ARTICLE FROM LOCAL NEWS by noor azrienah

Penulisan rencana mempunyai elemen subjektiviti. Melalui artikel yang kami pilih terdapat beberapa elemen subjektiviti yang dapat dikenalpasti. Antaranya ialah pendapat peribadi penulis. Hal ini dapat dilihat melalui perkataan yang digunakan oleh penulis seperti 'perlu' dan 'wajar'. Contohnya, "Penambahbaikan undang-undang...wajar dan perlu".

Selain itu, melalui artikel tersebut juga kita dapat lihat bahawa penulis membuat menafsiran berdasarkan isu yang berlaku. Contohnya, " Had umur perempuan 16 tahun dilihat kurang relevan lagi." Ayat ini menjelaskan bahawa penulis menafsirkan bahawa umur tidak sesuai untuk dijadikan sebab tidak mendapat hukuman.

Tambahan pula, artikel yang ditulis turut memiliki unsur refleksi. Penulis ingin masyarakat lebih prihatin dan merenungkan isu yang berlaku. Sebagai contohnya, "Demi pembentukan individu masyarakat yang baik pada masa hadapan."

Tema artikel ini berkait rapat dengan nilai kemanusiaan iaitu tanggungjawab sosial dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Artikel ini mengetengahkan bahawa masyarakat generasi muda seharusnya sedar bahawa undang-undang tidak selalunya memihak kepada mereka sekiranya mereka melakukan kesalahan undang-undang dengan niat serta sengaja.

Artikel ini menyatakan fakta yang menjelaskan kesahihannya. Antara fakta tersebut ialah:

1. Kajian Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman pada 2023 mendapati 90 peratus kes rogol statutori terdiri daripada hubungan seks luar nikah secara suka sama suka antara pasangan kekasih.

Fakta diatas menunjukkan bahawa sumber kajian tersebut adalah diperolehi dari sumber yang boleh dipercayai.

2. Menurut kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2010, sebahagian kanak kanak perempuan di negara ini mulai didatangi haid seawal usia sembilan tahun.

Fakta diatas merupakan penerangan yang terdapat di dalam artikel yang mana boleh dipercayai kerana iainya dipetik daripada sumber yang sahih.

3. Penulis adalah pensyarah kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mana menunjukkan bahawa huraian penerangan undang-undang dalam artikel ini adalah bersifat tepat kerana ditulis oleh individu yang berkelayakan.

Berita mengenai " Usia 16 Tahun Bukan Alasan Remaja Perempuan Kebal Undang-Undang " bersifat fleksibal dan tersusun.

Hal ini kerana berita ini dimulakan dengan pendahuluan yang menarik minat pembaca dimana ia menimbulkan persoalan moral dan sosial , dimana usia muda bukan alasan untuk terlepas dari undang-undang.

Seterusnya, isi utama rencana ini menghuraikan fakta dan data kes mengenai remaja bawah umur, pandangan pakar dan analisis dari pelbagai sudut ( undang-undang, moral, agama dan pendidikan ).

Akhirnya, rencana diakhiri dengan penutup reflektif, menyeru masyarakat memperkukuhkan nilai keluarga serta tanggungjawab sosial.

Rencana ini bersifat segar kerana mesej yang ada relevan dan tidak terikat dengan masa. Walaupun berasaskan isu semasa namun kandungan tidak berfokuskan pada  laporan jenayah atau statistik semasa, sebaliknya menekankan nilai manusiawi, keadilan dan pendidikan moral. Oleh itu, rencana ini boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja. Rencana ini menyeimbangkan fakta dan refleksi, selaras dengan pandangan Zelizer (2023) dan Lamble (2011) bahawa kesegaran rencana terletak pada nilai manusiawi, bukan hanya ketepatan masa.

Penutup berfungsi untuk merumuskan keseluruhan idea rencana dan menegaskan pendirian penulis tentang isu yang dibincangkan (Rocantle)

Bahagian penutup artikel ini menegaskan bahawa usia muda bukanlah alasan untuk terlepas daripada tanggungjawab undang-undang, khususnya bagi remaja perempuan. Penulis berjaya menyampaikan mesej bahawa setiap individu, tanpa mengira umur, perlu memahami batas undang-undang serta implikasi moral terhadap setiap tindakan. Kesimpulan ini juga menyeru agar ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa bekerjasama mendidik remaja tentang nilai akhlak dan kesedaran sivik.

Secara keseluruhannya, penutup artikel ini memberikan seruan yang jelas dan berimpak untuk membentuk generasi muda yang lebih bertanggungjawab terhadap diri dan masyarakat.

Terdapat beberapa aspek kreatif dalam artikel ini:

Memberikan pendekatan kes nyata: Dalam artikel ini, usia 16 tahun diangkat sebagai fokus untuk membahas bagaimana hukuman sering salah difahami oleh masyarakat. Hal ini dapat memberikan kesempatan  untuk memberikan perlindungan bagi remaja perempuan.

Analisis yang mendalam dari sudut pandang pemulihan hak: Artikel ini dapat memberikan penekanan dalam penambahbaikan undang-undang.

Penyampaian yang mendidik: Penggunaan bahasa yang sederhana, artikel ini menyedarkan pembaca agar lebih peka dan mengerti tentang perlindungan hukum.

Menggunakan data dan fakta terkini: Artikel ini memberikan data dan contoh untuk memperkuat argumen sehingga membuat artikel ini lebih menarik dan bermakna bagi pembaca yang ingin memahami kesan hukum bagi remaja perempuan.

Kesimpulannya, aspek kreatif dalam artikel ini menjadikan lebih dari sekadar laporan biasa malah, ia menjadikan ia sebuah artikel yang mendorong pemikiran dan perubahan sosial terkait perlindungan hukum untuk remaja perempuan yang berusia 16 tahun ke bawah.

Artikel ini menekankan bahawa usia 16 tahun bukan alasan bagi remaja perempuan untuk terlepas daripada tindakan undang-undang, khususnya dalam kes hubungan seksual bawah umur. Penulis menolak anggapan bahawa remaja tidak boleh dipertanggungjawabkan dan menjelaskan bahawa undang-undang tetap melindungi mereka daripada eksploitasi, tetapi juga boleh mendakwa jika mereka melanggar batas perundangan.

Artikel turut menyoroti peningkatan kes hubungan “suka sama suka” dalam kalangan remaja yang berpunca daripada pengaruh media sosial, kurang didikan moral, dan pengabaian ibu bapa. Ia menegaskan perlunya kajian semula undang-undang agar relevan dengan perubahan sosial serta kepentingan pendidikan seks, nilai agama, dan komunikasi keluarga.

Kesimpulannya, remaja perlu dididik tentang tanggungjawab dan akibat perbuatan mereka, manakala ibu bapa dan masyarakat mesti memainkan peranan aktif dalam membentuk kesedaran undang-undang dan moral bagi mencegah gejala sosial daripada terus berleluasa.