Bookmarks by NUR SYAZWANI BINTI SAMSUDIN

DAKWAH FARDIYYAH
Definisi :

Bahasa -jeritan,seruan/permohonan

Istilah-mengajak seseorang agar beriman kepada Allah Dan apa yang dibawa oleh rasulnya dengan cara membenarkan apa yg diberitakan Dan mengikuti apa yg mereka perintahkan

*Berbicara dengan mad'u secara tatap muka atau dengan sekolompok manusia yang mempunyai ciri -ciri Dan sifat tertentu*

KEFAHAMAN DAKWAH
-Agama Islam disebarluas melalui jalur dakwah
-diperkenalkan kepada manusia dari aktiviti dakwah Tanpa kekerasan,Tanpa paksaan Dan Tanpa senjata

GERAK KERJA DAKWAH
1.mewujudkan hubungan Dan perkenalan dengan mad'u (ta'aruf)
2.membangunkan Iman yg lesu di jiwa mad'u
3.Membantu memperbaiki dirinya dengan Mengajarkan perkara Ketaatan kepada Allah
4.menjelaskan pengertian ibadah yg syumul
5.Menjelaskan kepada mad'u bahawasanya tidak cukup menjadi Islam kepada dirinya sahaja namun Islam adalah agama yg bermasyarakat
6.Menjelaskan kepada mad'u bahawasanya kewajipan tidak mungkin menegakkan dauliah islamiah dengan diri sendiri namun perlu dilakukan secara berjemaah
7.Menyedarkan kepadanya tentang Kepentingan sebuah jemaah

KEFAHAMAN ORGANISASI
-mempunyai 3 Hal :
1. Taujih (pengarahan)
-Bimbingan da'i kepada mad'u dalam rangka berdakwah ke Jalan Allah dengan membantunya memahami keadaan dirinya.
2.Tauzhif (penugasan)
-Dai perlu cermat memilih tugasan yg perlu diberikan kepada mad'u
3.tashnif (Penggolongan)
-mengelompokkan Kekuatan Dan kemampuan penerima dakwah

CIRI DAKWAH FARDIYYAH
-Mudah untuk dilakukan
-akan mejaga daripada perasaan riak
-memudahkan mad'u untuk menyakan soalan Dan penjelasan
-mengikut manhaj yg dilakukan nabi

*Dakwah merupakan kewajipan bagi setiap umat islam*
*Uslub dakwah adalah luas Dan mencukupi semua aspek kehidupan*

FIQH AL AWLAWIYAT DALAM DAKWAH FARDIYYAH

ASBAB DAKWAH ILLALLAH
ASBAB DAKWAH ILLALLAH

1.sejak dari zaman nabi nuh a.s diwajibkan keatas mereka iaiatu umat islam untuk berdakwah mengikut kemampuan sendiri.

2.bagi individu biasa,berdakwah dengan orang sekelilingnya sudah memadai,dan bagi yang berdakwah,sudah menjadi tanggungjawab berdakwah di seluruh negara

3.kerja dakwah sebenarnya adalah lebih mudah dari apa kita bayangkan dan boleh dilakukan krpada sesiapa yang betul betul berazam untuk mengajak orang kearah yang lebih baik dan untuk mendapat redha allah dan mengikut apa yang diajar oleh rasulullah

3.para pendakwah perlulah menanam  sifat ikhlas kerana allah taala dalam diri,apa tujuan sebenar apabila kepada masyarakat sebagainya dan yang lebih penting adalah jaga keaiban orang jangan sampai tersebar

.sekian,tiada persoalan daripada saya

ASALIB DAKWAH FARDIYYAH
ASALIB DAKWAH FARDIYYAH
1.Dialog
2.Ziarah
3.Halaqah

1.dialog adalah percakapan atau perbicaraan antara individu malah sesi bertukar pendapat antara satu sama lain
ASAS UTAMA DIALOG
-hikmah yang bijaksana
-nasihat yang baik
-dialog yang terbaik

PENGGUNAAN BAHASA
-pengunaan Bahasa yang digunakan semasa berdialog amatlah penting dan mempengaruhi hasil kerja dakwah itu sendiri sama ada Berjaya atau gagal

ZIARAH
-Islam amat memntingkan hubungan sesame manusia
KELEBIHAN ZIARAH
-hidup diberkati Allah
-Hidup akan sentiasa aman Sentosa
-mengeratkan silaturrahim
-harmoni sejahtera sepanjang zaman

HALAQAH ILMU
-halaqah dapat didefinisikan sebagai sebuah wahana tarbiyyah berupa kelompok  kecil yang terdiri murobbi dan sejumlah mutarobbi dengan manhaj yang jelas dan diselenggarakan melalui berbagai macam sarana tarbiyyah

SUASANA HALAQAH
-anggota halaqah ditarbiah bersumberkan alquran dan assunnah
-perhubungan dalam halaqah dicetuskan oleh kesatuan akidah,ukhwah,kasih saying,saling lengkap melengkapi dan bimbing membimbing
-proses Pendidikan dalam halaqah tidaklah terbatas dengan penyampaian sehala oleh ketua halaqah

CIRI CIRI PERIBADI MUSLIM YANG PERLU DIDIDIK DALAM HALAQAH
-aqidah yang lurus
-ibadah yang benar
-matinul khuluq
-mampu berdikari
-pemikiran yang terdididk
-jasmani yang kuat
-berjihad melawan nafsu
-menjaga dan menghormati waktu
-teratur dalam segala urusan
-bermanfaat terhadap orang lain

KEPENTINGAN HALAQAH
-membangunkan manusia adalah kerja utama Rasulullah
-umpama keluarga bagi sesebuat organisasi islam
Melahirkan insan Rabbani
-dapat disuburkan ukhwah dan mahabbah
-dapat mencungkil dan mengasah bakat serta potensi anggota untuk dijuruskan kepada kepentingan dan kemaslahatan islam

KESIMPULAN
-dakwah fardiyyah akan menghadiahkan pengalaman terutamanya berkaitan dengan kemahiran interpersonal atau hubungan kemanusiaan
-dakwah secara fardiyyah juga menghantar kita kepada situasi dimana kita dirujuk dengan pelbagai persoalan beserta hikmahnya
-pembentukan ummah islamiyyah bermula dengan pembentukan individu-individu soleh

MATLAMAT DAKWAH FARDIYYAH
MENDALAMI KEFAHAMAN DAKWAH DI JALAN ALLAH
-sejarah dakwah dalam kehidupan para nabi dab rasul
-mengkaji konsep tujuan dakwah
-menguasai rukun dakwah (akidah,ibadah,adab,akhlak)
-bantu manusia mengenal Allah
-mendalami uslub dakwah

MENEGUHKAN KEMULIAAN DAKWAH DALAM DIRI
Seruan dakwah akan tercapai apabila pendakwah /daie mengamalkannya dengan cara yang betul.Maka,perkara inilah yang akan memperkasakan kemuliaan dakwah di dalam hati manusia sehingga mamou menghormati dan dihormati serta berbuat kebaikan kepada orang lain.

MEMASTIKAN KEBERKESANAN DAKWAH DALAM PELBAGAI BIDANG
-kita perlu menolak dakwaan negative yang dilontarkan tentang dakwah
-kita perlu menolak dakwaan yang mengatakan bahawa dakwah hanya sesuai dilakukan pada zaman nabi dan tidak sesuai dijalan pada zaman kini
-kita perlu menolak dakwaan yang mengatakan undang-undang atau konsep dakwah islam ini tidak boleh diguna pakai dalam zaman perkembangan dunia zaman sekarang

MEMASTIKAN GERAKAN KERJA DAKWAH BERJALAN DAN MEMBERI KESAN BAIK KEPADA MANUSIA
-pendakwah dapat menarik minat mad’u dalam berdakwah
-pendakwah mampu mengeluarkan mad’u daripada tompok kemaksiatan keoada ketaatan
-mad’u akan mula menyukai kerja berkumpulan dan membiasakan diri dengan perintah dan ketaatan

MEMBENTUK ASAS DAKWAH YANG KUKUH DALAM DIRI MUKMIN
-pembentukan asas dakwah yang kukuh dalam diri da’I dan masd’u akan menjadikan mereka seperti blok bangunan yang kuat dan asas yang kuat untuk berdakwah
-didikan yang dipelajari adalah seperti batu bata yang disusun menjadi bangunan yang mampu menahan segala cabaran dan halangan dalam melakukan kerja dakwah
-maka persaudaraan dan diidikan antara daie dan mad’u dalam kerja dakwah adalah pelengkap.Kerana ia akan mematangkan kita dalam pelbagai perkara

MELAHIRKAN INDIVIDU/PENDAKWAH YANG MAHIR DALAM BIDANG ILMU TERTENTU
Pendakwah mesti memberi didikan kepada mad’u yang sudi dalam mengkhususkan diri dalam beberapa cabang ilmu kerana akan banyaknya keperluan dakwah pada masa akan datang

MEMBENTUK INDIVIDU YANG SOLEH BAGI MENGISI KEKOSONGAN DALAM KERJA DAKWAH
-dakwah fardiyyah yang mempunyai persaudaraan yang erat antara daie dan mad’u akan menjadi mudah untuk mengisi kekosongan yang ada dalam kerja dakwah ini sama ada umum ataupun khusus.
Gerak kerja dakwah mempunyai 2 bidang utama :
1.gerak kerja dakwah umum
2.gerak kerja dakwah khusus

PEMBANGUNAN DIRI MAD'U
Apa yang saya belajar hari ini ialah KESAN-KESAN DAKWAH FARDIYYAH TERHADAP PEMBANGUNAN DIRI AL MAD’U

DARI SEGI TARBIYYAH RUHIYYAH

DEFINISI TARBIYYAH RUHIYYAH
Tarbiah ruhiyyah atau kerohanian secara umumnya ditakrifkan sebagai satu proses tarbiah membentuk roh dan jiwa melalui beberapa marhalah tertentu dan didasarkan kepada pembentukan hati yang sentiasa digilapkan dengan aqidah, roh yang sentiasa dididik dengan ibadah dan mempertingkatkan jiwa kepada setinggi-tinggi pencapaian kesempurnaan.

TARBIYYAH RUHIYYAH BEKALAN DI ATAS JALAN DAKWAH

Jalan dakwah adalah segalanya di dalam kehidupan pendakwah. Yang mana atas jalan ini para pendakwah berhadapan dengan ketakutan dan ugutan, ancaman pembunuhan dan ujian yang penuh onak duri, jalan berliku bahkan terlalu jauh matlamat dan tujuan yang hendak ditujui.

Firman Allah SWT:

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ (173)

Maksudnya: Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami) “[ALI‘IMRAN:173]

*Sesungguhnya hanya ‘persediaan ruhiyyah’ sahaja yang mampu menyelamatkan pendakwah dan melepaskannya daripada semua ujian itu. Betapa pendakwah amat berhajat padanya supaya mereka tetap tidak tergugat di atas jalan dakwah, tidak teragak-agak dan cemas untuk meneruskan perjalanannya.

OBJEKTIF TARBIYYAH RUHIYYAH
Objektif tarbiyyah ruhiyyah adalah untuk mencapai hati yang sejahtera, bercahaya dan nur iman yang sentiasa bertambah. Semua keadaan hati yang menjadi matlamat perjalanan ini adalah hasil daripada amal ibadah, sehingga dengan itu hati memuncak mencapai maqam ihsan.

Sabda Rasulullah SWT:

"‏ أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ ‏"

Maksudnya : Sembahlah Tuhan mu seolah-olah kamu melihatNya, sekalipun kamu tidak dapat melihatNya, sesungguhnya Allah melihat kamu.

PERJALANAN MENUJU ALLAH

Perjalanan Tarbiyyah Ruhiyyah adalah perjalanan menuju Allah. Perjalanan menuju Allah bererti berpindah dari jiwa yang kotor kepada jiwa yang bersih, pemikiran yang tidak syarie kepada pemikiran yang diredai syariat, daripada hal yang ingkar, fasiq dan sakit hati yang keras membata kepada hati yang tenang dan sejahtera, daripada roh yang tidak mengenal ketundukan kepada Tuhan kepada roh yang mengenal Tuhannya dan menunaikan semua hak kebenaran pengabdian kepada Tuhannya, daripada jasad yang tidak patuh kepada peraturan syariat kepada jasad yang tunduk dan patuh kepada Allah dan daripada diri yang tidak sempurna kepada diri yang lebih atau paling sempurna. Semua yang disebut ini adalah ibarat kepada pentakrifan erti perjalanan menuju Allah yang terkandung di dalamnya erti kata yang lebih khusus, ianya adalah matlamat pencapaian kita di dalam perletakan “ TarbiyyahRuhiyyah” di dalam perjalanan jemaah.

TAKWA SEBAGAI JALAN

•Takwa adalah jalan mencapai matlamat kerohanian di dalam Tarbiyyah Ruhiyyah dan jalan untuk mencapai kepada maqam takwa ialah dengan melalui proses 3M:

1) Mua’hadah
Mua’hadah ialah bersendirian diri seorang muslim dengan Tuhannya, membuat dan memberi janji bahawa ia tidak akan memberi hak pengabdian melainkan hanya pada Tuhannya, tidak memohon pertolongan melainkan hanya pada Allah, dan tidak akan memenuhi kehidupannya melainkan hanya dengan manhaj Tuhannya yang lurus.
2) Muhasabah
Muhasabah ialah dengan perkiraan dan hisab seorang muslim terhadap dirinya setiap kali berlalu dan berakhir amalannya, adakah amalannya ikhlas dan hanya menuntut keredaan Allah, adakah perasaaan riak telah memasuki ketaatannya, adakah ia menunaikan hak yang wajib keatasnya terhadap Tuhannya dan hak yang wajib terhadap sesama manusia. Seandainya seluruh pengamalannya adalah kebaikan kepada Allah ia meletakkan pujian dan seandainya berlaku sebaliknya ia hendaklah segera beristighfar dan memohon ampun kepada Allah.

3) Mujadalah
Mujahadah adalah usaha dan kesungguhan seorang muslim melawan hawa nafsunya ke arah memperelokkan ketaatan yang mendekatkan diri kepada Allah, berusaha menambah dan melipatgandakan ketaatan yang telah dan sentiasa dikerjakannya, sehingga ketaatan itu menjadi keutamaan di dalam hidupnya.

KEDUDUKAN MUJAHADAH DALAM TARBIYYAH RUHIYYAH
Tarbiyyah Ruhiyyah seperti yang telah dijelaskan adalah perjalanan untuk sampai kepada Allah. Hasil yang dicitakan ini hanya akan dapat dicapai dan diperoleh melalui jalan mujahadah.

Firman Allah :
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Ankabut29:69)

Jelaslah mujahadah merupakan usaha untuk mencapai matlamat di dalam perjalanan kerohaniannya. Dan hidayah itu adalah limpah kurnia dan pemberian Allah kepada hamba-hambanya. Sesungguhnya, mujahadah dan hidayah tidak akan sempurna melainkan dengan taufiq dan pertolongan Allah jua.

Firman Allah:
وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا  زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْواهُمْ

Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa. (Surah Muhammad 47:17)

Kesimpulannya, mujahadah adalah wasilah untuk sampai kepada hidayah, sementara hidayah dapat menyampaikan seorang muslim kepada ketaqwaan. Kedudukan mujahadah di dalam Tarbiyyah Ruhiyyah hendaklah didasarkan kepada 4 persoalan pokok demi mujahadah yang di dalam Tarbiyyah Ruhiyyah tidak tertukar dan tergelincir daripada jalannya yang sebenar.

Mujahadah yang benar adalah didasarkan kepada:
• Keimanan kepada Allah dan mentauhidkannya serta mengimani kerasulan Nabi Muhammad SAW.
• Mendirikan kesemua kefarduan ibadah di dalam waktunya
• Mengisi diri dengan keperluan ibadah sunat
• Rukun mujahadah. Rukun mujahadah ialah:
U’zlah
Mendiamkan diri dari suatu yang tidak bermanfaat
Berjaga malam dan menghidupkannya
Berlapar

PEMUSATAN TERHADAP PENGISLAHAN HATI

Marhalah pertama di dalam perjalanan kerohanian ialah marhalah perpindahan dari hati yang sakit kepada hati yang sihat sejahtera.

Dan marhalah kedua ialah marhalah pengisian hati dengan ‘bekalan harian’ atau bekalan yang diperlukan oleh hati pada setiap detik dan waktu agar hati tetap kekal terjaga di dalam keadaan keimanan yang tinggi sehinggalah ia bertemu Tuhan.

Firman Allah:
وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتّٰى يَأْتِيَكَ الْيَقِيْنُ

Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin (ajal)(Surah Al-Hijr 15:99)

Di dalam tarbiyyah Ruhiyyah, pemusatan kepada pengislahan hati adalah titik tolak yang benar dan tepat. Justeru dengan itu tercapainya hati kepada kesejahteraannya. Sehingga seorang muslim itu dapat menyelamatkan dirinya dari tipu daya syaitan,
bisikan dan fitnahnya, sama ada syaitan manusia atau syaitan jin dengan hatinya yang sejahtera.

Firman Allah dalam Surah Al-An’am ayat 112 yang bemaksud: Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari
Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

Seorang muslim perlulah memberi perhatian yang serius terhadap pengislahan hati dan bekalannya agar hati menjadi bercahaya, bersinar dan sejahtera dan melayakkannya memikul tugas pembawa risalah dan perubahan masyarakat

DAURAH RUHIYYAH

Di dalam menjayakan tarbiyyah ruhiyyah, seorang muslim hendalah mempunyai ‘daurah ruhiyyah’ di dalam kehidupannya. Daurah ruhiyyah ini adalah mengikut kadar kemampuan seorang muslim. Ia boleh dilakukan di dalam tempoh 40 hari / 3 hari / 7 hari dan sebagainya.

Di dalam tempoh daurah , dapat dihimpunkan di dalamnya puasa dan qiamullail solat berjemaah, membaca al-Quran dan zikir. Ia amat bermakna, memberi kesan dan bermanfaat di dalam perkembangan dan peningkatan ruhiyyah seseorang muslim, sehingga ianya dapat dirasai oleh seorang muslim yang ikhlas di dalam perlaksanaannya.

Daurah Ruhiyyah yang menjadi perjalanan di dalam tarbiyyah ruhiyyah adalah bersumberkan perjalanan Rasulullah, sebagai contohnya adalah iktikafnya Rasulullah saw di dalam 10 terakhir di dalam bulan Ramadan.

•Sabda Rasulullah saw mengenai solat dalam konteks ‘daurah ruhiyyah’ yang bermaksud : “Sesiapa yang solat di masjid secara berjemaah 40 malam, tidak tertinggal rakaat pertama daripada solat isyak Allah menetapkan dengan demikian itu kelepasan daripada api neraka.”

Tidak syak lagi, seorang muslim yang memiliki daurah ruhiyyah ini atau dalam erti kata lain seorang muslim yang mempunyai ketetapan atau qarar terhadap dirinya di dalam menunaikan ibadah seperti ini akan bertambah nur iman dan tauhidnya, jernih fikirannya dan akan membawa kepada kesucian rohnya. Seterusnya sentiasa berulangnya daurah ini dalam kehidupannya, mengekalkan nur iman di dalam hatinya dan menjadikan imannya di dalam keadaan sentiasa di perbaharui.

KE ARAH MENYUBURKAN RUHIYYAH

Solat ( fardu dan sunat ), wirid serta zikir dan sentiasa mengekalkan pembacaan Al-Quran adalah merupakan 3 pengisian utama di dalam tarbiyyah ruhiyyah.

Sebahagian besar waktu yang dipenuhi dengan pengisian ini amat bermakna di dalam pengislahan hati dan jiwa. Ketiga-tiga pengisian utama ini, meskipun sedikit, namun meninggalkan kesan di dalam pengislahan hati dan jiwa seorang muslim.

Terdapat juga beberapa pengisian lain yang dapat membantu ke arah menyuburkan ruhiyyah seorang muslim. Diantaranya ialah :

Sentiasa bermuraqabah dengan Allah
Mengingati mati dan ahwalnya
Mengingati akhirat dan huru-haranya
Menghayati sirah perjalanan Rasulullah SAW
Bersahabat dengan golongan yang melakukan perkara suci dan mengenal Allah
Menangisi kerana Allah di waktu bersendirian.

KESAN RUHIYYAH DALAM PROSES PEMBINAAN DAN PERUBAHAN
Seorang muslim yang berjalan di atas jalan dakwah dan bekerja di dalam proses pembinaan dan perubahan ummah, selayaknya adalah seorang muslim yang sentiasa terpancar jiwanya dengan pancaran ruhiyyah, sentiasa memekar keimanan di dalam hatinya, sentiasa membekalkan diri dengan taqwa, insan yang soleh, muslim yang warak, muslim yang bertakwa dan rijal dakwah yang ikhlas.

Seorang pendakwah yang memiliki ciri-ciri dan sifat ini , ucapannya menyentuh hati, tingkah lakunya menjadi qudwah , air mukanya memaut dan menenangkan hati, teori dan fikirannya mengandungi pancaran nur ilahi.

Seorang pendakwah apabila hilang pada dirinya ciri-ciri ruhiyyah yang sempurna maka cacatlah keperibadiannya, tidak mampu meninggalkan kesan di hati mad’u dari ucapan dan tulisannya, atau dalam erti kata yang lain, akan berlakulah kesamaan antara murabbi dan anak didiknya atau pendakwah dan mad’unya. Pada Ketika itu jadilah jiwanya kosong dan musnah, jiwa yang tidak mampu mengilham dan menggerak. Dan pendakwah pada ketika itu tidak layak lagi menjadi jurubicara ummah, pemimpin dan pendakwah, penyelamat, perubah dan pendidik ummah, bahkan dirinyalah yang lebih layak untuk dididik dan ditarbiyyah.

(2)DARI SEGI AKAL

DEFINISI AKAL

Menurut Imam Ghazali akal ialah sesuatu sifat yang boleh membezakan di antara manusia dengan makhluk lain.
Dari segi fizikalnya, ia merupakan otak.
Dari segi kerohanian pula ialah satu keupayaan untuk mengharapkan ilmu pengetahuan tentang hakikat segala perkara. Daya kekuatan untuk menimbangkan sesuatu yang baik dan buruk.
Menurut Al-Quran akal adalah Hujjah atau anugerah Allah S.W.T yang hebat berbanding dengan makluk lain.

Kaedah menyebutkan :

العقل منوط بالتكاليف
“ Akal tempat bergantung taklifan-taklifan”

[Maksud di atas ialah tanpa akal  yang waras seseorang terlepas dari tanggungjawab agama dan dosa pahala ke atas dirinya]

HUKUM AKAL

01 WAJIB
Perkara-perkara yang tak boleh kita gambarkan dengan akal bahawa ianya tidak wujud, ini hanya dikhususkan bagi Allah ta’ala sahaja.

02 HARUS
Perkara-perkara yang boleh kita gambarkan bahawa ianya kadangkala wujud dan kadangkala tidak wujud, iaitu semua alam ini.

03 MUSTAHIL
Perkara-perkara yang tidak boleh digambarkan dengan akal bahawa ianya wujud, seperti mensyirikkan Allah ta’ala.

MEMELIHARA AKAL INI MESTILAH DARI DUA ASPEK BESERTA CONTOH IAITU:

1)MEMBINA
-Dari sudut membina akal ialah ditetapkan oleh syarak bahawa kewajipan menuntut ilmu. Akal yang disirami dengan ilmu menjadi seseorang itu lebih rasional dan mengenali sesuatu. Manusia itu selalunya bermusuh dengan apa yang mereka jahil.

Lantaran itu, Allah mengangkat darjat orang yang berilmu serta menyatakan secara jelas perbezaan antara mereka yang berilmu dengan mereka yang tidak berilmu.

2)MEMPERTAHANKAN
-Manakala memelihara akal dari sudut mempertahankannya ialah dengan pengharaman arak serta apa sahaja yang mempunyai illah kepada pengharaman arak iaitu memabukkan.
Ini kerana arak dan apa jua jenis yang memabukkan akan menyebabkan akal tidak sempurna dan menghilangkan pertimbangan rasional dan kewarasan. Ia mengundang musibah dan bahaya malapetaka. Tidak sekadar dirinya malah melibatkan masyarakat di luar.
Arak tidak sekadar diharamkan malah peminumannya jika sabit kesalahan maka termasuk dalam kategori jenayah hudud yang ditetapkan kadar hukumannya sebanyak 40 kali sebatan.

PERANAN AKAL

1-Mempelajari dan memahami wahyu Allah s.w.t.
2-Membezakan kebaikan dan keburukan
3-Membolehkan manusia memakmurkan alam
4-Meletakkan manusia ke tahap yang mulia
5-Menyelesaikan masalah yang berlaku
6-Mengenal kekuasaan dan keagungan kuasa Allah S.W.T

AKAL TERBAHAGI KEPADA DUA:

1) Akal Gharizi adalah kemampuan yang mampu menerima ilmu

2) Akal muktasab adalah akal yang dapat menghasilkan berbagai ilmu dengan cara yang tidak diketahui

Ilmu-ilmu yang dihasilkan melalui perantara akal itu terbahagi menjadi dua

Ilmu-ilmu pengetahuan keduniaan
Ilmu-ilmu pengetahuan akhirat

TUNTUTAN SUNNAH TENTANG AKAL
Sikap Nabi SAW, bahkan ucapan-ucapan beliau pun, menunjukkan kedudukan akal yang sangat penting. Perhatikanlah, antara dialog beliau dengan Mu'adz bin Jabal RA, yang beliau ditugaskan ke Yaman untuk menangani urusan kaum Muslim di sana.

Nabi bertanya kepadanya: "Atas dasar apa engkau memutuskan perkara jika engkau harus memutuskan?"

Mu'adz menjawab: "Aku memutuskan berdasarkan apa yang terdapat dalam kitab Allah/ al-Qur'an."

Nabi kembali bertanya: "Kalau engkau tidak menemukan di sana?""

Dengan Sunnah Nabi SAW," jawab Mu'adz.

"Kalau di Sunnah Nabi pun engkau tidak temukan?" tanya Nabi lagi.

Mu'adz menjawab: "Aku berijtihad/berusaha dengan sungguh menggunakan akalku tidak berlebih (dalam berijtihad)."

**[Mendengar jawapannya, Nabi SAW mengetuk dengan telapak tangan beliau ke dada Mu’adz pertanda memberi persetujuan beliau. Lalu Nabi bersabda: Segala puji bagi Allah yang telah membimbing utusan Rasulullah menuju apa yang diredhai Rasulullah (HR. Ahmad, Abu Daud. Dan at-Tirmidzy)]

CARA BERSYUKUR DENGAN AKAL
Sentiasa meningkatkan daya pemikiran dengan menambahkan ilmu pengetahuan
Berfikir dengan bijaksana ketika menyelesaikan masalah yang berlaku
Menjaga akal daripada perkara yang boleh merosakkan fungsi akal
Menjaga akal daripada pengaruh negatif
Menyumbangkan idea yang baik untuk kebaikan dan kemajuan masyarakat
Memakmurkan alam dengan idea-idea yang berguna

(3) DARI SEGI AKHLAK

DEFINISI AKHLAK
Dari segi bahasa :

Perkataan akhlak berasal dari Bahasa Arab, kata jama’nya “khuluqun” yang bermaksud  budi pekerti, perangai, tingkah laku atau tabiat .

Dalam bahasa Yunani pengertian khuluq ini disamakan dengan kata ethicos atau ethos, yang bermaksud adab kebiasaan, perasaan batin, kecenderungan hati untuk melakukan perbuatan.

Dari segi istilah :

Akhlak adalah segala sesuatu yang telah tertanam kuat atau terpatri dalam diri seseorang, yang akan menghasilkan perbuatan-perbuatan tanpa melalui proses berfikir terlebih dahulu.

Perbuatan itu dilakukan secara refleksi dan spontan tanpa difikirkan lebih dahulu. Jika sifat yang tertanam itu darinya muncul perbuatan-perbuatan terpuji berdasarkan syariat maka sifat tersebut dinamakan akhlak yang terpuji (akhlak al-mahmudah). Sedangkan jika terhasil perbuatan-perbuatan buruk maka sifat tersebut dinamakan dengan akhlak buruk (akhlak al-mazmumah).

Dakwah yang dilaksanakan sehingga berkesan dapat membangunkan diri al-mad’u dari segi akhlak iaitu bersikap dengan akhlak mahmudah

Beberapa ulama’ mendefinisikan akhlak seperti berikut

[IMAM AL GHAZALI]
“Akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa, yang darinya menimbulkan perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan proses pemikiran dan pertimbangan (perenungan)
terlebih dahulu”.

[IBNU MISKAWAIH]
“Akhlak adalah perangai iaitu gerak jiwa yang mendoring ke arah melakukan perbuatan tanpa perlu mengalami proses berfikir”

[IMAM AL-QURTUBY]
“Suatu perbuatan manusia yang bersumber dari adab kesopanannya disebut sebagai akhlaq, kerana perbuatan itu termasuk sebahagian daripada kejadiannya”

DALIL AKHLAK MAHMUDAH

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِيْ رَسُوْلِ اللّٰهِ اُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَنْ كَانَ يَرْجُوا اللّٰهَ وَالْيَوْمَ الْاٰخِرَ وَذَكَرَ اللّٰهَ كَثِيْرًاۗ

Terjemahannya : Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak mengingati Allah. (Surah Al-Ahzab : 21)

Berdasarkan sebuah hadith yang sahih daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إنما بعثت لأتمم صالح الأخلاق
Maksudnya:
“ Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.
” [Riwayat Ahmad (8952)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai sahih dan sanadnya kuat

BENTUK-BENTUK AKHLAK MAHMUDAH

1) AKHLAK TERHADAP ALLAH
Langkah pertama berakhlak terhadap Allah adalah pengakuan dan kesedaran bahwa tiada Tuhan melainkan Allah yang layak disembah. Antara bukti pengakuan tersebut adalah dengan

a. Bersyukur kepada Allah
Manusia diperintahkan untuk memuji dan bersyukur kepada Allah kerana orang yang bersyukur akan mendapat tambahan nikmat sedangkan orang yang ingkar akan mendapat siksa sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Ibrahim ayat ke-7,

وَاِذْ تَاَذَّنَ رَبُّكُمْ لَىِٕنْ شَكَرْتُمْ لَاَزِيْدَنَّكُمْ وَلَىِٕنْ كَفَرْتُمْ اِنَّ عَذَابِيْ لَشَدِيْدٌ

b.Meyakini kesempurnaan Allah
Meyakini bahwa Allah mempunyai sifat kesempurnaan.Setiap yang dilakukan adalah suatu yang baik dan terpuji.

c.Taat terhadap perintah-Nya
Tugas manusia di dunia ini adalah untuk beribadah,disebabkan itu taat terhadap perintah-Nya merupakan perbuatan baik

2) AKHLAK TERHADAP RASULULLAH S.A.W

a) Mencintai Rasulullah
b)Mengikuti ajaran dan mentaati perintah Rasulullah kerana merupakan salah satu bukti bahwa seseorang mencintai Allah,

قُلْ اِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّوْنَ اللّٰهَ فَاتَّبِعُوْنِيْ يُحْبِبْكُمُ اللّٰهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ ۗ وَاللّٰهُ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ
Terjemahannya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Surah Al-Imran:31)
c) Mengucapkan selawat dan salam kepada Rasulullah iaitu dengan mendoakan Rasulullah dengan membaca selawat kepada baginda

3) AKHLAK TERHADAP DIRI SENDIRI

a) Sabar
Sabar merupakan latihan terhadap diri seseorang dalam meningkatkan keimanan terhadap Allah.

b) Syukur
Syukur adalah dengan menggunakan nikmat yang Allah berikan untuk mentaati-Nya dan tidak menggunakannya untuk berbuat maksiat kepada Allah.

c) Amanah
Iaitu kesetiaan, ketulusan hati, kepercayaan(tsiqoh), atau kejujuran, yang berlawanan dengan sifat khianat.

d) Siddiq (Jujur)
Merupakan tingkah laku jujur dan benar. Jujur adalah menuturkan sesuatu dengan sebenarnya, sesuai dengan fakta kejadian nya. Siddiq merupakan berlaku benar dan jujur, baik dalam perkataan maupun perbuatan. Jujur dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian agar seseorang akanberasa selamat ke atas apa yang dilakukan.

e) Wafa’ (Menepati Janji)
Merupakan suatu sikap tanggungjawab. Menepati janji merupakan salah satu kewajiban seorang pemimpin, bahkan menjadi faktor kukuhnya sesebuah pemerintahan yang dipimpinnya. Seorang pemimpin yang tidak dapat dipercaya dengan janjinya akan menyebabkan pergolakan berlaku dalam kalangan rakyat

4) AKHLAK TERHADAP KELUARGA

a)Birrul Walidain (Berbakti kepada Orang tua)

وَقَضٰى رَبُّكَ اَلَّا تَعْبُدُوْٓا اِلَّآ اِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ اِحْسٰنًاۗ اِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ اَحَدُهُمَآ اَوْ كِلٰهُمَا فَلَا تَقُلْ لَّهُمَآ اُفٍّ وَّلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيْمًا
Maksudnya:
“Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya kamu tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka( sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ”Ah”, dan janganlah kamu menengking) menyergah) mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia( yang bersopan santun. (Surah Al-Isra’23)

b) Bersikap baik kepada saudara
إذا أعطى الله أحدكم خيرا فليبدأ بنفسه وأهل بيته

Maksudnya:
“Apabila Allah SWT memberikan seseorang kebaikan (kelebihan dari sudut harta) maka mulakanlah dengan dirinya dan juga ahli keluarganya.
”[Riwayat Muslim (1822)]

c) Membina dan mendidik keluarga dengan ilmu agama Islam.

5) AKHLAK TERHADAP MASYARAKAT

a) Berbuat baik kepada masyarakat
b) Ta’awun (saling menolong)
c) Tawadhu (merendahkan diri terhadap sesama)
d) Hormat kepada rakan dan sahabat
e) Mengukuhkan ukhuwah dan silaturahim sesama Islam
6) AKHLAK TERHADAP PERSEKITARAN
* Pada dasarnya, akhlak terhadap persekitaran diajarkan di dalam al - Quran terhadap manusia sebagai khalifah. Kekhalifahan menuntut adanya interaksi antara manusia dengan sesamanya dan manusia terhadap alam. Kekhalifahan mengandungi erti pemeliharaan, serta bimbingan, agar setiap makhluk mencapai tujuan penciptaannya. Dari situlah Allah memberi tanggungjawab kepada manusia untuk mentadbir dan memakmurkan bumi dengan sebaik-baiknya serta menjaga keseimbangan.

LANGKAH PEMBINAAN AKHLAK MAHMUDAH

1) TARBIAH AL-NAFS : Bermaksud pembersihan jiwa dari kotoran-kotoran dan penyakit hati seperti sifat hasad, kikir, ujub, riya’, sum’ah, tamak, menipu, tidak amanah, nifaq, syirik, dan sebagainya. Ia dicapai melalui pelbagai ibadah dan amal soleh yang dilakukan secara sempurna yang akan menghasilkan adab dan muamalah yang baik kepada Allah dan manusia. Tauhid yang benar, ikhlas, sabar, syukur, harap, santun, jujur kepada Allah dan cinta kepada-Nya di dalam hati juga dapat direalisasikan.

*Antara amalan yang dapat menyucikan jiwa sehingga mencapai akhlak Islami :
1.Solat
2.Zakat dan infaq
3.Puasa
4.Zikir dan fikir
5.Mengingat kematian
6.Amar ma’ruf Nahi Munkar

2)TARBIAH DZATIAH : Merupakan sarana (segala sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu) tarbiyah yang diberikan oleh seseorang muslim, atau muslimah kepada dirinya untuk membentuk keperibadian islam yang sempurna
dalam seluruh sisi kehidupannya seperti akademik, iman, akhlak, sosial, dan sebagainya.

Salah satu kunci dari tarbiyah dzatiyah adalah membina diri sendiri dengan optimal, meningkatkan kualiti diri menuju tingkatan seideal mungkin, mengadakan perbaikan diri secara konsisten dan berlanjutan, serta meningkatkan semua potensi diri.

Antara tarbiah yang boleh dilakukan:
1.Muhasabah
2.Taubat dari segala dosa
3.Mencari ilmu dan memperluas wawasan
4.Mengerjakan amalan-amalan keimanan

3)HALAQAH TARBAWIYYAH : Halaqah bermaksud lingkaran dimana umat Islam berhimpun dan diketuai oleh seorang pembimbing untuk bersama-sama membina diri mereka baik dari segi penambahan ilmu maupun pengamalan. Inilah yang kemudian dinamakan halaqah tarbawiyah. Kegiatan halaqah ini berbentuk pertemuan rutin sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Aktiviti khusus dilaksanakan untuk menguatkan spiritual, seperti
1.qiamulail
2.puasa sunnah
3.rehlah
4.tadabbur al-Quran

4)DARI SEGI AMALAN

AMALAN IBADAT

Definisi Ibadat :

Bahasa : Merendah diri, tunduk, patuh, taat, menghina diri dan memperhambakan diri kepada sesuatu.

Syarak : Taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah SWT.

Kamus Istilah Fiqh : Ibadah bermaksud hal memperhambakan diri kepada Allah dengan taat melaksanakan segala perintahNya serta menjauhi laranganNya kerana Allah semata, baik dalam bentuk kepercayaan, perkataan mahupun perbuatan

Menurut al-Quran : Perkataan ibadah disebut berulang kali dan membawa pengertian yang pelbagai. Di antaranya, ia bererti penyembahan dan pengabdian.

*Seperti Firman Allah SWT :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْاِنْسَ اِلَّا لِيَعْبُدُوْنِ
Maksudnya :“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”. (Surah Adz-Zariyyat : 56)

Menurut Hadis : Hadis Rasulullah SAW menyeru agar melakukan kebaikan yang mempunyai nilai ibadah.

* Dalam sebuah hadith yang dikeluarkan oleh Iman Bukhari dan Imam Muslim dalam kedua kitab sahihnya dari sahabat Mu’az bin Jabal R.A dia berkata , Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “Wahai Mu’ az, tahukah engkau apa hak Allah atas para hamba-Nya ? ”Mu’ az berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, Baginda bersabda: (iaitu)“ hendaknya mereka beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, (dan) tahukah engkau hak hamba terhadap Allah ? ”Mu’az berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, Baginda bersabda:“Dia tidak akan mengazab mereka.”

JENIS-JENIS IBADAH
[KHUSUS]
i. Ibadah yang utama ditentukan cara dan syaratnya.
ii. Hukumnya fardhu ain yakni tiap-tiap orang wajib menyakini dan beramal dengannya
iii. Sebagai Contoh:
- Solat
- Berpuasa
- Zikir
- Doa

[UMUM]
i. Semua perbuatan manusia dalam kehidupan seharian
ii. Dilakukan semata-mata kerana Allah SWT
iii. Sebagai contoh:
- Muamalat
- Jihad
- Pendidikan

BAHAGIAN-BAHAGIAN IBADAH :

Qalbiyyah
* Ibadah yang berkaitan dengan hati seperti rasa khauf (takut), raja’ (mengharap), mahabbah(cinta), tawakkal (kebergantungan), raghbah (senang).

Badaniyyah Qalbiyyah
* Ibadah yang berkaitan dengan anggota fizikal dan hati seperti solat, zakat, puasa, haji dan jihad.

Lisaniyyah Qalbiyyah
* Ibadah yang berkaitan dengan lisan dan hati seperti tasbih, tahlil, takbir dan syukur.

KESAN-KESAN AMALAN IBADAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

01-Melahirkan kesatuan matlamat
Dapat memusatkan segala usaha amalan duniawi dan ukhrawi kepada Allah dan asas perpaduan umat islam

02- Membentuk Budaya hidup Islam
Mencorakkan budaya hidup muslim kerana terikat dan patuh kepada hukum dan peraturan Allah SWT dari sudut aqidah, ibadah dan akhlak

03- Mendidik individu supaya berlaku jujur
Mendidik jiwa supaya ikhlas dan tidak mengharapkan balasan daripada manusia serta jujur dalam melakukan sesuatu perkara

04- Menghasilkan kerja yang berkualiti
Pekerjaan yang didasari ibadah akan menghasilkan kerja yang berkualiti dan dapat memberi manfaat kepada manusia lain.

05- Melahirkan Perasaan Bebas
Melahirkan rasa bebas dari perhambaan daripada yang lain kepada Allah SWT. Seorang abid tidak akan tunduk kepada segala perintah yang bercanggah dengan perintah Allah SWT.

06- Membentuk Akhlak Dan Melatih Jiwa Yang Murni
Orang yang beribadah sentiasa melatih dirinya untuk tunduk dan patuh kepada segala perintah dan ingin mencari redha Allah SWT

07- Melahirkan al-Mad’u yang Produktif
Ibadah dilaksanakan dalam semua aspek kehidupan seperti bidang Ekonomi, Sosial, Pendidikan dan sebagainya.

08- Mendapat kebaikan di dunia dan akhirat
Segala perintah Allah SWT mengandungi hikmah. Segala perlakuan yang baik mempunyai nilai yang diberi ganjaran pahala dan kebaikan dunia dan akhirat

5)KEFAHAMAN BERDAKWAH

TAKRIF PENDAKWAH DAN KONSEP DAKWAH

Menurut Kamus Dewan, pendakwah bermaksud orang atau golongan yang menyebarkan ajaran sesuatu agama.

Pendakwah dalam bahasa Arab ialah Da’i iaitu orang yang memikul tanggungjawab dalam menyampaikan seruan dakwah.

Mad ’u pula merupakan orang yang ditujukan dakwah kepadanya atau disebut kumpulan sasar dakwah.

Dakwah pula adalah satu usaha menarik orang lain kepada agama Islam dan mengikut petunjuk dariNya serta menegakkan syariat-Nya di muka bumi ini. Begitu juga menyeru masyarakat agar mentauhidkan Allah SWT dengan ibadat dan amal ketaatan serta melepaskan diri daripada sebarang bentuk kongkongan selain daripada Allah SWT semata-mata.

Isi kandungan dakwah adalah Islam itu sendiri. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

إن الدين عند الله الإسلام
Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.”

SIFAT-SIFAT PENDAKWAH
Menguasai bidang ilmu pengetahuan
-ilmu pengetahuan islam
-ilmu sejarah
-imu kesusasteraan dan bahasa
-ilmu kemanusiaan
-ilmu sains
-ilmu pengetahuan am

Memiliki Kekuatan Iman
-keyakinan pendakwah terhadap agama Islam yang telah dikurniakan Allah kepadanya dan diperintahkan untuk mendakwahkannya

Memiliki Akhlak Yang Mulia
-Benar (al-sidq)
-Amanah
-Tidak mudah marah (al-hilm)
-Merendah diri (al-tawadu’)
-Kemuliaan (al-karam)

Mempunyai jati diri yang kukuh dan menarik
-Supaya pendakwah tidak mudah putus asa dan mundur ke belakang apabila berhadapan dengan sesuatu dugaan dan cabaran ataupun lari dari medan perjuangan

PERANAN PENDAKWAH
1)Peranan pendakwah sebagai saksi
- Bagi seorang pendakwah, mereka juga merupakan saksi atas segala yang telah dilakukan oleh sasarannya. Seorang pendakwah haruslah mengenali perbuatan sasarannya. Ini kerana mereka dipertanggungjawabkan untuk mengajak sasarannya melakukan kebaikan dan meninggalkan segala larangan. Semua perbuatan yang dilakukan oleh sasaran khususnya kejahatan akan diletakkan di atas bahunya sekiranya pendakwah tersebut tidak mengambil peduli atau melarang mereka dari melakukannya. Adalah menjadi satu dosa yang besar bagi pendakwah sekiranya mereka melihat sahaja kemungkaran yang dilakukan oleh sasarannya.

2)Peranan Pendakwah Sebagai Pembawa Berita Yang Baik
- Pendakwah seharusnya memberi khabar berita gembira kepada sasarannya dengan menyatakan bahawa mereka akan diberikan nikmat sekiranya melakukan apa yang disuruh.

3)Peranan Pendakwah Sebagai Pemberi Amaran
- Amaran yang dimaksud di sini ialah ancaman atau peringatan. Amaran atau ancaman haruslah diberikan kepada mereka yang berbuat dosa-dosa besar dan terus-menerus membuat kejahatan dengan tidak pernah bertaubat.

4) Peranan Pendakwah Mengajak Manusia Kepada Jalan Allah
- Pendakwah menyeru manusia kepada jalan Allah dengan mengakui tentang ke-Esaan Allah dan segala yang wajib bagi-Nya seperti sifat-sifat kesempurnaan. Selain itu pendakwah haruslah menyeru seluruh manusia agar menyembah Allah dan melakukan segala perkara yang boleh mendekatkan diri kepadaNya sama ada dalam keadaan rahsia mahupun terang-terangan.

CIRI-CIRI PENDAKWAH YANG UNGGUL

Melazimi zikir -> melazimi qiamulail -> keaslian aqidah -> sahihnya niat

Memahami konsep fiqh dakwah -> mengamalkan amar ma’rif nahi munkar -> meningkatkan amalan kerohanian -> sentiasa melakukan penyucian jiwa

KESAN DAKWAH FARDIYYAH TERHADAP DIRI DA'I
Kesan-kesan Dakwah Fardiyyah terhadap diri Al-Da’I

APA ITU DAKWAH FARDIYYAH?
Dakwah:

Bahasa : Jeritan, seruan atau permohonan.
Istilah : Mengajak seseorang agar beriman kepada Allah dan kepada apa yang dibawa oleh para Rasul-Nya dengan cara membenarkan apa yang mereka beritakan dan mengikuti apa yang mereka perintahkan.

Dakwah Fardiyyah

Doktor Bassam al-’Ammusy : Suatu percakapan yang diungkapkan kepada seorang individu sahaja
Ustaz Abdul Badi’ Saqqar : suatu percakapan yang diungkapkan kepada seorang individu sahaja ataupun kepada kumpulan kecil manusia
Konsentrasi dengan dakwah, atau berbicara dengan mad’u secara tatap muka atau dengan sekelompok kecil dari manusia yang memiliki ciri-ciri dan sifat-sifat khusus.

KESAN-KESAN DAKWAH FARDIYYAH

1. Mudah Terdorong
- Da’i mudah terdorong menunjukkan akhlak terbaik kepada individu yang disasarkan

2. Mudah memuhasabah diri
- Da’i mudah memuhasabah diri dan mengikis keaiban diri daripada terus bersebati dalam tabiat hariannya.

3. Mudah rasa malu
- Dai mudah merasa malu untuk terus melakukan dosa walaupun dosa kecil. Dai mudah berusaha meningkatkan diri menjadi lebih baik agar tidak terpantul imej buruk daripada cerminan akhlak kita.

4. Dijadikan Rujukan
- Dakwah Fardiyyah menghantar Da’i kepada situasi di mana dia dirujuk dengan pelbagai persoalan. Pada saat itulah, Allah SWT mengilhamkan kepada kita rasa seronok menambah ilmu dan menyampaikan ilmu.

5. Merasa Tidak Cukup
- Da’i akan merasa bahwa mempunyai kefahaman mendalam mengenai ilmu terutamanya ilmu fardu a’in mahupun kifayah merupakan satu keperluan.

6. Beroleh Pengalaman
- Dakwah Fardiyyah juga akan menghadiahkan pengalaman terutamanya berkaitan dengan kemahiran interpersonal atau hubungan kemanusiaan

SIKAP YANG PERLU DIELAKKAN OLEH DIRI SESEORANG DA`I

FUTUUR:
Terputus setelah terus menerus, diam setelah bergerak, sikap malas, lamban dan santai setelah sebelumnya giat dan bersungguh-sungguh. Faktor munculnya futuur adalah disebabkan oleh sikap berlebih-lebih dalam menjalankan aktiviti agama dan lebih mengutamakan hidup menyendiri.

ISRAAF:
Melakukan sesuatu tetapi tidak dalam rangka kebaikan, melampaui batas. Bererti berlebihan dalam melakukan dan memilih sesuatu. Antara penyebab bagi israaf ialah apabila menerima keluasan rezeki setelah sebelumnya mengalami kesulitan dan lalai terhadap perjalanan dakwah yang sedang dijalankan.

`USLAH/TAFARRUD:
Penjauhan atau pengasingan diri, menjauhkan sesuatu. `Uzlah ialah tindakan seseorang yang memilih hidup menyendiri daripada hidup bersama dengan orang lain. Seseorang da`i itu tidak peduli dengan kelanjutan dakwah yang dikerjakannya.

ITTIBA` UL HAWA:
Al-hawa:
Kecenderungan pada perkara yang disukai.
Keinginan jiwa pada perkara ii yang disenangi.
Rasa cinta seseorang terhadap sesuatu yang menguasai hatinya.

Beerti: mengikuti kata yang sangat mendalam tanpa mempertimbangkan syariat dan akibat.

ADAMUT-TATSABBUT AW AT-TABAYYUN
Al-tatsabbut: mencari hakikat dalam sesuatu masalah.

Al-tabayyun: tidak tergesa-gesa dalam suatu yang belum jelas.

`Adamut-Tatsabbut Aw At-Tabayyun: Sikap tergesa-gesa dalam menilai sesuatu tanpa didahului dengan upaya mencari kebenaran perkara tersebut.

FAUDHAL WAQTI:
Al-faudha: percampuran pelbagai perkara.

Faudhal Waqti: Mencampurkan pelbagai perkara pada satu tingkat kepentingan dan keuntungan.
Dalam pandangan Islam, bentuk faudhal waqti ini adalah seperti menyia-nyiakan waktu lapang tanpa kesibukan yang bermanfaat, menyibukkan diri dalam perkara yang tiada manfaat dan kebaikan dan meletakkan pekerjaan yang banyak dalam satu masa.

AL-MIRA WA-JADAL:
Bahasa Arab:
Al-mira: pertengkaran. / Al-jadal: perdebatan.

ISTILAH DAKWAH:
Al-Mira: sanggahan terhadap pembicaraan orang lain dengan cara menampakkan kecacatan.
Al-jadal: perdebatan yang bertujuan untuk membuatkan orang lain tidak berkutik, melemahkan dan menyatakan kekurangannya.
Faktornya: tidak memperhatikan etika pemberian nasihat, kecenderungan menganggap bahawa dakwah adalah soal
menang dan kalah dan menyibukkan diri dengan ilmu berdebat sebelum memperkukuh diri dengan kitab dan Sunnah.

CIRI-CIRI DAKWAH FARDIYYAH

1. Mukhatabah (perbincangan) dan muwajahah (tatap muka)
2. Istimrariyah (terjaganya keberlanjutan dakwah)
3. Berulang-ulang
4. Mudah dan boleh dilakukan oleh semua orang
5. Dapat menjaga diri daripada riya’ dan sum’ah
6. Memahami asas-asas dan rukun-rukun amal
7. Membantu mengungkap potensi sebenar
8. Adanya ikatan erat dan Kerjasama antara dua pihak
9. Daie mendapat pengalaman dan dapat membiasakan diri
10. Daie menjadi lebih berkemahiran dalam bidang dakwah
11. Daie akan sentiasa bermujahadah kerana tuntutan menjadi contoh teladan
12. Mad’u boleh menanyakan segala benda

USUL & SARANAN UNTUK PARA DAIE

Melaksanakan program tarbiah yang komprehensif dan evaluasi yang berkesinambungan terhadap setiap uslub dan wasilah dakwah.

Seterusnya, memberikan inspirasi dan spirit kepada mad'u melalui contoh-contoh yang bersumberkan kehidupan pada para sahabat Nabi s.a.w.

Wujudkan mutabaah(pemantauan) kepada mad'u sepanjang proses pembinaan

SKOP KERJA DAKWAH FARDIYYAH
PEMBENTUKAN MASYARAKAT YANG BAIK

Masyarakat yang baik itu dimaksudkan apabila keluarga tersebut mengamalkan akhlak yg baik Dan mengikuti etika Islam

PEMBENTUKAN KELUARGA MUSLIM

-didasari dengan asas yg utama (berpegang dengan agama)

-dihiasi dengan nilai akhlak islamiah

PEMBENTUKAN INDIVIDU MUSLIM

-rohani -sosial -fizikal -budaya -mental

PEMBENTUKAN KERAJAAN YANG BAIK

-hidup berasaskan akhlak akhlak yg telah ditetapkan oleh agama

MENYUMBANG UNTUK MENCAPAI PERPADUAN ISLAM

-wajib melaksakan sebagai menyahut perintah Allah supaya dapat dibina atas prinsip islam

-wajib menyampaikan seruan agama kepada manusia seluruhnya

PESANAN KHUSUS DAKWAH FARDIYYAH

-hendaklah memberi sepenuh perhatian mengikut perkembangan Dan membuat penilaian setelah dakwah fardiyah dilaksanakan

-diberikan panduan Dan tunjuk ajar terlebih dahulu

-mewujudkan hubungan Dan ikatan dengan mad'u

-memberikan kesempatan kepada mad'u untuk meminta penjelasan terhadapa kekeliruan

ETIKA DAN SYARAT DAKWAH FARDIYYAH
ETIKA DAN SYARAT DAKWAH FARDIYYAH
Syarat dan etika kemampuan pendakwah dalam  menajalankan dakwah,Gerakan dan organisasi dalam bidang dakwah fardiyyah
-menjalankan Gerakan dakwah
-mampu menjalankan sebuah Gerakan
-bergaul dengan masyarakat

Syarat dan etika dakwah
1.bergaul dan menyayangi masyarakat
-islam mengakui ia merupakan asas utama bagi seorang pendakwah
-untuk mencari keredhaan allah
-peluang bagi pendakwah untuk berkenalan dengan mad’u
-pendakwah mampu menjalankan dakwah fardiyyah secara khusus
-mengharapkan pahala daripada Allah

2.mampu memberi kesan kepada mad’u
-sifat yang wajib ada pada pendakwah kerana untuk melakukan Gerakan dawah berkait rapat dengan hubungan manusia

ANASIR YANG PERLU ADA PADA PENDAKWAH
-iman yang sangat kuat dan percaya dengan apa yang dia teladani
-akal yang sihat dan pemikiran yang sangat intelektual  dan mempunya kekuatan hujjah yang sangat kuat dalam menghuraikan sesuatu isu
-berlapang dada,tidak mudah terasa hati walaupun dikeji teruk
-mempunyai Bahasa komunikasi yang sangat baik

ANTARA ELEMEN OBJEKTIF YANG MENJADIKAN DAIE MEMPUNYAI PENGARUH YANG LEBIH BAIK TERHADAP MAD’U
1.dia mengahafal paling banyak alquran dan sunnah nabi Bersama dengan apa yang telah  dihafalnya dan dengan kemampuan untuk menyampaikannya kepada orang lain
2.ilmu yang baik yang mempunyai kajian yang teliti tentang perundangan islam.
ANTARA ELEMEN SUBJEKTIF DALAM MAD’U YANG MEMBUATKAN DIA LEBIH TERPENGARUH DENGAN APA YANG DIAJUKAN OLEH DAIE KEPADANYA
1.dia harus mempuntai tahap minat dan kesungguhan dalam apa yang dia lakukan dan ini adalah sesuatu yang daie mengambil kira semasa memilih mad’u
2.daie harus mempunyai kesanggupan untu mematuhi dan keinginan untu menyahut tuntutan kerja islam
3.daie perlu sanggup memberi sama ada dari segi ,masa,wang dan usaha

ANTARA ELEMEN OBJEKTIF YANG PERLU ADA PADA MAD’U UNTUK MEMBANTUNYA TERPENGARUH DENGAN APA YANG DIPANGGIL OLEH MAD’U
1.bahwa dia mempunyai tahap Pendidikan dan budaya yang membolehkannya untuk terus mengembangkannya dengan cara yang memberi manfaat kepadanya dalam soal agama dan persahabatannya
2.bahawa dia mempunyai tahap fiqh kerja berkumpulan dan bekerja secara umum demi islam dan kebangkitan umat islam
3.bahawa dia mempunyai budaya islam yang membolehkan dia mengetahui bahawa perintah,ketaatan,dan pengorbanan adalah jiwa setiap Tindakan islam dan sebab kejayaannya

3.mampu untuk berada dalam organisasi (parti)
1.TAUJIH
-daie mampu untuk menyelesaikan masalah mad’u untuk menghilangkan halangan yang menghalang kerja dakwah
-daie membuta perancangan gerak kerja dakwah untuk mad’u supaya meng hasilkan perkembangan yang positif kepada diri mad’u itu sendiri

2.TAUZIF
-daie perlu menjelaskan kepada mad’u tentang tugas yang perlu dilaksanakan
-daie menentukan tugas mad’u supaya dapat mematangkan mad’u dalam melaksanakan kewajipan tugas yang diberikan

3.TASNIF
-daie membentuk kumoulan kecil-kecilan untuk memudahkan prises pembahagian tugas
-membahagikan kumpulan ini untuk melihat kemampuan mad’u pada sudut keilmuan ,kerohanian,kejiwaan dan kemasyarakatan

WASAIL DAKWAH FARDIYYAH
WASILAH DAKWAH FARDIYYAH

PENGENALAN
•  Topik pada kali ini adalah mengenai Wasail Dakwah Fardiyyah atau cara-cara untuk mencapai objektif dalam Dakwah Fardiyyah. Cara untuk mencapai Dakwah Fardiyyah juga boleh diguna pakai untuk mencapai.Dakwah ‘Ammah/Jama’iyyah (Dakwah Umum – seperti dakwah di radio, televisyen, masjid dll). Walaubagaimanapun, terdapat wasilah yang boleh dikongsi dan tidak boleh dikongsi di antara dakwah fardiyyah dan dakwah umum kerana terdapat wasilah khas dan umum bagi setiap jenis dakwah . Namun, wasail semua jenis dakwah adalah sama  dalam berhajat kepada hikmah (bijaksana), nasihat dan peringatan yang baik dan berdebat/berinteraksi dengan baik antara satu sama lain.

DEFINISI
Maksud Wasilah : Adalah jalan yang diwajibkan yang hendaklah dilakukan oleh pendakwah.
•  Iaitu Jalan atau cara yang mesti dilakukan oleh seorang pendakwah ke jalan Allah untuk merealisasikan objektif dakwah. Perkataan
•  Wasail adalah jamak daripada perkataan Wasilah
Ditegaskan bahawa ( daie’ ila allah)tidak akan tercapai atau berjaya untuk diaplikasikan secara umum atau khusus kecuali dengan pemastian yang dilakukan oleh daie sebelum melakukan dakwah
Sekiranya ingin berjaya , daie harus memastikan kesesuaian wasilah dakwah yang digunakan kepada mad’u sesuai dengan kepentingan diri mereka.
Amatlah penting , bagi daie untuk memastikan wasilah yang digunakan sesuai bagi mad’u sebelum melakukan gerak kerja dakwah
Contohnya , sekiranya ingin berdakwah kepada orang yang jahil agama seperti penagih dadah , maka wasilah dakwah yang sesuai adalah dengan membawa mereka mengenali ilmu asas agama serta memberi kesedaran kepada mereka tentang pentingnya agama di dalam sesebuah kehidupan.

Kesesuaian Wasilah.
1.  Wasilah dengan Dakwah.
-  Dakwah umum dan dakwah fardhiyyah mempunyai setiap peringkat yang berbeza.
-  Setiap peringkat daripadanya mempunyai cara yang berbeza mengikut mad’u dan dai’e . Dai’e perlu mengetahui apakah perkaitan antara setiap marhalah dan dakwah serta menggunakan cara yang sesuai mengikut wasilah takrif yang digunakan kepada mad’u.

2.  Wasilah dengan Mad’u.
-  Dakwah yang diberikan perlu sesuai dengan mad’u kerana setiap daripada mad’u berbeza dari segi apa yang mereka perlukan seperti rohani, mental ,fizikal dan keadaan sekeliling mereka. Sebagai seorang dai’e perlulah mengambil berat mengenai hal mad’u sebelum melakukan gerak kerja dakwah.

3.  Wasilah dengan Daie.
-  Dai’e itu sendiri seharusnya menggunakan lebih daripada satu wasilah agar dakwah tersebut dapat berjaya dengan sendirinya. Namun , juga perlu diingati bahawa setiap kejayaan yang dicapai tidak dapat dicapai tanpa keredhaan Allah SWT.

Sebab Kejayaan Dakwah Umum dan Dakwah Fardhiyyah.
-  Membuat kajian mengenai keadaan mad’u itu sendiri.
-  Membuat kajian tentang masyarakat sekeliling tentang bagaimana mereka mengamalkan dakwah daripada pelbagai nilai moral, budaya, politik dan lain-lain.
-  Mengkaji realiti dakwah itu sendiri dan mencari pengalaman daripada pendakwah sebelumnya tentang bagaimana mereka melakukan kerja dakwah, berhenti atau mengubah suai mengikut keadaan yang tertentu.
-  Melakukan dakwah mengikut syariat yang ditetapkan serta mendidik diri dai’e itu sendiri agar terus melakukan dakwah untuk menuju jalan allah bersama-sama mad’u.

CARA UMUM UNTUK DAKWAH FARDIYYAH
1. Pendakwah mengetahui apa yang ingin disampaikan.
Dalam Al-Quran, Allah berfirman: (Katakanlah, ˹Wahai Nabi,˺ “Inilah jalanku. Aku mengajak kepada Allah dengan hujjah, aku dan orang-orang yang mengikutiku. Maha Suci Allah, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang musyrik.”)   (Surah Yusuf, Ayat 108)
Ilmu yang dituntut dalam dakwah individu ialah ilmu yang mesti disertai (diikuti) dengan amal soleh, dengan merealisasikan rukun iman, rukun Islam, adil, ihsan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, serta mengamalkan perkara tersebut sebagai amalan praktikal mengenai apa yang dilihat oleh orang yang didakwah kepada pendakwah, dan orang yang didakwah itu kemudiannya mempraktikkan amalan itu kepada dirinya sendiri.
2. Pendakwah perlu ada pengetahuan umum
Hal ini supaya dia mengetahui dengan baik arus (aliran) budaya setempat  di negara atau negeri  tempat dia melakukan seruan,  dan menguruskan  arus ini pada seruan Islam dan mendakwahnya kepada Tuhan, sama ada pendakwah itu patuh, berperang sungguh, atau diam?
Apa yang  mesti dibuat oleh pendakwah  ini adalah berdoa untuk mempunyai pengetahuan yang baik tentang keadaan dunia Arab dan Islam, dan mengetahui ciri-ciri dakwah masa ini yang munasabah tentang keadaan seluruh dunia.
Pendakwah harus mengetahui  prinsip orang yang menganut agama lain mengenai pandangan mereka kepada Islam, kemudian barulah pendakwah boleh mengajak mereka. Allah Yang Maha Kuasa berfirman: “Dengan apa yang diwahyukan kepada kami dan diwahyukan kepada kamu, dan Tuhan kami dan Tuhan kamu adalah satu, dan kepada-Nya orang Islam itu berserah diri.” (Surah Al-Ankabut : ayat 46)

3. Menghubungkan orang yang didakwah ke masjid
Pendakwah hendaklah menghubungkan orang yang didakwah itu ke masjid. Contohnya,mengajaknya  untuk melaksanakan kewajiban di dalamnya, menziarahinya dalam pelbagai keadaan dan kesempatan, mengajarinya adab memasuki masjid dan adab meninggalkannya, dan meneranginya dengan fiqh i'tikaf (cara beriktikaf), syarat dan adabnya.
Menghubungkan orang yang didakwah itu ke masjid dan melatihnya untuk terlibat dalam aktiviti di masjid, sama ada aktiviti ini budaya atau sosial, adalah cara dakwah individu yang baik, jadi pendakwah tidak akan mencari apa-apa untuk membantunya membimbing dia dan menggalakkan dia kepada kebajikan dan ketakwaan seperti masjid, kerana ia adalah rumah Allah dan tempat pertemuan bagi orang Islam lima kali pada siang dan malam.

4. Menempatkan al-mad’u pada lingkungan kaum muslimin yang baik
1.  Da’I harus menempatkan al mad’u pada lingkungan kaum muslimin yang baik,yang memahami  agama mereka,memiliki perhatian terhadap amal islami dan dakwah serta harakah islamiyyah,mempunyai kesetiaan yang tinggi terhadap amal islami dan mematuhi tuntutan-tuntutannya,merasa bangga menisbatkan diri kepada Islam,akhlaknya,dan adabnya.

2.  Da’i memilih lingkungan yang demikian untuk memudahkan jalinan hubungan antara al mad’u dan mereka,sebab metode seperti ini akan memudahkan penerima dakwah dalam menempuh jalan dakwah dan membantunya untuk memenuhi panggilan dan seruan dakwah.

3.  Da’I yang professional akan dapat menempatkan penerima dakwah pada lingkungan orang-orang yang baik,mengajaknya mengadakan pertemuan dengan mereka dalam pelbagai perbincangan dan dialog,sehingga dia dapat mempelajari adab berbincang dan berdialog,adab bergaul dengan orang-orang pandai,para ulama,serta orang-orang utama dan ahli kebajikan dari kalangan kaum muslimin.

WASILAH KHUSUS DAKWAH FARDIYYAH
Antara wasilah-wasilah khusus yang paling menonjol seperti berikut :-
A)Hubungan peribadi dengan mad’u
1.  Hubungan ini bermula dari ta’aruf,lalu diteruskan dengan perkenalan yang lebih dekat,yang menjadikan hubungan antara penerima dakwah dan da’I bagaikan lembaran kertas yang bersih,tidak tertutup oleh sesuatu pun.Tahap ta’aruf ini harus menumbuhkan rasa saling menyayangi,saling mencintai,dan saling memahami.
2.  Hubungan peribadi yang demikian akan menimbulkan rasa cinta,mudah melaksanakan amal untuk islam,cinta amal jama’I,dan seterusnya menumbuhkan rasa persaudaraan (ukhuwah) kerana Allah dan saling bertemu dalam rangka melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT.
3.  Persaudaraan ini terikat dengan adab-adab Islam,dan untuk lebih mendekatkan serta mengakrabkan haruslah terlebih dahulu memenuhi kewajipan-kewajipannya iaitu sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi saw.

Dalil :-
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم حَقُّ اَلْمُسْلِمِ عَلَى اَلْمُسْلِمِ سِتٌّ: إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ, وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ, وَإِذَا اِسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْهُ, وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اَللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ, وَإِذَا مَاتَ فَاتْبَعْهُ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ
"Hak seorang Muslim atas Muslim lainnya ada enam: (1) Jika engkau bertemu dengannya, maka ucapkan salam, dan (2) jika dia mengundangmu maka datangilah, (3) jika dia minta nasihat kepadamu berilah nasihat, (4) jika dia bersin dan mengucapkan hamdalah maka balaslah (dengan doa: Yarhamukallah), (5) jika dia sakit maka kunjungilah, dan (6) jika dia meninggal maka antarkanlah (jenazahnya ke kuburan).” (HR. Muslim).”

B) Pengertian yang baik terhadap kecenderungan al mad’u
1.  Maksudnya ialah pengetahuan dai terhadap jiwa al mad’u beserta semua sifat, watak, kecenderungannya, kelebihannya, kekuatannya dan kelemahannya.
2.  Pengetahuan ini adalah kunci untuk membuka hati al mad’u.
3.  Keberhasilan hubungan antara seorang dai dan penerima dakwah bergantung pada pengetahuannya tentang cara menggali tabiat manusia.

Antara cara yang boleh dilakukan oleh para dai untuk mengetahui keadaan jiwa manusia serta aman daripada kesimpangsiuran pendapat dan kekeliruan adalah dengan:
-  merenungkan ayat-ayat Al-Quran dan Al-Karim  yang membicarakan jiwa manusia
-  mencari perbuatan dari kitab-kitab tafsir yang besar. Contohnya seperti  Ath Thabari.

Dalil :-
Al-Quran (surah Asy Syams: 7-10)  Maksudnya,
“ dan jiwa serta penyempurnaanya (ciptaanya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaanya, sesungguhnya berungtunglah orang yang menysucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”

C) Sabar terhadap mad’u
1.  Wasilah ini merupakan keharusan bagi Setiap pendakwah yang mengambil bahagian dalam bidang dakwah Islam ini.

2.  Sabar juga merupakan keharusan bagi setiap orang dalam menghadapi kehidupan sesama makhluk.

3.  Nilai seorang dai akan dapat dilihat setelah dai itu sendiri bergaul dengan orang lain seperti orang yang baik, orang yang suka melanggar perintah, bergaul dengan orang yang mukmin dan kafir ataupun bergaul dengan orang soleh atau thalih iaitu baik dan jahat.

•  Menghayati kehidupan para penyeru yang telah dipilih Allah dari makhluk-NYA yang baik-baik seperti para Nabi dan Rasul. Hal ini dikatakan kerana para Nabi dan Rasul sabar dalam menanggung beban dakwah dan dalam menghadapi kebencian para penerima dakwah.
•  Oleh itu, dai seharusnya mempergauli al mad’u dengan kesabaran yang baik kerana pernah berlaku penerima dakwah menolak atau meninggalkan dai.
•  Bersabar ini merupakan wasilah yang paling baik dalam dakwah fardiyyah kerana dengan cara tersebut dai akan dapat merealisasikan tujuan dan sasaran dakwah ke jalan Allah.

ADAB DAN SYARAT DAKWAH FARDIYYAH
SYARAT DAN ADAB KEPADA MAD’U ILALLAH

Pengenalan Dakwah Fardiyyah
Dakwah adalah kewajipan bagi setiap muslim. Dakwah adalah pekerjaan mulia sebab ianya merupakan amalan para Rasul Allah (s.a.w.), dan Rasul Allah (s.w.t.) semulia-mulia manusia. Membawa manusia ke jalan Allah (s.w.t.) boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan pendekatan, di antaranya melalui pendekatan dakwah fardiyah.

Dakwah Fardiyyah adalah pendekatan dakwah secara khusus dan peribadi kepada individu-individu tertentu. Pendekatan dalam bentuk ini dapat membantu seorang da’i mengenali diri setiap mad’u, mengetahui kedudukan sosial mereka, kedudukan ilmu, iman, kefahaman, pengamalan mereka dan lain-lain.

1) HENDAKLAH PADA SESEORANG MAD'U ITU BERSEDIA UNTUK MEMERIMA TEGURAN DAN BERTEGUR SAPA
Golongan Yang Diajak Kepada Dakwah :

-mukmin yang melakukan amal soleh : Orang yang beriman kepada Allah S.W.T.
•Hendaklah mad'u itu mukmin yang melakukan amal soleh dengan cara menerima segala apa yang Allah perintahkan dan meninggalkan larangan Allah.

-munafik : Kumpulan yang dicela dalam al-Quran sebagai Muslim zahir yang secara dalaman menyembunyikan kekufuran dan memusuhi Islam.
• Orang munafik menzahirkan bahawa dia seorang Muslim namun pada masa yang sama, dia memusuhi Islam dengan menunjukkan kebaikan ketika di khalayak ramai dan menyembunyikan kebatilannya.

-mu'anid ( orang yang menetang )
• mereka yang mengetahui apa yang disampaikan itu kebenaran tapi mereka memilih untuk menentang kebenaran tersebut

- annafa' ( optunis )
• mereka yang memerima sesuatu jika apa yang diterima itu mendatangkan manfaat untuk mereka
• dan jika apa yang akan diterima itu tidak memdatangkan manfaat untuk mereka , merekaemilih untuk tidak memerimanya

2- Hendaklah mad’u mampu utk menyahut / menanggung tuntutan gerakan Islam.
•Tuntutan masa (sanggup korbankan masa)
• Tuntutan tenaga (untuk gerakan Islam)
• Tuntutan dalam berkorbankan apa sahaja
Contohnya, anwar sada’(presiden Mesir) tahu bahawa tentera mesir sangat lemah ketika berhadapan tentera Israel, jadi anwar sada’ bekerjasama dengan ikhwanul muslimin untuk mempertahankan agama dan Negara lawan Israel, akhirnya dapat semula tawan bumi Sinai. Kemudiannya dia terpedaya dengan janji manis orang Israel dan bertindak membunuh ikhwanul muslimin
• Tuntutan ketaatan kepada Allah taala utk buat semua yg disuruh oleh gerakan Islam
• Tuntutan utk tk lari dari perjuangan Islam yg tinggi
•Bersedia untuk percaya kepada pemimpin
•Ikhlas (bukan kerana inginkan keduniaan, tapi kerana nak angkat agama Allah S.W.T)

3) Hendaklah mad’u mempunyai sifat berkeinginan tinggi untuk patuh pada syariat Islam.
- Mad’u mestilah mempunyai keyakinan yang tinggi untuk memahami dan mendalami Islam agar menjadi masyarakat yang bertanggungjawab.
- Sekiranya mad’u tidak ikhlas menerima ajaran Islam dan menerima secara terpaksa, maka mad’u tersebut akan bersifat seperti melepaskan batuk di tangga dan tidak mempunyai sifat bertanggungjawab dalam menyebarkan agama Islam.

4)MADU SUKA LAKUKAN GERAKAN ISLAM -

-kebiasaanya masyarakat sekarang kurang berminat untuk buat gerakan islam,kerana takut diuji dengan ujian.

-Jadi masyarakat sebegini tidak boleh untuk diajak dalam gerakan islam kerana tiada cinta untuk memartabatkan islam.

-Sebagai dai’ hendaklah bertanggungjawab dalam memberi tunjuk ajar kepada mad’u,contohnya memberikan muqadimmah dalam usrah dan mengajak mad’u dengan cara yang baik.

Kesimpulan yang dapat kita pelajari daripada syarat dan adab kepada mad'u ini adalah, mendapat banyak natijah seperti mempertingkat dan memperbaiki cara kita berdakwah kepada orang orang lain.

Dakwah Fardiyyah sangat penting dalam membentuk jati diri dalam membina aspek roh, akal dan akhlak.

Dengan syarat dan adab ni kita juga dapat memperbaiki rohani mad'u.
Kita juga dapat mengetahui langkah mendidik akal dan akhlak mad'u supaya lebih dekat dengan allah.

Akhir sekali kita dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang sesat dan jahil serta mengelak daripada menjadi orang yang fasik.