LEFTENAN ADNAN by NANDAKKRISHNA A/L K.NARENDRAN

Pengenalan Diri
NANDAKKRISHNA A/L K.NARENDRAN

01DKP18F2010

HANSEN ADRIAN JACOB

01DKP18F2012

THINESHVARAN A/L MATHI ALAKAN

01DKP18F1026

KESAVANATHAN A/L KOGILAN

01DKP18F2011

AGIHAN TUGASAN

SINOPSIS
LEFTENAN ADNAN ialah sebuah filem perang Malaysia 2000 arahan Aziz M. Osman dengan skrip oleh Aziz dan Mejar Ramli Abu Bakar terbitan bersama Paradigm Film dan Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan Malaysia. Dibintangi oleh Hairie Othman sebagai watak tajuk, Umie Aida, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby, Rambo Chin dan Wahid Senario, ia mengisahkan tentang perjuangan pegawai tentera Tanah Melayu, Adnan Saidi (juga dikenali sebagai Leftenan Adnan), yang bertarung nyawanya demi menyelamatkan Tanah Melayu daripada penaklukan tentera Jepun semasa Perang Dunia II.

Pada tahun 1934, Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor dikunjungi oleh anggota tentera British yang bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi berminat menjadi tentera, namun ibubapa beliau tidak merestui kemahuannya itu. Adnan nekad, bersama beberapa orang rakan, mereka keluar dari kampung dan menuju ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Di situ mereka mendaftarkan diri dan menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Adnan melayakkannya terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi Kolor Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London, England.

Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Ketika Perang Dunia Kedua, Leftenan Adnan Saidi telah terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun. Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang, Singapura itu menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni oleh musuh.

ITEM ANALISIS : 3.Menyampaikan berita sahih dan benar.
Potongan Skrin 1

Pada minit ke 08:15 hingga minit ke 09:35, boleh kita menonton seorang pakcik yang kelihatan seperti ketua kampung atau ahli politik dari Kesatuan Melayu Muda menyampaikan ucapan beliau dikalangan orang-orang kampung disitu tentang taktik-taktik penjajah british memutarbelitkan fakta dan sejarah mengenai pejuang-pejuang negara seperti, Datuk Maharajalela, Datuk Naning, Datuk Bahaman dan Tok Janggut, sehingga mereka dianggap sebagai pemberontak dan penjahat oleh british. Oleh yang demikian, beliau mengajak saudara-saudara, penduduk kampung untuk bangkit dan menyertai Kesatuan Melayu Muda untuk mengorak langkah menuju kemerdekaan daripada penjajah british.

JUSTIFIKASI PEMILIHAN
Justifikasi pemilihan 1

Banyak filem diterbitkan di Malaysia,antara itu kita telah keputusan untuk memilih filem Leftenan Adnan.Banyak nilai murni boleh kita dicontohi

Antaranya ialah filem ini mengandungi unsur kebijaksanaan.Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera
India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang. Selain itu, beliau
mempunyai ilmu dalam peperangan seperti Leftenan Adnan menggunakan teknik serangan gerila
kepada tentera. Misanya, Adnan mengerahkan anggota tenteranya meletupkan jambatan agar
menyukarkan Tentera Jepun melintasinya.

Justifikasi Pemilihan 2

Saya serta rakan seperjuangan telah berbincang dan bermesyuarat dalam pemilihan filem dan mendapatkan kata putus dengan memilih filem "Leftenan Adnan". filem ini dipilih kerana beberapa faktor.

Antara faktor - faktor tersebut adalah filem ini mengandungi banyak nilai dan pengajaran, seperti nilai PATRIOTISME. Contohnya, Leftenan Adnan sanggup dihantar bertugas di Pasir Panjang, Singapura dan berjauhan dengan anak dan isterinya kerana dia sedar dia memikul tanggungjawab besar untuk mempertahankan tanah air melalui Rejimen Askar Melayu.

Justifikasi Pemilihan 3

Saya dan rakan-rakan saya telah bersetuju untuk memilih filem ini sebagai bahan untuk projek kami ini kerana filem ini merupakan sebuah karya tempatan yang sangat bagus dan mempunyai banyak nilai-nilai moral yang patut dicontohi.

Antara nilai-nilai moral yang terdapat dalam filem ini adalah nilai patriotisme. Sebagai seorang warganegara Malaysia, kita semua harus menanam nilai patriotisme yang tinggi dan rasa bangga akan negara kita ini, serta cinta akan negara Malaysia kita ini kerana inilah tanah tumpahnya darah kita.

MAPPING FILEM
Permulaan – Kehidupan semasa kecil Leftenan Adnan di kampung diceritakan oleh pengarang. Adnan mendapat pendidikan di sekolah Inggeris dan kemudian telah memilih untuk menyertai Askar Melayu di Port Dickson. Adnan kemudian berkahwin dengan Sophia dan mendapat tiga orang anak sebelum berlakunya Perang Dunia Kedua

Perkembangan – Jepun ingin menyerang Tanah Melayu dan Singapura menjadi sasaran Jepun untuk menakluk. Leftenan Adnan yang ditugaskan di Singapura menghantar isteri dan anak-anaknya pulang ke kampung. Jepun mula mendarat di Kota Bharu, Kelantan. Leftenan Adnan serta pasukannya mempertahankan Pasir Panjang dan Bukit Candu yang merupakan laluan ke depot penyimpanan peluru dan juga hospital tentera. Berlaku pertempuran yang menyebabkan pasukan Jepun berundur tetapi merkea datang semula dengan bilangan tentera yang lebih ramai.

Klimaks – Pertempuran di Bukit Candu antara Askar Melayu dan Askar Jepun semakin merunsingkan apabila Askar Melayu kehabisan peluru. Tentera Jepun mara dan menumpaskan semua Askar Melayu manakala Leftenan Adnan yang cedera parah telah ditawan. Tentera Jepun menggantung Leftenan Adnan pada pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh tentera-tentera Jepun dengan bayonet sehingga hancur mayatnya.

Peleraian – Setelah berlaku pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun, penjajahan mereka tamat apabila menyerah kalah untuk menamatkan Perang Dunia Kedua. Sophia yang merupakan isteri kepada Leftenan Adnan berkhidmat semula sebagai guru dan berkahwin dengan seorang Ustaz bernama Ridwan.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, filem Leftenan Adnan merupakan sebuah filem yang amat bagus yang patut ditonton oleh semua warganegara Malaysia kerana filem ini menceritakan dan menggambarkan beberapa nilai moral dan teladan yang boleh diambil sebagai contoh dan pengajaran bagi semua masyarakat Malaysia.

Antara nilai dan pengajaran yang terdapat dalam filem ini adalah patriotisme, kasih sayang, bertanggungjawab, keberanian, kebijaksanaan, kerajinan dan banyak lagi.

Kami sekumpulan percaya bahawa kami telah memilih filem yang betul sebagai bahan untuk projek kami kerana filem ini telah memberi beberapa pengajaran untuk kami supaya menjadi seorang warganegara yang berguna dan kami berharap filem ini akan menjadi contoh untuk warganegara yang lain juga.

REFLEKSI INDIVIDU
Refleksi Individu 1

Berdasarkan filem "LEFTENAN ADNAN", saya rasa filem ini akan menarik perhatian penonton kerana ia mengandungi banyak nilai dan pengajaran yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Contohnya, sebagai anak muda, kita hendaklah sanggup berkorban demi kedaulatan tanah air pada bila-bila masa diperlukan. Saya juga harap kisah filem ini dapat meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa penonton.

Rekleksi Individu 3

Setelah menonton filem Leftenan Adnan sehingga penamatnya, saya rasa filem ini perlu ditonton oleh semua individu yang bergelar warganegara Malaysia kerana filem ini merupakan sebuah karya yang amat bagus untuk masyarakat Malaysia untuk diambil sebagai contoh dan nilai-nilai moral yang terdapat dalam filem ini perlu ditanam dan dipupuk dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Pensyarah
Ustazah Nur Afifah Binti Saharuddin

ITEM ANALISIS 1
Berdasarkan pada minit 51:27.kita dapat melihat etika penyiaran islam iaitu menyampaikan berita sahih dan benar iaitu Leftenan Adnan ingin berpisah dari keluarga untuk berjuang dengan tentera jepun yang telah menghampiri Perak.Leftenan Adnan tidak mahu isteri nya bersangka buruk atas beliau yang ingin berpisah dari isteri yang mengandung itu.

ITEM ANALISIS: 2.PELAJARAN ATAU PENDIDIKAN YANG BAIK
Potongan Skrin 2

Pada minit ke 20:06, pengarah filem menggunakan etika penyiaran Islam iaitu pelajaran dan pendidikan yang baik mengandungi nilai pendidikan yang baik, mendorong manusia untuk maju dan berjaya kepada penonton. Babak ini menunjukkan Ahmad iaitu adik kepada Adnan yang dia mempunyai semangat untuk menjadi askar seperti abangnya. Contohnya Ahmad memberitahu kepada abangnya, yang dia ingin menjadi seorang askar untuk mempertahankan negara tanah melayu. Oleh itu, Adnan memberi kata-kata semangat dan mendorong adiknya Ahmad untuk menjadi seorang askar tanah melayu dan memupuk perasaan bangga dan cinta dalam kalangan keluarga dan masyarakat.