Kebersihan diri amat penting dalam kehidupan kita kerana kebersihan menjamin kesihatan diri yang sempurna. Oleh itu, kita mestilah menjaga kebersihan diri agar kita dapat hidup dengan gembira dan bebas daripada penyakit yang memudaratkan.
Kita mestilah mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari kerana mandi merupakan satu rutin harian yang tidak dapat kita elakkan. Hal ini kerana mandi dapat membebaskan tubuh kita daripada dihinggapi kuman dan mengalami masalah bau badan. Kita hendaklah membersihkan semua anggota badan dari hujung kepala hingga hujung kaki dengan sabun dan air yang bersih. Tidak ketinggalan juga kita mestilah mencuci rambut menggunakan syampu untuk mengelakkan rambut berkelemumur dan berkutu.
Selepas mandi, kita mestilah memakai pakaian yang bersih. Pakaian yang kita pakai mestilah ditukar setiap hari agar kita sentiasa kelihatan kemas dan bersih. Penampilan diri yang kemas dan bersih juga mencerminkan keperibadian kita. Pakaian yang kotor mesti dicuci agar tidak berbau atau mempunyai kesan tompok-tompok hitam akibat terperap. Kawan-kawan akan menjauhi dan menghindari daripada berkawan dengan kita jika penampilan diri kita tidak terjaga apatah lagi kotor dan berbau tidak menyenangka
Selain itu, kita mestilah memotong kuku tangan dan kaki yang panjang. Hal ini demikian kerana kuman mudah membiak di celah-celah kuku tangan dan kaki yang panjang. Jika kuku tangan kita kotor dan berkuman, kita pasti akan mengalami keracunan makanan kerana apabila kita makan kuman akan masuk sekali melalui tangan kotor yang digunakan untuk menyuap makanan. Kuku tangan dan kaki juga tidak menyenangkan pandangan orang lain jika berkeadaan yang terlalu panjang dan tidak terjaga serta terdapat kekotoran di celah-celahnya.
Bukan itu sahaja, kita perlu menggosok gigi tiap-tiap hari sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Hal ini kerana kebersihan mulut perlulah dijaga untuk mengelakkan masalah bau mulut kerana mulut memainkan peranan yang penting apabila digunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain . Kita juga hendaklah berkumur selepas makan agar sisa makanan tidak melekat di celah-celah gigi dan boleh mengakibatkan pembiakan bakteria dan plak yang boleh meyebabkan gigi kita mudah rosak dan reput. Kita hendaklah membuat pemeriksaan gigi secara berkala sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk memastikan gigi kita sentiasa sihat dan kuat.
Di samping itu, kita mestilah menjaga kebersihan kawasan tempat tinggal. Persekitaran tempat tinggal yang bersih mencerminkan imej dan personaliti kita. Orang yang bersih akan disenangi oleh orang lain. Justeru, kita perlu menanam tin-tin kosong, membersihkan longkang yang tersumbat dan memastikan sampah sarap dibuang ke dalam tong sampah bagi mengelakkan pembiakan haiwan perosak.  Tikus dan lalat boleh membawa jangkitan penyakit kepada kita.
Pendek kata, kebersihan adalah asas kepada kesihatan. Jika kita menjaga kebersihan diri, kita tidak akan mudah dijangkiti penyakit yang mendorong kita daripada dilanda kegelisahan. Tidak ketinggalan juga, kebersihan adalah salah satu kunci kebahagiaan yang mendorong kita kepada kualiti hidup yang lebih baik dan ceria serta aman sentosa.
“Kesihatan melambangkan kekayaan” dan “Badan sihat, otak cerdas” sering diungkapkan oleh orang ramai. Oleh itu, kesihatan amat penting kepada kita dan kita wajar menjaganya dengan sempurna. Kita sanggup melakukan pelbagai aktiviti untuk mencapai tahap kesihatan optimum seperti mengambil pelbagai produk kesihatan dan ubat-ubatan.
Langkah pertama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. Justeru, kita harus mengambil makanan daripada semua kelas makanan pada kadar yang betul seperti yang disyorkan oleh piramid makanan. Antara makanan yang berkhasiat termasuklah sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan vitamin, bijirin, buah-buahan, hidupan laut, dan hasil tenusu yang membekalkan protein. Kita harus memastikan bahawa kita hanya mengambil makanan yang berkualiti sahaja.
Selain pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat, kita perlu beriadah dan melakukan senaman atau bersukan. Hal ini perlu ditekankan sekiranya kita jarang melakukan kerja berat. Dengan beriadah atau bersukan, kita dapat menggerakkan otot badan dan membolehkannya berfungsi dengan baik. Di samping itu, kita juga dapat membakar lemak yang berlebihan dan mengeluarkan peluh. Aktiviti bersenam juga dapat melancarkan pengaliran darah dalam tubuh ke jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung.Seseorang individu mestilah menjalankan aktiviti fizikal seperti bersenam sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu dan 20 minit bagi setiap sesi. Hal ini demikian kerana bersenam akan dapat menyihatkan tubuh badan di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal. Pihak kerajaan menggalakkan masyarakat melakukan aktiviti sukan untuk mencegah seseorang daripada menghidapi kencing manis, sakit jantung, dan tekanan darah tinggi. .
Tambahan pula, kita mestilah menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun. Hal ini bertujuan untuk memastikan tubuh badan berada dalam keadaan yang baik tanpa sebarang penyakit. Pemeriksaan kesihatan mestilah kerap dilakukan supaya dapat memulakan rawatan dari peringkat awal sekiranya didapati menghidap sebarang penyakit.
Di samping itu, setiap individu mestilah mendapatkan tidur dan rehat yang cukup. Dalam kesibukan menjalani aktiviti harian, keperluan tubuh badan tidak wajar diabaikan. Tubuh badan kita memerlukan rehat yang secukupnya untuk terus berfungsi dengan baik. Tanpa rehat yang secukupnya, tubuh badan akan menjadi letih dan lesu sekaligus menyebabkan semua aktiviti tergendala. Oleh itu, rehat dan tidur yang cukup amat diperlukan.
Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah dengan mempunyai rehat dan tidur yang secukupnya. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari. Kita juga harus berehat bagi mengekalkan kesihatan yang stabil. Orang yang tidak mempunyai rehat yang cukup tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja yang dilakukan dan melaksanakannya dengan baik. Malah mereka mudah berasa letih dan senang jatuh sakit. Oleh yang demikian, masa sekurang-kurangnya lapan jam sehari diperuntukkan untuk berehat dan tidur amat perlu ditekankan.
Kesimpulannya, kerajaan amat menitikberatkan kesihatan rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan di samping melancarkan kempen “Rakyat Sihat, Negara Maju.” Rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan menjadi pekerja yang produktif. Justeru, setiap rakyat harus bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri seperti kata cogan kata mencegah lebih baik daripada merawat
Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Setiap pelajar diwajibkan supaya menyertai sekurang-kurangnya satu daripada setiap aktiviti tersebut. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang menyertainya. Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak mengecewakan. Mereka menyertai aktiviti kokurikulum dengan sambalewa bagaikan melepaskan batok di tangga. Hal ini amat membimbangkan kerana usaha untuk melahirkan modal insan yang holistik dan seimbang tidak dapat dicapai melalui bidang kurikulum sahaja tanpa penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum. Pelbagai nilai murni dapat dipupuk dalam diri pelajar seperti saya melalui aktiviti kokurikulum. Falsafah Pendidikan Negara menegaskan sebanyak 16 nilai murni masyarakat Malaysia terdapat dalam sistem pendidikan kita. Sebenarnya, apakah faedah-faedah yang saya peroleh daripada aktiviti kokurikulum yang telah saya sertai?
Salah satu faedah aktiviti kokurikulum yang tidak dapat dikesampingkan ialah nilai kepemimpinan dapat disemai dan subur dalam diri saya walaupun saya belum cukup keras ubun-ubunnya. Hal ini penting supaya negara kita tidak ketandusan pemimpin yang berkualiti pada masa hadapan kerana generasi muda pada hari ini merupakan bakal pemimpin negara. Yang paling nyata melalui kegiatan kokurikulum, terdapat pelajar yang dilantik atau dipilih sebagai pucuk pimpinan dalam organisasi mereka sama ada sebagai pengerusi, setiausaha atau bendahari. Dalam konteks ini, pelajar telah diasuh dan diasah sebagai insan yang bertanggungjawab, berkeyakinan, amanah, dedikasi dan berupaya berinteraksi dengan anak buahnya. Unsur-unsur tersebut dan pengalaman dalam memimpin ini dapat menjadikan mereka sebagai pemimpin yang berwibawa dan dihormati kelak. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan, saya telah dilantik sebagai pengerusi bagi Persatuan Bahasa Melayu di sekolah. Sepanjang saya menjadi pengerusi bagi persatuan ini, saya dapat mempelajari cara untuk menjadi seorang pemimpin. Saya berpeluang untuk merancang pelbagai aktiviti yang menarik bersama dengan pasukan saya dan guru-guru penasihat saya untuk menjayakan persatuan ini. Bukan itu sahaja, saya turut dapat menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam persatuan saya. Dengan memperoleh pengalaman-pengalaman ini, saya akan menjadi lebih bijak dalam menguruskan sesuatu pekerjaan tanpa bantuan guru-guru mereka. Tegasnya, nilai kepemimpinan dapat dipupuk dalam diri saya melalui aktiviti kokurikulum yang saya ceburi.
Kupasan dan huraian tentang manfaat aktiviti kokurikulum tidak harus ada titik noktahnya, maka sebagai meneruskan kesinambungan kupasan, moleklah andai kata ditinjau pula dari aspek kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan nilai perpaduan antara kaum dalam jiwa saya. Perpaduan amat penting dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur terutamanya dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia. Setiap persatuan dan kelab mempunyai banyak ahlinya. Ahli-ahli tersebut terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Nilai perpaduan dapat dipupuk apabila saya bersatu dengan rakan yang berbangsa lain dalam sesuatu kegiatan. Sebagai contohnya, saya dan rakan saya yang berbangsa Cina dan India mewakili pasukan kami untuk bertanding dalam acara sukan yang diadakan setiap tahun seperti dalam pasukan bola jaring. Dalam perlawanan bola jaring, kami akan bersatu dan bekerjasama ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mencapai kejayaan pasukan. Secara tidak langsung, hubungan saya dengan rakan seperjuangan yang berlainan kaum akan bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana bersatu teguh bercerai roboh. Kami akan saling menghormati walaupun warna kulit, agama dan bangsa kami berlainan. Dengan ini, sebarang perselisihan faham dapat dielakkan dan kehidupan yang harmoni dan humanis dapat dilahirkan. Saya juga dapat berkomunikasi dengan baik bersama mereka walaupun berlainan agama atau kaum. Ringkasnya, penglibatan saya dalam kegiatan kokurikulum mampu mewujudkan perpaduan serta mengikis sentimen perkauman dalam diri saya.
Menyingkap dari perspektif yang lain, aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk nilai berdikari dalam diri saya. Berdikari membawa maksud keupayaan bertindak sendiri, berkeyakinan dan cekal dalam menghadapi pelbagai dugaan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa segolongan pelajar pada hari ini tidak mempunyai sikap berdikari atau kendiri kerana kehidupannya dilingkari dengan kemewahan dan sering dimanjakan oleh ibu bapa mereka. Segala urusan kehidupan mereka seperti mencuci pakaian, pinggan mangkuk dan mengemas bilik sendiri pun dilakukan oleh pembantu rumah mereka. Dalam aktiviti kokurikulum, nilai berdikari boleh ditanam melalui penyertaan dalam pasukan beruniform. Saya telah menyertai pasukan beruniform Pandu Puteri di sekolah saya. Lazimnya, pasukan beruniform ini akan menganjurkan pelbagai kegiatan tahan lasak atau kegiatan di luar sekolah, seperti aktiviti berkelah, berkhemah, berkembara atau ekspedisi. Dalam kegiatan yang sedemikian, setiap peserta perlu menguruskan rutin hidupnya tanpa bantuan ahli keluarga. Sebagai contoh, saya perlu memasak, mencuci pakaian dan mendirikan khemah sendiri. Lantaran itu, saya tidaklah menjadi seperti burung dalam sangkar yang hanya disuap nasi tanpa diberi kebebasan untuk hidup berdikari. Lebih-lebih lagi, dengan menganggotai pasukan beruniform saya lebih berdikari berbanding dengan pelajar lain. Izharlah bahawa nilai berdikari dapat dipupuk melalui penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum yang saya sertai.
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum saya juga dapat membentuk disiplin diri saya. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Disiplin juga dapat membentuk sikap tanggungjawab seseorang pelajar. Sikap melepaskan batuk di tangga dapat dihapuskan apabila seseorang pelajar diberi kepercayaan dan amanah untuk menyandang sesuatu jawatan yang penting dalam unit beruniform, kelab dan permainan. Peraturan yang ditetapkan dalam unit beruniform bertujuan untuk membentuk disiplin diri dan melatih mereka supaya berperibadi tinggi dan luhur. Sebagai contohnya, saya akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya. Contoh yang lain, apabila hendak menjalani latihan sukan atau bahas, saya mesti menepati masa. Jika terlewat, saya akan rugi kerana masa itu emas. Saya juga tidak akan terlibat dalam masalah kebejatan sosial seperti melepak, menagih dadah dan vandalisme kerana memounyai disiplin diri yang tinggi. Pendek kata, pembentukan disiplin diri yang tinggi dapat saya capai melalui penyertaan aktiviti kokurikulum.
Berdasarkan cambahan minda yang telah dinyatakan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa kegiatan kokurikulum amat berfaedah kepada saya terutamanya dalam aspek pemupukan pelbagai nilai murni. Tanpa penerapan nilai-nilai murni dalam jiwa generasi muda sudah pasti usaha pembangunan negara akan terbantut kerana mereka merupakan jentera penggerak kemajuan negara pada masa hadapan bak kata cogan kata, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, para pelajar perlulah memanfaatkan masa yang terluang dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Namun begitu, kita tidak seharusnya mengharapkan usaha generasi yang baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang semata-mata. Jadi, semua pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia perlulah menggembleng tenaga untuk memastikan para pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Dengan ini, usaha untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat menjadi kenyataan dan bukannya sekadar omongan kosong. Benarlah kata mutiara sarjana, “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah generasi mudanya pada hari ini.
Kecemerlangan dalam bidang akademik merupakan idaman dan impian setiap pelajar. Pelajar cemerlang merupakan aset negara. Golongan pelajar seperti inilah yang akan mencorakkan masa depan negara.
Antara ciri utama pelajar cemerlang ialah pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang akademik. Pelajar cemerlang sentiasa memberikan tumpuan terhadap pelajaran dan proses pembelajaran di sekolah. Pelajar seperti ini akan membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan. Justeru, pelajar cemerlang akan belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan seperti kata peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Selain itu, pelajar cemerlang ialah pelajar yang mengutamakan disiplin diri. Disiplin merupakan penentu kejayaan seseorang dalam kehidupan. Pelajar cemerlang  sentiasa mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa. Oleh hal yang demikian, pelajar yang berdisiplin tidak akan mendekati gejala sosial yang merugikan agama, bangsa dan negara.
Pelajar yang cemerlang juga merupakan pelajar yang cergas dalam kegiatan kokurikulum. Pelajar cemerlang akan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti luar bilik darjah secara aktif seperti kegiatan-kegiatan persatuan, badan beruniform, permainan dan sukan. Pelajar cemerlang sedar bahawa penyertaan mereka dalam aktiviti tersebut akan dapat menyihatkan tubuh badan mereka. Badan yang cergas akan membina otak yang cerdas.
Seterusnya pelajar cemerlang ialah pelajar yang yang bijak menguruska masa kerana masa itu emas dan sangat berharga jika dimanfaatkan sebaiknya. Pengurusan masa yang terancang membolehkan segala kerja dan program berjalan dengan lancar. Pelajar seperti ini akan menyediakan waktu belajar peribadi di rumah. Pelajar yang merancang jadual waktu sudah pasti dapat menyiapkan kerja rumah, kerja kursus  dan membuat ulang kaji secara sistematik.
Ijmalnya, mentimun dan pisau di tangan kita. Justeru, kitalah yang wajar mencorakkan nasib dan masa depan kita, bukannya orang lain. Oleh itu, berusahalah membalas jasa kedua-dua orang tua kita yang tersayang dengan menjadi pelajar cemerlang.
Keselamatan dan ketenteraman awam adalah amat penting kepada pembangunan sesebuah negara. Bincangkan peranan semua pihak dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman negara terus terjamin.
Meminjamkan kata-kata daripada pepatah Arab yang bermaksud,  “Kasih akan watan sebahagian daripada iman” membuktikan bahawa tanggungjawab terhadap negara adalah menjadi suatu kewajipan yang mutlak kepada setiap orang. Kasih akan negara membawa maksud kesanggupan untuk menjaga dan melindungi negara daripada sebarang ancaman yang boleh memporak-perandakan keamanan dan ketenteraman dalam negara. Dalam konteks negara kita Malaysia, setiap warganegara dituntut agar memberikan komitmen yang tinggi untuk mempertahankan tanah air daripada sebarang ancaman. Kejayaan negara sama ada dalam aspek politik, ekonomi mahupun sosial adalah bergantung kepada sejauh mana kesanggupan rakyat untuk melindungi negara daripada sebarang anasir perosak.  Dengan hal yang demikian, semua lapisan masyarakat hendaklah menyumbangkan peranan dengan berdasarkan kapasiti masing-masing demi melahirkan sebuah negara Malaysia yang aman, selamat, dan makmur.
Dalam konteks keamanan yang hakiki, tanggungjawab yang utama hendaklah dipegang oleh pihak pemerintah yang telah dipilih oleh rakyat sebagai pemimpin negara. Pemimpin ialah saf depan yang perlu melindungi negara daripada sebarang ancaman sama ada luar mahupun dalam negara. Kegagalan pemimpin mempertahankan solidariti negara boleh menyebabkan sistem pemerintahan menjadi kucar-kacir, kesejahteraan rakyat akan terancam, malahan sistem ekonomi dan siasah negara akan terbantut. Hal yang demikian dengan jelas dapat dilihat di beberapa wilayah di dunia, seperti di Timur Tengah, negara-negara Afrika, Asia Tengah dan wilayah Balkan yang tidak pernah kebah daripada peperangan. Sebenarnya, pemimpin menanggung amanah yang besar untuik merancangkan strategi pertahanan negara dengan mengenal pasti siapakah kawan dan siapakah lawan? Oleh itu, jalinan kerjasama politik dan diplomatik sama ada dengan tetangga mahupun di luar wilayah hendaklah dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Selain itu, para pemimpin hendaklah peka dan sentiasa berwaspada terhadap segala perubahan senario politik, sama ada wilayah, serantau, mahupun antarabangsa dengan mengamalkan sikap berjaga-jaga dan berwaspada, bak kata pepatah Melayu ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis.
Pasukan keselamatan merupakan sayap kanan dan jentera kepada agenda keselamatan sesebuah negara. Dalam siasah merekalah segala strategi pertahanan negara diprogramkan. Semua selok belok dan strategi musuh sama ada dalam mahupun luar perlu diketahui dengan lengkap oleh pasukan keselamatan. Pasukan keselamatan yang terdiri daripada angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Gerak Am dan RELA adalah bertanggungjawab menjadi benteng hadapan negara daripada sebarang ancaman musuh dari luar dan dalam. Tindakan pantas dan cekap mereka diharap dapat membendung gejala ancaman keselamatan terhadap negara yang ditunjangi oleh angkara pemerdagangan manusia dan kemasukan pentadang asing tanpa izin (PATI) yang mencurah-curah. Pada hari ini perbatasan negara sama ada laut mahu pun darat telah ketara bocor. Di mana-mana pintu masuk sempadan negara dipenuhi ‘lubang-lubang tikus’ yang sebenarnya menjadi ancaman kepada negara. Oleh itu, sama ada angkatan bersenjata mahupun polis bentuklah sinergi  yang benar-benar berkesan agar keselamatan negara terus terjamin.
Selain itu, pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hendaklah lebih peka terhadap kepentingan dan keselamatan negara. Pada masa ini terdapat sekurang-kurangnya enam puluh NGO di Malaysia yang berdaftar dan bergiat secara aktif. Matlamat perjuangan semua NGO adalah untuk memperoleh pembelaan yang saksama terhadap kelompok atau pun berjuang untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan. Pertubuhan seperti Mercy’s Malaysia, ABIM, Persatuan Bulan Sabit dan sebagainya adalah cukup ikhlas bergerak untuk melaksanakan kebajikan. Namun demikian, tidak kurang pula NGO yang diwujudkan untuk menjadi mata dan telinga terhadap isu-isu politik, ekonomi dan sosial masyarakat. Sebarang ketidakadilan yang dirasai akan mendapat tentangan daripada pertubuhan seperti ini. Walau bagaimanapun, wujud pula NGO yang cuba berselindung di sebalik nama pertubuhan untuk kepentingan kelompok sahaja. Mereka bergerak secara sulit dan terdapat kegiataan yang boleh merosakkan imej negara terutama di luar negara. Kini beberapa NGO  sedang disiasat oleh pihak berkuasa atas beberapa aktiviti yang bertentangan dengan dasar negara.  Sepatutnya, dalam situasi keselamatan negara yang tidak stabil bukan agenda peribadi yang menjadi keutamaan tetapi keselamatan negara perlu didahulukan.
Dalam menggalas amanah menjaga kestabilan negara, golongan pedagang dan korporat juga hendaklah memainkan peranan yang aktif. Golongan ini hendaklah lebih iltizam untuk memakmurkan negara dengan cara memanfaatkan segala hasil mahsul. Khazanah alam Malaysia yang sangat kaya perlu dimanfaatkan untuk maslahat semua. Pada hari ini korporat dan GLC seperti Petronas, FELDA, Tabung Haji (LUTH) dan banyak lagi telah menyumbangkan pendapatan yang besar kepada negara. Sebaliknya, Sikap pedagang yang menjadi lintah darat demi tembolok sendiri sepatutnya tidak mendapat tempat di bumi Malaysia. Namun begitu, terdapat segelintir golongan pedagang yang terlalu rakus untuk mengaut keuntungan. Mereka sanggup mengorbankan harta alam seperti bukit bukau, hutan belantara dan mencemarkan samudera demi keuntungan. Sementara itu, tidak kurang pula yang telah menjadi kaya-raya mula beranggapan negara sendiri tidak strategik untuk mereka dan rela melaburkan modal di negara luar. Inilah golongan yang tiada iltizam untuk membela tanah air sendiri dengan sikap menggunting dalam lipatan dan pepat di luar rencong di dalam.
Manakala benteng yang terakhir untuk keselamatan negara ialah rakyat jelata. Inilah golongan terbesar yang pastinya apabila bersatu mampu menjanakan kekuatan sama ada politik, ekonomi, dan sosial. Sebagai rakyat yang bernaung di bawah panji-panji kedaulatan negara, semua pihak hendaklah berusaha dengan lebih gigih untuk memperkukuh ketahanan negara. sebarang aktiviti yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara seperti perhimpunan haram dan adu domba hendaklah dijauhi. Setiap rakyat hendaklah memberikan sumbangan dalam kapasiti masing-masing sama ada sebagai penjawat awam, pekerja swasta, usahawan, dan golongan belia hendaklah memiliki suatu sikap iaitu sayang dan patriotik akan negara. Mutakhir ini, pelbagai ancaman dalam bentuk penyebaran berita palsu, penyeludupan dadah, pelacuran, dan penggubahan wang haram telah menjadi api dalam sekam dan duri dalam dagingterhadap keamanan negara. Anak-anak remaja negara sedang berhadapan dengan bahaya besar apabila dianggarkan satu juta yang menjadi penagih dadah. Ke manakah akhirnya pria dan pertiwi bangsa ini kesudahannya? Sesudahnya golongan ini sudah pasti membawa malapetaka kepada negara yang tercinta.
Kesimpulannya, kestabilan dan solidariti sesebuah negara adalah terletak di atas empat paksi yang utama iaitu, para ilmuwan yang bijaksana, para pemimpin yang adil, hartawan yang pemurah, dan sokongan serta doa daripada rakyat jelata. Oleh itu, tiada pihak yang terkecuali malah iltizam semua pihak dituntut untuk memberikan kerjasama agar maruah negara tidak tercemar dan sekali gus keamanan yang telah kita kecapi selama ini dapat dikekalkan.
Pekerja yang cemerlang bukan sahaja mahir dan pakar dalam pekerjaannya tetapi juga memiliki akhlak yang mulia.
Antara ciri pekerja yang cemerlang ialah amanah serta boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam apa jua perkara yang dilakukan. Mereka juga akan sentiasa bercakap benar dan tidak mudah berbohong, tidak menipu, tidak mencuri serta tidak melakukan sebarang kegiatan yang melibatkan rasuah. Mereka sedar bahawa setiap perbuatannya sentiasa diperhatikan oleh yang maha esa.
Seterusnya,mereka juga bijak menggunakan masa serta sumber-sumber di sekelilingnya. Mereka juga sentiasa menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya di samping sentiasa memperbaiki dirinya sama ada dari segi sikap, pengetahuan dan kemahiran atau prestasi kerjanya. Pekerja yang cemerlang mempunyai amalan cemerlang dalam menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosinya. Dalam menjaga kesihatan fizikal bukan sahaja menjaga kualiti pemakanannya tetapi juga sentiasa melakukan latihan jasmani serta mendapat rehat atau tidur yang mencukupi.  Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sentiasa sihat, cergas dan produktif.
Selain itu, pekerja yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati dan akan melakukannya sehingga selesai selaras dengan apa  yang diharapkan oleh majikan atau organisasi. Tidak ketinggalan juga, pekerja yang cemerlang sangat elok dari segi penampilan diri, tutur kata, perlakuan atau tindakan-tindakannya. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin serta senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan-perbuatan maksiat. Ia sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah dan tidak diberkati Tuhan. Keelokan peribadinya bukan sahaja disanjung ramai termasuklah majikan, rakan-rakan sekerja, ahli-ahli keluarganya serta masyarakat sekeliling.
Di samping itu, pekerja cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan memahami sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.
Mereka juga sangat komited dalam melakukan setiap kerja atau tugasannya. Ia sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh ketekunan dan kegigihan. Walau betapa sukar pun tugasan yang diberikan kepadanya, ia tetap akan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan atau menyiapkannya. Ianya juga bijak serta mudah berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan setiap orang yang ditemui atau yang bekerja dengannya.
Tidak ketinggalan juga, mereka sentiasa mempunyai hasrat pada hati kecilnya untuk menjadi orang yang cemerlang dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya itulah yang sentiasa memberikan kepadanya suntikan motivasi untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan kerjaya serta peribadinya.
Akhir sekali,pekerja yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Tuhan. Ia sentiasa berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Selaras dengan itu, ianya juga amat mentaati majikan, undang-undang negara dan organisasi.
Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa berusaha sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk menjadi pekerja yang cemerlang dan sentiasa disenangi. Hal ini kerana usaha yang berterusan akan membuahkan hasil dan kejayaan yang tidak ternilai harganya dalam kehidupan kita kerana usaha tangga kejayaan.
Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti “Facebook”, “My Space”, “Frienster”, “Twitter” dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di negara ini terutamanya golongan remaja. Laman sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Remaja kini telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung, penggunaan laman sosial ini telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap gaya hidup para remaja.
Sebagaimana yang kita ketahui,penggunaan laman sosial dapat menambah kenalan yang baru di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula. Apabila seseorang itu telah menamatkan sesuatu pengajian di sekolah menyebabkan mereka telah terputus hubungan antara satu sama lain. Laman sosial ini digunakan sebagai suatu medium utama untuk mencari kenalan lama yang telah terputus. Mereka dapat mengetahui kerjaya yang telah diceburi oleh rakan dan dapat berinterasi antara satu sama lain. Gambar yang telah diletakkan di dalam profil juga boleh dilihat dan dikomen oleh semua rakan. Mereka juga dapat menyampaikan maklumat seperti mengadakan satu perjumpaan di sesuatu tempat dengan mengumpulkan guru-guru dan rakan-rakan. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan cara menggunakan kemudahan yang sedia ada. Jadi jelaslah bahawa penggunaan laman sesawang sosial boleh menambahkan kenalan yang baru.
Selain itu,ramai remaja juga menghabiskan masa mereka dengan laman sosial. Dengan adanya laman sesawang sosial, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman sesawang sosial seperti Facebook dan Twitter. Mereka juga dapat menjadikan laman sesawang sosial tersebut sebagai alternatif untuk menambahkan pendapatan bulanan mereka. Orang ramai boleh membeli dengan mengklik di laman sesawang dan barangan tersebut akan dihantar melalui pos laju. Siapa sahaja yang berminat untuk membeli barangan tersebut hanya membayar dengan memasukan wang ke dalam bank yang telah ditetapkan oleh penjual. Oleh itu, medium ini dapat menjimatkan masa dan tidak perlu bersesak-sesak di pusat membeli belah untuk membeli sesuatu barangan.
Penggunaan laman sosial bukan sahaja mendatangkan kesan yang positif malah mendatangkan kesan negatif iaitu penggunaan laman sosial melalui internet menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru dikenalinya melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, perkara ini berlaku apabila pasangan dalam laman sosial menghantar sistem pesanan ringkas(sms) untuk membuat temu janji dengan menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya, remaja perempuan tersebut akan pergi ke tempat yang telah dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun demikian, setibanya di tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu, mereka mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi mangsa rogol.
Selain itu,penggunaan laman sosial menyebabkan golongan remaja menjadi lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi pelajaran dalam kalangan remaja. Hal ini akan menyebabkan mereka mengabaikan pelajaran kerana tiada masa yang diperuntuk untuk mengulang kaji pelajaran.Apabila berlangsungnya sesuatu peperiksaan markah yang diperolehi merosot dari peperiksaan sebelum ini menyebabkan mereka tercari-cari kesilapan yang telah dilakukan untuk diperbetulkan. Golongan pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman menyebabkan seseorang itu membazir masa.
Kesimpulannya, penggunaan laman sosial ini mendatangkan pelbagai kebaikan dan keburukan kepada golongan remaja. Namun impak negatif yang wujud harus diberi perhatian yang serius oleh pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap laman sesawang sosial yang tidak bertanggungjawab. Sebagai manusia yang berakal pastinya kita perlu menangkis setiap perkara yang buruk. Pepatah ada mengatakan bahawa “mencegah itu lebih baik daripada mengubati".
Orang Kurang Upaya (OKU) ialah kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat keadaan fizikal atau mentalnya sejak lahir atau kesan kemalangan atau penyakit tertentu. Kecacatan fizikal dan  mental ini menghalang mereka  dari melakukan aktiviti-aktiviti normal  seperti sosial, rekreasi , pelajaran dan pekerjaan. Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) secara umumnya dapat dikategorikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya secara sementara. Walaupun banyak kekurangan yang ada,  masyarakat kurang upaya ini tidak harus dipinggirkan kerana mereka juga turut memberi sumbangan kepada negara. Oleh sebab itu, pelbagai usaha patut dilakukan bagi membantu OKU  meneruskan kehidupan dengan sempurna.
Antara usaha yang dapat dilakukan ialah masyarakat perlu menerima kehadiran golongan kurang upaya ini seadanya dan membantu mereka menjalani kehidupan dengan sebaiknya. Hal ini kerana  masyarakat perlu sedar bahawa OKU tidak meminta dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna malah mempunyai hak untuk hidup sama seperti orang lain. Golongan Kurang Upaya (OKU) haruslah diberi layanan yang baik kerana mereka turut mempunyai perasaan yang sama seperti insan lain. Mereka tidak suka dipandang rendah dan dianggap tidak berguna. Pepatah ada mengatakan,“berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”. Namun begitu kita harus melayan mereka secara istimewa dalam keadaan-keadaan tertentu seperti membantu mereka melintas jalan, memberi tempat duduk di dalam kenderaan awam dan sebagainya.  Dalam hal ini, ibu bapa berperanan penting dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, simpati, belas kasihan dan tolong menolong agar mereka dapat membantu OKU dengan seikhlas hati.
Selain itu, media massa sama ada media elektronik atau media cetak juga berperanan penting dalam membantu golongan kurang upaya ini. Pihak media massa perlu menyiarkan artikel dan rancangan khas tentang OKU kepada segenap lapisan masyarakat. Rancangan di TV3 seperti Bersamamu kerap kali memaparkah kisah sedih dan pilu OKU  untuk perhatian masyarakat. Melalui rancangan ini , perasaan masyarakat pasti akan tersentuh dan secara tidak langsung wujud perasaan simpati dan terpanggil untuk menghulurkan bantuan. Dana dan tabung khas disediakan oleh pihak media bagi memudahkan masyarakat menyalurkan bantuan kewangan kepada OKU. Oleh hal yang demikian, nasib OKU akan terbela dan mendapat simpati berterusan daripada masyarakat untuk meneruskan kehidupan mereka. Sesungguhnya, “tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima”.
Selain itu, kerajaan juga pula dapat membantu  OKU dengan memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang . Golongan Kurang Upaya (OKU) diberi peluang mengikuti latihan kemahiran seperti membaiki kenderaan dan peralatan elektrik, membuat kek, keropok dan kraf tangan di Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti, Pusat Latihan dan Pemulihan Orang Cacat(JARO) dan lain-lain institusi. Di sini ,OKU dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran supaya mereka dapat berdikari dan boleh bekerja sama ada makan gaji atau berniaga sendiri. Setelah  mantap dalam bidang pekerjaan, mereka akan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain membantu negara dan tidak lagi menyusahkan orang lain bahkan mampu menyara hidup sendiri dan keluarga.
Tambahan pula, pihak kerajaan juga turut membantu OKU dengan memberikan bantuan dan elaun dalam bentuk wang ringgit, makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal, peralatan pembelajaran dan kenderaan khas. Peruntukan dari kerajaan ini disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, MARA dan sebagainya. Bantuan seperti ini bukan sahaja dapat meringankan beban OKU malah dapat mengembirakan hati mereka dalam meneruskan kehidupan di  dunia ini. Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan sesuatu perniagaan.  Hal ini demikian kerana rata-rata golongan ini adalah terdiri daripada orang susah atau miskin. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah berusaha  memberi bantuan modal kepada semua OKU yang berminat melalui permohonan dan sokongan daripada persatuan masing-masing.  Oleh itu, bantuan kewangan atau modal ini sangat penting untuk membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi mereka tanpa bergantung kepada pertolongan daripada orang lain bak kata pepatah, “ada padi semua jadi, ada beras semua deras”.
Selain itu, pihak kerajaan juga menyediakan peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan kepada OKU yang berada di luar bandar supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini berpeluang menyekolahkan anak-anak mereka. Sehubungan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah ditingkatkan bagi melahirkan para pelajar yang setanding dengan pelajar yang normal. Malah pihak kerajaan juga mestilah menyediakan tempat atau kuota pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Oleh itu, peluang ini akan meningkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib hidup mereka ke arah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu.
Di samping itu, pihak swasta pula digalakkan mengambil pekerja OKU untuk berkhidmat dalam syarikat mereka. Mereka perlu memberi peluang ini kerana golongan OKU juga mampu menyumbangkan kemahiran yang ada untuk memajukan syarikat tersebut. Di kilang umpamanya sudah ada OKU yang bekerja sebagai operator pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani di mana sebelum ini kerja sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang normal sahaja. Selain itu, usaha murni Pasaraya Besar Carrefour yang telah mensasarkan 5 peratus daripada pekerjanya ialah OKU haruslah diberi pujian kerana mereka memberi peluang kepada OKU dan membantu mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan keluarga mereka.
Kesimpulannya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Untuk merealisasikan hasrat tersebut semua pihak terutama kerajaan, swasta dan masyarakat mestilah berganding bahu menjayakan matlamat tersebut. Sekiranya kita tidak bersungguh-sunggguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan tersisih dalam era pemodenan negara menjelang tahun 2020 nanti. Kata pepatah muafakat membawa berkat sangat sesuai diamalkan oleh masyarakat kita dalam usaha membantu golongan OKU.
Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan  yang berbeza, di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan di negara ini. Memandangkan terdapat perbezaan yang begitu ketara dalam kalangan kaum, usaha yang lebih positif perlu dilakukan untuk mewujudkan masyarakat yang bekerjasama, bertolak – ansur, tolong – menolong dan seterusnya bersatupadu. Sejarah telah membuktikan, kegagalan mewujudkan perpaduan antara kaum akan membawa kepada isu perkauman. Jika kita menyingkap kembali dasar pendidikan negara pada zaman pemerintahan penjajah, memang dapati ada usaha pihak penjajah untuk memecah belahkan perpaduan kaum di negara ini. Pihak penjajah mewujudkan sistem persekolahan yang berasingan mengikut kaum sehingga membentuk semangat perkauman yang menebal. Keadaan ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya tragedi 13 Mei 1969.
Menyedari hakikat ini, maka diperkenalkan Penyata Razak 1956 yang bertujuan menyatukan semua pelajar daripada pelbagai bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Laporan Rahman Talib 1960 telah mengukuhkan lagi Penyata Razak melalui sistem persekolahan dan kurikulum sekolah yang sama. Matlamatnya sama, iaitu memupuk perpaduan agar tragedi 13 Mei 1969 tidak berulang lagi. Hal ini penting kerana golongan inilah yang akan menjadi penentu hala tuju negara.
Selain itu, perpaduan dapat disemai dalam kalangan pelajar melalui penghayatan dan rasa bangga menjadi warganegara Malaysia. Perasaan ini dapat dipupuk ketika guru mengajar mata pelajaran Sejarah atau melalui aktiviti kuiz kenegaraan atau Larian Jalur Gemilang. Kita juga dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum dengan cara memupuk dan menghayati semangat setia kawan, tolak ansur dan toleransi di sekolah. Keadaan ini dapat dicapai ketika menyambut perayaan pelbagai kaum di Malaysia dan sekali gus menimbulkan sentimen perpaduan dan semangat bekerjasama.
Dalam bidang akademik, sentimen perpaduan dapat kita bangkitkan di sekolah dengan menekankan nilai – nilai rohani dan budaya bersama-sama dengan pelbagai kaum. Nilai – nilai ini dapat kita salurkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Dasar penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga sekolah rendah iaitu SRK,SRJK(C) dan SRJK (T) turut menyumbang ke arah perpaduan antara kaum. Selain berkongsi segala kemudahan, pelajar di sekolah berkenaan akan bergaul ketika bersukan, makan di kantin atau semasa hari terbuka.
Kegiatan kokurikulum di sekolah juga mampu memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar melalui aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform. Melalui cara ini, maka perpaduan dan integrasi nasional dapat dicapai dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia dan seterusnya melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Kesimpulannya, perpaduan dan integrasi nasional sangat penting dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan dan integrasi ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni, saling bekerjasama dan persefahaman, serta sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi. Usaha untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat.
Bahasa merupakan alat perantaraan kita untuk menyampaikan pesanan atau pemikiran dalam bentuk lisan, tulisan dan isyarat. Tetapi apa yang kita lihat sekarang, pencemaran bahasa melayu semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat terutamanya para remaja. Hal ini menyebabkan penulisan Bahasa Melayu semakin merosot dan memberikan impak negatif kepada bahasa itu sendiri.
Pencemaran bahasa merangkumi kesalahan tatabahasa, struktur ayat, penggunaan bahasa rojak, kesalahan ejaan dan istilah. Penggunaan bahasa rojak dalam komunikasi seharian juga merupakan salah satu daripada pencemaran bahasa. Bahasa rojak merupakan suatu komunikasi yang menggabungkan antara Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
Faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku ialah kecanggihan perkembangan teknologi maklumat terutamanya penggunaan rangkaian mudah alih secara berleluasa. Penghantaran pesanan ringkas melalui media sosial seperti whatsapp, telegram, facebook dan sebagainya dengan meletakkan simbol, kod dan perkataan singkatan sebenarnya boleh mencemarkan bahasa. Contohnya, penggunaan bahasa ringkasan seperti 'x' yang bemaksud tidak, 'cmne' yang bermaksud macam mana, 'lg' yang bermaksud lagi dan sebagainya.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan pencemaran bahasa. Hal ini kita boleh lihat bahawa betapa mudahnya seseorang remaja mempengaruhi remaja yang lain kerana ceteknya pengetahuan dan tidak peka terhadap bahasa yang digunakan ketika berkomunikasi.
Pencemaran bahasa memberikan banyak kesan terhadap pembentukan minda modal insan negara Malaysia. Antara kesannya ialah menyebabkan kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang. Generasi akan datang akan keliru untuk mempraktikkan bahasa yang sesuai untuk diguna pakai dalam kehidupan seharian. Generasi akan datang juga pasti akan mengikut peredaran zaman dimana menggunakan bahasa-bahasa terkini dan sudah tentu bahasa yang betul sudah tidak diamalkan lagi kerana hilangnya identiti bahasa tersebut.
Seterusnya, pencemaran bahasa ini menyebabkan Bahasa Melayu dipinggirkan oleh masyarakat Melayu sendiri. Hal ini kerana, pelajar lebih cenderung menggunakan bahasa rojak dalam komunikasi seharian. Bahasa rojak ini lama-kelamaan akan menjadi sebati dalam diri pelajar jika tidak dibendung dengan lebih awal. Perkara ini kita dapat dilihat dimana ramai pelajar terpengaruh dengan bahasa rojak ini kerana mereka menggunakan bahasa ini dalam penulisan karangan di sekolah.
Isu pencemaran bahasa perlulah diatasi dengan segera agar tidak menjadi semakin parah dalam kalangan pelajar. Bak kata pepatah sudah terhantuk, baru tengadah. Bagi mengatasi masalah pencemaran bahasa, guru perlulah memainkan peranan penting terutamanya guru Bahasa Melayu dengan memperbetulkan kesalahan pelajar dalam tatabahasa ketika membuat ayat. Dengan ini, akan mengurangkan kesalahan bahasa sekaligus dapat melahirkan penggunaan bahasa yang betul dalam kalangan pelajar.
Selain itu, pihak media massa perlulah menyekat penggunaan bahasa yang tidak betul bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pendengar, pembaca dan penutur. Pihak media boleh membuat 'auto-correct' terhadap perkataan yang tidak mengikut bahasa baku dan menyekat iklan-iklan dalam Bahasa Melayu yang tidak mengikut piawaian seperti menggunakan bahasa rojak dalam iklan tersebut.
Kesimpulannya, pencemaran bahasa merupakan perkara yang amat ketara berlaku dalam kalangan masyarakat sejak akhir-akhir ini dimana masalah ini dapat memberi kesan terhadap pembentukan minda modal insan negara Malaysia. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab mestilah memainkan peranan dengan menjalankan tugas dengan sebaiknya bagi membendung masalah ini. Pihak penerbit majalah atau drama juga boleh membuat pembaharuan dan penambahbaikan dari segi penggunaan bahasa kerana disinilah masyarakat dapat dididik agar menggunakan bahasa yang betul.
Sedarsawasa yang lalu, karya sastera amat diminati oleh semua bangsa di Tanah Melayu. Karya sastera didefinisikan sebagai wadah atau sarana untuk menyampaikan mesej masyarakat seiring latar masyarakat latar masa. Latar pemikiran sezaman. Karya sastera merupakan karya yang mempunyai daya kreatif yang asli dan tersendiri. Di negara kita, terdapat Sasterawan Negara yang ternama dan terbilang. Saban hari, karya sastera semakin hilang ditelan zaman yang serba canggih dan moden.  Orang ramai yang terdiri daripada golongan dewasa, golongan remaja malahan kanak-kanak pada era ini, dikatakan kurang meminati karya sastera berpunca daripada pelbagai sebab yang berkaitan dengan perkembangan teknologi terkini dan motivasi diri yang rendah terhadap pembacaan. .Justeru pelbagai pihak yang berkaitan perlu mengambil usaha-usaha yang berkesan untuk memupuk minat membaca karya sastera dalam kalangan masyarakat agar karya sastera tidak lupus ditelan zaman.
Pada zaman berteknologi tinggi ini, orang ramai terutama generasi muda telah memiliki pelbagai bentuk alatan teknologi maklumat dan komunikasi untuk mendapatkan maklumat berbanding mencari maklumat daripada pembacaan. Perkembangan teknologi ini boleh dikatakan antara penyebab minat untuk membaca karya-karya sastera dalam kalangan rakyat makin berkurangan. Malah ada yang telah lupa dan tidak kenal akan karya sastera yang dihasilkan oleh sasterawan negara seperti Usman Awang, Shahnon Ahmad, A.Samad Said dan sebagainya. Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana karya sastera yang dihasilkan merupakan warisan bangsa yang menunjukkan identiti dan bangsa kita. Minat untuk membaca karya-karya sastera ini perlu disemarakkan semula dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang ramai untuk membaca karya sastera?
Antara langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang ramai membaca karya sastera termasuklah peranan Pusat Sumber Sekolah. Pusat Sumber Sekolah perlu memperbanyak buku sastera dan karya agung seperti novel ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ oleh Shahnon Ahmad, ‘Salina’ oleh A.Samad Said, ‘Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur’ oleh Kamaludin Muhamad dan ‘Tulang-tulang Berserakan’ oleh Usman Awang agar murid mahupun guru berpeluang untuk membacanya. Pusat sumber boleh menganjurkan pertandingan mengulas novel-novel karya sasterawan negara berkenaan pada setiap bulan. Langkah ini membolehkan  para pelajar dapat mengenali dan menghayati pemikiran karyawan-karyawan tersohor tersebut. Karya-karya yang berjaya dilekatkan pada papan kenyataan berserta gambar novel dan penulisnya. Secara tidak langsung, minat pelajar terhadap karya sastera akan semakin bertambah. Tegasnya, pihak sekolah khususnya pusat sumber memainkan peranan yang penting dalam menarik minat pembaca terhadap karya sastera.
Selain itu, peranan ibu bapa juga amat penting dalam mengambil langkah untuk menarik minat anak-anak membaca karya sastera. Ibu bapa haruslah memberikan pendedahan tentang karya sastera kepada anak-anak sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Contohnya, ibu bapa boleh membaca sastera ralyat kepada anak-anak sebelum mereka masuk tidur Melalui cara ini, hubungan silaturahim antara ibu bapa dengan anak bukan sahaja dapat dipereratkan, malah anak-anak dapat mengetahui cara hidup dan budaya masyarakat kita sendiri. Selain itu, ibu bapa bolehlah membelikan karya sastera untuk dibaca oleh anak-anak supaya mereka dapat menghayati keindahan hasil warisan bangsa selain dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Ibu bapa boleh menghadiahkan novel yang sesuai kepada anak-anak mengikut umur  mereka. Ibu bapa juga perlu pilih bahan bacaan yang hendak dibeli untuk anak-anak sewaktu membawa mereka berkunjung ke kedai buku mahupun pameran buku. Seterusnya, ibu bapa harus menyediakan sebuah perpustakaan mini yang dilengkapi dengan pelbagai bahan bacaan khususnya karya-karya sastera seperti prosa atau puisi tradisional dan moden yang dihasilkan oleh pengarang tersohor  di rumah. Dengan itu, minat anak-anak untuk membaca karya sastera dapat dipupuk dan disemai dalam jiwa mereka.
Di samping itu, media massa turut memainkan peranan yang penting dalam mengambil langkah menarik minat semua lapisan masyarakat membaca karya sastera. Sebagai contohnya, pihak media boleh mempromosikan karya sastera kepada masyarakat melalui radio, televisyen dan surat khabar. Melalui cara ini, lapisan masyarakat dapat mengetahui cara untuk mendapatkan karya sastera di pasaran. Bukan itu sahaja, pihak media juga boleh menyiarkan sudut sastera atau ulasan karya sastera yang agung di akhbar dan majalah kepada orang ramai. Dengan itu, orang ramai berpeluang untuk mengenali karya sastera di negara kita dengan lebih mendalam. Tambahan pula, pihak media turut boleh menganjurkan peraduan teka teki atau menulis sajak dan syair yang bertemakan karya-karya sastera. Jelasnya, pihak media haruslah mengambil langkah untuk menarik perhatian orang ramai untuk membaca karya sastera.
Seterusnya, pihak kerajaan haruslah mengadakan pameran karya sastera dan kempen menghayati karya sastera di seluruh pelosok negara. Melalui langkah ini, rakyat berpeluang untuk mengenali karya-karya sastera ini dengan lebih dekat. Tambahan pula, pihak kerajaan boleh membina perpustakaan rakyat di setiap daerah bagi memudahkan rakyat untuk membaca ataupun meminjam karya-karya sastera untuk dibaca. Pihak kerajaan turut boleh mengambil inisiatif untuk mengurangkan kadar cukai penerbitan karya sastera. Langkah ini dapat menurunkan harga buku tersebut agar semua rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki karya-karya sastera itu sendiri. Oleh itu, jelaslah bahawa pihak kerajaan turut memainkan watak yang utama dalam mengambil langkah untuk menarik minat orang ramai membaca karya sastera.
Akhir sekali, pihak-pihak NGO seperti syarikat penerbitan harus menerbitkan lebih banyak karya sastera supaya karya tersebut mudah didapati di pasaran. Pihak penerbit boleh bekerjasama dengan penulis untuk mengeluarkan berbagai-bagai genre sastera. Penerbit juga  perlu memberikan bayaran setimpal dan berpatutan kepada penulis. Persatuan Karya-karya Sastera boleh ditubuhkan untuk melindungi karya-karya penulis supaya tidak dplagiat oleh pihak tertentu yang bermotifkan keuntungan dan bagi membolehkan para peminat  berkongsi pendapat bersama dengan penulis. Kerajaan juga boleh meningkatkan jumlah penerbitan karya sastera dalam setahun dan bekerjasama dengan seberapa ramai penulis dan penerbit untuk menghasilkan karya sastera yang bermutu.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa semua pihak menggalas tanggungjawab yang berat dalam usaha untuk menghidupkan minat orang ramai membaca karya sastera. Masyarakat pula harus bersikap berhati terbuka  supaya langkah-langkah tersebut mendapat sambutan yang hangat dan seterusnya berjaya direalisasikan. Kita selaku warga Malaysia haruslah mencintai dan menghayati karya sastera kita kerana ia merupakan warisan bangsa dan mencerminkan identiti kita.