berkongsi pemikiran dan idea mereka dan menyokong satu sama lain. Pada masa yang sama, teknologi membolehkan interaksi satu sama satu dengan guru. Pelajar boleh bertanya soalan berkaitan bilik darjah dan mendapatkan bantuan tambahan tentang perkara yang sukar difahami. Di rumah, pelajar boleh memuat naik kerja rumah mereka dan guru boleh mengakses dan melihat tugasan yang telah disiapkan menggunakan komputer riba mereka.

Selain itu, menerusi pengintegrasian teknologi dalam pendidikan ia mampu menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik untuk pelajar. Pelajar masa kini bukan sahaja dikehendaki belajar tetapi mereka juga perlu berseronok semasa melakukannya. Teknologi pendidikan menawarkan pelajar peluang untuk berseronok sambil belajar, yang juga akan membantu mereka kekal bermotivasi dan teruja dengan pelajaran mereka.

Akhir sekali, pengintegrasian teknologi dalam kurikulum dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritikal (Critical thinking) serta kreatif (Creativity) dalam kalangan pelajar semasa mengikuti sesi pembelajaran. Aktiviti seperti pembelajaran berasaskan masalah (problem based learning) yang menerapkan elemen teknologi membolehkan pelajar berfikir dan mencuba untuk menyelesaikan tugasan tersebut dengan lebih terbuka serta menjadikan pembelajaran lebih menarik. Pelajar akan mencuba untuk mendapatkan pelbagai kaedah penyelesaian masalah melalui sumber rujukan digital bagi memastikan setiap tugasan dapat diselesaikan dengan kaedah yang terbaik.

Terima kasih.
(Hakimi)

MOHD SHAHRIZAD GHOZALI (906914)
Dalam era digital ketika ini, kita dikelilingi dan tenggelam dalam arus teknologi. Tambahan pula, kadar perubahan teknologi tidak menunjukkan tanda-tanda akan perlahan. Teknologi membawa kepada perubahan besar dalam ekonomi, cara kita berkomunikasi dan berhubung antara satu sama lain, dan tidak terkecuali dalam bidang pendidikan. Diakui perkembangan teknologi mengubah banyak perkara dalam kehidupan sama ada capaian kepada maklumat sehinggalah kaedah kanak-kanak bermain malah dalam konteks hari ini, belajar. Namun institusi pendidikan kita dibina sebahagian besarnya untuk zaman yang terdahulu, berasaskan sekitar era industri dan bukannya era digital.

Pandangan saya, bagi memastikan bahawa kita dapat melahir dan membangunkan pelajar yang sesuai untuk masa depan yang semakin tidak menentu dan kompleks ini, satu alternatif perlu diambil. Apa yang harus terus kita lindungi dalam kaedah dan arahan pengajaran kita, dan apa yang perlu diubah?

Teknologi telah merevolusikan cara kita berfikir, bekerja dan bermain. Dengan menyepadukan teknologi digital ke dalam kurikulum, ianya akan merevolusikan proses pembelajaran. Semakin banyak kajian menunjukkan bahawa integrasi teknologi dalam kurikulum meningkatkan proses dan hasil pembelajaran pelajar. Guru yang mengiktiraf teknologi digital sebagai alat penyelesaian masalah akan mengubah cara mereka mengajar. Mereka beralih daripada pendekatan tingkah laku kepada pendekatan yang lebih konstruktivis. Teknologi dan multimedia interaktif lebih kondusif kepada pembelajaran berasaskan projek. Pelajar yang terlibat dalam pembelajaran sebegini akan berpotensi untuk menjadi menjadi pencipta dan pengkritik, dan bukannya hanya pengguna.

Tambahan pula, pengintegrasian teknologi digital ini dapat memenuhi keperluan pelajar masa kini untuk memiliki kemahiran abad ke-21. Kemahiran ini termasuklah 1) tanggungjawab peribadi dan sosial, 2) perancangan, pemikiran kritis, penaakulan dan kreativiti, 3) kemahiran komunikasi yang kuat dan baik untuk keperluan interpersonal, 4) pemahaman silang budaya, serta 5) visualisasi dan membuat keputusan.

Selain itu, satu hal yang perlu diakui, sistem pendidikan hari ini seharusnya didigitalkan bukan sahaja disebabkan perkembangan dunia teknologi, tetapi juga sebagai satu usaha untuk mempersiapkan diri dengan sesuatu yang tidak dijangka contohnya seperti senario kehidupan semasa yang dihimpit penularan pandemik COVID-19.

IDZA ZULZILA BINTI IDRIS
Pada masa kini, sistem pendidikan di negara Malaysia telah mengalami perubahan pesat seiring dengn pembangunan teknologi pada abad ke-21. Pelbagai usaha dan inisiatif telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya para pendidik dapat melengkapkan diri dengan kemahiran Information and Communication Technology (ICT) dan seterusnya dapat mengintegrasikan kemahiran ICT semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

Pengintegrasian teknologi dalam kurikulum telah dapat dilihat melalui penerapan contoh aktiviti-aktiviti yang dicadangkan melalui Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Guru-guru dan murid-murid digalakkan untuk menggunakan teknologi dan mengakses video atau bahan pembelajaran untuk meningkatkan kefahaman tentang sesuatu topik.

Melalui teknologi, kemahiran pembelajaran abad ke-21 dapat diterapkan iaitu berfikiran kreatif dan kritis, meningkatkan kreativiti, berkolaboratif dan komunikasi. Teknologi memberi peluang kepada pendidik dan murid untuk berkolaboratif tanpa mengira tempat dan masa. Kesimpulannya Pengintegrasian teknologi akan mendorong murid-murid untuk bersedia menghadapi kajian peringkat antarabangsa yang memerlukan kemahiran penggunaan teknologi contohnya seperti Kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA).

HUSNA YUSUFF 905711
Simply put, technology integration in education refers to the application of technology to improve student learning. Different forms of technology, such as a virtual classroom, are used in the classroom to generate active learners who are interested in the learning objectives. integration means adding functionality to a bigger unit by forming, blending, or incorporating them together.

Any sort of learning that employs technology is considered digital learning. Some examples that are widely recognised include social media, online gaming, multimedia, and mobile phones. Technology offers educators the tools they need to create engaging learning environments and gives them access to vast materials that are available online. Technology gives educators the chance to differentiate their education, which helps them adapt the knowledge for the diverse learning styles and capacities of their pupils. Students who use technology may also be able to work at their own paces.

To encourage educators to integrate technology into teaching, I personally think that there should be some improvement in basic facilities in technology provided in school such as a good and stable connection, a very well maintenance hardware and free access to educational software worldwide which will assist the educators in using technology. There should also be a shift in education policy by changing the term; encouraging the use of technology to a more direct and clear term such as use technology at least one day during the school period. By doing so, in the near future we might have a proper, clearer and guided instruction on use of technology in the curriculum. We could have 4 days of physical classes and 1 day of online class where students can be in their own homes and have access to online learning. Therefore, a work/study to life balance can be achieve to both educators and students. Educators who are aware of the advantages of using technology in the classroom will continually developing fresh approaches to teaching with more time available to prepare the materials.

Husna Yusuff 905711
All this time, we are constantly reminded about digital learning but there are no signs that this learning will be fully implemented. The information conveyed has created an awareness that exists in the mindset but the question on when, where remain uncertain.

Covid19 has been a rapid shift / a kick off that start the digital learning. At first, personally I have to admit I didn't know what to do or where to start. Fortunately, during Covid19, we the teachers have a good support system where teachers around the world support and share ideas about how they go online. It was an interesting experience for me to try something new to my students and some parents were really supportive. I could feel the genuine love and care from them where parents - teachers share a strong bond.

In the first phase of the lesson, the response was good..then it turned into satisfactory and at one point the lesson session turned into my frustration as a teacher because only a few people showed up for the lesson. Then, I changed the way I deliver lessons due to request from parents, from the google classroom platform to sharing presentation applications (ppt/canva/padlet) in whatsapp and finally through Telegram Chat. The changes are due to requests from parents who are unable to access resources due to poor signal and hardware that cannot support the application. However, there were parents who are very skeptical about digital lessons. Some demanded written exercise (w/sheet) but at that time, photostat shop was also closed due to pandemic restriction order. So, I taught them on how to respond through Telegram using the features available.

From there, I slowly built their trust and slowly I could see a change in the number of students attending the lessons.

MUHAMMAD HIBATUL HAKIMI (906824)
Bermula Mac 2020 hingga kini, seluruh dunia terjejas oleh penyakit Coronavirus (COVID-19), yang menyebabkan gangguan besar dalam setiap sektor ekonomi serta sektor pendidikan. Kebanyakan sistem pendidikan di dunia beralih kepada kaedah pembelajaran dalam talian penuh. Oleh itu, menjadikan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional bukan lagi pilihan kaedah pembelajaran. Disebabkan penularan penyakit ini dan penutupan kelas fizikal, pembelajaran dalam talian melalui penggunaan beberapa peranti seperti komputer, komputer riba, tablet dan telefon bimbit dengan akses internet dalam persekitaran pembelajaran segerak (synchronous) dan tak segerak (asynchronous) menjadi kaedah pembelajaran alternatif. Melalui kaedah dan persekitaran pembelajaran ini, pelajar mempunyai kebebasan dalam pembelajaran dan berhubung dengan guru mereka di mana sahaja mereka mahu.

Pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara, sektor pendidikan merupakan salah satu perkara besar yang perlu diselesaikan dari segi pelaksanaanya. Ketika waktu tersebut tiada arahan yang seragam atau garis panduan yang jelas daripada pihak pentadbir sekolah hingga ke peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia bagi kaedah menjalankan sesi pengajaran & pembelajaran untuk pelajar yang berada di rumah masing-masing. Ini menimbulkan suasana agak panik dalam kalangan warga pendidik dan ibu bapa bagi memilih kaedah yang terbaik untuk menjalankan sesi pembelajaran. Maka timbul istilah 'PdPr' iaitu pengajaran dan pembelajaran di rumah yang memerlukan semua pelajar terlibat mengikuti sesi pembelajaran secara dalam talian atau secara menggunakan lembaran kerja yang telah disediakan oleh pihak guru.  Di setiap sekolah, pihak pentadbir akan meneliti keperluan dan kaedah yang sesuai kerana setiap lokaliti di kawasan terbabit yang mempunyai cabaran tersendiri. Bagi sekolah yang berada di kawasan bandar dan pekan kebanyakannya memilih untuk mengadakan PdPr secara dalam talian. Walau bagaimanapun, cabaran seterusnya adalah kebanyakkan guru dan pelajar tidak bersedia dari segi penggunaan peralatan (tools) dalam talian untuk digunakan semasa sesi PdPr. Maka pada masa tersebut, guru yang mempunyai kemahiran dari segi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi pakar rujuk dalam memberi bimbingan kepada guru-guru lain dalam penyediaan sesi pembelajaran bersama pelajar. Ini termasuklah bimbingan penggunaan peralatan / aplikasi bagi menjalankan sesi tele sidang (google meet, zoom, dll) bersama pelajar, penyediaan kelas menggunakan Google Classroom, kaedah penyediaan bahan pengajaran secara digital serta  penggunaan aplikasi (kahoot, quizziz, dll) bagi menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran. Pihak pentadbir sekolah mengadakan sesi latihan dalam perkhidmatan (in house training) secara dalam talian di mana guru-guru yang mempunyai kemahiran ICT ini akan membimbing secara formal rakan-rakan guru lain bagi memastikan sesi pembelajaran berjalan lancar walaupun guru dan pelajar berada di rumah masing-masing. Kita dapat lihat bahawa jika sesebuah sekolah itu mempunyai guru-guru yang kompeten dengan penggunaan alat teknologi, sesi pembelajaran di sekolah tersebut menjadi lebih aktif serta produktif berbanding sekolah yang kurang kemahiran penggunaan ICT.

Walau bagaimanapun, pembelajaran dalam talian boleh mencabar pelajar kurang upaya, kurang bernasib baik  (keluarga B40) dan terpinggir yang mempunyai sumber terhad dan kebolehcapaian kepada pembelajaran dalam talian. Ketidakupayaan untuk mengakses dan melibatkan diri dalam pembelajaran dalam talian menyebabkan perbezaan dan keciciran di kalangan mereka. Pembelajaran dalam talian juga memerlukan komitmen dan disiplin pelajar, terutamanya bagi pelajar yang terdedah yang memerlukan interaksi yang membolehkan mereka mengukuhkan kemahiran sosial mereka.

Dari sudut yang berlainan, pembelajaran dalam talian memberi kelebihan kepada pihak pelajar, guru dan sekolah. Di negara maju seperti Australia dan Korea, kebanyakan pelajar memilih untuk mempunyai masa yang fleksibel untuk pembelajaran, yang lebih mudah untuk mereka mengakses bahan pengajaran.

Walau bagaimanapun, pengajaran dalam talian mempunyai beberapa batasan kerana guru menghadapi kesukaran untuk menyediakan bahan untuk kaedah dalam talian, yang merupakan proses yang sangat memakan masa. Selain itu, pembelajaran dalam talian menjadi tugas yang mencabar dalam membantu pelajar meengakses bahan pembelajaran kerana memerlukan pengawasan daripada ibu bapa dan guru. Komitmen yang tinggi daripada setiap pihak diperlukan bagi memastikan sesi pembelajaran dalam talian ini berjaya.

Sekian, terima kasih
-Hakimi 14.1.22-

BASYIRA (904601)
Susulan daripada penularan Covid-19 kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan wabak Covid-19 daripada terus merebak. Sektor pendidikan juga turut menerima kesan daripada pelaksanaan PKP ini. Sektor pendidikan seperti sekolah dan Institut Pengajian Tinggi terpaksa ditutup ekoran daripada bilangan kes yang semakin meningkat pada ketika itu. Dalam era norma baharu, semua pihak perlu melaksanakan kerja-kerja seharian menerusi platform secara atas talian. Terdapat pelbagai jenis medium yang boleh digunakan oleh golongan pendidik untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Ia sebagai satu usaha untuk memastikan semua pelajar tidak ketinggalan di dalam aktiviti pembelajaran mereka. Platform digital seperti google classroom, google meet, zoom, schoology, webex dan lain-lain lagi antara yang digunakan oleh guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

PKP yang berpunca daripada pandemik COVID-19 merupakan antara gangguan pembelajaran yang berlaku di seluruh dunia. Apabila fenomena ini berlaku, proses pengajaran terjejas menyebabkan matlamat pembelajaran tidak tercapai seperti yang dihasratkan. Sepanjang tempoh berhadapan dengan pandemik covic 19, terdapat pelbagai isu yang yang timbul dalam bidang pendidikan antaranya home-based learning, pengajaran secara dalam talian, pengajaran luar talian, kesediaan guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di rumah dan sebagainya.

Penutupan institusi pendidikan bermula dari peringkat pra sek merupakan salah satu langkah kerajaan untuk mengekang penularan pandemic Covid-19. Pelajar di seluruh dunia telah diarahkan untuk terus berada di rumah. Pelajar perlu berada di rumah bagi  mengikuti pembelajaran dalam talian semasa penularan pandemik Covid-19 supaya tidak berlaku keciciran dalam pembelajaran. Pada ketika itu, banyak negara membangun di seluruh dunia berhadapan dengan pelbagai rintangan untuk meneruskan pembelajaran dalam talian. Dalam hal ini, guru, murid dan ibu bapa tidak bersedia untuk berhadapan dengan situasi pembelajaran dalam talian kerana kekurangan peralatan peranti, capaian internet yang lemah, kuota internet yang mahal dan ibu bapa yang kurang mahir dalam menggunakan aplikasi TMK. Selain itu, ibu bapa yang berpendapatan rendah tidak dapat menyediakan alat peranti pintar untuk kegunaan anak-anak mereka menjalani pembelajaran dalam talian. Pelajar, dalam golongan berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan pendalaman, tidak mampu memiliki alat peranti pintar serta akses internet yang baik. Mereka terpaksa berkongsi peralatan digital untuk pembelajaran dalam talian setiap hari.

Semasa pengendalian PdPR guru tidak bersedia untuk melaksanakan PdPR kerana kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan teknologi. Walaupun begitu, guru tetap berusaha untuk melaksanakan PdPR dan berusaha untuk mengatasi kekangan-kekangan semasa mengendalikan pengajaran dalam talian. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa, murid dan guru besar sangat penting dalam memastikan proses pembelajaran dalam talian berjalan dengan lancar dan berjaya.

IDZA ZULZILA BINTI IDRIS (904654)
Semasa pandemik Covid-19, saya masih merupakan seorang guru yang mengajar di SMK Dato' Sheikh Ahmad, Arau, Perlis. Pada waktu tersebut, kebimbangan yang paling besar adalah murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2020. Saya mula mendapatkan maklumat bagaimana untuk menggunakan Google Meet, Zoom melalui laman sesawang dan menonton video di YouTube untuk mempelajari kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Walaupun pendedahan telah diberikan kepada guru tentang penggunaan pelantar Google Classroom sekitar awal tahun 2020, namun saya masih tidak dapat menguasai cara-cara penggunaan pelantar tersebut.
Kelas-kelas saya diadakan secara dalam talian dan saya suka menggunakan aplikasi Zoom kerana pada pendapat saya adalah lebih mesra pengguna. Selain itu, saya juga telah mempelajari cara-cara menggunakan aplikasi gamifikasi untuk menarik minat murid belajar secara dalam talian. Antara cabaran yang dihadapi oleh saya pada waktu tersebut adalah murid-murid yang menghadapi masalah peranti, talian internet yang terhad dan ada segelintir murid yang tidak mahu memberikan komitmen dalam pembelajaran secara dalam talian.
Kesimpulannya, dengan berlakunya pandemik tersebut, ia telah mendorong saya untuk mencuba sesuatu yang baharu dan mempelbagaikan kaedah pengajaran saya.

Mohd Shahrizad Ghozali (906914)
Pada 16 Mac 2020 jam 9 malam, seluruh rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan ucapan rasmi secara langsung di televisyen oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin dimana dalam ucapan tersebut beliau secara rasmi telah mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan yang juga disebut sebagai PKP atau MCO (Movement Control Order), merujuk kepada tindakan pencegahan yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan Malaysia terhadap wabak koronavirus (COVID-19) mulai 18 Mac 2020.

Perintah ini merupakan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Ini termasuklah penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti. Ia juga melibatkan penutupan kesemua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

Larangan ini memberikan kesan yang sangat besar dalam dunia pendidikan. Ada yang gembira kerana tidak perlu hadir ke sekolah untuk belajar, dan ada juga yang tidak. Persoalan demi persoalan mula timbul dalam kalangan pendidik tentang bagaimana cara untuk memastikan proses pembelajaran pelajar tidak terputus. Oleh kerana perkara ini pertama kali berlaku di dunia dan Malaysia khususnya, masing-masing terpinga-pinga, tidak bersedia dan tidak mempunyai pengalaman berdepan dengan situasi sebegini, baik di peringkat bawahan (guru) mahupun peringkat atasan (Kementerian Pelajaran Malaysia). Pihak kementerian mahupun pentadbir sekolah tidak mengeluarkan sebarang arahan mahupun panduan yang seragam kepada guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam tempoh PKP ini. Maka bermulalah episod kaedah cuba jaya untuk mencari penyelesaian yang paling sesuai dan berkesan, yang mana matlamatnya cuma satu, untuk menyampaikan ilmu tanpa perlu bersemuka.

Sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan, saya sendiri mengalami tiga situasi yang berbeza sepanjang fasa PKP tersebut.  Pertamanya, pada fasa pertama PKP, tugas saya sebagai pegawai pengurusan di Unit Peperiksaan dan Penilaian, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman memerlukan saya mengurus dan mentadbir peperiksaan semester kesemua pelajar-pelajar di IPG tersebut. Peringkat awalnya, pelbagai cadangan telah dikemukakan tentang cara pelaksanaan penilaian semester pelajar di mana pada ketika itu semua pelajar berada di rumah dan tidak dibenarkan pulang ke kampus. Ada yang mencadangkan peperiksaan itu ditadbir oleh pensyarah mengikut kesesuaian masing-masing. Tetapi setelah penelitian dibuat, kesemua peperiksaan ditadbir oleh pengurus peperiksaan iaitu Unit Peperiksaan dan Penilaian IPG untuk menyeragamkan pelaksanaan dan perjalanan peperiksaan iaitu secara dalam talian. Platform Google Classroom telah dikenalpasti sebagai medium pelaksanaan peperiksaan dalam talian tersebut dan sudah tentu, saya yang pertama kali diperkenalkan dengan platform itu dikehendaki menguasai fitur-fitur yang ada di dalamnya dalam masa yang singkat. Perbincangan demi perbincangan telah dibuat bersama-sama pihak pentadbir dan beberapa uji cuba dilaksanakan bagi memastikan proses dan perjalanan peperiksaan secara dalam talian tersebut berjalan lancar dan menepati panduan peperiksaan seperti yang diamalkan secara bersemuka.

Pada awal tahun 2021 pula, saya telah ditempatkan di Unit Kokurikulum, IPG Kampus Darulaman sebagai pensyarah dan sudah tentu saya dikehendaki melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pada ketika itu, semua pensyarah di IPG telah pun menjalankan proses pengajaran secara dalam talian. Sekali lagi saya didedahkan dengan salah satu aplikasi teknologi yang baru dalam hidup saya iaitu Google Meet. Beberapa orang pensyarah kanan dari Jabatan Teknologi Pendididkan telah menjadi pakar rujuk saya dalam memahami dan menguasai aplikasi Google Meet tersebut. Apa yang menariknya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian ini berlangsung, perkara yang dahulunya kita rasakan mustahil, iaitu pembelajaran secara dalam talian dan pembelajaran jarak jauh, dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah. Kami pensyarah di IPG mungkin mempunyai pengalaman pengajaran yang berbeza berbanding dengan guru-guru di sekolah, kerana majoriti pelajar di IPG telah mempunyai peralatan dan keupayaan teknologi yang bersesuaian untuk kegunaan pengajaran secara dalam talian ini.

Situasi ketiga yang saya hadapi ketika pembelajaran dalam talian semasa Covid-19 ini ialah aktiviti perkhemahan yang sepatutnya dijalankan secara amali, juga terpaksa dilaksanakan secara dalam talian. Terdapat dua kursus amali yang melibatkan aktiviti perkhemahan pada waktu PKP tersebut iaitu kursus Unit Beruniform dan kursus Bina Insan Guru (BIG). Kedua-dua kursus ini telah beberapa kali ditangguhkan disebabkan oleh perintah PKP di mana ianya akan mempengaruhi dan menjejaskan syarat bergraduasi pelajar-pelajar IPG sekiranya mereka tidak dapat menyelesaikan kursus ini dalam masa yang ditetapkan. Bayangkan pada ketika itu tiada panduan khusus untuk melaksanakan kursus-kursus amali ini secara dalam talian. Hasil perbincangan pakar-pakar dari bidang kokurikulum, akhirnya kedua-dua kursus ini dapat juga diselesaikan dengan jayanya walaupun pada awalnya ada yang mengatakan pelaksanaan itu tidak masuk akal.

Berdasarkan pengalaman saya berhadapan dengan ketiga-tiga situasi tersebut, tidak ada perkara yang mustahil dalam kita menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya apabila berhadapan dengan krisis ataupun masalah diluar jangka seperti penularan wabak Covid-19 ini selagi mana matlamat pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Dalam era digital dan perkembangan teknologi yang semakin meluas ini, peranan teknologi pendidikan itu dapat dibuktikan melalui pelaksanaannya secara meluas dan diterima oleh golongan pendidik di seluruh negara. Apabila berhadapan dengan situasi pandemik Covid-19, pendidikan secara dalam talian merupakan satu alternatif yang tidak dapat disangkal lagi kepentingannya. Terdahulu dasar Kementerian Pendidikan telah menggariskan pengintegrasian teknologi pendidikan abad ke-21 dalam pengajaran di bilik darjah namun ianya masih tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Pengintegrasian teknologi dalam pendidikan mempunyai potensi yang besar yang dalam meningkatkan prestasi pembelajaran dan pengajaran di kalangan para pelajar dan golongan pendidik. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian yang teratur dan sistematik memberi faedah yang baik kepada pendidik dan pelajar khususnya. Kesimpulannya, walaupun negara bergelut menangani situasi kesihatan negara, golongan pendidik haruslah bijak memanfaatkan sumber dan kemudahan teknologi bagi memastikan keperluan pendidikan generasi kini tidak ketinggalan.

Husna Yusuff -905711
1. Create Learning Opportunity

Professional development opportunities inside the workplace offer opportunities for both individual and group learning. It entails teaching instructors how to create knowledge and skills in their own classrooms.

It's crucial for instructional coach to be kind, approachable, and enthusiastic about the tasks and concepts they bring to us. This frequently results in us performing the same chores repeatedly.

2. Model and Demonstrate Best Practise

A best practise is a standard or set of instructions for carrying out a task or configuring something that are known to achieve positive results when followed. The best practise standards may be established by a governing body (KPM, JPN, PPD) or internal to the organization (Administrator, Panitia). An instructional coach must identify and know the approaches done that produce good outcome if followed.

By incorporating technology into their classroom instruction, instructional coaches serve as role models to others, promote learning from experience, and function best in team approach.

3. Offer Feedback On Regular Basis

Good communication skills is crucial as an instructional coach. Communication through feedback should be clear, non jugdemental and postive.

A good performance requires effective and timely feedback. It is crucial that the process of giving feedback be a fruitful one for the others to learn from, or at the very least, neutral in order to progress towards goals and eventually helps in improving the performance.

4. All -rounder Supporter.

Instructional coaches provide an example by acting, speaking, and behaving in certain ways. They guide people through rigorous learning activities and enjoyable experiences.

In addition, they assume additional teacher leadership duties both inside and outside of the classroom to assist and inspire others to work harder.

M.HIBATUL HAKIMI (906824)
Jurulatih teknologi pengajaran (instructional technology coach) yang berkesan mempunyai beberapa ciri utama yang termasuk:

1.Pengetahuan kukuh tentang alatan dan arah aliran teknologi: Mereka harus mempunyai pemahaman yang mendalam tentang pelbagai alatan dan platform teknologi yang tersedia, serta arah aliran terkini dalam pengajaran yang dipertingkatkan teknologi.

2. Pengetahuan yang kukuh tentang pedagogi dan kurikulum: Mereka harus mempunyai pemahaman yang mendalam tentang cara mengintegrasikan teknologi ke dalam pengajaran dengan cara yang menyokong pembelajaran pelajar dan selaras dengan matlamat kurikulum.

3.Kemahiran komunikasi dan membina perhubungan yang sangat baik: Mereka seharusnya dapat membina kepercayaan dan hubungan positif dengan guru dan kakitangan lain, dan dapat berkomunikasi secara berkesan dengan mereka untuk mengenal pasti bidang keperluan dan merancang untuk penambahbaikan.

4. Kemahiran mentor dan pemudah cara yang kukuh: Mereka seharusnya dapat membimbing guru melalui proses penyepaduan teknologi ke dalam pengajaran mereka, dan dapat memberikan maklum balas dan sokongan yang berkesan.

5. Fikiran pembelajaran berterusan: Mereka harus komited terhadap pembelajaran dan pertumbuhan profesional mereka sendiri, dan terbuka kepada maklum balas dan idea baharu.

Untuk menerapkan ciri-ciri ke dalam ekosistem pendidikan, jurulatih teknologi pengajaran (instructional technology coach) boleh bekerjasama rapat dengan guru, pemimpin sekolah, dan Unit IT (JPN atau PPD) untuk mengenal pasti keperluan dan matlamat sekolah dan membangunkan rancangan untuk menyepadukan teknologi dengan cara yang menyokong pengajaran dan pembelajaran pelajar. Mereka juga boleh menyediakan peluang pembangunan profesional kepada guru untuk membantu mereka mempelajari cara menggunakan teknologi secara berkesan di dalam bilik darjah, dan bekerjasama dengan Unit IT (JPN & PPD) untuk memastikan bahawa infrastruktur teknologi tersedia untuk menyokong pengajaran. Mereka juga boleh bekerjasama dengan jurulatih pengajaran lain dan menyokong guru dalam usaha penyepaduan teknologi mereka.

Sekian.

-Hakimi (906824)-

IDZA ZULZILA IDRIS (904654)
Antara ciri-ciri bagi seorang Jurulatih Teknologi Pengajaran yang berkesan adalah :
1. Kepimpinan yang dipandu oleh data (Data Driven Leadership)
Sebagai seorang jurulatih teknologi, adalah penting kepada jurulatih tersebut untuk mengetahui tahap penggunaan teknologi guru atau peserta yang akan dilatih. Jurulatih tersebut boleh mendapatkan maklumat melalui soal selidik kepada bakal peserta ataupun melalui pentadbir di institusi pendidikan tersebut. Melalui data yang diperolehi, jurulatih boleh mengenal pasti trend, keperluan dan perkembangan peserta dalam penggunaan teknologi dan seterusnya merancang kaedah dan pendekatan terbaik yang bakal digunakan kelak semasa latihan. Selain itu skop atau modul latihan boleh ditentukan dengan menggunakan data yang sedia ada.

2. Perancang Kurikulum (Curriculum Planning)
Membimbing guru-guru dengan menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti dan tugasan yang seiring dengan piawaian. Adalah penting kepada seseorang jurulatih teknologi untuk memastikan kualiti pembelajaran adalah tinggi dan sentiasa mendapatkan maklum balas daripada peserta sama ada bahan pengajaran dan tugasan yang diberikan adalah bersesuaian atau pun tidak.

3. Pemerhatian / maklumbalas
Jurulatih Teknologi Pengajaran yang efektif akan sentiasa mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran untuk memastikan peserta dapat menguasai kemahiran contohnya dengan menggunakan kaedah pengajaran mikro supaya keberkesanan pengajaran dapat dinilai dengan segera.

4. Pembelajaran Profesional (Professional Learning)
Professional Learning Community (PLC)  seperti sharing session perlu digalakkan dan seterusnya mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan kaedah pengajaran yang digunakan. Jurulatih teknologi pengajaran seharusnya perlu berupaya untuk menjadi pemangkin kepada perubahan yang lebih positif kepada para peserta.

BASYIRA (904601)
Peranan utama jurulatih pengajaran adalah untuk membina kapasiti guru bagi melaksanakan amalan pengajaran yang berkesan untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi pelajar. Ciri-ciri jurulatih pengajaran yang berkesan ialah :

i)Pembekal Sumber
📌Menggunakan bahan, alatan, maklumat untuk menyokong pengajaran.

ii)Jurulatih Data
📌Menyusun dan menganalisis data sekolah.
📌Memudahkan pengumpulan data dalam sekolah.
📌Menggunakan data untuk menambah baik pengajaran.

iii)Pakar Kurikulum:
📌Menggunakan standard kurikulum kebangsaan, negeri
dan daerah untuk merancang pengajaran dan penilaian yang berkesan.
📌Menggunakan kurikulum untuk menganalisis kekuatan pelajar dan bidang yang disasar.

iv)Pakar Instruksional:
📌Mereka bentuk pengajaran untuk memenuhi keperluan  pelajar.
📌Berkongsi pelbagai proses/strategi pengajaran.
📌Menyelaras dengan pakar lain di sekolah.
📌Mengurus pengajaran dengan lebih berkesan.

MOHD SHAHRIZAD GHOZALI (906914)
CIRI-CIRI GURU SEBAGAI PEMIMPIN INSTRUKSIONAL YANG EFEKTIF

1.   Sentiasa Bersedia Celik ICT

Seseorang guru sebagai pemimpin instruksional perlulah celik dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Seorang guru yang memiliki ciri ini mampu menjalankan kerja mereka dengan lebih efisien kerana teknologi pada masa ini sememangnya membantu mempermudahkan kerja guru dalam mengumpul, menyusun dan menganalisis data.

2.   Bersifat terbuka

Guru sebagai pemimpin instruksional juga perlu bersifat terbuka dalam menjalankan tugas mereka. Pemimpin yang bersifat dan berfikiran terbuka sentiasa bersedia untuk mengajar dan diajar. Sifat terbuka ini membolehkan perkongsian ilmu antara guru dengan guru dan guru dengan pelajar berlaku dengan lancar.

3.     Peka

Guru sebagai pemimpin instruksional juga mestilah peka terhadap perkembangan dunia pendidikan. Ini kerana pemimpin yang peka akan sentiasa mencari dan mempraktikkan kaedah penyampaian ilmu yang pelbagai bagi memastikan kaedah mengajar mereka memenuhi keperluan setiap pelajar.

PERANAN GURU SEBAGAI PEMIMPIN INSTRUKSIONAL

1.     Membantu pelajar mencapai matlamat pencapaian akademik yang telah ditentukan

Guru sebagai pemimpin instruksional akan berusaha untuk membantu para pelajar mereka meningkatkan prestasi mereka dengan menggunakan kaedah pembelajaran yang sesuai ataupun menyediakan alat bantuan mengajar yang senang difahami dan digunakan untuk membantu mereka mencapai objektif. Melalui kepimpinan instruksional, guru perlulah mendidik para pelajar mereka untuk menyenaraikan matlamat mereka sendiri. Inisiatif ini juga menggalakkan pembelajaran akses kendiri yang memberi autonomi kepada pelajar untuk menentukan gaya pembelajaran yang sesuai untuk mereka selain daripada pembelajaran di bilik darjah.

2.     Memberi inspirasi, sokongan dan motivasi kepada guru dan pelajar

Sebagai ketua yang menerajui pentadbiran sekolah, guru besar bertanggungjawab sebagai pembimbing kepada para guru dengan memberikan inspirasi kepada mereka untuk melakukan tugas dengan baik melalui kepimpinan berasaskan teladan. Selain itu, sebagai pemimpin instruksional, guru besar dan juga guru biasa turut berperanan dalam mewujudkan motivasi intrinsik dan ekstrinsik dalam diri pelajar. Di samping itu, sokongan daripada para guru terhadap para pelajar turut penting.

3.     Menyelia hasil kerja dan pencapaian murid secara konsisten

Guru sebagai pemimpin instruksional berperanan untuk menyelia dan memantau pencapaian para pelajar dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, pentaksiran formatif dan sumatif. Melalui pentaksiran formatif, para guru boleh mengetahui tahap penguasaan para pelajar terhadap subtopik yang telah dipelajari melalui ujian topikal. Manakala, pentaksiran sumatif membolehkan para guru untuk memberikan gred keseluruhan kepada para pelajar sekali gus mengetahui pencapaian mereka untuk tahap persekolahan tertentu. Pentaksiran yang dilakukan bukan sahaja untuk kebaikan para pelajar tetapi, pentaksiran ini juga penting bagi mengetahui keberkesanan pengajaran yang dilakukan oleh para guru bagi memudahkan tindakan susulan yang sesuai.

4.     Mewujudkan budaya sekolah yang positif

Sekolah yang memiliki infrastruktur yang lengkap cenderung untuk melahirkan pelajar cemerlang kerana kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh para pelajar seperti makmal komputer, makmal sains dan bilik kuliah telah tersedia untuk memudahkan sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Guru sebagai pemimpin instruksional perlulah sentiasa memaparkan perilaku dan keterampilan yang positif bagi mempengaruhi para pelajar untuk bersama-sama berbuat demikian. Oleh hal yang demikian, sekolah yang mempunyai budaya yang positif akan lebih senang untuk meraih kepercayaan pelajar, ibu bapa dan masyarakat.

5.     Menjadi sumber rujukan utama murid

Kewujudan internet telah pun memudahkan pencarian maklumat sedunia. Walaupun perkembangan ini memiliki seribu satu manfaat, peranan guru sebagai sumber rujukan utama semakin diketepikan. Oleh itu, guru sebagai pemimpin instruksional perlulah memastikan mereka memiliki kompetensi yang tinggi bagi menjamin keyakinan para pelajar terhadap kredibiliti mereka sebagi seorang guru. Walaupun para pelajar digalakkan untuk berdikari dalam mencari sumber rujukan mereka, para guru tetaplah harus memerhatikan dan memastikan kesahihan bahan rujukan yang mereka gunakan.

M.HIBATUL HAKIMI_906824

BASYIRA (904601)
Banyak pengetahuan yang saya dapat selama empat minggu belajar dalam kursus SGDT7073. Prof. Madya Dr. Surendran Sankaran banyak membantu saya dalam kursus ini. Kursus ini sangat menarik kerana saya dapat mengukuhkan lagi kemahiran sebagai pemimpin teknologi yang berkesan di samping penggunaan tools menarik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Prof. Madya Dr. Surendran Sankaran banyak memberi idea, pandangan yang berguna sepanjang kuliah. Beliau seorang yang tegas, komited dan bijak mengurus masa pengajaran sewaktu kuliah dijalankan. Beliau menggunakan set induksi seperti gamification apabila ingin memperkenalkan sesuatu topik baru. Beliau sentiasa memberi motivasi, dorongan, bimbingan kepada saya setiap minggu untuk menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan. Sepanjang empat minggu kuliah bersama beliau saya tidak berasa tertekan kerana pengajaran beliau dalam keadaan santai tetapi input yang diberikan sangat bermanfaat. Beliau mempunyai sikap bertimbang rasa terhadap pelajar walaupun nampak tegas. Latihan-latihan yang diberikan kepada pelajar setiap minggu sangat berfaedah dan tidak membebankan kerana beliau sentiasa memahami pelajar-pelajarnya dan memberi masa yang cukup untuk menyiapkannya.

https://flip.com/s/z3LhuKPrcAXS

The goal of integrating digital technologies into the curriculum is to improve student engagement, learning outcomes, and the development of 21st-century skills by introducing various kinds of technology into teaching and learning activities in relevant and useful ways.

I know that I know nothing..

'The unknown will be known,
Let knowledge be your crown,
I know that I know nothing,
The journey will be exciting,
Enjoy the process and appreciate the time,
And any moment now you will shine'.
-HusnaYusuff-

MOHD SHAHRIZAD GHOZALI (906914)
Pengintegrasian teknologi digital ke dalam bilik darjah merupakan topik yang semakin mendapat perhatian sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebagai seorang pendidik, kelas SGDT7073 : Integrating Digital Technologies Into The Curriculum yang diajar oleh Profesor Madya Dr. Surendran Sankaran memberi peluang kepada saya untuk mendalami topik ini dan meneroka cara teknologi boleh digunakan dengan berkesan untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran masa kini.

Sebagai pembukaan kelas, kami telah disajikan dengan kepentingan dan keperluan untuk mengintegrasikan teknologi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bersesuaian dengan fungsi utama guru sebagai jurulatih pengajaran dimana salah satunya ialah keupayaan menggunakan teknologi untuk menyokong peranan bimbingan mereka, contohnya, dengan menggunakan platform dan alatan digital untuk menjejak kemajuan pelajar, memberikan maklum balas dan mencipta laluan pembelajaran yang lebih personal.

Kelas "Teacher as Coach, Digital Technologies as the Tools" merupakan pengalaman berharga yang memberikan pandangan tentang peranan guru sebagai jurulatih pengajaran dan penggunaan teknologi digital untuk menyokong pembelajaran pelajar. Ia menekankan kepentingan menyediakan strategi yang praktikal untuk mengintegrasikan teknologi ke dalam bilik darjah dengan cara yang bermakna dan berkesan. Dr. Surendran juga menekankan apa yang dimaksudkan dengan ciri-ciri jurulatih pengajaran yang efektif, apakah yang perlu mereka ketahui dan apa yang boleh mereka lakukan.

Dalam kelas kami mengenai digital coaching, kami membincangkan pelbagai teknologi digital yang ada ketika ini. Ini telah membuka minda kami mengenai pelbagai teknologi digital yang boleh digunakan oleh guru untuk menyokong peranan bimbingan pengajaran mereka, termasuk sistem pengurusan pembelajaran, alat penilaian formatif dan permainan pendidikan. Sebagai contoh, menggunakan alat penilaian formatif digital boleh membantu guru menilai pemahaman pelajar dengan cepat dan mudah. Dengan memanfaatkan teknologi ini, guru boleh memberikan maklum balas segera kepada pelajar, menjejak kemajuan pelajar dan menyesuaikan arahan mereka berdasarkan keperluan individu pelajar mereka.

Selain menjadikan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan, ia boleh menarik minat pelajar dan menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan dinamik. Dengan memanfaatkan teknologi, guru boleh mewujudkan persekitaran pembelajaran yang memupuk rasa ingin tahu dan motivasi pelajar. Contohnya dengan menggabungkan elemen gamifikasi seperti Gamilab seperti yang diamalkan oleh Dr. Surendran, boleh menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan menarik, di samping memberikan pelajar maklum balas segera dan peluang untuk memperbaiki prestasi mereka.

Perkongsian yang dibuat oleh rakan sekelas, saudari Husna mengenai  "Affordances of New Digital Technologies in Education", telah membawa kami meneroka pelbagai cara teknologi ini boleh meningkatkan pengalaman pembelajaran untuk pelajar. Peningkatan teknologi digital baharu telah membawa banyak peluang baharu untuk pendidikan. Selain itu, teknologi baharu ini menjadikan pembelajaran lebih menarik dan interaktif. Dengan menggabungkan elemen-elemen ini, pelajar dapat kekal fokus dan bermotivasi dalam proses pembelajaran.

Kesimpulannya, kelas "Integrating Digital Technologies Into The Curriculum" ini merupakan pengalaman perkongsian yang sangat bermakna, yang memberikan pandangan tentang faedah dan cabaran menggabungkan teknologi ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia menekankan kepentingan untuk mempertimbangkan matlamat dan objektif pedagogi apabila memilih dan menggunakan teknologi, dan menyediakan strategi yang praktikal. Secara keseluruhannya, kelas tersebut menyerlahkan potensi teknologi digital untuk meningkatkan pembelajaran dan penglibatan pelajar, dan menyediakan rangka kerja untuk menyepadukan teknologi ke dalam kurikulum dengan cara yang bermakna dan berkesan.

Dalam ketika kami terus berusaha meneroka peranan teknologi digital dalam pendidikan, saya mengharapkan Dr. Surendran dapat meneruskan pengajaran secara hands on seperti tutorial penggunaan aplikasi web 2.0 seperti yang dibuat pada minggu lepas (Gamilab). Ini dapat menambah dan mengukuhkan lagi cara kami boleh terus menyepadukan teknologi dalam cara yang menyokong pembelajaran dan kejayaan pelajar. Dengan berbuat demikian, paling tidak kami juga dapat membantu memastikan pelajar (dalam kontek ini pelajar saya merupakan guru pelatih di IPG) bersedia menghadapi dunia yang pesat berubah dan mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berkembang maju dalam era digital.

IDZA ZULZILA BINTI IDRIS
Refleksi bagi sepanjang empat minggu saya mengikuti kursus SGDT7073-Integrating Digital Technologies Into The Curriculum adalah kursus ini sangat menarik kerana banyak memberikan pendedahan kepada saya peranan sebagai seorang jurulatih pengajaran yang berkesan. Prof. Madya Dr. Surendran banyak membantu saya untuk memahami isu-isu berkaitan pengintegrasian teknologi dan kaedah-kaedah untuk menangani masalah tersebut. Rakan-rakan sepengajian juga turut banyak membantu memberikan idea dan penggunaan oleh pensyarah tentang Web 2.0 Tools adalah sangat menarik dan mendorong saya untuk turut menggunakan aplikasi yang sama untuk program-program di peringkat jabatan negeri. Secara keseluruhannya jurusan ini sangat menarik dan mendorong saya untuk berusaha lebih gigih bagi menyiapkan tugasan yang dibekalkan oleh pensyarah.

BASYIRA (904601)

HAKIMI YOSRI (906824)

IDZA ZULZILA BINTI IDRIS (904654)

Mohd Shahrizad Ghozali (906914)

Husna Yusuff - 905711

Husna Yusuff

LOOM PRACTICE_TUTORIAL DIGITAL TOOL_BUNCEE_HAKIMI_906824

BASYIRA (904601)

IDZA ZULZILA (904654)

Mohd Shahrizad Ghozali (906914)