TUTORIAL EDUP3103 PK1 by NURUL AINA SYAQIRAH BINTI JA'AFAR IPG-Pelajar

Tutorial M1
Merujuk kepada tajuk minggu ini...bincangkan apakah implikasi psikologi perkembangan  terhadap tugas dan peranan guru dalam PdP

KUMPULAN 2 (Ain, Aleeya, Amalin
KUMPULAN 2

KUMPULAN 1 (Azzahra, Liyana, Aina)

KUMPULAN 4 (ALIEYA, SARAH, HANANIA)

KUMPULAN 3 (FARISHA, AQILAH, NADHIRAH)

KUMPULAN 5 (Afrina, Insyirah, Nisa)

Tutorial M2
IMPLIKASI PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. BINCANGKAN DALAM KUMPULAN.

Tutorial M3
Pilhan soalan sama ada                                       Soalan 1  -  Problem-Based Learning (PBL)

Perkembangan Motor Halus (Teori Arnold Gesell)

Seorang guru prasekolah mendapati seorang murid berusia 4 tahun masih belum dapat menguasai kemahiran motor halus seperti menggunting dan melukis dengan betul. Guru tersebut risau tentang perkembangan murid itu dan ingin membantu. Berdasarkan Teori Gesell, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru untuk menyokong perkembangan murid tersebut?

Pilihan 2

Soalan  2  -  Problem-Based Learning (PBL)

Perkembangan Motor Halus (Teori Arnold Gesell)

Seorang guru prasekolah mendapati seorang murid berusia 4 tahun masih belum dapat menguasai kemahiran motor halus seperti menggunting dan melukis dengan betul. Guru tersebut risau tentang perkembangan murid itu dan ingin membantu. Berdasarkan Teori Gesell, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru untuk menyokong perkembangan murid tersebut?

KUMPULAN 4 (Alieya, Sarah, Hanania)
SOALAN PBL 2 :

Mengikut pandangan Gesell, perkembangan berlaku secara semula jadi, jadi adalah penting untuk tidak memberikan tekanan yang berlebihan kepada kanak-kanak. Sebaliknya, guru harus memberikan sokongan positif dan galakan setiap kali kanak-kanak mencuba sesuatu, walaupun hasilnya tidak sempurna.

Oleh itu, untuk meningkatkan kemahiran motor halus murid, guru sewajarnya mengaplikasi aktiviti yang dapat menguatkan otot merangkumi pergelangan tangan dan bahagaian jari murid. Contohnya, aktiviti kemahiran menulis menggunakan saiz pensel yang besar, bermain plastisin dan slime. Hal ini kerana dapat membantu murid meningkatkan koordinasi tangan dan deria sentuhan.

Kesan daripada aktiviti dan latihan berulang ini, guru dapat membantu murid dalam menambahbaik kemahiran motor halus seterusnya dapat menggunting dan melukis

KUMPULAN 3 (AQILAH, FARISHA, NADHIRAH)
SOALAN 2 :

Dalam teori Robert Havighurst menjelaskan individu dapat melaksanakan tugas akan berasa puas dan gembira dan seterusnya mendorong untuk terus mengulangi tugas tersebut.

Bincangkan bagaimana seorang guru  dapat membantu  murid-murid sekolah rendah melakukan tugas perkembangan kanak-kanak.

Menurut teori Robert Havighurst, persekitaran mempengaruhi perkembangan individu. Justeru, guru dapat membantu murid-murid melakukan tugas perkembangan dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyokong. Contohnya, melalui pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik seperti buku bergambar dan bermain sambil belajar. Kesannya, suasana pembelajaran yang kondusif dan selamat dapat diwujudkan di mana murid-murid merasa bebas untuk mencuba perkara baru sekaligus mendorong mereka menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberi.

Seterusnya, guru juga dapat membantu murid dengan menunjukkan tingkah laku yang baik kepada mereka. Guru boleh menerapkan nilai murni dan contoh teladan yang baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru haruslah menegur secara baik apabila murid melakukan kesalahan. Kesannya, nilai-nilai murni ini mudah diterima oleh murid kerana mereka mudah dibentuk dan mereka akan mengikut perbuatan yang dilakukan oleh guru. Murid pula akan mengikut guru untuk menegur rakan-rakan atau adik beradiknya secara baik tanpa meninggikan suara. Oleh itu, guru haruslah menjadi contoh teladan yang baik kepada murid- murid.

Akhir sekali, guru juga boleh membantu mempengaruhi perkembangan murid melalui pemberian peneguhan positif kepada mereka. Misalnya, guru boleh memberikan peneguhan dalam bentuk pujian atau ganjaran hadiah apabila murid berjaya mencapai objektif pembelajaran atau memperoleh skor yang cemerlang dalam setiap tugasan. Justeru, secara tidak langsung murid akan berasa dihargai lalu terdorong dan bersemangat untuk terus berusaha menunjukkan prestasi yang terbaik dalam setiap sesi PdP di kelas. Kesannya, penglibatan aktif murid akan semakin ditingkatkan sekaligus dapat membantu guru mengatasi masalah tingkah laku negatif murid di dalam kelas.

KUMPULAN 2 (AIN, AMALIN, ALEEYA)
SOALAN 2:

Dalam teori Robert Havighurst menjelaskan individu dapat melaksanakan tugas akan berasa puas dan gembira dan seterusnya mendorong untuk terus mengulangi tugas tersebut. Bincangkan bagaimana seorang guru dapat membantu murid-murid sekolah rendah melakukan tugas perkembangan kanak-kanak.

Guru hendaklah memberikan galakan dan pujian untuk memotivasikan murid agar mereka terus mencuba dan mengulang sesuatu tugas. Sikap positif guru boleh memupuk keyakinan diri murid. Contohnya, apabila seorang murid berjaya menyelesaikan tugasan menulis karangan, guru memberikan pujian seperti "Bagus sekali! Karangan awak sangat kreatif." Hal ini kerana, pujian ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri murid tetapi juga mendorong mereka untuk terus menulis dengan lebih baik.

Selain itu, guru boleh menjalinkan kerjasama dengan ibu bapa atau penjaga untuk menyokong pembelajaran murid di rumah. Guru hendaklah memberikan panduan tentang cara ibu bapa boleh membantu anak-anak dengan tugas-tugas perkembangan mereka dapat meningkatkan kesinambungan antara pembelajaran di sekolah dan di rumah. Contohnya, guru menyediakan lembaran kerja atau aktiviti yang boleh dilakukan  oleh murid di rumah dengan bimbingan ibu bapa.

Seterusnya, membina kemahiran sosial seperti bekerjasama, berkawan, dan berinteraksi dengan rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan murid. Apabila kanak-kanak dapat berinteraksi dengan baik, mereka merasa lebih yakin dan dihargai, yang mendorong mereka untuk terus berinteraksi secara positif. Oleh itu, guru perlu menggalakkan aktiviti berkumpulan, seperti permainan atau projek kumpulan, di mana murid perlu bekerja sama untuk mencapai matlamat. Misalnya, guru boleh meminta murid bekerjasama dalam menghasilkan poster bertema alam sekitar. Dalam proses ini, murid akan belajar untuk berkongsi idea, menghormati pendapat orang lain, dan memupuk kerjasama. Apabila murid berjaya melaksanakan tugas ini, mereka akan merasa gembira dan terdorong untuk terus berinteraksi secara positif dengan rakan sekelas mereka.

KUMPULAN 2 (Ain, Amalin, Aleeya)
- Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak tidak berlaku secara seragam, dan setiap kanak-kanak mempunyai kadar perkembangan yang berbeza. Oleh itu, guru boleh mengenal pasti sebarang kelewatan perkembangan atau keperluan khas di peringkat awal agar intervensi yang sesuai dapat dilakukan. Hal ini adalah penting untuk membantu kanak-kanak yang mungkin menghadapi kesukaran dalam pembelajaran. Misalnya, seorang kanak-kanak yang menunjukkan kelewatan dalam perkembangan bahasa boleh diberikan sokongan tambahan seperti sesi terapi pertuturan. Bukan itu sahaja, guru juga boleh mengubah suai aktiviti dalam bilik darjah untuk memberi lebih banyak peluang kepada kanak-kanak ini untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

- Selain itu, pemahaman terhadap pertumbuhan dan perkembangan dalam pengajaran dan pembelajaran membolehkan guru menggunakan pendekatan pengajaran yang pelbagai, seperti pembelajaran berasaskan projek, pengajaran langsung, dan pembelajaran kolaboratif yang sesuai untuk membantu memenuhi keperluan murid yang berbeza. Sebagai contoh, guru boleh menyesuaikan strategi pengajaran dengan gaya pembelajaran yang berbeza sama ada visual, auditori dan kinestetik.

- Seterusnya, pemahaman perkembangan psikologi juga membolehkan guru untuk lebih memahami keperluan emosi dan motivasi kanak-kanak. Hal ini penting dalam membangunkan hubungan positif antara guru dan murid, yang mana dapat memberi kesan yang signifikan kepada motivasi dan prestasi murid. Guru yang memahami bagaimana cara kanak-kanak memproses perasaan mereka akan lebih mampu memberikan dorongan yang positif dan membantu kanak-kanak tersebut merasa dihargai dalam lingkungan pembelajaran.

KUMPULAN 4 (Alieya, Hanania, Sarah)
Memahami pertumbuhan dan perkembangan setiap murid dapat memudahkan guru untuk merancang teknik dan strategi pengajaran yang bersesuaian bagi membantu murid meningkatkan prestasi masing-masing dalam setiap aspek. Contohnya, guru melaksanakan aktiviti secara berkumpulan bagi meraikan gaya pembelajaran murid yang berbeza apabila meletakkan murid yang cerdas bersama-sama murid yang lemah. Kesannya, mereka boleh saling membantu antara satu sama lain dan meningkatkan kemahiran interaksi sera berkomunikasi.

Setiap perbezaan murid daripada aspek fizikal, mental dan emosi wajar dikuasai oleh guru agar dapat memberi layanan yang sewajarnya kepada murid tanpa unsur diskriminasi dan pilih kasih. Oleh itu, dengan memahami perbezaan unik ini, guru dapat membentuk persefahaman yang lebih kukuh dengan murid berkaiatan kelemahan yang perlu dikurangkan serta kebolehan mereka yang perlu digilap.

KUMPULAN 3 (Aqilah, Farisha, Nadhirah)
Melalui pertumbuhan dan perkembangan, ianya mampu memberikan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran iaitu guru dapat memahami perbezaan murid. Hal ini kerana setiap murid mengalami tahap perkembangan yang berbeza tidak kira dari aspek fizikal, mental mahupun emosi. Justeru, pemahaman guru terhadap murid-murid amatlah penting agar dapat mempelbagaikan bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut perkembangan murid. Kesannya, proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan dapat diwujudkan.

Selain itu, dengan menghayati pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, guru akan semakin peka kepada pengalaman sedia ada murid dan merancang aktiviti yang boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran mereka. Contohnya, apabila mempelajari tentang rasa buah-buahan seperti anggur, murid-murid yang pernah memakannya tentu akan dapat bercerita tentang rasa, warna dan saiz buah anggur tersebut. Justeru, bagi memastikan penglibatan murid secara menyeluruh, guru perlulah menyediakan buah anggur yang sebenar sebagai set induksi PdP. Kesannya, perkembangan pengalaman murid yang lain juga akan bertambah apabila mereka dapat turut serta melihat dan merasa buah anggur tersebut.

Akhir sekali, guru juga dapat merancang dan mengadakan program pemulihan dan pengayaan apabila mengetahui pertumbuhan dan perkembangan setiap murid. Program pemulihan perlu diadakan bagi membantu murid yang terlibat dalam masalah pembelajaran seperti slow learner, yang mana program ini perlu diadakan di peringkat awal supaya tidak menjadi serius di masa hadapan. Manakala, program pengayaan pula perlu diberikan kepada murid yang cerdas supaya mereka tidak berasa bosan dalam pembelajaran sama seperti murid yang lain. Dengan adanya program sebegini, mereka akan lebih bermotivasi untuk belajar. Oleh itu, guru perlulah bijak dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan murid agar kesemua murid mendapat pendidikan yang sama.

KUMPULAN 5 (AFRINA, INSYIRAH, NISA)
Pertumbuhan dan perkembangan bagi setiap murid adalah berbeza-beza disebabkan oleh faktor baka dan persekitaran. Maka, guru yang memahami konsep ini akan berupaya menetapkan objektif pengajaran dan pembelajaran (PdP) sesuai mengikut kemampuan setiap murid tersebut. Dalam masa yang sama, guru boleh menyediakan latihan yang berbeza mengikut aras kesukaran. Misalnya, guru boleh berikan latihan yang lebih mudah kepada kumpulan murid yang mempunyai kefungsian rendah. Hal ini demikian supaya tiada murid yang akan ketinggalan dalam sesi pembelajaran kerana mereka berjaya mencapai objektif PdP mengikut kemampuan masing-masing. Bukan itu sahaja, murid juga akan lebih bersemangat sekiranya mereka sedar bahawa mereka berjaya melakukan sesuatu tugas walaupun sedikit.

Selain itu, guru berupaya memahami tingkah laku murid di dalam kelas dengan mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana guru mengetahui tentang perkembangan pada peringkat kanak-kanak iaitu usia 6 hingga 11 tahun dari aspek kognitif, fizikal dan afektif. Guru juga memahami tingkah laku murid pada usia tersebut boleh dipengaruhi oleh persekitaran seperti mencontohi tingkah laku ibu bapa dan rakan serta disebabkan oleh perbezaan persekitaran fizikal atau sosioekonomi. Oleh itu, guru boleh merancang peneguhan yang sesuai dalam meningkatkan tingkah laku yang diingini atau mengurangkan tingkah laku tidak diingini.

Seterusnya, guru dapat merancang strategi dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang bersesuaian dengan keupayaan murid-murid. Hal ini kerana apabila guru memahami bahawa pertumbuhan dan perkembangan bagi setiap murid adalah berbeza-beza, maka guru akan menyedari bahawa terdapat murid yang berkefungsian rendah dan tinggi di dalam sesebuah kelas. Justeru, guru akan berusaha untuk membantu murid-muridnya dalam pembelajaran melalui penyesuaian strategi dan pendekatan PdP. Misalnya, guru boleh melakukan aktiviti berkumpulan yang menggabungkan murid berkefungsian rendah dan tinggi. Ini bertujuan untuk mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan murid-murid dengan cara murid yang cerdas perlu membantu murid yang lemah untuk menyiapkan tugasan berkumpulan. Guru juga perlu membimbing murid-murid yang lemah jika mereka memerlukan bantuan atau sokongan tambahan agar mereka dapat memperoleh input daripada PdP.

KUMPULAN 5 (AFRINA, INSYIRAH, NISA)
SOALAN PBL 2:

Guru boleh menyediakan latihan atau tugasan yang sesuai dengan keupayaan murid. Hal ini dikatakan demikian kerana tugasan yang sesuai dengan aras kognitif dan kefahaman murid akan memudahkan murid untuk menyelesaikan tugasan berbanding apabila guru memberikan tugasan yang sukar dan memerlukan masa yang lama untuk disiapkan. Misalnya, guru memberikan tugasan operasi tambah 1 digit nombor kepada murid yang kurang menguasai manakala tugasan operasi tambah 2 digit nombor diberikan kepada murid yang telah menguasai operasi tambah. Kesannya, semua murid dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan sekaligus dapat meningkatkan motivasi murid kerana kepuasaan yang dirasai.

Disamping itu, guru juga boleh memberikan peneguhan kepada murid dalam sesi PdP. Peneguhan merangkumi objek atau situasi yang dapat meningkatkan atau mengekalkan tingkah laku baik mahupun mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Guru yang memberikan peneguhan kepada murid apabila mereka berjaya melaksanakan sesuatu tugas akan menjadikan murid tersebut lebih bermotivasi. Justeru, murid akan berusaha untuk mengulang tingkah laku baik tersebut di masa akan datang. Contohnya, guru memberikan pujian kepada murid kerana berani menjawab soalan yang diberikan, serta tepukan dari rakan lain juga mampu meningkatkan keyakinan murid tersebut.

Akhir sekali, guru boleh mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyokong dengan menerapkan elemen "belajar sambil bermain" bagi menjadikan suasana pembelajaran di dalam kelas lebih menarik. Misalnya, guru boleh menggunakan permainan Puzzle sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM), di mana murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk menyelesaikan tugasan mencantumkan Puzzle. Sebagai contoh, guru boleh mengajar murid mengenal haiwan melalui permainan ini, yang mana mereka perlu bekerjasama dalam kumpulan untuk mencantumkan kepingan-kepingan Puzzle sehingga membentuk imej haiwan dan kemudiannya meminta mereka meneka haiwan tersebut. Menerusi elemen "belajar sambil bermain" ini murid-murid akan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti atau tugasan yang diberikan oleh guru ketika di dalam kelas sekali gus dapat meningkatkan daya fokus mereka terhadap pembelajaran.

KUMPULAN 1 (SOALAN 2)

KUMPULAN 1

Tutorial M4
Berdasarkan image yang dilampirkan dalam Google Sites, bincangkan implikasi Teori Piaget ke atas pengajaran dan pembelajaran.

KUMPULAN 4 (Alieya, Hanania, Sarah, Nisa)
1. Guru dapat memahami murid dengan lebih mendalam kerana mengetahui tahap kognitif murid. Hal yang demikian guru dapat menggunakan strategi yang sesuai dalam aktiviti PdP dan murid memperoleh hasil pembelajaran yang menyeluruh. Contoh, guru menghasilkan BBM yang bersesuaian.

2. ⁠Teori Piaget menekankan pembelajaran aktif, yang bermaksud murid harus secara aktif mengambil bahagian dalam proses pembelajaran mereka sendiri. Aktiviti pdp boleh dilakukan melalui aktiviti yang memerlukan mereka untuk membuat keputusan, menguji idea, dan menyelesaikan masalah. Contohnya, dalam kelas sains, murid boleh menjalankan eksperimen untuk memahami konsep saintifik, dan aktiviti 'hands on' bukannya sekadar membaca. Pendekatan ini melibatkan pembelajaran melalui pengalaman langsung, di mana murid terlibat secara aktif dalam kelas.

3. Teori Piaget mendorong guru untuk memberi arahan perlu pendek dan jelas. Hal ini adalah kerana kanak-kanak di tahap ini memerlukan arahan yang ringkas dan mudah difahami. Berdasarkan imej yang diberikan, guru menggunakan ayat mudah dalam memberi arahan dan memberikan demonstrasi yang sistematik untuk memudahkan murid memahami tugasan tersebut.

4. Guru akan lebih cakna untuk meningkatkan lagi aktiviti pembelajaran kolaboratif seperti kerja berkumpulan, perbincangan kelas, dan perbahasan. Contohnya peer teaching atau hot seat, di mana pelajar mengajar rakan sebaya mereka tentang topik yang telah dipelajari, untuk mengukuhkan kefahaman kedua-dua pihak serta meluaskan perspektif mereka.

KUMPULAN 1 (AINA, AZZAHRA, LIYANA)
Teori Piaget memberikan impak terhadap PdP iaitu menggalakkan murid untuk mencari dan menemukan hasil pembelajaran sendiri. Dalam hal ini, guru boleh mewujudkan sesi pembelajaran yang membantu murid untuk menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru. Guru memberi peluang kepada murid untuk menggunakan kemahiran berfikir mereka bagi menaakul dan menganalisis idea yang diberi untuk menyelesaikan masalah dengan sistematik. Misalnya, guru menyediakan soalan aras tinggi sebagai induksi untuk murid berfikir sebelum dikaitkan dengan pembelajaran pada waktu tersebut.

Selain itu, guru perlu mempelbagaikan bahan bantu mengajar yang menggalakkan penggunaan pelbagai deria kerana pembelajaran multi-sensori membantu murid memahami konsep dengan lebih mendalam. Contohnya, penggunaan alat bantu visual seperti gambar atau video, aktiviti sentuhan seperti eksperimen sains, dan auditori seperti muzik atau suara akan meningkatkan pemahaman. Pengalaman hands-on membolehkan murid terlibat secara aktif dan menyeluruh.

Implikasi terakhir adalah guru dapat merancang Pengajaran dan Pembelajaran yang sesuai dengan peringkat perkembangan murid yang mengikut umur. Misalnya bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas yang mengalami peringkat operasi formal sudah semestinya aktiviti seperti memadankan objek sudah pasti tidak sesuai untuk murid tersebut. Aktiviti seperti simulasi keusahawanan yang memerlukan pemikir abstrak dan penggunaan teori serta penyelesaian logik adalah lebih tepat untuk menguji perkembangan mereka.

KUMPULAN 3 (AQILAH, FARISHA, NADHIRAH, INSYIRAH)
Implikasi Teori Jean Piaget kepada PdP :

1- Implikasi teori piaget yang pertama ialah guru perlulah menggunakan bahan yang konkrit dalam pengajaran. Hal ini supaya dapat mengilustrasikan konsep yang lebih kompleks kepada para pelajar. Contohnya, dalam mengajar subjek matematik operasi bahagi, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar yang maujud seperti menggunakan buah-buahan. Guru boleh mencipta suatu situasi, misalnya guru mempunyai 6 biji buah epal dan membahagi kepada 3 orang murid secara sama rata, jadi setiap murid mempunyai 2 biji buah epal. Dengan menggunakan cara sebegini, murid akan lebih mudah faham dan dapat melihat dengan jelas berkaitan operasi bahagi, berbanding dengan cara pengajaran menulis di papan putih. Impaknya, objektif pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dicapai dengan mudah.

2.  Seterusya, implikasi lain pula ialah guru perlulah menyesuaikan pendekatan PdP dengan minat murid. Hal ini kerana, guru seharusnya bijak mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi mengawal perhatian serta menarik minat murid untuk mengikuti sesi PdP. Sebagai contoh, guru boleh mengubahsuai animasi kegemaran murid di televisyen kepada objek maujud seperti puppet dan lain-lain. Ini kerana, kanak-kanak pada umur sebegini adalah lebih cenderung untuk mempunyai minat yang mendalam terhadap animasi berteknologi seperti di media sosial. Kesannya, fokus murid sepanjang sesi PdP akan dapat dirangsang ke tahap yang optimum, lalu penglibatan aktif murid akan mampu diwujudkan.

3. Selain itu, guru boleh memberikan latihan atau tugasan yang sesuai dengan keupayaan murid   yang dinyatakan dalam teori kognitif Piaget bagi peringkat operasi konkrit. Misalnya, guru memberikan tugasan berbentuk aktiviti pengelasan nombor genap dan ganjil kemudian arasnya dipertingkatkan kepada pengelasan nombor perdana. Hal ini dikatakan demikian kerana murid pada peringkat umur 7-11 tahun telah berupaya membuat pengelasan berdasarkan logik dan membuat penaakulan ringkas. Oleh itu, guru boleh sentiasa menjalankan aktiviti berbentuk ansur maju supaya kemahiran kognitif murid dapat dipertingkat dari semasa ke semasa.

4. Akhir sekali, guru juga dapat menghormati kepelbagaian cara murid-murid berfikir berdasarkan tahap perkembangan kognitif mereka. Hal ini kerana kanak-kanak pada tahap ini masih lagi terikat dengan pengalaman deria motor yang konkrit. Justeru, guru haruslah bijak merancang strategi proses pengajaran dan pembelajaran untuk membimbing kanak-kanak berfikir secara kreatif dan menyelesaikan masalah. Contohnya, guru dapat melaksanakan aktiviti membuat model bangunan daripada blok lego. Aktiviti ini bukan sahaja dapat membantu dalam pemahaman konsep-konsep konkrit tetapi juga mengasah kemahiran sosial mereka. Kesannya, proses PdP dapat berjalan dengan lancar dan berkesan dengan adanya aktiviti hand-on yang dapat menggalakkan penglibatan murid-murid di dalam kelas.

KUMPULAN 2 (Ain, Amalin, Aleeya, Afrina)
Peringkat Sensori Motor (0-2 tahun)

Piaget menekankan bahawa bayi belajar melalui tindakan langsung seperti menggenggam, menggoncang, dan menjelajah objek di sekeliling mereka. Oleh itu, pengajaran pada peringkat ini perlu memberi peluang kepada bayi untuk meneroka persekitaran fizikal mereka. Contohnya aktiviti seperti nemberi bayi mainan dengan pelbagai tekstur, warna, dan bunyi untuk merangsang deria dan membantu mereka memahami dunia.

Peringkat Pra-operasi (2-7 tahun)

Memahami akan pada peringkat pra-operasi (2-7 tahun) ini kanak-kanak tidak mampu lagi untuk menguasai pemikiran abstrak, guru akan mengelakkan pengajaran yang melibatkan idea abstrak, sebaliknya guru akan menyampaikan idea pengajaran secara konkrit. Misalnya, guru menggunakan objek konkrit seperti guli untuk mengajar operasi tambah/tolak kepada murid-murid pada usia ini.

Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)

Teori Perkembangan Kognitif menggalakkan kerja secara berkumpulan dan kerjasama antara murid. Piaget menekankan bahawa kanak-kanak dapat mempelajari lebih daripada dua perkara dalam satu masa. Oleh itu, pembelajaran secara berkumpulan dapat membantu pelajar untuk berinteraksi dan berkongsi pendapat. Aktiviti seperti eksperimen sains berkumpulan atau tugasan matematik bersama boleh membantu mereka memahami konsep logik dengan lebih baik.

Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)

Pada peringkat operasi formal, implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran  lebih tertumpu pada perbincangan konsep abstrak seperti keadilan, kebebasan, dan etika. Guru boleh menggunakan strategi pembelajaran berasaskan masalah atau kajian kes untuk mencabar pelajar berfikir secara kritikal dan reflektif. Seterusnya, implikasi yang lain ialah guru digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti debat dan penyelesaian masalah kompleks bagi memperkukuh keupayaan pelajar untuk membuat pertimbangan logik dan abstrak.

Tutorial M5
Merujuk satu video perbualan terhadap kanak-kanak sama ada melibatkan aktiviti psikomotor, aktiviti sensori dan perbualan kanak-kanak tersebut kaitkan perbincangan anda tentang perkembangan pemikiran dan bahasa kanak-kanak tersebut.

Kumpulan 5 (Afrina, Insyirah, Nisa)
Video di atas menunjukkan perbualan antara kanak-kanak yang bernama Ziyad bersama cikgunya, Cikgu Syaza sepanjang sesi bermain. Kita dapat merumuskan bahawa Ziyad mempunyai kompetensi komunikasi yang baik kerana dia mampu menjawab soalan yang diajukan oleh Cikgu Syaza, serta mengutarakan semula soalan kepada cikgu tersebut. Contohnya, apabila cikgu bertanya dua tambah dua bersamaan berapa, Ziyad dapat menjawab empat. Seterusnya, Ziyad juga menanyakan nama cikgu tersebut. Ini menunjukkan bahawa Ziyad berupaya menggunakan kognitifnya untuk memahami, memproses dan menyampaikan maklumat secara berkesan.

Ziyad dilihat amat petah berkata-kata dan boleh berkomunikasi dengan baik. Ini dapat disimpulkan bahawa Ziyad mungkin sering berinteraksi dan berkomunikasi dengan ibu bapanya ketika di rumah sehingga kemahiran komunikasinya kian meningkat. Tambahan pula, tutur kata yang digunakannya ketika berbual juga amat sopan.

Berdasarkan teori Vygotsky, Ziyad mempunyai kemahiran bicara kendiri yang dapat dibuktikan apabila Ziyad dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan dengan baik. Hal ini kerana menurut Vygotsky, bicara kendiri berfungsi untuk mengawal fikiran, membuat keputusan, memandu dan mengarah tingkah laku, ingatan dan memori. Apabila guru bertanyakan soalan, Ziyad berkemungkinan menggunakan kemahiran bicara kendiri untuk mengingat kembali dan memikiran jawapan. Oleh itu, dapat dilihat bahawa interaksi sosial dengan orang lebih dewasa dapat meningkatkan perkembangan bahasa dari aspek bicara kendiri dan pemikiran kanak-kanak.

KUMPULAN 1 (AZZAHRA, AINA, LIYANA)
Video menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun yang fasih berbicara bahasa Inggeris. Didapati kanak-kanak ini sangat mahir berbahasa Inggeris dengan lancar kerana dia kelihatan tidak kekok dan sebutannya juga tepat dan jelas.

Dari konteks perkembangan bahasa dan pemikiran, kanak-kanak mungkin didedahkan dengan persekitaran berbahasa Inggeris sejak dari kecil. Menurut Vygotsky, seorang kanak-kanak mempelajari kemahiran baru melalui interaksi dengan orang yang lebih dewasa dan berpengetahuan. Dalam hal ini, ibu bapa kanak-kanak mungkin menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pertuturan di rumah. Hal ini boleh dilihat apabila kanak-kanak itu fasih berbahasa Inggeris apabila disoal oleh wartawan.

Kanak-kanak itu juga menunjukkan kemahiran sosial yang baik dengan rakan sekelasnya apabila dia memperkenalkan kawan-kawannya kepada wartawan. Hal ini disebabkan oleh penerapan keyakinan diri kanak-kanak yang bermula dari rumah, iaitu didorong oleh ibu bapa serta keluarga.

Oleh itu, jelaslah konsep bahasa dan pemikiran yang  diterangkan oleh Vygotsky adalah bertepatan dengan situasi kanak-kanak tersebut.

Kumpulan 2 (Ain, Amalin, Aleeya)
Berdasarkan video tersebut, kanak-kanak yang berumur 9 tahun yang bernama Luke boleh memberikan perkongsian mengenai pandangannya terhadap kepentingan membaca pada masa kini kepada khalayak ramai.

- Hal ini adalah selari dengan teori Vygotsky yang menyatakan bahawa peringkat bahasa dan pemikiran kanak-kanak pada awalnya berkembang secara terpisah tetapi kemudiannya menjadi satu domain pemikiran yang kukuh dan dapat menghasilkan pandangan yang berbeza. Buktinya, kanak-kanak tersebut mampu menyatakan hujah dan fakta yang matang dari perspektif dirinya sendiri.

- Seterusnya, hal ini juga melibatkan kemampuan kanak-kanak untuk menggunakan bicara kendiri dan bicara hati terlebih dahulu sebelum menyampaikan hujahnya kepada khalayak ramai.

- Bukan itu sahaja, dalam konteks ini, kanak-kanak tersebut juga mampu menggunakan bahasa secara formal, sistematik dan tersusun dalam hujahnya. Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak dapat merancang, membimbing, dan mengawasi gerak geri mereka dalam berbahasa.

Kumpulan 4 (Alieya, Sarah, Hanania)
Berdasarkan video,

Ali melaksanakan aktiviti psikomotor iaitu mengzip. Ali mengaplikasikan peranan bicara kendiri di mana beliau bercakap dengan diri sendiri seolah memberi arahan unutk menjalankan aktiviti tersebut. Dapat dilihat bahawa Ali mampu untuk merancang, membimbing dan mengawasi gerak-geri beliau dengan baik ketika menjalankan aktiviti. Justeru itu, jelas menunjukkan bahawa penggunaan bahasa dan komunikasi mampu menumpukan perhatian terhadap cara pemikiran mereka sendiri.

Selain itu,  berdasarkan video tersebut dalam perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak tersebut agak lemah kerana sebutan kanak-kanak bagi perkataan zip masih kurang tepat di mana kanak-kanak menyebutnya sebagai jip. Namun begitu, kanak-kanak telah berusaha untuk menuturkan perkataan yang ingi disampaikannya.

Akhir sekali, penggunaan "inner speech" juga berkemungkinan berlaku semasa aktiviti dijalankan kerana Ali mampu memandu dan mengawal apa langkah atau tingkah laku yang ingin dilaksanakan dalam pemikirannya. Perkara ini mampu memudahkan Ali menyelesaikan aktiviti yang dilakukan dengan baik.

Kumpulan 3 (Farisha, Aqilah, Nadhirah)
Merujuk video tersebut, sesi PdP di kelas dimulakan dengan set induksi, iaitu guru menggunakan aktiviti main peranan atau simulasi, di mana seorang murid dikehendaki untuk melakonkan watak yang akan dipelajari. Seterusnya, murid-murid lain perlu meneka watak tersebut dengan menyuarakan pendapat mereka berdasarkan pengetahuan masing-masing. Berdasarkan situasi ini, tahap pemikiran murid dapat dinilai apabila kebanyakan daripada mereka sudah pun mengenali watak nelayan tersebut hasil daripada pengalaman sedia ada yang dimiliki. Misalnya, watak nelayan tersebut mungkin adalah pekerjaan bapa mereka atau merupakan pekerjaan yang sering dilihat di persekitaran tempat tinggal mereka. Justeru, faktor persekitaran seperti budaya setempat secara tidak langsung dapat mempengaruhi murid untuk berfikir berdasarkan pengalaman sedia ada iaitu konteks sebenar.

Selain itu, guru juga telah melaksanakan aktiviti berkumpulan di mana murid dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dan menjadikan mereka lebih matang untuk berfikir dan membuat refleksi tentang tajuk yang dipelajari iaitu Nelayan. Sebagai contoh, melalui perbincangan di dalam kumpulan tersebut, murid berjaya mempelbagaikan penggunaan kosa kata dan pembinaan struktur ayat. Misalnya, mereka dapat mengenal jenis-jenis ikan seperti ikan haruan, ikan cencaru, ikan pari dan ikan kembung. Bukan itu sahaja, mereka turut menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya yang lain melalui sesi soal jawab di dalam kelas. Hal ini sekaligus dapat mengukuhkan lagi interaksi sosial mereka.

Seterusnya, guru juga telah menggunakan multimedia di dalam pembelajaran. Hal ini dapat dijadikan sebagai ganjaran kepada murid setelah mereka berjaya melakukan aktiviti dalam kumpulan. Sebagai contoh, guru memasang lagu ‘ Ikan Kekek”  dan meminta murid untuk menyanyi bersama-sama. Melalui nyanyian ini, murid dapat menambah kosa kata baru dan melancarkan sebutan mereka dengan bimbingan guru. Ini dapat menjadikan pemikiran mereka menjadi matang apabila mereka cuba memperbetulkan sebutan dan sedaya upaya menyanyi mengikut rentak bersama rakan-rakan. Tambahan pula, hal ini secara tidak langsung dapat menambah pengalaman sosial murid supaya tidak malu untuk menyanyi beramai-ramai dengan rakan lain. Kesannya, murid dapat mewujudkan pemahaman berdasarkan pengalaman dan terlibat secara aktif dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di dalam kelas.

Tutorial M6
Merujuk satu video melibatkan isu perkembangan emosi kanak-kanak. Berikan ulasan anda kaitkan dengan Teori Kecerdasan Perkembangan Emosi - Goleman.

KUMPULAN 1 (AZZAHRA, AINA, LIYANA)
Video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang tidak diberi perhatian oleh orang tuanya apabila ditunjukkan hasil lukisannya. Rentetan itu, menyebabkan dia menangis. Hal ini boleh menyebabkan perkembangan emosinya terjejas jika dibiarkan berlanjutan. Hal ini kerana secara amnya kanak-kanak berkembang menjadi lebih matang apabila keperluan emosi dan fizikal mereka dapat dipenuhi melalui interaksi dengan persekitarannya.

Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan kemampuan individu untuk memotivasikan diri dan mengendalikan emosi supaya dapat menempatkan emosinya pada posisi yang tepat. Dalam hal ini, kanak-kanak tersebut didapati mengetahui emosi sendiri iaitu sedih apabila tidak diberi perhatian oleh ibu bapanya. Namun begitu, impak negatif daripada situasi tersebut adalah kanak-kanak tersebut akan kurang motivasi diri kerana setiap kerja yang dilakukan sering diabaikan oleh ibu bapanya.

Bukan itu sahaja, ibu bapa juga wajar memahami kemampuan untuk membina hubungan khususnya hubungan bersama anak-anak. Misalnya, dalam video, ibu dilihat merenyukkan kertas tanpa melihat terlebih dahulu lukisan anaknya. Ini menujukkan bahawa ibu tidak membina hubungan yang baik dengan anak kerana sepatutnya ibu berbangga dengan lukisan anaknya itu serta memuji lukisan dengan mesra. Jelaslah di sini bahawa, ibu bapa mestilah membina hubungan yang erat bersama anak-anak agar anak-anak dapat membesar dalam persekitaran penyayang,prihatin dan saling memotivasikan diri antara satu sama lain.

KUMPULAN 4 (ALIEYA, SARAH, HANANIA)
Video di atas menunjukkan ibu kepada 2 orang kanak kanak memberikan permainan yang tidak sama saiz kepada anaknya yang bosan, perkara ini menyebabkan salah seorang memberontak dan tidak dapat mengawal emosi dengan baik dan menukar permaianan dengan adiknya. kemudiannya, adiknya pula tidak dapat menwal emosi dan memyebabkan adiknya menangis. Ibu tersebut marah dan merampas kedua-dua mainan. akhirnya, kedua-dua kanak-kanak menangis.

Akhir sekali, bapa kedua-dua kanak-kanak memberi satu batang coklat yang sama jenis kepada mereka menyebabkan kedua-duanya gembira.

Situasi ini mempunyai beberapa komponen yang dapat dikaitkan dengan Teori Kecerdasan Emosi Goleman iaitu Kesedaran Kendiri, Empati dan Penyelesaian Konflik (Pengurusan Sosial).

Kedua-dua kanak-kanak tidak dapat mengawal emosi mereka apabila mereka merasa tidak puas hati dengan permainan yang diberikan. Ini menunjukkan kurangnya kesedaran emosi dan pengurusan diri. Seterusnya, Ibu bapa tidak menunjukkan empati dengan cuba memahami perasaan anak-anak, yang menyebabkan situasi bertambah buruk. Namun, Bapa akhirnya menunjukkan contoh penyelesaian konflik dengan memberi mainan yang sama kepada kedua-dua kanak-kanak yang menenangkan keadaan. Kesannya, tindakan ini ialah contoh dan motivasi terbaik untuk menenangkan anak-anak.

KUMPULAN 2 (AIN, AMALIN, ALEEYA)
Video diatas menunjukkan seorang budak bernama Nabila yang cuba untuk merebut mainan PSP bersama kakak sepupunya, Qossay. Qossay mula menangis apabila Nabila cuba memeluk dan mengunci pergerakannya dengan sekuat tenaga dan Nabila juga mula menangis apabila dia tidak mendapatkan mainan tersebut.

Ini menunjukkan bahawa pada usia 1 hingga 2 tahun, anak-kanak mula mengenali dan mengekspresikan pelbagai emosi seperti gembira, marah, dan sedih. Mereka menggunakan ekspresi wajah dan bunyi untuk menyampaikan perasaan mereka. Mereka juga menunjukkan kemampuan untuk merespons emosi orang lain, seperti tertawa apabila melihat orang lain gembira atau menangis apabila melihat orang lain sedih.

Bukan itu sahaja, pada usia ini, teori Goleman menyatakan bahawa kanak-kanak masih dalam proses belajar berkongsi dan berinteraksi secara sosial. Mereka mungkin belum memahami konsep berkongsi sepenuhnya, menjadikan situasi ini mencabar. Apabila terpaksa berkongsi, mereka mungkin merasa kehilangan sesuatu yang berharga bagi mereka, menyebabkan mereka menangis. Hal ini menunjukkan kesukaran dalam mengawal emosi negatif.

KUMPULAN 3 (FARISHA, AQILAH, NADHIRAH)
Video di atas menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan yang terlalu dibebankan dengan tugasan harian oleh ibunya. Dalam hal ini, budak perempuan tersebut dilihat sekadar mahu memanfaatkan masa senggang yang dimiliki dengan bermain anak patung. Namun, ibunya yang bersikap tegas telah memarahinya kerana ingkar arahan tidak membuat kerja-kerja rumah. Setelah itu, budak perempuan tersebut kelihatan sedih dan menjadi lebih pasif daripada sebelumnya. Justeru, berdasarkan situasi ini, perkembangan emosi budak perempuan tersebut tentunya akan semakin terjejas saban hari. Hal ini kerana individu yang paling hampir di persekitaran iaitu ibu bapanya sendiri dilihat tidak mampu untuk memahami kemahuan dan keperluan yang diinginkannya. Lebih-lebih lagi, apabila budak tersebut bertindak tidak mahu bersosial setelah dimarahi, maka ini secara tidak langsung menjadikan budak tersebut memiliki tahap motivasi yang rendah sehingga tidak mampu untuk menguruskan perasaannya sendiri.

Perkara ini dilihat selari dengan Model Kecerdasan Emosi oleh Goleman yang menekankan bahawa komponen pertama yang perlu dikuasai oleh seseorang individu itu ialah mengenali emosi diri sendiri. Hal ini kerana, komponen ini membolehkan seseorang itu menyedari emosi yang sedang mempengaruhi mindanya akibat tekanan yang dihadapi. Contohnya, budak perempuan tersebut telah bertindak untuk menyendiri di dalam bilik sebagai usaha baginya untuk mengatasi rasa sedih yang menyelubungi diri. Seterusnya, apabila budak tersebut cuba untuk memujuk dan menenangkan diri sendiri, maka situasi ini adalah selaras dengan komponen kedua dalam Model Goleman di mana budak tersebut sudah berkebolehan untuk mengurus emosi kendiri dan berkeupayaan menangani cabaran dalam kehidupan.

Oleh itu, ibu bapa seharusnya berperanan sebagai pemangkin perubahan dalam memastikan perkembangan emosi diri kanak-kanak adalah bersesuaian dan bertepatan dengan peringkat usia mereka. Hal ini kerana, ibu bapa merupakan individu yang paling hampir dengan kanak-kanak dalam persekitaran mereka pada setiap hari. Justeru, ibu bapalah yang harus menjadi pendengar yang baik kepada luahan kanak-kanak serta menyuntik motivasi ekstrinsik kepada mereka supaya dapat meningkatkan keyakinan diri. Ini kerana, kanak-kanak pada usia sebegini amatlah memerlukan sokongan luaran untuk mengukuhkan lagi potensi sedia ada yang dimilikinya dalam diri.

KUMPULAN 5 (AFRINA, INSYIRAH, NISA)
Video di atas menunjukkan keadaan seorang kanak-kanak autisme yang sedang menangis kerana mengalami gangguan emosi akibat sesuatu perkara yang berlaku di sekitarnya. Kanak-kanak autisme sukar untuk menggambarkan perasaan atau meluahkan emosi mereka akibat gangguan perkembangan kognitif dan bahasa mereka sekali gus menjejaskan cara mereka mengawal emosi. Lazimnya, kanak-kanak autisme akan menangis apabila berlaku perkara yang mengganggu ketenteraman di persekitaran atau deria tubuh badannya menyebabkan rasa tidak selesa dan menjejaskan kestabilan emosinya. Misalnya, sesetengah kanak-kanak autisme terlalu sensitif terhadap bunyi di sekeliling mereka seperti bunyi siren atau bunyi bising yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan mengganggu emosinya.

Teori kecerdasan emosi Daniel Goleman menyatakan koordinasi perasaan berkait rapat dengan persekitaran yang baik. Apabila individu mampu menyesuaikan diri dengan perasaan individu lain, bermakna dia mempunyai tahap emosi yang cemerlang. Goleman berpendapat bahawa kecerdasan emosi merujuk kepada keupayaan yang dimiliki untuk memotivasikan diri dalam menghadapi kegagalan mengurus emosi semasa keadaan seronok mahupun stres. Berdasarkan video yang dilihat, kanak-kanak autisme tersebut tidak mampu untuk menempatkan emosinya pada posisi dan situasi yang tepat. Perkara ini menunjukkan bahawa murid autisme cenderung untuk mempunyai kecerdasan emosi yang kurang baik berbanding individu tipikal.

Oleh itu, jelaslah bahawa sokongan tambahan yang lebih sistematik daripada ibu bapa amat penting bagi meningkatkan kecerdasan emosi kanak-kanak autisme tersebut agar dapat mengurus dan mengendalikan emosi dengan lebih baik. Ini termasuk peranan ibu bapa dalam menyediakan persekitaran yang tenang, stabil dan teratur untuk anak-anak autisme. Ekoran itu, ibu bapa perlulah cakna terhadap sifat atau ciri-ciri yang dialami oleh anak autisme agar sebarang situasi yang boleh menjejaskan emosi mereka dapat dihindarkan. Sebagai contoh, apabila ibu bapa mengetahu bahawa anak autisme mereka sensitif terhadap bunyi dan suasana persekitaran yang bising, maka mereka perlu membawa anak autisme tersebut keluar daripada persekitaran berkenaan agar mereka dapat memulihkan semula emosi mereka ke arah yang lebih positif.

Tutorial M9
Peringkat perkembangan moral dikaitkan dengan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran. Bincangkan.

KUMPULAN 1 (ZAHRA, AINA, LIYANA)

KUMPULAN 2 (AIN, AMALIN, ALEEYA)

KUMPULAN 4 (SARAH HANANIA ALIEYA)

KUMPULAN 3 (FARISHA, AQILAH, NADHIRAH)

KUMPULAN 5 (AFRINA, INSYIRAH, NISA)

Tutorial M10
VIDEO untuk rumusan perbincangan tutorial:

VIDEO  1   -   https://youtu.be/q9EbaIOSSzk?si=vbLNzzCY4PQg1Pv9

VIDEO   2  -   youtu.be/nfsEAWjI-qY?si=DX-E43jTXQHEgNuv

VIDEO  3  -    https://youtu.be/IrI6U536KRg?si=XqICRZ0z6_R2Xgsq

Arahan tugasan:  Aktiviti Kumpulan. Anda diminta membuat tontonan kepada satu daripada video di atas. Buatkan rumusan berdasarkan pemahaman anda serta kaitkan dengan tajuk perkembangan gender yang dibincangkan dalam minggu ini.

MALE BRAIN VS FEMALE BRAIN
VIDEO 1 - https://youtu.be/q9EbaIOSSzk?si=qGM5X29YA52ZrcZY

MALE BRAIN VS FEMALE BRAIN
KUMPULAN 5: AFRINA, INSYIRAH, NISA

https://youtu.be/q9EbaIOSSzk?si=vbLNzzCY4PQg1Pv9

GENDER DIFFERENCES IN COMMUNICATION
KUMPULAN 1 (AZZAHRA, AINA, LIYANA)

https://youtu.be/IrI6U536KRg?si=Kh_H3pt2Uf6Gr1fG

GENDER DIFFERENCES IN COMMUNICATION
KUMPULAN 4: ALIEYA, SARAH, HANANIA https://www.youtube.com/watch?v=IrI6U536KRg

MALE BRAIN VS FEMALE BRAIN
KUMPULAN 3 : FARISHA, AQILAH, NADHIRAH

https://youtu.be/q9EbaIOSSzk?si=-drTu0YvAxFSze62

Tutorial M13
Dalam kumpulan bincangkan implikasi teori personaliti dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

KUMPULAN 4 (ALIEYA, SARAH, HANANIA)
Strategi Pembelajaran Fleksibel: Pemahaman terhadap teori personaliti membolehkan guru mengenal pasti dan mengatasi keperluan murid sekali gus membantu mereka dalam mencapai potensi penuh. Misalnya, guru boleh mengaplikasikan pendekatan PdP yang pelbagai seperti pembelajaran kolaboratif, berpusatkan murid, atau melalui pembelajaran berasaskan permainan yang dikira bersesuaian dengan murid tersebut.

Pembinaan Keyakinan Diri: Bagi menangani masalah murid berperwatakan introverts, Guru boleh menggunakan pendekatan yang mengukuhkan keupayaan diri murid melalui beberapa aktiviti yang memerlukan mereka berkongsi pengalaman dan bekerjasama antara satu sama lain dalam aktiviti berkumpulan.

Sokongan Emosi: Selaras teori Psikoanalitik Freud, guru akan lebih peka terhadap emosi murid khususnya jika murid menunjukkan tingkah laku yang mencerminkan konflik dalaman atau tekanan emosi untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Pada masa yang sama, guru mampu memberi sokongan dengan mewujudkan persekitaran yang empati dan selamat untuk mengurangkan tekanan dan membantu pelajar menguruskan emosi.

KUMPULAN 1 (AZZAHRA, AINA, LIYANA)
Teori personaliti memberikan pandangan mendalam tentang bagaimana ciri individu, emosi, dan gaya pembelajaran seseorang boleh mempengaruhi cara mereka belajar dan berinteraksi dalam bilik darjah.

Dengan memahami teori personaliti, guru dapat merancang strategi pengajaran yang lebih sesuai untuk memenuhi keperluan murid secara holistik.

Dalam konteks ini, guru boleh menyesuaikan dan mempelbagaikan aktiviti PdP mengikut personaliti murid supaya mampu mencapai potensi mereka secara optimum.

Sebagai contoh, guru boleh melaksanakan aktiviti berkumpulan untuk membantu murid introvert menyuarakan diri dalam kumpulan yang kecil. Pada masa yang sama, guru boleh melantik murid extrovert sebagai ketua kumpulan supaya mereka dapat meningkatkan kemahiran sosialisasi mereka.

Aktiviti PdP yang bersesuaian dengan personaliti murid dapat meningkatkan motivasi serta pencapaian mereka dalam pembelajaran. Hal ini secara tidak langsung membantu perkembangan holistik murid dari aspek sosial, emosi, dan kognitif serta mengurangkan tekanan kerana gaya pembelajaran murid dititikberatkan oleh guru.

KUMPULAN 3 (FARISHA, AQILAH, NADHIRAH)
Implikasi teori personaliti dalam PdP :

Menyokong penglibatan murid : Dengan mendalami Teori Psikologi Analitik Carl Jung, guru akan dapat memahami perbezaan setiap personaliti murid, terutamanya yang bersifat introvert dan ekstrovert. Oleh itu, guru perlulah merancang pembahagian tugas yang strategik dalam aktiviti berkumpulan, supaya semua murid dapat memanfaatkan kekuatan personaliti mereka. Ini penting untuk memastikan keseimbangan dalam kumpulan, di mana setiap murid mampu memainkan peranan yang sesuai dengan kecenderungan dan keupayaan mereka. Sebagai contoh, dalam projek kumpulan, pelajar introvert boleh ditugaskan untuk menguruskan strategi atau menyediakan bahan asas, manakala pelajar ekstrovert bertanggungjawab untuk membuat pembentangan atau mengetuai sesi perbincangan. Justeru, melalui pembahagian tugasan yang dilaksanakan guru, keupayaan setiap murid bukan sahaja dapat dimanfaatkan sepenuhnya, tetapi mereka juga dapat belajar menghargai dan melengkapkan kelemahan masing-masing dalam kumpulan.

Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan stabil untuk murid : Pendekatan teori personaliti menekankan pentingnya emosi dan pengalaman awal kanak-kanak. Contohnya, murid yang menghadapi cabaran emosi mungkin memerlukan pendekatan sokongan seperti kaunseling. Teori Freud dalam pengajaran dan pembelajaran adalah berkait rapat dengan pemahaman guru terhadap perkembangan mental dan emosi murid. Teori ini juga memberi panduan kepada guru untuk memahami bagaimana pengalaman masa lalu, naluri dan perkembangan personaliti mempengaruhi tingkah laku murid. Oleh itu, guru dapat membantu murid menguruskan emosi mereka dengan teknik dan aktiviti seperti bermain peranan. Aktiviti ini mampu menggalakkan perkembangan moral (superego) dengan memberi contoh situasi yang menekankan etika dan tanggungjawab. Hal ini supaya guru dapat mengajar mereka cara untuk membuat keputusan yang rasional melalui aktiviti penyelesaian masalah. Justeru, jelaslah bahawa dengan memahami teori Freud, guru dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyokong perkembangan sosial dan emosi mereka dengan lebih baik.

Melaksanakan kepelbagaian kaedah pengajaran yang dikaitkan dengan faktor persekitaran: Teori Gordon Allport menekankan bahawa faktor persekitaran mempengaruhi perkembangan personaliti murid. Dalam konteks PdP, guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran untuk memastikan persekitaran pembelajaran yang menyokong semua murid. Hal ini disebabkan setiap murid mempunyai ciri personaliti dan gaya pembelajaran yang berbeza. Dengan menyediakan persekitaran yang kaya dengan pelbagai kaedah pengajaran, seperti visual, auditori, dan kinestetik, guru membantu murid merasa lebih selesa dan bermotivasi untuk belajar. Sebagai contoh, dalam satu pelajaran sains, guru boleh menggunakan video interaktif untuk murid visual, penggunaan audio untuk murid auditori, dan eksperimen praktikal untuk murid kinestetik. Pendekatan ini mencipta persekitaran pembelajaran yang lebih menyeluruh dan responsif, di mana murid dapat memilih kaedah yang paling sesuai dengan personaliti dan gaya belajar mereka, seterusnya memupuk keyakinan diri dan rasa ingin tahu. Oleh itu, dengan menggunakan kepelbagaian kaedah pengajaran yang mencerminkan faktor persekitaran yang menyokong, guru dapat membentuk suasana pembelajaran yang positif, mendorong perkembangan personaliti murid secara menyeluruh, serta meningkatkan penglibatan dan pencapaian mereka dalam pembelajaran.

KUMPULAN 2 (ain, amalin, aleeya)
Teori personaliti oleh Freud, Carl Jung, dan Gordon Allport memberikan implikasi yang berbeza tetapi saling melengkapi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Teori Sigmund Freud menekankan peranan bawah sedar, konflik psikologi, dan pengalaman lampau dalam membentuk tingkah laku seseorang. Dalam konteks PdP, guru perlu memahami bagaimana pengalaman emosi dan konflik dalam diri pelajar mempengaruhi tumpuan serta sikap mereka terhadap pembelajaran, seterusnya menggunakan pendekatan empati untuk menyokong pelajar yang menghadapi cabaran.

Selain itu, teori oleh Carl Jung memperkenalkan konsep keperibadian introvert dan ekstrovert, serta peranan ketidaksedaran kolektif. Hal ini memberi implikasi bahawa guru perlu mengenal pasti kecenderungan personaliti pelajar, di mana pelajar introvert mungkin lebih sesuai dengan pembelajaran individu, manakala pelajar ekstrovert cenderung berjaya dalam aktiviti berkumpulan. Selain itu, pandangan Jung tentang simbolisme dan imaginasi boleh digunakan dalam pengajaran kreatif, seperti pembelajaran melalui seni dan cerita.

Akhir sekali, teori Gordon Allport menekankan ciri-ciri unik individu yang kekal dan stabil. Dalam PdP, ini bermakna guru perlu merancang pengajaran yang memupuk kekuatan unik pelajar, seperti menyediakan aktiviti yang disesuaikan dengan ciri keperibadian mereka, contohnya, pelajar yang bersifat berdikari diberikan tugas-tugas yang menuntut kreativiti dan inisiatif.

Ketiga-tiga teori ini menyarankan pendekatan yang lebih fleksibel dan individualistik dalam PdP, di mana guru tidak hanya menyampaikan ilmu tetapi juga memahami dan menyokong perkembangan personaliti pelajar secara menyeluruh.

KUMPULAN 5 (AFRINA, INSYIRAH, NISA)
Teori personaliti mempengaruhi guru terutamanya dalam memahami kepelbagaian personaliti murid iaitu introvert, ambivert dan extrovert. Berdasarkan perbezaan personaliti ini, guru perlu mencari pendekatan yang sesuai untuk setiap murid. Contohnya, murid extrovert cenderung dengan keterbukaan dan interaksi sosial yang aktif. Oleh itu, guru boleh menyesuaikan aktiviti PdP dengan keperluan murid ini seperti memberikan tanggungjawab kepada murid extrovert dalam kumpulannya. Justeru, murid tersebut dapat meningkatkan lagi kemahiran kepemimpinannya sepanjang sesi belajar.

Teori personaliti membolehkan guru memberikan sokongan emosi kepada murid dari aspek penyediaan suasana bilik darjah yang ceria dan kondusif. Ini dapat membangunkan personaliti murid yang aktif dan suka bersaing dalam bilik darjah. Misalnya, guru boleh menyediakan senaman ringkas sebelum sesi pembelajaran supaya murid bergerak aktif dan memupuk rasa keterujaan dan seronok untuk belajar. Kesannya, murid berasa segar dan kembali ceria setelah menjalani beberapa sesi pembelajaran yang memenatkan. Ini membolehkan sesi PdP dapat dijalankan dengan berkesan.

Teori personaliti memberi impak besar dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia mempengaruhi cara pelajar belajar dan berinteraksi. Sebagai contoh, pelajar ekstrovert lebih suka aktiviti kumpulan, manakala introvert lebih selesa dengan pembelajaran individu. Teori Big Five menunjukkan bahawa pelajar yang teratur lebih fokus, sementara yang cemas memerlukan sokongan tambahan. Teori Freud pula menyarankan bahawa pelajar yang didorong oleh id cenderung suka aktiviti kreatif, sementara yang dipengaruhi ego lebih teratur. Selain itu, teori Bandura menekankan pentingnya guru sebagai model tingkah laku yang baik. Dengan memahami personaliti pelajar, pendidik dapat menyesuaikan pendekatan PdP untuk keperluan masing-masing.