Perkembangan Sosiobudaya di Sekolah by

FAKTOR PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH

Wujud Perbezaan Bahasa Antara Kaum
Perkembangan kepelbagaian sosiobudaya di sekolah terjadi disebabkan oleh beberapa faktor yang melibatkan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia terutamanya yang dapat disaksikan dalam pendidikan.

Menurut Aminudin Mansor (2022), antara punca yang menyumbang kepada perkembangan sosiobudaya ini ialah wujud perbezaan bahasa yang digunakan oleh setiap kaum dalam berkomunikasi dan berinteraksi.

Umum mengetahui bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia namun masih terdapat masyarakat berbilang kaum di Malaysia mengalami kesukaran untuk berbahasa dengan fasih dan lancar menggunakan bahasa Melayu yang betul dan tepat kerana lazimnya kaum Cina dan India lebih cenderung untuk menggunakan bahasa pengantar mereka di sekolah, iaitu bahasa Mandarin dan Tamil.

Hal ini menjadikan mereka lebih selesa untuk berbahasa dan bertutur menggunakan bahasa pengantar tersebut di sekolah dan lebih gemar bersosial bersama rakan-rakan yang sama kaum sahaja kerana beranggapan tiada keperluan untuk mereka berkomunikasi dengan rakan-rakan daripada kaum berlainan.

Namun begitu, secara tidak langsung perkara ini mendorong ke arah peningkatan jurang hubungan antara kaum yang akan membawa kepada kerenggangan sesama kaum sehingga suatu kesepaduan kaum yang ingin digapai sulit direalisasikan.

Kepelbagaian Agama dan Kepercayaan Setiap Kaum
Kepelbagaian agama dan kepercayaan, iaitu agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan sebagainya juga mendorong ke arah perkembangan sosiobudaya di sekolah dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia apabila semua individu diberikan kebebasan beragama walaupun agama Islam merupakan agama persekutuan Malaysia.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap masyarakat memiliki teras kepercayaan dan nilai-nilai keagamaan tersendiri yang berperanan sebagai pegangan hidup secara warisan turun-temurun seperti menjalankan ritual ibadah, perayaan dan kepercayaan yang berlainan (Sayuti Ab Ghani dan Redwan Yasin, 2016).

Namun begitu, masyarakat majmuk perlu mempunyai nilai toleransi dan hormat terhadap kepercayaan agama masing-masing tanpa sebarang diskriminasi agama bagi mengelakkan kesalahfahaman antara rakan-rakan yang berbeza agama di sekolah.

Misalnya, agama lain perlu menghormati umat Islam yang menunaikan kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan dengan memelihara adab dan tatasusila yang sopan.

Kepelbagaian Budaya dan Adat Resam
Sosiobudaya di sekolah berkembang disebabkan oleh kepelbagaian budaya dan adat resam yang menjadi suatu kelaziman norma dan peraturan dalam kelompok masyarakat majmuk berdasarkan kaum masing-masing yang diamalkan sejak turun-temurun yang perlu dipatuhi dan diwarisi (Ab Halim Tamuri dan Nur Hanani Hussin, 2017).

Dalam hal ini, kepelbagaian budaya merupakan gaya hidup yang diamalkan oleh kaum masing-masing meliputi tatacara bertindak, bertingkah laku, berpakaian, berkomunikasi, berfikir dan lain-lain dengan menekankan nilai kehidupan berkisarkan kepercayaan, adat resam dan budaya yang menjadi pegangan warisan kaum yang dapat diperhatikan oleh murid di sekolah.

Sebagai contoh, tatacara berpakaian murid kaum Melayu di sekolah adalah memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat tanpa menimbulkan sebarang isu ketidakpuasan hati terhadap setiap tatacara bagi berlainan kaum dan budaya.

PERANAN GURU DALAM MENANGANI CABARAN KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH
Guru berperanan amat penting untuk menangani cabaran kepelbagaian sosiobudaya yang terdapat di sekolah agar mampu memelihara dan menjamin kesepaduan kaum untuk mencapai aspirasi yang dihasratkan oleh pendidikan negara.

Guru menjalinkan Pertalian Kukuh Demi Melahirkan Mesra Budaya
Guru perlu menjalinkan pertalian kukuh demi melahirkan mesra budaya melalui pemupukan nilai-nilai murni yang mampu menyemarakkan semangat patriotik dan kesatuan dalam diri murid berbilang kaum (Sherly Kalatting et al., 2021).

Dalam hal ini guru akan lebih sensitif terhadap latar belakang murid berlainan kaum supaya dapat menyelesaikan permasalahan kaum tersebut dengan positif dan proaktif melalui pengetahuan dan kemahiran berkaitan kebudayaan kaum lain agar ilmu tersebut boleh disampaikan dengan tepat kepada murid di sekolah sebagai pengalaman bermakna.

Misalnya, guru berbangsa Melayu perlu mendalami kebudayaan kaum Cina dan India agar dapat menjelaskan kepentingan menghormati adat dan budaya pelbagai kaum.

Guru Berfungsi Sebagai Agen Sosiolisasi
Guru berfungsi sebagai agen sosiolisasi yang membawa perubahan terhadap perkembangan sosiobudaya dalam persekitaran sekolah untuk merapatkan hubungan murid pelbagai kaum supaya sentiasa bersatu padu dan menyedari tanggungjawab mereka sebagai warganegara Malaysia melalui pengamalan nilai, sikap dan budaya yang harmoni untuk membendung isu perkauman (Yong et al., 2018).

Perkara ini sekaligus membantu murid berbilang kaum untuk memajukan potensi diri mereka untuk sentiasa bertoleransi dengan kepelbagaian sosiobudaya yang wujud dalam suasana persekolahan.

Contohnya, guru menjelaskan kepada murid untuk saling menerima dan menghargai identiti dan keunikan budaya bagi setiap kaum serta  menghormati kelainan budaya yang wujud agar mereka sedar bahawa sesuatu masyarakat majmuk dapat dimajukan apabila sentiasa bersedia untuk bekerjasama dan berkongsi persamaan.

Guru Sebagai Medium dan Agen untuk Menyatupadukan Kepelbagaian Sosiobudaya
Guru bertanggungjawab sebagai medium dan agen untuk menyatupadukan kepelbagaian sosiobudaya yang wujud dalam kalangan masyarakat majmuk terutamanya dalam mengendalikan persekitaran di sekolah (Fadhlina Sidek, 2023).

Hal ini kerana kebijaksanaan guru menguruskan murid-murid pelbagai kaum mampu menggalakkan pembentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang interaktif dan efektif bagi mendorong keterlibatan murid berbilang kaum melalui semangat kerjasama.

Murid-murid dapat berinteraksi dan bergaul mesra sesama mereka meskipun berbeza kaum dan budaya bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan mereka untuk saling berkolaborasi dengan menggabungkan pelbagai kaum dalam suatu kelompok.

Jelaslah bahawa perkara ini memberikan ruang dan peluang kepada murid untuk bersosial dan berkongsi idea serta buah  fikiran untuk melaksanakan tugasan tanpa mengira kaum dan budaya untuk saling bersatu hati demi kemaslahatan bersama melalui kemahiran pedagogi dan bahan bantu mengajar yang berkesan dan bersesuaian.